Selalu risau
Memang kacau
Takut jadi sasau
Selalu gelisah
Memang susah
Jangan sampai parah
Selalu bimbang
Memang tak tenang
Setiap masa terkenang
Selalu buruk sangka
Yang benar pun jadi dusta
Ada-ada belaka
Selalu membuat andaian
Semuanya berkemungkinan
Cepat-cepat ingat Tuhan
Tepis-tepislah
Walau dengan helah
Tapis-tapislah
Walau terpaksa mengalah
Friday, November 30, 2012
Thursday, November 29, 2012
Pengajaran
Tidak berapa lama dulu, saya ada mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu yang terletak di Aras 3, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka kerana keperluan tugas. Sebetulnya, tahun ini juga sudah beberapa kali saya ke DBP, termasuk disebabkan oleh keperluan mendapatkan buku-buku sekolah yang ada dijual di aras bawah menara tersebut. Apapun, dalam kunjungan terakhir saya, saya sempat melencong dengan menyelak beberapa naskhah yang menarik perhatian. Dan saya tertarik dengan suatu kajian yang dilakukan oleh seorang yang berbangsa Inggeris bernama William R.Roff yang telah mengkaji Surat-surat Khabar Melayu untuk memahami budaya dan pemikiran orang-orang Melayu pada zaman awal penerbitan surat khabar Melayu dulu.
William R.Roff nyata tertarik dengan Al-Imam lalu beliau mengongsikan beberapa petikan yang menggambarkan keperihatinan tentang masa depan Melayu berupa suatu bentuk kritikan terhadap sikap orang-orang Melayu serta saranan untuk suatu perubahan.
Sayyid Shaikh meneruskan, adalah "se-busuk2 tipu daya dan se-dusta2 angan2." Kerana yang bersalah itu ialah kita sendiri. Kita yang telah ingkar kepada Tuhan. Kita yang telah menolak segala ajaran2 dan firman2Nya di dalam kitab suchi Al-Quran yang menggalakkan kita berusaha untuk diri sendiri dan untuk orang lain, dan yang menyuruh kita senantiasa menuntut ilmu". Kata Sayyid Shaikh lagi : "Yang bersalah besar ialah pemimpin2 kira, yaitu Raja 2 dan Orang2 Besar sekelian yang telah menindas orang2 miskin dan menghabiskan harta benda mereka sendiri dengan jalan minum dan berjoget. Mereka inilah, kata Sayyid Shaikh, yang membawa kechelakaan kepada kita semua, dan telah menyebabkan orang2 Melayu jadi serba merosot kerana mereka chuai, kerana mereka lupakan kewajiban mereka kepada orang ramai. Bandingkan pula, kata Sayyid Shaikh lagi, keadaan ini dengan keadaan orang2 China yang datang kemari ke negeri ini. Mereka tiba dengan segulung tikar dan pakaian sehelai sepinggang sahaja. Akan tetapi mereka giat berusaha dan selepas masa yang singkat saja mereka telah menjadi tawke2 dan jutawan2. Adakah pula usaha mereka itu berhenti setakat itu saja? Tidak, sebab pemimpin2 orang China bersikap lain sekali kalau dibandingkan dengan ketua2 kita. Mereka selalunya berkumpul da ber-sama2 mereka menubuhkan lembaga2 kebajikan dan mendirikan sekolah2 bagi orang2 sebangsa mereka. Seterusnya kata Sayyid Shaikh, sekiranya mata dan telinga kita tertutup kepada kehendak2 agama kita, akan tetapi apakah kita ini sedemikian bebal dan bingung hingga tak terdaya kita mengikut jalan yang telah dirintis oleh orang2 China yang rajin dan berusaha itu?"
Wah! Bersemangat betul seruan Sayyid Shaikh. Hujahnya ini tepat menggambarkan kemashgulan pemimpin2 majalah Al-Imam terhadap keadaan orang2 Melayu pada masa itu. Tetapi harus kita perhatikan disini bahwa mereka ini tidak langsung menyentuh penjajah, yaitu orang Inggeris dinegeri ini. Serangan mereka se-mata2 ditujukan kepada orang2 Melayu sendiri. Rasa saya, pada masa sekarang ini, kita akan mengganggap kritik itu sebagai terlalu bengis dan keras, tetapi pengarang2 majalah Al-Imam merasa perlu bersikap demikian. Tujuan utama mereka bukan untuk menukar suasana politik yang ujud ketika itu. Malahan mereka menganggap penting memperbaiki keadaan serba meleset orang2 Melayu itu, dengan chara menggalakkan mereka kembali kepada mengamalkan ajaran2 agama Islam yang sejati. Lantas mereka menchela dengan keras chorak agama Islam yang berselaput dengan petua2 yang kolot dan palsu yang ketika itu dianuti oleh orang2 Melayu.
Isi kandungannya telah saya tatapkan dengan teliti. Oleh sebab majalah ini chenderung kepada agama Islam, jadi tidak mengherankanlah jika makalah2nya banyak yang bersifat pengajaran didalam agama Islam. Misalnya kita dapati suatu siri yang amat panjang berkenaan dengan sejarah kaum muslimin yang telah diterjemahkan daripada buku yang terkenal didalam bahasa Arab.Kemudian ada pula suatu siri lagi yang telah dikumpulkan daripada ber-bagai2 sumber, yang bertujuan menunjuk jalan yang betul untuk didikan anak. Tetapi bukan makalah2 yang berchorak begini yang paling digemari seorang ahli sejarah kemasyarakatan. Boleh kita katakan bahwa agama Islam bukanlah se-mata2 merupakan suatu sistim atau dasar keperchayaan didalam hal2 keagamaan saja, malahan lebih tepat kalau dianggap agama Islam itu sebagai suatu ranchangan politik dan sosial untuk membentuk suatu masharakat yang sihat dan sempurna kehidupannya. Jadi pembaru2 agama Islam disini, dan di tempat2 lain lagi, telah menunjukkan pandangan mereka bukan se-bulat2nya kepada pengajaran hal ihwal agama, akan tetapi mereka merasa lebih perlu menilik keadaan2 kemasharakatan , siasah dan ikonomi orang ramai.
Betapa pada masa itu lagi telah ada kesedaran tentang kelemahan penghayatan agama Islam yang telah menyumbang kepada kepincangan dari segi pembangunan ummah. Kelemahan ini telah dikenalpasti dan seruan agar orang-orang Melayu kembali mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam yang sejati telah dicatatkan dengan jelas. Dan kita juga tahu bahawa naskhah-naskhah ilmiah seperti itu tidak pantas menarik perhatian pembaca dan dengan itu kita maklum bahawa masyarakat pada masa itu kurang memperhatikan tentang pembaikan agama menyebabkan tokoh-tokoh agama yang lantang menyeru kepada pengamalan agama yang sejajar dengan syariat Islam itu dilihat seperti membuat 'pembaharuan' agama...padahal yang sebenarnya ialah hanyalah mereka ini menyatakan apa yang sepatutnya dilakukan, yakni membetulkan kefahaman dan amalan.
Ada banyak yang boleh dikupas daripada sedikit petikan kajian tersebut perihal bangsa kita pada masa itu. Malahan catatan ini saya kira masih relevan dan menggambarkan permasalahan yang kini dihadapi oleh generasi bangsa Melayu di era penuh kemodenan ini. Apa yang pasti, tidak kira era baru atau lama...satu-satunya rujukan yang akan tetap kekal relevan sepanjang zaman ialah mukjizat Al-Quran yang Allah beri kepada umat Islam.
Tidak syak lagi satu-satunya cara untuk umat Islam kembali bersatu adalah dengan memahami dan mendalami Al-Quran. Sayangnya apa yang berlaku kini ialah kita semakin jauh dengannya. Motivasi untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi mengambil pertimbangan atas saranan yang tidak seberapa ini..."Al-Quran itu kalam Allah. Kalau mahu dengar Allah berkata-kata dengan kita...sentiasalah membacanya".
(Bukankah ianya satu tamparan apabila seseorang yang bukan sebangsa dan seagama sanggup bersusah payah membuat penyelidikan supaya mendapat kefahaman tentang kita...dan kita pula hanya sekadar membuka mulut tunggu disuap dan jarang sekali mahu bersusah payah memahami tentang banyak perkara termasuk memahami agama yang kita anuti sendiri...pelik!)

Wednesday, November 28, 2012
Zoo 2012
Alhamdulillah, semasa balik ke Perak sempena cuti baru-baru ini , kami sempat singgah ke Zoo Taiping. Cuaca sangat baik dan cerah. Ketika sampai sudah pukul 11.00 pagi sebab kami keluar dari Lenggong sedikit lewat dari perancangan awal.
Harga tiket bagi pengunjung dewasa sekarang ialah RM12. Kanak-kanak RM8. Warga emas RM10. Patutnya, bayar RM50. Tapi kami cuma dikenakan bayaran RM40. Hemmm... Sebelum tu dia tanya, datang dari mana? Kami jawablah, Kuala Lumpur. Err...mungkin ada diskaun untuk pelancong kot...hehehe...
Sekumpulan chimpanzi sedang seronok berjemur di persekitaran yang disediakan sesuai dengan tabiatnya yang suka bergayut tu.
Orang Utan 'betina' yang kesunyian...atau sedang menghadapi krisis pertengahan ...haha..agaknyalah kot. Sebab apa, masa saya nak ambil 'pose' yang lebih menarik, dia boleh buat muka bosan dan sejurus lepas saya snap gambar ni, terus dia pusing belakang.
Kura-kura tiga beradik melepak di pinggir kolam. Salah pandang ingatkan batu!
Orait...selesai sudah lawatan ringkas ke Zoo Taiping. Jom bergambar ramai dulu sebelum balik. Kepada yang belum ada perancangan, bolehlah pertimbangkan untuk ke sini. Silalah berkunjung ke negeri Perak Darul Ridzuan ye...
Seronok nyer! Kalau ikutkan, nak habiskan masa berjam-jam dekat sini biar puas hati meneroka segenap pelusuk ceruk rantau hidupan di zoo ini...tapi kan, bila cuaca sudah semakin membahang dan ada agenda lain lagi yang hendak dikejar, terpaksalah pilih-memilih juga akhirnya. Oh ya, boleh naik tren sebenarnya tapi kami tak mahu sebab tak seronok kalau lawatan habis cepat sangat, lagipun nak tengok dekat-dekat bagi anak-anak puas hati.
Harga tiket bagi pengunjung dewasa sekarang ialah RM12. Kanak-kanak RM8. Warga emas RM10. Patutnya, bayar RM50. Tapi kami cuma dikenakan bayaran RM40. Hemmm... Sebelum tu dia tanya, datang dari mana? Kami jawablah, Kuala Lumpur. Err...mungkin ada diskaun untuk pelancong kot...hehehe...
Sekumpulan chimpanzi sedang seronok berjemur di persekitaran yang disediakan sesuai dengan tabiatnya yang suka bergayut tu.
Orang Utan 'betina' yang kesunyian...atau sedang menghadapi krisis pertengahan ...haha..agaknyalah kot. Sebab apa, masa saya nak ambil 'pose' yang lebih menarik, dia boleh buat muka bosan dan sejurus lepas saya snap gambar ni, terus dia pusing belakang.
Beruang Matahari! Haiii...semuanya pemalu belaka...tunggu punya tunggu dia tak toleh jugak! Jadilah dapat gambar belakang pun. Agaknya dia dok renung muka dia dalam air tu sambil kata, "alamakkk...jerawattt!!!"
Yang menariknya tentang Zoo Taiping ini ialah persekitarannya yang semulajadi. Ada banyak pokok dan saliran yang bersesuaian. Tak ada bau tengik. Seolahnya memang dalam habitat asal. Sampaikan biawak yang tidak dibela pun (saya rasalah...), bebas berkeliaran sesuka hati.
Aksi manja sang singa yang sudah kekenyangan.
Kura-kura tiga beradik melepak di pinggir kolam. Salah pandang ingatkan batu!
Monyet pun bebas berkeliaran. Tengok atas pokok, riuh-rendah diaorang bergayutan tak hiraukan pengunjung. Tak ada pula yang datang dekat meminta makanan atau apa...rasanya, memang diaorang ni telah diberi makanan yang mencukupi. Sebab tu tak ada yang ganggu pengunjung. Bagus, kan?
Buaya tembaga sedang berjemur. Seronok la dapat tengok buaya ni, ingatkan memang dah paling dekat dengan kami. Rupanya kat tepi-tepi kandang tu lagi banyak yang bersidai siap pejam mata tido...nak sentuh dengan hujung jari pun lepas...hish...sekali dia ngappppp...serammm!!!
Yang ini memang la gila glamer sikit. Semasa kami sibuk nak tengok ikan naga (arapaima gigas) yang besar tu...dia dok kat atas buat macam-macam aksi akrobatik. Ok lah...kasi can la...halakan jer la muncung kamera tu kat dia bagi dia pueh ati...hehehe
Ini gambar berhampiran pintu masuk.
Orait...selesai sudah lawatan ringkas ke Zoo Taiping. Jom bergambar ramai dulu sebelum balik. Kepada yang belum ada perancangan, bolehlah pertimbangkan untuk ke sini. Silalah berkunjung ke negeri Perak Darul Ridzuan ye...
Monday, November 19, 2012
Koreksi Diri
Kata Ustaz Fawwaz ketika kuliah tengahari tadi, " Allah tidak akan menolong kita kerana kejahatan musuh tetapi pertolongan Allah datang kerana ketaqwaan kita terhadap Allah".
Yakni, katanya, Islam tidak memerlukan kepada kita (penganutnya) untuk menang tetapi kita amat perlu kepada Islam untuk menang.
Faham?
Yang faham tu dah ada sikit-sikit ilmu kasyaf ilhami...:)
Lihat ke dalam diri kita dulu apakah yang telah kita lakukan untuk agama kita. Bak kata TV AlHijrah, segalanya bermula di sini. Di mana? Di dalam hati kita...di dalam diri sendiri. Pastikan ibadat yang kita lakukan itu bertepatan dengan kehendak Allah dan RasulNya. Jaga diri dan keluarga. Bila semua orang buat benda yang sama, in sya Allah...kekuatan itu akan mula terbentuk dan menebar luas.
Bila jaringan umat itu bersatu dan berpadu atas satu landasan yang sama...maka di situlah Islam akan kembali mengambil takhtanya. Tidak syak lagi. Janji Allah adalah benar. Tetapi kita tidak boleh berpeluk tubuh menunggu dan membiarkan saudara-saudara kita diperkotak-katikkan sesuka hati. Sekurang-kurangnya, hantarkan doa untuk mereka, mudah-mudahan Allah permudahkan untuk mereka melalui pahit getir pengorbanan dan melembutkan hati pemimpin2 kita untuk kembali mencari titik penyatuan.

Saturday, November 17, 2012
Cubit Paha Kiri...
Pagi-pagi ini bergenang airmata melihat jenazah anak kecil yang tidak berdosa. Hati ibu yang mana sanggup melihat sedemikian rupa anaknya diperlakukan. Luluh melihatnya. Itu pandangan mata biasa.
Namun, bagi pandangan mata hati...ketahuilah, anak itu tempatnya di syurga Allah yang mewah dengan segala kenikmatan. Dia menempuh siksa sekali untuk sebuah kebahagiaan yang abadi. Alangkah beruntungnya dia dan para syuhada yang lainnya, mendapat tiket ke syurga.
Jangan dikesalkan kematian yang nampak kejam namun disebaliknya adalah jemputan dan anugerah paling mahal untuk mereka yang terpilih. Kita yang patut menangisi diri kita ini yang hanyut dan dibuai lagha. Jangan sampai kita dijemput dalam keadaan kita lupa dan mabuk dengan keindahan dunia.
Kita yang patut menangisi nasib kita yang entah apa sudahnya. Sedih kerana kita hanya mampu memandang kerana kita masing-masing hanya berminat untuk menjaga tembolok sendiri. Kita lebih suka berpecah untuk kepentingan peribadi. Perpecahan itulah yang membuatkan kita kini seperti ulam-ulaman yang seenaknya diratah. Lalu untuk apa kita menjerit dan membentak-bentak meminta si peratah durjana menghentikan kemungkarannya? Kerna apa dia harus takut? Dan kuasa apa yang kita ada?
Kalau pun kita ada kuasa, apakah kita akan gunakan kuasa itu? Lihat sahaja betapa kita miliki sumber paling berharga berupa emas hitam itu...kita mampu kuasai seisi dunia ini. Tapi apa yang kita buat?
Kita duduk diam-diam, jaga tepi kain sendiri!
Ya, mereka dibunuh. Ya, mereka mati. Tetapi mereka pergi dengan penuh bermaruah. Dengan tidak sedikit gentar dan takut berdepan kematian.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh para muslimin di seluruh dunia yang mati kerana mempertahankan agama, bangsa dan negaranya.
Amin.

Wednesday, November 14, 2012
Hijrah
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga.
Hisham dan Aiman telah selamat dikhatankan di Klinik Kita yang terletak berhampiran rumah. Mula-mula ingat nak khatankan di kampung, tapi bila difikirkan semula...biarlah kami uruskan sendiri. Mujur mak ada, adalah tempat nak merujuk.
Budak berdua ni mula-mula macam tak kisah sebab saya sudah kongsikan perancangan untuk berkhatan ini dengan mereka semenjak dari tahun lepas lagi. Tetapi menjelang hari yang dinantikan...nampak diaorang berdua ini sudah mula gabra.
Ramai juga yang menyahut cabaran "Jom Potong" anjuran Klinik Kita ni. Saya awal-awal lagi dah bagitau, saya nak giliran awal. Tak mahu lambat sebab takut doktor dah letih...maklumlah, budak ramai...kalau doktor letih, risau la kan...hehehe...memang pun, mak diaorang yang rasanya lagi gabra.
Kaedah yang digunakan ialah kaedah laser, sebelum tu bius setempat dulu...lepas kena bius,diaorang disuruh berehat 5 minit dulu sebelum prosedur berkhatan dilakukan. Masa kena bius ni,Aiman dah 'panik' dah...muka pun serius ja...Bila doktor panggil masuk sekali, saya dah risau takut ada yang nak cabut lari nih...tunggu masa je...alhamdulillah, nasib baik dia tak sempat fikir ke situ. Saya konon buat 'muka tak heran'la...bukan apa, takut kalau kita buat muka simpati dan tunjuk kesian, dia jadi manja pulak!
Abang Hisham 'cool' aje...heheh...kebetulan ada kawan sekolah yang juga menanti giliran...lagilah kena kontrol macho.
Alhamdulillah, lega sangat-sangat...kami sekeluarga selesai melalui 'cabaran' ini.Bila balik rumah, mak dia yang terlebih kreatif menggunakan meja yang lebih praktikal dan mudah alih...hahah...well...nak gantung kat mana? Tak de tempat nak menggantung...so, belasah jer lah ,kan?
Alahai...dah bosar anak-anak omak ni...
Friday, November 09, 2012
Sentap
Hurmmm...saya menerima satu lagi notis mengatakan yang emel saya kepadanya telah dipadamkan tanpa dibaca. Ini bukan kali pertama saya menerima maklumbalas sebegitu. Boleh dikatakan hampir semua emel saya kepadanya menerima nasib yang sama. Ayat "Your message to XXX was deleted without being read on XXX" sudah acap kali muncul. Saya rasa seperti hendak menyahaktif kan pemberitahuan mesej itu tetapi fungsi itu saya hidupkan semenjak dulu-dulu lagi supaya senang saya hendak follow-up dengan penerima-penerima emel saya bila keadaan memerlukan. Juga supaya saya tahu mereka ini sudah terima atau tidak mesej, ada atau tidak di pejabat. Bukan supaya saya sakit hati.
Saya bukan tak pernah terima notis seperti itu sebelum ini. Pernah. Cuma yang tak pernah ialah bila terima notis yang sama berulang-kali daripada orang yang sama. Seolah-olahnya dia memang tak suka hendak baca emel saya. Padahal saya pun bukan suka-suka hendak emel kepadanya juga. Bila saya tengok coraknya begitu, saya terus malas hendak emel terus kepada dia. Selalunya saya hantar kepada orang tengah sahaja.Tetapi kalau sekiranya dia ada dalam senarai cc...saya tidak dapat mengelak terpaksa letakkan dia dalam senarai cc juga bila membalas emel tersebut. Tapi yang peliknya, dia tetap akan memadamkan emel saya. Begitu??? Ada isu apakah dia dengan saya? Wallawehhhh...pelik ni, saya tak pernah cari pasal lagi selama ini...eheheh.
Aduh...tolonglah...saya ini sebenarnya memiliki sekeping hati yang sangat sensitif, mudah benar tercalar. Episod saya bagi salam padanya dulu tetapi dia angkat muka pun tidak itupun masih berbekas dalam ingatan, janganlah menyemakkan fikiran saya dengan persoalan mengapa dan kenapa dia harus melayan saya sebegitu sedangkan saya bukanlah satu ancaman untuknya. Saya juga tidak bekerja satu jabatan dengan dia. Tidak juga satu bangunan pejabat dengannya. Hanyalah kerana keperluan projek extra ko-k itulah pun kami dipertemukan di bawah satu pasukan. Itupun saya tidak pernah kacau dia. Betapalah tertekannya saya bilamana kami terpaksa berkurung seminggu lamanya menyiapkan tugasan bersama tahun lepas dan saya sepanjang masa itu mencuba untuk 'menatangnya bagai minyak yang penuh' kerana reputasinya yang saya pernah dengar sebelum ini. Saya mengambil pendekatan bersabar walaupun dia sengaja mencabar kewibawaan saya. Ikutkan hati saya memang nak blah aje...tapi sebab memikirkan ini tugas yang diamanahkan, saya tahan sahajalah.
Aduh...saya harap sangat saya tidak terbawa-bawa dengan sikapnya itu sehingga mengganggu kelancaran kerja saya untuk projek ini. Saya ada meluahkan rasa begitu kepada ahli kumpulan lain dan saya dimaklumkan, "she's having problem to work with almost everyone"...errr...kalaulah saya boleh merasa lega sebab rupanya bukan saya seorang yang kena...
Hemm...tapi saya masih rasa tak lega...tertanya-tanya di mana silap saya. Kalaulah ada tutur kata yang tidak menyenangkan hati, sekurang-kurangnya kalau diketengahkan...bolehlah saya perbaiki di mana yang patut.
Tapi kalau dia tetap nak layan saya begitu...hemmm...apa boleh buat, kan?
Redha aje lah...
Senang saya nasihatkan orang..."eh...yang ko takut sangat kalau dia mengata ko apehal? Ada gaji dia kena bagi kat ko separuh ke? Ada ko hutang beli rumah dengan duit dia ke? Ada dia bagi ko anak beranak makan ke? Tak ada kan??? Kalau tak ada...ko bo layan jer la...."
Bila kena tang batang hidung sendiri...tak tahu nak beraksi macamana aduiiii...sensitif la pulak... alahaiiiii...makan dalam lagilah nampaknya ni...huhuhu...

Thursday, November 08, 2012
Harga Sebuah Kerusi
Sehari dua lalu, sementara menunggu jam enam untuk slot Islam KTP, saya sempat menonton sambil lalu beberapa saluran termasuklah TV9. Seketika, saya berpeluang menonton rancangan pendek yang dinamakan 'Berita Adik'. Mulanya saya teruja juga pertama kali lihat program sedemikian dan tertanya-tanya apalah agaknya yang akan disajikan kanak-kanak cilik ini.
Muncul seorang kanak-kanak perempuan yang ceria dengan nama 'Alisya'.
Dia memperkatakan tentang sambutan hari Halloween. Antara yang saya ingat ..."tak takutkah menyambut hari Halloween ini? Hari Halloween ialah tentang roh dan kini disambut meriah (bukannya tentang hantu dan kubur yang menakutkan). Lalu dibawakan cerita sambutan di Bangsar yang menunjukkan kanak-kanak ceria mengenakan pelbagai kostum Halloween dalam satu pertandingan kostum.
Yang digambarkan ialah kemeriahan dan keseronokan...Dan itulah satu-satunya berita yang dipaparkan untuk slot Berita Adik itu yang diakhiri dengan kata-kata Alisya yang menyatakan dia pun nak cuba pakai kostum begitu tahun depan...mana tahu boleh menang pertandingan.
Okay...saya mungkin tak cukup trendy dan semasa. Saya masih tidak nampak kewajaran berita seperti itu...di sebuah negara yang agama rasminya Islam. Berita Halloween. Biar betul??? (boleh google baca sejarah sambutan Halloween yang berasal daripada amalan paganism, yang kemudiannya ditokok-tambah oleh pengaruh ajaran agama-agama Roman dan Kristian Katolik)
Sebenarnya bukan tentang Halloween sahaja. Kebetulan ini contoh yang 'menyerah diri' di depan mata. Yang membimbangkan saya ialah tentang sikap bertoleransi yang berlebihan yang menjadikan umat Islam kini kurang sensitif. Perasan tak, perayaan Easter tu pun sudah muncul siap dengan iklan di akhbar. Memang masih kecil seperti sekadar tema makan malam di hotel dan promosi membeli-belah...namun yang kecil itu kalau dibiarkan akan menjadi melarat dan terus giat dikormersil. Sudahnya melekat kuat tak boleh tanggal lagi seperti mana meriahnya sambutan Tahun Baru dan Valentine.
Inikah yang akan kita angkat menjadi budaya dan amalan yang konon-kononnya boleh memupuk keharmonian dan integrasi antara masyarakat majmuk.
Hemmm...apa lagi yang akan kita jual demi kepentingan sebuah kerusi?

Alkisah Teksi
Jom berbaik dengan pemandu-pemandu teksi.
Entah kenapa pagi itu hati saya jadi lembut pula melihat gelagat pemanduan sebuah teksi yang sepertinya sedang dalam kesusahan. Ya, saya lembut hati pagi itu sedangkan selalunya kalau memandu tak tentu arah macam itu dan menyebabkan saya terpaksa memperlahankan rentak pemanduan akan menjadi pemangkin pencetus jiwa agresif saya. Mungkin sebab pagi itu redup dan syahdu. Juga mungkin kerana saya sudah lali dengan 'kebengongan' lampu isyarat di persimpangan Jalan Pantai Baharu itu yang terlampau cepat bertukar warna sehingga saya memilih untuk mengambil sisi yang positif iaitu...lebih banyak masa untuk melayan CD zikir saya...hahaha...itulah petuanya untuk mencapai tahap ketenangan di atas jalan raya...
Dan sebaik melepasi persinpangan lampu isyarat itulah saya nampak teksi ini. Kusam diselimuti debu kota dan kepayahan. Pemandunya kelihatan teragak-agak. Saya cuba menghayati permasalahannya. Barangkali dia tidak biasa melalui jalan-jalan di sini. Sememangnya kalau yang tidak pernah ke sini dan hendak ke Bangsar misalnya mahu ke Hospital Pantai, akan mengalami sedikit masalah kerana anda tidak boleh masuk ke susur Bangsar kerana selepas jam 7.15 pagi , selalunya laluan ini akan ditutup. Anda perlu membuat pusingan U berhampiran persimpangan Jalan Pantai Baharu. Tetapi yang lebih mudah ialah kalau anda meneruskan perjalanan dan membuat pusingan U di depan Wisma R&D UM, terus rapat ke kiri dan belok masuk ke Jalan Bukit Pantai. Tapi kalau ditakdirkan anda terlepas pusingan U itu sebab dah ternaik flyover, jangan risau, anda masih boleh berpatah balik di persimpangan susur kanan di hadapan Masjid Al-Rahman UM. Alternatif itu semua mudah bagi yang sudah otai macam saya...heheh...tapi kalau yang pertama kali mencari jalan pasti akan merasa sedikit keliru dan payah...perasaan yang saya rasakan bila melihat teksi tersebut. Bayangkan susahnya mencari rezeki...bayangkan apa yang berlegar dalam benak mereka...Lalu di situlah saya jatuh kasihan.
Entahkan ini hari yang kurang baik untuknya. Entahkan dia masih belum mendapat penumpang sehingga terpaksa lalu sehingga ke sini. Entahkan di kepalanya buntu memikirkan bagaimana mahu menyediakan hidangan di rumah untuk keluarga yang menunggu penuh harap. Dan segala macam permasalahan. (Maka kerana itulah pemanduannya sedikit goyah dan terganggu).
(Bersimpatilah dan bersabarlah wahai Snowie yang mengekori di belakang kerana destinasi kamu cuma di depan sana dan kamu tidak rugi apa-apa)
Kita hidup ini jangan fikir susah dan senang kita sahaja. Orang lain pun ada pasang-surutnya. Tidak kira siapa. Jadi, marilah sama-sama bertimbang rasa dan bertolak ansur.
Perkara ini saya bawa semula ke dalam diri saya. Selalu rasa diri betul saja. Selalu rasa orang lain yang buat silap. Kesalahan di pihak orang lain. Sikap seperti itu akan membuahkan keegoan, memandang rendah orang lain, salah-sangka yang akhirnya menjadikan diri manusia gagal muhasabah diri. Bilamana kita rasa tiada apa yang salah di pihak kita, bukankah kita akan cenderung untuk mencari silap di pihak orang lain dan lupa untuk memperbaiki diri sendiri?
Begitu...
Teksi itu berada di situ hari itu untuk menyedarkan saya tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Lalu saya bersyukur kerana kehadirannya pada hari ini membuat saya merasa perlu untuk menyemak semula sikap saya dalam beberapa keadaan dan pendekatan yang diambil selama ini.
Betapa perlunya untuk cuba memahami keadaan orang lain dan mengapa mereka harus/terpaksa/memilih sesuatu tindakan agar dengan kefahaman tersebut maka kita bukan sahaja dapat memberi maklumbalas yang sewajarnya, bahkan juga mewujudkan suatu perasaan yang harmonis dalam diri sendiri, sekurang-kurangnya.
(Hemmm...makanya haruslah saya melupakan dan memaafkan segala kenangan2 pahit melibatkan teksi juga...;))

Friday, November 02, 2012
Bila Hon Berbunyi
Chissss...saya kena hon bertalu-talu pagi ini. Di khalayak ramai tu...hish...tercabar segenap jiwa ragaku.
Nasib baik tak nampak AES terpacak di situ...kalau tidakkkk...sudahlah hati panas, kena keluar duit lagi la pulak.
Saya tak salah! Ehehhh...betulll...tak salah. Salah saya ke kalau lampu isyarat tu berwarna hijau cuma untuk selama 10 saat sehingga menyebabkan barisan semakin panjang? Salah saya ke kalau cuba mengurangkan kepanjangan barisan dengan merebut kesempatan yang ada ketika lampu bertukar kuning?
Welll...saya mungkin boleh bersabar kalau semua orang dikeliling saya juga bersabar. Masalahnya pemandu-pemandu lain yang duduk di lorong kiri sekali tu pun sudah mula potong queue masuk ke jalan raya bila saya cuba mempamerkan kesantunan. Dan yang dibelakang saya juga agaknya sudah menyumpah..."apalah keta putih depan ni...terhegeh...hegeh...". Mereka memang mengharapkan saya untuk merebut kesempatan itu supaya bila Snowy lepas, setidak-tidaknya dua kereta di belakang insyaallah bakal lepas selamat bila lampu bertukar hijau semula. Dan saya takut tengok Saga yang bertekad memandu terus sebab dah tak larat tunggu lampu hijau (setelah lebih sepuluh kali bertukar warna)...kalau Snowy tak jalan terus tadi, kemungkinan Saga itu melanggar belakang Snowy.
Jadi, ya, saya teruskan melintas masuk ke Jalan Pantai Baru. Malang sekali kereta-kereta di lorong kiri yang sepatutnya jalan terus itu juga berebut-rebut mahu membelok sama. Akibatnya di pertengahan simpang itu, Snowy terpaksa menunggu giliran untuk masuk berselang-seli. Kuang hasam betullah korang ni!
Akibatnya laluan yang kini giliran mereka melintas mula tersekat. Lalu mereka pun membunyikan hon masing-masing.
Uwaaaa....saya kena buliiiii!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)