Saturday, December 27, 2008

Kenduri @ Selayang

Tengahari tadi kami sekeluarga meluangkan masa memenuhi undangan perkahwinan di Bandar Baru Selayang. Kata Aiman, "Ibu, tengok orang kawin ke?" dengan pelatnya. Yelah, dah tahu dah...everytime pergi tempat macam tu, mesti dia akan nampak pengantin berarak. Memanglah tunggu pengantin sebab majlis-majlis sedara dan handai taulan. Dulu zaman Aku dulu lainlah...pergi makan je, pas tu terus balik...memang tak kuasa tunggu pengantin. Tu pun puas mak suruh pergi ikut dia, masing-masing malas nak join aktiviti masyarakat ni...anti-sosial betullah!

Ini antara lauk-pauk yang ada. Seperti biasa menggunakan khidmat katerer...tak ingat pulak apa ke namanya, kalau idak boleh Aku buat promosi sikit kat sini...theh..he..he..



Selain ayam masak merah, ada jugak rendang daging. Aku syak dia nak buat rendang tok ni...sebab rasanya tak macam rendang biasa. Warna gelap dah hampir menyamai rendang tok, tapi dari segi rasa...errr, agak kurang la...waahhhh...boleh join Iron Chef lepas ni...err...bukan yang tukang masak, yang tukang merasa makanan tu..ekekekeke..



Pajeri nanas pun ada juga.



Selain tu ada juga dalca, sayur celup tepung, acar buah, tempe goreng...buah-buahan potong dan aneka kuih talam termasuklah seri muka, kole kacang, talam keladi errr...ada lagilah a few yang beraneka warnanya dan tak reti Aku nama dia.

Lepas makan kami beredar masuk ke dalam rumah pengantin sekejap untuk sesi "mengambil-tahu"..kah..kah...kah...Pengantin perempuan ni adalah sepupu Abang. Bapa pengantin perempuan merupakan adik bongsu mak mertua Aku. Yang kat Bukit Beruntung itu hari abang diaorang.

Hantaran yang disediakan untuk pengantin lelaki.



Pelamin yang didirikan di dalam rumah.



Sempat lagi...Untuk pengetahuan geng-geng "Cubicle Life" Aku, tudung tu Aku beli kat Tesco Selayang (bukan dalam Tesco, kat gerai kat luar tu). Actually, tak la berapa ngam sangat ngan warna baju Aku...tapi macam kena jugaklah...sebab masih dalam kumpulan warna warm yang sama...chewahhh...Besar juga bidangnya dan reganya Aku rasa berpatutan RM18. Tiada tawar-menawar...hang pa tau la Aku, kan? Tapi okaylah, kualiti bagus. Gambar ni Hisham yang rakamkan...ada banyak lagi hasil kerja dia, tapi semua pun senget-benget.



Bergambar dengan hero-hero ultra. Balik kampung ni hang pa semua mesti pi gunting rambut, tau!



Abang dan Aiman. Aiman kata, "Maman duduk Babah, Hisham duduk Ibu"..Lepas tu Babah kena pau kat luar aiskrim Nestle Drumstick Kit-Kat sorang satu...ka..ka...ka..



Hisham. Dia tahu makan telur rebus ajer everytime pergi kenduri.



Inilah dia pasangan pengantin yang diraikan iaitu Nora Hasnita Bt Suldin dan suaminya, Nor Azrul Hardi B. Adzmi.



Majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada hari Khamis, 1 Januari 2009 di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Kedah. Orang utara lagi ni...huiihh laris orang utara ni , ya...he..he...he...



Apapun, sekali lagi, diucapkan selamat pengantin baru kepada Hasnita dan Hardi. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Amin.

Wednesday, December 24, 2008

SOLUSI

Aku mula berkenalan dengan SOLUSI semasa menghadiri ceramah Ustaz Zahazan tidak berapa lama dahulu. Pada ketika itu, ianya baru sahaja mula menjengah pasaran. Akan tetapi Aku tidak membelinya ketika itu...hanya sekadar melihat dari jauh. Bagaimanapun, Aku tergerak untuk memiliki keluaran kedua apabila melihat kehadirannya di kiosk buku-buku agama kat lobby pejabat. Ternyata ianya sebuah majalah yang mempunyai pengisian yang mantap dan padat. Rasanya satu artikel pun Aku tak mahu terlepas baca.



Dalam ruangan "katadua" tulisan sederhana tetapi bermakna dengan tajuk "Berani Bercita-cita Besar" sangat menarik perhatian. Ia membuat perbandingan antara masalah dan cita-cita. Katanya, "Masalah umpama garam, manakala cita-cita umpama air. Semakin besar cita-cita, maka semakin mengecil masalah, sepertimana garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah".

Jadi, kita hendaklah mempunyai cita-cita yang besar agar dapat menewaskan masalah. Jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah semasa, itu petandanya cita-cita kita masih kecil. Keyakinan kepada hari Akhirat yang kekal abadi menyebabkan hati kita reda dan rela menerima ujian hidup di dunia yang sementara ini. Justeru, ketika ditimpa ujian, usahlah dipinta kecilkan ujian itu, tetapi pintalah agar "dibesarkan" iman bagi menghadapinya.

Aku juga sangat suka dengan isu yang dikemukakan dalam keluaran ini. Tentang ketakutan...dan tentang menghadapi ketakutan itu. Biasalah manusia itu, takut orang...takut boss, takut orang mengata, takut hantu...macam-macam takutlah. Aku pun penakut jugaklah...takut terjadi itu ini...errr...Antara cara terbaik mengatasi ketakutan itu ialah mengetahui dan mengkaji fakta tentang sumber rasa takut. Menurut kajian pakar-pakar psikologi dan agama (pakar psikologi...sila sahkan...he...he...he..), kebanyakan rasa takut yang dihadapi manusia bukanlah sesuatu yang sebenar- tetapi sesuatu yang diandai-andaikan. Ia tidak berpijak kepada akal yang rasional sebaliknya 'terawang-awang' dalam rasa yang emosional. (Alamak...giler emosional Aku ni...!). 60% daripada perkara-perkara yang kita takuti dalam hidup adalah dalam kategori andaian, persepsi dan tanggapan yang tidak berasas. Ceh! Buang masa jer dok takut itu, takut ini kan...bendanya belum tentu terjadi!

Kesimpulannya, Aku sudah jatuh cinta dengan majalah keluaran Telaga Biru ini. Antara barisan kolumnis yang menyumbangkan material ialah Dato' Dr. Hj Mohd Fadzillah Kamsah, Ustaz Zahazan Mohamed, Hasrizal Abdul Jamil, Dr. Irfan Khairi, Dato' Dr Mahmood Zuhdi dan ramai lagilah. Lepas ni bercadang nak beli buku Dilema Melayu-Islam : Kurang Fikir atau Kurang Zikir tulisan Pahrol Mohamad Juoi yang jugak merupakan Ketua Editor Solusi. Insyaallah.

Ops Bersih

Aku sungguh lega hari ini sebab berjaya memastikan mejaku bersih dan kemas. Kiranya tiada lagi pemandangan yang menyesakkan dada. Serius...kemas giler!!! Tak percaya??? Ini buktinya. Ha..ha...kemaskan.



Ini satu lagi pemandangan indah cubicle Aku. Dalam keadaan ini, Aku yakin akan lebih bersemangat bila bekerja di sini.



Kenapa Aku rajin sangat hari ini??? Err...Aku memang rajin pun, saja malas nak tunjuk...ka..ka...ka...



Oh ya, jangan tak tahu...hari ini kiranya hari terakhir la Aku muncul kat opis ni sebab cuti Aku dah diluluskan keseluruhannya. Maknanya bermula 26 Disember, Aku akan menjawat jawatan surirumah sepenuh masa sehinggalah 7 Januari 2009. Dalam masa cuti itu, insyaallah, kami juga akan pulang ke Bagan Tiang. Insyaallah, dengan izinNya juga...mak dan ayah akan ikut kami balik dan tinggal dengan kami. Insyaallah. Insyaallah.

SirapMadu tak sempat jumpa Aku bersepatu baru...inilah sepatunya. Seperti biasa, pilihan warna adalah hitam. Cuma kali ini fesyennya sedikit lain. Okay, tak???



Ya...seperti biasa juga, Aku membelinya dari Kedai Kasut Popular tak jauh dari Kamdar Jalan TAR itu. Kat situ sahaja kedai yang menyediakan sepatu bersaiz international...hihihi...(lain la orang tu kan...kasut budak darjah 2 pun dia boleh rembat...kikiki..)



Okay, kawan-kawan dan sanak saudara....selamat bercuti semuanya (yang masih berbaki cuti cam aku laaa). Kalau pergi travel mana2 tu, berhati-hati di jalan raya, ya. Lagi satu...di kesempatan ini, Aku nak ucapkan selamat tahun baru Hijrah kepada semua. Semoga bertambah keazaman kita untuk menjadi yang lebih baik.



Dan Aku mengaku telah jatuh cinta dengan kata-kata ini "Usah dipinta "kecilkan" ujian, pintalah "dibesarkan iman" menghadapinya" yang aku ceduk dari majalan SOLUSI keluaran terbaru (isu no.2). Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun itu, ya. Thanks USJ sebab mengingatkan. Insyaallah, kita makan peneram bila jumpa nanti.

Monday, December 22, 2008

Menyahut Cabaran 'Tag'

Ohwhhh...tak sangka la pulak, sepanjang ketiadaanku membina pasukan kat Pulai Springs itu Pak Alang telah menge'tag' Aku dengan jayanya. 2 kali lak tu. Panjang nih. Actually, this is the first time ever. Kena duduk sekejap, errr...amende nak kena buat ni??? Heheh...ala...jawab jer la, ye tak??? Here goes...

Bahagian I

Do you think you are hot?

Tidak sama sekali.

Upload a favorite picture of you:



Why do you like that picture?

I like the feeling...of achieving something, finally! Seksanya nak menghabiskan MBA tu, masa mendaftar dapat tahu pregnant. Dalam pantang masuk kelas dan ambil exam. Huh...memang mencabar! Jadi, memang seronok sangat bila konvo. Gambar ini selalu mengingatkan Aku tentang manisnya pengorbanan.

When was the last time you ate pizza?

12 hb Disember yang lalu. Mesti ingat punya sebab Aku la tukang order. Kitaorang stay back sebab ada benda urgent kena buat. Jadi boss suruh order makan. Aku call Domino Pizza minta 2 large pizza - Aloha Chicken & Extravaganza...

The song you listened to?

Currently, it's "Cinta Antara Kita" - Duta feat. Baizura Kahar.

What are you doing right now besides this?

Oh...I'm not that good at multitasking...so, I'm concentrating on this only.

What other names do you prefer besides this?

Ciku Manis and Amy Suraya

Now I would like to tag new victims to do it

1. SirapMadu
2. Ramzan
3. A.Z. Haida

Who is number 1?

My best 'cubicle life' buddy! Also from UUM. Orang Perlis yang sungguh mengkagumkan...mempunyai kemahiran dalam hal gubah-menggubah hantaran. Juga mempunyai taste yang tersendiri dalam pemilihan banyak benda...Mempunyai seleksi perkakasan dapur dan peralatan memasak yang mengkagumkan...adoiiii...adeh!

Say something about number 2

Seorang yang berjaya membina masa depan tersendiri hasil usaha sendiri...seorang yang kuat dan tahu apa yang dia inginkan dalam hidup. Dalam macho-macho tu ada gak kelemahannya...dinding-dinding berlumut adalah musuh utamanya...he..he..he...

What about number 3?

Kami dalam industri yang sama semasa bertemu tetapi dia di pihak penguatkuasa. Lebih mengenali apabila sama-sama menghadiri satu seminar di Chiang Rai, Thailand. Merupakan pemilik blog pertama yang Aku baca. Dan dari situlah terbitnya keinginan untuk membuat blog sendiri walaupun dia sendiri hanya sedar yang Aku juga ada blog hanya baru-baru ini lepas balik dari menamatkan pengajiannya di Jepun.

Bahagian II

Bekas kekasih saya tak pernah saya temui kerana saya tidak pernah berkasih-sayang dengan siapa-siapa sebelum kehadiran suami.

Saya sedang mendengar bunyi handphone USJ berdering nyaring.

Mungkin saya patut pergi dan jenguk boss saya sebab dia dok memerap dalam cubiclenya aje sejak akhir-akhir ini

Saya suka belajar dan tidak akan berhenti belajar cara-cara untuk menjadi manusia yang baik

Sahabat baik saya mestilah seorang yang dapat memahami sikap saya dan tahu bilamana dia perlu menegur atau membiarkan saya saat saya perlu masa bersendirian.

Saya tak faham mengapa orang perlu mereka-reka bermacam-macam alasan untuk menampakkan hanya dia sahaja yang betul sedangkan sekali pandang pun orang dah tahu yang dia itu banyak yang perlu diperbetulkan.

Saya kehilangan kata-kata untuk menasihatkan seseorang yang kerap kali melakukan kesilapan yang sama. Ianya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Ramai yang berkata, saya patut menceburi bidang akademik kerana kesesuaian dengan minat dan watak saya. Ianya adalah impian silam yang seronok untuk diangankan tetapi sukar untuk menjadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Makna nama saya...Bapa saya namanya Che Ani. Justeru, semua anak perempuannya dinamai bermula dengan Ani...kecuali yang bongsu (Siti Hana). Tapi kalau ikutkan nama Ani itu...maksudnya masak ranum atau kesopanan. Ra itu hanyalah tambahan yang tiada makna.

Cinta itu sangat luas dan besar ertinya bagi mereka yang tahu menghargainya.

Disuatu tempat bernama...Taman Astakona...heheh...mulala nak mengarut tu...tak tahulah, tapi saya sangat ingin berada di taman-taman indah yang dihiasi aneka jenis bunga-bungaan sambil duduk cuba mengarang puisi tanpa sebarang gangguan...wahhhh!

Saya akan cuba...menjadi diri saya dalam apa jua yang saya lakukan walaupun saya tidak mendapat kesemua yang saya hajati, saya akan cuba menikmati apa yang saya ada seoptimum mungkin. Insyaallah.

Makna "selamanya" bagi saya adalah sesuatu yang ada sepanjang ingatan dapat mengingatkan dengan jelas termasuklah juga memori-memori pedih yang harus terpaksa dipahatkan selamanya kerana telah menjadi sebahagian pengajaran hidup yang tak terpadamkan.

Handphone saya sekarang adalah merupakan yang ke-5 pernah saya miliki. Yang pertama digantikan kerana mengikut peredaran zaman. Yang kedua berganti tangan. Manakala yang ketiga dan keempat telah saya hilangkan gara-gara cuai. Oleh yang demikian, saya tidak berani menggunakan handphone yang mahal lagi canggih sebab trauma takut hilang lagi.

Saya paling meluat orang yang senang berjanji tetapi tak dapat menepatinya atau dengan kata lainnya tidak berniat menepatinya. Janji ditabur sekadar untuk menyedap rasa orang yang mendengar sahaja.

Bila saya bangun dari tidur saya akan pandang muka suami dan anak-anak yang sedang tidur kerana ia mengingatkan saya pada tanggungjawab yang harus saya pikul bukan untuk hari ini sahaja tetapi sehingga akhir hayat saya.

Party hari jadi yang paling saya ingati ialah pada ketika saya berusia 12 tahun. Emak masak laksa dan panggil kawan-kawan sekampung datang. Saya paling suka dapat hadiah pemadam berbentuk kacang tanah.

Haiwan yang paling cute adalah kucing. Mereka bukan sahaja comel, tetapi memahami dan cerdik.

Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah 17-25 tahun kerana pada masa itu saya hanya perlu memikirkan tentang diri sendiri sahaja. Walaupun kurang matang, tetapi pada masa itu saya tidak begitu teragak-agak ketika membuat keputusan yang berisiko.

Hari ini saya rasa sangat tension kerana tidak dapat memikirkan perkara-perkara tension yang boleh saya catatkan di sini..he..he...he...

Malam ini saya akan cuba menyiapkan kerja-kerja rumah dengan cepat kerana saya belum dapat baca majalah Solusi yang saya beli minggu lepas. Saya harap saya boleh mula membacanya malam ini.

Saya betul2 inginkan menjadi orang yang tak kisah dengan cakap-cakap orang.

Bila tengok muka kat cermin pagi tadi, saya rasa lega sebab jerawat kat dagu tu dah beransur hilang.

Shopping kompleks hanya saya kunjungi kalau betul-betul ada barang nak beli.

Makanan segera biasanya saya beli untuk saat-saat yang saya kesuntukan masa atau tak ada idea memasak.

Ayat2 terakhir pada orang yang tak sudah-sudah buat hal dengan orang, lepas tu sibuk nak suruh orang agree dengan tindakan dia..."Suka hati kau lah labu..."

Nak panjangkan tag ini?
Boleh saja, kalau yang tersebut di bahagian I di atas ada kelapangan menjawabnya.

Membina Pasukan!

Jangan marah aaa dengan direct translation di atas tu...saja jer cari tajuk yang orang payah nak search...kih...kih...kih...

Alhamdulillah, dah selamat pergi dan jugak selamat kembali. Rombongan ala "Cik Kiah" bergerak menggunakan sebuah bas persiaran yang dipandu dengan sungguh cermat dan teliti. Rasa macam Aku nak rampas jer tugas memandu pasal dah lenguh tunggu tak sampai-sampai...heheh! Jom, mari kita sorot apa yang telah terjadi sepanjang aktiviti membina pasukan ini berlangsung 18-20 haribulan yang lepas.

18 Disember 2008

Seperti biasa, Aku bangun awal sebab nak pastikan barang-barang semua dah sedia dan tak ada yang tertinggal. Bukan barang Aku yang Aku risaukan, tapi barang-barang keperluan suami dan anak2 yang ditinggalkan. Nasib baiklah rumah mertua dekat, kat situlah tempat diaorang transit sementara...he..he...he...

Ikut janji, patutnya pukul 7 pagi dah berkumpul kat lobby. Pukul 7.30 bertolak. Aku sampai 5 minit sebelum pukul 7. Bas dah ada menunggu. SirapMadu pun dah ada tercongok kat situ...eceh..ceh...ceh...geng awal tuuuu! Kemudian Kak Lela pulak sampai. Huh...orang-orang Regulatory memang cukup menjaga waktu. Calit sket!!! Tapi sayangnya, kelibat yang lain tiadalah kelihatan. Kitaorang pun naik office dulu, buat apa yang patut pasal boring aahh menunggu kat situ. Makanya tolak pi tolak mai, seperti yang dijangka...hanya pukul 8 barulah bas dapat bergerak. Aku dan SirapMadu pun puaslah berdiskus pasal kepentingan menjaga waktu...sampai keluarlah surah Al-Asr tu...yelah, Aku memang pantang tok nenek Aku menunggu. Kalau ada apa-apa temujanji Aku biasanya akan pastikan sampai awal sebelum waktu (kecuali kalau dah memang ada hal tak boleh elak). Aku tahu seksanya menunggu, dan sebab itu Aku tak suka membuatkan orang menunggu.

Perjalanan lancar, alhamdulillah. Kami singgah bersarapan dekat hentian rehat dan rawat Seremban dalam 30 minit. Lepas tu bas tak singgah mana-mana lagi sampailah tiba Pulai Springs Resort lebih kurang jam 12.45 tengahari. Destinasi kami ini nampak tenang dan mendamaikan, memang hijau la...padang golf la katakan. Rombongan kami ditempatkan di bangunan Cinta Ayu All Suites.



Inilah rupa bangunannya. Selain Cinta Ayu...ada satu lagi bangunan hotel yang dinamakan Anugraha. Ikutkan pengetahuan Aku yang tak berapa mendalam akan hal-hal hiasan ni, rasanya resort ini berkonsepkan Bali.



Sepanjang jalan, terdapat banyak pokok-pokok palma yang ditanam di bahu jalan. Jalan ini menuju ke Golf course, tempat parking, Pulai Pavillion dan banyak lagilah tempat kat dalam tu. Cinta Ayu boleh dikatakan bangunan pertama yang kita akan jumpa sebaik melepasi pintu masuk utama.



Kawasan resort ini sememangnya agak luas dan ianya diberi taraf 5 bintang...hu..hu...kalau tak kerana aktiviti 'membina pasukan' ini, maka rasanya belum tentu terfikir untuk sampai ke sini.



Sebaik sampai kami terus dibawa ke Restoren Cinta Terrace untuk menikmati makan tengahari. Ramai pengunjung yang datang ke sini, mostly Singaporean. Selepas makan dan menunggu diberikan bilik, kami sempatlah bersantai kat tepi Cinta Pool...eh...cantiknya, rasa nak terjun jam-jam tu jugak...hehehhh...



"Ni bila kita nak pi berenang ni?"
"Hang bawak baju ke?"
"Kalau Aku reti berenang...dah lama Aku bawak...keh...keh...(hantu tul!!!)



Apakan daya...hajat di hati nak memeluk gunung, sayangnya tangan tak sampai...hu..hu..hu..



Tapi tak pa...aktiviti bergambar tetap harus diteruskan. Yaaa...dan inilah dia antara barisan pejuang-pejuang Regulatory yang sejati..



Pukul 3 petang, kami semua berkumpul di Cengal Suite untuk acara pembentangan yang agak serius. Sampailah ke pukul 6.30 sebelum dapat masuk bilik dan berehat sebentar. Sebabnya pukul 8 dah kena hadiri acara makan malam pulak. Dinner berkonsepkan makanan cina ni berlangsung di Restoren Qing Palace. Berada di sini mengingatkan Aku kepada Kenyir Lake Resort yang lebih kurang seakan-aakan konsepnya. Elemen kayu bersatu dengan alam...huh...memang mendatangkan impak kesatuan dengan alam yang mempesonakan.

Sebelum makan, kita bergambor dululah. Tidak kelihatan dalam gambar ini ialah ahli meja Abang Zach dan Encik Kamal Legal yang bertugas mengambil gambar dan menghuru-harakan suasana..ha..ha..ha..



Err...ini hidangan ikan kerapu rasanya...



Yang ini ialah seleksi ala dumpling...tapi maaflah, dah hampir licin pinggan barulah Aku teringat nak snap gambor. Tak per, gunakan daya imaginasi jer pun okay, kan?



Yang ini ayam masak madu berlemon kot...pandailah Aku...pada Aku sedap ajer, sebab inilah menu yang Aku paling suka dan boleh makan...ikan dah tolak tepi awal-awal lagi.



Ini udang goreng berempah (tengoklah daun kari tu...), nampak garing dan sedap jer dema makan. Sekali lagi Aku terpaksa tengok jer lah sebab bukan makanan Aku.



Ini pula masakan tofu, cendawan dan sayur-sayuran...



Ada lagilah termasuk shark fin soup (yang Aku tolak mentah-mentah) dan fried rice with chicken floss yang Aku makan 2 mangkuk...kecillll! Ini pencuci mulut, sejenis puding berperasa mango.



Hiasan dalam Restoren ini dan juga persekitarannya memang terasa macam kat dalam Forbidden City jer...



Dah sudah makan balik bilik tidur. Tak jugak. Disebabkan roomate Aku adalah SirapMadu...maka kitaorang sempat lagi berborak-borak entah sampai pukul berapa.

19 Disember 2008

Selepas breakfast kami berkumpul kat depan Spa & Sport Centre untuk acara telematch. Sebelum sampai kat sana, sempat lagi berposing.



Aku masuk Kumpulan 1 yang dinamakan "The Adventurous"...he..he...SirapMadu kumpulan 4. Acara pertama ialah cabaran menyusun belon. Dengan menggunakan 40 biji belon, kami dikehendaki menyusunnya sekreatif mungkin agar ia menjadi paling tinggi dan teguh. Bila siap sebiji bola akan dibaling ke aras base sebanyak 3 kali. Menara yang tak roboh dan paling tinggi dikira sebagai pemenang. Kitaorang ni macam buat 'wedding arch' ajer...pulak tu belon kaler putih suci gitu...Dapat tempat terakhir sebab belon bawah pecah bila kena baling menyebabkan ketinggian menyusut dengan mendadak.



Acara kedua pulak adalah acara mengisi air dalam botol. Kami diberi baldi yang berlubang-lubang. Dengan menggunakan penyedut minuman, kami membina lima saluran untuk mengairkan air masuk ke dalam 5 biji botol secara serentak. Manakala, air diambil dari kolam menggunakan batang PVC yang jugak berlubang-lubang. Kena penuhkan baldi agar air dapat disalurkan ke dalam botol. Mana-mana kumpulan yang terlebih dahulu dapat memenuhkan kelima-lima botol, maka ia dikira sebagai pemenang. Kitaorang dapat tempat kedua acara ini.



Seterusnya adalah acara tutup mata dan beri arahan. Dilakukan berpasangan, seorang ditutp matanya. Seorang lagi perlu memberi arahan kepada si 'buta' itu bagaimana mahu melangkah melepasi tali-tali yang diikat loceng sambil membawa secawan air. Kalau terpijak tali, loceng akan berbunyi dan kena mulakan balik dari tempat terakhir tadi. Bila dah sampai hujung, air tadi kena diisi dalam botol. Kumpulan yang dapat habiskan cepat dan paling banyak airnya dikira menang. Seksa juga rupanya...



Acara terakhir sebelum break untuk lunch dan sembahyang Jumaat adalah acara memindahkan gelas plastik menggunakan tali yang mana hujungnya dipegang oleh 4 orang peserta. Jangan fikir ianya mudah kerana kekuatan perlu seimbang...memang perlukan kerjasama berkumpulan, tak boleh lebih...tak boleh kurang...



Alhamdulillah, kumpulan Aku dapat sudahkan cabaran ini dengan cepat sebab dapat kuasai tekniknya. Ini sebahagian ahli kumpulan yang melepak sementara menunggu kumpulan lain menyelesaikan cabaran itu.



Pukul 3 petang , acara Treasure Hunt pula diadakan. Memang penat jugaklah menyelesaikan soalan berpuluh-puluh lemon itu. Ke sana ke mari berlari mengejar waktu sejam itu. Masa ni kumpulan kami berpecah tiga, Aku sama kumpulan dengan Tuck Wai dan Kak Lela. Yang bestnya, Aku sempat curi-curi masa mengambil gambar lagi.

Ini memang subjek yang dah lama Aku cari. Hari tu dah jumpa kat Allson Klana, tapi tak sempat snap. Tu dia...panjangnya lebih kurang sama ngan panjang rambut Aku.



Ini pun species heliconia yang sama jugak...tapi yang ini masih belum cukup matang lagi.



Yang ini, memang familiar la...tapi Aku tak tahu namanya jugak...namakan saja sempena nama Aku..."Telipuk Strangulus Si Anira"...ha...ha...ha...



Yang ini pulak...sudah jelas lagi nyata adalah species ikan koi Jepun...syok tengok dia berenang-renang. Rasa tenteram jer.



Pada sebelah petang pulak, berlangsung acara paintball...atau lebih tepat lagi 'pain' ball. Sebab kalau kena tembak, memang sakit dan berbekas. Sebulan pun belum tentu hilang. Perlawanan pertama, 5 orang ahli kumpulan termasuk Aku turun. Memang berdebar-debarlah, rasa takut giler...takut kena tembak! Tapi bila dah start menembak tu...mulalah rasa nak 'mengganas' he..he...alhamdulillah, Aku tak kena tembak satu pun...

Lebih kurang beginilah suasananya. Belon-belon udara tu adalah tempat kitaorang berlindung dari tembakan. Objektifnya adalah mendapatkan bendera yang diletakkan ditengah. Kumpulan yang berjaya mendapat bendera itu dikira menang.



Aku terlupa lak nak amik gambor sendiri sebab sibuk tengok orang berlawan dan acap kali berdebar everytime kumpulan dipanggil turun padang. Dapatlah main 3 perlawanan. 2 menang, 1 kalah. Tapi overall, kitaorang dapat tempat ketiga. SirapMadu sempat beraksi. Kesian, member kena tembak kat lengan...



Selesai acara, kami berhimpun sekejap kat padang untuk acara penyampaian hadiah. Asyik jadi orang "ketiga" aje nih...he..he...yelah, acara telematch pun kami tempat ketiga. Paintball pun tempat ketiga gak...bak kata Iwan dangdut tu..."yang sedang-sedang aje...". Anyway, seronok dan enjoy sangat. Dan lagi cantik giler bakul hadiah kitaorang. Hadiah pun gempak walaupun nombor 3 ajer...sukanya! Tapi tak sempat nak bergambar ngan hadiah sebab masa tu SirapMadu baru tersedar yang kamera dia tercicir. Jadi Aku temankan dia berlari ke Sport Centre untuk trace balik kat mana kemungkinan tercicir. Nasib baik ada pekerja yang jumpa, jadi kami dapat ambil dari kaunter Sport Centre. Syukur, alhamdulillah. Kalau tak ,tak dapatlah nak enjoy lebih-lebih sebab roomate tengah sedih...

Kami cuma ada masa sejam untuk bersiap-siap bagi menghadiri BBQ dan acara karaoke pada sebelah malamnya. Memang Amazing Race jugaklah...nak-nak yang jenis nak kena guna hair dryer dulu tu...he..he...he...wa sempoi ajer, touch up sikit-sikit ja...taraaaaa....



Berkonsepkan flora dan fauna, makan malam ni memang berlangsung dalam suasana santai dan meriah. Diselang-seli dengan acara "mensumbangkan lagu" dan cabutan bertuah. Kat meja Aku, ada 2 orang penyanyi la...Abang Zack yang sungguh sporting menyanyikan lagu "Suci Dalam Debu" dan Encik Kamal Legal yang katanya menyambut cabaran Aku...dia menyanyi lagu "When You Say Nothing At All"...perghhh...Dan Aku pulak...ha...ha...orang suruh, tapi tetap tak pergi jugak. Actually, masa ambil kopi tu Aku singgah gak ler tengok CD karaoke diaorang kalau-kalau ada yang berkenan. Tapi, tak adalah lagu-lagu yang Aku hendak...tak kuasalah nak nyanyi Ziana Zain nyer lagu pasal Aku tak pandai nak angkat-angkat kening..hu..ha..ha...alasannn!!! Abang Zack ajak duet lagu Deddy Dores/Mayang Sari...tapi tu pun tak ada juga...selamatttt!!!

Ni bunga yang menghiasi meja makan kami.



Ni pulak antara "bunga-bunga" yang menghiasi malam ini...ha..ha..ha..Kak Nor menang dress terbaik kategori wanita.



Dalam acara cabutan bertuah itu, Aku telah berjaya mendapat voucher penginapan 2 hari 1 malam beserta voucher makanan bernilai RM200 di Pulai Springs Resort. Valid sehingga 18 June 2009. Yahooo...boleh datang lagi....!

Aku ngan roomate Aku tunggu sampai habis cabutan bertuah ajer. Masa tu dah pukul 11 lebih. So, kami minta dirilah. Dengar cerita kawan-kawan yang lain bernyanyi sakan sampai pukul 12 lebih. Anyway, kami yang balik awal ni pun tak lah terus tidur. Berborak sakan...nak dekat jam 2 baru tidur.

20 Disember 2008

Inilah hari yang ditunggu-tunggu. Hari balik. Tak ada acara hari ini. Cuma turun breakfast jam 8 pagi. Lambat sikit sebab mengemas siap. Lepas makan kami pergi jalan pusing-pusing menikmati keindahan alam kat Pulai Springs ini. Memang cantik padang golfnya.



Saja jer ambil dari celah-celah pokok begini...



Penggemar sukan golf mesti suka menghabiskan masa kat sini. Langsung tak ada gangguan.



Laluan untuk buggy. Kalau ada basikal kan best! (Alamak! Baru teringat dah berzaman tak naik basikal...reti lagi ke???)



Replika padang golf pun ada juga.



Tak dapat 'bapak'nya, 'anak'nya pun jadilah! Sesi fotografi tetap harus diteruskan...ha..ha...ha...



Aku yang telah menjadi sebahagian daripada padang golf...errrr.....



Yang ini adalah sebahagian daripada Dewan yang berhampiran dengan Hotel Anugraha. Cantiklah bangunan kayu ini.



Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semuanya berlangsung dengan baik. Kami selamat sampai di Kuala Lumpur jam 6.00 petang setelah memulakan perjalanan sekitar jam 2. Cuma berhenti sekali jer berehat kat Hentian R&R Machap.

Jumpa lagi Pulai Springs...insyaallah, kalau ada rezeki dan keizinanNya.