Jom pulun!!!
Monday, August 30, 2010
Jom Pulun!
Diam tak diam kita sudah pun memasuki fasa terakhir Ramadhan. Cepatnya masa berlalu! Rasa tak cukup masa yang ada. Tak cukup segala. Rasa sayu pun ada. Sedih dengan usaha yang tidak seberapa. Macam tak cukup berusaha! Ini fasa pembebasan daripada api neraka, tak boleh tidak mesti dijayakan sedapat mungkin! Tak boleh kata tidak. Tak ada alasan lagi. Jangan sampai Ramadhan berlalu tanpa menghilangkan dosa yang berpikul tu. Rugi sangat. Takut-takut ini Ramadhan yang terakhir.
Thursday, August 26, 2010
Cubit-cubit Sayang
Kesian Lotuslily...baru berangan hendak cabut lari tapi Ustaz sudah panggil. Hahaha...Begitulah di akhir kelas Bahasa Arab tadi. Ustaz tidak lupa bertanya kami seorang demi seorang, "Sudah baca Al-Quran sampai mana?". Azlina tunjuk isyarat dua jari. "Sudah khatam dua kali, masyaallah!" Tergelak-gelak Azlina kena sindir. "Tak apalah 2 juzuk pun Ustaz". "Mana boleh! Budak tingkatan 5 yang mengaji dengan Ustaz pun sudah masuk round ke-2".
Aduh...berdebik-debik kena ni. Masa tu lah Lotuslily ingat dia boleh mencelah keluar. Sekali kantoi daaa...
Aku bermula sikit lambatlah bulan ni. Lepas tu minggu baru ni Aiman demam...kelmarin giliran Hisham pula...so, macam adalah gendalanya yang menjejaskan tumpuan...amboiii...buat alasan lagi tu Telipuk tu! Tak jadilah reka alasan...memang salah sendiri pun.
"Dah berapa banyak baca, Anira?"
Dengan muka ala kelat-kelat peria menjawab, "Juzuk 9 ".
"Kena lipat ganda lagi".
Angguk-angguk dengan bersungguh. Insyaallah.
BERSEGERALAH!
Alamak...kalau ikut pendekatan sekarang tak nampak usaha "BERSEGERA" itu...(bertangguh adalah...)
Aku hendak kaitkan dengan kuliah semalam. Ustaz menulis ayat 133 Surah Al-Imran dan mengajak kami sama-sama menterjemah, maksudnya " Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa".
Lalu Ustaz memberikan contoh bagaimana sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W mempraktikkan ayat ini (contoh bersegera) dalam kehidupan mereka.
Ada suatu kisah salah seorang sahabat Baginda yang bernama Hanzalah. Hanzalah pada suatu ketika baru sahaja berkahwin sehari dua apabila terdengar berita angkatan Islam berhimpun untuk pergi berperang. Pada hari itu, Hanzalah belum sempat mensucikan dirinya yang dalam keadaan hadas besar tetapi Hanzalah telah bingkas keluar meninggalkan isterinya kerana mahu bersegera menyahut seruan berjihad. Dia takut kalau pergi mandi, dia tak sempat menyertai pasukan tentera Islam.
Ditakdirkan, Hanzalah telah gugur syahid dalam perang itu. Kerana tingginya iman dan kepercayaan kepada Allah dan Rasul, jenazahnya dimuliakan dengan dimandikan oleh malaikat. Ternyata sahabat Baginda ini, apabila bertembung antara nikmat dunia dan nikmat syurga, tanpa bertangguh mereka memilih syurga.
Yang kita ini jangankan hendak pergi berperang, hendak bangun bersegera sembahyang awal pun liat. Belum lagi hendak pergi berperang yang memang sign 'mati' itu...pun sudah kalah dengan kehendak nafsu.
Contoh yang kedua ialah sahabat Rasulullah yang bernama Abu Khaithamah. Pada suatu masa Abu Khaithamah sedang duduk-duduk dengan isteri-isterinya di kebun, memetik buahan-buahan yang masak ranum ketika mendengar seruan pergi berjihad. Dengan segera Abu Khaithamah bangun bersumpah, "Demi Allah, Aku tak akan sentuh kamu (isteri-isterinya) dan Aku juga tidak akan makan buah-buahan ini selagi belum selesai urusanku". Sungguh hebat didikan Rasulullah yang diserlahkan dengan kemantapan iman para sahabat yang langsung tak pandang dunia.
Para sahabat berlumba-lumba membuat kebajikan dan bersedekah. Dalam suatu peristiwa, Umar telah datang kepada Rasulullah untuk memberikan sedekahnya iaitu separuh daripada harta miliknya diinfakkan ke jalan Allah. Rasulullah pun bertanya, "Apakah yang tinggal untuk keluarga mu ya Umar?". Umar menjawab, "Ada lagi separuh hartaku". Kemudian datanglah Abu Bakar As-Siddiq juga mahu memberikan sedekah hartanya. Tatkala itu Umar menyangka Abu Bakar pasti tidak dapat menandinginya. Maklumlah, mereka berdua memang berlumba-lumba dalam bab ini. Rupa-rupanya Abu Bakar telah menyerahkan semua harta bendanya. Lalu Rasulullah bertanya, "Apakah yang tinggal untuk keluargamu?". Jawab Abu Bakar, "Aku tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya". Begitu yakin sekali. Yakin kerana rezeki itu datangnya daripada Allah.
Sangat sayang, sangat kasih mereka akan Rasulullah.
Aku sudahi dengan janjiNya sebagaimana yang ternukil dalam ayat 69 Surah An-Nisaa' yang bermaksud:
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu Nabi-nabi, para shiddiiqiin (orang-orang yang teguh kepercayaannya kepada kebenaran Rasul, dan inilah orang-orang yang dianugerahi nikmat sebagaimana yang tersebut dalam ayat 7 surah Al-Fatihah), orang-orang yang mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya".
Wednesday, August 25, 2010
Ubah Pendekatan
Saya ingin berkongsi kandungan sebuah email yang diterima sebentar tadi. Ianya mengandungi satu artikel yang ditulis oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi (http://genta-rasa.com/2010/06/05/mari-demonstrasi-hari-hari/). Sesuatu yang saya rasa patut dikongsikan di blog ini.
*************************************************************************
Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik. “Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
“Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”
“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”
“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
Malas
Aku mengaku yang kadang-kadang Aku betul rasa malas hendak buat kerja. Perasaan itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Ianya tidak ada kena mengena dengan bulan puasa. Bulan puasa bukan bulan untuk bermalas-malasan. Itu memang Aku faham dan Aku sendiri tidak suka kelihatan lembab dan pasif di bulan puasa. Biar tetap nampak cergas dan bertenaga. Heheh...imej mesti elok sebab tak mahu rakan-rakan bukan Islam yang semakin bertambah di bahagian ini menyimpan anggapan yang salah pula. Kalau pun persepsi itu terbina oleh pengalaman dan pengamatan lalu mereka, biarlah mereka tidak menemui persepsi yang serupa padaku.
Memang rasa malas betul membuat sesuatu yang tidak sampai ke mana. Memang rasa malas sungguh membuat perkara yang serupa. Malas tahap cipan bercakap benda yang sama. Malas kerana kerana perlu mengambil laluan yang diketahui tidak menuju destinasi. Sengaja mencelah dalam labyrinth yang memeningkan padahal ada kaedah lain yang lebih straight forward.
Begitulah perasaan malas itu menyerap dan mengambil tempat dalam diriku. Hendak bersuara pun sudah malas. Sampai ke suatu tahap Aku mampu menghentikan diri daripada berkata-kata dengan mengangkat tangan tanda mengalah...eh...bulan puasa ni, kang kalau Aku selesaikan ayat tu...kurus pulak pahala puasa Aku, kan...
Malaslah hendak tulis lebih-lebih. Kang ada yang tanya, malas Aku hendak jawab.
"Ada mata pandang,
ada telinga dengar,
ada mulut diam..."
Lalalalalalalala...
Tuesday, August 24, 2010
Jangan Main Mercun
Dam dam dum...bunyi mercun
Budak-budak terpekik terlolong
Jiran pun tumpang menonton
Semaraklah hari raya ini tahun...jeng...jeng...jeng!
Kadang-kadang bosan sungguh dengan cerita-cerita stereotaip menjelang Raya kita ni. Masuk hari belas-belas ni mulalah keluar kisah kecederaan dan kematian gara-gara mercun dan bunga api. Saban tahun. Buta mata. Putus jari. Melecur teruk seluruh anggota. Mati. Tapi tak juga serik.
Sama juga macam kemalangan jalan raya. Tak lama lagi mulalah Ops Sikap tu...rasanya lebih kepada statistik nahas sajalah...setiap hari kita hendak tengok berapa ramai yang mati dan berapa ramai yang cedera. Patut kita laporkan berapa ramai yang kena tahan sebab memandu secara merbahaya, berapa ramai yang kena saman, dan berapa ramai kita hendak sumbat dalam jel...baru padan muka!
Yang sedih tu, yang jadi mangsa selalunya budak-budak yang bukan master mindnya. Selalunya yang kebetulan lalu ke, datang hendak tengok, tolong pegangkan saja, tau-tau kebaboommm...!
Masa budak dulu, Aku pun main juga ...tapi bunga api ajelah...Ala...bunga apa yang gambor kucing tu....hahaha. Kami panggil bunga api besi, sebab pemegangnya kan besi. Kalau memercik tu, macam bunga manggar...lawa memang lawa...tapi kalau terpercik kat tangan tu, sakit woo...tu yang kalau pegang tu hujung-hujung aje. Nak buang pun kena jaga-jaga, takut kalau ada yang tak berselipar pijak...nayo je!
Dulu sepeket tu 20 sen je...murah sikit daripada bunga api yang sembur tu. Tapi bila sudah ada bunga api jenis sembur tu...tak main dah bunga api besi...apa kelasss!
Tak kira jenis apa pun, mak bapak dan tok dengan tok wan dan jiran-jiran sekampung semuanya ambil peduli bila kami main...nak main mercun pun ikut jenis2 je...tu pun abang-abang yang dah sekolah menengah aje boleh main. Tak boleh buat adjustment juga.
Mungkin sebab kekangan yang dikenakan, tak adalah dengar cerita siapa-siapa yang tercedera masa tu. Ada juga meriam buluh dimainkan. Tapi adik-beradik aku jangan haraplah boleh keluar pergi tengok ke. Setakat duduk dengar sayup-sayup dari dalam kelambu tu jelah.
Sekarang tak tahulah kenapa...mungkin kurang aspek pemantauan atau mungkin juga berlebihan keinginan ingin tahu dan mencuba...bakal saintis la katakan...tu yang meletup di sana sini kot.
Semalam ada budak 6 tahun meninggal bila stok mercun dan bunga api yang disimpan dalam sebuah rumah meletup. Aku yakin hari ini dan hari-hari seterusnya akan ada banyak cerita-cerita kes mercun ini. Campur kes-kes kemalangan, alamat tenggelamlah hal-hal lain yang selama ini panas dibicarakan. Biasalah, jenis hangat-hangat taik ayam belaka...sekejap panas, sekejap suam...sekejap terus sudah sejuk gedi.
Jangan usaha pemburuan Malam 1000 bulan itu semakin menurun intensitinya sudah...
Monday, August 23, 2010
Demam
Aiman demam.
Badan mula panas petang Ahad. Bagi ubat macam biasa. Menjelang malam sudah dekat 39 darjah celcius. Kami pun terus ke klinik. Doktor cek sana cek sini, dan bagi ubat, bersekali dengan antibiotik. Tidur malam pun macam tak selesa. Aku pun basahkan tuala kecil dan lapkan badannya berulang-ulang.
Pagi ini badannya masih panas lagi. Suhu jam 7.30 pagi di paras 39 darjah. Aku putuskan untuk ambil cuti. Mula ingat tak hendak cuti, maklumlah hari raya ni kena forced leave belaka...mahu tak berhari-hari tolak, nak kena tolak hutang Aku hari tu...heheh...dan campur yang ini...seriau jugaklah. Lagipun urusan haji mak dan ayah kalau dua-dua ada rezeki tahun ini, mestilah Aku perlukan cuti sehari dua untuk uruskan hal di sini.
Tapi fikir punya fikir...biarlah tak banyak cuti tinggal pun. Biarlah tak dapat carry forward tahun ini pun tak apa. Kalau pergi kerja hati tak senang apa gunanya.
Aku dok monitor suhu badannya ni sekejap naik sekejap turun. Masa cecah 37.1 jam 11.15 tadi, Aku punyalah happy. Tapi naik balik 38.6 pukul 12.20 .
Susah hati ibu dibuatnya. Semoga Aiman cepat sembuh.

Thursday, August 19, 2010
Dia
Semalam tergerak hati hendak mencari seorang sahabat lama. Sebenarnya bukan kali pertama mencarinya, cuma pencarian sebelum ini tidak mendatangkan hasil. Ketika menaip namanya di ruangan 'search' FB itu, Aku tidaklah mengharapkan apa-apa. Tapi, siapa tahu...kalau-kalau dia sudah pun membuka akaun tahun ini, kan? Pencarianku menemukanku dengan beberapa orang yang sama nama. Aku renung satu persatu gambar yang ada. Kecil pulak tu...jenuh jugaklah membayangkan rupa kawan yang kali terakhir berjumpa dan berpisah tahun 1993 kemudian berutus berita melalui tinta sehinggalah lewat 1990-an...kemudiannya menghilang tak dapat dikesan.
Ada satu profile yang sangat mirip teman yang dicari. Sayangnya bukan gambar seorang, gambar bertiga macam tu...lagilah tak jelas...bertudung pula...tapi yang tang pipi tu macam ye dah. Betul ke? Macam dia cuma tak beranilah hendak main serkap je. Mana tahu kot pelanduk dua serupa ke? Aku memutuskan untuk menghantar mesej pendek. Bertanya apakah dia orangnya yang Aku cari. Kalau bukan, Aku minta maaf siap-siap.
Jadi, malam tadi, Aku masuk FB sekejap. Ada friend request di situ. Ada mesej juga. Aku baca mesej tu dulu. Alhamdulillah, ramalanku benar belaka. Mujurlah kena pada orangnya. Betul, itulah kawan yang Aku cari. Dia pun sama teruja. Masyaallah! Tak sangka! Gembira betul. Dia bukan kawan yang Aku kenali menerusi zaman persekolahan. Bukan juga kawan sekampung. Memang tak ramai kalau dibilang kawan yang datang dari luar sumber utama ini...terutamanya yang zaman sebelum masuk U.
Sahabat ini Aku kenali semasa kami sama-sama pergi mencuba nasib memasuki bidang ketenteraan selepas keluar keputusan SPM. Ianya berpunca daripada iklan pengambilan pelatih untuk jawatan Leftenen Muda Tentera Darat. Ada beberapa sebab kenapa Aku memohon kemasukan ke bidang ini pada masa itu walaupun ianya tersasar jauh daripada 'kebiasaan'. Biarlah sebab-sebab itu menjadi rahsia...hehehehe...
Oh ya, tempoh seminggu lebih di Kem Desa Pahlawan Kelantan itu memanglah menyiksakan untuk Aku. Tapi yang seronok tu dapat ramai kawan. Bila kena 'siksa' sama-sama tu, memang rapatlah jadinya kami. Aku pulak itulah pun pertama kali merasa tidur dalam dorm. Di situlah Aku kenal Masitah. Orangnya kelakar dan ceria. Kalau Aku senang-senang lepas ujian ketinggian, Masitah ini lepas ala-ala kadar je...hahaha. Cukup-cukup makan. Tapi kami berdua memang cepat 'ngam'. Dia budak Sitiawan yang sangat merendah diri orangnya. Walaupun lepas tapisan pertama, kami antara yang terpilih untuk dihantar pulang. Kami gagal mendapatkan tempat untuk diserapkan masuk mengikuti kursus seterusnya. Berbanding Aku yang agak 'happy' mendapat berita kegagalan itu, Masitah ternyata hampa dan kecewa. Aku cuma sedih untuk meninggalkan kawan-kawan lain yang semakin mula akrab. Sebelum mendapat keputusan itupun, Aku sudah boleh menebak apabila dipanggil berjumpa Kapten (nama tak ingat). Dia bagi Aku sesi nasihat panjang lebar suruh Aku masuk belajar sambil mengibar-ngibarkan keputusan SPM Aku. Dia kata dia tak faham kenapa dengan keputusan begitu Aku datang ke situ. Aku cuma tersengih-sengih membiarkan dia menyimpan anggapan yang ternyata Aku belum cukup matang untuk membuat keputusan dalam hidup.
Apa pun sayonara untuk kawat setiap pagi. Sayonara untuk kawat atas gelanggang pada tengahari buta dengan tidak memakai kasut. Juga sayonara untuk tembok-tembok yang Aku kena panjat tu...hahaha...juga air kopi panas yang menunggu selesai acara larian 2 batu beramai-ramai...heheh.
Kami berbual panjang dalam bas menuju pulang ke negeri masing-masing. Tiba di Puduraya (ceh! banyak la pulak kenangan puduraya ni kan...), kami berpisah. Aku mengambil bas ekspres untuk pulang ke Taiping. Dan Masitah pula menghala ke Ipoh. Di pertemuan terakhir itu...cewah...cewah...dia berkeras hendak Aku simpan selimut kesayangannya sebagai tanda kenangan. Padahal Aku tahu dia tak pernah berenggang dengan selimut itu. Mas...Mas...! Aku ambil dengan rasa terharu. Dan Masitah tak tahu, Aku gunakan selimut itu masa tahun-tahun Matrikulasi. Lepas itu Aku pencenkan dan simpan di rumah. Hemmm...entah siapa yang sebat langsung tak nampak lagi kelibatnya. Akan tetapi, sudah tentu persahabatan yang terjalin itu sampai sekarang ku ingat. Kali terakhir, Aku dimaklumkan Masitah berjaya memasuki bidang yang diminatinya itu dan ditempatkan di Miri, Sarawak. Selepas itu keadaan dan masa semakin menjarakkan kami.
Tak kisahlah, apapun keadaan sudah berubah.
Kajang ye....nanti Aku pergi cari.

Wednesday, August 18, 2010
Yang Biasa-biasa Aje...
Aku tengah berjalan-jalan anak menuju ke lrt semalam bila seseorang menyapa dari belakang.
"Macam kenal saja..."
Aku pun berpaling melihat kelibat wanita bertudung labuh itu yang sudah beriringan di sebelah kanan. Oh...geng utagha ni. Segera keluar loghat utara Aku.
"La...hang ka. Besa la nak ligan lrt ni..." kata Aku tidak juga memperlahankan langkah sebab member Aku tu pun melangkau laju. Tahu sajalah masa-masa kecederaan macam ini, semua orang hendak cepat. Kalau dapat sampai rumah seawal mungkin lagi bagus.
"Aik...AGM pun naik lrt ka?" katanya tergelak.
Err...Aku terdiam sebentar mencari idea membalas kerana Aku tidak sangka dia akan berkata begitu.
"Eh...eh...la ni bukan kira pangkat dah weiii...la ni tengok mana yang cepat sampai. Naik kereta tapi tersangkut dalam jem buat apa". Mudahkan jawapan Aku...hehehe.
Dia gelak-gelak. Aku pun gelak-gelak.
Di atas platform, Aku jumpa seorang lagi AGM. Dan Rosebud yang merupakan pengguna setia lrt adalah juga seorang AGM. Aku juga kenal seorang AGM yang sanggup meredah naik turun bas suatu masa dahulu. Errr...apa masalahnya??? Oh ya, dah Aku tahu ada ramai PA dan pekerja pengkeranian kat TM ni yang memandu kereta Mercedez, BMW, Harrier dan sebagainya. Apa nak hairannya?
Tak tahulah di masa hadapan, tapi buat masa ini Aku hanya akan buat perkara yang senang untuk Aku, yang tidak menyusahkan hidup Aku dan tak juga menggugat orang lain...dan Aku tak hendak terikat dengan jangkaan orang.
Lagipun, di dunia yang satu lagi...kita tidak dinilai mengikut pangkat. Hang PA ka...hang AM ka, M ka, AGM ka, GM hatta Ketua segala Ketua sekalipun...kena melintas sorang-sorang atas titian sirat yang lebih halus daripada sehelai rambut yang dibelah 7 itu dan lebih tajam daripada mata pedang. Lintas la kome apa cara sekali pun...tahu sampai! Tak ada jet, tak ada kereta, tak ada basikal tua pun untuk digunakan. Cepat tak cepat sampai, lepas tak lepas meniti...terpulang kepada bekal dan amalan yang kita himpun di dunia ini. Ya Allah...takutnya! Ya Allah...mudahkanlah hisabku. Allahumma hasibni hisaban yassira.

Dedah dan Dadah
Apalah hendak jadi ni...ingatkan bulan Ramadhan ni, tenang sikit satu Malaya. Rupanya kecoh juga. Aku dah malas hendak ambil pot soal politik. Memang sah dan jelas, kepentingan sendiri selalunya mengatasi kepentingan umat. Jadi, kalau semuanya jadi bubur pun, bukan hendak kata apalah...memang tidak mengejutkan.
Lupakan bab siasah, ini satu bab yang lagi perlu diberi perhatian. Bab keruntuhan akhlak anak muda Melayu. Melayu yang mengaku beragama Islam. Yang tak mengaku Islam Aku tak kisah. Rasanya sudah masuk fasa kronik. Sebabnya sampai dah tak larat hendak baca kisah bayi kena buang setiap hari. Hari-hari mesti ada. Macam-macam penemuan dilaporkan. Dalam semak, dalam beg, dalam tong sampah, dalam lubang paip, dalam lubang najis,tepi tangga surau, tepi pondok menunggu bas, tepi pagar, tepi sungai, bawah tangga, bawah pokok, bawah kereta...you name it la!
Inilah produk 'tanda kasih' murahan yang dipromosikan oleh kehidupan gaya bebas dan kenikmatan sementara yang menjadi-jadi sekarang.
Rasanya semuanya bermula ekoran penyakit 'dedah'. Pendedahan yang berleluasa. Bukan setakat dedah aurat. Pendedahan internet yang tak tertapis. Terdedahnya minda kepada hasutan-hasutan nafsu berupa kawan-kawan yang berperangai macam setan pun antara faktornya.
Dan masalah lain yang tak kunjung padam melanda anak bangsa kita ialah masalah dadah. Kalau sudah jadi hamba dadah, tuan-tuan dan puan-puan, memang satu sen pun tak gunalah. Kerana dadah, orang boleh jadi pembunuh. Kerana dadah, satu keluarga baru-baru ini menjadi mangsa simbahan asid gara-gara suami kaki dadah yang berang sebab isterinya enggan memberi wang RM30....Tergamak dia merosakkan masa depan anak-anak yang tidak berdosa. Salah seorang anaknya melecur teruk di muka. Tak tahulah bagaimana dia hendak menjalani kehidupan masa depannya. Tentu remuk rendam hatinya bila menatap wajah yang tidak serupa dulu. Itupun kalau matanya masih dapat melihat.
Kesian juga dengan Nenek Wok. Nek, tak guna bersuami orang muda kalau asyik-asyik keluar masuk penjara je kerjanya! Rasanya baru jer hari tu dibebaskan. Keluar muka depan lagi memangku isterinya. Aku bukan jeles ke hapa...Aku gerammmm!!! Punyalah kesian orang tua tu, menumpang sedara tak balik rumah menunggu suami kesayangannya dibebaskan. Balik rumah tengok rumah kena geledah, barang-barang habis kena curi. Maka, berjanjilah si suami hendak menjaga isteri dengan baik, dan memohon masyarakat bekerjasama memberi ruang penghidupan yang baru. Tup...tup...dalam satu operasi polis, kena tangkap pula sebab ambil benda tu...Alahai! kesian Nenek Wok berhabis RM2000 bayar duit jaminan. Duit simpanan yang sudah tinggal tak banyak mana. Rasanya lagi berbaloi nenek guna wang tu untuk upah orang jaga nenek secara harian ke...nenek pun tenang, boleh isi masa beribadat kepada Allah...tak payah memburu kasih yang plastik macam itu. Tapi mahu ke nenek dengar cakap sebegini...mungkin nenek akan kata, orang lain bolehlah senang cakap...yang menanggungnya nenek, kan? Entahlah...tapi Aku rasa, kalau sudah kena 'dadah' tu...senang cakap, memang tak ada harapanlah...
Jadi itulah dia dua masalah paling berat. Masalah dedah dan dadah.
Bunyipun lebih kurang.
Oh ya, pasal buang bayi itu...tak payahlah hendak hukum mati. Masalah tak selesai dengan menamatkan riwayat si pelaku. Bukankah lebih baik mencegah? Aku baru sahaja melewati juzuk 6 dan sedang membaca surah Al-Maidah (ya, Aku agak ketinggalan ni...). Allah berfirman di dalam Ayat 50 : "Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?"
Hentikan polemik dan perdebatan yang sia-sia. Hentikan menunding jari ke sana, ke sini. Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah.

Tuesday, August 17, 2010
Dosa Facebook
Pagi ini saya terbaca komen yang ditinggalkan oleh seorang bekas rakan sekolah di dinding FBnya. Bercakap tentang dosa FB. Ya, saya juga ada membaca artikel isu yang sama di Majalah Solusi awal dulu.
Pisau yang ada ditangan kita itu memanglah tajam dan boleh melukakan kalau tidak digunakan dengan cara yang betul. Tapi bukanlah kerana pisau itu tajam, kita langsung tak mahu guna sebab kita masih perlukan pisau itu untuk bekerja di dapur. Masalahnya bukan pisau, tapi cara mana kita menggunakan pisau. Begitulah juga dalam kes ini. Masalahnya bukan FB, tetapi pemegang akaun FB. Seorang kawan lain berkata, 'terpulanglah pada niat'.
Saya suka FB saya, sebab ianya cara yang paling mudah dan kos efektif untuk beritahu rakan-rakan saya yang saya masih ingat kepada mereka dan sangat menghargai hubungan persahabatan kami. Ada yang saya kenal-kenal seimbas lalu menulis, "Tak sangka awak masih ingat saya", "Dulu saya fikir awak sombong", "Saya kenal awak, tapi awak budak pandai jadi saya segan hendak tegur". Kadang-kadang saya cuma membaca. Sekadar tahu apa yang berlaku. Ada yang masih bujang, ada yang berangan hendak buka cawangan...macam-macam ada. Ada yang dulu 'vogue' sekarang sudah pandai memetik hadis, saya gembira menjadi orang yang mereka anggap sebagai kawan.
Sekadar berkawan. Ya, lagipun kebanyakannya pun ada di kampung sana...sekurang-kurangnya kalau balik terserempak tu...tak adalah rasa janggal sangat.
Ada juga kelompok rakan-rakan yang saya kenal melalui urusan kerja. Pun saya kalau boleh biarlah tetap berhubung. Manalah tahu kemudian hari saya perlukan bantuan mereka. Memanglah networking adalah antara sebab saya pertahankan akaun FB saya.
Dan saya mengaku ada juga yang saya langsung tak kenal. Teruknya! Kalau ikutkan...tak adalah sampai dua ratus lebih kawan saya...mungkin 200 sahaja hahaha...yang bakinya adalah kawan-kawan 'game'. Ya, bunyinya macam teruk...tapi itulah yang saya buat dengan FB, main game. Dulu cuma jadi penjaga zoo...sekarang sudah jadi peladang pula. Harap-harap dua itu sahajalah. Mungkin saya bakal meletak jawatan penjaga zoo kerana semenjak mula berpuasa ini belum sekali saya melawat kandang haiwan peliharaan saya itu. Tapi, tak kronik...saya main tahap sederhana sahaja...tak guna duit pun...saja suka-suka. Itupun satu cara mengekalkan hubungan dengan kawan-kawan. Yelah...koman-koman boleh minta mereka tolong hantar bahan-bahan binaan dan tolong mereka pulak. Esok-esok kalau betul saya jadi peniaga betul nanti...bolehlah diaorang ini jadi pelanggan saya pula...hahahaha...aaamminn.
Oh ya, tak kira apapun alasan saya mengekalkan FB...satu peraturan yang saya tetapkan ialah mengelak terus daripada menceritakan hal dan aktiviti keluarga nukleus saya. Ada juga saya buat 2 album perkahwinan sepupu. Tapi itupun sebab ianya untuk berkongsi gambar sahaja kerana ramai juga sanak saudara sepupu sepapat yang ada akaun FB. Saya kenalah ikut trend. Selebihnya, insyaallah, cukup setakat itu.
Saya risau juga sebab kerap iqnore request yang dihantar kawan-kawan. Bukan apa, saya tak suka bila segala maklumat saya (yang minimum) itu diakses oleh pihak-pihak lain. Jadi, begitulah modus operandi saya di FB. Cukuplah nampak saya ada (sampai seorang kawan perli...hang ni tak da kerja ka...bila asyik keluar post pasal haiwan2 peliharaan saya). Dan lagi kenalah saya share cerita-cerita ladang saya. Kawan-kawan peladang saya bukan sahaja boleh mengambil binatang dan tumbuhan yang saya tawarkan tetapi juga secara tidak langsung mereka hari-hari dapatlah tengok kemunculan virtual saya. Eh...kalau saya tak share cerita-cerita ladang saya...macamana mereka hendak ikuti perkembangan saya , kan? hahahah....
Cuma satu jer saya takut, masa yang saya guna untuk akses FB di rumah...kalau-kalau ianya mengambil masa yang sepatutnya saya peruntukkan pada hal-hal keperluan lain. Sebab Farmville itu saya tak boleh akses di pejabat...huhuhu...Untuk menjaga hati keluarga, saya masuklah sekejap saja kalau teringin...dan tanam tumbuhan yang lambat hendak dipetik supaya hanya sekali sekala masuk ladang. Cuma bab terima gift sahaja saya buat juga di pejabat time rehat sebab time lain kena block.
Saya cuba untuk mengamalkan pengurusan FB yang berhemah...errr...
Sekian sahaja 'alasan-alasan' yang saya dapat kemukakan untuk sedapkan hati saya terus menggunakan FB...;)

Kisah Pahlawan...Cangkul!
Kadang-kadang, timbul juga persoalan di benakku tentang cara dan bagaimana orang lain bertindak dalam menguruskan kehidupan mereka. Tertanya-tanya kenapa mereka memilih untuk buat begitu dan terfikir apakah semasa mengambil keputusan begitu, ada mereka pertimbangkan hati dan perasaan orang lain. Apakah mereka langsung tidak kisah? Apakah selagi ianya mudah, tidak menyusahkan diri sendiri...maka itulah yang menjadi pilihan? Tak kisah kesannya terhadap orang lain.
Kadang-kadang, kagum juga dengan corak pemikiran begini. Ialah...mudah! Tak payah pening-pening kepala fikir.
Kadang-kadang cemburu pun ada.
Kalau Aku, seboleh mungkin Aku rela ambil pendekatan lain , melibatkan orang lain dan memasuki sempadan ruang hidup mereka adalah harap-harapnya perkara terakhir yang Aku akan buat.
Mungkin kerana Aku sudah begitu sedari kecil.
Mungkin kerana Aku sudah melaluinya meski pada usia yang mentah. Kepompong itu telah berjaya Aku pecahkan, walaupun pada mulanya Aku anggap ianya sesuatu yang tidak adil dan tidak patut berlaku terhadap Aku.
Kini Aku melihat halangan yang Aku lalui dulu dengan perspektif yang berbeza. Itulah yang menjadikan Aku berbeza.
Cuma masalahnya, bila sudah biasa mengenakan 'baju besi', siapa tahu di dalam ada luka? Bila sudah lali mengenakan topeng di muka...siapa tahu ada air membasahi mata?
Hemmmmmmm...

Monday, August 16, 2010
Kuliah Zohor
Aku betul-betul terlupa pasal bulan puasa ni. Bukan terlupa hendak berpuasa atau apa...cuma terlupa yang bila dalam bulan ini, lazimnya pengunjung surau lebih ramai. Ini kerana Aku 'miss' surau di awal-awal Ramadhan, sebab itu bila pergi tengahari tadi, terkejut betul tengok ramainya orang. Selalunya kalau di bahagian wanita, satu saf pun sudah cukup.
Patutlah pun Rosebud ajak pergi awal tadi.
Oh ya, sempatlah mendengar kuliah zohor yang sememangnya ada setiap hari di surau itu. Walaupun tidak sempat mengikuti dari awal, isi penting kuliah hari ini berkisar kepada bagaimana hendak terus memantapkan iman (yang berterusan sehingga akhir Ramadhan) insyaallah. Antaranya ialah :
1. Melazimkan Qiamullail
2. Membaca dan mentaddabur Al-Quran
3. Rebut peluang bersembahyang jemaah
4. Banyakkan bersedekah.
5. Menghadiri majlis ilmu
6. Mendekati ulama
7. Banyakkan berpuasa
Tentang bersedekah itu, janganlah takut menjadi papa kerana bersedekah. Sesungguhnya Allah akan memberi balasan yang berlipat ganda kepada kita. Sebenarnya, rezeki Allah bukanlah hanya dalam bentuk wang ringgit duit gaji kita itu aje. Tetapi rezeki/balasan yang Allah beri ada banyak bentuk. Suami/isteri yang baik adalah rezeki, mendapat kawan-kawan yang baik juga rezeki, bos dan anggota bawahan yang baik adalah rezeki...dan jangan lupa, rezeki juga datang dalam bentuk kesihatan yang baik.
Yang bab puasa tu, sememangnya puasa sangat baik untuk kesihatan rohani dan jasmani. Puasa menundukkan nafsu dan menjadikan kita manusia yang lebih teguh dalam menghadapi dugaan di samping menguatkan keimanan. Kata ustaz, Allah berfirman, "barangsiapa yang melaparkan perutnya, nescaya Aku akan kenyangkan hatinya".
Aku petik yang dua di atas sebab yang dua itulah yang paling jelas aku dengar tadi dan adalah dua perkara yang Aku kurang buat tahun ini.

Hingga Hujung Nyawa
Saya sedih membaca kisah seorang lelaki yang menetak sehingga mati isteri dan mencederakan seorang daripada dua anaknya ketika waktu sahur baru-baru ini. Walaupun saya ini 'penakut', saya gagahkan diri membaca habis kisah dan paparan berdarah di akhbar harian Metro dan Utusan Malaysia.
Sesudah membacanya ada rasa kesal terbuku di dada.
Kesal apabila mendapat tahu yang si isteri pernah pergi mengadu masalah ke pejabat agama.
Kesal kerana dia dinasihatkan bersabar dan menerima suami yang sudah diketahui kurang siuman (dan merbahaya). Malahan seorang jiran yang ditemui memberitahu pasangan itu kerap bergaduh dan setiap kali bertengkar si suami akan mengasah parang.
Tidak ada jalan keluar untuk wanita itu sekalipun hidup dalam keadaan telur di hujung tanduk. Bukanlah mahu menidakkan ketentuan ajal, tetapi tiada gunanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat (dan tidak berbuat apa-apa).
Teringat beberapa bulan dulu membaca keluhan seorang wanita di suatu ruangan masalah rumahtangga yang popular. Bukanlah saya suka pendekatan menjaja kisah rumahtangga itu. Barangkali dia sudah terdesak tak tahu ke mana hendak mengadu. Bersuamikan lelaki yang kaki pukul dan main kayu tiga. Bila mengadu pada pejabat agama, ustaz memihak kepada suami. Balik rumah kena pukul lagi. Suami kata mati pun dia tak hendak ceraikan. Bukan sebab sayang bini, tapi sengaja hendak bagi 'padan muka'. Kesian, yang jadi mangsa anak-anak...membesar dalam persekitaran yang meruntuhkan.
Mungkin kita perlu pendekatan lain untuk benar-benar jelas masalah dan bukan sekadar beri nasihat kena ikut cakap suami (dan tutup buku).

Friday, August 13, 2010
Bekas dan Isi
Semalam, bertempat di Dewan Serbaguna Menara TM, kami sekali lagi berpeluang untuk menghadiri satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh BAKIT KL dan BAKIT Helwa. Penceramah jemputan kali ini ialah Ustaz Dr. Abu Basit Abdul Rahman yang menggelar dirinya Abu Anas Madani yang pernah menjadi tetamu jemputan rancangan "Tanyalah Ustaz".
Aku tidak mahu menyentuh isi kandung ceramah secara terperinci kerana kebanyakannya ialah perkara-perkara yang bukan baru, bak kata orang, dah berbuih mulut ustaz-ustazah bercerita...jadi, untuk entri ini Aku cuma hendak sentuh bab adab kita terhadap Ramadhan yang Aku rasa menarik untuk diketengahkan.
Pertama, betul ke adab yang kita pamerkan dalam menjalani Ramadhan ini. Bagaimana sikap kita terhadap Ramadhan. Perbandingan yang dikemukakan membuatkan hati rasa tercuit. Analogi rakan baik.
Katakanlah, Ramadhan itu adalah seorang sahabat baik yang sudah lama kita tak jumpa. Suatu hari Ramadhan memberitahu kita , dia hendak datang bertamu ke rumah kita. Bagaimana reaksi kita? Sahabat baik ni...Mestilah seronok, siap order satay Kajang lagi hendak menjamu. Okay, tiba hari yang dijanjikan datanglah Ramadhan ke rumah kita, membayangkan betapa seronoknya dapat berjumpa semula...dapat bercerita hal-hal lama, mengetahui perkembangan terkini masing-masing dan macam-macam lagilah. Bila sampai, kita pun jemput dia masuk. Tanya itu ini. Lepas tu...berbunyi pulak telefon bimbit kita. Ada seorang kawan di talian ajak berbual. Kita pulak beria-ia melayan. Tup tup tinggallah Ramadhan terkulat-kulat di ruang tamu bersendiri sebab kita sudah acuh tak acuh melayannya. Fikirkan perasaan Ramadhan...sudahlah lama tak jumpa, datang jauh pulak tu...kita buat tak reti aje. Macam tu ke dikatakan beradap?
Perbandingan kedua timbul apabila Ustaz mempertikaikan sikap kebanyakan kita yang lebih memberi keutamaan kepada persiapan menyambut Ramadhan, bukannya persiapan dan strategi mengisi Ramadhan. Pun menarik juga analoginya.
Bayangkan Ramadhan itu berupa bekas. Katakanlah pinggan mangkuk. Yang kita dok sibuk ialah jenama pinggan mangkuk tu. Hendak beli yang mahal-mahal. Asal keluar sahaja set baru, semua kita hendak beli. Seronok sangat dapat beli. Hari-hari kita tenyeh, kita gosok, kita gilap...memancar-mancar sampai silau mata tetamu ye...Akan tetapi apalah maknanya bekas yang cantik kalau hidangan yang mengisinya tu tawar heber. Tak sedap langsung! Atau lebih malang lagi, makanan basi yang ada dalam bekas-bekas itu. Apalah gunanya kan? Lainlah kalau kita makan bekas tu pulak ke...maklumlah, dah beli mahal-mahal kannn...
Jadi begitulah, dalam situasi nyata sekarang ini, tengoklah betapa terpedayanya kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menjana kemantapan ibadah. Sebaliknya mengurangkan pahala ada. Yang kita sibuk, apa hendak makan masa berbuka ini ya...Atau lauk apa yang paling best dihidangkan masa sahur supaya terbangkit selera. Bukannya, bagaimana mahu meraih taqwa, bagaimana mahu meningkatkan pahala dan mendapat keredhaan Allah. Kita sibuk dengan 'bekas', kita terlupa hendak fikirkan bab 'pengisian'nya.
Sana sini orang gantung kain rentang...Marhaban Ya Ramadhan...Kedatanganmu dinanti, Pemergianmu ditangisi...tapi baru masuk hari ketiga berpuasa sudah terbaca keluh-kesah ibubapa yang merungut belum beli baju raya untuk anak-anak dan diri sendiri. Risau sangat tak sempat beli. Sepatutnya kita risau dengan amalan kita yang tak seberapa sedangkan Ramadhan semakin hari semakin berlalu. Sudahlah datangnya setahun sekali, kalau tak sempat 'kaut' dan ditakdirkan pula tak dapat jumpa lagi...amacam?
Hemmm...kalaulah asyik dok gilap pinggan je keroje nye...alamat sampai sudahlah tak makan nampak gayanya.

Alkisah Pindah
Hujung minggu lepas kami sempat membantu adik ipar yang berpindah rumah. Dari Cheras ke Gombak. Dari rumah sendiri ke rumah sewa. Rumah sendiri itu akan dijual. Menyewa sementara kerana rumah sendiri yang baru dibeli, juga sekitar-sekitar Gombak, hanya sedia untuk didiami selepas raya. Ayooo...kena pindah lagi wooo...
Lalu celah-celah Taman Harmonis.
"Bang! Tu lah rumah Sosilawati Lawiya..." Wah! sibuk 'mak cik' tu sekejap. Maklumlah, dia kan pernah lalu situ ronda-ronda dengan kawan-kawan 'reporter' dia. Hahahaha...;)
Rumah yang disewa ini pun baru siap sehari dua ini. Ianya 12 unit rumah 3 bilik yang dibina di atas tanah persendirian.

Adir ipar Aku dapat unit yang bawah. Puh...nasib baik, kalau tak menyenget la hendak angkat barang tu semua. Dua trip Nazaria Aku berulang-alik untuk tolong bawak barang-barang kecil. Yang perabut semua tunggu lori.
Memang terasalah perbezaan saiznya. Tapi untuk sementara waktu ni, dah memandangkan lokasinya yang lebih hampirnya tempat kerja dia...dalam 10 minit je...kira okaylah tu.

Rumah baru. Bau cat pun macam best saja.

Sempoi dan sangat ringkas. Tak muat Kristin nak masuk ni...;)

Dapur. Walaupun kecil, tapi selesa. Aku rasa banyak jugalah tuan rumah ni berhabis untuk sediakan unit-unit rumahnya yang serba lengkap ini. Tak sanggup hendak membayangkan aktiviti mengemas dan memunggah barang post-pindah.

Bersebelahan bangunan 2 tingkat ini, yang dipisahkan dengan tembok batu dan kawat berduri, ialah kebun getah. Hemmm...pagi-pagi sure best dengar kicauan burung. Jangan siulan Bangla sudahhhh...hahaha.
Bab pindah ni, memanglah...memenatkan. Macam kami, mula-mula kawin dulu memang berjimat. Hendak duduk kawasan dekat rumah mertua pula. Maka, tinggallah menyewa di Kampung Padang Balang. Sepanjang tinggal setahun di situ, 2-3 kali rumah kena banjir. Huhuhu...penat giler mengemas. Banyak barang rosak. Nasiblah tak sempat membeli banyak perkakasan rumah.
Lepas tu pindah Wangsa Maju pula. Mertua ada beli unit rumah flat di Seksyen 2. Duduklah situ sampai Hisham umur 2 tahun lebih. Unit bawah. Memang selesa. Lokasi okay. Cuma kecil sahaja. Tapi tak ada masalah sebab dua-dua orang kerja, tak banyak masa pun kat rumah. Nak mengemas sekejap saja dah beres.
Lepas tu rumah yang kami beli di Rawang pun siap. Nak sewakan tak ada penyewa. Walaupun jauh, kami sangguplah konon mula tu. Maklumlah, rumah sendiri. Adalah tanah sekangkang kera. Dan buat renovation juga. Sayanglah tak duduk. 2004 pindah, 2005 pindah balik KL lepas habis pantang melahirkan Aiman. Memang susah kalau dua-dua kerja kat KL. Seorang tu pulak memang anak jati KL. Dah biasa pergi kerja ambil masa 10 minit je, tiba-tiba kena bertolak keluar sejurus lepas subuh, dan hanya balik rumah ketika jam sudah pukul 10 malam. Memang hari-hari tak tengok matahari dalam perjalanan pergi dan balik ke rumah tu. Cuma Sabtu dan Ahad sahaja baru terasa betul-betul duduk di rumah.
Sebab tu lah bila Bintai Kinden buka jualan untuk Melor, kami kelam-kabut pergi rembat seunit walaupun dapat tingkat 14. Nasib baik ada sedara mertua bagi tau ada unit kosong kat Anjung Villa. Huh...terus swap, dua-dua pun bawah Bintai juga. Alhamdulillah, lega.
Tengok kotak-kotak barang adik ipar yang berlambak tu...huhuh...traumanya rasa.Duduk BBS sini sajalah tak mau dah pindah mana. Heheh.

Thursday, August 12, 2010
Mudah Yang Payah
Hari ini sampai awal sangat sebab mengejarkan kelas Arab yang dipinda ke jam 7 pagi sepanjang Ramadhan ini. Tapi jalan raya tidaklah lengang rupanya, sudah banyak kenderaan bertali arus.
Masa Ustaz beri kad warna merah itu, masing-masing terpinga. Ingatkan kad undangan walimah...aikkk??? Sekali tengok...laaaaaaa...tertipu sekejap. Hehehe...sapo lak nak buek kenduri nikah time ni ye?
Inilah himpunan doa-doa yang dipetik daripada al-kitab dan al-sunnah. Doa adalah senjata mukmin. Sayangnya, ramai (Aku...) yang terlepas pandang dan acuh tak acuh bab membaca doa ini. Makan pun main telan saja. Mahunya pulun tiga pinggan pun tak kenyang pasal dok kena kongsi makanan dengan setan.
Maka terhasillah produk kreatif ini.

Memang Ustaz ada bagitau hendak bawa sticker doa ini untuk kami. Agaknya dia sudah bosan setiap kali tanya doa memakai pakaian, kitaorang tersengih-sengih tak keluar jawapan. Doa pakaian itu fahilatnya ialah diampunkan dosa yang lepas dan akan datang...! Kita sahaja yang buat tak pandang, remeh...leceh...??? Patutlah pun Tuhan kata dunia itu tak ada nilainya. Hatta sebelah sayap nyamuk pun lagi bernilai...
Berbunga-bunga lagi gitu...

Jangan ada alasan lagi terlupa baca doa!
Gambatte ne!

Wednesday, August 11, 2010
Senja di Leboh Ampang
Remang senja di Jalan Benteng belakang HSBC kelmarin.

Dah terasa hembusan bayu Ramadhan masa ni. Lain benar rasanya. Masa membunuh kejanggalan menunggu seorang diri di tepi bangunan HSBC tu, sempat juga terfikir, dalam masa beberapa jam ke depan...adakah dapat Aku berjumpa Ramadhan lagi?
(Hari ini Ustaz ingatkan agar menjalani Ramadhan ini seolah-olah ianya yang terakhir).
Masjid Jamek yang mula bermandi cahaya...Oh ya, masa ini Aku betul-betul berada di tebing sungai.

Bermulalah rutin sebulan bertandang di sini. Mengimbau kenangan zaman 4 tahun lepas sebelum mengenggam stereng Atoz.
Zaman awning tudung selalu terkelepet kena 'lipat' dek helmet.
Zaman pejam mata sebab tak berani tengok jalan dari atas motor...hahaha...
Semuanya datang semula. Selamatttt!!!

Tuesday, August 10, 2010
Sesedap Rasa
Horos'cekup'
Hahaha...nak tergelak pun ada. Kena pula ramalan bintang Aku hari ini. Ruangan horoskop The Sun hari ini mengatakan :
Even the most temperamental of Libras, and there are a few, still know what's reasonable and what isn't. Which means that one particular situation in which some element is completely unreasonable is driving you crazy. Accept that, and instead of suffering ongoing frustration, you will focus on finding a way around it.
Bukanlah Aku ini percaya dengan ramalan ni semua, sajalah bila baca tu tertengok. Kebetulan macam pernah Aku lihat pula...tapi di mana ya? situasi.
Alkisahnya begitulah, tiba-tiba dapat satu panggilan ini, bersungguh-sungguh mengajak (memaksa) Aku datang menyertai satu diskusi. Penting sangat-sangat. Serba salah juga, maklumlah bukan semua benda kita boleh memandai-mandai. Tapi sebab nada suara yang sebegitu, Aku yang memang jenis 'perasa' ini tak sampai hati menghampakan. Pergilah juga membawa bendera bahagian.
Jadi, bila sampai, orang tu suruh orang ni cakap. Orang ni pulak suruh orang tu cakap. Amboi...susun ayat mengalahkan orang hendak masuk meminang! Bila buka mulut, tahulah ada masalah di bahagian perlaksanaan. Komunikasi tidak sampai. Bottleneck di bahagian kami...oppss...nyaris Aku hendak membulatkan mata. Tapi tak pa, dengar dulu. Sabar. Angguk sikit. Empati kasi lebih. Yaaa...itu macamlah Telipuk. Pot pet pot pet pot pet...Aku pun buat sikit rumusan dan kesimpulan. Insyaallah, bawa balik untuk makluman bos pula.
Bila balik...Aku fikir. Aku fikir dan fikir. Aku tidak berfikir ke arah macamana hendak menyelesaikan masalah ini...hahaha...tetapi macamana hendak melepaskan masalah ini. Aku bukan hendak menolak tanggungjawab. Selalunya Aku akan menolong sehabis baik. Masalahnya, perkara ini bukan lagi dalam 'pangkuan' Aku. Semasa polisi dirangka termasuk membuat kertas kerja bagai, memanglah Aku orangnya. Bila dapat greenlight, kerja pun sudah tamat.Aku tak kisah pun walau surat kelulusan pun tak ada salinan sampai kat Aku setidak-tidaknya untuk rekod. Terpotong habis. Tak apalah, yang penting kerja tu memberi manfaat kepada organisasi. Manalah Aku tahu between kelulusan tu yang membawa kepada perlaksanaan ada masalah. Setakat mana dan sejauh mana komunikasi berlangsung...I have no idea because I was not put in the loop.
Nasib baik bos setuju dengan cadangan Aku.

Biar Sakit Mata...
Sungguh ku percaya, jikalaulah ada pertandingan cubicle tercantik dan tercorot diadakan sekarang dan si pemeriksa dalam rangka lawatannya pada masa dan ketika ini...haruslah Aku menang gelaran tercorot itu tanpa sebarang bantahan.
Aku sendiri pun sudah naik rimas dan lemas. Sakit mataku. Maaflah kepada yang terpandang itu, kalau-kalaulah terdetik dihati kalian...jangan risau, Aku maafkan kesemuanya hahahaha...
Hendak kata cantik sangat susunannya sebelum ini tak adalah, biasa-biasa sahaja. Gerenti tak boleh comply dengan standard ukhti selang sebelah cubicle tu...hahaha haruuu...yang tu memanjang 100% compliance weiiii!
Tapi kan...agak okaylah juga beberapa minggu lalu...co tengok...

Kira kemas jugaklah kan...

Tapi sekarang apa sudah jadi?

Tak kanlah sampai begitu sekali kesan pengstrukturan semula itu Telipuk oiii...oppsss...

Err...tapi kan...kekadang tu rasa lebih berinspirasi pulak bila dalam keadaan 'tunggang-langgang' ini...kekadang tu bila terlalu kemas sangat rasa buntu pulak! Silap haribulan cari dokumen pun tak jumpa...hahaha...alasann!!!

Nak kemas lah jugak ni. Insyaallah, pelan-pelan. Ada satu dua benda ni memang terpaksa biar terdedah atas meja, kalau Aku start simpan...nanti hilang 'fokus' dibuatnya. Sementara Aku nampak tu...terasalah sense of urgency nya tu. Heheh.

Monday, August 09, 2010
Belenggu
Ada masa-masanya apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat sahaja. Walaupun macam-macam perkara bermain di fikiran, satupun tidak mampu diluahkan. Idea, cadangan, impian, keinginan...semuanya terpendam.
Rasa geram, rasa hendak cekik orang, rasa hendak gunakan kuasa sakti untuk lenyap padamkan orang dan masalah yang dia timbulkan menggerutu dalam hati. Satupun tidak dapat dilaksanakan.
Walaupun tiada halangan fizikal, yang nyata, diri tetap terbelenggu. Terbelenggu oleh rasa kesian, rasa tak sampai hati, rasa hormat, segala rasa yang menyahkan elemen negatif tadi.
Sehingga akhirnya sang Libra menemui keseimbangannya semula. Huh...dan hari pun merangkak pergi serta musim bertukar warna...tup tup tersua lagi dengan simptom yang sama...aduh, serupa saja!

Friday, August 06, 2010
Sepintas Lalu
Aaaaa....shhhuuummmmmm!
Alahai...dah mengumpul habuk rupanya blogku ini. Seminggu lamanya. Bukan sebab tak ada cerita. Sebaliknya, macam-macam ada. Tak pe, orang kata, jangan dikenang barang yang lepas...hahaha.
Sebetulnya memang agak padat aktiviti beberapa hari lalu. Dua hari sudah Aku ada kursus. Tak jauh, dekat Amcorp Mall ni je...aikkk...bukan kursus bershopping tau...koranggg!!! Tempat tu bersebelahan dengan Amcorp Mall, memang terasa gatal kaki hendak naik ke Book Xcess...malangnya tak sempat.
Beberapa hari sebelum tu Aku ligat mengukur jalan menyelesaikan urusan-urusan haji Mak sampai terpaksa ambil cuti 'mengejut'. Apa taknya, janji nak masuk opis kul 10 pagi, sekali pukul 10 pagi tu masih menunggu giliran di Tanglin setelah kena tolak mentah-mentah oleh Sentul hanya kerana sedikit masalah teknikal yang bukan salah kami pun. Adooiii...sabar ajerlah. Tapi tak apalah, lega semuanya sudah selesai. Cuma berdoa sahajalah semoga dapat.
Di tengah-tengah keriuhan tu sempat juga memotong kek sempoi untuk harijadi Aiman ke-5. Isnin lepas hantar kek, mihun goreng, goodies bag dan chicken nugget ke sekolahnya untuk acara makan-makan dengan kawan-kawan sekolah.
Kemudian semalam dapat tahu tentang berita sedih seorang sahabat yang keguguran pada usia kandungan 11 minggu. Ini kali kedua buatnya. Apa lagi yang boleh dikatakan, semoga tetap sabar dan tabah dengan apa yang berlaku. Sempat Aku meninjau laman sawang. Keguguran sebenarnya terjadi samada di sebabkan oleh masalah badan maksudnya stress, keletihan, penyakit dan sebagainya yang tidak memungkinkan badan meneruskan kandungan ataupun juga disebabkan kandungan itu sendiri bermasalah, jadi automatik badan akan menggugurkannya sebagai tindakbalas. Apapun, semuanya terserah kepada ketentuan Tuhan. Mungkin belum masanya lagi.
Minggu depan, insyaallah, kita akan mula memasuki Ramadhan. Mudah-mudahan kita semua dapat bertemu Ramadhan dan sama-sama menjadikannya Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan sebelum-sebelumnya.
Tidak seperti tahun lepas, KL Traffic akan terus 'bersiaran' ...insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)