Tuesday, May 31, 2011

Let’s Get Pouchy

It started just after we had our lunch. There were few mobile kiosks as usual selling stuffs from chocolate to pendaflour lamp…yeah, you read it right! Somehow, while browsing through (managed to say ‘NO’ for the hundredth time to the lamp kiosk attendant), I stopped to view the nice looking round, dark chocolate on the display racks in front of the clinic. They do look yummy, but a bit pricey to me and I am not in the desperate mood for chocolate yet.

So, I just walk a bit to the end of the rack and something caught my eyes. Instantly, I touch the soft coloured rectangular pouches and to my ‘horror’ (I normally don’t easily fall prey to buying urges)…quite like it. BGA was behind me and the moment I showed her, she agreed that they look nice.

“Hey…I think I should by this…I can put inside my handphone and wallet together”, BGA announced. Sirapmadu also did not take long to join the euphoria.

And me, being the one who discovered them, quickly endorsed.

Yes…yes…let’s buy this.

So, I opted for the brown colour, BGA chose the black one while Sirapmadu opted for the whitish/greyish fabric which suits her well.

Back in the office, we’ve created an instant craze for that pouch…hahaha…I am sure the seller would be left wondering why her pouches suddenly became the hit item as compared to the main product i.e. Alfredo Chocolate!

Who else unable to resist the temptation?

Hemmm…Lotuslily quickly went down to get her own, and it’s purple…an exact match to her tudung.

Badariah got a pink one…not an unusual choice since she got much pink stuffs already.

Marina bought two…grey and brown, like mine.

Who else…wait…I think Linda bought one grey pouch too.

What about you, Melda?

“Luckily, I’ve managed to kick my ‘zalitun’ away…hahaha…amboiii! RM10 only la sayang!

So, the next time you meet someone with pouch like I mentioned above, don’t forget to ask her…are you from 7 South?

Hahaha…

Selera Tengahari@ Rebung

Sudah di penghujung bulan Mei rupanya kita. Cepat benar masa berlalu. Malunya dengan pengisian yang entah apa-apa.

Bab isi perut tak lupa pula...bisa...bisa...(sendiri mau ingat la wei...) tapi, biasalah, nama pun manusia...alpa memanjang.

Tengahari semalam kami ke Rebung. Restoren Rebung. Kalau rebung yang boleh masak tu, Aku memang tak makan. Yang 'Rebung' ini, alhamdulillah, meriah buffet line nya. Terima kasihlah kepada Puan Penaja ye...orang kata, terima kasih daun keladi (haaa...memang gatal tangan rasanya nak makan belanja lagi...hehehe).

Kamera tak bawa. Semua member tanya,"What's up?". Pasal kalau ikut resmi Telipuk, memang ke mana pun ada jer aktiviti ambil gambor dia tu...maklumlah, blogger tegar. Entah le semalam tak 'terasa' nak bawa. Ada kamera tu. Dok cokoh tengok Aku. Aku tengok dia...dia tengok Aku balik...tapi tak rasa nak ambil masuk dalam beg...(dan Aku pun tak caj bateri dia yang sudah menyala merah tu). Hemmm...

Pakai smartphone jer la untuk ambil gambor...tu pun tak banyak la, pasal, rasanya lagi best fokus menikmati hidangan (sedappp...).

Feveret nombor satu yang Aku tak tinggal kalau pi Rebung ni dah tentulah laksanya.



Letak petis udang dua sudu...memang kaw wa cakap lu...;)

Gambor makanan lain tak ada. Tapi meh Aku bagitau apa yang Aku makan semalam...yang Aku letak dalam pinggan.
1. Nasi minyak sket (separuh senduk ja)
2. Ayam masak merah ( 2 ketul...setiap satu sebesar ibu jari tangan jer)
3. Tempe (2 ketul besar kiub pati ayam Knorr je)
4. 2 sudu sambal goreng kentang dan lobak asin.
5. 4 ketul daging masak kicap

Lepas tu Aku makan serba-sedikit (masih cuba nak justify nih)

1. Sago gula melaka (marbellllleeesssss!)
2. Kuih bingka kacang hijau (aku sukaaa!!!)
3. Kuih bingka kacang merah (bolehlah)
4. ABC sendiri bikin.

Alhamdulillah, syukur dengan rezekiNya.

Sebenarnya lauk-pauk banyak gilerrr...Aku je tak makan, macam-macam jenis masakan kampung (terutamanya Minang style ada). Antara yang ada...
1. Aneka jenis ikan bakar dan pencicahnya
2. Mee soto
3. Roti jalan dengan kuah kari ayam
4. Popiah basah
5. Rojak buah
6. Masak lemak daging salai
7. Masak lemak telur itik
8. Asam pedas ikan tenggiri
...
Dan macam-macam lagi yang Aku tak tersenaraikan. Masakan dimasak dan dihidangkan dalam kuantiti yang kecil dan sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Kawan-kawan suka makan pengat durian dan pisang.

Tengah-tengah makan tu Chef Ismail datang join berborak.



Macam-macam cerita keluar. Hok tanya resepi pun ada gak (bukan Aku naaa...).

Chef pelawa kitaorang buat family day kat rumah pusaka dia kek Rombau tu...(Chef ni orang Negori). Eden buleh yoooo...tapi kena tanya boss la...dokek bebenor haa dongan rumah mertuo den...



Laaa...awat yang hang dok tala kat puak ni ja, Telipuk? hahaha...Aku saja ja testing amik ni...tak bersungguh pun pasal Aku tak berapa gemar guna camera phone ni walaupun 5MP berbanding Samseng Aku dulu yang cuma 2MP jerk. (Ke pasal ko tak reti guna aplikasi dalam tu?...hehehe).

Sorry la ye kawan-kawan lain yang tak tergambar kan di sini...ada USJ, ada Rosebud, ada BGA, ada Asma dan tak ketinggalan juga Sirapmadu yang sesat barat sebelum sampai...lawak la hang, Sirap!

Terima kasih sekali lagi untuk penaja, Puan Rosebud dan Sirapmadu yang sudi menghantar kami balik hingga ke muka pintu...(orang tu cuti la katakan...)

Friday, May 27, 2011

Mengidam

Asalnya membelek-belek majalah je. Masalahnya mata ni hok kecik-kecik tu ler yang nak nampaknya. Baru tengok kulitnye...dah terasa-rasa manis isinye...aiiii...



Rasanya nak kena cari juga ni...bab baca bila tahun, belum tentu...bab nak jadikan koleksi tu sudah hampir pasti hehehe...



Insyaallah, jom cari!

Tazkirah Jumaat - Al Waqiah

Teringin hendak mengongsikan surah ini yang menerbitkan motivasi (yang diri ini masih ada peluang - tunggu maklumat kisah golongan Ashabul Maimanah)

Surah Al-Waqiah (surah ke-56) menceritakan tentang pengkelasan manusia sesudah kiamat yang dijanjikan Allah terjadi. Manusia akan dikumpulkan kepada 3 kumpulan :

1. Puak Kanan (Ashabul Maimanah)
2. Puak Kiri (Ashabul Mash'amah)
3. Golongan yang terutama (yang dekat dengan Allah)

Siapakah mereka-mereka ini?

Golongan yang didampingkan/terutama (Muqarrabin)

Golongan ini ialah kelompok manusia yang hampir dengan Allah. Mereka ditempatkan di dalam syurga-syurga yang penuh dengan kenikmatan. Sebahagian besar daripada mereka ini terdiri daripada umat-umat manusia yang terdahulu. Hanya sebilangan kecil sahaja datangnya daripada umat-umat kemudian.

Balasan yang disediakan untuk mereka adalah sangat hebat. Mereka didudukkan di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata. Mereka meminum air arak yang lazat dan tidak memabukkan yang diedarkan dalam piala-piala dan tekoh-tekoh yang dibawa oleh pelayan-pelayan lelaki yang muda-muda. Juga memakan buah-buahan pelbagai jenis serta daging burung apa saja yang mereka ingini. Dan turut berada di sisi mereka ialah para bidadari yang cantik jelita parasnya. Subhanallah!

Ashabul Maimanah

Golongan ini adalah golongan yang bahagia. Sebilangan besar mereka terdiri daripada umat-umat yang terdahulu dan...(jeng...jeng...jeng...here comes the best part)...sebahagian besar daripada umat-umat terkemudian. Insyaallah, mudah-mudahan layaklah kita berada di kalangan puak kanan ini (sekadar di pinggiran pun tak apa dah...).

Apakah balasan yang mereka terima atas amalan yang mereka kerjakan di dunia dulu? Mereka ini akan tinggal bersenang-lenang di antara naungan pohon-pohon yang luas terbentang. Dengan air yang sentiasa mengalir serta buah-buahan aneka jenis yang tidak putus-putus dihadirkan untuk mereka. Mereka tidur di tempat-tempat yang ditinggikan dengan ditemani isteri-isteri yang sentiasa berstatus dara lagi tetap mencintai (juga sebaya umurnya).

Ada Aku terbaca tentang keadaan mukmin di syurga yang mana (paling koman) setiap seorang dikurniakan Allah dengan 72 orang bidadari. Gigit jari la isteri-isteri sekarang ye...dun worry...berita gembira untuk isteri-isteri dunia yang solehah...Anda akan menjadi ketua bidadari dan kecantikan anda nanti akan mengatasi kecantikan bidadari-bidadari itu!

Ashabul Mash'amah

Inilah golongan yang engkar dengan perintah Allah. Mereka ditempatkan dalam neraka dengan azab yang amat berat. Angin yang membakar. Air yang menggelegak. Asap hitam menaungi mereka. Tiada keamanan dan langsung jauh daripada kesenangan. Ketika di dunia dahulu, mereka telah terpesona dan dilalaikan oleh kemewahan dunia lalu mereka lupa untuk mengingati Allah. Mereka sentiasa melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Mereka tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan semula. Maka itu, kekallah mereka dalam azan neraka selama-lamanya. Nauzubillah!

Allah tidak menyebut komposisi bilangan ini. Dengan pembahagian sebelum ini, barangkali mereka terdiri daripada sebahagian kecil umat terdahulu dan sebahagian kecil umat kemudian. Wallahualam.

Sesungguhnya pada Al-Quran itulah terdapatnya petunjuk-petunjuk yang jelas nyata. Ialah mukjizat yang penuh kemuliaan yang menjadi panduan dan pimpinan bagi manusia berteguh di jalan Allah.

Dengan peringatan demi peringatan yang ada terdapat dalam Al-Quran yang boleh dibaca dan dihayati (dengan kemahuan), apakah kita masih fikir yang belum sampai kepada kita petunjuk dan pedoman? Atas alasan apakah lagi kita mahu menafikan sesuatu yang jelas nyata? Yang pasti, syaitan akan terus berusaha membujuk kita agar mencari dan mencari lagi ketenangan dan entah apa ,juga entah bagaimana rupanya sedangkan apa yang kita perlukan sudah lama ada depan mata.Hanya yang membezakan ialah kehadiran iman yang pasti dapat membantu kita melihat dengan akal dan mata fikir.

Mudah-mudahan kita semua termasuklah di kalangan puak kanan yang bahagia, bukan Ashabul Mash'amah yang sengsara. Insyaallah.

Tuesday, May 24, 2011

Kembara Ilmu - Mohd Suhaimi El-Fardie

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukar
sesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan

Tak Selancar Selalu

Perjalanan ke tempat kerja pagi ini tidak selancar biasa. Walaupun Aku sedar kerja-kerja menanam gentian fiber optik sedang rancak dijalankan di kawasan rumah Aku, tempat yang dikorek itu tidaklah sampai menganggu aliran trafik. Setakat hari semalamlah. Hemmm...Unifi dah masuk ni memang laju dowh la...

Malangnya pagi ini ada pula jentera berat ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Jalan Sentul tu...alamak...lorong kiri yang selalu Aku gunakan itu sudah tersekat. Bila kenderaan semakin banyak, aliran trafik mula tersangkut...bottleneck pun tercipta di situ. Huhuhu. Lampu isyarat pulak sekejapan je bertukar merah...makanya tunggu 5 kali bertukar warna pun belum ada jaminan boleh lepas. Mujurlah seminit dua sebelum jam 7.30 , wira hitamku sudah mencecah persimpangan Jalan Tun Razak lalu berdezup membelah keheningan pagi merentasi Mahameru yang masih 'suam-suam kuku'...yeeeehhhaaaaaa...

Alhamdulillah, pukul 7.40 sudah pun muncul di pejabat. Hehehe.

Itulah nak cerita...kita tak boleh nak expect setiap hari perjalanan lancar aje. Ada kalanya, lancar...ada ketikanya ada gendala. Perkara-perkara yang di luar kawalan boleh saja terjadi yang akan memberi kesan kepada kita. Yang penting, kawalan ke atas diri sendiri...jangan sampai terikut-ikut dengan rentak orang lain. Kalau orang lain biadap, jangan kita pun jadi biadap sama. Api jangan dilawan dengan api.

Dah tahu kereta kat depan tu tak boleh bergerak sebab laluannya di halang, bila kereta tu bagi signal hendak bertukar lorong...bagilah. Janganlah dok buat muka muncung berdegil nak lalu dulu. Buat tak reti bahasa dengan keperluan orang lain. Apa salahnya bagi jalan...lepas tu lalulah. Tak rugi apa pun. Jangan dok hon-hon orang tak tentu pasal...saja-saja nak sakitkan hati orang buat apa...sama-sama pun nak pergi kerja cari makan...sama-sama berkongsi hidup di bumi Tuhan...hiduplah dengan harmoni, ok?

Peace!

Monday, May 23, 2011

Dulu Lain...

Suatu masa dahulu Aku pernah memintal impian seperti itu.
Suatu ketika yang lalu Aku juga pernah menggarap lakaran harapan sama seperti itu.
Ya...semuanya pernah ada. Pernah menghiasi mimpi-mimpi malam hariku.

Tapi kini...semuanya hilang bagai debunga berterbangan ditiup angin.
Tidak...bukan hilang semangat. Bukan juga tawar cita.
Yang nyata fokus sudah berubah.
Paradigma sudah beranjak.

Jadi hari ini bila membaca kata-kata "esteemed leader" , rasa hendak tergelak pun pula. Terus terang cakap Aku tidak pernah membayangkan langsung. Memanglah sudah masuk program generasi pelapis, cuma , masalahnya Aku tak boleh nak 'connect' dengan kemungkinan masa depan seperti itu.

Tengahari Jumaat minggu lepas semasa mendengar ceramah Ustazah Zawiyah, Aku kata pada Lotuslily, "Bagusnya kalau dapat kerja dengan Jakim ni kan...jadi kaunselor untuk selamatkan rumahtangga orang pun okay jugak apa..."

Lotuslily kata, "aii...masuk ni dah 2 kali kau cakap macam tu"...errr...ye ke? Heheh. Rupanya Aku dah pernah mengatakan perkara yang sama suatu waktu dulu.

Tak perasan...tak sedar...ada benda bawah sedar yang sesekali muncul menjelmakan diri. Masa tu terfikir, ganjilnya perjalanan hidup ini.

Mungkinkah Aku boleh mengharungi dan mengimbangi semuanya serta mencapai kehidupan yang Aku ingini sekaligus?

Allah Yang Maha Mengetahui.

Andai Ku Tahu - Ungu

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....

Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Gajah Yang Gagah

Pagi Sabtu lepas, dapat tengok satu cerita animasi yang menarik. Animasi buatan negara jiran Thailand, yang sudah dialihbahasa ke bahasa Melayu. Memang menarik. Kira terpegun jugaklah masa pembukaan cerita itu yang digambarkan menerusi pandangan mata seekor burung. Untuk watak-watak utama, Jumbo dan Luna, menggunakan suara Mila dan Akim.

Ceritanya bertajuk "Jumbo Gajah Biru". Tajuk asal ialah "Khan Kluay". Tapi yang ditayangkan di Astro Ceria itu ialah siri yang kedua. Ada sekali tu Hisham lukis gambar gajah 2 ekor. Satu warna biru siap dengan hiasan kepala dan pelana, dan satu lagi warna pink dengan bulu mata panjang. Masa tu sepatah haram tak make sense masa dia dok cerita pasal gajah jahat bertopeng la apa la...Aku ingat khayalan dia aje...ooo...rupanya cerita ni dah masuk panggung Mac tahun lepas...lerrr tak tahu pun. Agaknya sudah pernah ditayangkan di saluran Ceria dan sempena cuti hujung minggu tadi ditayang lagi. Aku kalau Ultraman Mebius and Brothers tu tahu la hehehe...



Jadi masa keluar cerita ni kat 611 pagi Sabtu tu, Aku pun menumpang tengoklah dengan anak-anak. Well...memang best!

Berikut sinopsis cerita yang Aku petik daripada http://anizyn.blogspot.com/2010/02/sinopsis-filem-animasi-jumbo-gajah-biru.html#ixzz1N8L53LUG

Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.

LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.

Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.




Comel juga karektor gajah pihak 'baik' ni termasuk anak-anak gajah yang berkawan dengan anak kembar Jumbo. Watak burung bertopi "Chiko" juga menarik. Cerita ini berjalan dengan pantas dan jelas tidak membosankan. Plotnya memang menarik dan sesuai untuk tontonan semua. Sampai che Abe pun terpaku tengok sama bila Aku ajak dia tengok cerita itu (setelah penat bercerita) apabila kebetulan diulang tayang malam tadi.

Cerita ini sarat dengan unsur budaya Siam dan yang menariknya ia berjaya diceritakan dengan baik. Walaupun ada adegan-adegan yang sepatutnya kejam contohnya ketika Raja Hongsa yang kejam melihat gajah-gajah perangnya 'membelasah' penduduk-penduduk Ayutthaya yang ditawan, juga ketika Puteri Suphankalaya menawarkan nyawanya sebagai galang ganti bagi membebaskan anakandanya serta saat-saat tragis ibu Jumbo, Sangda yang terperangkap dalam kebakaran...animasi ini berjaya menceritakan apa yang berlaku tanpa perlu memaparkan dengan terperinci meskipun hakikatnya ia hanyalah animasi. Terasa kaya dengan kesopanan dan kelembutan. Adegan pertarungan antara Jumbo yang digelar "Ketua Penumpas Negara Hongsa" dengan ketua gajah perang musuh juga sangat menarik terutamanya apabila peperangan akhir ini menyaksikan tukang sihir, Agramon menggunakan kuasa sihirnya untuk mengalahkan tentera Raja Naresuan.

Teruja rasanya memikirkan alangkah baiknya kalau cerita-cerita rakyat kita dapat diterjemahkan dalam bentuk animasi yang hebat seperti ini, lengkap dengan segala rencah yang boleh menjadi duta memperkenalkan negara di luar sana. Dah terbayang kat mata ni adegan Hang lima bersaudara bermain sepak raga dalam suasana ceria sebelum suasana huru-hara menyelubungi apabila rombongan Datuk Bendahara diancam oleh orang yang mengamuk...huh...(jom...jom...bermimpi lagi).

Wednesday, May 18, 2011

Rezeki Hari Rabu

Setelah lama menantikan masa yang sesuai, akhirnya tercapai juga hajat BGA nak belanja semua anggota unit RD makan. Suka...suka...heheh...nak-nak buat kat Muzium Kesenian Islam. Bertahun lama tak pernah datang lagi semenjak satu majlis makan-makan zaman muda remaja dulu.



Ini sebenarnya gambar on the way nak keluar balik dah, why not mula dari belakang...ala-ala imbas muka gitu...hahaha.



Semua anggota RD turun padang...tak ramai pun kan, bertujuh saja.

BGA dan Boss.



Rosebud dan Lotuslily



Bad, Asma dan tuan tanah.



Kami duduk membelakangkan ruang hadapan berkaca yang sungguh berkemilau. Aku pulak dah matikan flash.

"Awat tak bawak gajet baru?" tanya Rosebud.

Masa balik kampung Melaka pun che' abe tanya juga kenapa tak guna kamera baru. Bila lagi nak guna? Tu lah pasal...bila nak guna ye? Olympus ni senang, selit dalam kocek baju pun lepas. Senang dibawa ke mana-mana itu adalah satu ciri yang penting.

Insyaallah, ada projek yang bersesuaian nanti...tungguuuu...

Entah kenapa saya rasa restoren berkonsepkan Mediterranean ini begitu terang benderang. Mungkin kerana pemilihan warna putihnya yang sungguh menyerlah, lantai jubin cerah, penggunaan material berkaca yang memantulkan cahaya atau juga susunan perabut yang teramat ringkas.



Ini bahagian buffet. Khas untuk appetizer dan dessert sahaja. Kita perlu memesan menu utama dan minuman.



Antara hidangan yang disediakan di sini ialah :

Salad Tomato



Fatoush



Basbousa



Dan keskul.



Juga ada roti serta buah-buahan. Tapi Aku suka keskul tu...ia adalah susu (yang sungguh lemak berkrim) yang ditaburkan dengan kacang...hehehe...sedapppp!



Yang ni pinggan Rosebud...



Semasa kunjungan pertama bertahun dulu, Aku ingat ada memesan pizza Morrocon dengan sos tomato, buah zaitun dan errr...apa lagi ya...tak ingat dah, tapi memang sedaplah. Kali ini rasanya macam dah banyak menu yang tak ada.



Untuk makan tengahari ini, Boss, BGA, Bad dan Asma sepakat memilih hidangan 'Lamb'.



Rosebud pula secara solo memilih hidangan 'Beef' dalam sos tomato.



Manakala pencinta 'ayam' seperti Aku dan Lotuslily setia dengan hidangan "Shish Tawook"...ayam dimasak ala-ala tandoori.



Seronok jugak dapat berhimpun satu 'keluarga' ni. Boss memanglah Lelaki Melayu Terakhir hahaha...tak dapek nak nolong sebab kena buli dengan anak-anak buah wanita belaka.



Ya, sekali imbas nampak macam asyik le dok makan kami ni ye...pot luck lah, luncheon lah, hehehe...tak kesahhhh! Aku memang mengelakkan daripada banyak bercerita tentang tugasan di pejabat. Satunya KL Traffic memang tidak akan cenderung ke arah itu...kalau adapun sekadar kias-kiasan saja sudah memadai. KL Traffic juga bukan sumber maklumat rasmi syarikat, etika kena jaga...walaupun sayang syarikat sekalipun...tak boleh sesuka hati membuat komen itu ini. Jadi, jalan yang paling selamat ialah mengelak terus daripada memperkatakan hal kerja dan isu-isu berkaitan.

Terima kasih daun keladi, BGA. Awak memang best! Suka dapat menambah seorang lagi kawan macam awak. Bukan sebab belanja ini sebab kalau tak ada belanja ini pun semua orang tahu awak memang pemurah orangnya. Thanks for the friendship. Syukur sangat kerana dikelilingi dengan kawan-kawan yang hebat dan boleh diharapkan. Pada saat-saat suka dan sukar. Thank you all.

So...minggu depan kita pi mana pula ya?

Amboiii...jeng...jeng...jeng...

Tungguuuuu...

I Followwww...

Kisah yang paling 'hot' sepanjang minggu lalu sudah tentulah cerita SY hendak mencukupkan kuotanya. Lebih 'hot' daripada cerita video panas ahli politik negara.

Pelik betullah, amende le yang heboh sangat. Nampak sangatlah tahap kecemburuan insan sekaum SY tu...ada yang telan liur, ada yang dok gigit kuku, ada yang dok berkobar-kobar nak "I follow..." juga serta tak kurang juga yang mengeluarkan pendapat-pendapat yang agak tak berapa setuju kononnya.

Kalau tanya Telipuk, Telipuk kata...ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Aaaa...satu lagi, kalau tak sanggup dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Soal poligami, walaupun dibolehkan di dalam Islam...bukanlah maknanya ianya sesuatu yang automatik boleh untuk semua orang (lelaki). Tengok-tengok jugalah lelaki tu spesis apa.

Dan kena tengok juga la spesis perempuan yang hendak dimadukan tu. Tak semua perempuan boleh buat macam yang isteri-isteri SY buat. Tapi sebetulnya, semuanya berbalik kepada pucuk pimpinan juga. Kalau pemimpin tidak menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dengan baik, tak bolehlah hendak meletakkan kesalahan kepada pengikut. Betul tak?

Telipuk rasa tak ada yang luar biasa dengan kisah SY dan isteri-isterinya. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang sukar dicapai. Betul...Dan Telipuk percaya SY tak mengamalkan apa-apa tangkal dan jampi pun...hatta kekelakaran dan kelawakannya pun Telipuk rasa tidaklah menyumbangkan apa-apa yang signifikan kepada kebolehannya melengkapkan kuota.

Cuma yang Telipuk pasti, daripada beberapa maklumat yang SY beri, antara perkara-perkara yang diamalkannya jelas membantu SY menjadi pemimpin yang baik dan dihormati dalam keluarga besarnya.

1. SY tidak menghimpunkan semua isteri dalam satu rumah...bahkan SY kata ia adalah mustahil. Padahal ramai lelaki kalau boleh nak jimat kos nak achieve KPI yang ini...giler ke apa? Ayam dalam reban bolehlah buat macam ni.

2. SY tak main sembunyi-sembunyi. Agak-agak rasa nak bercinta, dia bagitau isteri-isterinya dulu. Siap kenalkan lagi. Kebanyakan lelaki buat, sorok dulu...tunggu sampai pecah. Mahu tak hancur lebur kota Melaka dikerjakan!

3. Adil dan saksama. Telipuk rasa lah, kalau setiap isteripun disediakan tempat kediaman yang selesa, bagi kereta seorang sebiji, siap bagi duit belanja secukupnya...tak payah terjerit-jerit minta sampai keluar anak tekak...bagus sangatlah tu. Lepas tu SY lawat setiap rumah setiap hari, walaupun sekejap-sekejap. Sebab tulah rumah isteri-isterinya dalam satu kawasan yang berdekatan...di Cheras ke rasanya...kena penat sikitlah. Tapi kalau kebanyakan lelaki lain, tang penat dia la yang dia nak berkira sangat...diaorang kawin lebih untuk senangkan diri...setiap isteri pulak kena bagi 'derma' seorang sikit...macamanalah nak hidup tenang dan selamat kalau nawaitu tak betul?

4. Peranan sebagai pemimpin. Mesti digerakkan. Suami sebagai ketua keluarga mesti tegas dan berani menegur dan mentarbiah isteri. Nak buat tu, diri sendiri kena betul dulu. Itu yang SY kata ilmu agama kena ada. Jangan sebab isteri-isteri tu dah tahu hukum hakam, ente lepas tangan buat tak tahu...konon ingat tanggungjawab ente dah selesai. Jangan buat naya na...

Kalau boleh buat benda 1 hingga 4 tu, insyaallah, rasanya tak jadi masalah hendak kahwin lebih pun. Tapi tujuan nak tambah tu...biarlah selaras dengan tuntutan agama. Kalau saja suka-suka nak tunjuk kuat...atau konon perasan yang anda tu hebat...tak payahlah. Berat tanggungjawabnya. Melainkan anda rasa berani nak berdiri depan Allah menjelaskan apa yang anda dah buat sepanjang menggalas tugas sebagai pemimpin...silakanlah.

Pandai buat, pandailah tanggung.

Tuesday, May 17, 2011

Kejutan Saraf

Terlupa pula hendak catatkan di sini. Bila masih terasa lenguh-lenguh pergelangan tangan dan lengan tu...cepat-cepat teringat semula.

Kami sudah memulakan aktiviti main badminton Jumaat lepas. Untuk kali pertama turun ke gelanggang ni, tiga orang je. Aku, kak Lotuslily dengan BGA. Sirapmadu menumpang tengok sebab kebetulan cik abe dia lambat datang jemput. Sempat juga member main...berbaju kurung tu...hahaha...boleh tahan!

Mula-mula masuk gelanggang memang jakun sungguh...sayugia diingatkan Aku tak pernah main dalam gelanggang. Main suka-suka je. Dan yang best lagi tu last main masa darjah 6...dah lebih 20 tahun dah tak main benda alah ni...

Bermula dengan sedikit kekok. Boleh buat servis, tapi tak laju. Peraturan semua lintang pukang. Kitaorang main tak pandang pun gelanggang lain...sohih depa tak larat menahan gelak. Siap korang...Aku dah mantap main nanti, jom rentap nak? hehehe...

Akak Lotuslily walaupun kononnya tak reti main (dia katalah), tapi okay je...dia ni kategori ahli sukan jugak le zaman muda-muda trang tang tang dulu. Kalau dah sampai boleh wakili negeri, main bola jaring pulak tu...Aku memang tabik spring. Oh! I hate netball!!! BGA pun tak kurang juga, memang pemain badminton...cuma tak sempat berguru dengan Misbun jer ekekeke...kira BGA lah yang kami harapkan untuk memberi bimbingan (dan pinjam reket sekali...).

Main punya main...pergh...memang syok wooo...berpeluhhh. Puas hati. Siap berkenalan dengan geng Unilever yang main di gelanggang sebelah dan sempatlah main satu round double.

Masa main tak ingat...bangun pagi esok...adoi...adeh...deh...deh...sengal di sana-sini. Oooo...telipuk, ingat lah sikit weiii...awak tu dah berusia...tetiba jer terjah, mau tak terkejut segala urat saraf...hahaha...

Seketika terlupa...jom balik ke alam realiti...thehehe...

Sayup Bunyi Kompang

Menghabiskan cuti berbaki satu hari ini memang seronok. Maklumlah, kalau kira bermula Sabtu...ni hari keempat lah dok melepak dengan keluarga. Seronok sangat. Esok fikir esok jer la...hahaha...liat kemain nak mula seterika baju. Awat la dok jadi lagu tu selalu...?

Hari Sabtu lalu, kami balik Melaka untuk memeriahkan majlis pertunangan adik ipar. Adik ipar bertunang dengan orang sekampung, insyaallah, kalau tak ada aral, bulan sepuluh ni langsung.

Aku menyumbangkan dua barang hantaran berupa sirih junjung dan coklat.



Seperti biasa sirih junjung ni Aku gubah eh...bukan Aku, nyonya tu gubah..Aku bayor je...dari Co Ket la ..



Pilih hok senang-senang je la...akak tak kreatif bab-bab 'keras tangan' ni.

Bergambar dengan bakal biras, mak mentua den dan adik ipar den.



Sebelum balik, sempat den amik gambo serambi rumah berbumbung limas ni...cantikkk.



Ada beberapa rumah yang Aku dok target ni...suka tengok tangga batu berjubin tu...macam-macam pesen ada. Comel-comel rumah ni, walaupun tahu susah Aku nak lepas masuk, pasal bumbung dia rendah daaaa...mau terhantuk kepala Aku dibuatnya.

Tak pe...tak pe...nanti aaa buat projek dengan gajet baru eh...:)

Wednesday, May 11, 2011

Gajet Baru

Nak perkenalkan awal dulu...tapi malu...
Pasal tak berapa pandai nak guna lagi...dok guna setting auto jer...hish...



Hadiah tertunggak dari che' abe...ngeh...ngeh...ngeh...



Nak guna pun sayang lagi nihhh...hehehe...



Tapi Aku dah rasmikan la masa bertugas sebagai jurugambar tak bertauliah mendapatkan sudut-sudut menarik rumah BTP kami untuk diiklankan di mudah.com sehingga berjaya jugak ler mengumpan ramai bakal-bakal pembeli...hahaha...alhamdulillah, dah jumpa yang memang betul-betul berminat pun.

Cuma belum berani la nak arak ke sana sini pasal...
1) sayanggggg...kang ter itu, ter ini...akak gak yang stress.
2) besor la pulak nak biar tergantung kat leher...nak kepit-kepit pun tak dapat...
3) nampak jer 'macho', tapi hakikatnya tuan dia ni nak pasang lensa pun terketor-ketor lagi...

Sooooo...tunggu sampai agak-agak 'mesra' baru nak 'berkepit' di khalayak ramai...ok?

May Pot Luck

Satu lagi acara 'pot luck' yang berjaya. Alhamdulillah, murahhhh rezeki semua. Sesi kali ini bukan sahaja untuk mengeratkan semangat kerjasama dan setiakawan sesama anggota tetapi juga merupakan majlis kesyukuran atas rezeki yang dinikmati menerusi pemberian bonus dan kenaikan gaji kakitangan baru-baru ini. Syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaanNya, semoga saat-saat senang dan menggembirakan ini semakin mendekatkan kita kepadaNya.

Majlis bermula jam 11 pagi dengan tetamu jemputan dari unit Hal Ehwal Islam, Ustaz Alias mengetuai bacaan Yassin serta memberikan sedikit tazkirah dan juga promosi majalah Solusi dan buku berkaitan bab Munakahat...oppsss...mula-mula tu macam ????? (konpius) jugak le. Tapi Ustaz kata, ianya hanyalah cadangan bacaan dan alternatif yang baik berbanding buku-buku dan majalah mengarut yang bersepah dalam pasaran. Yang dah kahwin pun sebenarnya banyak lagi nak kena belajar...peranan dan tanggungjawab dalam rumahtangga dan sebagainya. Juga hukum-hukum berhubung permasalahan suami-isteri contohnya zihar yang mungkin ada belum jelas. Jadi, memang satu bacaan ilmiah yang bagus untuk meningkatkan pengetahuan.

Berkenaan menu hari ini...kami menyediakan hidangan nasi campur. Nasi putih dengan beraneka jenis lauk-pauk. Dari awal lagi ada yang 'merungut'..."macam mana ni...I makan semua ni...sedap pulak tu"....hehehe....Aku tak pe la, pasal yang menu ikan dah sah-sah tolak tepi. Tapi kan, memang sedap betullah bila makan ramai-ramai macam ni...dan sudah semestinya warga tingkat tujuh selatan memang arif bab makan-makan ni...pandai masak ada, pandai makan ada...termasuk juga yang pandai membeli makanan yang sedap dimakan...hahahah...so...tahniah kepada semua!

Ini antara menu yang disumbangkan oleh warga tingkat tujuh selatan.

Ayam percik Kelantan mari hasil air tangan Kak Lela yang sungguh marbelessss!!!



Ikan bakar air tangan Pak Cik Johor...amboi, kalau dari gerai pak cik ni, tok sah kata apalah...memang sedapppp (depa la kata, pasai Aku mana makan ikan).



Yang ni pun dari gerai Pak Cik Johor juga. Kurma daging. Dijamin oleh Telipuk. Memang sedap wa cakap lu. Tu la Aku dah kata, geng regulatory memang kenal dengan 'masakan yang sedap'...hanya jauhari mengenal maknikam katakan.



Yang ni pulak mak Telipuk sumbangkan. Gulai nangka...



Kerang rebus cicah air asam...



dan Kacang panjang goreng



Asam Pedas Ikan Tenggiri sumbangan Chief dan setiausahanya.



Cupcakes berlogokan syarikat yang sangat istimewa dan sedap ini disumbangkan oleh Arief. Ishhh...Aku memang jeles dengan orang yang pandai buat benda-benda ni...rasa macam nak ambil diploma masak-memasak kat FIM rasanya....hehehe...



Air Lai Chi Kang pun ada.



Acar timun Kak Lela. Tukang gaul Aku...



Masak Lemak Daging Salai USJ...tak sempat nak rasa beb...



Kari Ikan Kering USJ



Rendang Ayam Istimewa tajaan Zam...huh...all time favourite!



Sambal udang Che' Lan



Ulam-ulaman...ni kalau tak cukup awet muda lagi Aku tak tau laaaa...



Kacang panjang + tempe + tau kua + hati/pedal ayam goreng rampai.



Bubur keledek dan serawa labu. Serawa labu tu pun air tangan mak Som...hehehe...(semangat mak Aku...)



Bubur kacang sumbangan Asma dan Rosma



Hemmmm...tunggu bulan Julai nanti la ye...bagi can la Rosebud lepas dendam...ekekekeke...