Thursday, October 04, 2012

Islam KTP

Memang sudah lama saya tidak mengikuti apa-apa siri drama di TV. Bukan soalnya saya tidak punya masa atau bersikap selektif, memang tidak langsung teringin. Semenjak drama-drama zaman Fasha Sandha yang berjudul Natasha tu lagi saya tidak ikuti. Begitu juga ketika riuh orang memperkatakan tentang Tiz Zaqiyah & Remy Ishak dalam drama yang kemudiannya di angkat ke layar perak, Nur Kasih. Satu episod drama pun saya tak tengok. Filem pun sama. Macam sekarang, ramai yang suka drama Adam dan Hawa sampai sanggup ulas di Facebook...hem...tak payah tengok pun tak apa, sebab ramai yang rajin cerita.

 Mak saya pula suka tengok drama...hehehe. Yalah, dia sunyi duduk di rumah tu, sesekali hendak juga tengok TV. Yang best tu, kalau dia tengok, lepas tu dia mesti nak cerita balik apa yang dia tengok tu sampai saya dapat bayangkan macamana perjalanan drama tu. Itulah namanya kuasa imaginasi...hahaha. Apapun akhir-akhir ini dia suka mengikuti drama komedi agama di TV Alhijrah setiap jam 6.00 petang. Sinetron berjudul Islam KTP. Mula-mula tu agak lemas juga saya hendak membayangkan watak-watak yang diceritakan sehingga akhirnya, di suatu ketika saya berkesesempatan menonton. Memang ceritanya ringkas, lucu (bahkan mengarut!), tetapi masih ada sisi pengajaran yang dapat diambil.


KTP itu adalah ringkasan kepada "Kartu Tanda Penduduk" . Setaraf dengan KP (Kad Pengenalan) bagi kita warganegara Malaysia. Ertinya, Islam KTP itu adalah Islam sekadar catatan pengenalan diri sahaja padahal berapa ramai yang mengaku Islam tetapi kehidupan sehari-harinya tidak pula mencerminkan agama yang dianuti. Bagus tajuknya, kan...ringkas dan padat.



Saya difahamkan sinetron ini antara yang mempunyai episod paling banyak, iaitu menjangkau ratusan. Saya baru sempat menonton dua episod penuh...itupun tidak tahu sudah yang ke berapa. Seiring dengan tajuknya, pengisahan dalam drama ini berkisar kepada kisah-kisah yang terjadi dek kejahilan agama dan bagaimana membetulkannya.Juga tentang kehidupan yang baik namun tetap sahaja tidak lepas daripada ujianNya. Yang pentingnya, siapa-siapa juga bisa mempelajari dan mengamalkan agama.Dalam satu kisah, dikatakan bahawa   manusia harus berasa dirinya hina pada pandangan Allah...maka yang demikian akan menjadikan manusia itu jauh dari bersikap sombong dan angkuh sesama manusia.

Susah juga mahu mengikuti sinetron ini kerana ia bermula jam 6.00 petang saat saya masih perlu melalui perjalanan pulang yang selalunya tersekat-sekat gara-gara kesesakan lalulintas. Cuma yang best, walau dapat tengok 15 minit pun, tetap saja ada babak yang mencuit hati dan minda. Sudah boleh faham mesej untuk satu episod. Justeru, tak perlu terikat.

Hemmm...bolehlah join mak jadi pengikut ala-ala Chipsmoore!



7 comments:

Anonymous said...

Islam KTP...dalam lawak banyak pengajaran

Cheek Zaza said...

Kalau tak silap setiap hari ada je. Saya pun kadang-kadang terlepas jugak.

Telipuk Kuala said...

La ni dah banyak episod terlepas...seronok tengok gelagat Madit Musyawarah, orang terlanjur kaya katanya hehehe...

Anonymous said...

islam ktp merupakan cerita penuh pengajaran bagi semua manusia muka bumi yang banyak karenahnya..lucu dalam cerita ni membuatkan penonton tidak bosan..tapi apa yang diceritakan benar-benar belaka

srikandi islam said...

skrg nie TV Al Hijrah dh tukar waktu siarannya ke pukul 5.00 ptg...mmg ssh dh nk tgk citer nie..smpai umh je mesti dh abis...x tau cmner cara nk tgk balek citer nie..kt youtube mmg xde...sya dh tgk citer nie dr.episode mula2 dulu...mmg byk pengajaran citer nie..terbaeek..

Telipuk Kuala said...

Patutnya siar waktu malam jer...senang orang yang bekerja ni nak tengok. Saya pun dah lama tak tengok since ubah siaran sebab sampai rumah pun paling awal jam 6 lebih dah. Nasib baik ada mak yang jadi tukang cerita balik...hahaha...

Anonymous said...

Memang layan citer ni pengajaran, ilmu dan lawak lols ... tu la sy pun asyik melepas nk layan citer ni .. balik keje pun kul 5. ada satu lagi yg leh layan Pesantren & Rock n Roll. Layan gak citer ni