Oh ya, sepanjang berdiam diri ini Telipuk sebenarnya ada aktiviti. Telipuk dengan keluarga pergi bercuti ke pulau lagenda, Pulau Langkawi. Perancangan ini sudah dibuat awal. Sengaja Telipuk pilih minggu pertama cuti sekolah, sekurang-kurangnya orang ramai belum berduyun-duyun serbu lagi...memanglah orang dah ramai, tapi masih okay lagi. Cuba datang time cuti Krismas...perghh...sosak!!!
Untuk kali ini (macamlah banyak kali sangat dah pergi...;)), kami pergi dengan menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto Express. Dengan cara ini, kami dapat membawa masuk cik Naza ke sana. Tak payah penat-penat angkut barang. Sampai jeti roll in, roll out jer....hahaha...sonang ba tu...Dan tak payah susah-susah sewa kereta. Sewa time cuti sekolah ni, bukan murah ye. Tak kan nak ambik Viva pulak...baru masuk beg sebijik dah tepu.
Naik dari jeti Kuala Perlis. Feri ini tunggu tidak jauh dari Masjid Al-Hussain. Tak adalah berebut-rebut sama dengan penumpang-penumpang yang naik feri biasa tu. Diaorang memang kat tempat biasa, dok tunggu beramai-ramai. Tengok pun gerun...ramai wehhh...Yang LAE ni, kitaorang tunggu boarding jam 9.30 pagi...then pukul 11 pagi, jalan. Sebenarnya kami sampai awal, rasa tak silap baca kena ada sana 2 jam awal...ingat pukul 10 jalan, tu yang subuh-subuh sepeiii dah ada kat sana. Maklumlah, first timer kan...bayar dah beratus-ratus, tak berani lah nak lambat. Buat nye terlepas trip ni naya. Tak silap ada satu trip pagi dan satu trip petang jer. Oleh kerana itu, bergigihlah kitaorang berpagi-pagi bersidai di kawasan jeti.
Lepas solat subuh dan melepak menunggu mentari pagi naik, kami sempatlah bersarapan di gerai sekitar kawasan jeti Kuala Perlis. Bila dah sampai masa boarding, barulah gate dermaga dibuka dan kenderaan yang sudah berdaftar (check-in kena buat di pondok LAESB ye) dan sudah lengkap dokumentasi perjalanan, dibenarkan masuk satu persatu mengambil tempat. Ada petugas yang menunggu untuk memberi arahan dan membantu parkir. Jangan risau.
Ada juga penumpang yang malas nak panjat tangga naik ke dek atas, jadi, boleh jer lepak kat dalam kereta atau keluar bersidai tepi-tepi dinding feri tu. Kenyang makan angin laut ooo. Kitaorang masa ni, masih bersemangat waja bercampur 'peghak' sekali...so, memang tak lepaskan peluang naik atas.
Tempoh masa perjalanan dalam 2 jam jugaklah...hemmm...paling lama la rasanya duduk berlayar ni. Dulu kalau pi Pangkor pun, koman-koman 30 minit jer. Hahaha...sib baik tak terfikir perkara-perkara merepek...maklumlah orang tak reti berenang, dia punya trauma lain macam sikit. Safety wise...you don't have to worry...feri ini dalam kondisi yang baik dan sangat stabil. Jaket keselamatan pun ada tersedia di bawah kerusi penumpang. In shaa Allah...selamat.
Kami memasuki Pulau Langkawi melalui Jeti Tanjung Lembong. Tak sama dengan jeti feri penumpang yang berlabuh di jeti Kuah. Sebaik keluar, perut dah berkeroncong kelaparan. Kami singgah makan di sebuah tempat makan tidak jauh dari jeti. Lupa pula saya apa nama tempat tu...tapi itulah tempat paling happening sesudah mendarat....ada kot dalam satu kilometer dari jeti, sebelah kiri jalan dan tidak jauh dari persimpangan Bukit Malut. Yang meriah tu sebab kereta-kereta lain yang keluar pun semua pakat-pakat singgah kat situ...hahaha...semua orang lapar lah bila dah ditiup angin laut tu. Tempat makan ni menghidangkan nasi campur dengan aneka jenis lauk pauk...seafood memang sangat segar. Ada yang ambil mangkuk ceduk sup kerang dan lala (aku panggil retak seribu...siput tu ler...bukan hati aku...). Telipuk tak boleh tahan tengok ketam masak lemak...apa lagi...sauk terus masuk pinggan. Amboiii sodapnyaa....isi tebal, manis...ishhh...
Selesai makan kami terus menuju ke tempat penginapan. Tempat ini pun kami dah tempah awal menerusi Expedia. Ala...ini zaman senang jer kan...yang penting sediakan ongkosnya sahaja.
Pemandangan Indah Guest House ini terletak di tepi jalan , Jalan Padang Matsirat. Hanya sepelaung dari tempat rekreasi Pemandangan Indah Look Out Point di mana anda boleh naik ke atas melihat pemandangan sekeliling. Walaupun dekat, kami tak sempat pun pergi Look Out Point ni. Pemilik guest house ni nama dia Che Ani. Hehehe...baik orangnya. Setiap kali kami keluar-masuk, dia akan datang menyapa.
Unit yang kami pilih mempunyai dua bilik dengan katil bersaiz queen. Setiap satu bilik dibekalkan dengan dua tilam extra saiz single. So, memang berbaloi-baloilah tidur. Ada living hall yang selesa, ada dining dan dapur lengkap dengan dapur dan peti ais. Dan yang pentingnya ada mesin basuh...perghh...kat belakang pulak, ada ampaian yang mencukupi lengkap dengan cloth peg sekali...isshhh...seronoklah membasuh kain ni. Tak payah bawak baju banyak-banyak. Parking depan unit jer...hua hua hua... I like this place...:). Actually, kata owner dia...dia dah sediakan tempat memasak kat sebelah opis dia...lengkap dengan segala ramuan...aduuhhh...stress Telipuk coz Telipuk siap pi beli beras, teh, susu, kopi bagai...jadi, korang kalau nak datang sini buat family gathering ke...senang giler boleh pi wet market dia yang dekat jer...beli fresh seafood, dan boleh buat barbeque kat situ...perghhh...mantop la! Apa-apa keperluan boleh tanya kat tuan rumah, in shaa Allah...dia boleh tolong. Dan kalau nak apa-apa tour package pun boleh runding jugak...Telipuk dah buat homework sebelum datang, dan dah bawak kereta sendiri pun...jadi, tak perlulah ambil tour package. Pakai pandai sendiri je redah.
Lepas daftar masuk, Telipuk ajak keluarga keluar ke kawasan Beras Terbakar sebab ini adalah lokasi paling hampir untuk dikunjungi waktu-waktu petang ni. Ingat nak survey jer dulu sebab orang kata kat sini kain batik, t-shirt dan cenderamata (key chain dan fridge magnet) murah. Survey konon...sampai jer terus membeli...hahaha...mak Telipuk lagi teruk...dia main beli jer, tengok-tengok yang dia beli tu a bit pricey compare dengan yang Telipuk beli...same kain batik jawa halus tu Telipuk dapat RM12 (beli 6 seh...)...dia beli harga RM18...hahaha...apa baranggggg!!! Oleh sebab hari tu hujan, jadi kami pun membeli ala kadar dan tak begitu sepenuh hati. Sebelum balik, singgah pasar malam. Kalau anda semua sampai hari Ahad macam Telipuk, ingat...boleh singgah pasar malam Padang Matsirat ni yang dibuat di kawasan tapak parkir Beras Terbakar bermula jam 6 petang sampai pukul 10 malam. Kalau korang suka makan kat restoran dan budget pun banyak...mungkin tip ni tak sesuai la...but untuk Telipuk yang suuuukkkaaaa sangat benda-benda pasar malam ni...oh man, I love it! Ada satu gerai jual apam balik ni....aduhhh...so sedappp owhhh! Dengan ingredient yang tak kedekut...serius sangat sedap. Kat situ juga Telipuk beli kuih dorayaki apa ntah...sedap...sedap!!! Then, beli kuih peneram yang panas-panas...mee goreng longgok yang awesome...nasi ayam...pergghhh...penuh tangan bawak balik.
Balik rumah, mandi, makan...then...belek barang-barang rampasan...hehehe...selain kain batik, kami beli juga minyak gamat. Ada jual 12 botol RM10 dan 12 botol RM9. Actually, membelek barang-barang gamat based ni memang agak melekakan...macam-macam ada, dengan segala sabunnya, bedaknya, ubat itu, ubat ini...rambang mata. Tapi Telipuk tak beli all out la sebab ada nampak tempat jualan gamat along jalan Matsirat ni sebelum sampai rumah kami arah simpang Bukit Malut. Warisan Nusantara. Ingat nak singgah kat situ untuk membeli lagi.
Ni baru cerita hari pertama. Nanti Telipuk cerita lagi untuk hari-hari seterusnya dalam entri yang lain ya. Heheh...bolehlah membiakkan entri dan menampakkan sisi produktif KL Traffic.











