Showing posts with label Son. Show all posts
Showing posts with label Son. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Jom Ke Sekolah

Hari ini hari suai kenal untuk murid-murid baru tahun 1 dan pra-sekolah SKBBS. Si Abang Long asyik la memberitahu jangan buat itu, jangan buat ini sampai si Adik takut-takut. Adik tanya dengan muka muram, "Kalau kerja yang susah saya tak tahu buat macamana ibu?" sebab Abang dah awal-awal mengertak kononnya cikgu garang.



Program bermula kalau ikut jadual pukul 8 pagi. Pukul 7.30 pagi kami sudah ada di sana. Biasalah, Aku suka sampai awal dan benda ini Aku selalu tekankan pada anak-anak. Ini ikut disiplin arwah ayahlah. Lagipun muka kulit nipis macam Aku ni, mana boleh sampai sesuatu tempat sesudah majlis bermula...bila kita masuk dan orang tengok, rasa malu sangat-sangat. Masa arwah ayah ada dulu, walaupun sekolah cuma di seberang jalan, dia akan pastikan pukul 7.15 pagi, Hisham sudah masuk pagar sekolah.

Dan seperti biasa juga...majlis tidak bermula tepat jam 8.00 pagi, sebaliknya pukul 8.40 pagi. Biasalah, nak tunggu dewan penuh dulu...macamana nak penuh, pukul 8.30 pun masih ada yang berbaris di kaunter pendaftaran. Haish!!!



Mengikut maklumat pendaftaran dulu, Aiman ditempatkan di kelas 1 Cekap. Untuk tujuan kendalian hari ini, murid-murid diberi lencana kertas berwarna. Murid-murid kelas 1 Cekap memakai lencana biru dengan lambang 'sharpener'...heheh...Aku ingatkan aiskrim. Ada 6 kelas tahun satu - Cekal, Cekap, Cerdik, Cerdas, Cemerlang dan Canggih. Buat masa sekarang, pengkelasan dibuat tanpa sebarang pertimbangan khusus. Actually, Aku pun tak tahu yang kelas-kelas tu kalau ikut prestasi, mana yang terbaik, kedua baik dan seterusnya pasal Aku tak kisah pun. Janji anak-anak faham keperluan untuk belajar dan belajar mengikut kemampuan. Aku bukan jenis yang mesti score 100. Mesti dapat A. Bukan tak suka A...sukaaaa...tapi biarlah pemburuan A itu datang daripada kemahuan anak-anak & kesedaran mereka bukan sebab Aku kata begitu.

Tapi, mengikut kata Guru Besar, sistem sekarang sudah berbeza. Ikut standard baru, murid-murid akan dinilai bukan lagi dengan gred A, B, C etc...tapi bermula untuk batch tahun ini, mereka akan dinilai mengikut 'band'...amboiii...Aku ingat kat opis jer ada menate 'band' ni. Macam Hisham yang akan melangkah ke tahun 4 tahun depan, dia masih lagi mengikut sistem gred seperti dulu. Tapi, Aiman dah ikut sistem lain. Kalau Band 1 - murid sekadar tahu tapi belum menguasai. Band 2 - murid tahu dan boleh kuasai. Band 3 - murid tahu, boleh kuasai dan tahu buat...heheh...Aku just ikut pemahaman Aku yang tak seberapa ni jer la pasal sejam pertama tu selang 1 row dibelakang ada satu budak ni melalak melolong tak ingat dunia. Boleh mak dia dok syuh...syuh...syuh...macam tu jer. Mula-mula Aku rasa kesian juga, yelah...biasalah, budak buat hal...anaknya dalam 2-3 tahun jugak. Entah apa yang diamukkan. Pujuk punya pujuk, makin kuat jer. Sudahnya satu dewan mula rasa tak senang. Setakat sepuluh minit rasanya orang simpati lagi...tapi kalau sudah sejam, orang dah bengang jadinya. Yang si suami buat derk jer...kot la nak ambil budak tu bawak keluar biar isteri fokus dengar amanat Guru Besar atau...isteri yang keluar, suami tunggu dalam...whatever la...janji jangan sampai mengganggu majlis.

Apapun pemerhatian Aku mendapati jenama 'Angry Birds' memang menjadi pilihan top budak-budak. Beg 'Angry Birds' paling banyak kelihatan.

Aiman pun tak ketinggalan.



Apalah yang best sangat tentang burung-burung ni...bekas makan dan minuman Aiman, pencil box, alat tulis...semua dia nak yang ada gambar menate ni...



Memandangkan ini bukan kali pertama menghantar anak ke sekolah, Aku tak risau dah...lagipun Hisham ada. Aiman pun, alhamdulillah, boleh sesuaikan diri. Dia kata, "Saya suka la sekolah ini. Nanti tak sabar nak jumpa kawan saya yang tiga orang tu". Dia kata dah ada 3 orang kawan. Nama tak ingat. Harap-harap dia dapat kawan-kawan yang baik. Tapi tak tahulah, sebab hujung bulan Januari ada ujian untuk tentukan kelas semula. Apapun harap dimanapun dia ditempatkan, dia boleh enjoy sesi pembelajaran dan menghargainya.

Kalau boleh jadi macam omaknya dulu pun baguih...selalu tak sabar tunggu Isnin setiap hujung minggu...hahaha (sekarang bila dah kerja, selalu tak sabar tunggu Jumaat...)

Monday, October 12, 2009

Lelaki vs Perempuan

Anak-anak kecil ini banyak belajar daripada persekitaran dan pengalaman mereka. Sebab itu penting ibu bapa dan keluarga terdekat mendedahkan mereka dengan perkara-perkara yang positif, berfaedah dan membina minda. Begitu juga kalau hendak menerapkan perkara-perkara yang perlu untuk masa depan mereka seperti adab pergaulan, budi bahasa dan sebagainya pun lebih senang pada masa ini. Bak kata orang, kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, nak lenturkan boleh patah...buek'an lomang lagi sodap!

Jadi itulah, kadang-kadang tu rasa nak tergelak dengan kenaifan budak-budak ini.

Ada suatu hari tu, Aiman nakal sangat. Angin Aku pun tak berapa baik. Jadi, cara Aku tegur dia tu nampak berubah sangat agaknya sampai dia tarik muka. Dengan tak senang hatinya dia berkata, "Ibu, ibu mana boleh marah saya..." sambil buat gaya memprotes.

"Kenapa pula ibu tak boleh marah Aiman?" Ye tak ya juga, apasal tak boleh plak?

Jawapan dia yang lurus bendul tu buat Aku ketawa mengalir air mata. Terus tak jadi marah lagi. Begini jawapannya...

"Ibu kan perempuan! Orang perempuan mana boleh marah. Orang lelaki boleh marah."

Betullah. Dia cuma nampak apa yang berlaku di sekelilingnya. Kebetulan pula, memanglah Aku ni jenis yang tak reti nak marah-marah...bukan tak marah, marah juga...cuma cara keluar marah tu berbeza. Yang garang cam rimau kat rumah tu bapak dia aje. Tu pasallah ada pula idea dia nak kaitkan ciri tu dengan jantina...ha...ha...ha...

Lepas tu ada lagi idea bertemakan jantina ni...bab pemilihan warna. Katalah tiba-tiba Aku pegang sesuatu atau pilih sesuatu yang berwarna selain merah jambu...Aiman akan cakap, "Ibu, ibu perempuan...mana boleh warna hijau (atau hitam, biru etc...). Warna pink untuk perempuan!". Ha...ha...ha...

Yang tak tahan tu...semua dua raya diaorang adik beradik tak bagi dekat Aku. Asal dapat jer...berlari-lari kat babah diaorang. "Babah...duit raya!". Memang diskriminasi jantina betullah!

Wednesday, October 07, 2009

Pandangan Hisham

Semenjak sekolah rendah agamanya bercuti seminggu bersempena UPSRA, semakin banyaklah aktiviti-aktiviti tak berkenan di hati dilakukan oleh budak-budak di rumah itu. Almaklumlah, tukang perancang utama ada...yang lain tu ikut aje. Bilik bersepah macam tongkang pecah jangan cakaplah. Laci meja study kena selongkar berkali-kali. Yang mencari gunting, gam dan kertas warnanya...belum masuk lukisan-lukisan kreatif di dinding. Lantai tu pun tak tahulah berapa kali kena mop. Hemmm, lambat lagilah nak berangan nak buat deko macam Eric Leong...tunggu masuk sekolah menengah dululah kot...he...he...he...

Oh ya, agaknya dek kerap sangat memunggah barang tu, Hisham jumpalah gambar-gambar lama. Jadi berlakulah perbualan pada malam semalam.

"Ibu...ibu...kenapa babah kawin dengan ibu?

Aku termangu sekejap. Pasal tak duga kena jawab soalan macam tu.

"Err...babah kawin dengan ibu sebab babah suka dekat ibu"

Lepas tu dia kata..."Tapi...kenapa babah suka dekat ibu..."

Aku belum sempat jawab, dia buat teori dia sendiri yang buatkan Aku tak tahan sakit perut ketawa.

"Ibu...saya tau la ibu...tadi saya tengok gambar ibu kawin dengan babah. Babah datang dekat ibu. Lepas tu babah tengok ibu cantik. Lepas tu babah kawinla dengan ibu"

Adooiii...senak perut Aku. Lepas tu dia sambung lagi.

"Ibu, kenapa saya tak nampak ibu kawin dengan babah. Kenapa saya tak pergi? (kenapa dia tak ada masa tu...)

Err...err...memanjang je Aku. Tapi Aku cakapla, "sebab awak belum ada lagi masa tu.." Dia diam aje. Faham ke tak tu? Alamat tak lama lagi kena sediakan jawapan betul-betullah.

"Ibu, ibu tak malulah" tiba-tiba dia buat muka tersipu-sipu.

"Malu apa nya?" tanya Aku.

"Yelah, ibu pegang tangan babah...eee...ibu tak malu yeee???"

Wah! Patut pun ada satu hari tu Aku tengok dia senyum-senyum tengok cerita kartun. Adegan Tom berusaha bersungguh-sungguh cuba memikat seekor kucing betina manakala Jerry cuba menggagalkannya.

Nampaknya anak sulung Aku ni dah ada 'perasaan' dah...:)

Wednesday, May 27, 2009

Main Cikgu-Cikgu

Semalam Aku jadi 'cikgu' sekejap. Tak lama, dalam sejam lebih sahaja. Tahulah budak ni, cepat bosan dan hilang tumpuan. Subjek yang diajar semalam (sebenarnya untuk tujuan ulangkaji) adalah Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Bahasa Inggeris. Ini semua dek peperiksaan selaras itulah. Macam hari sebelumnya Aku guna buku latihan dan aktiviti aje. Untuk subjek lukisan petang kelmarin, Aku siapkan ukiran kentang dan timun setelah memilih menjawab option 1 iaitu corak terap. Jadi malam tadi, Aku keluarkan white board dan dirikan kat meja di luar tu dan berlagak macam cikgu. Hisham cakap, "Ohhh...ibu dah jadi Cikgu Anira". Ha...ha...ha...Aku gelak dalam hati sebab dia pun berlagak macam murid panggil Aku, cikgu.

Aku tak ada pengalaman menjadi cikgu pun, tapi minat memang ada. Masa kecil-kecil dulu itulah cita-cita Aku walaupun cikgu kelas letak dalam portfolio Aku tiga jenis pekerjaan yang sesuai iaitu Askar, Mekanik dan entah apa satu lagi. Hairan jugak Aku, entah masa bila dia tanya cita-cita Aku atau berdasarkan ujian personaliti apakah dia dengan yakinnya menyenaraikan pekerjaan2 tersebut. Jadi 'Askar' tu tak heran lagi sebab Aku memang ada berdarah 'perwira' eceh...ceh...ceh...tapi yang jadi Mekanik tu jer yang Aku tak tahan...sampai sekarang tak pernah sekali pun Aku bukak enjin kereta, entahkan ada tikus ke, biawak ke...Aku pun tak tahu. Pandai bawak je.

Tapi masa kat universiti, pernah jugaklah berlagak jadi 'lecturer'. Aku tak menyamar pun, tapi bila dah dipanggil "Puan", "Puan"...terperasanlah jugak. Masa tu lecturer yang appoint Aku jadi RA dia pergi oversea 2 minggu. Sudahlah masa tu permulaan semester baru. Sebelum pergi, dia bagi senarai subjek yang dia akan mengajar serta jadual kuliah. Dia suruh Aku handle kelas-kelas dia ni sementara tunggu dia balik, siap bagi kepercayaan suruh Aku maklumkan pemarkahan dan bagi assignment lagi. Huh! Seronoklah Aku! Oleh kerana secara tak rasmi Aku dah grad, Aku dah tentulah deal dengan junior. Tapi ada gak beberapa orang student batch Aku yang dalam tahun akhir yang Aku jumpa. Masing-masing ingat Aku 'tutor'. Aku dah terangkan orang tak percaya.

Peristiwa yang Aku tak boleh lupa adalah masa Aku masuk kelas International Business. Melopong member-member yang kenal bila Aku melangkah masuk. Almaklumlah, bila masuk terus menuju ke stage depan, siap bawak buku bagai, kan...ahaks! Depa pun excited lah.Aku baru jer habis terangkan requirement kelas bila tiba-tiba muncul seorang lelaki. Dia pandang Aku, Aku pandang dia. Semua mata pandang kami.
"Ini kelas International Business ke?" tanya dia. Aku ingat dia super senior pasal ada ramai jugak golongan veteran yang baru masuk.
"Awak siapa?" dia tanya Aku.
"Saya diarahkan masuk kelas ni oleh Encik A sementara dia balik".
" Kelas ini adalah kelas saya" katanya. Oppsss...Aku nyer giliran lak melopong. Lepas tu baru Aku tau, sepeninggalan lecturer Aku, kelas itu telah di'rampas' darinya. Teruk juga politik kat dalam kampus ni rupanya. Bila lecturer Aku balik, frust giler dia bila Aku bagitau apa yang terjadi. Aku rasa dia pi jumpa dekan lepas tu. Masa tu dia pun macam berura-ura nak pindah U lain, tapi jodoh dengan kampus utara tu masih kuat lagi.

Satu lagi kelas ialah kelas International Marketing. Yang kelas ni memang sah milik lecturer Aku. Jadi sempatlah beberapa hari Aku berlagak pandai. Cuma yang tak boleh lupa tu ialah bila satu hari masa Aku kat bilik lecturer Aku tu ,ada sorang student ni datang nak jumpa pasal assignment yang Aku bagi. Tak salah Aku dia senior. Tapi ada repeat paperlah, tu yang lambat habis.Mula-mula dia tanya pasal assignment tu la, konon tak berapa faham. Aku pun explain la macam ni macam tu. Lepas tu dia mengadu dia tak dapat cari groupmate. Lepas tu dia mengadu hal-hal lain. Banyaklah masalah. Minta Aku tolong dia. Muka dia giler sedih, monyok! Eh! Awak lelaki lah, janganlah cuba memancing simpati saya. Sah! Dalam lembik-lembik Aku ni, Aku rasa kalau jadi lecturer, Aku akan jadi yang jenis "killer" punya...hahaha...Huh! Sib baiklah lecturer Aku cepat balik.

Jadi semalam dapatlah melepas gian mengajar. Hari ini last day exam. Malam ni bolehlah Aku lepak tengok TV pula. Haduuiii...legaaaaa!