Saya tidak mempunyai kebolehan membaca di dalam kenderaan yang bergerak...kecuali kapal terbang. Apabila saya semakin kerap menggunakan lrt, saya sering melihat penumpang-penumpang mengisi masa sampai ke destinasi dengan membaca. Ada yang membaca novel. Selalunya penumpang dalam lingkungan wanita 40-an. Perempuan. Novel cinta tu...heheh...janji membaca. Ada yang membaca suratkhabar. Ada yang membaca e-book. Pendekata, budaya membaca di kalangan masyarakat itu sebenarnya ada dan boleh dikembangkan lagi.
Saya cemburu juga sebab hanya mampu memandang sahaja. Dulu saya cuba juga hendak meniru budaya ini, malangnya ianya selalu berkesudahan dengan saya mengalami sakit kepala yang teruk. Bagaimanapun, bila saya cuba membaca akhbar di atas kapal terbang, saya tidak pula diganggu oleh masalah ini. Saya kira ianya boleh jadi kerana pergerakan kapal terbang yang lurus dan lancar berbanding kenderaan lain yang kadang berbelok atau bergegar mengikut permukaan jalan/landasan. Hanya apabila saya tidak perasan pun yang kenderaan dinaiki itu sedang bergerak, barulah saya mampu membaca. Mungkin saya juga tidak akan menghadapi masalah membaca dalam shinkasen. Rugi tak test dulu...
Tak apalah tak boleh membaca...tapi masih ada benda lain yang saya boleh buat. (Tapi tak buat-buat). Saya dah pernah jumpa dua tiga orang yang naik lrt, berdiri di satu sudut dan...mereka buat benda ini. Mulut mereka terkumat-kamit. Mereka nampak tenang. Dan saya nampak jari mereka sibuk membilang-bilang. Masyaallah...mereka sedang mengisi masa dengan berzikir.
Allah beri kita masa 24j sehari setiap seorang. Tak lebih dan tak kurang. Ke mana masa itu hendak kita habiskan atau bagaimana hendak kita gunakan terpulang kepada diri masing-masing. Ada masa yang terluang dalam kenderaan (atau di mana-mana sahaja), gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Chef Ammar yang sibuk memasak itupun masih mampu berdakwah dengan senduk dan sudip. Tak ada alasan tak ada masa untuk mengingati Allah. So, Telipuk...tak kan nak menung aje sampai destrinasi, bukan?
Jom ubah!
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Kisah & Tauladan
Ada banyak kisah tentang kedegilan Bani Israil yang kita, Bani Melayu, boleh ambil pengajaran. Kisah-kisah ini ada diceritakan oleh Allah di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya ialah Surah Al-Baqarah. Dulu kalau baca Surah ini, main baca sahajalah...maksudnya, baca tanpa mendalami. Asal habis, sudah! Sebab itu bila melewati cerita-cerita Bani Israil, walaupun rasa tak faham tapi tak pernah terdetik hendak mengambil tahu. Syukurlah peluang ke kelas Ustaz banyak membuka mata untuk memahami mengapa suatu bangsa yang padanya Allah beri kelebihan (banyaknya para Nabi datang dari golongan ini) dan keistimewaan, berkesudahan dengan mendapat kutukan dan laknat Allah.
Di dalam ayat 47, Allah berfirman yang bermaksud, "Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahawasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat". Ketika mereka terselamat daripada buruan Firaun dan tenteranya dengan mukjizat Nabi Musa A.S yang menyaksikan laut terbelah dua, mereka pun berjanji untuk mengikut seruan dakwah Nabi Musa. Akan tetapi mereka kembali engkar ketika ketiadaan Nabi Musa selama 40 hari, di mana mereka telah mengambil patung seekor anak lembu sebagai sembahan. Namun, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memaafkan kesalahan mereka.
Ketika Allah menurunkan mereka makanan yang terbaik dari langit iaitu 'manna' dan 'salwa' (burung & madu), mereka kembali menjadi hamba yang engkar dengan kedegilan yang melampau. Bayangkan, betapa mudahnya makanan di datangkan kepada mereka tanpa perlu bersusah payah, sedia terhidang untuk dijamah namun mereka masih tergamak berkelakuan buruk dan sedikitpun tidak mahu bersyukur. Apa kisahnya? Kisah ini tercatat di dalam ayat 61. Ketika itu mereka berkata, "Hai Musa, kami tidak bisa sabar dengan satu jenis makanan sahaja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi iaitu sayur-sayurannya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya dan bawang merahnya".
Tengoklah adab mereka ini. Sudahlah mereka diberi makanan dari langit yang istimewa, banyak songel pula kata tak tahan dengan yang sejenis sahaja. Lepas itu suruh Nabi Musa minta pula. Minta kepada siapa? Mereka kata, "minta kepada Tuhanmu".Seolah-olahnya bukan Tuhan mereka.
Mereka hendak apa? Mereka hendak makan sayur-sayuran, timun, bawang dan kacang adas sebagai ganti kepada manna dan salwa. Bukankah itu bodoh? Menolak hidangan yang terbaik, yang mereka tidak perlu bersusah payah mendapatkannya kerana hendakkan benda yang biasa-biasa. Yang mereka terpaksa bekerja keras bercucuk tanam dahulu sebelum dapat hasil. Kebodohan mereka ini ditempelak oleh Nabi Musa yang berkata (juga dalam ayat yang sama), "Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik"? Adakah Nabi Musa memenuhi permintaan mereka supaya berdoa kepada Allah? Sudah tentu tidak. Dalam bahasa saya, "boleh jalan ler". Buat malu jer nak minta dengan Allah padahal Allah sudah beri yang terbaik, kita pulak mengindamkan benda yang jauh lebih rendah. Kalau manna dan salwa lagi dapat Allah berikan, apa sangatlah sayur-sayuran tu. Lalu terus Nabi Musa mengatakan, "Pergilah kamu ke suatu kota, pasti kamu memperolehi apa yang kamu minta". Dah nak sayur sangatkan...pergilah sana bercucuk tanam. Nanti dapatlah hasilnya. Pelik bukan perangai Bani Israil?
Kemudian melewati pula kisah di mana Nabi Musa menyampaikan arahan Allah supaya kaum Bani Israil menyembelih seekor lembu betina. Bagaimanakah reaksi mereka? Sekali lagi mereka sengaja melengah-lengahkan perintah Allah. Asalnya Allah cuma menyuruh mereka menyembelih lembu betina, tetapi disebabkan perangai kaum Bani Israil yang degil tersebut suruhan tersebut telah menjadi sesuatu yang menyukarkan kerana mereka asyik bertanya tentang ciri-ciri lembu betina yang patut disembelih itu. Pertama, mereka bertanya, " lembu betina apakah?" lalu dijawab Nabi Musa, "lembu betina yang tidak tua dan tidak muda". Kemudian mereka bertanya lagi, "apa warnanya?" dan Nabi Musa menyampaikan firman Allah iaitu lembu betina itu adalah lembu betina yang kuning, yang kuning tua warnanya lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya". Mereka masih mahu bertanya, " bagaimana hakikat lembu betina itu?" dengan alasan penjelasan yang diberi masih samar dan jika hakikatnya diterangkan akan lebih mudah mereka mendapatkan lembu betina yang sesuai. Lalu Musa berkata, " Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat dan tidak ada belangnya".
Lalu ia menjadi satu perintah yang sukar untuk dikerjakan. Hampir sahaja tidak dapat dilaksanakan dek kerana susahnya mencari lembu betina yang memenuhi deskripsi tersebut. Padahal mereka sendiri yang menjadikan suruhan Allah itu menjadi sukar. Itulah perangai Bani Israil. Suka berbantah-bantah.
Apa pengajaran di sebalik kisah Bani Israil ini. Di sini, Tuhan hendak menerangkan tentang kedegilan dan kebodohan Bani Israil yang menyebabkan mereka dilaknat Allah kerana mereka tidak percaya kepada Allah. Allah hendak tunjukkan penyakit kebanyakan manusia yang menyembah nafsu. Mereka tidak tengok siapa yang perintahkan. Mereka hanya ikut logik akal. Kalau tak logik dan tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka tak buat walaupun Allah yang suruh. Kisah lembu betina itu terjadi sesudah berlaku suatu peristiwa pembunuhan. Berlaku tuduh-menuduh di kalangan kaum Bani Israil tentang siapa yang membunuh. Justeru, mereka pergi mengadu hal kepada Nabi Musa. Nabi Musa pula menyampaikan arahan Allah yang menyuruh mereka menyembelih lembu betina. Hal ini mengejutkan mereka kerana mereka tidak nampak apa relevannya perintah Allah dengan tujuan mereka yang mahu mencari siapa yang melakukan pembunuhan itu sehingga mereka menuduh Nabi Musa sengaja mempermainkan mereka. Padahal, sekiranya mereka percayakan Allah dan utusanNya, mereka sepatutnya tidak mempersoalkan suruhan tersebut, sebaliknya harus dengar dan patuh. Itu menunjukkan yang mereka belum kenal Allah. Apabila mereka tidak kenal, maka itulah mereka tidak percaya. Apabila mereka tidak percaya, mereka pun mula berdolak-dalik dan enggan patuh/ikut.
Saya nak kongsikan analogi yang Ustaz kami gunakan untuk menerangkan perkaitan antara logik akal dan 'faith'. Katakan kita ni ada penyakit...misalnya sakit belakang. Kita pun tanya-tanya orang dan mulakan pencarian nak dapatkan doktor pakar yang terbaik. Kita guna akal untuk membuat pilihan - doktor tu belajar kat mana, klinik dia kat mana, berapa lama pengalaman yang dia ada, testimoni bekas pesakit kalau ada...macam-macam maklumat kita pertimbangkan. Bila sudah dapat dan kita sudah buat keputusan, apa yang berlaku? Kita nanti pergi jumpa doktor itu dan bermula selepas itu, kita tak buat pertimbangan akal lagi dah. Kalau doktor tu kata kita kena makan ubat 10 jenis setiap 5 jam sekali pun, kita akan ikut saja, bukan? Adakah kita akan bantah cakap doktor? Tentulah tidak sebab kita yakin dan percaya dengan kebolehan dan kepakarannya. Dia tentu tahu apa yang dia perkatakan. Kalau tak nak dengar cakap doktor, jangan jumpa doktor!
Berbalik tentang iman dan kepercayaan kita sebagai umat Islam, yang mana kita mengaku kita adalah hamba Allah. Kita telah gunakan akal kita untuk mengenal Allah. Guna akal untuk menyerap ilmu, memahami dan mengagungkan kebesaran Allah. Apabila kita sudah kenal Allah, peranan akal sudah tiada. Iman akan mengambil tempat berperanan. Batas dan sempadan yang ada cumalah antara apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang. Iman akan membantu kita mengenal suruhan dan larangan Allah. Kita tak gunakan akal untuk mempersoalkan mengapa kita kena menutup aurat. Kita hanya ikut dan patuh. Itu tandanya kita sudah kenal Allah. Kita akan berhenti buat perkara mungkar bila kita sudah kenal Allah. Kalau tidak, kita akan terus tinggal beribadat dalam dosa. Kita buat apa yang Allah suruh tetapi dalam keadaan kita belum begitu mengenali Allah. Sebab itu kita masih tidak segan silu mengumpat dan mengata orang, walaupun kita sembahyang lima waktu tak pernah tinggal berjemaah di masjid! Kita tak kenal Allah kalau masih beri alasan menunggu hidayah untuk menutup aurat. Kalau kita kenal, kita tak akan persoalkan suatu apa pun. Tetapi sebaik kita dengar, kita terus patuh.
Jadi, kalau Bani Israil kita kata tak kenal Allah...Bani Melayu macam mana? Berapa ramai Bani Melayu yang masih tidak kenal Allah? Ramai atau sedikit? Ramaiiii. Apabila kita dihimpit oleh kesusahan, kita yakin yang hanya Allah yang boleh selamatkan kita. Apa yang kita buat? Kita suruh ustaz-ustaz doakan untuk kita. Kalau kita percayakan Allah, mengapa tidak kita sahaja yang berdoa terus? Kita tak berdoa terus sebab apa? Sebab kita rasa jauh dari Allah. Kenapa rasa jauh? Sebab tidak kenal Allah! Sama macam penyakit Bani Israil.
Mudah-mudahan Allah jauhkan kita daripada penyakit-penyakit Bani Israil.

UKE @ Masjid Negara
Hari Sabtu baru-baru ini, saya berkesempatan menghadiri program Karnival Semarak Syariah yang diadakan di perkarangan Masjid Negara. Masa dapat tahu pun last minute. Nak sangat pergi sebab ada ceramah UKE pagi tu...hoh...dok leh jadi...
Wah....cer nengok...cer nengok..
Seronok dia dapat jumpa UKE. Emak kata, minat sebab UKE ni baik. Bila berceramah terang dan jelas. Dan yang penting tu, ceramahnya tak membosankan...kelakar!
Telipuk punyalah teringin nak bergambar juga. Tapi tak per lah, bagi peluang kat mak ajelah. Lagi pun seganlah...kenalah kontrol ayu kan...hahahaha
Alhamdulillah, sampai juge. Walaupun masa sampai tu UKE dah berceramah dah. Pulak tu tempat yang disediakan agak kecil, jadi pada mulanya Telipuk dan emak Telipuk terpaksa berpuas hati mendengar dari kerusi panjang di luar khemah. Emak Telipuk pulak yang 'over'...dia tak puas hati sebab pandangan terhalang oleh tiang khemah, beria-ia dia memanjangkan leher nak cari juga tempat duduk bawah khemah. Yang mendengar ceramah tu pun satu...ada ke kerusi kosong kat tepi, dia letak beg...ish...ish...tak baik tau! Nasib baik ada yang prihatin, sanggup bangun bagi tempat kat emak Telipuk...terima kasih banyak-banyak. Emak Telipuk suka sangat!
Dah rezeki Telipuk agaknya, tiba-tiba dua orang yang duduk di kerusi hadapan pentas bangun keluar. Huh...Telipuk tak tunggu lama teruslah menyerbu lalu 'merampas kerusi itu...kikiki. Yeay...Telipuk duduk depan sekali tetapi di sebelah tepi tu ada kipas besar yang galak menghembuskan wap-wap air ke muka...aiii...sabor jer laaaa. Ustaz cerita topik 'Mencegah Jenayah Syariah' dan menyebut secara ringkas hampir 40 jenis kesalahan syariah yang boleh direpot dan dibawa ke muka pengadilan. Antaranya mana-mana lelaki yang memujuk rayu/melarikan isteri orang dan juga mana-mana perempuan yang memujuk rayu (melarikan?) suami orang....iye??? La...ingatkan Ustaz buat lawak tadi. Termasuk juga sebagai kesalahan syariah perbuatan menfitnah, menghina agama Islam dan organisasi penguatkuasa agama Islam.
Juga UKE mengesahkan bahawa beliau akan bersara dari berceramah pada tarikh 28 November tahun ini, bersempena hari kelahiran beliau juga genap 23 tahun penglibatan dalam bidang ini. Lepas ni nak buat apa pulak Ustaz? Nak jadi artis!!! Hahaha...lawoks...lawoks...Dulu ingat ustaz ni berusia sangatlah...maklumlah, dia kan kalau nyanyi lagu-lagu giler klasik habis...rupa-rupanya beberapa tahu jer senior. Generasi 70-an juga. Err...dah tua ye kita...hahaha...
Lepas ceramah, UKE jemput semua melawat gerai Al-Barakah. Apa lagi...jom...jom...jom. Emak Telipuk sanggup tak nak makan jamuan yang disediakan sebab nak ikut UKE ke gerainya. Layan jer la. Uiii...panaih lit-lit hari tu...gerai Al-Barakah pula, giler jauh kat belakang nun. Awat la depa tak bagi tempat hak depan-depan nu...dapat sebelah gerai Kosmo pun okay apa. Tapi baguih juga, coz tak perlu berebut-rebut dengan peminat-peminat yang lain. Sebab jauh, yang mengekor UKE pun taklah ramai sangat so...ada canlah! Heheh...emak Telipuk nak ambil peluang bergambar dengan UKE masa UKE turunkan tandatangan di buku.
Wah....cer nengok...cer nengok..
Seronok dia dapat jumpa UKE. Emak kata, minat sebab UKE ni baik. Bila berceramah terang dan jelas. Dan yang penting tu, ceramahnya tak membosankan...kelakar!
Telipuk punyalah teringin nak bergambar juga. Tapi tak per lah, bagi peluang kat mak ajelah. Lagi pun seganlah...kenalah kontrol ayu kan...hahahaha
Okeh...selesai acara sempat juga kami pergi menjamah jamuan yang disediakan. Masa tu sudah jam pukul 1 tengahari. Ingatkan nak bersolat berjemaah di situ, tahu-tahu encik suami sudah bagitau dia dalam perjalanan nak jemput kami balik. Tak sempatlah nak pusing-pusing gerai cuci mata. Tak kisah, janji program yang dah disertai itu bagus dan mak happy!
Tuesday, April 16, 2013
Siapa Suhaimi?
Aiii...siapa pulaklah Ustaz Suhaimi ni? Nasib baik Ustaz, kalau artis...naya den!
Seminggu dua ini tak pasal-pasal dapat sms..."Ustaz, dah kat ne ye?". Bila saya balas kata salah nombor, dia call pulak. Tak caya ??? Maleh saya nak jawab. Dia hantar lagi sms..."ini bukan Ustaz Suhaimi yang guru pengiring...bla...bla...bla...
Taip dengan sabar, "Bukan."
Respon diberi..."Owh...minta maaf"
Pukul sebelas semalam tetiba hp berbunyi. Kelam-kabut nak jawab, maklumlah...ingatkan panggilan penting apa ke. Rupanya, "Boleh cakap dengan Ustaz Suhaimi?" Haiyoohhh...
"Maaf, salah nombor ni".
Agaknya si pemanggil takut dia salah dail kot lalu dia memanggil lagi dengan pertanyaan yang sama iaitu mencari Ustaz Suhaimi. Lalu dia terpaksa berputih mata menerima jawapan yang sama iaitu "Awak salah nombor".
Tu yang kata, kalau artis mahu tak menang tangan nak jawab salah nombor pasal kejap-kejap datang sms. Kejap-kejap dapat call. Silap hari bulan, saya yang kena ambil langkah tukar nombor telefon.Tadi tiba-tiba sempat naik suara sebab terambil panggilan untuk Ustaz Suhaimi lagi. Bukan niat nak marah...sebab tahu yang mendail itu tersilap...tapi begitulah, kalau berkali-kali timbul nombor yang Telipuk tak kenal...ia menyebabkan Telipuk serba-salah. Tak dijawab entahkan panggilan dari region atau unit-unit lain yang mahu berurusan dengan HQ. Dah dijawab, sakit hati bila tahu salah nombor. Tak dijawab, yang memanggil pulak jenis tak berputus asa mencuba...dah tak pasal-pasal Telipuk kena silentkan hp tu...dan tak pasal-pasal juga tak sengaja ter'miss' panggilan-panggilan lain yang sememangnya untuk Telipuk. Adoyaiiii...
Agaknya Ustaz Suhaimi salah bagi nombor untuk dihubungi. Atau 'murid-murid' dia atau siapa juga yang berurusan dengan dia tersilap dengar/tulis nombor. Nak buat macamana, secanggih-canggih sistem komunikasi yang ada sekarang pun tetap juga berlaku kesilapan. Pasal yang berkomunikasi tu adalah manusia...alat-alat yang diciptakan hanyalah perantara. Salah input yang dimasukkan, salahlah outputnya. Nama pun manusia, banyak kelemahannya. Jadi, sabor ajelah dengan 'kesan-kesan' sampingan ini. Berlapang dada dan bersangka baik adalah pilihan sebaiknya. Mari bersabar lagi ye...(huhuhuhu...)

Mari Mengundi
Pilihanraya oh pilihanraya...panas tak surut ni...membahang! Macam-macam cerita ada. Fitnah memfitnah berleluasa. Pihak berkecuali macam Telipuk ni...(ahaks...), tak larat nak menggeleng kepala dah. Sedih pun ada...gara-gara politik, kesian tengok kita satu bangsa dan satu agama bercakaran. Takut nanti yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Dua-dua hampeh!
Apapun undi adalah rahsia...syyhhhh! Ini adalah kali kedua Telipuk mengundi...(sepatutnya dah masuk kali ketiga)...in shaa Allah, Telipuk akan pulang mengundi di kampung halaman tercinta. Telipuk mendoakan yang baik-baik untuk negara Telipuk yang tercinta ini. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, semoga Allah memberi jalan keluar yang baik untuk manfaat sekelian umat.
Baiklah, dalam dok sibuk dengan pilihanraya ini, kita jangan pula terlupa yang sebenarnya kita pun hari-hari terlibat dalam pilihanraya juga. Bukan tunggu 5 tahun. 'Pilihanraya' ini berlaku setiap saat, setiap ketika. Jangan lupa syaitan-syaitan tak pernah stop berkempen agar kita tersilap langkah. Mereka tak pernah berhenti mencuba. Kita yang selalu alpa dan terleka, memandang perkara-perkara lain jauh lebih besar padahal hari-hari diri sendiri berperang dengan nafsu, tak terasa apa. Sedangkan kalah atau menang dalam peperangan ini bakal memberikan kesan yang teramat besar dalam kehidupan kita nanti iaitu ke nerakakah atau ke syurga?
Setiap hari kita perlu berlawan, memilih yang kufur atau tunduk patuh kepada Allah. Setiap ketika kita perlu memutuskan mahu menjadi hamba yang baik atau engkar. Kita perlu tetapkan mahukan pahala atau dosa. Kita perlu menentukan memberikan kemenangan itu kepada nafsu atau kepada iman. Manifesto memang sudah sedia ada. Sudah sempurna. Ada contoh ikutan dan suri tauladan. Nabi Muhammad S.A.W telah berdakwah dan 'berkempen' dengan janji syurga Allah. Tinggal hendak buat pilihan sahaja (walaupun sepatutnya tak perlu ada pilihan - adakah sesiapa yang ingin memilih kehidupan buruk di neraka?). Kata Ustaz, pilihan yang muktamad hanya dapat dibuat dengan jelas dan tepat hanya apabila kita mengenal Allah.
Kalau kita mengaku kita ini beriman dengan Allah, tetapi masih sahaja sembahyang Zohor pukul 4 petang...itu tandanya kita belum kenal Allah. Kalau kita kenal Allah, nescaya kita akan sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu. Dengar saja azan, tinggal semua kerja terus bergegas menyahut seruanNya. Tapi kalau kita kata tak apa tak solat awal (janji solat), kemudian kita dulukan kehendak nafsu kita (contohnya nak keluar lepak-lepak makan tengahari di restoran mamak...pukul 3 baru balik), makanya kita ni betul muka tak malu. Rezeki yang Allah beri kita 'sebat', kita ambil mana yang kita hendak...tapi untuk yang memberikan kita rezekiNya itu, kita bersikap acuh tak acuh menyembahNya. Mana mungkin kita boleh mendabik dada mengatakan kita sudah beriman (dan mengenal) kepada Allah.
Begitulah kita selalu dibuai oleh tipu daya syaitan yang membisikkan kata-kata 'tak apa'. Yang selalu menghiaskan pada pandangan mata kita perkara-perkara yang kita rasakan sudah elok, padahal masih banyak kepincangannya. Takut bila kita terperasan yang amalan sedia ada ini sudah cukup baik. Siapalah kita untuk menilai...kepada Allah jua terpulang segala amalan dan perhitungan.
Selamat 'mengundi'!

Thursday, April 11, 2013
Tanbihul Ghafilin
Semalam kupasan buku "Memesan Kursi Tertinggi di Syurga" sampai kepada amalan ke-26, iaitu, antara perkara-perkara yang boleh meninggikan kedudukan kita di sisi Allah adalah perbuatan menyuruh kepada perkara makruf dan mencegah kemungkaran.
Makruf ialah segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan mungkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dariNya.
Ustaz menyuruh kami semua merujuk kepada ayat 104, Surah Ali Imran yang terjemahannya berbunyi begini, " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang berjaya".
Meh kita kupas sama-sama ya.
Ayat ini bermula dengan perintah (tanda 'lam') iaitu Allah memerintahkan supaya kita menjadi umat yang sentiasa mengajak kepada kebaikan (khair). Kebaikan, baik dari segi dunia seperti belajar ilmu ekonomi untuk mahir dalam memimpin masyarakat , mahupun dari segi agama - iaitu beramal dengan amalan-amalan yang soleh seperti memperbanyakkan sedekah jariah.
Kalau kita lihat dalam ayat tersebut, kita boleh nampak turutan perintah Allah iaitu :
Sangat penting suruhan ini sehinggakan sesetengah ulama meletakkan perintah ini seperti rukun Islam yang ke -6 . Kenapa? Kerana kita tidak akan menjadi orang yang berjaya sekiranya kita tidak buat perkara 1 sehingga 3 itu. Siapa orang yang berjaya? Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya mendapat apa yang dia hendak iaitu syurga dan keredhaan Allah serta dia terlepas daripada apa yang dia tak suka iaitu neraka dan azab Allah. Adakah ada perkara lain yang lebih besar daripada mendapatkan syurga Allah???
Seterusnya mari kita lihat pula ayat 110, surah yang sama (Ali-Imran). Terjemahannya bermaksud, " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik".
Cuba lihat, janji Allah yang kita adalah umat terbaik. Adakah Allah sebut yang kita ini jadi umat yang terbaik sebab kita banyak solat? Banyak kali pergi haji? Banyak puasakah? Tak! Tapi Allah sebut kita adalah umat yang terbaik bilamana kita buat yang berikut :

- Allah perintahkan supaya kita 'menyeru' dulu...iaitu kita ajak orang lain kepada perkara-perkara kebaikan. Beri kefahaman dulu. Terangkan manfaatnya. Ajak dengan berhemah supaya lembut dan tertarik hatinya.Ajak...sesiapa pun boleh mengajak. Boleh tak anak mengajak ayahnya sembahyang berjemaah di masjid? "Ayah, jomlah kita pergi solat maghrib di masjid". Boleh tak? Boleh.
- Allah perintahkan supaya kita 'menyuruh' kepada perkara makruf. Maksudnya, bila kita sudah seru, sudah jelaskan, bila yang diajak itu sudah faham...maka, kenalah kita suruh dia buat. Ada bezakan antara ajak dan suruh? Ajak...sesiapa pun boleh mengajak. Macam contoh di atas, anak boleh ajak ayahnya bersolat. Tapi boleh tak anak suruh ayahnya sembahyang berjemaah di masjid? "Ayah, pergilah solat maghrib di masjid". Boleh tak? Lain macam dah bunyinya kan...Tapi kalau ibubapa suruh anaknya bersembahyang, boleh ke tak boleh? Tentulah boleh. Jadi, suruh ni ialah arahan daripada atas ke bawah. Sebelum kita nak suruh, kita kena pastikan kita dah ajak dulu. Kita dah beri maklumat dan ilmu, barulah kita suruh. Ini tidak, tahu-tahu..."Mat, cepat pergi solat!" Yang si Mat ni terkebil-kebil..."solat ke coklat?".
- Dan perintah Allah yang ketiga ialah cegah kemungkaran. Wajib kita mencegah kemungkaran. Bila? Bila kita sudah ajak dan suruh. Maka, pada ketika itu, sekiranya masih berlaku kemungkaran, menjadi kewajipan kita untuk mencegahnya.
Hasilnya?
Hasilnya, golongan umat ini, Allah kata - merekalah orang-orang yang berjaya. Allah tak kata orang-orang yang berjaya itu ialah orang-orang yang berpangkat besar. Tidak. Juga bukan orang-orang yang kaya-raya. Tetapi yang dikatakan berjaya itu ialah apabila dia sudah laksanakan perkara 1 sehingga 3. Di sini, Allah telah beri kita tips untuk menjadi orang yang berjaya...(bunyinya macam senang, tapi hakikatnya sangat sukar) iaitu :
- Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mengajak kepada kebaikan
- Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa menyuruh kepada makruf
- Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mencegah kemungkaran.
Sangat penting suruhan ini sehinggakan sesetengah ulama meletakkan perintah ini seperti rukun Islam yang ke -6 . Kenapa? Kerana kita tidak akan menjadi orang yang berjaya sekiranya kita tidak buat perkara 1 sehingga 3 itu. Siapa orang yang berjaya? Orang yang berjaya ialah orang yang berjaya mendapat apa yang dia hendak iaitu syurga dan keredhaan Allah serta dia terlepas daripada apa yang dia tak suka iaitu neraka dan azab Allah. Adakah ada perkara lain yang lebih besar daripada mendapatkan syurga Allah???
Seterusnya mari kita lihat pula ayat 110, surah yang sama (Ali-Imran). Terjemahannya bermaksud, " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik".
Cuba lihat, janji Allah yang kita adalah umat terbaik. Adakah Allah sebut yang kita ini jadi umat yang terbaik sebab kita banyak solat? Banyak kali pergi haji? Banyak puasakah? Tak! Tapi Allah sebut kita adalah umat yang terbaik bilamana kita buat yang berikut :
- menyuruh yang makruf
- mencegah yang mungkar
- beriman kepada Allah
Lihat susunannya, mengapa beriman kepada Allah berada di turutan yang terakhir sekali? Sebab iman adalah benda yang kita tidak nampak, yang kita tak boleh nak ukur. Tanda-tanda seseorang itu beriman ialah apabila dia menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Selagi tak buat yang no. 1 dan 2, selagi itulah belum dikatakan orang yang beriman walaupun dia tu imam masjid sekalipun.Seseorang itu boleh jadi banyak amalannya, banyak solat malamnya, banyak puasa sunatnya. Akan tetapi kalau dia buat tak tahu je bila orang buat benda mungkar, maka, sebenarnya dia belum lagi jadi orang yang beriman kepada Allah.
Ingat bagaimana Nabi S.A.W menyebut tentang golongan yang datang ke hadapan Allah di akhirat nanti dengan membawa pahala sebesar gunung Tihamah...lalu kemudiannya Allah jadikan ia menjadi debu yang sia-sia??? Itulah sebesar-besar amalan yang sia-sia. Berjerih-perih mengumpul pahala dan menyangkakan yang kita sudah betul...sedangkan Allah tidak pandang langsung! Alangkah ruginya!
Sahabat-sahabat pernah bertanya, apakah akan ada yang lebih teruk daripada perbuatan tidak menyuruh kepada yang makruf dan tidak mencegah kemungkaran? Nabi kata ada. Iaitu, akan ada nanti di kalangan umatnya yang terkemudian yang bukan sahaja tidak melakukan apa yang disuruh itu (menyuruh makruf & mencegah mungkar) bahkan makruf dikatakan mungkar, sedang yang mungkar dikatakan makruf.
Rasanya sudah banyak berlaku sekarang. Banyak contoh yang menunjukkan banyak benda-benda mungkar kini tidak lagi dirasakan kemungkarannya, malahan dirasakan biasa dan elok pada pandangan. Contoh : Anak saudara kita yang perempuan tu dapat 10A dalam peperiksaan SPM. Dia pun datang tunjuk slip keputusan kat kita dengan pakaian yang tidak menutup aurat. Kita kata apa? Kita kata , "Tahniah. Bagus betul kamu ni. Nanti acik bagi hadiah Ipad". Yang dia tak pakai tudung dan pakai skirt pendek tu kita tak tegur pun. Kita tak kata, "Kalau kamu tutup aurat, itulah yang lebih menggembirakan hati Acik berbanding keputusan 10A kamu ni...". Tobat lahum la!!!
Contoh lagi...anak kita ada dua helai baju seragam sekolah. Yang satu tu terkoyak. Yang satu lagi kotor. Agak-agak anak kita hendak pergi sekolah tak hari tu? Confirm dia tak mahu pergi, kan? Sebab apa dia tak pergi pakai baju biasa sahaja? Bukankah baju biasa pun pakaian yang elok, asalkan menutup aurat. Kalau dia datang dengan pakai baju biasa, cikgu disiplin akan marah dan suruh balik rumah. "kamu ni melanggar peraturan sekolah...kamu tak dibenarkan masuk sekolah!". Tetapi adakah cikgu akan marah dan suruh pelajar perempuan yang tak pakai tudung balik rumah? Tidak kan? Jadi, bukankah itu seolah-olah menunjukkan yang mungkar itu (tidak menutup aurat) adalah baik (makruf). Sedang yang makruf itu (berpakaian menutup aurat tetapi bukan seragam sekolah) dipandang sebagai mungkar dan harus dicegah? Maka anak-anak ini akan membesar menjadi anak-anak yang rela melanggar peraturan Allah asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang buatan manusia. Ataupun mereka merasakan tidak apa mengingkari perintah Allah asalkan memenuhi kehendak manusia.
Sama juga dengan orang yang solatnya bukan main banyak. Setiap masa ada di masjid. Qiamullail tak pernah miss. Tapi sedang elok duduk menunggu waktu masuk, tiba-tiba dia keluarkan sebatang rokok...Adakah salah merokok itu? Kalau tak haram pun...,makruh hukumnya! Tapi, kenapa buat? Kenapa tak tinggalkan?Apa sudah jadi bila benda-benda yang membazir lagi memudaratkan itu tidak terkesan di hati dan pandangan kita sebagai suatu perbuatan yang mungkar? Yang mungkar sudah menjadi makruf. Bukan lagi terbit rasa bersalah, bahkan sudah rasa biasa. Begitulah tipu daya syaitan yang membisikkan, "Alah...kamu ni sudahlah banyak solatnya, tak cukup siang , malam bertambah-tambah. Khusyuk pulak tu. Sudahlah begitu, bersedekah pun banyak. Tak kanlah nak merokok pun tak boleh. Kecil aje pun. Nanti cover balik lah dengan pahala solat tu...". Dan syaitan telah berjaya menghiaskan yang mungkar menjadi makruf sehingga perasaan kita berasa lega dengannya lalu merasakan semuanya OK. Awas dengan pahala sebesar Tihamah yang kita rasa sedang kita pikulkan itu...takut nanti jadi debu berterbangan semuanya.
Akhir kalam, Islam bukan tentang solat sahaja. Bukan tentang puasa dan zakat sahaja. Islam kena ambil peduli hal-hal lain di sekeliling. Kena ambil tahu apa yang berlaku di luar sana. Jadi peduli. Sebab Allah dah sebut tentang orang-orang yang mendustai agama dalam surah Al-Maun. Siapa? Adakah yang mendustai agama itu orang yang tak bersolat? tak berpuasa? tak bayar zakat? tidak! Tetapi yang dikatakan pendusta agama itu ialah orang yang tak pedulikan anak yatim, yang tidak pedulikan orang miskin.
Menjadi seorang muslim, kita bukan sahaja kena betulkan diri kita sendiri tetapi juga kena betulkan orang lain juga. Jangan ingat hendak lepas seorang.
Semoga nota yang saya catatkan ini mampu 'cover' segala perbincangan semalam, kalau tertinggal atau tersilap, harap dimaafkan kesilapan saya ye.
Mata Lebah
Pasar dan pusat penjaja di kawasan kami telah dinaiktaraf menjadi Mini UTC. UTC tu apa? Urban Transformation Centre. Mengubah apa-apa yang patut. Err...bolehlah setakat menjadi pemangkin, tapi kalau nak betul-betul berubah, kena canai dan ubah modal insan. Barulah perubahan itu membawa makna yang besar.
Hari tu intai...waaa...macam-macam ada...
Jabatan Pendaftaran pun ada. Hahah...mulalah fikir nak upgrade IC nih. Semata-mata nak cari alasan merasa berurusan di tempat yang lebih canggih nih...orang pun tak ada. Mesti super duper laju kerjanya. Mula-mula buka macam tu lah, orang tak ramai lagi...bila dah ramai tahu, mungkin sesak lah kot. Parking kat basement tu pun jenuh berebut dalam keadaan sekarang. Hemmmm....

Ada klinik gigi. Kali terakhir berurusan dengan klinik gigi Sentul ialah tahun lepas semasa membawa emak ke sana. Masa tu masih di tempat lama, di belakang Jalan Haji Salleh, berdekatan stesen minyak Petron. Eh...kalau dah berpindah ke sini, baguslah...dekat bebenor!
Jabatan Pendaftaran pun ada. Hahah...mulalah fikir nak upgrade IC nih. Semata-mata nak cari alasan merasa berurusan di tempat yang lebih canggih nih...orang pun tak ada. Mesti super duper laju kerjanya. Mula-mula buka macam tu lah, orang tak ramai lagi...bila dah ramai tahu, mungkin sesak lah kot. Parking kat basement tu pun jenuh berebut dalam keadaan sekarang. Hemmmm....
Selain daripada itu, terdapat juga Jabatan Imigresen di tingkat satu, sama aras dengan medan selera dan balai polis. Lepas ni tak kuasa la nak pi Wangsa Maju nak buat passport...kat sini jer.
Semakin banyak kemudahan yang disediakan. Dulu datang sebab nak ke pasar basah dan beli barang-barang runcit je. Lepas tu singgah-singgah waktu pagi untuk makan di medan selera dan beli surat khabar. Kemudian, hantar emak ke Klinik Kesihatan di tingkat dua untuk pemeriksaan berkala dan bekalan ubat. Bila-bila lapang, boleh juga mencari buku di Perpustakaan Kuala Lumpur , juga di tingkat dua.
Alhamdulillah.
Ada orang yang tak boleh nampak benda positif, dia nak juga kait dengan perkara-perkara seperti politik...sabor ajelah. Kan bagus ada kemudahan begini, tak kisahlah atas usaha siapa...yang penting, manfaatnya dapat dinikmati bersama. Dan kesyukuran kita tetap hanya kepada Allah yang menyampaikan nikmat ini menerusi tangan-tangan hambanya yang sama macam kita, hanya menjalankan kerja dan bakal dipertanggungjawabkan atas setiap perbuatan. Tak kan itu pun nak dijadikan isu....haishhh!!!
Err...Jakel tak nak buka cawangan kat sini ke?
Hihihi...
Mencari Hidayah
Sedar tak sedar, kita selalu 'double standard' bila bercakap bab-bab ukhrawi. Kita selalu rasa tak cukup ilmu nak buka mulut membetulkan kemungkaran yang berlaku depan mata sebab kita risau kena 'tembak' balik. Takut nanti orang akan mempersoalkan kita balik, "Hang tu dah baik sangat ka nak cakap macam tu kat kami...". Dan kita akui, memang tak cukup ilmu lagi tersangatlah kerdilnya hendak membetulkan orang sedangkan diri sendiri pun masih banyak kelemahannya. Sudahnya, kita terpaksa tutup mulut dan buat tak nampak dengan harapan orang lain akan ambil alih tugas itu atau Allah berikan hidayahNya. Tapi sampai bila nak tunggu ilmu penuh di dada baru rasa berani nak bersuara? Silap haribulan kita masuk dalam tanah dulu...apa pun tak sempat buat! Padahal, bab-bab dunia...yang kita tak ada ilmu, selamba rock pula kita memberikan teguran dan pandangan. Tak pulak kita stop dan kata kepada diri sendiri..."Oppss...ini bukan bidang saya...tak retilah nak komen"...mesti ada-ada aje kita nak menambah, kan? Orang bergebang pasal ekonomi...kita pun join jugak, berdegar-degar memberi pendapat. Padahal, kita bukan pakar ekonomi pun...hanya sekadar mengutip bahan-bahan di dada akhbar atau pendapat mulut ke mulut. Tak kisahpun kalau fakta yang kita nyatakan itu betul atau salah. Dan tak pula hati kita berasa 'risau' sepertimana risaunya kita bila hendak buka mulut bercakap tentang agama...takut salah faham konon...
Oleh yang demikian, janganlah suka-suka beri alasan "hati saya belum terbuka" atau "saya belum bersedia.. suatu hari nanti mungkin saya juga akan berubah ke arah itu." Adakah kita sudah bersedia untuk mati?Adakah kita tahu bila kematian itu akan datang? Bolehkah kita pastikan kita betul-betul bersedia sebelum maut datang menjemput? Kalau kita tidak ada jawapan untuk soalan-soalan itu...berhentilah memberi alasan menunggu hidayah. Menunggu hati terbuka. Cuba berdiri depan pintu masuk rumah yang berkunci, tak ada orang lain dalam rumah itu untuk bukakan pintu. Sedangkan kunci rumah ada dalam tangan kita. Agak-agak pintu itu akan terbuka sendirikah kalau kita hanya berdiri menunggu dan enggan berbuat apa-apa? Begitulah perumpamaannya.
Bercakap tentang salah faham atau salah tanggap ini...rasa terpanggil pula hendak menyatakan sesuatu tentang beberapa keadaan yang biasa kita jumpa dalam kehidupan seharian. Pertamanya, bab menutup aurat. Tak payah bagi contoh artis, yang bukan artis pun boleh. Sebabnya yang ramai tu mereka seperti salah faham, berpakaian tertutup sempurna namun masih tidak menutup aurat. Sebab itu, kena dibetulkan...yang dikatakan menutup aurat itu, bukanlah maksudnya menutup kepala atau rambut. Salah faham ini sangat berleluasa kerana kita kerap terjumpa dengan wanita-wanita yang menutup kepala (dan rambut) dgn sempurna tetapi membiarkan lengannya terdedah ataupun memakai pakaian yg sendat. Ada juga yang sudah elok bertutup atas dan bawah, tetapi jaranglah pula. Orang nak berfesyen, kita pun nak berfesyen...tapi tak tengok kesesuaian. Fesyen 'peplum' tu...kalau yang pakai kurus melidi tu, oklah juga, tapi kalau kita badan agak berisi pun nak pakai...bayangkanlah sudah jadi 'berlipat' di pinggang dan tersekat-sekat di pinggul. Tak usahlah menjatuhkan maruah diri semata-mata hendak dilihat trendy dan up-to-date. Sudahnya jadi mangsa fesyen.
Salah faham seterusnya ialah apabila kita menyangka yang benda yang kita patut atau tak patut buat itu harus sehaluan dengan suara hati dan menyedapkan hati sendiri dengan konon-kononnya kita jujur dengan diri sendiri (walaupun benda itu salah). Tentu kita biasa terbaca atau terdengar di mana-mana bilamana seseorang itu berkata, "saya tidak kisah apa org nak kata... yg penting saya bukan seorang yang hipokrit. Saya hanya menjadi diri saya dan saya tidak perlu berubah untuk memenuhi kehendak orang". Lain kali kita harap dia akan fikir dulu sebelum mengeluarkan ayat-ayat klise sebegitu. Orang kata memanglah kita boleh bersikap tidak ambil kisah, tapi apa kata Allah? Adakah yang itu kita tidak mahu ambil pusing juga?
Oleh yang demikian, janganlah suka-suka beri alasan "hati saya belum terbuka" atau "saya belum bersedia.. suatu hari nanti mungkin saya juga akan berubah ke arah itu." Adakah kita sudah bersedia untuk mati?Adakah kita tahu bila kematian itu akan datang? Bolehkah kita pastikan kita betul-betul bersedia sebelum maut datang menjemput? Kalau kita tidak ada jawapan untuk soalan-soalan itu...berhentilah memberi alasan menunggu hidayah. Menunggu hati terbuka. Cuba berdiri depan pintu masuk rumah yang berkunci, tak ada orang lain dalam rumah itu untuk bukakan pintu. Sedangkan kunci rumah ada dalam tangan kita. Agak-agak pintu itu akan terbuka sendirikah kalau kita hanya berdiri menunggu dan enggan berbuat apa-apa? Begitulah perumpamaannya.
Benar, Allah memberi hidayah kepada sesiapa yg Dia kehendaki. Tetapi adakah kita tidak mahu berada dalam golongan yang Dia pilih untuk beri hidayah? Atau kita nak biar tunggu dan lihat a.k.a tak payah buat apa-apa dengan alasan, terpulanglah kalau sudah begitu Allah takdirkan? Sedangkan untuk hidup di dunia ini kita sanggup bergolok bergadai, berhempas pulas mahu memastikan kelangsungan hidup...alih-alih untuk kelangsungan hidup di akhirat yang kekal nan abadi, kita tergamak bersikap acuh tak acuh. Itu tidak betul!
Sebab itu dalam bab iman ini, kita tidak perlu tunggu hati, tidak perlu nak tunggu datang ikhlas...kita buat aje! Kita tidak perlu tunggu jadi sempurna dulu...kita 'on' terus. Samiaq na wa atoq na. Kami dengar dan kami patuh.
Dalam bab iman kita kena paksa diri. Hatta kalau perlu berpura sekalipun. Bukan kata berpura tu depan orang kita sembahyang...belakang kita tuang...bukan! Yang tu munafik namanya. Matlamat kita ialah mencari dan meraih keredhaan Allah. Yang akan lihat dan nak nilai kita ialah Allah. Kalau matlamat ini jelas...kita tidak ada masalah bab nak buat solat, puasa, zakat dsb...sebab kita tahu kita buat semata-mata kerana Allah. Allah suruh...kita buat, walaupun hati kita tak suka. Walaupun kita rasa malas nak datang dengar ceramah...kita kena paksa diri kita pergi juga dengar. Itulah yang kata berpura tu. Pura-pura suka walaupun hati/nafsu benci. Memang kita kena buat macam tu. Buat! Buat! Dan buat lagi berterusan sampai tunduk hati dengan rela. Walaupun panas nak pakai tudung. Walaupun rimas, susah dan lemas... kena pakai juga. Kenapa bab-bab ini kita nak sandarkan kepada manusia. Nak juga dapat redha manusia yang tidak boleh beri kita apa-apa manfaat pun. Takut sangat kalau orang nanti kata kita pakai tudung ni mesti jadi ala-ala chipsmore...sekejap ada, sekejap tak ada. Kita lebih takut orang mengata daripada Allah murka. Kita kalau nak tunggu hati terbuka...buatnya tak terbuka macam mana? Apa usaha kita untuk buat hati kita terbuka? Ada kita dekatkan diri dengan perkara-perkara kebaikan? Ada kita hindari benda-benda maksiat?
Jangan kata belum dapat hidayah, kalau kita yang belum pasti hendak kan hidayah Allah atau tidak. Kalau kita betul-betul hendak dan usaha ke arah mendapatkannya, in shaa Allah, saya yakin Allah akan mudahkan dan beri kita petunjukNya.
Friday, April 05, 2013
Home Sweet Home
Soon, there will be another high-rise building in our neighborhood(worry about the traffic nightmare later). The answer to what will stand on the abandoned field in between Flat Seri Perak and Flat Negeri Sembilan. The 28-storey apartment (or is it condominium?) will be constructed by the same developer that built Anjung Villa and Melur. There will be 4 blocks altogether, with 7-storey each allocated for car park.
And the asking price? They said, min price is around RM300k and max RM500k. Expensive? Well...it's location, peeps! Where else can you get such location in KL? Easy access to all major roads...E1, E33, E8, E2...what else?? err...MRR2, MRR1...It is near to HKL, IJN, KPJ Tawakal, PNM (errr...yeah, that's applicable to me only...heheh), Istana Budaya, Taman Tasik Titiwangsa, PWTC...Chow Kit Road! Also, very near to two STAR LRT station namely Sentul Timur and Sentul. You can get down at Titiwangsa to change to Monorail. You can get down at Masjid Jamek to get on Putra LRT. Seriously...this is a good buy!!!
The only problem is...it has not been launched yet...but sources said, now only few units (bumi) left...whattaaa!!! Oh my, demand is very high.
Hubby kind of like the idea of making another investment in that 4r 3br property (that's the biggest few units offered at about 1300sf). Tenancy won't be a problem but we are nearing 40s now and I don't like the idea of starting a new loan. I am satisfied with whatever I have now.
A roof on top to cover us from rain and shine, a floor to cater for our few pieces of furniture, the 4 walls that would protect our privacy...ultimately, a place to call home!(though we are at 'war' now with parking issues...;).
Home is where the heart is.

Thursday, April 04, 2013
Alkisah Kenduri
UKE kata, kalau dijemput ke majlis kahwin, pergi...jangan tak pergi. Kita pergi sebagai tanda meraikan mereka yang hendak mendirikan sunnah Nabi. Perkahwinan itu sunnah. Kita patut gembira kerana mereka mahu menegakkan sunnah.
Minggu lepas, sebagai tanda sokongan, kami pun melunaskan jemputan sebuah majlis walimah. Jauh nun kat Kg. Sandarhulu sana. Pengantin adalah anak buah abang ipar saya. Oleh kerana rumah pengantin bersebelahan dengan rumah abang ipar saya, maka, tempias majlis itu turut hangat dirasai keluarga kami. Kakak saya pun dah berkali-kali suruh datang. Tak cukup dengan telefon, dia hantar sms mengingatkan. Kira macam majlis dia jugaklah. Emak pulak menunggu saya di rumah kakak untuk dijemput balik KL. Jadi, memang ada banyak dorongan untuk hadir. Cadang nak sampai awal, tapi cuti tak ada...so, pagi Sabtu ajelah baru dapat bertolak dari KL.
Sampai ketika orang sedang ramai dan beberapa ketika sebelum pengantin bersanding.
Hujung minggu ini pun dapat jemputan juga. Ikutkan hati maleh benor nak pergi...sebab tak kenal. Tak kenal sebab ini saudara sebelah ayah yang memang lama tak pernah jumpa. Mak pun ingat-ingat lupa. Semasa kami menghadiri kenduri anak buah ayah di Kelang dulu...mak pun sempatlah bersembang-sembang dengan ipar duai dia. Masa tulah keluar cerita yang ada sedara belah ayah nak buat kenduri anaknya. Rupanya bila kami dah balik, sedara ni datang dan adik-beradik ayah bagitahu pasal kehadiran kami. Jadi, terus mereka minta alamat dan nombor telefon rumah saya. Nasib baik ada Mak Jang , dia yang bagi.
Beberapa hari lepas, sedara ini menelefon ke rumah dan dapat bercakap dengan emak. Memang bersungguh-sungguh mengajak datang sebab nak jumpa. Tak pernah jumpa isteri arwah Abang Tan dan anak-anak katanya. Jadi, dah wajib sangatlah saya bawa emak pergi ni...in shaa Allah, dapat pahala menyambung silaturahim...kalau tak kerana bersaudara pun, masih bersaudara sebagai saudara seagama, bukan?
Lepas ni kalau terima undangan...pergi jangan tak pergi tau...
Kalau betul tak ada aral lah...kalau dah memang tak dapat, ada halangannya, nak buat macamana, kan?

Ada ayam masak merah, ada dalca...ikan kering pun ada. Ulam-ulaman. Sambal kelapa dan tempoyak juga disajikan.
Tak ketinggalan rendang tok dan acar. Telipuk makan tak toleh belakang dah...hehehe....sedap gilerrr. Yang best tu, boleh main ceduk-ceduk dan bawak lari makan dalam rumah.
Hujung minggu ini pun dapat jemputan juga. Ikutkan hati maleh benor nak pergi...sebab tak kenal. Tak kenal sebab ini saudara sebelah ayah yang memang lama tak pernah jumpa. Mak pun ingat-ingat lupa. Semasa kami menghadiri kenduri anak buah ayah di Kelang dulu...mak pun sempatlah bersembang-sembang dengan ipar duai dia. Masa tulah keluar cerita yang ada sedara belah ayah nak buat kenduri anaknya. Rupanya bila kami dah balik, sedara ni datang dan adik-beradik ayah bagitahu pasal kehadiran kami. Jadi, terus mereka minta alamat dan nombor telefon rumah saya. Nasib baik ada Mak Jang , dia yang bagi.
Beberapa hari lepas, sedara ini menelefon ke rumah dan dapat bercakap dengan emak. Memang bersungguh-sungguh mengajak datang sebab nak jumpa. Tak pernah jumpa isteri arwah Abang Tan dan anak-anak katanya. Jadi, dah wajib sangatlah saya bawa emak pergi ni...in shaa Allah, dapat pahala menyambung silaturahim...kalau tak kerana bersaudara pun, masih bersaudara sebagai saudara seagama, bukan?
Lepas ni kalau terima undangan...pergi jangan tak pergi tau...
Kalau betul tak ada aral lah...kalau dah memang tak dapat, ada halangannya, nak buat macamana, kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)