Nak letak juga gambar ni...
Cuba teka apa dia? Kenyal. Lemak-lemak manis. Melekit-lekit di jari.
Siapa jawab betul boleh datang beraya...hahaha...tapi dodol tak ada lagi dah sebab sudah selamat dikendurikan Telipuk yang membalas dendam kerana lambat balik raya.
Sedapnya dodol mak Telipuk. Tak puas makan yang dodol Melaka...mesti nak dodol mak jugak. Tapi tahun ini semua orang tak bagi mak masak banyak, so, dia buat ciput saja...ngam-ngam cukup untuk kami adik-beradik rasa.
Dodol ni Telipuk suka bukan sebab apa...sebab ada banyak kenangan sama. Tok Telipuk memang pencinta kuih-muih tradisional dan 'kelebihan' menjadi cucunya ialah Telipuk berpeluang terlibat sama dalam proses pembuatan kuih-muih tersebut meskipun penglibatan yang 'terpaksa-rela' . Selalunya macam tu lah, kena paksa-paksa dulu, gula-gulakan dengan habuan dan upah...barulah dengan berat hati turun ke dapur. Bukan apa, tok Telipuk ni, dia mesti sediakan bahan-bahan secara tradisi juga...tak mainlah yang segera...tu yang penat nak melayan tu. Kalau kuih tu menggunakan tepung pulut, maka, kenalah kami bergilir-gilir menumbuk dengan alu yang berat tu. Dahlah puasa pulak . Penat wooo. Kalau macam dodol tu...selamat sejahteralah kami 'menunggang' kukur kelapa sebab nak dapatkan perahan santan tu. Bukan kukur sebijik dua...berbiji-biji.
Tapikan...bila fikir-fikirkan sekarang, rasa rindu pula kenangan masa tu dan rasa rugi sangat sebab buat kerja tak ikhlas hahaha...kalaulah Telipuk lebih positif, tentu banyak yang Telipuk belajar dari Tok. Tentu banyak tips-tips yang ada dalam hafalan Telipuk sebab banyak keistimewaannya kaedah tradisi itu. Sebab itu kuih sekarang tak boleh lawan rasa kuih lama. Atau setidak-tidaknya dapatlah Telipuk kekalkan dan pelihara sebagai warisan keluarga...rugi, kan?
*Mode : perempuan melayu terakhir...*
Showing posts with label Memory Lane. Show all posts

Friday, August 23, 2013
Tuesday, March 06, 2012
Digamit Memori
Hujung minggu lepas saya ke Mydin Sinar Kota. Ala...yang dekat Pudu Sentral tu (Puduraya je la senang!). Tujuan utama ialah saya hendak carikan talipinggang sekolah untuk Hisham. Saya memang tak pandai cari kat tempat lain, saya tahu datang kat Mydin saja. Bila sudah ada di sini, mulalah saya melalut pergi ke semua tingkat dan berakhir dengan dua raga besar belian. Syabas!!!
Semasa saya sibuk mencari bedak talkum, saya ternampak bedak ini. Wah! terus teringat kenangan silam. Nostalgia!
Ingat lagi iklannya di TV masa tu, ianya bermula dengan dialog "Bedak cuticura siapa ni?" Dan semua anggota keluarga mengaku bedak itu dia yang punya. hahaha...ada ingat ke?

Bedak ini pun sangat popular pada masa itu (masa saya kecil-kecil dululah...tak payah tanya tahun berapa, sudah terasa usang hehehe...).
Holiday On Ice ! Heh...memang klasik la, tak silap saya pada masa itu bekasnya diperbuat daripada tin. Yang ini, dah guna plastik. Kalau kat kedai gunting rambut, ada juga nampak sekali-sekala.

Lepas tu lalu bahagian sabun pula dan dengan mengabaikan orang ramai di keliling, telah dengan selambanya merakamkan gambar ini.
Yezzzaaaa...sabun Popinjay. Kira hebatla mandi dengan sabun Popinjay ni...heheh...tapi kalau tok wan saya pi ke kedai, dia suka beli sabun Camay...hish...yang tu lagi up sket la. Tapi selalunya brand cap burung inilah yang ayah suka beli. Dia suka dengan baunya selain sabun 999 sebab berkesan mengatasi gatal kulit selepas balik bendang.

Hermmm...best kan, sesekali mengenang...

Friday, August 19, 2011
Kenangan Kad Raya
Ada satu benda yang Aku rasa kurang je tahun ni...
Sebenarnya dah terasa sangat kehilangannya semenjak beberapa tahun dulu. Tapi kali ini semakin terasa. Hehehe...
Kad raya!
Ya, kad raya. Sample ni BGA punya. BGA hantar kad raya !!! Argh...jelesnya Aku kepada si penerimanya.
Masa zaman kegemilangan dulu, perghhh...part yang paling best ialah menunggu bunyi enjin motor posmen. Hahaha. Bila posmen berhenti depan pintu, semua berebut-rebut hendak ambil dulu. Lepas tu, yang namanya ada...bangga giler menayang dekat yang tak dapat. Kalau dapat yang saiz besar talam tu lagi la bangga...hahaha...
Ingat tak rupa kad raya dolu-dolu...
Kalau tak gambar ketupat dan pelita, sure gambar anak kucing...betul tak? Kiut, kan?
Masa budak-budak hingusan, mesti kita tak lupa tulis, "pecah kaca, pecah gelas...sudah baca harap balas". Memberi untuk menerima. Kalau tak dibalas, rasa serik nak hantar lagi. Kalau yang tak kisah sangat bab balasan, dia nanti tulis, "pecah kaca pecah sampan...sudah baca harap simpan".
Bila dah kerja, kad-kad raya yang diterima tak best jer...maklumlah, yang menghantar itu selalunya menurunkan tandatangan sahaja. Maklumlah, kad-kad dihantar atas dasar networking je...jumpa dan berurusan sebab kerja. Terasa hambar je. Tapi still seronok jugalah menempek kat dinding cubicle.
Tapi tahun ni memang rekodlah...lagu raya dah main kat radio...sekeping kad raya pun Aku belum dapat (hemmmm...alamat tak dapat lah tu).
Ada orang cerita, dia hantar kat raya untuk diri sendiri. Saja suka-suka...hahaha...cantik sangat kot kat raya tu, sampai rasa sayang nak bagi orang.
Alahai...nostalgia!

Tuesday, June 07, 2011
Menoleh Ke Belakang
Aku menggunakan pengangkutan awam semalam untuk balik ke rumah. Yang seronoknya bila naik pengangkutan awam ini, kita boleh tengok-tengok sekeliling, lihat gelagat orang dan tak perlu risaukan kesesakan. Cuma takut lrt terhenti sahajalah. Alhamdulillah, setakat pengalaman yang ada, belumlah lagi terkena. Yang tak best menggunakan kenderaan awam, orang boleh tengok kita balik...ek eleh...tengok gelagat kita...heheh...
Dari Masjid Jamek ke Sentul Timur, perjalanan cuma memakan masa dalam 10 minit je. Tapi sempat juga memerhatikan gelagat sekumpulan aweks. Mereka semuanya muka 'hijau'. Berbaju kurung. Bertudung sopan. Menjinjing beg dan mengelek buku-buku. Yang kasut bertumit 2 inci nampak kekok melangkah. Aku senyum mendengar mereka berbalah hendak turun samada di Sentul atau Sentul Timur.
"Sentul ke? " tanya salah seorang daripada mereka, cuak membelek rajah aliran Ampang Line itu.
"Aku rasa Sentul Timur la". Seorang kawannya bertegas tak mahu turun ketika tren menghampiri stesen Sentul.
Kesemua mereka mula duduk di hujung-hujung bangku. Ada bayangan resah menyapa air muka yang tadinya ceria.
Begitulah , bila kita mula melangkah ke alam pekerjaan dan mula belajar mahu hidup sendiri. Kita bermula dengan tidak pasti akan banyak perkara. Aku pun pernah sesat barat juga masa mula-mula datang KL. Maklumlah, budak kampung. Nak keluar mana-mana pun kalau tak dengan kawan-kawan, sanggup Aku bertapa dalam rumah. Pasal takut giler nak keluar seorang. Mujurlah memang dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik, alhamdulillah. Teringat masa masih dalam latihan di TTC Jalan Gurney. Ada sekali tu Ziha dan kawan-kawan lain ajak pergi Semua House. Pergilah kami berderet-deret keluar tunggu bas no. 20 rasanya. Naik bas pun nak duduk dekat-dekat sambil mata tak lepas pandang kawan-kawan. Mana tahu diaorang turun Aku tak perasan...naya...naya...Lepas tu turun kat mana ntah kena berjalan kaki ikut jalan short cut...ada seorang budak ni yang tahu jalan. Aku memang la hampeh tak tahu...main ikut je. Lepas tu yang kelakar, orang bila sampai sana sibuk la pergi cari barang, beli itu ini...Aku tak berani pun hendak pergi jauh-jauh, takut hilang kawan. Sudahnya temankan diaorang shopping sahajalah. Hahaha.
Itu dululah. La ni, insyaallah, sudah boleh sampai dah mana-mana...dari Chow Kit sampai ke Sg. Wang, patah balik Pavillion ke Sogo, menyusur Jalan TAR hingga ke Sultan Ismail...tembus pula ke KLCC...pas tu balik Ong Tai Kim hahahaha...insyaallah, lepaslah.
Bila tengok budak-budak muda ni, Aku senyum bukan apa...teringatlah zaman-zaman remaja dulukan. Terasa dah tua pula.(Memanglah pun dah tua!). Tak, tak jeles pun. Ini hari hari diaorang, hari Aku dah lepas. Tak ada sebarang kekesalan. Pengalaman-pengalaman yang telah ditempuh menjadikan diri lebih matang dan 'wise'...chewah...chewah...rasanya tiada galang gantinya untuk itu. Walaupun kena trade-in umur muda...mahal harganya apa yang Aku nikmati sekarang. Berbaloi-baloi.
Cuma kadang-kadang terlupa yang usia ni makin beransur-ansur naik...yelah, dapat member-member jenis 'gila'. Kalau buat lawak tak ingat dunia. Sampai risau juga, aiii...bior bebenor Aku ni, umur dah meningkat...kekadang perangai mengalahkan budak!
Hemmm...tak apalah kan, janji tak kacau orang!

Thursday, January 27, 2011
Ceritaku
Hari ini saya dalam mood 'melancholic' sikit...apakah ianya kerana cuaca? Atau kerana beberapa peristiwa kebelakangan ini yang membuatkan saya sedikit sedih...sedih dengan sikap sesetangah orang yang mudah mengalah, selalu hendak senang, tak mahu bersusah sikit pun dan sikit-sikit salahkan orang lain. Kita memang tak mampu mengawal persekitaran, tetapi kita pasti mampu mengawal cara bagaimana diri kita bereaksi dengan persekitaran.
Lalu saya teringatkan kisah-kisah lama yang banyak mewarna dan mencorakkan kehidupan saya pada hari ini.
1. Mengerah kudrat saya menolong emak dan ayah di bendang bertahun-tahun lamanya semenjak sekolah rendah sampailah last saya turun bendang masa tingkatan 4 kot (sebab lepas tu bendang tu dipawah kepada orang lain). Saya tak kisah bendang yang kat Sungai Labu tu sebab tanah bendang tu agak kejap...senang hendak berjalan. Tapi, yang bendang tok kat belah darat tu yang saya selalu 'bechinta' nak turun bila mak ajak...ya Allah, memang tanah liat tahap keleboq ler...baru 2 langkah dah mencungap dibuatnya. Selalunya saya tolong masa fasa hendak membersihkan je, pasal masa tu penggunaan mesin tak sampai ke tempat kami lagi. Nak upah orang, mahu tak kena bayor lagi...hish...masa tu seringgit dua pun kena berkira gak.
2. Berulang-alik naik turun bas ke Klinik Kesihatan Kedai Empat ambil ubat cecair apa ntah yang saya terpaksa guna ketika mandi sebab kulit saya yang tak berapa 'serasi' dengan air bendang. Apa taknya, balik bendang aje...semalaman saya menggaru. Habis melecet di sana-sini. Ikut-ikutkan rasa hati memang saya boleh aje taubat nasuha tak turun bendang...tapi asal saya nampak je mak sarung baju bendang dan bau lumpur kering menyentuh saraf bau saya bila mak lalu tak berkata apa-apa...gerenti lima minit lepas tu saya menggelupur cari uniform saya pulak. Saya tak sampai hati.
3. Di sebalik masalah gatal-gatal kulit tu, saya juga berhadapan dengan benda-benda lain yang walaupun tak 'alah' tapi saya 'geli' bercampur takut. Masalah utama saya ialah katak. Ada banyak katak bersembunyi dalam timbunan-timbunan rumput dan jerami yang saya kena clearkan. Setiap kali terserempak, saya akan melompat-lompat sama sebab geli tengok perut dia...yang tak best tu, time saya lompat ke kiri...time tu jugak le dia nak lompat ke kiri juga...nasiblah saya tak develop tabiat melatah...kot tak, haru je! Ada juga beberapa kali terserempak 'lingkaran ubat nyamuk Fumakilla ' tu...hehehe...syyhhhh...(Rosebud tak leh baca nih!). Tapi alhamdulillahlah, selalunya dia pun takut terserempak orang, laju je menyelinap lari.
Tapi itulah yang mengajar saya untuk peka dengan persekitaran, mengagak situasi dan merangka strategi...hehehe.
4. Saya pernah beberapa kali berjalan kaki dengan juraian air mata sebab mendapati emak tak ada di rumah di Sungai Labu. Kadang-kadang emak lupa bagi notis awal bila dia pergi rumah tok. Dan kadang-kadang saya terlupa. Setiap hari balik sekolah, saya akan bagitau Pak Mat kat mana hendak turun. Kalau saya tak cakap apa-apa, alamatnya rumah Sungai Labu. Kalau saya kata Bagan Tiang...rumah tok. Bila-bila saya tak sure nak turun mana, saya akan terus ke Sungai Labu. Kena menapak masuk jalan lorong simen tu dalam 500 meter. Selalunya bila sampai kat pondok Haji Dollah, yang ada banyak rimbunan pokok pisang (selalu perasan cam ada 'hantu' je bila malam dan subuh hari)...perut saya akan memulas kalau dari situ saya nampak tingkap rumah bertutup. Tapi saya jalan jugak sampai ke rumah untuk pastikan mak ada atau tidak. Kalau panggil-panggil tak ada, time tu le saya mengamuk sepak sabut-sabut kelapa yang tergantung bawah rumah tu...lepas mengamuk tu baru le saya jalan kaki balik ke rumah tok pulak...more than 1 km dowh....tengahari rembang pulak tu kan...tapi itulah pengalaman.
5. Ada sekali tu saya kena tinggal dengan bas Pak Mat. Masa tu saya sekolah kat Jam Besar, bangunan lama di pekan lama PB. Tunggu punya tunggu dah pukul 2 lebih, bayang tayar van pun tak nampak. Panik dibuatnya. Dah la duit satu sen pun tak ada. Masa tu darjah 2 atau 3 rasanya. Selalu mak beri saya duit saku 30 sen. 20 sen saya guna untuk beli mee goreng atau laksa sepinggan...masa tu 20 sen pun dah kenyang dowh! 10 sen lagi beli air la. Memang cukup. Nak balik sendiri saya kena guna pengangkutan awam. Tambang bas merah tu 30 sen...huhuhu...Tahu apa ikhtiar saya? Saya pun gunakan kepakaran dan ketelitian mata untuk mencari kalau-kalau ada budak-budak yang dok leka bermain masa tunggu giliran dijemput pulang tu ada keciciran syiling. Memang rezeki saya, bawah bangku batu ada, kat playground pun ada juga...saya berhasil mengumpul seringgit lebih juga. Dengan wang itu, dapatlah saya pulang. Tapi saya balik selamba, siapa pun tak tahu apa masalah yang telah saya hadapi. Kemudian saya menyedari, saya tidak suka menceritakan masalah saya kepada keluarga...selagi saya boleh settle, saya handle sendiri...saya belajar untuk tidak menyusahkan siapa-siapa.
6. Saya memang tak pernah ponteng sekolah. Kehadiran sekolah saya setiap tahun adalah 100% tetapi saya selalu ponteng sukan (cikgu kata tak apa sebab rumah saya jauh...yeayyy!!!). Walaupun garang macamana pun cikgu tu, walaupun sakit perut saya kena piat sebab lambat jawab soalan sifir cikgu masih berbekas, saya tetap akan gagahkan diri hadir. Bukanlah sebab saya ini rajin sangat atau apa...satu jer sebab saya gigih pergi sekolah masa tu...saya tidak suka orang memandang rendah pada saya dan saya tidak mahu mengalah walaupun saya satu-satunya anak pesawah dalam kelas dari darjah 1 sampai darjah 6. Lagipun kalau satu hari tertinggal pelajaran, dengan siapa saya hendak merujuk? Saya tak ada kawan-kawan sekampung yang satu kelas. Saya tak ada siapa-siapa untuk diajak berbincang. Juga tak ada telefon di rumah. Saya tidak boleh terlepas satu hari pun. Nanti kerja tak siap mesti kena marah. Cikgu pula garang macam harimau. Sebab itulah saya tak berani ponteng.
7. Basikal pertama yang saya gunakan ketika belajar naik basikal ialah sebuah chopper lama peninggalan sepupu saya. Saya bermula dengan duduk dipalang kerana tak sampai hendak duduk atas seat. Banyak kali saya jatuh. Ada sekali tu saya langgar pokok kelapa, basikal tu berpusing menghempap saya. Banyak kali juga saya jatuh dalam parit. Tapi saya tak serik-serik...mujurlah. Ketika tingkatan 5, ramai kawan-kawan saya yang mula hendak 'kontrol ayu'. Mereka tak mahu naik basikal, tetapi naik bas. Saya pula keluarkan duit biasiswa dan beli sebuah basikal beroda besar...memang tak cun basikal tu...nasibla pelantarnya tak macam basikal tua arwah Abang Sudir dan tak ada palang di depan. Tapi memang design yang agak-agak kuno. Tapi saya tak kesah lah, basikal saya tu lajuuuu...Itu yang pentingnya. Saya memang sudah agak-agak sedar yang saya tak suka bila tak boleh kawal situasi. Kalau naik bas, saya kena bergantung pada jadual bas. Sekejap awal, sekejap lambat...hish...saya pula pantang kalau kena menunggu. Rasa rimas! Dengan basikal, suka hati sayalah nak keluar pukul berapa, budget masalah. Perjalanan ke sekolah dengan kayuhan sederhana secara purata memakan masa dalam 30 minit. Jarak sekolah masa tu ermmm...dlm 2 batu lebih rasanya. Tapi saya selalu sampai awal sebelum loceng berbunyi. Maklumlah, memang jenis skema.
8. Di sekolah menengah, orang kenal saya kerana kakak-kakak saya. Kakak-kakak saya lebih dikenali kerana mereka aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah dan mereka juga lebih cemerlang dalam hal komunikasi dan pergaulan.Saya pula lebih kepada kera sumbang. Tetapi bila kedua-duanya meninggalkan sekolah, saya terpaksa memikul legasi mereka...bermulalah penglibatan saya dalam aktiviti syarahan, debat, kuiz, persatuan dan sebagainya (kecuali sukan). Nak buat macamana, cikgu bila dah kenal kita...kita ajelah yang kena. Sampaikan masa nak dekat-dekat SPM, ada seorang guru ini tegur saya kerana masih 'sibuk' diluar sedangkan peperiksaan sudah dekat. Saya berjanji pada diri saya tak akan jadi 'mak sanggup' lagi...pasal tulah bila masuk U , saya malas nak join aktiviti kolej dan universiti. Satu program bakti siswa pun saya tak pergi.
9. Saya cuba memohon masuk perkhidmatan tentera selepas SPM bukanlah kerana saya berjiwa perwira. Saya hendak masuk kerana saya fikir dengan cara itu, emak dan ayah tak perlu risaukan saya lagi dan insyaallah, saya akan dapat membantu mereka dengan kadar segera. Maklumlah semuanya ditanggung beres. Satu apa pun pasal hal ketenteraan saya tak tahu pun. Tapi saya buat muka konfiden giler...Hari-hari pertama disitu memang menyeksakan. Ujian demi ujian. Panjat tembok. Panjat orang. Yelah, kerjasama sepasukan namanya. Jiwa saya gelisah. Tetapi saya tidak mahu mengaku kalah. Malangnya, saya tidak terpilih pada tapisan akhir. Hemmm...takutnya nak balik masa tu, takut menghampakan emak dan ayah. Pada masa itu, mungkin mereka hampa...tapi semuanya pun ada hikmahnya, bukan? Saya banyak belajar daripada pengalaman singkat ini.
10. Saya ingat lagi emak tebalkan muka meminjam duit untuk membolehkan saya mendaftar sebagai pelajar di universiti. Emak dan ayah sangat berbangga masa itu. Pertama kali hidup berjauhan, saya langsung tak kekok. Malahan ramai yang bertanya saya daripada sekolah mana. TKC? Saya geleng. STF? Pun saya geleng. Seri Puteri? Tak juga. MRSM mana? Habis tu sekolah apa? Saya pun sebut nama penuh sekolah saya dengan hati bangga. Sayangnya, mereka tak pernah dengar pun...masa itu saya bertekad, untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita yang saya tak tahu apa...heheh...(hakikatnya saya cuma ingin menjadi guru...)
11. Saya pernah sampai tak balik pada hari perkahwinan kakak sulung saya kerana takut dengan ugutan warden yang tak membenarkan kami meninggalkan kolej pada suatu hujung minggu. Kebetulannya ada hari keluarga kolej masa tu jadi peraturan itu dikuatkuasakan. Saya pula betul bendul. Sepatutnya saya berbincang baik-baik. Hari keluarga pun bukannya ada apa, ada gerai jualan dan pertunjukan itu ini...tak terjejas pun kalau saya tak ada. Saya semat dalam hati saya, kalau saya menjadi orang yang memegang kuasa...mudah-mudahan saya tidak bersikap menindas dan mengamalkan timbang rasa dalam berurusan. (sah...saya memang tak sesuai menjadi bos!)
12. Saya pernah berpuasa selama 200 hari kerana melunaskan nazar saya. Saya mengambil masa 2 tahun untuk menyelesaikannya. Apa yang terjadi? Kelas saya menganjurkan aktiviti jalan-jalan ke beberapa tempat di Perlis dan Kedah pada suatu hujung minggu. Asalnya saya tak mahu pergi. Tetapi sebab menjaga hati orang, dan merasakan saya selalu mengelak aktiviti kelas sebelum itu, saya pun bersetuju ikut. Saya tak tahu pula yang aktiviti macam itu mesti mendapat kebenaran. Rupa-rupanya keluar guna pengangkutan persendirian...tumpang kereta kawan-kawan. Kira kalau jadi apa-apa universiti tidak akan bertanggungjawab. Dan saya yang ketinggalan keretapi itu tak tahu pula yang dalam kelas itu ada beberapa pasangan yang bercintan-cintun...alamak, masa kawan saya bagitau...saya dah gabra biawak, bila saya nak tarik diri kawan-kawan tarik muka masam. Ishhh...payahnya hendak bertegas dan kata, "NO". Jadi, saya ikut juga. Sepanjang perjalanan, saya risau aje. kalaulah terjadi apa-apa...habislah saya kena buang universiti. Mesti mak ayah saya sedih dan malu. Di ketika itulah saya bernazar dengan sepenuh pengharapan...semoga saya selamat balik kampus dan tak ada apa-apa perkara buruk berlaku. Alhamdulillah, semuanya baik. Dan saya tunaikan nazar itu.
Saya harap saya tak lupa mengongsikannya dengan anak-anak suatu hari nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)