Saya okay saja kalau orang tak suka saya. Normallah tu. Saya pun bukan suka semua orang juga. Ada orang-orang tertentu yang saya tidak suka. Jadi, bila tahu ada orang tak suka saya, saya pun faham dan boleh terima. Tak suka tak apa, tapi bila masuk bab-bab nak kena buat kerja, sila bersikap profesional ye.
Yang jadi masalah bila dicampurkan hal-hal kerja dengan hal-hal peribadi. Bila ini terjadi, benda yang tak sepatutnya terkait, jadi terlibat pula. Seterusnya timbul ungkit-mengungkiti, sakit menyakiti...eh..eh...dah macam lagu Cassey pulak. Hahaha.
Apabila saya perlu deal dengan orang yang tak sukakan saya, saya cuba bersikap neutral sehabis mungkin. Sangat membantu apabila saya fokus kepada kebaikan yang dia ada. Jadi, bila saya lihat kepada benda-benda baik, automatik saya rasa lebih positif dan bila dia bagi feedback, saya akan lihat dengan minda yang objektif. Memang adakalanya nak dijadikan cerita pendapat dia dengan pendapat saya tak sama, tapi saya cuba untuk memahami justifikasi masing-masing. Lepas tu kita buatlah recommendation yang bersesuaian. Jangan pulak tolak mentah-mentah hanya semata-mata kita ada 'masalah' dengan dia. Lagipun kita kena faham, apa-apa jua yang menghasilkan pendapatnya itu pastilah melalui proses pengalaman dan upbringing tersendiri, yang mencorakkan pemikiran dan tindakbalas dia. Semua manusia kan tidak sama, ada banyak faktor yang mempengaruhi. Makanya, saya harus belajar untuk tidak ambil semua benda masuk dalam hati. Tak payah sensitif sangatlah.
Ada banyak benda lain yang menuntut perhatian kita. Tak ada masa kita nak tafsirkan ayat demi ayat. Kenapa dia cakap macam tu ye? Kenapa tadi dia macam ketawa sinis tu ye? Sudah-sudahlah. Kalau semua kita nak ambik pot...memang berat kepala otak kita. Tak pasal-pasal dok murung memikirkan apa salah dan silap kita. Hentikan demi untuk ketenangan diri. Jangan buat macam tu juga terhadap orang lain, di samping kita cuba improve cara kita berfikir dan berinteraksi dengan orang. Benda-benda macam ini, elok belajar. Nak jadi hamba Allah yang baik, yang Allah redha...bukan takat aspek ibadat saja kita kena titik beratkan. Tapi juga, perlu ambilkira urusan kita sesama makhluk.
Jangan sampai kita menyesal di hari akhirat kelak melihat amal kebaikan kita diambil oleh orang lain gara-gara perbuatan kita yang dok tak puas hati dan mengata orang tu di dunia dulu. Eh...rugi sangat-sangat weyyy. Cer pikior...awak kat dunia dah la menyampah tengok orang tu dan apa dia buat kat awak...tiba-tiba kat akhirat, awak tengok, awak jadi penderma kebaikan terbanyak kat dia...oh what the....!!! Haaa...tu la pasal. Kalau awak tak nak, fikirlah yang baik-baik tentang orang lain. Mana yang boleh di let go, let go jer la...bagilah dia kemaafan. Kalau tak vice versa pun tak apalah, lantaklah...janji awak selesai kat sini. Tak payah see you in court di Mahkamah Allah.
Tak sanggup weyyy...
Monday, January 22, 2018
Tuesday, January 16, 2018
Jalan-jalan Taiping
Lagi entri tertunda. Kejadian tahun lepas di bulan November. Hujung-hujung tahun, semua orang dalam mode nak bercuti. Kami pulak memang tak ada apa-apa plan di hujung tahun. Kebiasaannya, memang tak suka ikut trend orang ramai, rasa macam sesak je. Tapi nak juga buat lawatan singkat ke mana-mana. Mujurlah negara kita ini kan kaya dengan keunikan dan kepelbagaian. Heheh...pasti ada saja destinasi domestik yang boleh dikunjungi tanpa mengoyak rabakkan poket.
Peluang tiba. Bolehlah selitkan agenda terkejut ketika pulang ke kampung.
Balik kampung nak hantar Mak. Kami ikut laluan menghala ke Teluk Intan. Ahaaa...apa lagi, agenda pertama ialah memastikan kami sampai juga ke Menara Condong Teluk Intan. Tu dia rupa dia. Ohooo...macam ni ye. Ingatkan boleh panjat sampai atas, rupanya takat tingkat 3 saja. Orang pun tak ramai. Oklah, puas hatilah. Cuma cuaca agak terik di luar. Nak berposing bagai pun rasa tak berapa nak menjadi saja. Teringin nak cuba mee rebus Mastan Ghani...tapi dahhh budak-budak ni tak mahu...heheh...ok tak pe, tu boleh selit lain kali kott...ewahhh!
Kebetulan ada di kampung tu kena pulak hari Sabtu. Wahhh...buat pertama kalinya Telipuk dapat merasa kemeriahan Pasar Kemboja yang popular tu. Selalu balik langkah kiri. Dah bertahun-tahun pasar ni berlangsung, sampai orang dari serata ceruk pun dah singgah, Telipuk jugak tak sampai-sampai. Kali ini bila peluang dah ada...memang tak lepaskanlah.

Apa yang menariknya Pasar Kemboja ni? Telipuk ni pun bukanlah kaki shopping sangat, tak reti nak cakap. Tapi menariklah sebab macam-macam ada...kain baju, kain tudung, blaus, telekung, apa-apalah...berwarna-warni dan macam-macam fesyennya. Harganya dikatakan lebih murah. Murah bagi yang tahu dan biasa membeli. Macam Telipuk ni, ada berkenan...beli jer la. Tak tahulah murah ke apa sebab memang tak rajin membeli. Baju blaus yang Telipuk beli harganya RM25 sehelai. Murah la kan?
Rambang mata jugaklah membelek tudung-tudung ni. Tapi Telipuk tak beli pun sebab Telipuk lebih selesa beli shawl saja. Nak match senang, nak jaga pun senang. Orang macam Telipuk ni, jenis yang malas nak berat kepala fikir esok nak suai padan ini dengan apa...banyak kerja lain lagi nak buat. hahaha.
Nampak macam tak ramai orang ye? Actually ramai tau, Telipuk pun pusing 2 kali nak cari parking. Bas-bas rombongan banyak. Pasar ini terletak di kiri dan kanan Jalan Sempadan, jalan yang memisahkan antara Parit Buntar di Perak dan Permatang Tok Mahat di sebelah Pulau Pinang. Jadi, hari tu Telipuk merasa beli blaus di Perak dan kemudian beli seluar di Pulau Pinang. Hahaha...best kan ?
Orang luar memang ramailah datang buat rombongan memborong di sini. Asalnya peniaga-peniaga berketurunan Kemboja ini cuma berniaga kecil-kecilan. Masa Telipuk masih bersekolah dulu, diaorang rajin masuk kampung menjunjung barang-barang atas kepala dan berjual dari rumah ke rumah. Tok Telipuk memang rajin melayan. Kadang cuma beli sagun-sagun atau aneka jajan yang lainnya. Dia kesian saja dan selalu panggil singgah untuk diberi minuman. Sempatlah dia interview diaorang dan tahulah sikit sebanyak kesukaran hidup mereka di Kemboja sana.
Man jadda wa jadda. Sesiapa yang berusaha, dialah yang dapat. Lama-kelamaan orang-orang Kemboja ni yang sudah bermastautin di sini semakin bergerak maju dan membentuk komuniti perniagaan yang berjaya. Hasil kerja keras mereka membolehkan mereka membeli tanah dan mendirikan rumah-rumah. Perniagaan mereka juga sudah pelbagai. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Rezeki Allah kan luas dan ada di mana-mana. Kalau kita hanya nak berpeluk tubuh dan kemudian komen saja yang pandai...memang tak ke manalah kannn.
Hari berikutnya, kami ke Taiping yang diberi jolokan Bandar Warisan. Ya, Taiping memang sebuah bandar kecil yang kaya dengan sejarah. Cuma nak pergi Taiping ni memang risau je...takut hujan...hahaha. Yelah, kita nak jenjalankan...kalau hujan tu, tak berapa fun la nak jalan basah-basah ni kan. Itu yang pagi-pagi lagi terus kami gerak. Alhamdulillah, mujurlah sepanjang berada di sana, cuaca sedang elok je.

Destinasi pertama dah tentulah Taman Mergastua Sultan Idris Shah...haah? Itu nama lama untuk Zoo Taiping & Night Safari. Monyet pun baru nak bangun tidur kottt...hahaha...Memandangkan IC Telipuk berkod '08' ehem....ehem...anak jati Perak tauuu...dapatlah diskaun warga negeri. Heheh...rezeki.
Buaya tembaga!! hahaha...ni kalau yang real, mau pucat lesi muka. Kami jumpa juga yang real kat dalam tu, memang spesis ni suka bersidai sambil membiarkan mulutnya ternganga. Siap ada burung yang hinggap mematuk binatang-binatang parasit yang melekat di badan Sang Bedal.
Actually, Telipuk dah buat silap besar. Terlupa bawak bateri kamera nikon yang dah siap dicaj...tensen giler! Jadi, memang bergantung kepada smartphone saja...tu pun kena jimatkan penggunaannya sebab nak pakai apps waze lagi kan...nasib baik ada standby power bank. Makanya, semasa kat zoo, tak delah banyak ambil gambar sebab haiwan yang ada lebih kurang sama saja seperti kali terakhir kami melawat dulu.
Lepas zoo, kami pergi Muzium Taiping. Pameran di sana, untuk Telipuk tak adalah yang 'woww' sangat tapi susunatur dan pameran bahan agak baik. May be I should consider jadi curator kot hahaha...ye, Telipuk dulu memang hantu dan peminat sejarah. Cuma sayangnya, I let the passion die as time flies. Sekarang, padan muka...satu habuk pun tak ada. Somemore, fact yang ada pun dah tak accurate serta tiada penambahbaikan. Shame!!!
Salah satu tarikan terbaru yang ada di Taiping ini ialah 5D Art Gallery. Tempatnya tak besar mana, hanya menggunakan rumah kedai dua tingkat sahaja. Terletak di Jalan Maharajalela. bayaran masuk ialah mengikut ketinggian. Hahaha...yer, kalau yang umur 3 tahun tapi tingginya melepasi had ketinggian minima...maka, bayarannya sama jer dengar yang umur 30 tahun...Tapi kalau 30 tahun sedangkan ketinggian tak lepas had minima, murah la sikit bayarannya tu. Kami ni tinggi2 belaka...so bayarannya penuh la .
Disebabkan space tak banyak macam galeri kat Langkawi tu, lukisan 5D ni betul-betul di lukis bersebelahan dekat-dekat...satu bucu sana, satu bawah sini...haaa...padatlah. So, korang memang kena pandai la set the frame tu...kang tak lawo pulak. Tapi jangan risau, ada penanda disediakan untuk beri cadangan sudut terbaik korang patut ambil gambar tu. Masa kami datang ni, memang ada seorang adik pekerja yang comel lote ikut jer mana kami pergi dan memberi nasihat . Last-last...suruh dia jer la tolong ambilkan sebab budak-budak ni ambil tak cantik pulak...hishhh..
Oooo terbalik mak kauuu...! Barulah tahu, yang gambar terbalik camni memanglah jadi terbalik sebab kau kena rotate...hehehe...yang lukisannya tu dilukis terbalik siap-siap. Cisss...
Menarik jugalah gambar-gambar di sini. Tak sama pun dengan gambar yang Telipuk pernah beraksi bersama macam kat Langkawi dulu. Tapi yang sayap burung tu ada juga.
Nampak tak anak panah warna merah di lantai tu? Haaa...kat situ la korang patut berdiri atau ambil gambar dari arah tu. Patutnya boleh cover dengan kaki tu...tapi hemmm, tak terfikir pulak masa ambil gambar. Nanti korang kalau pi, tengok betul-betul dan plan pergerakan untuk dapat hasil yang cantik ya. Telipuk tak fikir banyak dah sebab perut dah lapar...hehehe...
Yang rajin bergambar cuma Aiman...Hisham as usual, payah nak disuruh beraksi...last-last jadi macam kena paksa jer.
Yang ni pun best juga sebab dia buatkan orang di sebelah tu besar dan the other side nampak kecil...as if jumpa gergasi. Nice kannn
Mula-mula ambil gambar kat sini, macam konfius jer...but bila dah rotate kan...owhhh...I see...
Nampak tak buaya dalam air tu...?
Tengok, semua macam tak takut jer...tak boleh berlakon ni...fail!!! And of course, anak-anak panah penanda itu sangat menganggu penampilan.
Sehari di Taiping memang belum cukup untuk cover semua tempat. Telipuk masih tak sempat nak round Taman Tasik Taiping dan tak juga sampai di Bukit Larut. Asalnya nak naik tapi tengok review tentang perjalanan memualkan naik jeep ke atas tu, rasa cuak pula. Baik mendaki...tapi nak mendaki tak ada geng pulak. Tak mau la hiking sorang-sorang...dah kalau hiking, naik turun...langsung habis masa kat Bukit Larut saja...so, I have to cancel the plan. Tak tahulah bila boleh buat benda ni...but it's ok, Taiping ada banyak tempat menarik. Macam-macam ada dan sesuai untuk seisi keluarga, ewah...promote nampak! (mestilah, negeri sendiri kannn...).
Friday, January 12, 2018
Kita Insan Biasa
Bila awak maafkan seseorang...apa yang berlaku sesudah itu?
Kalau di pihak Telipuk, jikalau Telipuk sudah maafkan bermakna , hidup harus terus. Ia tidak bermaksud kehidupan kembali seperti sediakala. Macam dulu-dulu. Boleh jadi, ada sesuatu yang akan berubah. Perubahan itu boleh jadi lebih baik berbanding dulu. Namun, secara pastinya, ia tidak akan sama lagi.
Adakah itu bermaksud dendam? Atau belum ada closure?
Err...apa maksud awak ye? Kalau awak fikir Telipuk ini robot, rasanya bolehlah reset balik setting kepada factory mode. Tapi sebab Telipuk ini orang, rasanya nak erase atau hilangkan ingatan terhadap kepedihan lampau adalah tidak mungkin . Melainkan Telipuk mengalami masalah hilang ingatan. Secara jujurnya, apabila memberi kemaafan, literally ianya bermaksud awak sudah dimaafkan. Itu sahaja. Kosong-kosong. Telipuk akan cuba utuk tidak mengungkit atau memperkatakan tentang perkara itu lagi. Bukanlah maknanya Telipuk lupa, cuma Telipuk cuba untuk tidak bercakap tentangnya lagi. Jadi, janganlah cuba 'trigger' lagi kalau tak nak kena 'smash' percuma. Ate...udah bagi bola tanggung...berdesuplahhh.
Owhhh...jadi awak ni berpura-pura sahajalah ye....
Hemmm...
Macam inilah, mari kita buat analogi yang mudah. Suatu hari Telipuk berjalan di taman tanpa memakai sepatu. Akibatnya, kaki telah terpijak paku. Sakitnya bukan kepalang. Paku berkarat pulak tu. Serentak Telipuk pun menjerit kesakitan dan seterusnya mengaduh...aduh...aduh...aduh...duh...duh...duh...duh...duh...duh...(boleh tiru rentak lagu Zaleha Hamid okkk...). Pergilah berjumpa doktor. Doktor pun belek dan tekan kat tempat tercucuk paku tu dan tanya, "Sakit tak?" . Telipuk pun jawab, "Sakit laaaa!". Ye la, dah betul sakit, kita cakaplah sakit. Namun bila bercakap tentang diri kita sebagai muslim, yang mana kita perlu bersabar dalam apa jua keadaan, langkah seterusnya ialah kita bertahan. Walaupun berkerut-kerut muka menahan, tapi kita sabarlah ikut kemampuan kita. Mungkin perlu berjalan terhencot-hencot. Perlu makan beberapa jenis ubat. Perlu menerima suntikan. Dan sebagainya. Apa jua yang kita 'terpaksa' lakukan untuk 'adjust' dengan keadaan yang menimpa itu ....pada Telipuk, itulah cara kita menerimanya. Menerima ketetapan Allah dan cuba hidup dengannya.
Benda kalau ianya 'sakit', kita jawablah 'sakit'. Bukan berdosa pun. Tak kan sebab nak jaga hati orang kita nak jawab, "eh...tak sakit...seronokkkk!".
Cuma, bila dah tahu ianya sakit, belajarlah untuk menanganinya. Bersabar sudah tentu. Belajar untuk mengawal rasa sakit itu. Tak perlu berpura-pura. Just do your best. Belajar daripada kesakitan itu. Yang pastinya setiap apa jua yang menimpa itu, namanya ujian. Pastikan kita lulus ujian itu. Kalau boleh jadi cemerlang, jadilah cemerlang. Kalau boleh dapat baik. Pun ok juga. Hatta yang tahap memuaskan sekalipun. Jangan sekali-kali mengalah.
Maafkan sesiapa jua yang menyakitimu demi untuk kebaikan diri kamu juga. Hidup ini banyak kebaikan lain yang kita patut raikan dan fokuskan, jadi jangan sempitkan langkah dengan mengikat diri dan kebahagiaan kepada perkara-perkara yang di luar kawalan kita pun. Jika ia ditakdirkan terjadi, belajarlah untuk hidup dengannya. Just moved on! Ada banyak perkara lain lagi yang menyeronokkan dan membahagiakan. Count your blessings! Be grateful!
Pedulikan orang yang menunggu untuk kita menjadi perfect ikut ukuran mindanya yang sempit. Cakap kat orang tu...go fly kite! go get a life!

Subscribe to:
Posts (Atom)