Tuesday, April 21, 2015

Gudang

Ingatkan duduk pejabat tak pergi mana-mana boleh jimat duit.
Sekali, kita tak keluar...depa pulak yang mai sampai depan pintu ni...haiyoo...


Pandai diaorang ni kan...macam tahu-tahu saja gaji dapat minggu ni.

Apa lagi...moh ke gudang le...

Thursday, April 16, 2015

Inspirasi

Saya suka pendekatan yang digunakan oleh Ustaz yang mengajar Kelas Hikam kami apabila memperkatakan tentang sesuatu perkara. Dia akan memberi nilai dan ukuran kepada perkara tersebut. Misalnya, apabila kita kata kita takut kepada sesuatu. Bagaimana hendak mengatasi masalah takut itu?

Begini cara beliau :

Apa yang dimaksudkan dengan takut? Jangan jawab, tak berani itu takut atau berani itu tak takut. Tak ke mana...Apakah definisi takut yang semua orang boleh terima? Takut ialah kerisauan melampau terhadap sesuatu perkara yang kita tak suka yang belum terjadi. Jadi, ada tiga ciri iaitu kerisauan melampau, perkara yang kita tak suka dan ia belum berlaku.

Katakan, saya takut 'hantu'. Maka, untuk atasi ketakutan itu, saya perlu membuat beberapa kebarangkalian yang boleh terjadi :

Kebarangkalian #1 : Hantu itu gigit saya dan saya mati
Kebarangkalian #2 : Hantu itu gigit saya dan saya pulak yang jadi hantu
Kebarangkalian #3 : Hantu jumpa saya, saya buat sesuatu, hantu tak sempat apa2kan saya
Kebarangkalian #4 : Saya tangkap hantu itu

Bila kita lihat kepada kebarangkalian yang ada, ternyata kita masih ada peluang untuk mengatasi hantu. Jadi, tak perlulah kita takut kepada hantu.

(masa ini rasa nak toleh belakang tengok reaksi Sirapmadu & Rosebud)

Oh ya, Ustaz kata 'takut' itu ada dua jenis. Satu, takut yang tidak ada pilihan. Contohnya mati. Kita takut menghadapi kematian. Tetapi adakah kita punya pilihan untuk mengelaknya? Sudah tentu tidak. Takut atau tak, mahu atau tak mahu, tetap kita kena menghadapinya. Justeru, cara untuk menghadapi ketakutan ini ialah membuat persiapan. Bersiap-sedia untuk menyambut kedatangan maut.

Takut yang kedua ialah takut yang ada pilihan. Maksudnya, kita masih ada ruang untuk memilih dan mengelakkannya. Contohnya, kita takut kalau masuk neraka.Tetapi adakah kita pilihan untuk tak masuk neraka? Ya, ada. Bagaimana? Ustaz kata, caranya ialah dengan menyenaraikan apakah sebab-sebab yang membolehkan kita masuk neraka. Kenalpasti setiap satunya dan pastikan kita tak amalkan perbuatan tersebut...insyaAllah, boleh elak masuk neraka (dengan petunjuk dan rahmat Allah tentunya). Ia juga sama kalau kita buat senarai perkara-perkara yang kita boleh lakukan demi melayakkan diri masuk syurga lalu kita beramal dengan perkara-perkara tersebut. Nah, kalau itu sudah kita lakukan, maka dapatlah kita mengatasi rasa ketakutan itu. Tapi janganlah perasan dan over-confident pulak ya.

Apapun, sebagai manusia biasa...graf iman kita selalunya turun-naik, turun-naik. Tak ada yang naik terus-terusan...dan kita tak mahu pula berada pada keadaan jatuh dan jatuh dan semakin jatuh...nauzubillah. Semoga kita sentiasa berwaspada dalam semua keadaan baik susah mahupun senang. Ingat selalu yang selagi kita masih bernyawa, kita berada dalam 'mode' ujian, maka, bersedialah untuk diuji. Jangan pinta diringan atau dimudahkan ujian tetapi mintalah agar kita diuji sesuai dengan kemampuan kita.


Wednesday, April 15, 2015

Telahan

Yes...! Yes...!Yes...!!! Suka bebenor ye kamu Telipuk bila dapat masuk basement parking dan dapat lot sama...hihi...ye...suke bangettt!!!

Apa tidaknya, tadi keluar pun agak terlewat. Salah perkiraan lagi bila memilih Sentul Link. Ingatkan nak ke kiri je masuk Jalan Sentul balik sebab tak berani masuk ikut Mahameru....ye lah, Sentul Link kan direct sambung dengan Mahameru. Bukan apa, takut sangkut dekat bahagian yang ada lencongan baru tu...haaaa...kang lambat tak merasa parking percuma. Nak bayar RM25 sehari rasa macam melampau la pulak. Tu la...orang suruh naik lrt, tak mo...

Bila dah salah tu, Telipuk tenang saja....yelah, kalau nak panik-panik ni bukan stail Telipuk...itu stail Bonda Temah dan Mak Bedah bolehlah. Telipuk tawakal jer la...pandu terus ikut Mahameru sambil baca "rabbi yassir". Memanglah dekat lencongan tu ada queue, tapi bergerak. Itu yang pentingnya. Kereta slow sebab nak suaikan dengan garisan jalan yang diubah tu. Telipuk sengaja mengambil lorong kanan sebab yang lorong kiri tu lebih perlahan sebab banyak kenderaan yang kononnya nak cepat tu cuba mencelah masuk daripada lorong tepi sekali. Sampai kat Jalan Pantai Baru, sekali lagi Telipuk tersilap, patut masuk je first left exit...tapi since Telipuk dah di lorong tengah, motor pula mencanak-canak lalu, tak sempat la nak tukar arah....jadi, terus sajalah lalu ikut jalan biasa yang bermakna jumpa basement parking -2 & -1 dulu. Yang pelik tu...kedua-duanya masih ada kosong...perghhh...bior bebenor ni...Hati terus rasa yakin yang -4 masih kosong juga lalu Telipuk buat tak heran dengan tempat-tempat kosong tu...(kalau -4 penuh, memang kaw-kaw la padan muka).

Alhamdulillah, -4 masih ada kekosongan. Sesekali hati berbisik nakal nak try keluar lebih lambat. Tapi naluri selalu berpesan, "jangan suka sangat...beringat sebelum kena"...terus tak jadi. Dah nak masuk 2 minggu ni...paling lambat pun 7.15 lah Telipuk keluar dari rumah. Masalahnya sekarang bukanlah perjalanan nak sampai ke opis tu...yang semakin melambatkan Telipuk ialah jalan nak keluar dari rumah ke Sentul Link/Jalan Sentul/Jalan Pahang...(payah jugak kalau ada banyak choice ni). Kadang-kadang, nak buat u-turn melepasi kawasan sekolah tu pun dah lebih 5 minit...itu belum lagi sampai ke simpang kat Masjid dan simpang jalan Sentul.

Hish...makin ramai penduduk BBS ni...itu belum kira Rafflesia yang dalam pembinaan tu...20 lebih tingkat tu...2 blok pulak tu...Belum campur projek Prima1 yang tapaknya sudah ditandakan betul-betul depan Masjid...pun 20 lebih tingkat. Memang tak de can la Telipuk nak ke UTC bawak kereta...sekarang ini pun Telipuk jalan kaki saja sebab dah tak tahu nak pusing mana nak letak kereta.

Sabo jer la.

Monday, April 13, 2015

Alternatif

Minggu kedua tanpa program Bumiku, saya masih cuba untuk keluar sedikit awal walaupun berdasarkan pengalaman minggu lepas, saya masih berhasil untuk berada dalam kategori First Come First Serve. Takut terkena penyakit 'mengambil mudah akan sesuatu perkara' . Lebih baik mengambil sikap berjaga-jaga sentiasa sebab 'langit tidak selalunya cerah'...kan...kan...kan...???

Memandangkan Lebuhraya Mahameru sekarang ini ada gangguan, ada dibuat lencongan di sekitar kawasan berhampiran susur ke Duta, maka saya tidak berani mengambil risiko melalui jalan tersebut hari ini. Malahan minggu lepas semasa perjalanan balik pun saya mengelak masuk ke Mahameru setelah melihat deretan kereta yang tak bergerak bermula simpang ke Brickfields lagi...makanya, saya meneruskan perjalanan melalui Jalan Kinabalu dan kemudiannya Jalan Kuching sebelum masuk ke Jalan Tun Razak dan seterusnya Jalan Sentul.

Jadi pagi ini saya menguatkan hasrat hendak menggunakan laluan pusat Bandaraya walaupun tahu ada banyak persimpangan lampu isyarat di situ semata-mata kerana hendak mengelakkan melalui Lebuhraya Mahameru. All in, dari mula keluar pagar rumah....sampai masuk basement bangunan pejabat...ada dalam 11 persimpangan lampu isyarat yang perlu saya tempuhi. Separuh daripadanya berkeadaan hijau ketika saya lalu dengan berhenti paling lama di persimpangan jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail. Hanya satu simpang sahaja yang dikawal oleh polis iaitu di persimpangan Jalan Raja dan Dataran Merdeka, itupun mujurlah cepat. Kesudahannya saya berhasil masuk parking FCFS di aras-1 dengan jayanya walaupun sedikit terkial-kial sebab lot yang tinggal itu agak susah...ada sebuah kereta Alphard hitam di sebelah kiri yang diparkir hampir memakan garisan kotak yang masih kosong. Di sebelah kanan pulak adalah tiang yang selebar sebelah pintu kereta saya, silap haribulan nak keluar kena kempiskan perut dengan bersungguh-sungguh...hahaha. Kat depan pulak atas sebuah kereta Harrier putih sudah pun melintang memenuhi kotak parkir yang diletak selari dengan kotak-kotak lain yang sudah ditanda 'reserved'. Mujurlah saya sudah agak 'otai' berbanding zaman memandu ksatria hitam saya...ehehehe...

Sehingga sekarang saya masih bersikap tunggu dan lihat walaupun pernah berazam hendak menggunakan pengangkutan lrt sepenuhnya. Mungkin sebab pelaksanaan inisiatif parkir terbaru ini tidaklah mendatangkan kesan kemudaratan sebagaimana yang dihebohkan dulu. Malahan saya dapati ianya agak baik berbanding dulu. Jadi, tak apalah...biarlah saya memandu dulu. Lagipun kesian ksatria putih saya yang terpaksa berpanas kalau saya tak bawa dia ke pejabat. Sekurang-kurangnya boleh juga dia 'melepak' dengan gembiranya di parkir berbumbung. Nanti bulan Ramadhan lah saya naik lrt.

Friday, April 10, 2015

The Straight Path

السلام_عليكم

Here is the Summary of The Straight Path To Jannah Convention 2015; 28-29 March 2015 which I got from friends who attended this event. 



*Please take note that all actions and qualities mentioned in the notes below are based on lillahita’ala. Also just as a reminder that we always need to rectify and reposition all of our intentions for the Sake of Allah*

1) THE STRAIGHT PATH TO JANNAH (by Mufti Ismail Menk)

What is the Straight Path?

We always make du’a to Allah to show us the right path in our prayers in the recital of Surah Al-Fatihah (Ihdinassirotal mustaqim). The Straight Path is following Allah and the way of His Messenger; Al-Quran & Sunnah. It is straight and clear. One has to read the Al-Quran to understand and know what the Straight Path is. No one should be embarrassed or shy to learn things on the Straight Path. Our relationship with Allah is based on His Mercy. Improve our relationship with Allah by respecting and treating right to His Creations.

Prophete Muhammad SAW is always calling us to be on this path to our destination Jannah. However on this path there are walls on our left and right with doors of sinning covered behind the deception of beautiful curtains of temptations (the whispers of shayateen). Therefore we have to be careful of Shayatins that will ambush Believers on the straight path as they know this Path very well [Al-A’raf ; 16].

Always remember to be focused to stay on The Straight Path. It is easier to stay on the path when you are calling others to stay on the path, as you are not alone and you will remember that you are the one who is calling in any case you are about to astray. Part and parcel of being on The Straight Path is to believe in the Herafter [Al-Muminoon ; 74] and to always take accountabilities for your actions.

2) ROADBLOCKS TO JANNAH (by Sheik Saeed Rageah)

7 keys that will dither us to Jannah

1.  COMPANIONSHIPS
 
The biggest roadblock is bad companionships. It is important to be around companionship  that calls you towards Allah, not towards temptations or those that prefer Dunya over Akhirah.

2.   WOMEN
Men should beware of the “female of iblis” (opposite of righteous women) those who bring temptations and cause men to astray from the Deen.

3.   DUNYA
The love of Dunya over Akhirah;  to prioritize worldly matters over Deen.

4. BEING SO MUCH INVOLVED IN YOUR ONESELF
Respecting Allah is to respect Allah’s Creations and treat them well.

5. CHILDREN
Righteous children who have been thought the Straight path can benefit parents in Hereafter as they are one of the 3 things that will continue to benefit parents after their death.

6.   PARENTS
Treating your parents well will be your ticket to one of the 8 gates of Paradise.

7.   SPOUSE
A wife should obey her (righteous) husband and the best of husbands are those who treat their wives well and fulfil their responsibilities as a husband.


3) THE CROSSROADS: CULTURE OR RELIGION? (by Sheikh Abduraheem Green)

Muslims characteristics are:
  - Deep thinkers
  - Thoughtfulness
  - Self-awareness
  - Self-reflective

A Muslims should always be intellectually and emotionally intelligent.  The intention (niat) is what makes the action different. Always Lillahita’ala. The Sahabas and Tabiins were NEVER TAKEN IN BY THE SWEETNESS & POWER OF ANYONE’S SPEECH. This tells us to always think & analyse in any given situation.

Islam is a holistic living and a state of being; everything that we do should revolve around ISLAM and its teaching. Islam should not be treated as a separate entity. Muslims should not allow global culture to take precedence over our Deen. Cultural globalization here refers to the transmission of values around the world that is easily being extended, intensified and accessed by the media culture and international travel. Our Deen should always be our roots. The Believers always repent; it is about their connection with Allah.

4) BUILDING BLOCKS FOR JANNAH (by Mufti Menk Ismail)

The road to Jannah requires dedication. Allah is always looking for excuses to give us Paradise (in each deed that we do). The 2 deeds of people of Jannah are to have the consciousness of Allah (fulfil his obligtories) and to have good characters (treatment to humanity).

There are 16 “Fast Track Winning Tickets” deeds to Jannah (validating condition is to be a Believing Muslim & always Striving for the Sake of Allah):

1. SEEKING KNOWLEDGE
The Messenger of Allah (ﷺ) said, "Allah makes the way to Jannah easy for him who treads   the path in search of knowledge.

2. TO BE KIND TO YOUR PARENTS & TO SERVE YOUR MOTHER

3. CONTRIBUTE TO THE BUILDING OF ALLAH’S BUILDING (MASJEED) even for a brick.

4. THE RIGHT USAGE OF 2 ORGANS; to not speak in vain and to not commit adultery.

5. GOING TO THE MASJEED IN MORNING & EVENING

6. PERFORMING UMRAH (OFTEN) & HAJJ
Allah will forgive the sins in between Umrah and those whose Hajj have been accepted are guaranteed Jannah.

7. FORGIVE SOMEONE who has fully wronged you.

8. VISITING SOMEONE WHO IS SICK for Allah is very close to those are sick.

9. GREETING ASSALAMUALAIKUM TO SOMEONE .
Spreading Salaam & Peace is not merely a lip service but also includes speaking good of  that person/not backbiting & to forgive that person.

10. FEEDING OTHERS; feeding the poor or your family and friends with food. This also means to not waste food.

11. MAINTAIN YOUR FAMILY RELATIONS
Relationships are not supposed to be “tit for tat” kind of relationships but it is about extending one’s way to build or rebuild relationships.

12. FULFILLING IN THE MIDDLE OF THE NIGHT WHEN EVERYBODY IS ASLEEP
The best charity and amal is kept secret between you Allah (unless telling it to someone will inspire the other person to do good deeds).

13. PROSTRATING (TO ALLAH) A LOT

14. SEEKING FORGIVENESS FROM ALLAH
Make haste towards the forgiveness of Allah [Aal-i-Imraan ; 133]. Those who have oppressed themselves and engaged in immorality then they seek repentance when they regret and do not continue the bad way, still has hope for Jannah [Aal-i-Imraan ; 135].

15. WHOEVER WHO DOES GOOD DEEDS as long as they are believers  Jannah is brought close to Muttaqins (those who are conscious of Allah); those who   constantly return & pulling back to Allah and those who always protect themselves from Allah even when no one is watching them.

16. WHOEVER HAS HIS HEART SOFTENED FOR ALLAH AND A HEART THAT RETURNS TO ALLAH.

5) STEADFAST ON THE RIGHT PATH (requires the quality of Sabr) (by Sheikh Dr Muhammad Salah)

Imaan is the greatest gift from Alllah and should not be taken for granted as it can be taken away. Imaan increases and decreases according to deeds and sins.The Messenger of Allah (ﷺ) said, “The heart of the son of Adam changes more quickly than a pan of rapidly boiling water” (Unless it is being maintained with our Deen and Deeds for the Sake of Allah).

Ways to stay steadfast of the right path:

1. RECITING AL-QURAN
Al-Quran heals, it is a miracle beyond our humanly grasp of understanding. It softens the heart and relieves worries.

2. DOING GOOD DEEDS
-voluntarily act of worship (each act will bring one closer to Allah and 70 years away from  Jahannam).
- Regular performing of 12 rakaat of Nafl Prayers before and after obligatory prayers will guarantee Jannah.

3. THE REMEMBRANCE OF ALLAH (Dzikrullah)
- To always keep your tounge moist with the remembrance of Allah (adhkar and tasbeeh).
- Du’a and invocations is the fortress of the Muslims. Always seeking protection from Allah.
- Attending circle of Knowledge (Halaqah)

4. THE PEER (company)
Having righteous company as “A man will follow the religion of his companion” and “There is   nothing that corrupts a person or rectifies him more than his companions”. Love for the Sake of Allah.
 
5. MAKE DU’A
“Whoever makes a sin then take wudhu’ then pray 2 rakaat of repentance with full khusyu,  the sin will be as if it had never happened.”

6. DA’WAH
No one is exempted from calling others to Allah. It is obligatory for those who follow The Messenger of Allah (ﷺ).


May this knowledge benefit us all. 
آمين يا رب العالمين


Thursday, April 09, 2015

Sunnah Gerhana

Walaupun telah berlalu, namun suka saya hendak kongsikan di sini tatacara Solat Gerhana sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W untuk rujukan di masa hadapan. Mudah-mudahan bermanfaat.

#################################################

1) Ia dua rakaat
2) Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
3) Melakukan ruku’ yang panjang
4) Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
5) Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
6) Melakukan sujud yang panjang
7) Duduk antara dua sujud
8) Sujud dengan sujud yang panjang
9) Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
10) Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
11) Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

Sunnah lain ketika gerhana:

1) Sedekah
2) Berdoa
3) Takbir (Allahuakbar)
4) Mengingati kebesaran dan takut azab Allah

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku' dan memanjang ruku'nya.

ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku' dan memanjangkan ruku'nya tetapi lebih pendek daripada ruku' yang pertama.

ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا .
Apabila kalian melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah solat, dan bersedekahlah.

ثُمَّ قَالَ : يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ، وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا
Kemudian baginda berkata: Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Tiada yang lebih cemburu daripada Allah apabila ada hambanya lelaki atau perempuan yang berzina. Wahai umat Muhammad. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, kalian akan sedikit ketawa dan banyak menangis.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1044]

Kefahaman karut-

عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ،
Al-Mughirah bin Syu'bah radiallahu 'anhu berkata: Matahari telah gerhana di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pada hari meninggalnya Ibrahim (anak lelaki baginda)

فَقَالَ النَّاسُ كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ.
Orang ramai berkata: Gerhana matahari berlaku kerana kematian Ibrahim.

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kalian melihatnya, solatlah dan berdoalah kepada Allah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1043]

Gerhana adalah amaran Allah-

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Abu Bakrah radiallahu 'anhu berkata: Rasululla sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، وَلَكِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian seseorang. Tetapi Allah mahu menimbulkan rasa takut pada hamba-hambaNya.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Kusuf, hadis no: 1048]

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

Wednesday, April 08, 2015

Jalan Yang Lurus

Nama saja cuti...tapi bila cuti, lagi banyak kerja nak buat kat rumah. Biasalah...dah namapun orang rumah kannn...Tengahari tadi tak dapatlah saya join kawan-kawan mengikuti pengajian hadis. Apapun ada yang rajin sudah hantar ke Group WA isi kandungan penting kelas tadi. Alhamdulillah. Saya sendiri tadi mengisi masa dengan mengikuti pengajian melalui saluran 113 Al-Hikmah di HyypTv. Macamana nak dapatkan HyppTv? Senang je...berlangganlah UniFi...semestinya dari TM!


Sekarang zaman canggih, pengajian ada di mana-mana. Tinggal hendak atau tak hendak sahaja. Sebab itu berat kita nak jawab depan Allah kalau Allah tanya mengapa kita tak buat suruhan Dia. Nak kata jahil ke? Atau nak kata belum dapat seru? Semua sudah ada keliling kita. Tak boleh sewenangnya nak beri alasan sedangkan kita miliki segala means...ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada akal untuk berfikir...kalau kita tak gunakan nikmat yang Allah beri ini maka teruk sangatlah kita ni...dah boleh jatuh kufur nikmat kerana tidak menggunakan pemberian Allah untuk jalan yang boleh mendekatkan kita kepadaNya.

Yang tadi tu ialah rancangan Tafsir Al-Quran oleh Dr Abdullah Yassin. Hari ini tafsir ayat 144 - 147 Surah Al-Baqarah berkenaan perintah perubahan arah kiblat dari Baitulmaqdis di Palestin ke Masjidil Haram (kaabah) di Mekah. Perubahan ini telah dijadikan isu oleh puak Yahudi yang mempersoalkan pertukaran tersebut. Allah menempelak mereka kerana mereka tahu kebenaran arahan tersebut dari Allah namun sengaja menyembunyikan kebenaran tersebut.

Ketika Nabi  محمد (S.A.W) diangkat menjadi Rasul, orang-orang kafir terbahagi kepada dua iaitu :
1. Penyembah berhala iaitu kaum musyrikin
2. Penerima Kitab iaitu Ahlul Kitab (yahudi/nasrani)

Orang musyrikin mereka tak tahu apa-apa tentang kedatangan Nabi terakhir tetapi Ahlul Kitab merupakan golongan yang paling menanti-nantikan kemunculan Nabi kerana hal ini telahpun dijelaskan dalam kedua-dua kitab Taurat dan Injil. Namun apabila Nabi terakhir dibangkitkan dari kalangan bangsa Arab mereka telah menolaknya. Bukanlah mereka menolaknya kerana jahil, tetapi mereka menolaknya kerana degil dan dengki.

Ulama menghuraikan orang yang dimurkai Allah di dalam surah Al- Fatihah sebagai orang Yahudi. Allah murkai disebabkan jelas sikap mereka yang degil. Mereka tahu dan ada ilmu tetapi mereka enggan patuh. Manakala orang yang berada di jalan yang sesat pula adalah orang Nasrani. Apa ciri orang yang sesat? Mereka beramal dengan amalan yang mereka tidak punya ilmu tentangnya. Mereka diberitahu yang Tuhan itu ada 3. Dan mereka dilarang mempersoalkannya. Justeru, mereka ikut-ikutan sahaja tanpa banyak kerenah. Maka,menjadilah mereka orang yang sesat kerana beramal tanpa ilmu.

Untuk kita apa? Jadilah sebagaimana yang selalu kita minta dalam solat kita, iaitu kita minta ditunjuki jalan yang lurus. Kita dengar dan kita patuh. Jangan jadi macam Yahudi, yang dengar tapi tolak atau Nasrani yang tak tahu pun apa yang mereka perbuat. Golongan yang berada di atas jalan yang lurus adalah mereka yang sentiasa berusaha menambah ilmu sebanyak mana yang boleh dia perolehi dan ia cuba mengamalkan sedaya upayanya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kelompok ini, in sha Allah.

Monday, April 06, 2015

Insaf

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia akan pasti padam sendiri

Pagi ini, kita boleh sahaja tersenyum dan gembira memulakan hari sepertimana selalunya. Kita mungkin berada di majlis yang indah dikelilingi handai dan taulan. Bergambar dan berselfie ceria. Makan dan bertukar cerita. Segala-galanya berjalan seperti biasa. Tiada yang aneh tentangnya.

Namun begitulah peraturan Illahi. Yang seringkali tidak kita jangka walaupun hampir pasti kita tahu tentang hakikatnya. Semua yang mengenali kita bungkam, diam membisu seribu bahasa seakan tidak percaya menerima perkhabaran bahawa kita yang tadinya bertepuk tampar, bergurau senda dengan mereka kini sudah tiada lagi di petang harinya. Kita pergi menyahut panggilan Ilahi, pulang ke sisiNya sebagai hamba yang tidak punya sebarang keupayaan untuk menghalang meskipun seisi dunia masih menagihkan bakti dan jasa kita kepada masyarakat. Siapalah kita untuk menangguhkan walau sesaatpun kematian yang mendatang. Mati itu pasti.

Mengambil iktibar atas peristiwa yang terjadi di sekeliling kita, sewajarnya kita semakin jelas akan tempoh masa yang kita miliki untuk kehidupan di dunia ini dan apa yang patut kita lakukan. Bersyukurlah kita masih punya waktu untuk menebus kesilapan dan bertaubat di atas sekian banyaknya dosa yang kita lakukan. Berusahalah untuk merangka strategi terbaik yang akan memastikan kita selamat pulang nanti. Di sini, kita masih ada ruang dan peluang untuk merancang. Rancanglah dengan sebaik-baiknya. Nanti, bila sampai waktu kita pulang, janganlah baru berasa sesal dengan kesempatan yang tidak dimanfaatkan. Sebagaimana tajuk yang disyarakkan oleh Mufti Menk di TMCC bulan lepas, "And You Shall Be Asked". 

Atas setiap sesuatu nikmat yang Allah kurniakan, kita pasti ditanya tentangnya...
- Waktu muda kita, untuk perkara apakah telah kita habiskan?
- Waktu sihat kita, pada jalan apakah telah kita manfaatkan?
- Waktu lapang kita, ke manakah telah kita luangkan?
- Waktu kaya kita, ke manakah telah kita belanjakan?
- Waktu nyawa masih di badan, apakah telah kita persiapkan untuk mendatangi kematian?

Mata kita - Apa yang kita lihat?
Tangan kita - Apakah kita gunakan untuk menyakiti orang?
Telinga kita - Apakah kebaikan yang kita dengar?
Lidah kita - Apakah telah kita gunakan untuk berbicara tentang yang baik-baik?
Kaki kita - Adakah ia kita gunakan untuk berjalan ke tempat yang baik?

Dan banyak lagi pertanyaan yang perlu kita jawab. 

Persoalannya...mampukah kita menjawabnya? Dengan skema jawapan yang betul yang ada markah?
Yang boleh menyampaikan kita ke jannah.

Fikir-fikirkanlah.

ACFC

Akhirnya, setelah puas menunggu selama lebih dua tahun, bangunan di pinggir jalan Pantai Baharu berhampiran Balai Bomba kini dibuka kepada pengunjungnya. Kami mengenalinya sebagai Ali's Corner. Sebuah restoran kegemaran ramai staf TM, TNB, Syabas dan ramai lagi yang bekerja berhampiran.


Hemmm....kerusi meja baru. Bersih berkilat-kilat. Bagusss!!! Dalamannya nampak luas dan lapang walaupun kedudukannya yang hanya melukut di tepian Jalan Pantai Baharu ini...hakikat yang ia boleh hidup sampai sekarang itu memang amazing jugalah. Maklumlah pernah kena sita dengan DBKL. Apapun kewujudan tempat makan ini memberikan kami alternatif baru selain kedai Pak Ya.


Pesanan Telipuk sempoi aje. Kueyteow tom yam yang sedap. Di minum bersama jus limau kasturi sebagai penghilang dahaga. Asalnya Telipuk mintak K-Lime. Sejurus kemudian, pelayan yang mengambil pesanan Telipuk datang memaklumkan bahawa K-Lime belum ada . Telipuk pun beralih kepada jus roselle. Belum apa-apa pelayan tu datang lagi bagitau jus roselle tak ada. Apaaa??? Ok...ok...sabooo...banyak pilihan lagi Telipuk. Kat dalam hati (kalau tak jual, jangan tulis dalam menu la bro). Telipuk pun pilih yang paling mudah dan rasanya ada dijual iaitu jus limau kasturi. Baru nak buka cerita gossip panas mutakhir ini, adik pelayan datang lagi...masa tu kawan-kawan Telipuk dah pakat gelak. Stress! Stress! Tak ada juga ke? Adik tu tanya, "Akak nak letak asam boi jugak ke?". Aku : (Tercengang-cengang) Asam boi??? Adik pelayan : "Yelah, air limau kasturi kan dah masam...takut kalau akak nak asam boi...nanti tak boleh minum sebab masam sangat" katanya . Sangatlah tidak relevan perbualan ini sebab apa kena mengenanya jus limau kasturi dengan asam boi...ada option letak asam boi ke? Dan...bila masa le Telipuk sebut asam boi. Untuk pastikan tiada kesilapan berlaku, Telipuk terima sahajalah saranan dia...ok...jangan letak asam boi. Masa air tu sampai, siap berdebar rasa....hihihi...sib baik betul airnya...buatnya dia bagi air mata kucing ke pulak...haru!!!


Kawan Telipuk minta nasi putih yang dimakan dengan ayam goreng kunyit dan tom yam campur. Huuu...menyelerakan jugak ni. Digandingkan dengan teh o ais limau...sedap...sedap.


Kawan sorang lagi pulak mintak mee bandung dan epal asam boi. Hah...ni mesti gara-gara order air inilah kot pelayan tu tak pasal-pasal confuse dengan air minuman yang Telipuk nak...hahaha...asam boi oh asam boi. Next visit Telipuk pun nak order inilah. Telipuk memang suka mee berkuah macam ini.


Yang tudung purple tu lupa bawak gunting la pulak....habis tak dapatlah kami buat acara potong reben merasmikan kedai ini...hahahah....mahunya tak, AC tutup bermula dia masuk kerjalah...terus tak buka-buka sampai sekarang. Itu yang seronok mengusik sebab member tak sabar nak merasa makan kat AC. Okeh...lain kali boleh pi lagi.

Thursday, April 02, 2015

Lubang

Masalah jalan berlubang bukanlah perkara baru di negara kita. Kalau yang berlubang tu jalan tanah merah atau jalan laluan 4X4 tu kita faham, tapi jalanraya di bandar-bandar termasuk ibukota, tu yang kita musykil. Perkara ini telah saban kali diperkatakan dan menjadi antara rungutan popular warga kota Kuala Lumpur selain masalah kesesakan lalulintas dan banjir kilat.


Mungkin pada sesetengah pihak perkara ini remeh. Namun, kalau nak tunggu berlaku kemalangan baru sibuk nak buka mata kita tak akan sampai ke mana. Rasa cemuih juga dengan pendekatan reaktif sebegini. Bila orang komplen baru nak baiki...kalau tak komplen, semua buat dunno saja.


Kita memerlukan penyelesaian yang konkrit untuk jangka masa panjang. Kalau ikut resam sekarang, untuk kes jalan berlubang ni...selalunya ia memerlukan kerja-kerja menampal yang berulang kali. Hari ini tampal, esok mendap dan berlubang balik. Kalau tak berlubang dek bebanan kenderaan yang bertali arus dan faktor tampalan yang tidak berkualiti, jalan boleh saja berlubang disebabkan kerja-kerja bawah tanah (pemasangan utiliti).



Mungkin kita boleh tengok praktis di negara-negara lain dalam mencari penyelesaian masalah jalan berlubang. Perkara ini pernah menjadi topik yang diketengahkan dalam rancangan Al-Khawater di TV Al-Hijrah (juga saluran 114 di HyppTV). Rupa-rupanya masalah jalan berlubang ini bukan sahaja kena kat kita...kat negara-negara lain juga ada. Yang berbeza cuma cara mereka menanganinya. Sebagai contoh, kalau di US , pengguna jalanraya boleh menghantar aduan mereka kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan tersebut akan mengambil tindakan secepat mungkin.  Cuma ianya masih dalam kategori reaktif iaitu bertindak hanya apabila aduan dibuat.

Ini sangat berbeza dengan negara Jepun. Di Jepun, mereka tidak duduk menunggu aduan. Sebaliknya mereka ada sejenis kenderaan yang digunakan untuk meronda jalan-jalan dan mencari/mengesan kalau-kalau ada lubang. Dan yang bestnya, hatta kalau yang ditemui itu hanya sekadar mendapan atau jalan terlihat tidak rata (walaupun sedikit), mereka akan segera bertindak membaikinya jam-jam tu jugak! Beza memang berbeza. Mungkin itu hasil daripada program kaizen mereka sehingga mereka tidak boleh duduk diam dari memikirkan entah apa lagi aspek yang boleh mereka perbaiki dan pertingkatkan. Perghh...tabikkkk! NY Daily News ketika memperkatakan tentang masalah jalan berlubang di New York  menyebut tentang semangat 'kejepunan' ini (walaupun bukan dalam konteks yang sama) iaitu " In Japanese management terms, it’s not how well you fill potholes, it’s about figuring out how not to have them in the first place". Justeru, apa yang dilakukan oleh Jepun memang sangat-sangat bertepatan. Kena dengan budayanya yang boleh kita contohi. Bukankah kita sendiri bersetuju yang mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat?

Telipuk pernah terlanggar/termasuk lubang yang agak dalam di Jalan Bangsar...sampai mekanik yang servis kereta perasan dan tanya. Kalau Jalan Bagan Tiang tu Telipuk boleh terima lagi...hahaha...tertunggu-tunggu pendekatan proaktif yang mengujakan untuk perkara-perkara seperti ini. Almaklumlah, GST telah pun dilaksanakan, harap-harap ia benar-benar membawa kesejahteraan seperti yang dicanang-canangkan.

Wednesday, April 01, 2015

Fora

Saya telah berada di dalam forum ini mewakili syarikat semenjak tahun 2008 lagi. Pada masa itu, saya seringkali hadir menggantikan tempat Bos. Asalnya begitu.

Akhirnya, apabila Bos terdahulu meninggalkan syarikat, saya tinggal meneruskan tugasan sebagai wakil syarikat. Sudah 8 tahun rupanya dan alhamdulillah, dalam pemilihan ahli majlis baru-baru ini, saya masih lagi terpilih walaupun tidak memegang jawatan utama. Cukuplah sekadar ahli majlis yang biasa sahaja.


Sebetulnya saya rasa bersyukur juga kerana masih menganggotai majlis. Kalau pemilihan hari itu saya terkeluar, bermakna syarikat saya tidak diwakili di peringkat atasan. Walaupun itu bukanlah sesuatu yang saya secara peribadi patut risau, saya harus mengutamakan kepentingan syarikat sebagai entiti korporat yang mengambil peranan aktif dalam mendokong inisiatif kawalan kandungan kendiri. Justeru, saya sedikit berdebar ketika menanti keputusan pemilihan. Maklum sahajalah, orang lebih senang mencari kesilapan kita...bukan nak tengok apa yang telah kita lakukan. Tiba hari perkara tidak berlaku seperti sepatutnya, masa itulah orang tiba-tiba nak ambil pot. Itu yang sedikit menggusarkan.

Mujur ianya tidak berlaku. Namun tidak mustahil akan berlaku di lain kali. Makanya, saya perlulah memastikan yang penglibatan saya tidak sekadar memenuhi kuota ahli majlis. Harus ada penambah baikan terhadap peranan yang dimainkan selama ini.

Cuma segan sikitlah dengan ahli-ahli lain...depa semua dasat-dasat, CEOs, MDs bagai...cek ni staf cabuk saja. hahaha...tu sapa nak jawab tu???