Friday, December 29, 2017

Cuti-cuti Sabah

Throwback entry.

Lama benar kena peram. Kunjungan ke Sabah ini boleh dikatakan sebagai tepat pada masanya. Alhamdulillah, segala urusan juga Allah mudahkan untuk kami sehingga berhasil sekeluarga menjejakkan kaki di bumi bawah bayu yang indah ini. Sabah - antara destinasi dalam negara yang pada Telipuk paling mengujakan kerana Sabah mempunyai daya tarikan yang pelbagai.

Di Sabah, kami menginap di Promenade Apartment di kawasan Pusat Perniagaan Api-api. Lokasi memang terbaiklah sebab di tengah bandar dan dikelilingi dengan segala kemudahan. Kami menyewa sebuah kereta daripada seorang pengusaha yang berasal dari Negeri Sembilan. Tumpuan utama kami pastilah kaki gunung Kinabalu dan Kundasang. Destinasi wajib yang kami kunjungi pada keesokan harinya.

Perjalanan menuju ke Kundasang mengambil masa 2 jam lebih kerana jalan yang berbelok-belok. Tidak menjadi masalah sebab kami pun seronok bersantai sambil menikmati pemandangan di kiri kanan jalan. Gerai-gerai "Sinalau Bakas" paling kerap ditemui , begitu juga dengan gereja. Lalu saya faham kenapa Ustaz sangat prihatin dengan kerja-kerja dakwah di Sabah. Maksud saya, masih banyak ruang untuk menyebarkan maklumat tentang Islam. Hidayah kan milik Allah. Kerja kita cuma menyampaikan. (Itupun tak terbuat).

Apakah itu Sinalau Bakas ? Secara ringkasnya dalam bahasa tempatan Sabah maksud Sinalau Bakas adalah  : SINALAU : Disalai dengan api, BAKAS : Kinzir/Babi Sinalau atau manalau adalah satu cara tradisional bagi masyarakat Dusun untuk mengawet makanan sama ada babi hutan atau apa saja jenis haiwan. Cara ini digunakan supaya daging yang dipotong tidak rosak dan masih boleh dimakan walaupun disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Menyalai dan membakar adalah kaedah yang berlainan, membakar bermakna makanan itu dibakar untuk dimakan dengan segera sementara menyalai adalah proses untuk mengeringkan daging supaya tidak rosak. 

Ini maklumat yang Telipuk kongsikan dari http://cikguharthono.blogspot.my/2016/03/apakah-itu-sinalau-bakas.html. Err...jangan ada yang tanya halal ke tak sudahhh...baca dan fahamkan ye. ;)

(Kompom malas nak buat research sendiri...hahahaha...)


Bestnya la haiiii masa lalu dan nampak kemegahan Gunung Kinabalu yang tersergam indah. Subhanallah...pasak bumi yang begitu kukuh. Cuaca pun sangat baik jadi puas mata dan puas hati menghadam pemandangan yang kali terakhir terhidang di depan mata kira-kira 26 tahun yang lalu...ya Allah...lamanya weiiii...

Masa pertama kali tu...Telipuk baru 16 tahun tauuu. Rezeki terpilih mengikuti program pertukaran pelajar Semenanjung - Sabah/Sarawak/Labuan di bawah kendalian Jabatan Perpaduan Negara. Program Titian Emas namanya. Memang betul 'emas' sebab kukuh terpahat di hati Telipuk sampai sekarang tau.


Yeayyy...lembuuuu...moooooo...

Haaa...yang tempat ni, tak adalah masa kunjungan pertama Telipuk dulu. Telipuk mula-mula tahu bila tengok program Destinasi Bajet di saluran HyppInspirasi. Kat mana tu...? Kat HyppTV. Rugilah tak tengok weii...apa lagi, jom subscribe UNIFI. Hahaha...promote jangan tak promote. Memang tak bleh blah tengok pengacaranya Razif santai-santai minum susu segar dari ladang. Ehhh...Telipuk pun nak juga.


Desa Cattle Sdn Bhd. Padang ragutnya dah macam ala-ala New Zealand. Cuma yang tang bau tu memang bukan New Zealand lahhh...masa korang tercium bau tu, barulah korang berpijak di bumi yang nyata...huk alohhh..ambo kek Malaysia rupanya. Hehehehe.


Pak pak kang ku do...sumunsui do jambatan....
Eh..eh...yang ko sesibuk nak nyanyi lagu Jambatan Tamparuli tu pehal pulak Telipuk? Tu ralat sebab tak boleh ikut Tamu di Tamparuli. Tak kena dengan harinya. Sedih makkkk.

(Err...ada alasan nak datang lagi, ye tak?)


Nampak? Nampak? Betapa nyamannya suasana dan sodap ehh raso menikmati aiskrim yang dihasilkan penuh kesegaran dari ladang. Memang tak bagi can lahhh. Kami bukan saja beli aiskrim tapi jugak beli segala perasa susu segar, yang putih mahupun yang coklat. Memang seronok.


Terdapat juga bangsal (barn) yang menempatkan anak-anak lembu dan kambing. Yang ni is a must try untuk yang bawak anak-anak kecil. Dijamin menyeronokkan sebab korang boleh bagi binatang ni makan. Rumput untuk anak kambing dan botol susu untuk anak lembu. Beli kat situ...tak ingat pulak berapa, but very minimal fee.


This is my favourite. Teringat zaman-zaman Telipuk ada bela kambing. Bukan menternak okay, tapi bela as pet. Kami paling terror pun bela itik nila dan ayam sahaja. Ada jiran bela kambing masa tu dan dia hadiahkan seekor kambing bunting kepada arwah ayah. Bila kambing tu beranak dapatlah anak jantan yang kami namakan Acacele...tak taulah bahasa Mexico ke bahasa Afrika...hahaha...Kambing tu memang jinak sungguh. Boleh naik atas rumah dan makan kuih cekodok tau. Sayangnya kena sembelih untuk akikah Ramzan. Menangis satu hari suntuk tau. Hua hua hua. Jadi, dapatlah mengimbau kenangan kat Desa Cattle Farm ni.


Dapat masuk sekejap sahaja. Itupun dengan kereta. Ikutkan hati nak keluarkan kasut sukan dan pergi hiking terus. Hahaha. Tapi kita datang sekeluarga dengan banyak tempat nak cover serta mak yang tak kuat dah nak jalan. Jadi, berpada-pada jer la...bagi puas hati sampai cecah kaki dan tengok dari kejauhan. Dulu masa program Titian Emas tu, kami menginap kat area sini tau. (Sibukkkk nak cerita jugak).

Ikutkan list lagi banyak tempat nak pergi. Tapi macam yang Telipuk katakan, tak mampu nak cover semua dalam masa yang terhad serta kekangan peserta heheh. Tak dapat nak pergi Poring Hot Spring dan naik jambatan tergantungnya. Apapun kami sempat singgah di Pekan Nabalu. Katanya, kalau nak cari souvenir murah, kat sini lagi ok. Dapatlah beberapa helai kain batik, t-shirt dan fridge magnet.

Hari ketiga di Sabah, kami buat keputusan mengejut untuk ke Labuan. Yang ni paling emosional sebab masa program Titian Emas itu, Telipuk ditempatkan dengan keluarga angkat di Labuan. Telipuk terus menghubungi adik angkat Telipuk dan dalam sekejap masa seluruh keluarga angkat di sana sudah sedia menunggu kedatangan tak dirancang kami.

Perjalanan jauh juga tu sebab kami memilih untuk memandu ke Jeti Feri Menumbok.Dari Kota Kinabalu, perjalanan kami melalui Daerah Putatan, Kinarut, Papar, Kimanis, Bongawan dan Membakut. Perjalanan KK-Membakut memakan masa tidak kurang sejam, manakala kira-kira 15 minit dari Membakut, sebelum tiba di Pekan Beaufort, dan bertemu dengan simpang kanan by pass yang agak baru sebelum bertemu lagi satu simpang tiga. Dari sana, kami belok kanan lagi dan memandu selama 20-25 minit sebelum tiba di simpang tiga. Dari sana, ambil simpang kiri ke arah Menumbok sebab kalau kanan ke arah Pekan Kuala Penyu. Perjalanan ke Menumbok dari sini mengambil masa juga antara 20-25 minit sebelum tiba di bulatan pekan Menumbok. Laluan untuk ke feri Menumbok-Labuan berada di kiri.

Alhamdulillah, dapat parking dan yang jaga parking tu cakap tak payah bayarlah sebab nak balik hari je dan orang pun tak ramai. Memang cantekkkk...tu pasallah pilih time tu (siap ponteng sekolah lagi...saborrr jer la...). Kami pilih bot laju untuk ke Labuan sebab lebih cepat, 15 minit jer kot ...tapi...fuhhh...harap berpegang kuatlah...terlambung-lambung ngkauuu!

Setibanya di Terminal Feri Labuan, ayah angkat sudah tunggu...yeayyyyy....
Dan yang bestnya, ayah bawa ronda-ronda ke tempat dulu-dulu untuk mengimbau kenangan.


Pada tahun 1991 itu, ayah angkat Telipuk bertugas di Balai Bomba Labuan dan tinggal di kuarters dalam balai ini. Sekarang tak lagi, sebab ayah dah pencen dan tinggal di rumah sendiri. Wahhh...balai ini baru jer dicat baru...terang benderang dalam kemilau matahari. Patutlah rasa luas dan cerah jer.


Amik ngkauuu! Kau rasa ada tak model yang nak pose depan menara Balai Bomba ni selain model tua ni? Hahahaha...lain macam jer. Dulu, masa datang kemain tak berani nak keluar sebab masa tu ramai anggota bujang dan diaorang tak henti menyakat. Kita dah ler pemalu (konoonnnnn...).


Ayah sempat bawa singgah ke pejabat adik angkat nombor 1, Johana yang tak dapat join sebab bekerja. Besttt...Jo bagi souvenir berlambak. Segan pulak kita tak angkut barang apa sangat sebab tak plan nak ke Labuan. Kalau tak haruslah penuh tangan menjinjing.


Ini Taman Peringatan Perang Dunia Ke-2. Memang Labuan ni femeslah dengan tempat bersejarah macam ini selain fungsinya sebagai kawasan kewangan pesisir pantai dan bebas cukai tu.


Finally...dapat jumpa semula, Ibu angkat den...Puan Maria Mumin dan adik-adik angkat yang lagi 3 orang tu. Semuanya sudah besar-besar dan berkeluarga. Masa jumpa dulu sekolah rendah lagi si Kicie dan Ijoy tu. Masa ni tunggu adik Ujie yang on the way berkejar balik dari pejabat. Seronok kannn dapat jumpa semula. Kenyang perut dijamu satay dan segala aneka makanan , maklumlah semasa kunjungan ni masih dalam bulan Syawal. Menjelang pukul 5 kami pun bersiap-siap nak balik sebab memikirkan perjalanan jauh nak menuju KK semula. Lagipun kata ayah, kalau petang ni ombak kuat dan kalau naik bot laju memang agak mendugalah. Boleh nak naik yg tak laju tapi lambat sikit nak sampai. So, teruslah kami ke terminal feri. Sebelum tu sempat jua shopping coklat. Pada pendapat Telipuk, memang yang kat Langkawi lagi meriah dan murah. Tapi kan, dah alang-alang sampai tu, beli juga la serba sedikit buat buah tangan.

Dan memang betul, perjalanan menaiki bot laju ke Jeti Menumbok boleh buat muka pucat lesi. Itu nasib baik la hujan ribut tak turun walaupun langit dah nampak legap. Risau kalau perjalanan bot laju ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan. Apapun mujurlah kami sekeluarga selamat sampai ke seberang dan teruslah memandu balik ke KK. Pukul 9 lebih jugaklah sampai tu sebab hujan lebat ketika melalui Papar.

Syukur...dapat jua jumpa...kalau tidak, entah bila lagi.


Hari terakhir di Sabah, kami pergi ke jeti Jesselton. Di sana ada perkhidmatan naik bot ke pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Yang ini pun antara aktiviti yang Telipuk tak pasti nak buat sebab Telipuk dengan air ni tak berapa nak mesra...hahaha...lepas tu Telipuk tak suka sun burn. Setakat nak tengok-tengok pemandangan okaylah. Bagaimanapun orang kata, kalau dah sampai tapi tak pergi...memang rugiii. Jadi,  kami pun ambil juga pakej bot ke 3 buah pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan.


Telipuk paling suka Pulau Mamutik sebab suasananya yang lebih tenang. Tak banyak kemudahan dan tak serabut dengan 'orang'. Paling happening Pulau Manukan sebab siap ada restoran dan penginapan semua. Manakala kat Pulau Sapi - bad time untuk kami sebab ramai sangat pengunjung...penuh dengan khemah2 . Lagipun dah tengahari, hari panas dan perut pun dah lapar. Maklumlah, pergi tak berbekal. Yang mandi cuma Aiman seorang. Emak tak boleh jalan jauh jadi kami pun tak berani nak pergi jauh, kang kesian dia tinggal sorang. So, berehat dan cuci cuci mata sahajalah.


Oh ya, sepanjang berada di KK, Telipuk paling suka makan malam di Jalan Sinsuran. Di waktu malam, kat situlah nak cari seafood yang best. Telipuk paling gemar makan ketam telur asin tu...fuhhh...memang terbaekkk la, sampai sekarang teringat-ingat. Kat sepanjang jalan tu juga boleh dapat pelbagai cenderamata seperti perhiasan mutiara di Pasar Filipina. Macam Telipuk, suka beli kerongsang saja. Tapi ada juga Telipuk beli sepasang anting-anting dan gelang tangan. Itupun Telipuk tak berapa pandai perhiasan mutiara ni...orang kata yang mutiara dihasilkan tiram di laut lepas itu lebih mahal berbanding yang diternak . Apa-apalahhh...

Keseluruhannya, percutian di Sabah Negeri Bawah Bayu ini memang seronok bagi Telipuk. Nak lagi seronok sebenarnya kena betul-betul buat yang adventure part tu...hahaha...kena guna kaki banyak ok, gi panjat, gi terjun...amboiii...macamlah daring sangat dia tu...bukan apa, sebab Sabah ni tarikannya alam semula jadi. Nak meneroka alam semula jadi, memang kena berlemoih la baru best.


Cerita Cuti Kita

Penat memandu masih terasa lagi. Tegang rasa urat keting. Bukan tak biasa memandu jauh tetapi sebab perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam telah menjadi lebih 6 jam. Gara-gara cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti perayaan Krismas. Dah tahukan istimewanya orang Malaysia ini, pantang ada cuti semua berduyun-duyun jalan-jalan cari pasal belaka. Itu yang jadi jalan jem melekatttt...sabor ajer laaa.

Pada kebiasaannya Telipuk tak akan ikut trend ini. Baiklah duduk diam-diam di rumah. Namun, ini peristiwa yang istimewa. Mahal harganya. Very rare ! Jadi Telipuk kuatkan semangat bersama-sama merempuh perjalanan tersangkut-sangkut menuju ke Lumut, Perak. Memang berlumut rasanya nak boleh sampai. Hahaha.

Baiklah, apa kejadian istimewa itu? Alkisahnya, dalam grup whatsapp keluarga Telipuk, seseorang mencadangkan untuk mengadakan Hari Keluarga. Saja nak jumpa. Nak balik kampung macam biasa jer bunyinya...so, let's go somewhere...dahhhh pakat-pakat bagi sambutan menggalakkan pula. Dalam sekejap masa merancang, maka terhasillah persepakatan ini. Mari berjumpa di Marina Cove, Lumut. Ini juga barangkali perjumpaan terakhir sebelum adinda Ramzan berangkat ke Pontianak. Jadi, kita ada more than one reason to gather, right? Ahaaaha...selain agenda mencari ikan bilis bermata biru!

Telipuk bertolak dengan anak-anak agak lambat sedikit sebab pagi tu mereka ada kelas mengaji. Sayang pula nak dipontengkan. Lebih kurang hampir jam 11 baru kami bergerak . Mula-mula teringin hendak lalu ikut jalan pesisir pantai barat tu, tapi, ada orang cakap Jambatan Sultan Yusof Batu 5, Teluk Intan ditutup menyebabkan laluan menjadi lebih panjang. Owhhh mannnn!!! Hemm...tak apalah, Telipuk pun tanya Mr. Waze sajalah dan seperti diagak, Mr. Waze suruh naik highway E1 sehingga exit Sungkai. Bagimanapun belum jauh berjalan, jalan semakin semput dan semput...akhirnya, disuruh exit Behrang. Huh...hantam sajalah labu...tu pun nak lepas tol 15 minit ada kot. Jumpa R&R area Slim River, berhenti singgah minum dan melunjurkan kaki. Pergi toilet siap-siap...buatnya nak kena berhenti emergency, naya je. Then, all the way la sampaiiiii ke Lumut. Memang rasa nak meroyan jugak dibuatnya. Sampai Marina Cove berpusing cari parking pulak sebab ramainya umat...hohoho...memang percutian yang tak dapek nak den lupokan.

Dapat berhimpun ramai-ramai macam ni, memang berbaloi. Terlupa sudah seksanya perjalanan yang ditempuh. Best kan, walaupun sekejap. Life is too short, everyone. Listen...family is important. Beri masa selagi ada. Selagi mampu. Dan inilah yang mampu Telipuk berikan.

Tak cukup kuorum lagi ni sebenarnya.


Kami memang tak ada agenda khusus. Hanya nak berjumpa dan bersembang. Anak-anak enjoy main air. Dah puas hati semua...kita balikkkk. Sebelum balik, singgah pekan Lumut cari ikan bilis. Yang bermata biru dan sudah dikopek semestinya menjadi pilihan. Telipuk suka goreng garing-garing dengan cabai dan bawang sahaja. Makan dengan nasi panas...itupun sudah cukup membuka selera. Jadinya, tak de lah beli berkilo-kilo pun...setengah kilo jer dah cukup. Tengok satay ikan dengan sotong banyak bergantungan...tapi tak rasa nak beli. Last year kemain membeli, asal nampak pelik beli. Last-last jadi tukun semuanya. Bukan makan pun.

Sebahagian cucu-cucu Che Ani & Kalthum yang dapat hadir.

Lepas ini boleh buat rancangan yang lebih teratur. Yang ni kena ada proper urusetia dan sebagainya. Masa kat Marina ni pun nampak ada 2 family gigih buat family day, lengkap dengan baju t-shirt sama warna dan acara sukaneka. Wahhh...barulah meriah sungguh. Kitaorang yang meriahnya bab-bab makan...maklumlah, chef ada...dengan gulai ikan semilangnya, daging masak hitam, rendang kerang, ketupat uolsss...kacang rebus, pulut inti, ayam masak merah...walawehhh...sat je naik 2 kilo...hampehhhh!

Perjalanan balik Telipuk memang menduga jugaklah. Hidupkan Mr. Waze tapi entah apa gerangannya asyik dapat "opsss something is wrong". Sebab dah biasa memandu dipandu ni, Telipuk guna google Map...wahh...bestnya jalan, lancar. Agaknya semua orang belum nak balik KL kot. Namun terselit rasa musykil. Kemusykilan itu terjawab apabila tengok beberapa kereta yang tadinya laju memotong Telipuk, sorang sorang berselisih...dema berpatah balik. Ape ke hal ni yob? Aiseyyy...Telipuk dibawak terus ke Jambatan Batu 5 yang ditutup itu...aduuhhhh....Tak pe...rileks...rileks...apa yang terjadi, kan tetap terjadi...hujan pasti berhenti. Satu, dua, tiga, do re mi...eh eh...terlajak pulakk. ;) Dengan senyum kelat menahan geram dipermainkan Map...berpatah balik la Snowie. nasib baik minyak full tank. Mujur Mr. Waze dapat berfungsi semula. Telipuk dihalakan ke Jalan Pintas Kg. Gajah - Ulu Dedap A18. Itupun sejam kot tergedik-gedik nak dapat lepas keluar ke jalan lama yang membawa Telipuk melalui kawasan Bidor dan Temoh. Telipuk pandu terus hingga dapat keluar tol Sungkai. Naik highway...weehuuu. Pun dah banyak kenderaan, walaupun Snowie ambil lane paling kanan...memang tak dapek nak berdezupp. Sampai Lembah Beringin hujan pulak turun selobek lobeknya...dah lagilah kena perlahan sebab semua kenderaan dan pakat pakat guna signal hazard. Total hours hemmm...6 jam jugak. Tu yang all in all, 12 jam wehhh melekat dalam kereta...sabor je lahhh...ni yang masih ku rasa keperitannya di bahagian keting kanan.

Apapun, memang terbaiklah kenangan yang kita bina bersama...chewahhh...itu yang kata Ukays, pahit akan manis jua akhirnya. Yaaa...rite...tu pun nasib baik kalau yang manih tu tak jadi diabetes okehhh! Mungkin pepatah yang lebih sesuai ialah, kalau tak dipecahkan ruyung...manakan dapat sagunya. Hahaha...cukuplah di sini kita simpulkan kisah kita. Semoga berhasil mencipta momen-momen bahagia di hari hari mendatang kelak. In shaa Allah.