Menilai perwatakan manusia ini memang 'menarik'. Kerap terjadi kita sangka orang ini macam itu, rupa-rupanya dia macam ini. Sebab itu, kita jangan mudah 'cop' orang. Waima untuk yang melayan kita dengan baik pun, jangan telan bulat-bulat. Bukan apa, nama pun manusia. Sekali air bah, sekali pasir berubah. Orang kata, kalau sayangkan seseorang tu jangan membuta tuli. Sama juga kalau bencikan seseorang, berpada-padalah. Boleh jadi yang kita sayang itu suatu hari nanti akan menjadi orang yang paling kita meluat nak tengok dan boleh jadi jugak yang kita dulu benci itu suatu ketika menjadi orang yang kita paling sanjungi. Cakap mudahnya, berfikiran terbuka sahajalah dan jangan terlalu berharap pada manusia sebab manusia tak boleh beri apa-apa pun.
Telipuk bercakap dari pengalaman juga ini. Hasil pengalaman inilah yang mengubah pandangan Telipuk. Perkara yang baik sebenarnya. Bukan apa, dulu sebelum kenal benar dengan seseorang, biasanya cenderung menjatuhkan hukum awal-awal. Dia ni mesti orangnya macam ni. Tengok cara cakap pun dah tahu dah...amboiii. Tapi bila kita bersikap neutral dan memberi peluang pada orang, segala-galanya menjadi lebih mudah dan positif. Dan satu lagi tips penting, jangan mudah sangat dengar cakap orang sebab kerap kalinya mereka juga tersilap menafsir. Boleh jadi saja mereka menggunakan analisis yang salah gara-gara pemahaman dan latarbelakang yang berbeza sehingga akhirnya tersalah anggap. Naya je kan.
Dan di akhirnya, memang kita akan dapat juga 'baca' dan kenal sikap seseorang. Pendekatan Telipuk adalah mudah sebab Telipuk memang bukan jenis yang gemarkan konfrontasi. Telipuk seorang yang cintakan keamanan dan kedamaian. Telipuk tak boleh hidup bila memikirkan yang ada orang terluka dengan perbuatan Telipuk. I just can't. Telipuk terluka tak apa...orang buat Telipuk tak apa...jangan Telipuk buat orang. Sebab, in shaa Allah, Tuhan akan bantu Telipuk memaafkan orang tetapi Telipuk tak tahu kalau orang lain boleh memaafkan Telipuk. Kita ni, kalau hubungan dengan Allah 100% perfect pun tak guna kalau asyik 'tersangkut' bab hubungan dengan manusia. Jangankan manusia, haiwan pun ye juga. Tak guna sujud lama-lama kalau kucing yang merayu minta makanan kau pukul dengan penyapu. Jadi rasanya, bab hubungan dengan makhluk inilah yang Telipuk paling risau sebab inilah yang akan diperhalusi satu persatu di perhimpunan Mahsyar nanti.
Jadi, ya...tak apalah kalau orang ketawakan Telipuk di belakang pun sebab 'lembik' sangat. Ada juga yang tak puas hati sebab "kau terlalu baik". Orang kata, nanti kau kena buli je. Tak apalah, Tuhan kan ada. Lagipun, hidup kat dunia ni tak lama. Biarlah. Ingat setiap satu perbuatan tu tak dicatatkan ke? Jangan buat main...kalau kau mengaku Islam, kau mesti percaya. Ini soal akidah ni, bukan hal kecik anak, ok. Kalau kau percaya...kau pun tahukan yang suatu hari nanti kau kena menjawab sebab adanya Hari Perhitungan itu. Baik kau risau sekarang sebab kau pun tak boleh jamin lama mana kau hidup.
Telipuk takut tak sempat nak minta maaf pada orang-orang yang hidupnya Telipuk pernah susahkan. Hujung-hujung ni Telipuk selalu fikir dan cuba untuk mengimbas kembali masa-masa lalu, pernah tak Telipuk buat sesuatu yang orang tak boleh nak maafkan? Telipuk cuma ingat 2 peristiwa sebab 2 peristiwa itu menerbitkan rasa terkilan yang amat dalam. Peristiwa pertama, Telipuk pernah tipu seorang kawan dengan memberikannya pen/pensil tekan yang second-hand dan sudah rosak. Masa tu darjah 2 atau 3. Dan kawan tu pulak membayar untuk mendapatkan barang yang tidak berkualiti itu. Memanglah selepas itu kawan tadi marah. Tapi Telipuk boleh buat bodoh tak nak pulangkan duitnya. Hubungan kami kemudiannya terputus bila dia berpindah ke sekolah lain dan langsung Telipuk tak tahu mana nak cari. Masalahnya namanya pun Telipuk sudah lupa, wajahnya juga sangat samar dalam ingatan, maklumlah zaman budak sangat. Peristiwa lagi satu pun semasa sekolah rendah bilamana Telipuk ikut sama membuli seorang budak perempuan. Why oh why? Entahlah...nampaknya macam dia tidak disukai ramai, dan bila semua orang buli dia...Telipuk ikut sama. Tak adalah buli tu macam budak- budak sekarang...tapi, pernah jugalah Telipuk tunjuk 'macho' pijak kasut sekolah dia sebab konon2nya nak bagi nampak hitam dan kotor. Rasanya perbuatan Telipuk lebih kepada nak dapatkan endorsement kawan-kawan lain yang I was with them...or else, Telipuk pulak yang kena sama. Maklumlah, sekolah tu jauh dan Telipuk tak ada ramai kawan. Kenalah masuk 'geng'.
Memang rasa menyesal dan terkilan sebab pernah buat orang lain macam tu. Dan perasaannya lebih teruk sebab tak tahu mana nak kita sampaikan permohonan maaf itu. Harap-haraplah mereka sudi maafkan Telipuk.
Tentang orang yang buat Telipuk, jangan risau, Telipuk dah maafkan semuanya. Err...memang Telipuk tak boleh lupa apa yang korang buat kat Telipuk sebab ada satu dua perkara, sakitnya Telipuk terpaksa tanggung sampai mati. Tapi tak mengapa, Telipuk kan kuat...kala ada masanya Telipuk down sangat pun, nanti nanti Telipuk elok balik. Biarlah waktu merawat kelukaan itu...chewahhh...selagi boleh hidup berjalan elok dan fikiran pun terang, elok fokus kepada yang baik-baik sahaja. Yang tak elok tu tak banyak pun, jadi tak payah buang masa layan perasaan sebab kalau diturutkan rasa, binasa kata orang.
Lumrah alam kan macam itu. Susah lawannya senang. Sihat lawannya sakit. Semuanya tak kekal lamapun. Yang paling penting ialah tekad dan azam untuk buat yang terbaik. Jadilah orang yang baik walaupun tak de mendapat balasan baik orang sebab yang kita buat baik itu sebenarnya untuk diri kita sendiri.
(Cakap memang senangggg....:P)
Wednesday, February 21, 2018
Friday, February 09, 2018
Mudah Terhibur
Telipuk suka baca kata-kata (quotes) yang memberi inspirasi. Macam motivasi diri dan kerohanian. Salah satunya yang Telipuk suka ialah tentang "sempoi"nya hidup ini. Simple. Life is Simple. Kita yang gemar merumitkan keadaan. Bukan apa, tiba-tiba tercetus idea nak mengarang entri ni gara-gara tumpang kesian tengok kawan yang susah hati menguruskan kehendak orang yang bermacam ragam. Serba serbinya tak kena. Nak itu. Nak ini. Dah arrange macam ini, dia hendak yang macam lain. Pendek kata memang menyusahkan. Padahal bendanya simple aje pun. Macam orang yang terlebih kuah dari sudu bila pemimpin nak datang melawat kawasan. Eh...biarlah dia datang tengok keadaan kita macam mana, tak usah dok kalut sangat la...tak payah nak cover-cover, itulah realiti kita. Hemmm....ke situ pulak kannn.
Tak apalah, yang suka sangat menyusahkan orang tu, fikir-fikirkanlah. Bukan setakat Life is Simple, but Life is Short...haa...buatlah tabiat menyusahkan orang. Nanti Allah balas balik dekat akhirat sana, baru tau. Kita ni hidup tak lama, kalau boleh biarlah semasa hayat dikandung badan ni jadi makhluk yang makhluk lain suka...yang menyenangkan dan tak menyusahkan orang. Bukan apa, fikirkan kita nak balik bertemu Allah nanti...tentu kita nak dipermudahkan urusan. Tak begitu???
Baru mukadimah tu...hahaha...eh, betul, kena juga entri ni dengan tema 'Simple' itu. Ceritanya begini...cer citer...cer citer....;)
Baru-baru ini, Telipuk dapat idea nak buatkan anak-anak happy dengan kos yang rendah. Tak payah pergi Sunway Lagoon pun...pergi Kompleks Kraf Jalan Conlay aje. Budak-budak ni suka kucing. Dok memuja kucing Munah kat rumah yang tak berapa ramah tu jer la...sekali nampaklah promosi untuk event ini, "Pets Lover Fiesta". Aiii...cantiklah tu. Tak jauh dari rumah dan juga jatuh hujung minggu. Sesuai sangat! Yang lebih penting, Telipuk tak perlu waze tempat ni sebab tak tahu. Apa lak tak tahu...berapa kali pernah tersesat masuk situ on the way nak ke Royal Chulan...hahahaha...
Sebelum masuk, kita buat perangai dulu depan pintu masuk. Seperti biasa yang rajin melayan hanyalah Aiman. Hisham memang taklahhh.
Sebenarnya, ini pertama kali Telipuk dan anak-anak berkunjung ke Kompleks Kraf ini. Agaknya kalau tidak ada tarikan pameran kucing itu, tak tahu bila pula nak sampai. Bagus juga kan. Merasa datang. Rupa-rupanya ada banyak tarikan di sini. Haaa...nanti Telipuk cerita kat bawah sana. Sebelum masuk, kena beli tiket dulu ye. Eh eh...tak mahal pun, RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. For a good cause, why not kannn...lagi pun seronok giler kat sini. Tak menyesal beb! Comekl-comel giler kucing kat sini. Terkesima tengok. Kalau dapat peluk dan picit-picit hidung diaorang lagi best! (eh...diaorang ke, diahaiwan...hahahaha).
Alololo...comel-comel semuanya. Telipuk tak cukup dengan satu round. Sanggup pusing lagi tengok dan belek satu persatu. Tak puas rasa. Telipuk tak ada pengalaman bela kucing baka yang hebat-hebat ni. Hanya biasa bela kucing kampung saja. Tu pun nak kata bela sangat pun tak berapa yakin, hahaha...sebab yang kat kampung tu semuanya memegang status PATI asalnya, lepas tu barulah dinaik taraf. Tak payah cari, ada je yang datang kat rumah. Yang dengan Telipuk ni jer, Si Monnie (aka Munah) yang bolehlah dianggap dibela sebab makan minum berak kencing semua ditanggung beres.
Kata Aiman, "Ibu, kita patut masukkan Monnie dalam pertandingan ni. Diakan comel dan berbadan lembut. Mesti boleh menang". Hahaha...berangan! Ibu jawab, "Kalau nak bertanding, kena pastikan bebas kutu dulu". Jom ambil maklumat Kelab Kucing Malaysia ni, mana tahu kot-kot di masa hadapan rasa nak join, ataupun kalau tak join pun boleh je ikut aktiviti diaorang ni.
Antara pameran yang ada. Tengoklah tu, banyak nyer hiasan bertemakan kucing ni. Konfem peminat tegar. Telipuk tak ada satu pun benda seumpamanya, waima rantai kucing sekalipun hehehe. Telipuk suka kucing tapi tak de lah sampai minat mengumpul barangan macam ni.
Selain itu, terdapat juga lukisan kucing dan dijual. Ada yang berharga RM600, ada RM500, dan sebagainya. Bila tengok tu, kemain rasa nak melukis sendiri. Hahaha...Iyolah...masa ni la semua hobi habis keluar...nak melukis la, nak masuk kelab kucing la, banyak pulak idea.
Itu belum habis lagi tu. Dalam dok pusing-pusing tu, terserempak pula dengan kiosk batik. Maklumlah, pertama kali datang. Dia punya "perakk" tu semacam. :). Biasalah, as usual, Telipuk ni antara nak berhenti tak nak berhenti je. Hajat nak tengok semua tu ada, tapi tak bolehlah nak rembat semua. Tak jadi masalah kalau boleh katakan "tidak"...tapi, not so simple for me yang tak reti nak utter the word. Asyik dok kesian orang dan tak sampai hati memanjang, last-last terjebak jugalah. Itupun nasiblah harga batik painting tu macam tak masuk akal Telipuk yang tak ada sebarang keperluan. Yang menarik tu ialah keinginan untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza yang ditawarkan oleh kiosk batik ini.
Jadi, kami cuba pengalaman mewarna ini. Aiman seorang sahaja yang nak cuba. Yang lain-lain cuma nak tengok. Telipuk nak cuba tapi tak berapa yakin. Jadi, tumpang sikit-sikit celup berus dengan Aiman. Ini frame yang paling kecil. Bayaran dikenakan ialah RM15. Lukisan boleh pilih. Aiman pilih gambar wau. Work station lengkap dengan air dan warna disediakan. Sebelum mewarna, tunjuk ajar diberikan. Sekali cuba...waaauuuuu....seronok beb! Last-last yang over excited bukan budak, tapi mak budak. Hahaha.
Yeayyy...dah siap pun. Tu pun mak budak tak puas hati sebab budak tu tak nak dengar cakap bab pemilihan warna. Hahaha...yelah, dia kan ada kreativitinya tersendiri...sibuklah mak budak tu! Okaylah, dapat pengalaman dan dapat hasil tangan sendiri buat cenderamata. Macam ni punya best, nak kena datang lagilah.
Sebelum balik, kami sempat meronda lagi. Ada haiwan lain juga dipamerkan seperti arnab, burung dan anak kambing. Ada juga haiwan peliharaan yang menggelikan...macam katak, cicak dan ular...korang niii...tak de benda lain ke nak bela? Geli makkkk!!! Oh ya, Telipuk tergerak hati nak beli sesuatu sebagai souvenir dari kunjungan julung-julung kali ini. 'Sesuatu' itu adalah dua ekor ikan gapi yang comel...serius lawa...yang satu tu Telipuk pilih memang kembang setaman sirip dia...kaler biru berkilauan...of cours...my favourite colour la kannn. The other one tu same colour, tapi tak begitu kembang ekor/siripnya...yang tu Aiman pilih.
Now hari-hari terhibur tengok diaorang...tenang jer rasa. Cantik sangat. Hebatkan kuasa Allah menciptakan sesuatu yang seperti itu. Dengan begitu terperinci penciptaanNya. Bila berlawan fuhhh...memang cantik sangat . Itu baru ikan...
Sekecil-kecil ikan pun sudah cukup untuk menghiburkan hati...(macam tak paham why orang terlalu obses dengan benda-benda yang mahal merepek untuk memuaskan kehendak hati). Tak payah minta banyak pun dalam hidup ini. Cukuplah dengan apa yang kita ada. Tak payah pergi luar negara pun, pergi Komplek Kraf saja dah cukup. Teringat Telipuk kata bijak pandai...kaya jiwa itu adalah bila kita berasa cukup dengan apa yang kita ada. Yang banyak terjadi ialah orang yang jiwanya miskin, dah ada macam-macam dalam hidupnya tapi masih mengumpul harta macam semua nak angkut untuk dirinya sahaja. Padahal pakainya yang itu itu juga. Makannya yang itu itu juga. Sudahnya kena penyakit depression...sebab tak pernah rasa cukup. Na'uzubillah.
Semoga Allah hindari kita daripada menjadi manusia yang hidupnya hanya tertumpu kepada segmen duniawi sahaja. Pesan ustaz saya, lazimikanlah membaca doa ini :
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)









