Showing posts with label Mari Berkias. Show all posts
Showing posts with label Mari Berkias. Show all posts

Monday, December 03, 2018

Yang Tersirat

Manusia ni dia hanya suka nak kita cakap apa yang dia suka dengar sahaja. Jarang la nak jumpa yang boleh terima kata-kata kita, yang tak seirama dengan dia.

Sebab tu kadang-kadang rasa pelik, lepas macam-macam dia buat kat kita...lepas tu dia tanya, "Hari ni awak macamana? Ok ke? Rasa-rasa kau???

Ianya sama seperti awak pukul dan terajang seseorang, lepas tu awak tanya dia. "Sakit tak?".
Tapi yang bestnya, awak tak nak dengar dia jawab , "Giler sakitttt!". Sebaliknya awak nak dia jawab, "Saya ok. Alhamdulillah tak ada apa-apa dan in shaa Allah akan kekal macam ni sampai 100 tahun lagi". Esoknya awak sepak terajang dia lagi. Dan keep on tanya, "Awak ok?".

Mental!

Sebagai manusia biasa, adakalanya kita ingin sangat menyatakan apa rasa kita kan. Apa rasanya diperlakukan begitu sebab bak kata Ma Jin Joo...bila sesuatu itu membelit dan mencekik...masa tu la kita patut usaha untuk leraikan...bukan tunggu dan tangguh hingga akhirnya yang membelit itu begitu berselirat sampai tak mampu lagi nak dirungkaikan. Masa tu dah terlambat...(banyak betul belajar dari drama korea ni kann...:) . )

Dan bila kata-kata tidak lagi sampai masuk ke hati, menjadilah kita sekadar berbicara tetapi tidak berniat untuk berkomunikasi. Bak kata Seo Woo Jin yang membenci jalan satu hala kerana baginya sesuatu hubungan itu perlu berlangsung secara dua hala. Mungkin adakalanya apabila sesuatu itu sudah menjadi biasa, maka kita sering terlupa untuk memperhatikannya. Mengambil sikap tidak peduli kerana kita enggan benar-benar melihat apa yang sebenarnya terjadi. Mungkin takut berdepan realiti atau sekadar membiarkan masa berlalu mengharapkan segala-galanya akan tetap kembali seperti asal.

Lalu begitulah, setiap kali mereka bertanya kita, apakah segalanya ok untuk kita...maka semestinya kita akan jawab OK kerana kita sendiri sudah penat untuk menjelaskan kerana bukan semua perkara ada bahasa penjelasan yang boleh menembus masuk ke ruang hati dan fikir manusia yang bertanya yang sebenarnya hanya sekadar ingin berbahasa tetapi tidak ingin memahami.

Wednesday, August 03, 2016

Sang Kancil & Monyet

Itulah kamu monyet...tak nak dengar cakap. Degil.
Kan dah kata, "Jangan monyet...engkau juga yang susah nanti". Dah berkali-kali diingatkan.
Sekarang kau rasakanlah "kepedasan"nya.

Situasi yang diadaptasi daripada Kisah Sang Kancil dan Monyet ini adalah antara adegan yang kita boleh perhatikan dalam kehidupan sehari-hari.   Dalam pelbagai keadaan. Mungkin saja pentas lakonan yang berbeza-beza. Para pelakon adalah kita semua yang memegang watak masing-masing. Dengan latarbelakang dan kepelbagaian pengalaman, masing-masing menghidupkan lakonan sebaik mungkin berdasarkan matlamat dan hala tuju kehidupan masing-masing.

Si Monyet adalah kita semua yang enggan mendengar nasihat orang lain, yang selalu rasa dirinya sahaja yang betul ataupun dia yakin tindakan yang dia buat itu adalah baik untuk dirinya. Boleh jadi juga dalam mengambil tindakan, dia hanya mengutamakan kehendak diri sendiri. Itu adalah lumrah. Ramai orang sanggup memejamkan mata membuat sesuatu pilihan tanpa mempedulikan kesan perbuatannya ke atas kehidupan orang lain padahal kalaulah dia tidak bertindak begitu, tak adapun mudarat yang akan menimpa dirinya. Hanya semata-mata mendahulukan kemahuan peribadi, maka berapa ramai orang buat tidak peduli dengan orang lain yang terpaksa terlibat sama. Maklumlah, mereka fikir mereka ini hidup dalam dunia mereka sahaja...sama macam orang yang buang sampah merata-rata dan mengharapkan kekotoran tersebut dibersihkan oleh orang lain. Padahal kalau ramai orang berfikiran serupa macam dia, silap haribulan sampah-sampah itu akan menggunung menimbus rumahnya pula, membinasakan bekalan air bersih dan mengancam keselamatan serta nyawanya. Sengaja menempah susah namanya. Bukankah itu sama sahaja dengan bodoh?

Ada juga monyet yang fikir dia pandai. Dia rasa dia cukup licik untuk memanipulasi keadaan. Sayangnya dia terlupa yang sehebat manapun perancangannya...yang akan menentukan pelaksanaan itu berjaya ataupun tidak adalah di bawah kuasa Allah Taala. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sebab itu, sebagai seorang Muslim, kita wajib percaya kepada ketentuan Qada dan Qadar Allah dan selalu berlapang dada, bersabar dengan apa jua yang terjadi. Pastilah segala sesuatu itu ada hikmahnya. Tidaklah seorang Muslim itu patut bersedih atas perkara yang Allah tidak tunaikan untuknya kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan apakah yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Apapun matlamat menuju Allah itu adalah matlamat yang sebenar-benarnya. Dan hanyalah dengan tujuan ini maka dapat kita mengusahakan untuk memastikan diri berada di atas jalan yang benar, yang boleh menyampaikan kita kepada matlamat itu. Bukan itu sahaja, dengan berpegang teguh kepada kerangka menuju akhirat dan persiapan menghadapinya sahajalah kita akan mampu mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Jadilah seperti Kancil yang bijak mengusahakan kehidupannya dan tidak lokek berkongsi apa yang dia miliki seperti hasil tanaman dengan si Monyet. Tapi awas, jangan jadi seperti Monyet yang pandai berpura-pura dan hanya tahu mengambil kesempatan di atas kemurahan hati orang lain. Sidahlah begitu...tak pandai menghargai nasihat orang pula...dia fikir orang lain itu busuk hati sama macam hati dia kot...jadi sengaja tak mahu ambil nasihat orang sebab tamak dan takut rugi. Akhir sekali apa jadi...nah...ambik ngko monyet....padan muka dapat balasan atas perbuatan sendiri.

Sekian, ulasan kisah Si Kancil dan Si Monyet untuk siri kisah dan tauladan, siaran hari ini.

Peace yo!!!

Wednesday, February 23, 2011

Bukan Sebarang Seram

Seorang Ustaz menyarankan agar diluangkan masa melawat kubur supaya kita cepat menginsafi kesementaraan hidup di dunia ini. Sebelum itu dia kata, segala duit ringgit, harta benda yang kita susah payah kerja siang malam kumpul tu...bukanlah milik kita. Tak caya? Tengoklah insan-insan yang sudah pergi lebih dulu tu...apa jadi dengan harta benda mereka? Tentunya diwarisi oleh anak pinak mereka bukan? Jadi, yang sudah pergi tak kembali itu dapat apa?

Yang menjadi hak milik kita ialah duit ringgit yang kita gunakan untuk amal jariah, bersedekah. Contohnya, RM5000 yang kita sumbangkan untuk bantu pembinaan masjid di kampung kita, atau duit yang kita belanjakan untuk membeli musyaf-musyaf Al-Quran bagi kegunaan sekolah-sekolah agama dan sebagainya...itulah pelaburan yang bijak. Allah akan gantikan dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda. Memang kita tak nampak imbuhan itu di dunia, tapi imbuhan itu menanti kita di akhirat nanti. Ustaz kata, KWSA...Kumpulan Wang Saham Akhirat.(alamak...Akaun I and II Aku dalam KWSA ni dah ada berapa la agaknya? Macam ciput je...)

Berbalik hal kubur tu...kita kena ingat status kubur. Iaitu status "leasehold" je Tuan Puan sekalian...belum "freehold" lagi...heheh...(Aku suka la Ustaz hari Khamis tu...). Jadi, make sure nak masuk dalam tu...cukup bekalan kita. Teringat pula kisah adik Seripagi yang 'blank' tak tahu nak jawab soalan ketika dalam dewan peperiksaan. Katanya, itu nasib la kat dewan atas dunia. Bayangkan kalau kita 'blank' nak jawab soalan masa kat dalam lubang gelap 6 kaki bawah tanah tu....oh tidakkk!!!

Yang best tu, Ustaz kata...cuba tuan puan pi kubur waktu tengah malam...ce tengok...aaaaa....barulah feeling habis katanya. Waktu siang tak acilah. Cuba pergi sana, bagi salam. Tapi, kalau tetiba salam tu berjawab...aiii...cabut lari le...heheh...tu bukan balasan salam oleh ahli kubur...itu namanya Hantu Kak Limah Balik Rumah....har...har...har...lawakla Ustaz tu. Tersimpul usus perut Aku dibuatnya!

Gelak gelak juga...beringat kena beringat. Masa berjalan tak tunggu kita. Hari demi hari makin dekat sebenarnya dengan tarikh kematian. Kita aje yang tak perasan (perasan muda sokmo...). Yang susah tu dah tentulah mengekalkan fokus...maklumlah hati manusia, berbolak-balik sifatnya. Sekejap hangat, sekejap suam-suam kuku, sekejap sejuk gedi, tak konsisten!

Mudah-mudahan kita semua tetap kekal beristiqamah, teguh berpegang di jalanNya sehingga detik hembusan nafas terakhir. Amin.

Wednesday, November 03, 2010

Pilih-pilih Jalan

Perjalanan hidup ini boleh juga disamakan dengan pengalaman membawa kereta. Mula-mula hidup, kita banyak mengikut. Maklumlah, tak banyak pengalaman. Orang kata buat itu, kita pun buat. Orang kata buat macam ini, kita pun ikut tak banyak kerenah. Masa mula-mula memandu pun macam tu. Ikut segala tanda jalan. Ikut had kelajuan. hahaha...maklumlah, masa tu masih lesen P. Kalau boleh tak mahu buat onar langsung.

Kemudian, bila sudah banyak makan garam, kita pun mula mencipta ragam. Yang orang suruh buat, kita tak mahu buat. Yang dilarang jangan buat, itulah yang kita buat. Kita rasa kita sudah cukup dewasa untuk menentukan hala tuju hidup sendiri, tercabar ego kita kalau asyik ikut telunjuk orang, walaupun nasihat yang diberi itu untuk kebaikan kita juga. Begitulah juga keadaannya bila sudah lama memandu. Semakin lama semakin terserlah 'kesamsengan jalanan' kita. Asal duduk belakang stereng sahaja mulalah bertukar karektor kita. Lampu trafik baru je sesaat tukar hijau kita dah tekan-tekan hon marahkan pemandu di hadapan yang baru terkial-kial hendak tekan pedal minyak. Walaupun had laju di Lebuh Mahameru tu cuma 80 kmj...kita boleh pergi sampai 120 kmj...opppssss....Apa kita dapat? Well...rasa best...rasa 'besar', rasa 'berkuasa'...hemmmm...tak sudah-sudah kita dengan elemen-elemen takkabur tu ye...

Kita juga sudah pandai mencuba 'jalan-jalan' baru. Tiba-tiba kita jadi bosan dengan yang rutin. Kita mahukan cabaran baru. Hari ini ikut Jalan Kuching, esok ikut Jalan Raja Laut, lusa ikut Jalan Duta...tulat ikut Jalan Tun Razak...mentang-mentanglah pilihan banyak! Yang tak best tu, baru jer nak seronok-seronok cuba jalan baru...oppsss...tetiba masa tu lah kat depan tak semena-mena 'jem'. Kita pun tepuk-tepuk dahi. Menyesal!!! Apasallah Aku 'bengong' sangat hendak ikut jalan ni! Patut sampai rumah pukul 6 tepat...hari ini kita sampai saat kecederaan, Maghrib pun nyaris lepas! Insaflah sekejap. Taubat tak mahu dah bertukar-tukar jalan. Sekali orang cakap, apalah you ni...tak kan itu pun serik? Biasalah, sekali air bah, sekali pasir berubah. Cuba lagilah....apa salahnya...hemmmm...lama manalah kita hendak serik dengan pengalaman hidup, bukan? Tengoklah, berapa banyak bas yang terbalik atas jalan dan berapa ramai nyawa yang melayang...lama-lama bila rasa 'seriau' dan phobia tu hilang lenyap, naik bas serupa tu jugak. Pemandu bas samseng dan pelesit ramai macam tu jugak. Tunggulah berulang lagi kejadian malang barulah masing-masing hendak sibuk keluar kenyataan...menyampahhh!!!

Perjalanan hidup = perjalanan atas jalan. hahaha...pasal tulah KL Traffic adalah nama yang kekal relevan walaupun Aku sudah lama tidak bercerita bab-bab pemanduan. Tak kisahlah, agak-agak terbabas, cepat-cepatlah cari jalan pulang. Kita ini pun semuanya dalam perjalanan...dari semenjak lahir sampailah ke saat ini, masih berjalan tak tahu bila hendak sampai destinasi...bab tak tahu bila tak apa lagi, bab tak sedia bila tup-tup destinasi tiba depan mata tu yang tak tahan tu...

Insyaallah, moh kita ramai-ramai ke kelas hari ini ye...gilap-gilap apa yang patut...

Tuesday, July 06, 2010

Alkisah Rumah

Entah bilalah rumah ini hendak siap. Tak sudah-sudah diubahsuai. Hari itu kata lantai rendah sangat, maka tiang pun dilapiskanlah supaya naik tinggi. Bila sudah naik tinggi, tangga pula tak sampai ke bendul pintu...ah, sudah! Kenalah ubahsuai tangga pula. Lepas tu ada bilik yang besar, ada bilik yang kecil. Semua berebut-rebut hendak bilik yang besar. Masa buat pelan dulu, tak hendak tanya anak-anak...bilang punya bilang...bilik besar cuma ada empat, anak pulak ada sepuluh. Aisey! Kena rombak lagilah pelan tu yer...

Tengok rumah jiran-jiran tu, biasa aje. Senyap sunyi tak ada ketuk sana, ketuk sini. Mereka bebas hendak buat perkara lain yang lebih penting, macam betulkan jalan supaya senang orang hendak datang. Juga sibuk keluar mencari rezeki, masuk hutan keluar hutan. Cerah ladang, boleh lekas tanam lengkuas, halia, cili...hujung musim terus tuai hasil.

Kita?