Saturday, August 08, 2009

Makan Tengahari Dengan A.Z Haida

Setelah lebih 5 tahun tidak berjumpa, cadangan berjumpa yang agak mengejut telah berhasil menjadi kenyataan. Selalunya dengan kawan-kawan lama ni, kadang-kadang berbulan merancang, tapi bila tiba hari yang dijanjikan ada aje aral yang melintang. Memang dah rezeki agaknya hendak berjumpa.

Sebetulnya cuak juga kalau tidak jadi. Nasib baik tidak ada meeting dijadualkan baik pagi mahupun petang pada hari Jumaat yang err...berjerubu itu, jadi Aku dapat keluar 30 minit awal dan sudah sampai KLCC menjelang jam 1.00 tengahari. Sampai depan kedai bakeri Rotiboy, Aku bagitau Azra, Aku tunggu dia sekitar situ. Tidak lama kemudian Azra call, bagitau dia lewat sikit. Sementara menunggu tu, Aku pun ambil kesempatan merayau. Pergi survey harga diskaun terkini pakaian di Isetan dan Mark & Spencer. Tak ada yang betul-betul menyambar pandangan mata, jadi tak adalah terbabas membeli. Lepas tu Aku ke Kinokuniya. Dari jauh Aku tengok ramainya orang tengah tunggu giliran untuk masuk ke restoran Madam Kwan. Nampaknya tak ada peluang makan di situ.

Bila Azra sampai, sudah jam 1.30. Tak ada banyak masa lagi. Yang penting bukan makan, tapi cari tempat duduk yang sesuai untuk bersembang. Lama tak jumpa ni! Kalau dok mencari tempat makan kang, buang masa pulak. Biasalah waktu tengahari, kan. Jadi, kami berdua setuju makan dekat foodcourt tingkat 4 tu ajelah. Tu pun giler penuh! Nasib baiklah dapat juga tempat duduk. Lain kalilah Azra, kita plan betul-betul dan makan kat tempat yang tidak huru-hara sangat, baru selesa nak bersembang, kan?

Seperti biasa, Aku sempat snap gambo Azra untuk KLTraffic...ha...ha...ko jangan salahkan Aku...disebabkan pengaruh blog ko itulah yang membuatkan Aku berminat memiliki sebuah blog, terus jatuh cinta dengan aktiviti blogging sehingga KLTraffic bertahan sudah lebih 3 tahun usianya.



Kesian, member malu ahhh! Tak kira! Tak kira! Heheh. Untuk tengahari tu, Azra beli makanan dari gerai sizzling dan hot plate. Aku lak...hemmm...macam tak nampak option lain lagi dah...apa lagi kalau bukan assam laksa. Tapi, untuk kawan-kawan semua, Aku tak recommend la assam laksa kat foodcourt ni. Tak macam rasa assam laksa. Kuah macam laksa kari jer. Cis! Next time Aku musti pergi ke Madam Kwan jugak!



Seronok bersembang, cerita anak-anak, cerita kerjaya. Agaknya kalau tak kerana Aku kena masuk pejabat balik, mahu tak lagi seronok buka topik demi topik. Tak apalah, mungkin lain kali saja, kan?

Oh ya, tahniahlah sebab dapat hamper penyertaan dalam program bual pagi di radio tu ye. Jangan lupa singgah bila datang RTM ambil hadiah tu. Terima kasih atas omeyage juga. Buat susah-susah saja.

2 comments:

A.Z. Haida said...

Aku bangga dengan hang sebab aku rasa hang seorang blogger yang lebih tegar berbanding aku, hehehe... Alhamdulillah, dapat jugak kita jumpa & makan tengah hari bersama selepas bertahun-tahun tak jumpa walaupun plan agak mengejut :-) Hari nak keluar jumpa hang tu la pulak macam-macam hal - kereta kena obstruct dengan lori lah, apa lah, tapi mmg dah tertulis kita akan jumpa juga walaupun tak lama, maka jumpalah juga, kan?
lain kali kita jumpa lagi, insya Allah...

Telipuk Kuala said...

Blogger tegar??? Heheh...thanks for the kind compliment. Sib baik tak de sisi-sisi bahaya, kalau cenggini punya tegar dengan posting yang 'mengancam' mau tak kena pantau...kah...kah...kah...

Yalah, nanti kita jumpa...mana tau boleh bawa family datang beraya ke...(amboi! puasa pun belum!)