Thursday, July 23, 2015

Reunion 2015

Sambutan hari raya tahun ini mencatat sejarah tersendiri berikutan saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan lama setelah hampir 23 tahun tidak bersua muka.

Mereka terdiri daripada rakan-rakan satu sekolah sesi 1988-1992 di Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang, Perak. Kebanyakan yang hadir merupakan rakan-rakan sekelas saya dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Ada juga yang meninggalkan sekolah selepas SRP, tetapi turut menghadiri perjumpaan ini.


Perjumpaan ini berlangsung di rumah salah seorang rakan yang bermurah hati menjadi penganjur dan penggerak utama aktiviti ini. Saya datang makan saja...hahaha. Saya antara yang terawal datang sebab saya terus singgah di sini dari Kuala Lumpur, tak sempat balik rumah kampung lagi. Abaikan yang pakai baju melayu merah lengkap dengan tengkolok tu...dia tu memang! Keloloh dari zaman dulu lagi.


Kebanyakan kawan yang saya jumpa ni , saya terus dapat cam kecuali dua orang yang totally berubah muka depa. Langsung tak dapat cam. Kawan-kawan pula semuanya dapat cam muka saya...hahaha...depa kata tak berubah. Alhamdulillah, mujur depa ingat...mula-mula tu rasa a bit canggung...maklumlah, dah lama tak berjumpa....tak tau nak kata apa...tapi bila dah buka mulut...haishhh...nak berhenti pun susah. Pot pet pot pet...


Bawa keluarga sekali. Lepas dah perkenalkan diri, minta izin Encik Suami untuk duduk berborak dengan kawan-kawan...dari jauh dok perhatikan juga...

Reunion-reunion juga...hati kena jaga maaaa...



Tu dia...seronok bergebang...(hang dok temberang apa la tu ye...)

Macam-macam ada...satay ada, nasi beriani ada, ayam goreng KFC ada, laksa pun ada, kuih muih, kek, tapai pulut...hemmm...selera saja yang tak ada. Saya makan satay ayam tiga cucuk, tapai satu bungkus, nasi beriani satu senduk dan teh tarik satu cawan sebelum minta diri. Biasalah tu, lepas berpuasa automatic perut tak boleh telan caca marba...sensitip!

Semoga persahabatan ini berkekalan dengan izin Allah.

Puncanya Sikap

Apakah penyebab utama berlakunya kemalangan di jalan-jalan raya di Malaysia? Masalah jalan kah? Masalah kenderaan kah? Atau masalah sikap di kalangan pengguna jalan raya?

Berikut adalah antara kesalahan-kesalahan biasa yang kerapkali dilakukan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan :


Jelas sekali, ketujuh-tujuhnya tidak disebabkan oleh masalah jalan ataupun masalah kenderaan tetapi kesemuanya berpunca daripada sikap. Agaknya itulah kot kenapa setiap kali menjelang perayaan, kita akan ada Ops Sikap...kali ini sudah Ops Sikap 7...tapi dok macam tu juga.

Saya juga dapati kebanyakan laporan kemalangan sering menyatakan yang kemalangan terjadi apabila berlaku pertembungan antara kenderaan berlawanan arah. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai pemandu yang memandu dengan gopoh dan tidak sabar. Apabila kereta di hadapan terasa lebih perlahan, mereka mahu segera memotongnya. Ada yang tak pedulipun walau kawasan tersebut merupakan kawasan garisan berkembar atau kawasan dilarang memotong. Oleh kerana tidak sabar, mereka akan terus memotong walaupun tahu ada kenderaan dari arah berlawanan datang menghampiri kerana beranggapan mereka sempat untuk lepas. Malang sekali apa yang ditanggap itu tidak sama dengan realiti.

Pemanduan secara merbahaya ini boleh dielakkan kalau kita sama-sama mengamalkan sikap bertoleransi sesama kita. Dalam kes mahu memotong ini, walaupun yang memotong itu buat silap...pemandu lain harap dapat bersabar demi mengelakkan tragedi yang lebih dahsyat berlaku. Apalah salahnya kalau kenderaan yang bakal dipotong itu, memperlahankan kelajuan agar si pemotong itu dapat lepas, janganlah rasa tercabar dan semakin laju pula. Biarlah, orang tu dah buat silap...takkan kita pun nak jadi sama macam dia. Dan kenderaan yang dari arah berlawanan itu pula, rasanya tak jatuh darjat anda kalau anda layankan aje kemahuan si pemotong itu...bagi jer la...dah nampak dia datang laju tu...tak payahlah awak nak gertak dia dengan bergerak laju memberi amaran. Cuba perlahankan dan biarlah dia lepas. Jangan kerana rasa geram, kita sanggup bertembung konon nak bagi pengajaran. Pengajaran amende kalau dua-dua terbongkang kat katil hospital sudahnya...itu kalau nasib baik...kalau takkkk...hemmppphh...tahu sama tahulah.

Selagi kita tak mahu ubah sikap, selagi itulah kita tak akan mampu mengubah statistik kemalangan jalan raya kita.

Wednesday, July 15, 2015

Buah Ramadhan

Terasa seperti baru lagi kita menyambut kehadiran 1 Ramadhan. Dalam kesibukan menjalani hari, sedar tak sedar rupa-rupanya Ramadhan sudahpun sampai penghujungnya. Malu memikirkan pengisian yang tidak seberapa sedangkan boleh jadi Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir untuk diri ini. Andai ini Ramadhan yang terakhir, alangkah ruginya membiarkan ia berlalu sia-sia.


Kata Ustaz Dr Izhar yang berceramah secara duet dengan Ustaz Haslin, janganlah kita beramal bersungguh-sungguh dalam bulan Ramadhan sahaja tetapi bila masuk Syawal, kita balik semula kepada rutin asal sebelum Ramadhan. Istiqamah dalam beribadat...jangan 30 hari sahaja tip-top. Habis Ramadhan, habis amalan. Sangatlah rugi kalau begitu.

Apa yang Ramadhan lakukan untuk kita ialah mentarbiah dan mendidik kita supaya bersungguh-sungguh dalam menyembahNya. Dan didikan sebulan itu sepatutnya mampu membiasakan kita untuk berterusan melakukannya dalam bulan-bulan seterusnya. Itulah istiqamah namanya. Tak mengapa kalau kita tak mampu bangun malam dan buat solat sunat sebanyak mungkin. Memadailah kalau bangun sedikit awal untuk sempat buat 2 rakaat sebelum Subuh, kemudian selepas Subuh mungkin kita berzikir sikit, baca Al-Quran sikit...tak apalah...janji ianya berterusan. Janganlah Ramadhan kita sanggup beribadat sepanjang malam, siap khatam Al-Quran....kemudian habis Ramadhan langsung tak terbangun dan tak buka pun Al-Quran.

Ada empat cara yang boleh membantu kita dalam melanjutkan ketaqwaan yang kita pupuk sepanjang Ramadhan ini agar berpanjangan :

1. Usaha untuk beristiqamah dalam beribadat. Solat di awal waktu misalnya. Kalau dulu kita solat lewat, Ramadhan ini kita bersungguh-sungguh solat di awal waktu. Pastikan di luar Ramadhan, kebiasaan ini tidak kita tinggalkan.

2. Muhasabatun nafs. Sentiasalah bermuhasabah, merenung ke dalam diri dan memperhatikan apakah usaha dan amalan yang telah kita lakukan. Di mana lagi boleh kita perbaiki?

3. Sentiasa biasakan diri untuk beristighfar. Minta ampunlah kepada Allah kerana kita ini manusia, tidak lepas dari salah dan silap. Bila-bila kita terlupa untuk melakukan amalan baik, atau tak sengaja melakukan keburukan...cepat-cepatlah istighfar supaya kita ingat dan dekat dengan Allah.

4. Selalulah mengingati mati. Kematian menghilangkan kelazatan dunia menjadikan dunia tidak lagi indah di pandangan mata justeru mendorong kita untuk bersegera beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai bekalan menuju negeri yang abadi.

Malam ini, malam ke-29. Ayuh, teruskan. Jangan berhenti kerana begitulah seharusnya Ramadhan mendidik kita. Pemburuan kita tidak harus terhad kepada satu tempoh masa sahaja tetapi sebaliknya, ia haruslah berterusan sampai saat nyawa meninggalkan badan.

Semoga Allah menemukan kita kembali dengan Ramadhan, in sha Allah.

Friday, July 10, 2015

Kun Anta

Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.

Tidak..Tidak...

Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik.
Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar

Tidak..Tidak...

kita bukan di terima orang lain dengan apa yang tidak ada.
Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita.
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia

Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Aku akan jadi seperti diriku.

Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk keredhoan mereka

Ganjaran 1000 Bulan

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: "Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. “

Malam Al-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: "Carilah malam Al-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya: "Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu bulan"
Ertinya menghidupkan malam Al-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Barang siapa yang menghidupkan Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu".

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a :
Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Al-qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”


Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan kesalahan hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah kesalahanku.

Malam 21 dan 23 sudahpun berlalu. Masih berbaki malam 25, 27 dan 29. Bila berlakunya Lailatul-Qadar, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang dalam upaya kita ialah berusaha mendapatkannya. Kata Ustaz Shah Reza dalam nada bersemangat bercampur rasa geram (sebab ramai yang acuh tak acuh dengan ganjaran besar yang Allah janjikan), "Tolonglah cari". "Tolonglah buat". "Kalau tak mampu nak Qiyamullail dan baca Al-Quran, memadailah dengan bangun baca doa ini. Baca banyak-banyak dan berzikirlah. Yang penting buat. Janganlah teruk sangat...doa pun tak baca. Dan tolonglah sebarkan kepada kawan-kawan, ahli keluarga dan sanak saudara...ajar mereka doa ini dan suruh mereka baca. Puan-puan dah belajar hal ini dan menjadi tanggungjawab Puan-puan untuk menyebarkan ilmu ini". (Dushhh!!)

Semoga kita mampu untuk terus beristiqamah memburu malam 1000 bulan ini .

Thursday, July 09, 2015

Be Grateful

I love to listen to Baizi's stories. It's the way she describes it and her perspective that always leave something for me to ponder. There's always two side of looking at her story, the happy way and the sad one. Hers are mostly based on real experience.

One day, we talked about the canned sardines. Yes, I admit that our conversation usually triggered by what we consumed the day or night before. Slowly the conversation shifted from mere food matters to serious economic discussion when we both noticed how pricey the canned food have become nowadays.

So, she related her real story which happened just few days ago. She was at the Tesco buying some stuffs when she reached the canned food aisle, looking for canned lychee. She noticed a man browsing some of the items and seemed hesitating. The man in his fifties, was wearing a security guard's uniform. Quickly, my friend turned to face the rack, trying to focus on finding the canned lychee. Instead, the sight already disturbed her. It seemed that the man was trying to decide on which brand should he bought. "And he wasn't even looking at the premium brands - Ayam Brand, King's Cup and the like", she insisted. That was why the moment the man left, she could not help but went to the exact spot where he was standing."It was just a plain, cheap brand".

 "Here, we are complaining about almost everything. Yes, cost of living is non-stop rising. Yes, we've felt the pinch...but look at them. Those with meagre earning. Imagine how difficult life is now for them". With a voice obviously coated with emotion, she said, " I wonder what did he had for iftar..." as she saw the man holding a pack of dried noodles and bread ( and one small can of sardine) headed towards the cashier.

If I were in her place that very moment, I would certainly not able to see thing the same way. I would be too busy to notice the man, what more his decision on what to buy given his limited resource. I probably would get irritated waiting for him to give way so that I too can pick my can of sardine. Yes, that could easily be the situation for me . Glad that I have this friend whose kind heart taught me to look from different perspective and learn to appreciate things.




Sunday, July 05, 2015

Berjinak2 di Dapur

Sempena hari 'off' ni, jom buat aktiviti yang jarang dapat anda lihat berlaku di dapur Telipuk. Apa lagi...aktiviti buat kuih la. Kuih apa? Kuih raya ler...kan nak raya dah tak lama lagi...lagu raya pun depa dok main dah kat bazar pejabat Telipuk. Telipuk pula yang rasa janggal semacam mendengarnya. Macam awal sangat jer...macam over pulak!

(yang hang tu dok kalut buat kuih lagi over tau Telipuk...).

Eh...eh...Telipuk buat kuih sambil lalu saja. Tak makan banyak masa dan tenaga pun. Kalau hat yang jenis remeh-remeh tu, sorry la. Saja la teringin.

Kuih ni lazimnya kakak sulung Telipuk akan buat. Telipuk rajin makan je. Tapi sebab lambat balik...hari raya ke3 uols baru dapat balik (drama sikit!)...takut tinggal serdak la pulak. Kuih favorite ni. Makanya, Telipuk buat sendiri jer lah. Hahaha...justifikasi!



Kuih apa tu? Haa...inilah biskut Y...biskut paling sempoi di alam semesta. Bahannya simple dan mudah nak buat. Tu yang Telipuk berani buat ni...hahaha...komitmen di dapur tak tinggi sangat. Ada orang panggil biskut dahan patah...oooo...ye ke? Tak terfikir pula Telipuk nama macam tu...kalau Telipuk nak je panggil biskut 'Yes' atau biskut 'Ya'.



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat biskut ni cuma ada 3 jer. Tepung gandum, gula pasir dan marjerin. Mentega pun boleh.


Kaedahnya pun senang...tak payah nak guna mixer bagai. Campurkan tepung dengan gula. Lepas tu masukkan marjerin. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.


Bila dah rupa macam tu, tekan jer la dalam acuan tu. Mampatkan jer dan susunlah dalam dulang pembakar. Acuan tu tak payah nak sapu sebab adunan tu pun dah sedia tak melekat.


Bakar pada suhu lebih kurang 180 darjah selama 15 - 20 minit. Bila dah nampak keperangan angkat dan sejukkan dulu sebelum diketuk keluar.


Taraaaa....tu dia. Macam tu ler rupanya bila dah siap. Rasanya lemak-lemak manis. Crunchy lagi. Senang kan? Untuk sekali adunan tu...dapatlah dalam 70 keping. Acuan Telipuk guna tu ada 2 set. 1 set ada 10 acuan. Sekali bakar memang 20 keping la jalan. Silaplah tak beli lagi 2 set...cepat sikit siapnya.


Friday, July 03, 2015

Telus Mata

Sepatutnya Telipuk bercuti hari ini tetapi atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, Telipuk terpaksa membatalkan cuti tersebut. Oleh kerana di luar jangkaan, Telipuk tidak sempat merancang perjalanan dengan kereta. Jiran dah keluar awal pun, maka tak dapatlah  Telipuk car pool dengan jiran macam biasa. Hendak bawa kereta memang di luar kesanggupan memandangkan waktu-waktu begini tempat parking pastinya sudah habis. Sudahnya Telipuk parking kereta dekat kawasan letak kereta berbayar lrt dan ambil lrt ke pejabat.

Seperti biasa, bila naik pengangkutan awam ini, mulalah fikiran Telipuk bertebaran entah ke mana-mana. Mulalah terfikir itu dan terfikir ini. Apapun sepanjang perjalanan tu, Telipuk paling menyampah dengan orang yang berjalan mata pandang smartphone di tangan. Memang meluatlah! Mana tak meluatnya, dua tiga kali Telipuk terhalang jalan dan hampir berlanggar dengan zombi-zombi ni...nasiblah tak tersadung kaki. Kita pagi-pagi ni jalan bukan main laju nak mengejar waktu, dia selamba je dok block jalan. Kot ye pun, boleh tak buat benda tu dalam keadaan statik. Duduk setempat. Jangan kaki jalan, mata pandang ke bawah. Tak adalah merbahayakan diri sendiri dan diri orang lain. Melampaulah tengah naik tangga mata masih terpaku pada skrin di tangan. Awak tu pakai skit bukan main berjurai labuhnya dik, kot le terpijak kain sendiri, tersungkur tang situ...akak jugak yang susah nak kena tolong...dah lah nak cepat ni!