Menjelang Ramadhan ini, terasa menimbun-nimbun pula kerja. Kebanyakannya tidak mempunyai tarikh mati tertentu tetapi ada impak yang ketara. Setiap satunya bakal menghantui secara berterusan. Ini yang bakal menyemakkan fikiran.
Insyaallah, besok ibadah puasa akan bermula. Kepada adik-beradik, sedara-mara dan handai-taulan semua, Aku minta ampun dan maaf kalau-kalau selama ini ada secara sedar atau pun tidak telah melakukan kesalahan terhadap anda. Maafkanlah atas keterlanjuran bahasa dan tingkah-laku.
Semoga tahun ini kita dapat meningkatkan kualiti ibadah kita. Mana tahu kalau-kalau ini merupakan Ramadhan yang terakhir...jadi, marilah kita berusaha merebut yang terbaik.
Dan doakan juga untuk Aku agar tidak dapat bersonata musim err...luruh di Seoul sana...weiii...kesian la kat Aku kalau terpilih. Hang pa semua sedap dok makan ketupat rendang, Aku pulak kena beraya sorang-sorang di perantauan. Mana aciii!!! (Walaupun belum ada ketentuan, tapi tak salah Aku berdoa mengharapkan tak dapat, kan? Jadi, Aku akan pastikan urusetia terima borang Aku hanya di saat-saat terakhir. Err...boleh tak, boss? Bolehlaaaa...pleeeaaasssss!)
Apa-apa pun selamat untuk semua.
Izinkan KLTraffic berlabuh tirai sepanjang bulan Ramadhan ini bermula dari detik ini.
Insyaallah, panjang umur kita bersiaran lagi.
MAAF ZAHIR & BATIN
Friday, August 21, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Oppssss...!
Masa masuk bilik air pagi tadi, Aku terkezutt sekejap pasal macam nampak orang lelaki kat dalam tu. Tapi sebab kadang-kadang Aku ni ada salah pandang (atau dalam bahasa saintifiknya - rabun) dan macam tak logik la pulak kenapa ada cleaner lelaki dalam bilik air perempuan, Aku 'redah' aje macam makhluk tu tak wujud.
Bila Aku keluar dari cubicle depan tu, ada lagi makhluk itu sedang mengosongkan bakul sampah. Oppss...confirm lelaki! Dia pun macam serba-salah. Aku pun buat selamba derk cuci tangan 20 saat kat sinki sejajar dengan amalan yang disyorkan dalam era kegawatan H1N1 ini. Rasanya dia pun ada serba-salah.
Rasanya dah berbulan-bulan bangunan yang canggih-manggih ini mengalami defisit dalam bekalan cleaner. Tak tahulah bila agaknya ada satu penyelesaian yang konkrit. Kita bercakap pasal projek mega juta-juta, hebat, gah seantero alam buana...tapiiii...hal ehwal dalaman pun tak terbela. Oppsss...terlebih sudahhhh!

Menjelang Ramadhan
Dalam satu ruangan komik yang terdapat di suratkhabar UM beberapa minggu lalu, penulis komik kisah pejabat tu memaparkan beberapa adegan menjelang puasa. Yang perempuan berbual kisah tempahan kuih muih. Ada juga yang membuat persediaan untuk jamuan berbuka dan 'moreh' di surau. Heheh...yang best tu adalah adegan yang paling hujung. Berebut tempat lepak semasa rehat tengahari di bilik stor!
Lalu terdengarlah kisah aktiviti mempercepatkan mesyuarat dan kalau dapat menghabiskan segala kerja sekarang. Kalau boleh tak mahu ada mesyuarat di bulan puasa. Eh! Eh! Habis tu, bulan puasa tak ada kerja, kah?
Salah weh konsep tu...malu kita dengan bangsa lain. Patutnya bulan puasa inilah kita tunjuk betapa 'kuat'nya dan tabahnya kita menjalani ujian. Kalau dok buat letih lesu, 'laih' gitu...buat digelakkan aje lah. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran.
Bulan puasa adalah bulan kesabaran di mana kita diuji untuk bersabar menahan keinginan dan nafsu dengan jalan berpuasa. Berpuasa bukan sahaja memberi kita keinsafan merasai berada dalam keadaan perut kosong sepertimana yang dilalui oleh golongan yang susah. Berpuasa juga baik untuk kesihatan. Banyak kelebihan berpuasa dari segi rohani dan jasmani yang ramai sudah tahu malahan diakui oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam juga.
Berbangga dan bergembiralah kerana kita berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Peluang untuk melipat-gandakan bekalan untuk dibawa pulang nanti. Siapalah kita untuk dengan yakin mengatakan kita pasti mendapat peluang lagi di tahun-tahun hadapan. Cubalah untuk membuat yang terbaik.

Monday, August 17, 2009
Apo Nak Dikato
Terasa liat betul hendak ke tempat kerja pagi ini. Lenguh-lenguh badan belum hilang sepenuhnya. Hujung minggu lepas kami sekeluarga berada di Melaka. Bertolak Hari Sabtu. Keluarga mertua Aku buat kenduri sedikit. Kenduri menyambut cucu baru (akikah), sebab menduduki rumah baru (belum buat lagi sebelum ini) dan juga menyambut Ramadhan yang bakal tiba. 3-in-1 nampaknya. Seekor lembu telah ditumbangkan.
Biasalah, menantu sulung, kenalah tunjuk contoh yang baik, kan? Ekekeke...jadi kenalah turun padang tolong apa yang patut. Panas betul cuaca kat sana, rasa macam tak mahu bergerak nak duduk bawah kipas...boleh berangan ajelah...huhuhu. Masa pagi tu, sekitar jam 10, kumpulan marhaban Kg. Paya Lebar memulakan majlis.

Lepas tu, Aku diberi tanggungjawab, ewah!, mendukung Khaira Arisya untuk acara kerat rambut dan ala tepung tawar tu...berkelilinglah dekat ahli-ahli kumpulan marhaban seramai hampir 40 orang itu.

Ini anak kedua adik ipar Aku. Baru berusia 17 hari. Nasib dia tak banyak kerenah. Sepanjang didukung tu, tidur aje. Lepas marhaban, acara berendoi pula. Khaira dibuai oleh ibunya.

Aku pulak ambil peluang pergi 'isi minyak' dulu bawah khemah. Masa tu belum pukul 12.00 tengahari. Lepas berendoi, kumpulan orang lelaki pula memenuhkan ruang tamu untuk majlis bacaan Yaasin. Aku pun dah mulalah sinsing lengan baju untuk acara tugas-tugas khas.
Adatlah. Kerja-kerja kenduri ini kalau bukan pakai khidmat katering, alamat keluarga tuan rumahlah yang kena teruk. Team basuh pinggan mangkuk, kuali, belanga dan segala yang berkenaan terdiri daripada muka-muka veteran...kakaka...muka baru pun cuma menantu baru (pesaing terdekat...krah...krah...krah...) Fiza yang baru join tahun lepas. Itupun Fiza tengah mengandung 6 bulan, jadi tak bolehlah nak buat kerja berat.
Yang tak tahan tu ialah sedara mara dan jiran tetangga yang kelihatan 'sibuk' bekerja...memenuhkan bekas plastik dengan lauk-pauk. Eh!Eh! Bior betul korang ni??? Kalau macam kat kampung Aku, lazimnya orang yang datang tu tak adalah sampai angkut penuh tangan. Kecualilah kalau tuan rumah bagi ataupun memang diorang geng yang bertugas, kira tak apalah, buat upah. Ini tidak, datang turun kereta terus pergi selak periuk. Siap tapau berbungkus-bungkus pulak tu. Aku yang duduk kat dapur tu bersabor banyak-banyak je...lepas satu...satu...aiii...hujan pun tahu berenti, mak cikkk. Itu yang bungkus. Jadi tak hairanlah, belum pun pukul 2, ikan keli goreng yang pak mertua Aku beli 30 kilo tu dah habis licin. (Pasal dah berpuluh ekor dia taruk dalam beg-beg plastik...). Anyway, Aku pun tak nak kata apa-apalah. Kenduri kan, makan ajelah apa yang ada...
Nasib baiklah by pukul 3 tu boleh dikatakan kerja-kerja membasuh dah habis, cuma tinggal beberapa biji kawah yang besar aje. Ada juga tetamu yang datang petang, tapi tak ramai. Kami hidang kat dalam aje. Lepas tu barulah dapat duduk. Dah pukul 6 petang barulah kami bertolak balik ke KL. Dalam van semua tidur sepanjang jalan..oppss...kecuali pemandulah...hahaha...apo nak dibuek kan...lotih!
Kalaulah dapat cuti hari ini....(alangkah bestnya!!!)

Friday, August 14, 2009
Dari Dalam Diri
Akhir-akhir ini saya banyak menggunakan kaedah 'redah je' dalam kebanyakan perkara yang bila difikir berulang-ulang kali mendatangkan kesan 'kecut perut'. Kecut perut itu lazimnya berlaku apabila saya terpaksa menceburkan diri dalam bidang yang baru dan tidak banyak diketahui. Dengan kata lain, tanpa pengalaman dan pengetahuan mendalam, adalah sukar untuk saya menjadi seorang 'pejuang' yang baik dalam 'pertempuran' itu.
Apabila berada dalam situasi seperti itu, saya mula kelam-kabut mencari 'alatan dan perisai'. Masa banyak terbuang memikirkan kesudahan yang bukan-bukan atau membuat persediaan yang seringkali tersasar. Mungkin sebab saya tidak suka berasa tewas atau ditewaskan. Atau mungkin saja saya terlalu memikirkan persepsi orang terhadap saya. Lalu saya pun fikir-fikir lagi. Bodohnya saya, kenapalah saya peduli sangat dengan mulut orang. Dah tentu saya tidak boleh mengawal pemikiran orang. Saya hanya boleh mengawal diri saya dan cara bagaimana saya memberikan reaksi. Saya ada pilihan di situ.
Jadi , sekarang, saya enggan membenarkan fikiran saya terbelenggu oleh imbasan-imbasan awal yang belum tentu sohih. Ia lebih mudah begitu. Hasilnya, saya rasa lebih bersedia untuk berlapang dada menerima teguran dan memperbaiki diri. Saya mula menerima positif segala tugasan yang baru walaupun saya tidak arif tentangnya. Saya berjumpa dengan mereka yang faham dan berbincang tentangnya. Tak sangka rupanya saya pernah memiliki rasa 'ego' (atau yang sewaktu dengannya) yang boleh tahan juga. Mujurlah pengalaman mematangkan diri. Walaupun lambat, setidak-tidaknya saya diberi peluang dan mengambil peluang untuk berubah, sedikit-sedikit...insyaallah.
Dan kaedah 'redah' ini saya gunakan juga dalam situasi seperti ini...
Baru-baru ini saya diberi slot untuk menerangkan tentang bidang di bawah seliaan saya kepada sebuah anak syarikat yang berhajat mendalami lebih lanjut aspek kawalselia sektor telekomunikasi. Ianya hanyalah sebuah majlis kecil yang disertai lebih kurang 30 lebih peserta sahaja. Tetapi oleh sebab saya pun sudah lama tidak berdiri memegang mikrofon depan ramai orang, maka saya pun terasa sedikit 'risau'.
Segala bahan sudahpun disediakan. Saya langsung tidak membuat persediaan lain melainkan handout yang dicetak kononnya untuk dibaca di rumah, tetapi hakikatnya terperap dalam kereta sehari sebelum majlis berlangsung. Kemudian, saya memutuskan untuk mengikut sahaja rentak hari. Saya tanamkan dalam hati saya bahawa kedatangan saya adalah untuk membantu rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus memastikan acara berjalan seperti dirancang dan saya sebenarnya ada di situ bukan hendak menunjuk pandai. Saya cuma menjalankan tugas saya menyampaikan dan berkongsi apa yang saya tahu tentang bidang ini dengan harapan ia akan membantu peserta-peserta memahami tentang peranan dan tugas serta kesan aktiviti kawalselia ke atas operasi perniagaan.
Tiba-tiba rasa 'risau' itupun hilang.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, saya dapat berkongsi dua perkara dalam masa 30 minit tanpa banyak masalah. Saya tidak dapat mengawal diri saya memasukkan unsur-unsur humor di mana-mana yang dapat. Mula-mula kecut lepas tu sibuk dok buat lawak pula kat depan tu...ish! ish! tak sedar masa berlalu dan terasa berat nak lepaskan mikrofon. Melampau betullah saya ni!
Di meja makan, saya ditanya seorang kawan dari divisyen lain.
"Boleh tak kalau kami minta hang buat presentation topik ni untuk sesi awareness kami nanti?
Dalam hati, "Err...errr..."
Lepas tu Aku 'redah' je menjawab, "Boleh, apasalahnya kita bekerjasama. Tak apalah, nanti kalau ada keperluan tu, hang bagitau boss Akulah dulu. Kalau dia ok, Aku tak ada masalah".
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kerja saya di kemudian hari. Aminnnnn.

Hujan Pagi
Allahuakbar!
Janganlah ada yang datang ke tempat saya sekarang. Tolonglah. Saya segan hendak mengadap sesiapa dengan mata dan hidung yang merah. Tisu selembar sudah basah.
Saya berpusing-pusing mencari alasan. Tunduk membuka drawer mencari barang yang tidak perlu dicari. Hanya sekadar mencipta ruang untuk menyembunyikan emosi yang terganggu.
Hati saya sayu. Sedih bukan kerana janjiNya. Tersentuh mengenangkan keperibadian insan yang semalam pergi tiada kembali lagi. Hari ini hari dia. Hari saya entah bila. Sedangkan dia seorang yang besar kebaktiannya, tapi saya??? Apa yang saya ada???
Saya membaca tulisan ustaz yang blognya diberikan kepada saya menerusi Lotuslily. Ianya sungguh mengharukan hati saya. Lalu saya terkenangkan kata ustaz saya, yang saya cuba genggam kukuh tiap kali hati saya dijentik dengan rasa keinginan terhadap dunia. Dunia ini tiada nilainya. Hatta sebelah sayap seekor nyamuk itupun lebih bernilai dari sekalian dunia dan isinya. Lalu saya rasa malu dengan Tuhan bila pagi ini sesuatu yang tidak patut melintas dihati saya.
Blog yang Lotuslily beri ini yang entri terbarunya mengisahkan perjalanan terakhir Allahyarham Ustaz Asri menyedarkan saya kembali. Dan airmata saya tumpah mengenangkan singkat perjalanan saya yang tinggal dan lemahnya iman saya.

Thursday, August 13, 2009
Pergi Tak Kembali
Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) yang meninggal dunia kerana sakit jantung.
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Wednesday, August 12, 2009
Berjalan Dalam Hujan
Dengan sebelah tangan memeluk rapat beberapa buah dokumen ke dada dan sebelah tangan lagi memegang payung, Aku berjalan mengalahkan perempuan Melayu terakhir dalam hujan. Apa tidaknya, dengan keseimbangan yang terjejas, mudah untuk membuat kesilapan. Permukaan yang licin, air yang bertakung memperlahankan rentak Aku. Aku memang tidak selalu berjalan perlahan begitu. Apa hendak buat, cuaca tidak mengizinkan. Nasib baik ada payung Lotuslily.
Bila sampai ke tempat yang dituju, kasut tumit Aku basah separuh sebab hujung kain yang menyapu air. Hendak disingkap sedikit semasa berjalan nyata tiada upaya kerana kedua tangan sudah punya tugas masing-masing. Tak apalah. Walau dalam cuaca yang kelam membalam dengan gerimis yang tidak diundang ini, Aku tetap sahaja bersemangat menghadapinya. Itulah pentingnya berfikiran positif, kita tidak terheret sama memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan. Jadi Aku hanya memandang ke depan dan membayangkan masalah dapat diselesaikan. Ia membuatkan Aku kekal ceria.
Alhamdulillah, pertemuan di petang ini membuahkan hasil yang memberangsangkan. Perbincangan berlangsung dalam suasana santai dan muhibbah dengan masing-masing menghormati tugas pihak yang lain. Tiada sebab untuk berasa diperlekehkan atau rasa jatuh kerana tiada siapa yang membawa ego masuk ke bilik itu. Semua orang fokus untuk menyelesaikan masalah. Jadi, walaupun seksa berjalan dalam hujan dengan dokumen yang tidak begitu ringan, Aku keluar dengan kepala yang lebih ringan dan hati yang lapang. Aku dapat persahabatan baru dan dapat jaminan bantuan dari mereka yang lebih tahu. Begitulah, jangan sesekali meletakkan diri dalam keadaan 'besar kepala'. Tak pandai mengaku awal-awal, jangan memandai-mandai. Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Tidak rugi apa-apa pun.
Insyaallah, rasanya jalan yang terasa sukar mulanya semakin jelas terbentang. Dari sini, Aku sudah tahu bagaimana hendak melaluinya dan apa yang akan Aku temui di sepanjang jalan itu. Semakin ikhlas melibatkan diri dan berani memikul tanggungjawab, rupanya semakin cepat kita dapat belajar. Semoga Aku dapat memanfaatkan pengalaman ini untuk situasi yang lain pula.

Tuesday, August 11, 2009
Kebarangkalian Yang Tiada
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Yang gatal bukan kulit kepala, tapi hati. Dah bintat dan bengkak-bengkak. Sabar ajelah.
Oleh sebab Aku telah mengambil keputusan terlebih dulu, maka terpaksalah terima sahaja kesan dan akibatnya.
Tetapi Aku tidak berasa membuat keputusan yang salah. Hanya ada dua pilihan sahaja untuk kami sedangkan kata putus dari atas sana hanya mahukan satu pilihan sahaja. Kiranya kalau lambung sekeping duit 10 sen, tak boleh tidak mesti keluar gambar congkak. Kalau keluar angka pun, kena kalih dan buat magik supaya keluar gambar congkak juga.
Jadi??? Mengapa hendak tunggu buat keputusan lagi? Daripada terbengkalai segala pergerakan sebab dok err...aaa...err...aaa...Aku terjah ajelah.
Memang tidak ada sesiapa pun suka dengan pilihan yang ada.
Aku pun berjalan lenggang-lengguk ala Mak Limah pergi kepada USJ dan Sirapmadu.
"Silakan tandatangan", kataku tersenyum-senyum
USJ mengerutkan dahinya. "Oh! I tak sign tadi, ya?"
"You dah sign. Ini lain punya cerita. Sign ajelah!"
Maka USJ pun menurunkan tandatangannya.
Sirapmadu pun tak banyak soal menurunkan tandatangannya.
"Alamak...tak rela kena heret masuk dalam lubang taik ni..."
Ha...ha...ha...
Hanya yang tahu sahaja memahami situasi ini.
Awas! Jangan pandai-pandai buat tafsiran sendiri.
Biarlah rahsia...syyyhhhhhh!!!

Monday, August 10, 2009
Kelab Oh Kelab
Ada yang bertanyakan pendapat saya tentang penubuhan Kelab Poligami yang beribu pejabat di Country Homes Rawang, tak jauh dari rumah saya di Bandar Tasik Puteri itu. Dua hari ini pun banyak maklumbalas NGO dan entah siapa-siapa dipaparkan dalam akhbar. Sentimen saya berubah banyak dari kali pertama saya mendengar tentangnya. Itupun setelah membaca penjelasan yang diberikan oleh isteri bekas pemimpin Al-Arqam yang mengasaskan kelab ini.
Saya tidak bersetuju, diulang...tidak bersetuju jika sekiranya kelab ini ditubuhkan dengan niat menggalakkan dan mempromosikan poligami. Saya tidak merasakan amalan yang hanya lelaki-lelaki yang terpilih sahaja boleh lakukan layak dipromosikan kepada lelaki-lelaki 'ala kadar' diluar sana yang hanya kenal satu ini sahaja sebagai sunnah Rasulullah.
Pada pendapat saya yang banyak kelemahan dan kekurangan ini, amalan poligami ini bukanlah sesuatu yang digalakkan tetapi diberi kelonggaran atas sebab-sebab tertentu misalnya melindungi wanita (ini kena kupasan lebih lagilah...kang ada yang main serkup aje), mendapatkan zuriat (sekiranya isteri yang ada tidak berkemampuan) ataupun sebagai jalan memelihara iman dan menundukkan nafsu (mana tahu kalau dapat suami yang nak itu je setiap masa...).
Apabila membaca keterangan lanjut pengasas kelab ini, walaupun saya perempuan yang 'normal' (maaf, belum mencapai tahap 'luar biasa'), saya dapat memahami keperluan untuk mengadakannya. Kalau dari penerangan yang diberi, sepatutnya lelaki-lelaki di luar sana yang tersengih-sengih tak sabar nak hantar borang keahlian tu patut berhenti senyum dan perempuan-perempuan yang risau takut suami jadi ahli pun patut hentikan kegusaran melampau itu. Sebabnya?
Okay saya beri satu situasi ini sebagai contoh ikut pemahaman sayalah. Harap tidak silap.
Katakan si A ni dah ada isteri, si B. Ditakdirkan si A jatuh cinta pula dengan si C dan berhajat menjadikan si C isteri nombor 2. Maka mengamuklah si B. Si A pun tersepit serba-salah. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Nasib baik ada Kelab Poligami. Lalu A pun pergilah merujuk masalahnya kepada kelab itu.
Di sinilah peranan kelab poligami ini. Kelab akan memberi nasihat kepada A samada patut atau tidak meneruskan hasratnya beristeri lebih. Ada banyak aspek yang kelab akan tengok. Misalnya apakah A ini individu muslimin yang baik. Kalau sembahyang lima waktu pun tak cukup, janganlah letak pengharapan tinggi sangat pasal kelab ini bukan calang-calang pengikutnya. Lepas tu kena tengok juga keupayaan kewangan. Kalau bayaran sewa rumah pun isteri yang tanggung, tak payahlah berangan. Lepas tu tengok macam-macam lagi keupayaan mendidik isteri, agihan masa , kebajikan anak-anak...huuu...pendek kata bukan asal kata nak kawin lebih tu kelab ni akan permudahkan tapi silap hari terus tak dapat kawin lain pasal tak cukup kelayakan.
Dan kalaulah si A itu cukup semua syaratnya tetapi si B tetap saja tak rela, maka kelab akan memberikan kursus menerangkan tentang hakikat poligami itu supaya si B lebih faham dan redha dengan jodoh baru suaminya.
Seperti biasa akan ada reaksi keterlaluan dari mereka yang kononnya pandai. Saya fikir, eloklah jangan terlalu cepat menghukum. Bukan apa, kadang-kadang dalam keghairahan melontarkan pandangan itu, ia secara tidak sengaja menunjukkan kecetekan pemikiran. Sebaiknya, kalau tidak tahu, dapatkan rujukan dahulu jangan main hentam keromo ikut emosi supaya nampak ketrampilan sebagai pejuang. Dan takut-takut kita mempertikaikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Penyakit Orang Kita
Saya rasa salah satu cara yang boleh diambil untuk mengurangkan kes-kes rogol dan sumbang mahram ialah dengan mengharamkan terus iklan dan ubat-ubatan yang terang-terangan mempromosikan nafsu. Terus-terang saya katakan saya sangat mual dengan iklan-iklan yang mencanangkan peningkatan "luar biasa" seorang lelaki ini. Makan ubat jadi "kuat". Jadi "brutal" kata satu produk ini. Itu bukan yang kasta tempek kat pokok tau, itu siap keluar akhbar tabloid sensasi tu. Boleh dikatakan lebih dari 2 produk dipromosi secara 'sah' di situ atas tiket menyelesaikan masalah rumahtangga dan merapatkan keintiman. Dan bukan sahaja lelaki, saya turut malu dengan iklan-iklan untuk wanita. Rapat sana rapat sini. Seolahnya kita semua ni tak ada kerja lain lagi ke nak buat?
Adoiii...sudah-sudahlah!
Maka mulalah kita terbeliak baca cerita datuk rogol cucu...bapa rogol anak...agaknya bila dah terlebih 'ekstra' dah tak boleh fikir dah mana yang sesuai lagi. Akal dah dikuasai nafsu. Kalau umur sudah lebih 50-an...lumrahlah prestasi menurun. Masa tu, yang patut diperhebatkan ibadat. Ini tidak. Yang turun secara alami itu hendak diatasi dengan ubat yang bukan-bukan. Bila dah keterlaluan, isteri yang seusia pun mana boleh tahan. Suami mula pasang angan-angan. Perasan dia sangat hebat dan sepadan dengan yang muda sebaya cucu tu. Maka berantakanlah segala tiang dan dinding sebuah rumahtangga.
Lainlah kalau memang ada masalah. Yang memang kena diubati. Kita pun faham. Dan orang-orang yang tahu dia 'sakit' dia pun tak akan ambil sebarang ubat, mesti tanya pendapat pakar dulu. Tapi kalau yang elok je sihat walafiat macam kebanyakan orang, tak ada apa yang kurang tapi tak puas hati nak lagi ummpph kalau boleh mau jadi "superman" sibuk dok menambah power...hak yang tu lah yang macam api dalam sekam. Membara dalam diam. Kan bagus kalau padam! Tak adalah habis rosak padi segudang.
Saya tulis ini sebab saya sakit hati baca macam-macam cerita kat akhbar tu. Sentiasa ada budak baru lahir dibuang sampai ada yang jadi habuan biawak. Yang ditinggalkan dalam lubang jamban. Yang disimpan dalam beg. Samada mereka ini menjadi mangsa sumbang mahram atau mangsa rogol atau sukarela...kes-kes begini mencanak-canak naik. Cerita suami ganas dan buas. Cerita bunuh dek berebutkan perempuan. Cerita Akhil Hayy pun ada...cehhhh!!!
Sudah-sudahlah bercakap tentang menjadi maju dan terkenal seantero dunia. Sudah-sudahlah perasan kita ini hebat sangat pencapaiannya. Pakai baju bersulamkan benang emas sekali pun tak guna kalau di dalam isi perut terburai. Bangsa saya sungguh tenat sekarang. Berpecah-belah. Semuapun dah lupa kisah Pak Kaduk yang menang sorak tapi kampungnya tergadai.

Memburu Impian
Pertama kali suka lagu ini ialah bila sudah kerap sangat tengok filem Gila-gila Remaja tu. Almaklumlah, kerap sangat diulang tayang. Kemudian lamaaaa tak dengar sampailah dinyanyikan semula oleh Kristal dengan music arrangement yang lebih segar. Tapi masih suka yang asal. Pagi tadi dengar Sinar FM keluar lagu ni. Perghhh! Nostalgia!
Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Sunday, August 09, 2009
Aktiviti Hari Ahad
Tengahari tadi, Aku ajak Abang ke Amcorp Mall. Rasanya dah bertahun-tahun tak ke sana. Kali terakhir mungkin tahun 2000. Masa tu Amcorp Mall pun macam hidup segan mati tak mahu aje.
Keadaan sudah banyak berubah. Apa tidaknya, hendak masuk ke tempat parking pun tak dapat. Kenderaan bersusun-susun di sepanjang jalan. Alamak! Hari ini hari Ahad. Ada sunday market. Patutlah pun orang ramai berduyun-duyun. Mulalah tangan rasa macam nak tekup ke mulut je.
Masa lunch dengan Azra tempohari, Azra kata ada jualan murah kat Book Xcess. Jadi, itulah pergi hendak tengok. Ikutkan Aku tak pasti hendak membeli atau tidak, sebab tak pernah pun sampai ke situ. Dah tahu tempat okaylah, next time boleh curi masa datang masa lunch dengan lrt.

Ada lah buku-buku yang dijual pada harga semurah RM3, RM5, RM9.90 dan kebanyakan lain yang dijual pada harga RM14.90 dan RM17.90 tapi yang gila-gila murah tu stok clearance untuk buku yang kurang sambutan. Biasalah, judul pun tak berapa menarik dah. Anyway, Aku beli juga dua buah yang setiap satunya berharga RM17.90. Novel Amy Tan dan sebuah buku leadership.

Dari Amcorp Mall, kami menuju ke pusat bandaraya lalu singgah sebentar memesan cetakan digital beberapa puluh keping gambar keluarga di Pasar Seni dan seterusnya ke KL Sogo. Dengarnya ada sale Triump. Terkumat-kamit Aku baca doa 'parking' Sirapmadu...huh...menjadi, kejap aje dah dapat tempat. Lega! Dah dapat apa yang dicari, terus balik rumah. Rasanya stok barang rumah banyak lagi, jadi malas pula nak keluar lama-lama dalam jerubu ini. Rasa semacam je. Tak tahulah kalau lewat petang nanti hujan.
Huk alo...esok dah hari Isnin. Rasa tak puas berhujung minggu.

Saturday, August 08, 2009
Makan Tengahari Dengan A.Z Haida
Setelah lebih 5 tahun tidak berjumpa, cadangan berjumpa yang agak mengejut telah berhasil menjadi kenyataan. Selalunya dengan kawan-kawan lama ni, kadang-kadang berbulan merancang, tapi bila tiba hari yang dijanjikan ada aje aral yang melintang. Memang dah rezeki agaknya hendak berjumpa.
Sebetulnya cuak juga kalau tidak jadi. Nasib baik tidak ada meeting dijadualkan baik pagi mahupun petang pada hari Jumaat yang err...berjerubu itu, jadi Aku dapat keluar 30 minit awal dan sudah sampai KLCC menjelang jam 1.00 tengahari. Sampai depan kedai bakeri Rotiboy, Aku bagitau Azra, Aku tunggu dia sekitar situ. Tidak lama kemudian Azra call, bagitau dia lewat sikit. Sementara menunggu tu, Aku pun ambil kesempatan merayau. Pergi survey harga diskaun terkini pakaian di Isetan dan Mark & Spencer. Tak ada yang betul-betul menyambar pandangan mata, jadi tak adalah terbabas membeli. Lepas tu Aku ke Kinokuniya. Dari jauh Aku tengok ramainya orang tengah tunggu giliran untuk masuk ke restoran Madam Kwan. Nampaknya tak ada peluang makan di situ.
Bila Azra sampai, sudah jam 1.30. Tak ada banyak masa lagi. Yang penting bukan makan, tapi cari tempat duduk yang sesuai untuk bersembang. Lama tak jumpa ni! Kalau dok mencari tempat makan kang, buang masa pulak. Biasalah waktu tengahari, kan. Jadi, kami berdua setuju makan dekat foodcourt tingkat 4 tu ajelah. Tu pun giler penuh! Nasib baiklah dapat juga tempat duduk. Lain kalilah Azra, kita plan betul-betul dan makan kat tempat yang tidak huru-hara sangat, baru selesa nak bersembang, kan?
Seperti biasa, Aku sempat snap gambo Azra untuk KLTraffic...ha...ha...ko jangan salahkan Aku...disebabkan pengaruh blog ko itulah yang membuatkan Aku berminat memiliki sebuah blog, terus jatuh cinta dengan aktiviti blogging sehingga KLTraffic bertahan sudah lebih 3 tahun usianya.

Kesian, member malu ahhh! Tak kira! Tak kira! Heheh. Untuk tengahari tu, Azra beli makanan dari gerai sizzling dan hot plate. Aku lak...hemmm...macam tak nampak option lain lagi dah...apa lagi kalau bukan assam laksa. Tapi, untuk kawan-kawan semua, Aku tak recommend la assam laksa kat foodcourt ni. Tak macam rasa assam laksa. Kuah macam laksa kari jer. Cis! Next time Aku musti pergi ke Madam Kwan jugak!

Seronok bersembang, cerita anak-anak, cerita kerjaya. Agaknya kalau tak kerana Aku kena masuk pejabat balik, mahu tak lagi seronok buka topik demi topik. Tak apalah, mungkin lain kali saja, kan?
Oh ya, tahniahlah sebab dapat hamper penyertaan dalam program bual pagi di radio tu ye. Jangan lupa singgah bila datang RTM ambil hadiah tu. Terima kasih atas omeyage juga. Buat susah-susah saja.

Thursday, August 06, 2009
Alkisah H1N1
Makin menjadi-jadi penularan wabak H1N1 ini a.k.a selesema babi. Sampai ke kampung Aku pun dah kena. Sekolah kena tutup. Anak buah Aku pun disyaki juga. Dia mengadu demam dan sakit tekak. Minta-minta tak adalah jadi apa-apa.
Pertama kali buka topik pasal ini, nak buat cara ini pula.
H1N1 semakin serius
Yang selesema dan berhingus
Baik yang gemuk mahupun kurus
Semuanya risau takut terkena virus
Ingatkan sudah hampir berhenti
Alih-alih semakin ramai yang mati
Kenalah lebih berhati-hati
Hendak ke mana-manapun susah hati
Dulu sudah dikatakan bakal jadi wabak
Suruh pakai topeng tak ada siapa yang hendak
Sekarang semua bertolak-tolak
Salah siapa bila dah makin merebak?
Bukan hendak mengata
Tapi dah memang fakta
Penguatkuasaan tidak sekata
Turun naik kapal terbang tak ada yang periksa
Borang sudah diisi pun lupa diminta
Boleh lalu lalang selamba tidak disapa
Semakinlah virus bermaharajalela!
Bukankah elok kalau tidak ada yang 'itu'
Tidaklah kandang sampai beribu
Itulah punya asal nombor satu
Tapi tidak pula dijadikan isu
Alamak! Kalau diikutkan lain cerita pula
Sudahlah nanti semakin panjang berjela
Serupa macam bangau oh! bangau sahaja
Pi mai, pi mai, dok tang situ juga

Wednesday, August 05, 2009
Kelas@5/8/09
Hari ini kelas kami sempat menghabiskan bab Hak Kanak-kanak di dalam Solat. Yang menarik tentang pembelajaran kendalian Ustaz ialah cara penyampaian yang mudah difahami, straight forward dan masuk akal. Maksud Aku bukanlah agama itu difahami dengan logik akal semata-mata sebab limitasi akal kita. Sebab itulah kita disuruh berpegang kepada dua perkara ini - Al Quran dan sunnah Nabi. Masuk akal bagi Aku ialah seperti mana bila kita bertanya kepada orang yang tidak percaya wujudnya Allah lalu mengatakan sebab dia tidak percaya kerana dia tidak nampak. Kemudian kita kata dekat dia, adakah dia percaya adanya udara sebab udara pun tidak dapat dilihat juga, bukan? Lebih kurang begitulah maksud Aku.
Oh ya, berkali-kali Ustaz pesan jangan mengatakan apa yang diajarnya itu sebagai ajaran Ustaz Muin, takut nanti disalah anggap pula. Almaklumlah, kita ini bila dapat tahu sesuatu perkara yang selama ini tidak tahu, tidak terfikir dan amalan ikutan semata-mata...mudah teruja hendak bercerita. Nak bercerita satu hal, nak bagi penjelasan yang tepat satu hal juga. Silap haribulan orang kata kita ikut ajaran sesat pula sebab salah kita yang tak pandai nak memberi penjelasan! Yang penting kata Ustaz, apa yang diterangkannya semuanya berlandaskan Al-Quran dan Hadith sahih. Jangan kata dia menghukum ikut suka hati. Kalau tidak setuju, bawakan dalil untuk menyanggah. Kalau tak ada dalil atau bersandarkan kepada Hadith yang dhoif, jangan suka-suka hati mengatakan itu salah atau ini tak betul.
Kebetulan malam ini malam nisfu syaaban. Maka ramailah yang bertanyakan Ustaz tentang amalan membaca surah Yasin 3 kali pada malam tersebut. Ustaz kata tidak salah. Tetapi yang pasti, tidak ada dalil atau nas yang kukuh menyokong amalan ini. Ia tidak pernah dilakukan Rasulullah, para sahabat juga para tabi'in. Jadi siapakah yang hendak kita ikut, Rasulullah kah atau nenek moyang kita? Cuma Ustaz terkilan dengan budaya orang kita yang suka dan ghairah sangat mengejar amalan yang datangnya cuma setahun sekali sampaikan terlupa mengamalkan amalan-amalan sunnah Rasulullah yang bukan sahaja boleh dilakukan setiap hari, malahan juga besar ganjarannya. Ianya seumpama kanak-kanak yang menolak pemberian wang RM100 kerana lebih mahukan wang RM1. Contohnya mengamalkan doa mengenakan pakaian. Bukan sahaja kita kerap bertukar pakaian dalam sehari, malahan setiap kali membacanya maka diampun baginya segala dosa(kecil) yang lepas dan akan datang. Subhanallah. Ini merupakan hadith hasan yang diriwayatkan oleh Abu Daud.
Kata cinta dekat Nabi, tapi sunnah-sunnahnya tak buat pun...alamak...kena sebijik batang hidung Aku. Yang sibuk bab sunnah ni, haa...hak satu tu jer, belum sempat nak buka mulut dah keluar hujah. Sampaikan dah ditubuhkan Kelab Poligami. Katanya dah ada 300 orang ahli. Masyaallah. Tak tahulah, Aku yang terlebih beremosi atau apa.
Kata Ustaz, apa yang dilakukannya adalah semata-mata perkongsian ilmu dalam usaha melakukan ibadah bertepatan dengan cara Nabi. Dan usaha mendidik jiwa agar sentiasa dekat dengan agama. Ilmu menuntut pengamalan daripada pemiliknya. Maka, setelah mendapat satu ilmu, kewajipan kita ialah untuk beramal dengannya. Kita mesti menerima sesuatu itu dengan fikiran yang terbuka. Janganlah sikap taksub dan mengikut orang ramai membelenggu kita daripada mengubah kesalahan dalam ibadah serta menghalang kita untuk melakukan satu amalan yang telah kita ketahui kebenarannya.
Janganlah kita termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan di dalam Al-Quran, maksudnya:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka:Ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah. Mereka menjawab: Bahkan kami akan terus mengikut apa yang telah kami dapati daripada nenek moyang kami"
Luqman, 31:21
(petikan daripada kitab kecil ustaz)
Wallahuaklam.

Tuesday, August 04, 2009
Warna-warni Titiwangsa
Sekadar hendak memaparkan gambar-gambar bunga raya atau nama saintifiknya "hibiscus rosa-sinensis". Tak ada kena mengena dengan Rossa mahupun Terra Rossa...ha..ha...buat lawak lagi tu!

Teringat satu petua orang tua yang masa kecil dulu ada ikut juga. Iaitu petua melebat dan menghitamkan rambut. Caranya ialah dengan mengambil helaian daun bunga rasa dan ramas dengan air biar keluar lendirnya. Lepas tu lumur pada rambut dan kulit kepala. Rasanya dingin dan menyegarkan. Bagus petua ini. Kelemumur semua tak pernah menjadi masalah. Sekarang ni, pakailah syampu apapun...lagu tu jugaklah.

Gambar-gambar ini Aku ambil semasa berjalan pulang menuju ke tempat kereta berhadapan Restoran Nelayan Titiwangsa.

Tak tahulah ada tidak bunga kebangsaan ini dekat flora fest di Putrajaya nun. Ada hajat hendak pergi. Tapi kena tunggu clearance dari boss dululah he...he...he...

Oh...agak-agak kalau si Jemain tu hendak mencari tujuh jenis bunga, dekat Titiwangsa ni pun senang nak penuhkan kuota. Setakat ini yang Aku jumpa...ada bunga telipuk, bunga raya, bunga tanjung, bunga kemboja, bunga rhododendron, bunga jenjarum, bunga anggerik liar, err...bunga ntah nama apa ntah Aku pun tak berapa tau...dan juga bunga err...kelapa??? Heheh...

Syyhhh! Diam!
Mengucap panjang-panjang
Tarik nafas dalam-dalam
Adakalanya bila tidak tenteram
Eloklah duduk berdiam
Jangan dipanjangkan tingkah
Usah dilayan kerenah
Biar yang marak jadi bahang
Berdikit-dikit jadi arang
Lupakanlah
Biarlah beralah
Diam tidak semestinya kalah
Tarik nafas dalam-dalam
Adakalanya bila tidak tenteram
Eloklah duduk berdiam
Jangan dipanjangkan tingkah
Usah dilayan kerenah
Biar yang marak jadi bahang
Berdikit-dikit jadi arang
Lupakanlah
Biarlah beralah
Diam tidak semestinya kalah
Monday, August 03, 2009
Menjenguk Dhiya
Kakak Aku sekeluarga turun ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Ini kedatangannya pertama kali semenjak kehadiran Dhiya. Sebelum ini dia cuma berpeluang menatap Dhiya menerusi paparan gambar sahaja. Aku pun sudah lama tidak tengok dia. Sebetulnya cuma sekali semasa Syafiqah masih dalam pantang. Mereka sudah dua kali datang ke rumah Aku , sayangnya hari kerja. Tidak dapat melihat Dhiya. Jadi, hari Sabtu lepas kami semua pergi menziarah Dhiya di Klang.
Inilah buah hati pengarang jantung adikku, Mohd Khairi. Nurdhiyah Khaliesah nama diberi. Semangat!!!

Bulat matanya merenung Aku. Tembam pula pipinya. Ish! Bila didukung tak menangis pula tu. Gambar ini buat tatapan Ramzan sekeluarga juga.

Lama tak pegang baby rasa kekok pula.

Humaira pun bukan main teruja hendak pegang baby sama. Tapi tahulah, budak kecil...mula-mula cuit sikit, lepas tu laju je tangan dia nak 'lepuk' kepala baby tu...ha..kenalah berwaspada sebab dah masuk kategori 'geram' melampau tu.

Dah pukul 6.30 petang barulah kami berangsur. Tapi sempat singgah sekejap dekat kedai/kilang Bata yang terletak tidak jauh dari situ. Kebetulan ada jualan gudang, aii...alangkan dah sampai...singgah aje lah...:)

Nak kata hendak betul-betul membeli tu tak adalah. Saja je nak cuci mata. Tapi bila dah masuk tu, beli jugalah.

Jualan gudang berlangsung sampai 31 Ogos 2009. Tak caya boleh belek-belek tengok iklan dalam suratkhabar...eh...eh...sempat buat promosi untuk Bata!

Seperti biasa, aksi ala Ultraman dari Aiman. Dia pun sibuk mencuba longgokan sandal/selipar Bubblegummers dan pilih satu. RM5 sepasang je. So, angkut jer lah.

Remang senja mengiringi kami pulang ke Sentul.

Nasib baik route kami hari tu tak ada kena-mengena dengan demonstrasi mansuhkan ISA itu. Mula tu ada juga cadangan hendak pergi ke pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman tu, nasib baiklah tak pergi. Sebab balik pun dah lewat dan semua orang dah penat. Kalau tidakkk...hemmm.

Subscribe to:
Posts (Atom)