Friday, September 30, 2011

September 30

Kheelllaaassss ko Telipuk...topik pun letak tarikh ja...ahaks...

September dah menghujung, tapi seolahnya seperti segalanya baru sahaja bermula. How I miss my blogging activity...gambar-gambar yang belum sempat dimuat turun, entahkan bakal menghiasi catatan Oktober, atau tak akan muncul langsung? Semuanya ikut keadaan semasa nanti. Insyaallah, bukan tak teringin menulis panjang, tapi bila macam-macam ada bercampur gaul dalam minda...tak best! Menulis ini perlu bersunyi-sunyi, baru ada umpphhh...

Penerbangan pertama jemaah haji sudah bermula semalam. Insyaallah, masih menunggu tarikh penerbangan untuk mak dan ayah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Saya tinggalkan doa ini, yang kita baca ketika duduk tahayat awal, beserta maknanya...buat menutup catatan September blog ini.



Semoga bermanfaat.

Wednesday, September 28, 2011

Bior Benor

Anda tahu anda sibuk bila...

1. Best friends dok rancak berborak kat depan, anda boleh buat muka 'blur'...

2. Asyik tersalah quote aje...orang cakap lain, anda maksud lain...itulah tanda your mind has been occupied.

3. Komitmen terserlah...member ajak minum petang pun, tetiba je menolak...hahaha

4. Ter'miss' kelas Ustaz...alangkah ruginya diriku ini

5. Makin kerap terlepas solat jemaah di surau utama

6. Tak sedar masa berlalu...haaahhh...dah pukul sebelas malam...paper tak buat lagi!!

7. Sedar-sedar eh...eh...esok dah Khamissss???

8. Terlupa kata laluan Facebook

9. Eh...eh...dah kawin ye si Memey tu...hahaha tak ikut perkembangan artis!

10. Aku dah makan ke tadi? Awat lapor je rasa....

11. Blog sudah mula berhabuk! Entry less than 10...bior benor...heheh

Muhasabah...muhasabah...muhasabah lagi...(bila-bila terasa diri semakin jauh...)

Monday, September 26, 2011

Sibuk

Sibuk?

Sangat sibuk. Tapi segan nak mengaku sebab bukannya sibuk apa sangat. Sibuk dengan urusan dunia aje pun. Itu yang pelik tu kan, yang buat kita sibuk ialah hal-hal dunia. Sibuk nak siapkan deadline dunia. Pening sebab orang tak nak beri kerjasama untuk selesaikan hal-hal dunia.

Tak pasal-pasal sakit hati dan terbungkam jiwa melayan perselisihan yang disebabkan kerja-kerja dunia. Dunia yang tak ada sikit nilai pun. Yang Allah kata, nilai sebelah sayap nyamuk punnnn tak ada. Tapi itulah yang kita sibuk-sibukkan.

Baca Quran ke mana?
Janji nak mula menghafal pun entah ke mana.
Ingat nak baca lebih buku-buku agama pun belum terlaksana.
Nak ajar anak-anak macam-macam kalau boleh, satu pun payah!

Nak bagi alasan apa kalau Allah tanya?

Ko boleh jawab ke Telipuk???

Monday, September 19, 2011

Ceritera Putrajaya

Terasa agak lama juga tidak berkesempatan untuk mengemaskini KLtraffic. Memang ada banyak aktiviti yang mengambilalih tumpuan kali ini. Minggu lepas di pejabat, terikat dengan aktiviti konsultasi yang sememangnya sudah dijadualkan awal lagi. Lepas tu pulak seronok beraya di majlis Aidil Fitri pejabat. Hujung minggu tadi, berulang-alik ke Putrajaya, dan sempat juga menyelitkan satu kunjungan raya ke rumah Sirapmadu di Bukit Jalil.

Oh ya, yang pasal aktiviti di Putrajaya itulah yang saya hendak kemaskini di sini. Boleh dikatakan, saya terlibat secara langsung dengan setiap urusan haji emak dan ayah. Sekarang ini semakin hampir ke kemuncaknya. Mereka baru selesai menjalani Kursus Haji Perdana, Sabtu dan Ahad lalu di Masjid Putra, Putrajaya.



Bagi saya, inilah masa dan peluangnya mengacukan kamera merakam antara monumen cantik di bandar pusat pentadbiran negara ini. Bukan selalu peluang macam ini datang, saya pasti saya tidak sampai ke sini kalau tiada keperluan. Jadi, walaupun cuaca sungguh terik dan menyilau, ia tidak menjadi masalah buat saya.



Cabaran kami bermula apabila mendapati jalan masuk ke Masjid Putra ditutup untuk lalulintas bersempena kursus haji tersebut. Kerana menyangka yang kami ini cuma hendak menghantar, bukan hendak lama letak kereta, maka tentu ada keringanan, menyebabkan kami terus memandu ke sana tanpa sebarang pelan kontigensi. Apabila tidak dibenarkan masuk, kami yang tak tahu jalan lain ke situ (sebenarnya ada, tapi tak cukup persiapan mengumpul maklumat), kami pun meletak kereta berhampiran Jabatan Akauntan Negara dan berjalan kaki ke masjid Putra. Perghhh...memang dugaan betul, nasib baiklah mak dan ayah menerimanya sebagai sebahagian daripada latihan dan apa yang sudah semestinya bakal ditempuhi di Tanah Suci nanti. Jadi, syukur, semua menerima keadaan itu dengan positif. Dan syukur juga kerana ayah berjaya mengharunginya dengan baik. Maklumlah sesudah 'ujian' bulan Ogos dulu, ini adalah perjalanan paling jauh yang dibuatnya semenjak berhenti merokok. Alhamdulillah.



Di sepanjang perjalanan itu, sempatlah saya merakamkan keindahan persekitaran ( dengan dhoifnya).



Bakal-bakal tetamu Allah sudah ramai di hadapan masjid untuk pendaftaran. Hati terasa berbunga-bunga bila ditimpa 'perasaan', maklum, hari itu berjubah sama seperti kebanyakan bakal hajah yang hadir...auwww...terperasan sendiri! Alahai, alangkah seronoknya...Ya Allah, semoga cepat sampai giliran saya...



Khemah-khemah menjual pelbagai jenis barangan haji didirikan di kawasan lapang berhadapan pintu utama dewan solat. Ada gerai menjual jubah, telekung, ubat-ubatan dan segala kelengkapan lain. Alhamdulillah, untuk emak dan ayah, kebanyakan barang keperluan mereka sudah saya lengkapkan kecuali stok ubat-ubatan yang perlu dibawa nanti. Harap lepas jumpa doktor minggu depan, boleh minta preskripsi untuk tempoh 40 hari itu nanti.



Peserta-peserta diagih-agihkan mengikut 'Maktab'. Ayah dan emak ditempatkan di Maktab 71. Yang dikatakan Maktab itu, macam inilah...beramai-ramai membentang tikar dan berkampung di kaki lima belakang Dewan Solat. Dengan segala macam kerenah dan situasi yang tak mampu memuaskan hati semua orang, memang perlu sangat-sangat kepada kesabaran yang tinggi.



Ada suatu ketika itu, saya tumpang ke tandas wanita. Wah...ada lif bagai, syukur...mudahlah hendaknya untuk urusan mak dan ayah. Bila saya keluar, ada seorang mak cik ni hendak masuk. Dia tanya saya, "ada tisu tak?". Saya jawab, "tak ada". Mak cik itu pun menjawab tanpa tapisan, "Bodoh betullah!". Oppssss....terkejut saya. Tak terfikir nak jawab apa. Bila keluar, saya terfikir...ini belum sampai Tanah Suci lagi, bagaimana agaknya bila di sana? Bukankah apa sahaja yang dilalui sepanjang sesi itu juga nanti sepatutnya diambil kira sebagai cabaran/ujian? Di tanahair lagi sudah mulai diuji. Hemmm...paling penting kena bersihkan hati dululah, kalau dalam sudah bersih...insyaallah, yang terzahir di luar pun indah.

Seperti biasa, saya sangat berminat dengan tiang-tiang dan menara...cantik Masjid Putra ini. Alangkah baiknya kalau kesemua masjid-masjid di seluruh negara yang kebanyakannya indah-indah belaka itu diimarahkan dengan program-program yang bermanfaat sepanjang masa. Tentu banyak yang boleh dilakukan...



Hari Ahad pagi itu saya sudah tahu helahnya. Heheh. (Saya yang tak pandai berhelah). Berbanding melalui Jambatan Wawasan, saya ajak suami lalu ikut Kompleks Pentadbiran Putra...itu lebih hampir dengan Masjid Putra. Kalau laluan masih ditutup sekalipun, sekurang-kurangnya tak haus tapak kasut sebab jarak yang lebih dekat untuk berjalan. Dan lebih best sebab saya sempat menyapa abang-abang polis yang berkawal dengan 'manis' muka hahah...dan bolos masuk! Yeahuuuu...Sebenarnya saya propa saja, mungkin mereka memang tak kisah kalau cuma hendak masuk sebentar cuma saya tak terfikir hendak tanya agaknya semalam. (Atau mungkin juga memang rezeki kami berjalan jauh semalam). Eh! bagus apa, boleh saya buat penilaian awal keupayaan ayah dan emak. Hellooo...penempatan untuk jemaah skim muasasah jauh jaraknya dengan Masjidil Haram...jadi, dalam jarak yang kami lalui semalam...saya rasa boleh agak dan anggar itulah lebih kurang apa yang emak dan ayah bakal hadapi nanti.



Bandar Putrajaya dilihat dari salah satu sudut Masjid Putra. Ada juga terfikir-fikir hendak mencari akak Cik Na dan AZ...tapi, tak ada plan pula. Patut bagitau dulu . Tak sedap rasanya main terjah, entahkan tuan rumah ada rancangan lain. Tak apalah, ada rezeki, lain masa saya datang lagi. Insyaallah.



Alhamdulillah, emak dan ayah baik-baik sahaja. Seronoklah dengar cerita mereka berkongsi pengalaman dan mengupas peristiwa-peristiwa yang mereka alami sepanjang tempoh kursus. Singkat tetapi bermakna.



Masjid Putra kami tinggalkan.



Owh...mestilah sempat! Saya dah belipun fridge magnet pada hari saya datang menghantar mereka ke sini. (Saya sungguh jeles dengan koleksi yang Sirapmadu ada di peti aisnya!)



Alhamdulillah, semuanya selesai elok. Dan dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di Bukit Jalil makan tengahari di rumah Sirapmadu. Terima kasih atas layanan baik, Sirap & suami. Rasa nak datang lagi...heheheh...

Wednesday, September 14, 2011

Robek Hatiku

Kesal. Ralat. Terkilan. Perasaan itu datang menyelubungi jiwa di pagi Rabu nan indah ini. Sayang sekali, baru hendak memulakan hari dengan gembira. Apa nak buat, benda sudah hendak jadi. Begitulah nasib pengguna-pengguna jalanraya di Kuala Lumpur khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

Cerita ringkasnya, saya langgar lubang hari ini. Saya yang pada kebiasaannya sangat berhati-hati. Saya yang selalunya, alhamdulillah, boleh mengelak. Bukannya sehari dua baru guna jalan tu. Dah bertahun. Dah 5 tahun pun. Alangkan jalan Bukit Pantai yang timbul tenggelam tu pun boleh saya tangani, inikan pula Jalan Bangsar yang lurus terbentang. Itu yang tensen tu!!!

Eh, sejak bila pulak le ada lubang kat situ. Semalam saya lalu...elok jer. Tup...tup pagi ini menjelma depan mata pada jarak yang saya tak mampu buat apa-apa...hendak menepi pun tak boleh sebab kebetulan sebuah motorsikal lalu memotong di tepi. Tak akanlah semata-mata hendak mengelak lubang, saya membahayakan pula nyawa seorang insan...Cumanya yang geram tu, dalam pulak le lubang tu...bila berlaku impact tu...boleh terngiang-ngiang bunyi yang terhasil, serasakan ada gerudi menebuk gusi. Itu yang buat rasa tak puas hati ni! Hiiisshhhh...

Elok-elok siap meletak kereta, sempatlah saya membuat pemeriksaan fizikal. Tengok kalau-kalau ada yang bengkok, atau calar. Mata tidak menemukan apa-apa kejanggalan. Cuma hati berdebar takut ada kecederaan dalaman. Tahulah, saya fobia kalau tengok tayar kempis...mintak simpang!!!

Apa nak dikata lagi...cuma boleh berdoa dan berharap, akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Jalanraya kita bukan boleh diramal-ramal, hari ini berlubang, esok bertampal...lusa berlubang balik, tulat belum tentu siap ditampal...dan entah dekat mana-mana pula lubang tu boleh muncul...

Kesian Blackie!

Friday, September 09, 2011

Terkhilaf

Sukar sebenarnya apabila kita meletakkan diri kita di tempat orang lain.

Orang yang kita anggap sekian-sekian, yang kita sangka begitu-begini dek kegagalan kita yang memfokuskan kepada apa yang terzahir di mata sahaja sehingga mudah menjatuhkan hukum. Lalu kita menempah bencana, mengundang penyakit hati yang tidak sepatutnya ada, membuka ruang untuk mengumpulkan dosa percuma. Alangkah payahnya mensucikan hati. Seperti payahnya berusaha untuk sentiasa cuba bersangka baik.

Melembut dan melunakkan hati adalah perkara yang bukan boleh dipaksa-paksakan. Kerana kecenderungan nafsu, selalu menjadikan diri enggan tunduk. Sikap tidak mahu kalah menyebabkan kita enggan memperhalusi realiti. Ataukah kerana kita suka jalan singkat, lalu yang separuh masak itu kita terima sebagai produk siap. Hakikatnya, ada benda-benda lain yang harus turut sama masuk dalam pertimbangan. Benar, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah, tiada jalan dan penyelesaian untuk mencampuradukkan perkara yang benar dengan yang salah ...juga tiada keringanan di situ. Namun, bila kita meletakkan diri pada situasi sebegitu, setidak-tidaknya kita lebih memahami dan mampu menilai kembali duduk sesuatu perkara walaupun pahitnya tetap sahaja melekat di kerongkongan.

Untuk apa?

Apakah perlu untuk kita menghukum siapa benar dan siapa salah? Perlu sangatkah menjadi pemenang walaupun kemenangan itu tidak punya apa-apa makna melainkan hanya sekadar memuaskan diri dan membiarkan keegoan berleluasa?

Saya kira kepentingan untuk memahami mengapa sesuatu itu berlaku bukanlah untuk tujuan kita saling tuding menunding jari. Tapi yang sebenarnya ia penting untuk muhasabah diri. Juga penting untuk kita menginsafi betapa bertuahnya diri kerana tidak berada di tempat sebegitu kerana siapalah diri untuk mendabik dada mengatakan, "ah! kalau Aku, tak mungkin Aku sanggup buat begitu?". Siapalah diri untuk menyangka yang diri tidak akan pernah sebegitu terdesak? Sebegitu terpaksa. Siapa tahu? Apa jaminannya?

Bersyukurlah, yang diri ini tidak diduga sebegitu...kalau kena batang hidung sendiri entahkan terhumban ke alam dejavu...seperti pernah ku lalui tetapi bila dan di mana ya?

Betullah, pandanglah dengan mata simpati dan dengarlah dengan telinga mengerti kelak hati akan lebih bersimpati dan memahami.

Ampunkan Aku Ya Allah atas kekhilafan ini.

Tuesday, September 06, 2011

Siaran Tertunda

Sebelum Ramadhan tempohari, memang seronoklah makan durian. Aku lupa nak letak gambar durian yang sudah masak ranum tu...ketika posting terdahulu masih cuma putik. Jom tengok...haish...puasa-puasa ni lah nak buat hal ye...hehehe...
Tahun ini, boleh tahan juga jumlah buahnya. Cuma pokok dekat belakang nun saja yang kureng mengancam isinya.
Geram tengok buah di atas sana. Yang tepi pagar lagilah, asal orang lalu je, tengok atas...asal lalu je, tengok...tapi kira merasa jugaklah semua jiran tetangga yang berdekatan, walaupun tak banyak...sebiji dua tu tetap dihulurkan.
Seronok dapat kutip durian yang gugur. Asal gedebuk je...pakat berlumba-lumba nak ambil. Teruja!
Mangsa yang terpilih...heheh...ya, betul, saya budak bendang...tapi jangan tak tau, saya juga berkemampuan kopek durian tanpa bantuan...hehehe....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan.
Dah selesai dengan durian, cari subjek lain pulak...(tak de keroje, cari keroje!)
Tak tahu apa nama pokok ini. Tapi comey jugak!
Jambu yang belum masak di hujung julai...tapi yang tak best tu, bila besar tak boleh makan. Kena sebat dek ulat dulu.
Purple lagi!
Teringat cerita Selendang Delima
Hemmm...
Selesai sudah acara siaran tertunda ini... (Sukalah guna dashboard blogspot yang baru ni...)

Lebaran 2011

Alhamdulillah, habis sudah Ramadhan, Syawal kita raikan. Entahkan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun hadapan...kalau umur panjang, mohon kesempatan lagi dariNya. Insyaallah. Raya tahun ini seperti dulu-dulu sederhana sahaja, namun tetap meriah. Ikutkan giliran sudah patut-patut sangat beraya di Perak, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, yang menentukan Tuhan. Atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, sambutan Aidilfitri kali ini juga berlangsung di Melaka. Tak apalah, tak akanlah sebab tak dapat balik raya nak bermasam muka pula kan? Kat mana-mana pun sama saja. Kami di TM memang kena cuti sepanjang minggu. Seronoklah bercuti sakan, tapi che Abe' cuma cuti hari raya dan merdeka sahaja. Makanya lompong-lompong hari yang tinggal itulah yang mengganggu hasrat menyambut 1 Syawal di desa tercinta, jadi beraya di Melaka sajalah sebab mudah che Abe' nak berulang alik ke tempat kerja, perjalanan cuma sejam sikit je. Yang paling seronok dah tentu budak-budak. Seronok dapat duit rayalah, apa lagi?
Generasi pelapis yang ada tahun ini. Diaorang ni tak macam budak-budak zaman Aku dulu. Beraya kat dalam rumah saja. Aku dulu keluar pagi balik senja...hehehe...apa tidaknya, nak pulun satu kampung!
Tapi tak boleh salah budak-budak juga. Keadaan sudah banyak berubah. Kami dulu boleh keluar pi mana pun mak ayah tak risau. Orang kampung kenal. Dan tak ada pula cerita-cerita pelik. Jadi, budak-budak zaman tu memang bebas bertebaran, pergilah ceruk manapun...tahu-tahu sebelum Maghrib dah ada dalam rumah. Sekarang nak buat macam tu? Hish...nak cari penyakit? Nak pergi kedai kat seberang jalanpun fikir berkali-kali nak bagi ke tidak. Untung jadi budak era zaman dulu ehh...
Tahun ini untuk baju Melayu budak-budak , Aku pilih warna coklat. Beli kat Mydin Sinar Kota je...tak kuasa Aku nak meredah Jalan TAR. Itupun Aku beli awal. Memang tak sanggup nak buat aktiviti membeli-belah saat-saat terakhir.
Untuk mak bapak? Hahah...sempoi jer. Tak de sedondon kedondong pun. Abang cakap, baju lama elok lagi...tak payah membazir. So, Aku pun rembat jer lah apa yang ada. Pakai jubah hitam. Memang ada tempah baju kurung...bukan untuk raya semata, tapi untuk baju kerja juga. Cuma masa raya tu, baju-baju tu ada tersadai kat rumah adik, dia pulak balik raya di Kuantan...jadi tunggulah dia balik kem untuk dapatkan baju-baju tu.
Alah...tak kisah pun...rayaku tetap happening juga...heheh...
Raya keempat barulah dapat balik Perak. Raya kelima dari pagi membawa ke petang, pusing sakan beraya. Dapat pekena dodol yang paling nyummy masa kat rumah cousin...wallaweh....pueh ati! Malam tu tuju ke Lenggong dan bermalam di sana. Mujur juga, sebab bila keluar pagi tu dari Lenggong, kitaorang dah bypass kesesakan yang menghala ke R&R Sg. Perak. Jadi, perjalanan balik memang smooth. Alhamdulillah. Dah 8 Syawal pun...balik KL ramai dah tanya , pot luck raya bila?...belum campur lagi jemputan-jemputan rumah/pejabat terbuka yang mula bersusun minggu depan...aiii...beraye sakan le kitaaaa... Selamat hari raya!