Ada dua perangai yang Aku tak berkenan kebelakangan ini. Mungkin remeh bagi kebanyakan orang. Aku rasa perangai ini lahir dari sikap kurang prihatin kepada manusia lain dan kegagalan sifat bertimbang rasa berfungsi. Juga ada kaitan dengan krisis nilai hormat-menghormati. Pendekata, kalau nak ikut KRISTAL TM tu...boleh dijadikan contoh huraian yang panjang lebar layaknya.
Perangai pertama berlaku di lapangan terbang. Bukan sekali dua berlaku cuma kali ini melekat kuat dalam kepala Aku sampai Aku berjanji pada diri sendiri akan buat satu entri pasal hal ini. Bila dalam barisan menunggu untuk daftar masuk, masing-masing sibuk mengheret beg dan troli...biasalah kadang-kadang tu berlanggar. Bukan langgar kuat, tapi terkadang tu beg tergesel betis orang depan, atau hujung troli menyentuh buku lali orang depan...biasalah...Tapi kalau setiap kali bergerak, setiap kali langgar, apahal? Padahal sudah tahu orang kat depan tu bukan boleh bergerak bertapak-tapak pun...beransur sikit-sikit je...tak bolehkah hendak agak ruang? Tolonglah bertimbang rasa sikit. Sudahlah buat muka bodoh macam tak tahu dan tak kisah. Maaf jauh sekalilah. Sekali Aku lempang kang...
Perangai yang kedua pulak, tidak berlaku dalam barisan. Berlaku di tempat parkir. Kita cuma dapat rasa geram dekat kenderaan tu, nak geramkan pemandunya kita tak tahu siapa. Inilah...pasal cara meletak kenderaan. Aku tak faham betullah dengan pemandu yang suka meletak kereta macamlah kereta dia tu sampan. Kalau ye pun tak sayang kereta, fikir-fikirlah pemandu lain yang ruang letak keretanya bersebelahan kereta anda. Kalau dah parking senget sampai makan kotak parkir orang sebelah...orang sebelah bukan saja susah hendak meletak kenderaannya, silap hari bulan hendak keluar pun terpaksa buat kempis-kempis perut pasal pintu boleh buka sejengkal aje. Eeeeee...rasa hendak sepak kereta kat sebelah tuh! Yang lagi bodoh piang tu...kereta kita dah parking cantik, lurus, sesedap rasa dalam kotak...dia parking tak betul, bila dia hendak masuk atau keluar kereta dia (kita dah sampai dulu, dia datang kendian)...dia malas hendak senget-sengetkan badan dia...jalan mudah dia 'patahkan' side mirror kita....eeeeiiii...lagilah Aku geram! Atau punggung dia dengan selamba 'langgar' side mirror kita...pasal kepala hotak dia dah diprogramkan "pedulik hapa Aku...bukan kereta Aku!".
Sekecil-kecil gelagat langgar orang depan dengan troli itulah yang membawa kepada sebesar-besar perangai langgar belakang kereta orang...pasal kau selalu fikir, "alah tak apa, bukan ada apa-apa pun...". Macam enau dalam belukar , tahu hendak lepaskan pucuk sendiri sahaja.
Kalau itu dikatakan cerewet atau mengada-ngada...biarlah Aku cerewet sekali pun. Pasal jadi manusia ini bukan hanya kena fikir jaga perasaan dan hati sendiri...tapi kenalah juga fikir masalah orang lain sama. Kalau dok pentingkan diri sendiri dan tak hendak peduli hal orang, duduk dalam hutan sahajalah senang!
2 comments:
aku pun bengang betul bila orang letak kereta sebuah tapi guna dua kotak parkir. tambah2 bila waktu sibuk dan susah nak cari parkir. apa susah sangatkah nak undur/ke depan sikit kereta itu?
kalau orang langgar-langgar betis/tumit kau dengan beg berkali-kali dengan muka selamba dan tak rasa bersalah, kau tegur sajalah. biar dia beringat di lain masa dengan orang lain. kalau setakat sekali tu biasalah, tapi kalau berkali-kali memang boleh uji kesabaran juga itu...
susahkan kalau berdepan dengan orang yang cuma fikirkan diri sendiri saja yang nak senang... tapi inilah dunia - sentiasa penuh dengan manusia pelbagai ragam...
Azra,
Hahaha...tu ler pasalll...hang tau le aku ni kan...payah sangat nak kata 'don't' atau 'no' ...nak menegur lagilah. Balik-balik simpan dalam hati. Sampai bila nak biar kena buli kannnn???
Post a Comment