Saya belajar satu benda yang penting. Ini adalah pertama kalinya saya cuba menerangkannya dalam bentuk perkataan, sebelum ia tenggelam dalam hiruk pikuk pemikiran saya. Ia adalah tentang mengambil tindakan, berusaha melakukannya tanpa mengetahui apakah ia akan membuahkan hasil yang diharapkan. Bagi saya, hasil tu jangan difikirkan dulu. Buat dulu. Sebab hasil akan dapat asbab dari usaha kita. Bukan hasil itu dapat sebab kita buat seperti apa kita plan. Ketahuilah ianya tidak pernah ada dalam kawalan kita. Ia milik Yang Maha Esa.
Okay, saya nak bagi contoh. Contoh yang sangat simple dan saya percaya semuapun boleh membayangkannya. Semenjak kena masuk pejabat sepebuh masa ini, saya selalu perasan yang waima saya cuba cepat siap, masih saya tak dapat keluar dari rumah jam 7 pagi. Paling cepat 7.15 pagi. Biasanya 7.40 pagi. Entah kenapa. Kadang-kadang tak de pun sibuk-ibuk memasak, ada harinya saya minta suami belikan makanan sahaja. Tapi still tak dapat keluar jam 7. Tapi ada harinya beriya saya memasak breakfast dan lunch, boleh pulak jam 7.30 siap...hahahaha. Anyway, saya dah tahu sebenarnya apa. Betul, masa cepat berjalan. Dan terlebih betul ialah apa niat kita. Niat nak sampai sedikit awal sebelum parking percuma penuh, dalam masa yang sama ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Pening? Jangan pening...buat je. Ikut step yang perlu, lepas solat jerang air, lepas tu keluarkan kucing dan bersihkan litter box, then sambil-sambil tu tanak nasik. Panaskan lauk yang dah siap masak malam tadi. Sambil tu bancuh air dan siapkan sarapan pagi. Buat je. Kalau pukul 7.45 baru dapat masuk kereta bawa bertenang je. Baca doa memandu jangan lupa dan jalan je. Walau dalam hati berdetik, habislah...sure parking dah habis...don't worry, jalan je. Tau-tau jadi macam pagi ini....ehhhh...ada petak kosong. Alhamdulillah.
Itu yang kadang-kadang kita terlupa. Terlupa yang kita hanya boleh merencana. Yang akan menentukan dapat atau tidak itu adalah Allah. Tapi part usaha, doa dan tawakal itu kena seiring ya. Meski untuk perkara-perkara yang terasa kecil remeh. Jangan pernah memandang enteng kerana kehidupan ini penuh dengan keajaiban. Ada sekali peristiwa, saat-saat saya berasa sangat lelah...buka mata untuk memulakan hari, macam Ya Allah, tak ada kudrat rasa nak seret batang tubuh ni melalui hari. Padahal ada seribu satu perkara yang menunggu untuk diselesaikan. Bila saya ingat yang kita ni perlu buat tanpa mempertikaikan dapat atau tidak tu, suka atau tidak...saya gagahi untuk menjalani hari. Dan bila ingat bahawa dunia ini sementara, lagilah hati rasa tak apalah susah sedikit, ini kali sahaja. Pelik kan? Tapi itulah penguat semangat, yang penting...tanggungjawab laksanakan. Buat itu mesti, tak perlu berdolak dalik beralasan untuk menepis atau menangguh, kalau itulah jalanan yang perlu ditempuh, jalani sahaja. Bila dah buat, apa jua hasilnya redha. Kalau berhasil seperti kehendak hati, alhamdulillah. Jika, tidak...pasti ada hikmahnya. Berlapang dada sahaja. Pegang ini pasti hidup rasa tenang sahaja, tak de keluh kesah. In shaa Allah.