Tuesday, February 28, 2017

Kalis

Sejujurnya saya sekarang sudah tidak peduli lagi dengan tanggapan orang terhadap saya. Rasanya saya tidak perlu memuaskan hati semua orang sebab saya tidak lagi memerlukan perhatian atau endorsement orang lain terhadap apa jua tindakan saya. Bukan mengatakan yang saya ni dah kebal benar tetapi nak kata yang sebenarnya, kita ni buat apapun orang tetap akan judge dan tetap akan berkata-kata, baik kata-kata yang positif mahupun yang negatif.

Kadang-kadang saya rasa memang sudah ambil tindakan yang saya rasakan terbaik dan tidak terfikir yang boleh juga orang fikir yang sebaliknya. Dan jika itulah yang terjadi, memang saya tak boleh nak buat apa-apa. Manusia ini rambut sahaja yang mungkin sama warna tetapi hati di dalam...macam-macam warna ada. Sudah tentu sebagai manusia biasa, waima baik macamana pun tetap akan ada orang yang tak suka. Maka, saya ambil pendekatan...lantak ko lahh. Kalau ko rasa aku jahat...sukahati ko lahhh. Aku tak rugi apa-apa pun...mungkin akan ada orang-orang lain yang terpengaruh dengan cara penyampaian ko...tapi biarkanlah.

Selagi saya tidak melanggar perintah Allah dan Rasul, saya anggap itu hanyalah perkara lumrah yang manusia hina seperti saya perlu hadapi. Mudah-mudahan Allah berikan saya kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi situasi seperti ini. Mudah-mudahan hikmah atas ujian ini berupaya mengikis serba sedikit dosa-dosa saya yang banyak.

Monday, February 27, 2017

Jalan Bahagia

Dalam hidup ini, kalau nak bahagia ada dua benda jer petua dia :

1. Jangan takut
2. Jangan berdukacita

Tak de dua benda ni, konfem hidup bahagia.

Ini bukan formula Telipuk saja-saja nak cipta. Yang ini ada dalam Al-Quran.  Surah Yunus, ayat 62-64 :

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu, orang yang beriman dan mereka sentiasa bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar"

Walaupun kita kaya raya, ada banyak duit...kita tak akan bahagia kalau sentiasa berasa takut akan keselamatan harta kita. Macamana nak bahagia kalau dengar bunyi tingkap bergesel pun kita dah terlompat sebab sangkakan perompak. Macamana nak bahagia kalau asyik bimbang bila kita mati nanti pasangan akan guna duit ringgit kita untuk hidup dengan orang lain. Macamana nak bahagia kalau asyik pikir orang yang dok datang rapat-rapat, berbaik dengan kita semua tu ada niat nak kikis harta kita.

Kemudian, penghalang kebahagian seterusnya ialah perasaan dukacita. Sedih dengan musibah yang terjadi. Sokmonya sedih dan larut dalam lara. Sebab apa? Sebab tak redha dengan apa yang terjadi. Maka itu buatkan kita rasa berdukacita. Jatuh sakit kita sedih. Anak tak lulus SPM pun kita sedih. Kenduri orang tak panggil kita sedih. Kena marah dengan boss kat pejabat, buatkan kita sedih sepanjang hari. Sayangkan bazirkan masa kita dengan menangisi sesuatu yang sudah ditetapkan akan terjadi. Waima keluar air mata darahpun tidak akan mengubah keadaan.

Justeru, buangkan ketakutan serta kekhuatiran akan apa yang bakal terjadi. Buangkan juga rasa duka dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Allah telah  janjikan kehidupan dunia dan akhirat yang bahagia untuk kita selagi kita beriman dan bertaqwa. Iman itu akidah, sebagaimana rukun iman yang 6 itu. Percaya dan pegang kukuh. Misalnya Qada dan Qadar Allah. Nah, kalau itu kita gengam erat, kenapa nak takut kalau Allah takdirkan kita hilang sedikit harta benda. Semuanya pun pemberian Allah belaka. Dia boleh bagi dan Dia boleh ambil bila-bila Dia suka. Yang jadi masalah ialah bila kita perasan semua yang kita dapat itu adalah hasil usaha serta kebijaksanaan kita...tu yang jadi meroyan tak boleh terima hakikat. Bagaimana pula dengan takwa? Bagaimana nak jadi insan yang bertakwa? Prinsip asasnya ialah Rukun Islam yang 5 itu...dari situlah kita membina amalan, ikut apa yang Allah suruh dan tidak buat apa yang Allah larang.



Benarlah, bilamana tiada lagi hidup kita ini dicengkam dengan rasa takut dan dukacita, pasti yang tinggal hanyalah kebahagiaan. Seperti mana seorang ibu di zaman Rasulullah yang menghantar seorang demi seorang anak lelakinya berperang bagi memenangkan Islam. Walaupun satu demi satu anaknya terkorban, dia tidak sedih dan tidak takut. Malahan berasa duka kerana tiada lagi anak yang dia boleh sumbangkan untuk membantu perjuangan fisabilillah. Begitulah kuatnya keyakinan dan keimanan para sahabat terhadap janji Allah...kita bagaimana?


Friday, February 24, 2017

Ubat Hati

Pada suatu ketika, datang seseorang kepada Ibnu Mas'ud.

Katanya, "Wahai Ibn Mas'ud, berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang gelisah. Dalam beberapa hari ini, aku berasa tidak tenteram. Jiwaku gelisah dan fikiranku kusut."

Ibnu Mas'ud lalu berkata, " Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat:


  1. Tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau mendengar baik-baik orang yang membacanya.
  2. Majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah
  3. Carikan waktu yang sunyi seperti ketika dinihari dan engkau dirikan solat memohon kepada Allah akan ketenangan jiwa

Seandainya jiwamu belum terubat juga, maka mohonlah kepada Allah agar diberikan kepadamu hati yang lain sebab hati yang ada sekarang, bukan lagi hatimu!"

Friday, February 17, 2017

Kompang Dipalu

Tahun ini tahun yang bersejarah untuk ibu Telipuk sebab cucu sulung dia naik pelamin. Memang dialah yang paling teruja. Asal-asalnya kami nak buat biasa-biasa sahaja. Tapi bila sedara ni tambah, sedara ni tokok...tahu-tahu dah jadi macam ni, Hahaha...macam ni means, siap pelamin bagai...sebab yang tukang andam, tukang sponsor pelamin adalah sedara sendiri.


Majlis ni pakai khidmat katerer...jadi taklah kelam kabut sangat. Ikutkan hati mak, dia nak yang bergotong royong macam zaman dulu tu...tapi memandangkan tukang-tukang masak handalan sudah makin pupus kerana seorang demi seorang sudah kembali menyahut panggilan Illahi...ditambah juga dengan tiada kudrat (anak-anak pun semuanya mengada balik lambat)...maka tak jadilah nak buat stail tu...kalau tidak, mau Telipuk berlemoih dok kat pelantar cuci pinggan la jawabnya.


Yeayyy...bunga telur. Ini memang tradisi keluarga Che Ani. Kita kalau kenduri mesti nak ada bagi telur jugak...kan kenduri zaman sekarang ni jarang jumpa...orang ganti dengan benda-benda lain. Ibu Telipuk memang nak sangat ada telur ni. Yang bagi dekat orang ramai, kami letak dalam bekas dan masukkan dalam goodies bag...yang bertangkai ni, bagi kat sedara dan kenalan rapat. Budak-budak ni kemain suka...macam tak pernah makan telur rebus eh? Tapi serius...pasaipa yang kenduri punya macam lebih sedap jer rasanya...hahahaha


Telipuk agak sibuk hari tu. Orang kuat pengantin katakan. Dialah pengiring, dialah jurugambar, dialah tukang segala hahaha...kena usik dengan sepupu-sepapat...nampak kecoh sangat ke mak? hahahaha....kannn...ni dah kira tahap menerima menantu jugak sebab anak sedara yang kawin tu kan...lepas ni boleh upgrade jadi tok ok...actually dah lama jadi tok sebab anak-anak sepupu Telipuk dah ramai yang dah ada anak...huhuhu...tok pun tok lah...tok perasan muda lagi weyyy...


Memang gempaklah kan pasal kau sorang-sorang jer dok jolok selfie-stick kan...hahaha...ko adoo???
Abis tu...orang lain semua cantik jer bergambar, yang kita sendiri ni nak tak nak berswafoto sajalah...berlatarbelakangkan pengantin. Jadilah. Kalau tak, tak de la gambor kannn. (Saje la tu...)


Tu yang kat belakang tu semua calon-calon menunggu...banyaklah nak kenduri lagi. Ibu Telipuk juga yang seronok. Dia kalau boleh semua nak buat, tapi kudrat dah tak kuat. Ada hati lagi tu. Makanya kena pot pet pot petlah dengan anak-anak. Dalam dok kita pot pet pot pet ni...dia buat juga...lepat labulah...sayang sekali garam disangka gula...tak pasal-pasal kena buang begitu sahaja.

Side dish memang banyak. Ditaja belaka. Ada laksa. Ada pulut kacau. Ada bubur kacang. Ada sayur keladi. Ada masak tumis lala...shell out la sangat...seguni orang bagi. Murah rezeki kann. Alhamdulillah.

Apapun yang happy ialah bila balik dapat berkumpul walaupun masanya singkat. Bukan senang nak jaga silaturrahim ni kan..kadang-kadang ada jer yang boleh menjadi isu...tapi kalau pandai bertolak ansur memang seronok.

Wednesday, February 15, 2017

Dan sebenarnya...

Dengan manusia...kita selalu harap, dia akan cinta dan setia pada kita selama-lamanya.
Dengan manusia, kita sanggup buat apa saja untuk menagih perhatian, meraih cinta
Dengan manusia, kita tak malu mengungkapkan kata-kata puitis...menaruh harapan dan membina impian...untuk hidup dengan manusia...

Manusia yang belum tentu mampu membahagiakan
Manusia yang belum tentu sanggup bersusah payah untuk kita
Manusia yang sebenarnya tak ada apa-apa pun nak bagi

Tapi begitulah cara kita

Dengan Allah, kita buat asal ada asal buat
Dengan Allah, kita buat ibarat melepaskan tuntutan saja
Dengan Allah, kita berkira-kira
Dengan Allah nak baca doa lama-lama pun malas
Dengan Allah macam tak sungguh-sungguh nak minta

Sedangkan...

Allah yang memberikan kita segala-galanya
Allah yang penuh dengan Rahmat dan Kasih Sayang
Allah yang mampu memberikan kita apa jua
Allah yang sentiasa memberi apa yang kita perlu

Tapi begitulah cara kita

Lalu kita kata kita cinta
Cinta apanya kalau ia membawa kita jauh dari Allah
Kita kata kita bahagia
Bahagia apa kalau setakat sehari dua
Kita kata kita berjaya
Berjaya apanya kalau terhadap Allah kita lupa

Ayuh semak semula hubungan kita
Fokuskan kepada yang hakiki
Kembali sedar siapa diri kita
Ke mana sudahnya kita

Tuesday, February 14, 2017

Buat Jahat Jangan Sekali

Kata Ustaz saya, jangan pernah berhenti daripada berbuat kebaikan atau berbuat baik kepada orang walaupun madu yang kita beri dibalas dengan tuba. Maksudnya, teruskan sahaja berbuat baik dengan orang walaupun tidak mendapat balasan setimpal, tiada perhargaan ataupun orang tu balas dengan kejahatan. Contoh...er...kalau korang rajin tengok sinetron Indon boleh dapat banyak contoh kat situ. Tengok jer watak orang yang baik tu...dah kena macam-macam pun masih tetap baik dengan si penjahat sampai penonton geram-geram rasa nak tukar skrip ajer. Hahahaha...

Mengapa begitu ye? Kesianlah dekat orang yang baik tu kan...macam tak dapat apa-apa. Rugi lagi ada. Eh...eh...salah tu. Jangan lihat guna kacamata penilaian manusia. Tapi lihatlah dengan kacamata amalan. Betul, dia terlihat rugi di dunia. Tetapi kebaikan yang dia buat itu sebenarnya bukanlah untuk orang tetapi perbuatan itu sebenarnya untuk dirinya sendiri. Apa-apa jua amalan kita memang untuk diri kita. Kita buat baik, Allah beri ganjaran pahala atas kebaikan kita, barangkali kita memudahkan urusan orang dengan cara begitu. Kalau sekalipun manusia tidak menghargai, kita masih tidak rugi apa-apa. Lagipun manusia boleh bagi apa ? Yellekkk! Kalau kita buat baik, tapi orang tu tetap buat jahat kat kita...kita sabar saja sudah. Maka, kita akan dapat pahala atas kesabaran kita menahan diri daripada melakukan perbuatan (misalnya balas dendam) sedangkan kita sebenarnya mampu pun untuk balas balik perbuatan tu. Cumanya kita memilih untuk bersabar sebab kita yakin dengan perancangan Allah dan kita tahu Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil. Kan elok macam tu?

Yelahhh...ko cakap memang senanggg...den yang menanggung ni haaa...

Siapa kata senang? Saya tak kata benda tu senang. Tapi begitulah sifatnya jalan-jalan menuju kebaikan dan kedamaian abadi. Jalannya dihiasi ranjau dan duri. Derita dan sengsara di mana-mana. Memang begitu ciptaannya supaya hanya yang benar-benar layak sahaja mampu melepasi halangan itu seterusnya mengecapi nikmat syurga Allah yang tidak mampu kita menggambarkan.

Sedangkan neraka itu jalan-jalan menujunya dihiasi dengan keseronokan dan perkara-perkara yang menyukakan nafsu. Tapi sekali kau terjerumus...nauzubillah...penghujung yang menanti adalah azab yang sangat dahsyat!

Mengapa begitu? Kerana itulah namanya ujian. Mesti nak lulus dengan cemerlang. 4 flat gitu. Kalau yang senang-senang pejam mata pun boleh dapat...apa kelasss. Barulah berbaloi-baloi nak dapat segala apa jua yang terlintas dalam hati, apa jua yang dihajati...tapi tu kendian la kan...tok sah cakap banyak. Tok sah tanya banyak. Kang jadi Bani Israel yang banyak songeh pula.

Oh ya, satu lagi motivasi supaya kita boleh kekal buat baik tanpa mempedulikan balasan manusia ialah sebab kita memilih berbuat baik bukan kerana dia pun. Tapi kita buat baik sebab mengenangkan betapa Allah telah berbuat baik kepada diri kita. Ya...mengapa tidak, dengan segala nikmat yang tak cukup nak kita senaraikan...apa salahnya kita tunjukkan kesyukuran kita dengan melayan orang dengan baik. Dapat pahala apa...kalau orang tak nak balas baik pun tak apa...silap hari bulan dia aniaya kita dan kita mantain sabar dan baik, dah sah-sah bukan setakat pahala kita dapat...dengan dosa-dosa kita kita boleh transfer kat dia dan pahala-pahala dia kita rembat sebagai ganti. Hurmm...untung banget tu...

Kan betul...berurus niaga dengan Allah ini memang kot mana-mana pun menguntungkan!


Monday, February 13, 2017

Kalau dah namanya manusia

Awak tahu apa masalah saya bila saya bawa balik laptop ke rumah?

Hurm....memang agak dah...kalau saya tertinggal laptop tu kat rumah kemudian masuk pejabat mulalah panik sebab nak buat kerja tak boleh masih boleh dimaafkan lagi sebab terrrlupaaa...(maklumlah jarang-jarang sekali terbuat). Masalahnya, saya bawak balik laptop tu...then come Monday, dengan gembiranya saya langsung tak lupa nak angkut semula ketika datang pejabat. Namun yang tak tahan tu ialah...saya terlupa nak bawa talian hayat laptop tu...huhuhu...masa bila pulak Aku keluarkan power cable tu??? Ishhhh...

Dengan sedihnya, masuk pukul 11, laptop tu dah gelap gelemat hilang tenaga. Sakit hati kannn??? Laptop ada tapi tak guna juga...padann mukaa!! Nasib baiklah boleh pinjam cable power kawan...kalau dia tak bagi, memang hampehhh! Tak dapat buat entri impromptu pasal ni...eh...eh...ingat senang ke saja-saja nak mengomel pasal laptop? Memang taklahhh...

Tu la manusia...dah dapat talian hayat mulala lupa diri. Patut patutnya dah balik meeting tu, cepat-cepat kemaskini nota tadi...ada banyak isu kannn? Konon this time around nak well managed bagai...sekali laptop dah ON balik, tetiba jer gatal lak pergi klik butang Chrome tu apehal???

Alaaaa...kejap jer...nak release tensionnn...

Bukan selalu apa...

Alasannn!!!