Showing posts with label Cubicle Life. Show all posts
Showing posts with label Cubicle Life. Show all posts

Friday, December 14, 2018

Poster

Adalah nampak juga sedikit sumbangan, walaupun hasilnya tidak seberapa. 😅
Seram juga bila orang request kita buatkan poster sebab tak pandai pun, yang ada cuma niat hendak menolong sahaja. Belasah sahajalah, janji mesej sampai. Jangan dilihat kepada nilai estetikanya...hahaha...


Wednesday, September 28, 2016

Bila Bertembung

Saya nampak dia ketika menunggu giliran untuk menaiki lif di lobi aras bawah. Seperti kebanyakan orang, dia pun sama, sibuk menatap skrin telefon pintar. Khusyuk sangat, tak menghiraukan orang di sekeliling. Hemmm...sekarang ini macam itulah, masuk meeting tak tegur orang...terus belek telefon pintar. Bila kita tengok orang sibuk dengan telefon pintar, kita yang ramah ini pun dah malas nak tegur. Maklumlah, orang tu ada urusan lain. Tapi untuk kes hari ini, saya sengaja mengawangkan tangan depan muka dia. Hahaha...terkejut dia.

"Eh..eh..kauuu" . Tu la...baru nak perasan orang.
Bila saya tak terus tegur tapi gelak saja, dia menggeleng sedikit, memandang saya, tersenyum sumbing dan berkata, "Kau ni memang tak berubah ye..."

Saya tak beri komen tentang pendapat dia tu sebab ya betul, saya masih seperti dulu-dulu juga. Jadi saya lanjutkan dengan pertanyaan "Apa khabar wak?".

"Baik" balasnya sepatah sebelum pintu lif mula terbuka dan kami melangkah masuk.
"Kau masih kat tempat dulu ke Wak?" sibuk jer saya bertanya sedangkan sebenarnya saya pun tak ingat dah nama divisyen tempat dia bekerja. Hanya serkap jarang saja. Dan mesti lawak kalau dia tanya saya soalan yang sama sebab ironinya, jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, barangkali saya adalah satu-satunya yang masih bertugas di bahagian yang sama saya melaporkan diri pada hari pertama mula masuk kerja di TM ini.

"Ye ...kat situ lagi." Dia buat muka boring. Alamat tak payah tanyalah. Tiba-tiba mukanya ceria balik sebelum bertanya nakal, "Kau ingat tak bekas girlfriend aku dulu?". Mulalah giliran saya buat muka. "Eh...yang mana satu? Kau kan girlfriend banyak sangat!". Hahaha...Wak...wak...sebenarnya tak sempat mengusik dia sangat sebab destinasi saya dah sampai pun.

Memang kami semua panggil dia Wak. Budak Jawa. Tak bagitau pun sudah terserlah kejawaannya. Hahaha. Dia budak yang sibuk tanya soalan ketika saya berdiri di hadapan memperkenalkan diri. Ingat lagi antara soalannya ketika saya mengaku mempunyai hobi mengumpul setem.

"Kalau saya curi koleksi setem awak, apa awak nak buat?". Apppaaaa daaaa punya soalan.
Saya pun jawab tanpa berfikir panjang..."Saya bakar rambut awak".
Satu dewan ketawa. Terus tangannya mencapai rambut di kepalanya yang lebat ikal. Hahaha...takut kauuu...sayang rambut oooo.

Begitulah kami mula berkenalan. Kemudian dapat group yang sama pula. Ingat betapa saya selalu menjeling marah dekat dia sebab memang dia tak ada kerja lain, asyik dok usha budak-budak pompuan kat tempat kami dihantar untuk in-house training. Ada sekali tu, lain yang saya suruh buat...lain pulak yang dia buat. Arggghh. Tapi bab makan bestttt...untuk jadi geng makan memang no problem. Time tu siap beriaya-iya nak belanja makan Pizza Hut kan...maklumlah, baru masuk kerja gaji kecik aje...mana nak bayar duit sewa rumah....duit tambang dan makan. Kira kalau nak makan pizza tu dah premium sangat dah masa tu.

Oklah jumpa kawan-kawan sekali sekala kita masih mampu menyapa. Saya macam biasa sahaja, maksudnya kalau jumpa saya tegur. Tapi tak semua saya mampu tegur. Tengok keadaan lah. Kalau belum sampai dekat dia dah kona ke lain atau buat-buat tak nampak...ahahaha...tak payah tegurlah. Ehhhh adaaa...bukan tak ada yang macam tu. Tapi tak apalah, saya okay saja. Yang buat macam tu pun tak ramai....so, tak adalah rugi pun.

Apapun tak kisah, yang penting kita jangan sombong ek...

Monday, September 26, 2016

Dah ke Belum

Lepas jauh berkelana (chewahh) ke selatan, Telipuk membawa diri nun jauh ke utara pula. Whoaaa...jauhhh terbawa lukisan hatiku...hilanggg eh...eh...melalut ke situ pulak. Memang tahun ini tahun banyak berjalan. Seorang. Huhuhu...


Destinasi dituju ialah Belum Rainforest Resort. Apa yang belumnya? Dah ke Belum. Hahaha...jadi, atas urusan kerja, sampailah Telipuk ke sudut dunia yang satu ini. Terpencil giler rasanya.


Ape ke heinya sampai ke Belum tu awak? Haaaa....ni nak cerita mai...Telipuk ada bengkel kat sana...ishhh...apa pula bengkel kereta! Bengkel kerja!!! Kalau bahasa kelasnya Workshop gituuu...;).

Kebetulan tarikh berlangsung acara ialah 5 - 7 September. (Yer...belated entry sebab tak tak ada ruang nak celah) Ada pulak kenduri sedara kat Penang pada 3 haribulan. Mak Telipuk dah lama menimang nak pergi sebab tu ler anak buahnya yang cuma ada anak seorang. Tunggal. The one and only kenduri untuk keluarga tu...jadi wajibulngunnah dia kena pergi juga.

Dek kerana itu, senang cerita Telipuk terus jer la bawak mak balik. Gi kenduri kat Penang. Tidur semalam dua kat kampung dan bertolak ke Belum pagi Isnin tu dari kampung. Sebab berhari-hari jadinya, anak-anak pulak ada exam, maka terpaksalah Encik Suami berkorban menjaga urusan di Sentul dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. As for Telipuk...hemmm...memang ambik kesempatan betullah ko ni kan...hahahaha...alaaa...bukannya selalu...kan...kan...kan...


Ini team Telipuk. Kitaorang team no.2. Ada yang dari Media Prima, ada yang dari Astro, ada dari Al-Hijrah dan ada juga dari Bernama. Telipuk? Ehhh...opkos lah dari penyiar IPTV terkemuka negara iaitu HyppTV....ahahaha...promote jangan tak promote!!!

Perasan jer Telipuk ni kan....haaa...biasa niii. Telipuk bukanlah team core...supporting role jer. Kita kan central function...memang selalu mengekor. Dah kalau berlaku apa-apa perlanggaran polisi...ahkakkkk juga yang susah!!! Jadi sebelum apa-apa, baik kita ikut dema training sekali, bolehlah upgrade knowledge untuk bidang penyiaran yang Telipuk tak berapa arif ni.


Bab bergambar memang champion lah! Nampak tak tulisan Royal Belum tu? Haaa...tu yang wajib ada dalam gambar tau. Masa ni kami naik platform menuju ke kolam renang. Tak mandi pun...tengok kolam jer. Tak terfikir Telipuk nak bawak burkini eheheh...tengok program macam padat jer....setiap hari mula jam 8.30 pagi habis pukul 11.00 malam....bilanya nak berenang?


Sudut ni paling jelas nampak. Tapi latar depan entah apa-apa...hahaha...tu bumbung Hornbill Restaurant, tempat kami menikmati buffet sarapan pagi setiap hari. Yang kayu bercacak-cacak tu ialah pelantar untuk naik ke bilik-bilik penginapan. Ni kira bilik yang paling affordable kat situ...kalau tak dapat yang ni, menangislah koranggg...hahahaha...


Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Yelah...tempat eco-tourism la katakan. Boleh naik boathouse menyusuri persekitaran tasik. Boleh juga ambil pakej yang berjam-jam meliputi jungle-trekking sehingga korang boleh sampai ke tempat bunga Rafflesia...Telipuk difahamkan masa time Telipuk ada kat sana ni bunga tu belum bukak lagi...belum mekar. Korang juga boleh berakit dan berkelah di kawasan air terjun. Boleh juga meninjau perkampungan orang asli di sana. Tapi dengan sedihnya semua ini hanya mampu Telipuk baca sahaja...(ruginya dah sampai Belum tapi belum buat aktiviti-aktiviti yang sesuai huhuhu).


Aktiviti bergambar jer lah kitaorang mampu. Hahaha...


Untuk sampai ke Belum ni, Telipuk menggunakan laluan bermula tol Alor Pongsu, kemudian Telipuk memandu melalui jalan-jalan nak ke Selama, Ijok, Batu Kurau...hemmm....tempat apa ni??? Yang tak berapa nak best tu ialah jalan tu memang sangat sunyi. Most of the time hanya kereta Telipuk jer yang ada atas jalan tu...gilerrr cuaakkk. Tak kan nak patah balik kot. Ikut waze la katakan. Rasa macam driving into twilight zone pun yer dah. Dengan hujan gerimis. Dengan hutan-hutan dan bukit-bukau di sekeliling. Huahuahua...hampir nak menangis sorang-sorang dalam kereta...sebab suspen sangat.

Kalau tahulah baik jer Telipuk exit tol Kuala Kangsar...then terus head to Grik guna jalan Lenggong tu. Tu laaaa...nak explore konon...sib baik la semua ok, buatnya kereta meragam kat jalan sunyi tu sorang-sorang...eeeeeee.....sereemmmm maaakkk.


Hemmm apapun semuanya telah berakhir dengan selamat. Masa balik tu senang lah sebab Telipuk terus jer balik menghala ke Lenggong. Singgah rumah kakak Telipuk dulu. Siap makan dan solat asar dulu kat sana sebelum menyambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Memang satu pengalaman yang menarik duduk dengan kawan-kawan industri penyiaran, banyak benda yang Telipuk belajar. Cuma satu yang pasti, Telipuk tak boleh duduk buat kerja menapis filem...banyak sangat adegan yang Telipuk tak mampu nak tengok. Kita mana boleh buat tapisan dalam keadaan tutup mata kan...hahaha...oklah...oklah...cukuplah sekadar untuk Telipuk tahu ruang dan batasan.

So, now kalau orang tanya "Dah ke Belum?".

Bolehlah Telipuk jawab "Dah!".

;)

Thursday, August 25, 2016

Nun di Selatan

Hari minggu yang lalu Telipuk memandu seorang diri ke Wilayah Selatan. Destinasi dituju ialah Skudai. Ada urusan di sana pada hari Isnin tetapi Telipuk kena pergi awal untuk mesyuarat persediaan dengan team di sana. Selain Telipuk, ada beberapa orang pegawai lagi yang turut serta termasuklah bos Telipuk.

Telipuk bertolak pukul 10 pagi lebih kurang. Berhenti 2 kali sebab rasa lenguh dan mengantuk. Nak makan sorang-sorang macam tak best pulak jadi Telipuk beli buah potong saja dan makan dalam kereta. Pukul 2 lebih sampai, terus tuju ke bangunan ibusawat di mana mesyuarat akan berlangsung. Rancangan nak jumpa kawan-kawan Johor dan ajak deme mengeteh tak jadi sebab masa terlalu suntuk.


Mula-mula kami berbincang tentang flow program dulu dan went through presentation material. Serius you...hahaha...lepas tu bila dah lama-lama , dah kenal mesra...mulalah rileks dan santai. Penat memandu pun dah tak terasa. Yer la, tekanan ni nak jumpa regulator. Tapi alhamdulillah, semua urusan koordinasi berjalan lancar.


Sebelum regulator datang, kami buat mock site visit dulu...nak mula dari mana...nak explain apa...hahaha...ingat boleh suka-suka terjah ke weiii.


Dah habis urusan persiapan, kami bergerak ke hotel penginapan. Tak jauh pun, dalam 10 minit pemanduan jer. Kat mana tu? Ahaaa...kat Cinta Ayu All Suite, Pulai Spring Resort. Yeayyy...kenangan betul...ni kan tempat teambuilding dulu. Tapi sayang, Telipuk cuma datang nak bermalam saja...tak der la nak mandi kolam ke, nak pergi buat sesi fotografi ke...kirim salam jer lah.

Lepas check-in, keluar cari makan. Er...sebelum makan tu kita cuci mata dulu pergi Johor Premium Outlet. Orang cakap murah barang-barang branded kat sini. Murah murah pun tak de la dapat below RM100 ...dah kalau rega asal RM7000...kalau dia bagi diskaun 50% pun...haishhh...tak gamak kot nak beli. Telipuk pulak memang tak reti sangat bab-bab gaya ni...boleh dikatakan agak 'tasteless' orangnya. Kalau handbag pun, tak adalah Telipuk beli yang ada nama...err...nama ada tapi tak dikenali. Yang penting, design ok, cukup compartment, kaler sesuai (lazimnya hitam jer kottt) dan orang kalau tengok pun tak teringin nak ambik. Haaaa...cukup sifat dah tu! Kalau ikutkan Telipuk suka bawak beg galas cam kat sekolah jer...senang sungguh campak semua dalam tu...tapi yer la...kadang2 tu kita cuma bawak benda2 kecil jer cam kunci kereta, dompet dan handphone...cari ler yang kecil sikit.


Hemmm...rugi tak beli ke? Hahaha...Telipuk rasa macam rugi kalau beli. Mungkin tempat macam ni tak sesuai untuk Telipuk. Tapi seronoklah temankan kawan-kawan membeli dan tolong belikan untuk yang memesan barang. Ok jer. Kalau ada yang nak belanja, bolehlah Telipuk rembat keh keh keh...kudukutttt!!!


Apapun esoknya program berjalan dengan baik. Delegasi regulator pun nampak puas hati. Legalah rasa. Seronok juga sesekali ikut team technical tengok operation site. Awak budak aliran sosial ni memang tak reti bab-bab teknikal. Dapat faham sikit pun dah rasa happy.



Makan tengahari sebelum balik di Restoren Annisofea Asam Pedas Asli Johor di Taman Kempas. Telipuk memandang jer sebab Telipuk tak makan ikan. Bos order ayam goreng berempah untuk Telipuk , malangnya ayam dah habis huhuhu...akhirnya Telipuk order sotong goreng kunyit. Tapi alhamdulillah, makan dengan sambal belacan dan telur asin sajapun dah sedap.

Oklah geng Skudai, thank you for having us dan melayan kerenah kitaorang yang ala-ala diva tak berapa jadi tu. Lain kali nak mai lagilah. Hahaha.

Thursday, August 04, 2016

Raya@Pejabat

Yeay...raya dah habis. Tak ada lagi aktiviti-aktiviti rumah terbuka. Tak perlu rungsing cari baju yang hendak dipakai di setiap acara. Tak payah pergi Jalan TAR cari tudung yang match. Tak perlu rasa tergoda tengok makanan yang pelbagai sedangkan dalam masa yang sama yakin berat badan semakin bertambah semula...huhuhu...

Okaylah, nak kena tulis sesuatu tentang sambutan raya ini. Seronoknya ialah bila berkumpul dengan kawan-kawan. Bukan kisah sangat pun hal lain. Sebenarnya banyak juga jemputan yang Telipuk tak hadiri. Tahun ini weekend sangat padat. Tak tahulah kenapa...asyik ke hulu ke hilir, rayanya tidaklah seberapa sangat. Tapi lebih kepada melangsaikan beberapa urusan. Urusan pendaftaran kolej anak buah Telipuk dan kemudian urusan nak renovate rumah. Dan bila saudara mara turun , weekend Telipuk terpenuh dengan sendirinya dengan acara-acara bersesuaian selaku tuan rumah. Sangat seronok bila rumah sentiasa ramai orang.  


Ini ada beberapa keping gambar semasa majlis hari raya peringkat jabatan. Kami ini keluarga kecil sahaja dan boleh tahan perangai 'gila' masing-masing. Telipuk selalu ingatkan diri betapa bertuahnya Telipuk dapat bekerja dikelilingi kawan-kawan yang baik. Itu berupa rezeki yang tidak ternilai harganya. Bayangkan kalau kita bekerja dalam suasana yang tidak menyenangkan dengan rakan-rakan sekerja yang saling tidak mempedulikan...mohon dijauhkan.



Betullah...adakalanya keadaan tidak berjalan sebagaimana yang kita harapkan. Namun, perlu diingat, kita hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan. Kita bukanlah sempurna. Yang penting mesti ada timbang rasa, perihatin dan saling hormat menghormati. Barulah mampu kita mengecapi kehidupan yang harmoni.


Keberadaan bersama itu yang penting. Sama-sama susah, sama-sama senang. Walau ada benda yang hati kita tak berapa nak berkenan, sila maniskan muka dan berfikirlah dengan lebih rasional. Memang kita tidak akan mampu mengubah cara bagaimana orang lain berfikir tentang kita atau melayan kita tetapi kita pasti mampu mengubah cara kita menerima semua itu. 

Tak mengapalah kalau orang tak suka kita...jangan sampai benda itu menyusahkan kehidupan kita sehari-hari. Hidup mesti terus waima banyak rintangannya sebab selagi kita berada di atas muka bumi Tuhan ini, kita pasti tak akan terlepas dari diuji.


Sengaja Telipuk masukkan gambar-gambar ini dengan tidak menceritakan secara jelas tiap satunya. Tahun ini, Telipuk masih mampu bergambar dan ada bersama-sama mereka. Entahlah tahun depan macamana...entah-entah tak ada lagi gambar bersama seperti ini.


Terima kasih kawan-kawan kerana selalu ada tika Telipuk kesulitan dalam mengusir lara di hati .

Friend forever!

Friday, July 29, 2016

Ceria di Janda Baik

Buat pertama kalinya Telipuk sampai ke suatu tempat yang selalu sangat disebut-sebut orang. Maklumlah cara menyebut dan tafsirannya yang pelbagai. Bila sudah selalu dengar, teringin juga nak pergi namun apakan daya, tiada keperluan. Sehinggalah hari Selasa lalu Telipuk akhirnya menjejakkan kaki di kawasan yang dinamakan Janda Baik itu.

Telipuk berpeluang ke sana disebabkan ada mesyuarat. Wahhh...mesyuarat jauh tu sampai ke Janda Baik. Ahahaha...kalau hasilnya produktif lagi memuaskan hati, apa salahnya kan...orang kata, sambil menyelam , minum air. Jangan suka-suka main minum jer weii...takut air tak bersih, ada kencing tikus kalu...nayaaa!!!


Depan pintu masuk . Kami datang bertiga. Telipuk jemput Siti dan Nisa kat stesen lrt Gombak.
Sampai di destinasi, masih ramai yang belum muncul. Jadi sempatlah kami merayau-rayau sekejap meninjau persekitaran yang menghijau lagi mendamaikan itu. Mana sungainya tu? Yelah, Telipuk dah bawa persalinan untuk mandi sungai tau...



Wahhh....teruja sungguh ni...cantik dan jernih aliran airnya. Ni gambar tak cukup indah untuk merakamkan apa yang dilihat dek mata. Bestnya...kan baguih kalau dapat main rendam-rendam ni...tapi aiseyyy...kenalah bermesyuarat dulu kan. Over la pulakkk!

Wefie di sungai. Background yang sungguh rare. Eh...lama jugaklah Telipuk tak berpeluang datang tempat macam ini. Last visit dulu pun masa mula join TM. Itupun sebab ikut program orientasi di kawasan Sg. Congkak.

Welcoming drink yang disediakan untuk kami ialah segelas air jus timun. Waaa...tak pernah ni minum air timun. Sekali minum...fuyoooo...so refreshing! Best la pulak. Err..tambah boleh???



Tempat mesyuarat terletak tidak jauh dari pintu masuk tadi. Lengkap dengan projector bagai...memang baguslah. Selesa pulak tu. Rasa nak puji melambung-lambung siapa yang bagi cadangan bernas untuk kami bermesyuarat di sini. Selalunya terperuk kat Phileo Damansara saja kan...paling-paling pun kat One World...nahhh amikkk ngkau ...ini kali memang terbaiklah.


Tapi yelah, ini tak boleh buat selalu. Sempena bulan Syawal kan...kami buat raya retreat terus. Nasib baiklah tempat ini pun tak begiti jauh...dalam 43 kilometer jer...ishh...Telipuk rasa macam deekkaaattt jer, tak terasa penat memandu pun.

Eh ye memang, Telipuk nyer entry ni tak ada nyer nak cerita bab-bab keroje...apa halll??? Highlight hari ini ialah tempat/lokasi kami bermesyuarat. Bagi budak kampung macam Telipuk ni, memang suka sangatlah. Lama dah tak nampak tumbuh-tumbuhan renek yang selalunya tumbuh merimbun di kampung dulu...sekarang ni kat kampung pun dah payah nak jumpa. Telipuk memang berkenan dengan landskap tempat ni. Memang kena dengan konsep yang diketengahkan. Rumah tradisional melayu yang dinamakan Sireh itu antara jenis penginapan yang ditawarkan. Seronok tengok hiasan dalamannya yang cukup tradisional tetapi lengkap dengan kemudahan moden juga.

Aduh...malangnya, di Sireh, kami hanya teringat nak bergambar di jendela sahaja.


Selepas mesyuarat, kami dibawa melawat ke setiap rumah penginapan yang ada. Untuk pengetahuan, Aman Rimba ini memang betul-betul 'private' sebab kalau nak datang menginap di sini, kena ambil keseluruhan 3 hektar lebih kawasan estet ini. Amik ngkauu!!! Ada 6 jenis villa penginapan lengkap dengan segala kemudahan. Kalau nak buat family day ni memang best betul...boleh buat apa saja yang kita suka dengan keluarga sebab tak ada orang luar.

Ada basikal juga disediakan selain kolam tempat memancing.




 Yang ini wakaf tempat bersantai berdekatan kolam memancing dan kolam renang. Boleh juga dijadikan tempat berurut untuk yang hendak berurut. Kalau nak berurut, ada pak cik & mak cik yang pandai mengurut datang.


Kawasan sekitar tempat makan.

Bilik air berkonsepkan terbuka. Air mengalir keluar daripada batang buluh. Aduh...tak masuk dalam gambar pulak!

Tempat makan. Penginapan disertakan sekali dengan breakfast. Kalau nak lunch, dinner atau barbeque boleh minta juga. Yang pastinya hidangan tengahari yang disediakan sangat-sangatlah sedap. Masakan ala kampung yang dimasak dalam kuantiti kecil membolehkan kawalan kualiti yang tinggi. Hasilnya memang sedap sangat. Telipuk hari tu boleh tergerak hati nak cuba makan kerabu pucuk paku dengan kelapa parut...wahhh...sodapppp!





Seterusnya, gambar-gambar tumbuhan yang kedapatan di sekitar kawasan ini. Nampak sangat kesemuanya ditanam dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Saya difahamkan, bilangan pengunjung memang dihadkan untuk memastikan kawasan ini benar-benar terjaga. Maklumlah, bila dan terlalu ramai, macam-macam berlaku.

Maksimum bilangan pengunjung untuk satu-satu masa ialah sekitar 200 orang sahaja. Sebab itu sesi perkahwinan Melayu belum lagi pernah berlangsung di sini sebab bilangan jemputan kalau majlis kenduri orang Melayu kan ramai...lainlah kalau just nak buat resepsi selepas nikah yang terhad kepada keluarga dan kenalan rapat sahaja.


Cantik kan??? merah menyala gitu...


Ni kalau muka tak malu memang rasa nak mintak jer beberapa kuntum bunga kantan yang banyak ditanam disekitar kawasan penginapan. Boleh buat laksa weiii...asam pedas pun bolehhh.


Yang ini pokok heliconia. Memang banyak juga. Cantik pula bila dah banyak bersusun-susun ni.



 Ada angsa dan itik yang dibiarkan bebas menghuni kawasan persekitaran kolam tempat memancing. Ada banyak ikan katanya.


Ingatkan sebelum balik Telipuk nak berbasikal dua-tiga pusingan. Malangnya tak ada pulak geng nak join. Ramai yang memilih untuk balik jer, tak nak survey-survey lagi.


 Jadi, Telipuk pun balik juga. Cuma bila lalu kawasan RNR Genting Sempah, atas hasutan kawan-kawan, kami berhenti melepak sambil makan buah durian kampung yang sangat-sangat kaw. Sempat juga beli buah berangan goreng feveret Telipuk tu.

Aiii...nasib baiklah mata tak berapa tajam, kalau tak memang menyinggah ajer kerjanya. Dah lepas barulah terpandang orang jual petai, rebung dan sebagainya di tepi jalan. Kalau kejap-kejap berhenti boleh penuh kereta dibuatnya.







Tuesday, June 07, 2016

Cerita PD Kami

Okay...Telipuk teruskan entri ini dengan pengisahan sekitar aktiviti retreat yang dijalankan baru-baru ini. Bertempat di PNB Ilham Resort, Port Dickson, retreat selama 3 hari 2 malam itu telah berlangsung dengan jayanya, alhamdulillah. Lega sudah selesai, bolehlah Telipuk menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain pula menjelang cuti persekolahan dan aktiviti cuti-cuti dengan keluarga. Wahhh...banyak betul agenda ni, lagilah cepat masa berlalu.


Ini team RDM. Anchor tenant kat GCR hahaha. Ada 5 orang lagi yang tak ada dalam gambar. Gambar sempena kejayaan mendapat catatan terbaik EEI...wuhuuu! Sebenarnya tak adalah benda sangat, tapi semua orang dalam mood seronok...saja nak bagi team lain jaki tengok...kui kui kui!

Hari pertama tu memang kami pulun buat kerja supaya segala matlamat tercapai. Ahkak bukan suka-suka nak terlibat dalam benda-benda macam ini kan melainkan ada keperluannya. Jadi, bila dah ada kat sini, kena pastikan semua yang dirancang dilaksanakan...tak mahu bila balik nanti, masih ada benda yang tertinggal. Mungkin yang boleh dibuat bila balik nanti ialah memperhalusi rancangan yang telah dipersetujui di sini. 

Lepas pukul 10.30 malam, Telipuk cakap dengan adik Telipuk yang Telipuk dah 'free'. Apalagi, sempatlah mamat tu datang bawak Telipuk keluar. Kebetulan pejabat dia tu cuma sebelah hotel Telipuk sahaja dan dia belum balik lagi. Kami pun keluar menuju pekan PD. Ingatkan nak repeat King's CKT tapi malangnya tutup pulak kedai tu. Sabo jer lah...siap angkut kawan-kawan nak makan sesama. Lalu laluan kemudiannya dilencongkan ke Restoran Tomyam Nashreen. Bolehhlahh..



Keesokan harinya kami menyambung diskusi termasuk menyiapkan bahan pembentangan untuk sesi seterusnya. Selepas makan tengahari team Telipuk sudah mula tak berapa fokus, maklumlah ada aktiviti penting petang ini yang kami kelolakan. Meskipun namanya cuma ada dua orang, tapi sebenarnya kami disokong kuat oleh kawan-kawan lain. Begitu juga dengan team aktiviti luar, walaupun Telipuk bukan ahli, Telipuk tak segan silu ikut diaorang pergi recce melalui kedua-dua route yang membawa ke rumah api dan tepian pantai. Apa yang penting? Kerjasama!!!



Dalam entri yang lepas, Telipuk ada ceritakan tentang aktiviti shopping di OTK, Sentul. Belian barangan untuk aktiviti CSR di PD inilah. Dan bila sudah disusun dan dimasukkan ke dalam beg habuan (goodies bag), macam inilah rupanya. Berat wooo tiap-tiap satu tu. Mana tak beratnya, ada kordial F&N, ada Milo 1kg, ada Ayam Brand canned sardines, ada gula, ada teh, ada Maggi chicken flavor, ada kurma...tin biskut kena jinjit kat luarlah nampaknya. 


Wajah-wajah bakal penerima hadiah dari hati kami. Gembira rasanya menjadi team awal yang menghulurkan sedikit bantuan...yelah, bila dah lama-lama nanti, adik-adik ini pun dah boring nak datang terima sumbangan sebab sepanjang bulan Ramadhan dah tentu banyak syarikat korporat/individu yang lebih meriah budget sumbangan mereka akan datang. Jadi, bila mereka terima yang kami punya dulu, memang terasa signifikan nya sumbangan itu. Bukan apa, rasa berbesar hati bila tengok adik-adik ni jinjit barang-barang kami yang tidak seberapa itu.

Dan rupanya ada adik-adik yang berumur 4-5 tahun juga. Kesiannya diaorang nak angkut beg habuan kami yang berat tu. Last-last kami semua pakat-pakat jadi pembantu untuk adik-adik tu. Tolong angkat beg. Tin biskut dengan wang tunai diaorang nak pegang. Hahaha...comel sangat!


Bangunan Yayasan Anak-anak Yatim /Piatu Islam Port Dickson ini terletak tidak jauh dari Pasar Awam PD. Dekat-dekat Agro Bank.  Masa pergi recce dulu, Telipuk rasa macam ikut jalan lain...ikut waze saja. Yang hari actual ini...Telipuk ikut waze juga namun tersalah masuk jalan. Dahlah Telipuk yang memimpin konvoi...hahaha...pakat berpatah baliklah semuanya. Sampai juga...on time lagi...memang jalan tu a bit confusing, silap masuk memang kena pusing balik. Ini diakui oleh Pengerusi Yayasan tauu...bukan Telipuk reka cerita hookeyy...;)

Bangunan Yayasan ini ada 3 tingkat. Aktiviti perjumpaan dan penyerahan dibuat di tingkat 2. Bersila kita beramai-ramai. Siap ada yang menjual pantun....berangkap-rangkap pulak tu. Aduhh...tak ada siapa nak beli...hihihi...bukan apa, masing-masing terkedu dan terkesima dengan kehebatan mak cik berusia 74 tahun dan masih aktif dengan penglibatan NGO. Dahsyat betul pantun-pantunnya...satu sekolah dengan Chuari Selamat katanya. Telipuk punyalah gentar sampai boleh ingat pantun "pisang emas dibawa belayar" je dalam kepala. Tu yang tunduk takut kena suruh beli pantun mak cik tu. Hahaha...kata budak sastera...apa barangggg....oit...oit...Telipuk dah lama tinggal benda-benda tu tau....otak dah berkarat bab-bab ni. ;)

Mak cik sempat tarik Telipuk dan dua tiga kawan ketepi dan membisikkan tips untuk kekal awet muda...sihat dan tak nyanyuk in shaa Allah. Telipuk boleh kongsikan sahaja sebab benda yang baik kan...jadi tak menjadi belakang kira...yang penting kebaikan harus kita berbagi sama...;)
  1. Solat jangan tinggal
  2. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk
  3. Banyakkan makan ulam-ulaman
  4. Jangan simpan kebencian dalam hati, buang yang tak elok dan silalah berlapang dada
  5. Mesti senyum selalu



Selepas majlis penyerahan, satu jamuan ringan pula disediakan. Kos untuk jamuan ini, kami yang tanggung. Ada kawan-kawan yang perihatin siap beli kek lagi...ya tak ya, budak-budak memang suka punya. Jangankan budak-budak, Telipuk pun suka kek sempoi macam tu...kalau tak kerana perut ni dah terasa penuh, memang nak bedal sepotong lagi. Tapi mengenangkan ada jamuan BBQ pulak malam nanti, Telipuk tak berani la...takut muntah pulak karang. Orang lain mati kerana tak makan, awak pulak mati sebab terlebih makan...buat malu saja!!


Balik dari aktiviti CSR, kami sempat ronda-ronda meninjau persekitaran Ilham Resort, konon nak tengok tempat BBQ hut diaorang untuk program malam ini. Last-last dah jadi sesi bergambar. Lepas sorang, sorang datang...tapi Telipuk tempek satu gambar sudahlah kan...ini kunun-kununnya gambar sunset yang tak menjadilah ni...dengan jiran depan cubicle.


Caittt...sekeping gambar pun tak ada untuk mengenang acara BBQ ye? Memanglah, tak terfikir dah Telipuk sebab Telipuk bertugas menguruskan gift-exchange. Makan pun cubit-cubit rasa sahaja...entahlah, masih kenyang pula rasanya. Rugi ekkk. Hadiah Telipuk dapat kepada budak baru join GCR yang tak hadir malam tu. Manakala Telipuk dapat hadiah daripada Linda. Maknanya sudah dua kali Telipuk dapat hadiah Linda sebab pernah dapat dalam sesi pot luck sebelum ini.

Hari terakhir program dimulakan dengan aktiviti jalan-jalan masuk hutan. Risau juga sebab macam ramai jer tak dapat join. AJK semua dah excited ni...sebab rasa seronok nak melalui jalan yang sama itu dan bawa kawan-kawan merasainya. Lebih seronok sebab Telipuk dah sediakan 20 soalan untuk mereka cari jawapan sepanjang perjalanan nanti. Dan jawapan ada pada Telipuk...hahaha...untung tak team 2....hek eleh...macamlah Telipuk akan bagi diaorang jawapan kan...carilah sendiri weiii...;)


Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuanggg.

Nasib baik pagi itu tak pulak banyak nyamuk sebagaimana yang kami tempuhi semasa datang meninjau dulu. Alhamdulillah...mungkin sebab masing-masing sudah datang lengkap dengan segala krim penghalang nyamuk dan spray...nyamuk pun lari habis.


Bergambor jangan tak bergambor.  Ini team yang naik turun, naik turun kedua-dua laluan dan melengkapkan tiga jenis wefie...macamlah susah sangatkan nak berwefie. Berwefie tak susah, yang susahnya syarat kami tu...mesti nak latarbelakang yang AJK dah tetapkan...hahaha...kejam tak AJK tuh?



Alhamdulillah, selesai sudah program yang dirancangkan itu. Wajah-wajah lega AJK yang tersepit antara rasa gembira kerana tugasan selesai, anxious sebab next aktiviti tu yang lagi penting - implementation phase! Dan juga rasa sedih sebab semuanya sudah berakhir, tak dapat juga makan cendol durian dan repeat King's CKT...hampehhhh!!!