Thursday, February 23, 2012

Mari Berfikir

Dalam kuliah tengahari Rabu, Ustaz bercakap tentang banyak perkara. Kami mentaddabur ayat 18 Surah Yunus yang memperkatakan tentang kebodohan dan alasan kaum Musyrikin menyembah selain Allah. Bodoh kerana mereka menyembah sesuatu yang tidak boleh mendatangkan mudarat, tidak juga memberikan manfaat. Maksudnya, kalau mereka lupa nak sembah pun, patung tu tetap berdiri kaku macam tu juga. Kalau mereka sembah setiap waktu tak lupa pun, sama je...tak ada la boleh dapat duit seguni pun. Dengan sifat yang macam tu, layakkah disembah?

Lalu Allah menegur perbuatan kaum Musyrikin itu yang melakukan perkara yang sia-sia padahal Allah telah memerintahkan yang hanya Dia yang patut disembah dan jangan menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Apabila ditegur, kaum Musyrikin pun membuat alasan kononnya yang mereka sembah itu adalah perantara. Allah menempelak mereka yang mengada-adakan cerita (membuat pembohongan). Padahal Dia Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Yang Pengetahuannya meliputi seluruh yang ada di langit dan di bumi. Kalau apa yang terlintas di hati lagikan Allah tahu, inikan pula keperluan mengadakan perantara...masakan Allah tidak tahu apa yang Dia perintahkan. Maha Suci Allah daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan!

Sekarang masa untuk berfikir, kenapa Allah tidak sebut 'berhala/patung' secara spesifik tetapi 'selain daripada Allah'? Kalau sebut berhala, ada benda lain yang selain itu yang manusia 'sembah'. Nanti kata Al-Quran tak relevan pulak.

Pernah 'sembah' TV? Tengok drama Korea atau cerita Hindustan 2-3 jam? Pernah?
Kalau tak 'miss' satu episod ada kena mudarat ke? Manalah tau, demam ke...sakit perut ke...ada? Kalau tengok satu episod complete langsung tak pernah miss ada dapat anugerah apa ke? err...dapat meningkatkan mutu kehidupan ke? Atau lain-lain manfaat? Tak jugak??? Haish...habis tu...yang dok cokoh sampai terbengkalai segala kerja tu untuk dapatkan apa ye? Sia-sia,kan?

Macamana pulak kalau yang kata, "Hish...baguih drama ni...kita boleh dapat keinsafan, banyak contoh tauladan ni" (drama sebagai perantara?). Kalau nak suri teladan, tak payah kreatif sangat, ikutlah Rasul dan para sahabat. Nak tahu iktibar dan balasan baik serta jahat, rajin-rajinlah selak Al-Quran. Baca Al-Quran. 1 huruf boleh 10 pahala . Kalau satu ayat? Kalau satu surah? Banyak pahala tu. Bermanfaat, tak? Ya. Hati rasa tenang. Jiwa rasa aman. Hidup terasa dipermudahkan. Bermanfaat, tak? Ya.

Memang bisa berbisa bila kita cuba memahami dan melihat daripada perspektif lain. Itulah pentingnya mencari ilmu. Meluaskan pengetahuan. Tak adalah asyik 'syok sendiri' dalam beramal. Alahai...terkenalah lagi!

Oh ya, tahukah apa perkara yang sangat sukar untuk dilakukan?

1) Melakukan sesuatu sama dengan syariat Islam.

Ya, memang sukar kalau kita tidak berguru atau belajar daripada sumber yang betul.

2) Melakukan dengan ikhlas.

Susah memang susah. Nak ikhlaskan hati memaafkan orang atau nak mengikhlaskan diri bangun seorang diri di tengah malam di saat tak ada sesiapa yang tahu ...memang susah!

Namun yang paling sukar, sangat-sangat sukar ialah ...

3) Menjaga pahala agar sampai ke akhirat. Agak tetap maintain.

Bukan apa, ada orang dengan Tuhan memang dia jaga. Yang fardhu tak pernah culas, yang sunat pun tak pernah tinggal. Banyak pahala yang dikumpulkannya. Malangnya, sesama manusia dia tak jaga. Bergaduh dengan orang tu. Fitnah orang ni. Lalu apa yang jadi? Bila di akhirat sana, kira punya kira...ok, masuk syurga. Sebelum masuk Allah nanti tanya adakah siapa-siapa yang hendak membuat tuntutan sebelum orang ni masuk syurga. Lalu berkatalah si polan, dia ni selalu menyakiti hatiku dan membuatkan orang lain benci padaku. Lalu pahala yang dikumpul diberilah kepada si polan. Datang pula si polanah, membuat tuntutan hampir serupa. Dan ramai lagi. Akhirnya pahala pun habis sedang yang menuntut belum juga berkurang. Nak bayar dengan apa? Lalu Allah pindahkan dosa si penuntut kepadanya, sehingga akhirnya bila semakan dibuat menjadilah dia dari kalangan ahli neraka. Nauzubillah!

Jadi, untuk kita berusaha memastikan pahala yang kita kumpul tidak 'tiris' dan kekal untuk jadi tiket ke syurga itulah tugas yang paling sukar.

Dan Ustaz menambah, apa kamu rasa cabaran terbesar yang dihadapi oleh ustaz?

Er...er...er...nak datang menara TM jalan jem?

Ceh! Setakat jem tu apa la sangat, lagi banyak rintangan lagi besar pahala...kata Ustaz. Cabaran terbesarnya ialah untuk mengubah cara berfikir anak murid...heheh...insyaallah, insyaallah...semoga Allah permudahkan dan terangi hati kami dengan cahaya iman. Amin.

1 comments:

Anonymous said...

sungguh sangat terpuji ibu-ibu nih yang selalu menyeru kabajikan yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar,sungguh merupakan ibu-ibu ni orang-orang beruntung...amin
*wtr