Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi di atas limpah kurnia dan perkenannya, memudahkan segala urusan majlis ini. Walaupun perjalanan kami sendiri agak kelam kabut dan memenatkan, namun lega sebab semuanya sudah selamat.
Sepertimana yang dibincangkan sebelum ini, keluarga kami sepakat untuk tidak mengadakan majlis kenduri seperti biasa kerana kesuntukan masa. Kalau adapun kemudian hari, mungkin hanya kenduri doa selamat yang biasa diadakan saban tahun itu. Kenapa ya? Sebenarnya begini...Semua orang pun tak sangka yang Ana akan cepat bertemu jodoh selepas episod luka perkahwinan terdahulunya. Dia bertemu suaminya ini semasa bekerja di Pulau Pinang. Bila sudah masing-masing suka sama suka, kami yang jauh ini pun risau...maklumlah orang muda, takut terjadi yang tidak manis pula. Lagipun keluarga lelaki juga mendesak mahu dipercepatkan. Kalau ikutkan, mereka hendak buat bulan 12 dulu tetapi banyak hal hendak diuruskan, tak terkejar. Kalau hendak tunggu majlis proper sebelah kami entah bila, hendak tunggu semua free alamat tunggu cuti sekolah bulan 3 nantilah. Sebab pihak lelaki hendak lekas juga, maka itulah dapat tarikh 16 Januari lalu. Proceed ajelah.
Pagi 16 hb tu, pukul 9 barulah kitaorang bertolak dari rumah...ceh...cakap sesudah subuh! Biasalah, sudah ramai tu ada yang belum mandi, ada yang belum makan, ada yang belum iron baju dan macam-macam lagi. Budak-budak kecik pun ada yang tak sihat, ada yang merengek...huh...nak tunggu semua settle tu yang terlanjak tu. Apapun kami semua selamat sampai Alor Setar sekitar jam 11.30 pagi.

Sampai rumah Kak Lina, juadah beraneka rupa sudah sedia menunggu. Sepupu Aku ini memang cekap memasak dan masakannya sedap. Alamak! Pulut kuning ada, nasi lemak sambal sotong ada,gulai ayam ada, bihun goreng ada, kuih lapis ada, karipap ada...laksa pun ada juga,...ayoyo...ni nak pi kenduri sat lagi mana nak isi perut wehhhh???
Kat rumah kak Lina inilah kami touch-up barang hantaran. Selain sirih junjung yang Aku bawa jauhhh dari KL...(adoi mak! lenguh kaki tau akak kena jaga-jaga tak mau terpijak, atau terhimpit bunga-bunga tu semua)...adalah beberapa lagi berupa kuih-muih seperti kek durian ini...

Kuih putu beras

Tart nenas...berduri kaler hijau ala-ala durian gak ni...err...ni tema berduri ke apa? Ana cakap, hendak tema warna hijau untuk majlis yang ini. Heheh...

Dan tidak lupa juga bunga pahar. Kenduri kahwin kalau tak ada bunga telur, pada Akulah, tak cukup syarat...heheh...

Dari Alor Setar, kami menuju ke Bandar Darulaman, Jitra. Singgah rumah Ana sekejap. Wah! Best wooo...membernyer umah dekat giler dengan town. Cis! Happening habislah Jitra sekarang. Zaman Aku dulu macam pekan koboi ajer! KFC dia pun nampak grand je. Singgah tunggu rombongan penganti lelaki untuk berkonvoi bersama-sama. Dekat pukul 1.40 baru gerak. Aku pun tak pasti sangat nama kampung suami Ana ini...maklumlah, bila dah berkonvoi macam ni, main ikut aje. Kami lalu jalan-jalan ke Sungai Korok. Pergh! Pemandangan sawah padi yang menghijau cukup mempersona dan membangkitkan nostalgia. Udah le tu wehhhh! Sentimentel memanjang lak!
Lokasi rumah pengantin ni atas sikit la daripada Kampung Ketol. Meriah jugalah, walaupun tak berkompang. Ada deejay juga...tu yang gamat tu. Tak kesahlah, jom kita tinjau meja makan untuk pengantin dan semestinya seluruh keluarga pengantin perempuan..wakakakaka...

Aku terpaksalah cover sket perangai 'blogger' Aku ni...kang depa ingat Aku jakun lak satu hal! Anyway, antara menu yang sempat Aku 'gambarkan' di sini ialah...
Ayam masak err...sambal?

Udang goreng celup tepung

Dan tidak ketinggalan juga air asam atau bak kata kami oghang utagha..ayaq asam! Tapi tak boleh celen ayaq asam Parit Buntaq hang pa nak tau! Ish! Ish! Sedap sampai menjilat siku...lagu tu pun ada ka???

Tu dia, berseri-seri wajah pasangan pengantin yang diraikan. Hijau lit-lit! Merlit merlap pulak tu ngeh!ngeh!ngeh! Biasalah, depalah raja dan ratu sehari...kasi canlah!

Seperti biasa, tumpang semangkuk ye dik ye! Apa boleh buat...blogger tegar lah katakan!

Kepada pengantin, semoga berbahagia ke anak cucu. Mesti saling hormat-menghormati. Jangan buat muka masam pada pasangan walaupun ada benda yang tidak suka. Dan jangan mencari kesempurnaan sebab kita manusia memang tidak sempurna. Terimalah seadanya. Yang penting, kukuhkan kasih sayang dengan ikatan keimanan. Carilah keredhaanNya dalam setiap tindak-tanduk. Insyaallah, kau akan ketemukan kebahagiaan.
Detik ini adalah satu permulaan!