Tuesday, August 17, 2010

Dosa Facebook

Pagi ini saya terbaca komen yang ditinggalkan oleh seorang bekas rakan sekolah di dinding FBnya. Bercakap tentang dosa FB. Ya, saya juga ada membaca artikel isu yang sama di Majalah Solusi awal dulu.

Pisau yang ada ditangan kita itu memanglah tajam dan boleh melukakan kalau tidak digunakan dengan cara yang betul. Tapi bukanlah kerana pisau itu tajam, kita langsung tak mahu guna sebab kita masih perlukan pisau itu untuk bekerja di dapur. Masalahnya bukan pisau, tapi cara mana kita menggunakan pisau. Begitulah juga dalam kes ini. Masalahnya bukan FB, tetapi pemegang akaun FB. Seorang kawan lain berkata, 'terpulanglah pada niat'.

Saya suka FB saya, sebab ianya cara yang paling mudah dan kos efektif untuk beritahu rakan-rakan saya yang saya masih ingat kepada mereka dan sangat menghargai hubungan persahabatan kami. Ada yang saya kenal-kenal seimbas lalu menulis, "Tak sangka awak masih ingat saya", "Dulu saya fikir awak sombong", "Saya kenal awak, tapi awak budak pandai jadi saya segan hendak tegur". Kadang-kadang saya cuma membaca. Sekadar tahu apa yang berlaku. Ada yang masih bujang, ada yang berangan hendak buka cawangan...macam-macam ada. Ada yang dulu 'vogue' sekarang sudah pandai memetik hadis, saya gembira menjadi orang yang mereka anggap sebagai kawan.

Sekadar berkawan. Ya, lagipun kebanyakannya pun ada di kampung sana...sekurang-kurangnya kalau balik terserempak tu...tak adalah rasa janggal sangat.

Ada juga kelompok rakan-rakan yang saya kenal melalui urusan kerja. Pun saya kalau boleh biarlah tetap berhubung. Manalah tahu kemudian hari saya perlukan bantuan mereka. Memanglah networking adalah antara sebab saya pertahankan akaun FB saya.

Dan saya mengaku ada juga yang saya langsung tak kenal. Teruknya! Kalau ikutkan...tak adalah sampai dua ratus lebih kawan saya...mungkin 200 sahaja hahaha...yang bakinya adalah kawan-kawan 'game'. Ya, bunyinya macam teruk...tapi itulah yang saya buat dengan FB, main game. Dulu cuma jadi penjaga zoo...sekarang sudah jadi peladang pula. Harap-harap dua itu sahajalah. Mungkin saya bakal meletak jawatan penjaga zoo kerana semenjak mula berpuasa ini belum sekali saya melawat kandang haiwan peliharaan saya itu. Tapi, tak kronik...saya main tahap sederhana sahaja...tak guna duit pun...saja suka-suka. Itupun satu cara mengekalkan hubungan dengan kawan-kawan. Yelah...koman-koman boleh minta mereka tolong hantar bahan-bahan binaan dan tolong mereka pulak. Esok-esok kalau betul saya jadi peniaga betul nanti...bolehlah diaorang ini jadi pelanggan saya pula...hahahaha...aaamminn.

Oh ya, tak kira apapun alasan saya mengekalkan FB...satu peraturan yang saya tetapkan ialah mengelak terus daripada menceritakan hal dan aktiviti keluarga nukleus saya. Ada juga saya buat 2 album perkahwinan sepupu. Tapi itupun sebab ianya untuk berkongsi gambar sahaja kerana ramai juga sanak saudara sepupu sepapat yang ada akaun FB. Saya kenalah ikut trend. Selebihnya, insyaallah, cukup setakat itu.

Saya risau juga sebab kerap iqnore request yang dihantar kawan-kawan. Bukan apa, saya tak suka bila segala maklumat saya (yang minimum) itu diakses oleh pihak-pihak lain. Jadi, begitulah modus operandi saya di FB. Cukuplah nampak saya ada (sampai seorang kawan perli...hang ni tak da kerja ka...bila asyik keluar post pasal haiwan2 peliharaan saya). Dan lagi kenalah saya share cerita-cerita ladang saya. Kawan-kawan peladang saya bukan sahaja boleh mengambil binatang dan tumbuhan yang saya tawarkan tetapi juga secara tidak langsung mereka hari-hari dapatlah tengok kemunculan virtual saya. Eh...kalau saya tak share cerita-cerita ladang saya...macamana mereka hendak ikuti perkembangan saya , kan? hahahah....

Cuma satu jer saya takut, masa yang saya guna untuk akses FB di rumah...kalau-kalau ianya mengambil masa yang sepatutnya saya peruntukkan pada hal-hal keperluan lain. Sebab Farmville itu saya tak boleh akses di pejabat...huhuhu...Untuk menjaga hati keluarga, saya masuklah sekejap saja kalau teringin...dan tanam tumbuhan yang lambat hendak dipetik supaya hanya sekali sekala masuk ladang. Cuma bab terima gift sahaja saya buat juga di pejabat time rehat sebab time lain kena block.

Saya cuba untuk mengamalkan pengurusan FB yang berhemah...errr...

Sekian sahaja 'alasan-alasan' yang saya dapat kemukakan untuk sedapkan hati saya terus menggunakan FB...;)

2 comments:

khairi bravo said...

betul..aku setuju..basikal..kalau kita tak wheelie..mana leh kita jatuh..kan?

Telipuk Kuala said...

Ya...ya...betoiii! Macam menampi padi, tampi keluar yang hampa...pilihlah yang berisi (walaupun mungkin tak banyak).