Di mana bahagia? Bahagia tidak bertempat. Tak boleh dapat bahagia di Pulau Redang. Juga tak ada di Langkawi. Bahkan di Bandung pun. Apatah lagi di Legoland. Ya, anda boleh seronok ketawa dan enjoy bersenang...main pantai, main game...but in the end anda akan penat, duit pun dah habis. Barang banyak beli dan nak angkut. Sesudah itu semua...anda akan kembali berhadapan dgn realiti hidup juga. Ternyata bahagia yang anda rasa cuma sebentar. Begitulah lumrah hidup manusia. Ada pasang surutnya. Tak akan ada satu keadaan yang anda akan rasa bahagia sampai bila-bila.
Ada orang fikir, bila gajinya sudah sekian-sekian, dia akan bahagia sebab bila duitnya banyak dia boleh beli kereta baru, rumah baru, isteri baru...maka dia menetapkan bahagianya itu akan berhasil dicapai bilamana semua ini terjadi. Hakikatnya, bila duitnya semakin banyak, dan dia semakin banyak membeli, hidupnya tetap berjerih payah juga. Kereta baru perlu dijaga, nak kena bayar insuran, bayar roadtax...cukup masa kena hantar servis. Rumah baru pula perlu diisi dengan segala kelengkapan. Kalau pasangan baru pulak..sama juga, kena start all over again nak mula kenal hati budi dan fine tuning compatibility level masing-masing. Hujung-hujung anda akan tersandar sorang-sorang memikirkan bahagia yang anda rasa anda telah perolehi. Persoalannya, bahagiakah anda?
Resepi untuk bahagia kata Ustaz saya ialah apabila Allah redha dengan kita. Bagaimana untuk Allah redha dengan kita? Nak dapat redha Allah, terlebih dahulu kita kena jadi hamba yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Kena selalu bersangka baik dengan Allah. Apa jua yang Allah tetapkan untuk kita pastilah itu yang terbaik. Sebagai hambaNya, kita kena terima dengan hati yang lapang. Memang cakap itu senang tapi nak mencapai tahap seperti ini sangatlah sukar. Namun, itu tidak bermakna kita harus mengalah dan berhenti mencuba. Kita mesti ajar diri, asuh dan latih untuk menjadi hambaNya yang Dia redhai kalau kita ingin merasai bahagia di dunia (sementara menunggu masa pulang kepadaNya), bila tiada suatu apapun yang bisa membuat kita resah, rungsing dan bimbang. Kala itu segala-galanya baik untuk kita dan kita hanya memandang dengan sisi positif. Saat itulah hati benar-benar tenang dan lapang. Itulah tanda Allah telah redha dan itulah kebahagiaan yang harus kita usahakan.
Mengharapkan bahagia di dunia ini memang tak akan dapatlah sebab dunia untuk orang Islam bukanlah tempat bersenang lenang. Dunia tempat sementara untuk diuji. Jadi, betulkan persepsi. Bahagia kita yang abadi hanya ada di sana. Di akhirat yang nikmatnya sampai bila-bila. Tapi pastikan kita dapat redha Allah untuk masuk syurgaNya. Kena ikut apa yang Allah dan Rasul ajarkan.
Memang bukan senang. Tapi siapa kata senang? Jalan ke syurga itu dihiasi dengan onak duri dan segala yang nafsu tidak suka sedangkan jalan ke neraka itu penuh dengan kemanisan dan kesukaan. Jangan pilih dengan nafsu, tapi pilihlah dengan iman.
Semoga terbuka mata hati.
Tuesday, April 17, 2018
Sunday, April 15, 2018
Taman2 Syurga
Ini kali pertama Telipuk berpeluang menghadiri program seumpama ini. Setahu Telipuk program The Straight Path (TSP) ini telah bermula pada tahun 2015 dan kini, masuk tahun keempat. Alhamdulillah, dapar peluang ikut serta. Sebenarnya masa mula tahun memang nak join, tapi macam tak jadi. Entah macam mana, last minute tu one of the speaker datang TM bagi Lunch Talk on Embracing Sunnah in Digital Era. Terus terpaut hati nak ikut. Kebetulan pulak, team TSP siap buka kaunter tiker dan bagi diskaun lagi. Bak kata orang, memang kalau dah jodoh tu, tak ke mana. Mudah jer.
Tema persidangan kali ini ialah bertajuk " Sunnah : Come Aboard". Acara berlangsung dekat sangat dengan rumah Telipuk, PWTC. Haishhh...kalau tak sampai jugak memang rada semacam jugaklah. Tak kan nak tunggu berjemput. Parking kereta kat stesen lrt jer , then naik tren. Tak sempat nak belek whatsapp pun ...dah sampai. Haihh...mudah sangat, alhamdulillah.
Maaflah Telipuk tak dapat menghasilkan nota ikut tajuk. Telipuk nak rangkumkan kesemuanya sekali sebab setiap satunya berkait antara satu sama lain. Teras asas perbincangan ialah bagaimana kita nak mengamalkan sunnah supaya selamat hidup kita. Jadi, sebelum kita mula beramal, kita kena faham kedudukan sunnah dalam Islam. Maklumlah di luar sana musuh-musuh Islam tidak berhenti berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari mengamalkan sunnah. Yang sedihnya, bukan setakat musuh Islam, sesama Islam pun masih 'blur' dan bertelagah pasal apa yang sunnah dan apa yang tidak. Lebih malang kalau yang terus menolak sunnah, hanya nak pegang pada Al-Quran. Makinlah bercelaru sebab sunnah berupa kata-kata Nabi Muhammad SAW (hadis) itu berfungsi untuk menerangkan dengan lebih terperinci makna ayat Allah.
Dunia kita pada hari ini memang sangat mencabar. Bagaimana untuk kita pertahankan iman kita dengan persekitaran yang menduga ini? Apa solusi kita kepada segala permasaalahan yang menimpa? Tidak lain dan tidak bukan perlulah kita rujuk kepada agama dan ikut sunnah Nabi dalam menghadapi sesuatu perkara. Kalau kita tak ikut Nabi, kita nak ikut siapa? Sedangkan Nabi itu adalah contoh ikutan terbaik buat ummah dan setiap kata-kata yang Baginda luahkan berupa wahyu dari Allah SWT. Mengikut sunnah Baginda dan berpegang teguh dengannya di saat manusia menjadi semakin huru hara dan tenggelam dalam permainan dunia ini adalah satu kemestian untuk kekal selamat. Seumpama sebuah kapal besar atau bahtera seperti di zaman Nabi Nuh. Hanya yang menaikinya terselamat. Justeru, kita harus 'naik' bahtera sunnah ini. Pegang dan gigit kuat-kuat sebab kita akan berhadapan dengan ramai manusia yang akan memperlekeh-lekehkan sunnah. Termasuk juga mereka yang menambah-nambah amalan yang Nabi tidak buat. Bukankan Nabi telah berkata bahawa sesiapa sahaja yang berbohong atas namaku maka bersiaplah untuk mengambil tempatnya di dalam neraka. Jadi, sebelum kita suka-suka buat sesuatu dan suka-suka cakap apa yang kuta buat tu sunnah, fikir dulu apa yang nabi kata. Memanglah ada yang kata apa salahnya, bukan buat benda jahat...tapi dia terfikir tak yang nabi tu sudah sebaik-baik contoh untuk diikuti. Adakah nak kata dia lebih baik sebab buat apa yang nabi tak buat? Lagipun pada Telipuk senang saja, banyak lagi sunnah nabi yang kita tak buat pun...jadi tak payahlah nak berbalah. Buat dan konsistenlah dalam beramal. Bismillah yang mudah masa nak mula makan pun kita selalu terlepas pandang...lagi mau sibuk ka...huhuhu
Memang seronok dapat duduk dengan selesa, tenang dan menghadam ilmu yang dikongsikan oleh ilmuwan yang datang dari pelbagai latarbelakang. Syukur sangat sebab Telipuk terpilih untuk berada dalan kalangan yang ramai ini untuk ada di situ. Memang banyak rezeki Allah beri pada Telipuk, bantu mudahkan hidup Telipuk untuk pergi kepadaNya. Semoga berterusan begini sampai akhir hayat Telipuk.
Harap ada peluang lagi untuk menghadiri acara seumpama ini di lain kali. In shaa Allah.

Telipuk menghadiri program ini dengan kak Lotusllily. Hehehe...ini memang sparring partner yang selalu tolong kuatkan Telipuk dalam urusan-urusan seperti ini. Alhamdulillah, terima kasih kak berkongsi semangat, kita saling ingat mengingatkan each other ye.
Memang seronok dapat duduk dengan selesa, tenang dan menghadam ilmu yang dikongsikan oleh ilmuwan yang datang dari pelbagai latarbelakang. Syukur sangat sebab Telipuk terpilih untuk berada dalan kalangan yang ramai ini untuk ada di situ. Memang banyak rezeki Allah beri pada Telipuk, bantu mudahkan hidup Telipuk untuk pergi kepadaNya. Semoga berterusan begini sampai akhir hayat Telipuk.
Harap ada peluang lagi untuk menghadiri acara seumpama ini di lain kali. In shaa Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)