Thursday, December 31, 2015

Melaka Nan Bersejarah

Ke mana pula destinasi seterusnya ya?

Jom kita ke Melaka Bandaraya Bersejarah...yeayyyy!!!

Inilah percutian penutup tahun 2015 setelah memulakan kempen cuti-cuti Malaysia dengan menjejaki Pulau Lagenda, Langkawi bulan November lalu. Melaka ya? Taklah jauh mana. Betul...memang tak jauh malahan selalu dah pergi sebab mertua asal belah sana. Cuma yang kami selalu pergi tu adalah kawasan sempadan sahaja. Macam kampung saya yang bersempadan dengan Pulau Pinang dan Kedah, bandar paling jauh pun kalau saya pergi hanyalah setakat Taiping. Tak kuasanya nak pergi sampai Ipoh. Maka sama jugalah dengan kes ini, bila balik rumah mertua...paling jauh kami redah pun sekadar bershopping kat Tesco Cheng. Dah tentu-tentu tak masuk kawasan bandaraya dengan segala kesesakannya tu.

Maka kali ini, sempena cuti-cuti Malaysia, kami membuat keputusan untuk meluangkan masa 3 hari 2 malam di bandaraya Melaka. Kami menginap di apartment 3 bilik di sekitar kawasan Plaza Mahkota. Memang town sungguh. Petang Ahad tu, sebaik check-in, saya dah bersemangat nak menjelajah meneroka kawasan-kawasan bersejarah di Banda Hilir. Sayangnya masa yang bersisa itu terpaksa kami habiskan berlegar-legar mencari tempat untuk meletakkan kenderaan dan bila tak jumpa, berpusing keluar lalu terperangkap dalam kesesakan yang luar biasa. Pergghhh...rela lagi rasanya berhadapan dengan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Oh...Kuala Lumpur ku nan tercinta...caitttt...time-time ni lah baru tahu menghargai ibukota Malaysia ini huhuhuhu...

Untuk hari seterusnya, berdasarkan pengalaman, kami mula merancang pergerakan dengan lebik licik dan bersistematik sehingga membolehkan kami mengisi agenda di Melaka dengan jayanya.

Antara tempat-tempat yang berjaya kami lawati ialah kawasan-kawasan kesan tinggalan penjajahan di sekitar Bukit St Paul dan Porta de Santiago atau juga lebih dikenali sebagai kota A Famosa.


Inilah rupa tinggalan binaan A Famosa yang masih dapat dilihat sebagai bukti kehadiran penjajah Portugis di tanah Melaka dahulu. Dulu saya cuma dapat lihat gambar sahaja. Rasa pelik pula bila sudah tengok depan mata. Ooo...macam ni rupanya ehhh...


Bahagian dalam tak ada apa-apa pun. Kosong saja.


Ingatkan boleh terserempak dengan pemuda pemudi berpakaian Portugis dan menarikan tarian Jingli Nona, rupanya tak ada. Hanya binaan ini sahajalah yang tersergam kaku membungkam menyaksikan kehadiran pelancong yang rata-ratanya orang luar.


Ini pula laluan masuk untuk naik ke Bukit St Paul. Apa ada kat atas tu? Hemmm...jom naik. Asal nampak orang naik, kita pun sibuk nak mengekor. Mengah juga eh naik tangga. Tu la...langsung tak bersenam selepas last dikerjakan dalam program teambuilding Ogos lalu. Padan muka!


Motif? Errr...suka la tengok jenis batuan bata ni. Macam so bersejarah...(eh...memanglah barang bersejarah pun...)


Di depan bangunan tinggalan gereja di atas Bukit St Paul.




Cantik kan path berbatu di bawah ini? Ia merupakan sebahagian binaan yang melengkapkan keseluruhan Kota A Famosa. Tak ada siapa peduli pun, tetapi ketika saya berjalan menjauhi kota ini sambil menoleh, mata saya menangkap corak batuan yang sungguh klasik ini. Mungkin Alfonso de Albuquerque pernah berjalan berulang-alik di laluan ini. Errrkkk....


Bukit Saint Paul dan Kota (yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya) A Famosa terletak berdekatan. Malahan dari kedua-dua tempat ini, kita boleh pula meneroka kawasan-kawasan tarikan yang lain seperti The People's Museum, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Muzium Setem dan Istana Kesultanan Melaka.

The People's Museum


Saya tidaklah masuk ke semua tempat yang ada sebab kami kesuntukan masa. Pemilihan tempat pastilah mengikut minat. Justeru kalau ada orang yang melepaskan Muzium Setem untuk tempat lain yang lebih menarik, saya pula sudah tentulah sebaliknya. This is a must for me! Tempat-tempat sebegini lazimnya tak ramai orang, jadi memang seronok menghayati paparan yang ada. Wahhh...ni kalau boleh angkut semua kan best!


Di belakang kami ialah slab-slab kayu yang boleh ditarik keluar yang mengandungi koleksi setem yang dikeluarkan mengikut tahun. Yang saya tarik keluar itu adalah setem-setem yang dikeluarkan pada tahun kelahiran saya , 1975. Tapi tak nampak sangatlah pula ya.


Koleksi ini saya ada, tapi tak lengkap. Saya tak ada yang setem pokok kopi dan pokok kelapa. Nasib baik jumpa masa meredah kedai cenderamata. Apa lagi...teruslah beli. Yeayyy!!!


Koleksi setem negeri Perak. Ada banyak gambar yang saya ambil tetapi kalau tempek semua kat sini dah nanti jadi entri lawatan ke Muzium Setem , bukan lawatan ke Melaka...hahaha. Okay, jom tinggalkan muzium ini, lain kali boleh datang lagi.

Di sekitar kawasan ini juga anda boleh melihat beca-beca pelbagai hiasan berulang-alik membawa penumpang. Ada yang dihias dengan tema Angry Bird, tema Frozen, Hello Kitty dan banyak lagi. Tambang untuk sebuah beca kalau tak silap saya RM40.


Kunjungan ke Melaka adalah tidak lengkap kalau anda tidak menyusuri Sungai Melaka menggunakan bot. Boleh juga kalau nak guna basikal berkayuh di sepanjang kaki lima deretan bangunan yang pelbagai di tepi sungai. Namun, kalau sudah namanya pelancong tempatan...ishhh...tak kuasa den nak berkayuh panaih-panaih buta ni weiii...


Atas nasihat kawan-kawan , kami memandu keluar menuju ke Taman Rempah. Selain jeti yang terdapat di sekitar kawasan tourist spot di tengah bandaraya ini, kita juga boleh membeli tiket dan menaiki bot di jeti Taman Rempah. Suasananya lebih tenang. Tempat parkir banyak dan orang pun tak ramai.

Anda akan dibekalkan dengan botol air mineral dan biskut. Jenis oat cappucino. Sedap jugak eh, buatan rakyat setempat lagi. Baguslah korang. Oh ya, tips untuk naik bot ini ialah, walaupun korang teruja sesangat nak naik, pastikan jangan duduk depan sangat sebab bila bot berselisih atau meredah laju, dengan mudahnya air sungai akan terpercik ke muka anda. Kalau airnya macam Sungai Niyodo di Shikoku sana, okaylah kalau korang nak benam kepala sekali pun tak pa...hahahaha...


Apa yang menarik naik river cruise ni ye? Untuk saya, pertama sudah tentulah pengalaman. Pengalaman melakukan perkara baru...bukan hari-hari kita boleh naik bot lalu Sungai Melaka. Jadi, kalau nak pengalaman ini, bolehlah cuba. Yang kedua, kita bolehlah lihat sepintas lalu apakah tarikan yang ada di sepanjang kawasan Sungai Melaka ini...kalau ada banyak masa mungkin tak kisah, untuk yang trip sehari dua macam kami ni, baguslah. Sekurang-kurangnya tahu juga duduk letak Kampung Morten dan keistimewaannya. Sebenarnya kalau nak pergi tengok dengan lebih dekat rumah tradisional Melaka, anda boleh juga ke Villa Sentosa yang dibuka kepada pengunjung. Saya dan keluarga kesuntukan masa untuk berbuat demikian.

Siar kaki di sepanjang sungai telah diperindahkan manakala dinding-dinding bangunan dicat dengan lukisan mural yang menarik.


Pelayaran menelusuri Sungai Melaka dan berpatah balik ke jeti tempat kami naik mengambil masa selama 45 minit.

Melaka sangat terkenal dengan kisah kepahlawanan Hang Tuah dan empat sahabat karibnya. Jadi, adalah tidak lengkap kunjungan kita ke Melaka kalau kita tidak melawat Hang Tuah Centre yang terletak di Kampung Duyong. Ini adalah kampung kelahiran Hang Tuah tetapi binaan yang ada hanyalah berupa replika sahaja.


Perkara yang selalu menarik perhatian saya ialah binaan tangga ala rumah Melaka ini. Rasa-rasanya kalaulah ada rezeki naklah bina rumah kayu dan bertangga macam ini. Rasa sejuk dan mendamaikan. Dah boring dengan rekaan moden.


Bahan pameran yang ada seperti biasa berupa alatan persenjataan terutamanya keris dan juga diodrama yang menceritakan kisah Hang Tuah termasuk bahagian yang paling tragis dalam sejarah hidupnya iaitu terpaksa berlawan dengan sahabat karib sendiri iaitu Hang Jebat kerana mempertahankan kesetiaannya terhadap Raja.


Apapun saya baru tahu yang Hang Tuah ini juga pernah menjadi utusan Raja ke Siam dalam satu urusan membeli gajah dan juga Hang Tuah pernah menunaikan Haji di Mekah serta melawat ke Eropah/Turki kalau tak silap. Juga ke China dan India.


Pandangan Alfonso de Albuquerque terhadap lelaki Melayu Melaka ketika berurusan/singgah di Melaka sebelum Portugis menyerang Melaka.


Memang luas kompleks yang disediakan ini tetapi sayang, bilangan pengunjung tidaklah ramai. Rasanya banyak lagi yang kita perlu lakukan untuk menarik minat masyarakat terhadap sejarah sebab pada pandangan saya tempat-tempat seperti muzium ini agak ketinggalan kerana masyarakat lebih sukakan benda-benda yang 'happening' .  Tengoklah bila Muzium Negara buat pameran hantu...bukan main bersesak-sesak orang ramai nak tengok...


Replika rumah Hang Tuah.


Yang di atas ini pula ialah replika Istana Kesultanan Melaka yang terletak bersebelahan Kota A Famosa dan Bukit St Paul.

Segala alatan kebesaran, senjata, perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan era pemerintahan beraja Kesultanan Melaka ada dipamerkan di sini tapi tak adalah dalam bentuk yang lebih mengujakan seperti, "Inilah tanjak yang dipakai oleh Sultan Mansur Shah ketika hari perkahwinannya dengan Tun Teja". Atau, inilah dulang tembaga yang digunakan dalam pertempuran sengit antara Hang Tuah dan Hang Jebat di istana Melaka. Yang ada hanyalah gambaran/replika apa yang mungkin ada pada ketika itu.


Sususan para pembesar dan anggota penting lain di Balairong Seri ketika menghadap Sultan.


Kami juga sempat singgah di Taman Burung, Melaka. Menarik sebab kita akan naik platform yang dibina tinggi bagi membolehkan kita berada lebih hampir dengan burung-burung yang dibiarkan lepas bebas.

Ada yang malu-malu menghampiri dan ada juga yang muka tak malu. Asalkan ada makanan kat tangan kita, tahulah dia datang nak meminta.


Makanan yang kami beli berupa kuaci, air madu dan jagung. Memang laku!
 Aiman memang suka burung. Teruja sangat dia dapat pegang dan main-main dengan burung


Memang agak jinak, tapi kalau dah berkerumun ramai-ramai macam ni, rasa stress jugaklah kang.



Begitulah sekitar kunjungan kami ke Melaka baru-baru ini. Masa tidak mengizinkan saya untuk mencari gerai kuih keria yang katanya sedap di kawasan Limbongan. Juga tak sempat pi hirup udara segar laut sambil menyedut kelazatan coconut milkshake di Pantai Klebang. Ouwwhhh...lain kalilah ye...in shaa Allah.

Wednesday, December 30, 2015

Bintang Lagenda

"Pok pok pok bujang lapok
Ada mancis tak ada rokok
Jalan jauh tersenggok-senggok
Tumit melecet hai lutut terbengkok"

Anak-anak saya sudah pandai tergelak menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Bagus juga bila filem-filem beliau masing sering diputarkan. Kerap. Adakalanya mereka boleh bercerita semula babak-babak yang melucukan bagi mereka. Antaranya, kalau Pendekar Bujang Lapok, sudah tentu babak bujang lapok bertiga masuk sekolah untuk orang dewasa yang buta huruf itu. Begitu juga babak menghafal mentera. Mambang biru laut pun ada...hahahaha...

Jadi, di suatu hari yang cerah dan indah, saya membawa mereka berkunjung ke Pustaka Peringatan P.Ramlee yang terletak tidak jauh dari rumah kami. Dah berbelas tahun duduk di Kuala Lumpur, sebetulnya saya pun tak pernah menjejakkan kaki di sini. Memang dah lama teringin nak tengok apa ada kat sana, namun belum berkesempatan. Kali ini sudah ada ruang, jom kita terjah sama-sama.


Saya mengaku saya guna aplikasi Waze untuk sampai ke sini. Hahaha...yelah, tak kuasa nak cuba tunjuk pandai, nanti sesat barat buang masa jer jadinya.

Rumah lama P.Ramlee ini terletak di Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, Setapak. Dulunya kawasan perumahan ini dikenali dengan nama Taman Furlong.


Mula-mula saya risau juga tentang parkir. Nasib baiklah masa kami sampai sekitar jam 12 tengahari itu, masih ada ruang-ruang meletak kereta yang kosong berhampiran rumah ini.


Walaupun ruang pameran yang disediakan adalah terhad, bahan-bahan yang disediakan adalah mencukupi untuk kita mengenali insan seni bernama P. Ramlee ini. Selain bahan tentang P.Ramlee, terdapat juga bahan tentang isteri kesayangannya, biduanita Saloma. Saya tertarik membaca surat bertulisan tangan yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Saloma yang ditujukan kepada P.Ramlee memaklumkan yang beliau terpaksa berada lebih lama di Thailand kerana tuntutan kerja seninya. Suka dingatkan kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di bahagian dalam rumah ini. Jadi, kenalah hormati peraturannya.

Nak bergambar, boleh di bahagian luar sahaja. Hah...bergambarlah kome semahu-mahunya ye.


Kereta milik P.Ramlee dengan nombor plet BAD 3608 turut diletakkan di ruang hadapan rumah.


Judul karya-karya seni beliau  dituliskan pada bangku dan meja batu di halaman rumah. Pendekata, kalau ada yang ingin membuat rujukan dalam usaha menghasilkan tulisan tentang bintang Melayu tersohor ini , bolehlah datang mencari bahan di sini.

Oh ya, masuk adalah percuma. Saya membeli CD Pendekar Bujang Lapok sebagai sedikit sumbangan dan penghargaan kepada mereka yang bekerja keras memelihara warisan ini untuk tatapan generasi baru.

Balik rumah ulang tayang tengok Pendekar Bujang Lapok dengan tidak berasa jemu.

Monday, December 28, 2015

Jom Ke KL Tower

Pada suatu kesempatan yang ada, Telipuk berpeluang mengisi hari dengan membawa anak-anak melawat ke sebuah tempat ikonik bandaraya Kuala Lumpur iaitu Menara Kuala Lumpur atau KL Tower. Menara berketinggian 421 meter ini adalah merupakan menara komunikasi yang dibina untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Ia adalah anak syarikat milik penuh syarikat Telekom Malaysia Berhad.


Mula-mula Telipuk ingat nak menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sahaja. Dalam kepala Telipuk, ingat nak naik lrt dan turun kat stesen Masjid Jamek. Dari situ, ambil teksi naik ke Menara. Kemudian fikir-fikir balik rasa macam nak bawa kereta sendiri pula sebab Telipuk ingat nak singgah ke tempat lain selepas selesai agenda di KL Tower. Cek kadar parkir, hemmm...bolehlah...mahal lagi parkir kat Menara TM...hahahah...

Aktiviti pertama ialah naik ke pelantar pemandangan untuk 'sekodeng'. Heheh...Cuaca baik dan cerah, jadi bolehlah nampak pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur dengan selesa. Binocular tersedia untuk setiap sudut pandang...arah KLCC, arah Baru Caves, tengoklah mana nak tengok...memang boleh sekodeng pun sebab boleh nampak semua...caitttt!!!



Di atas pelantar pemandangan ini, ada tersedia kedai cenderamata. Telipuk teringin juga nak membeli sesuatu buat kenang-kenangan tetapi rasa macam mahal pulak fridge magnet tu. Oh ya, seperti biasa...bila kita nak naik, akan ada jurugambar yang sibuk paksa kita bergambar. Dan bila kita nak balik tu, depa akan tunjukkan kita gambar tadi tu dan nak tak nak, lazimnya kita akan beli sebab ianya akan jadi satu potret yang lengkap dengan segala background menunjukkan lokasi kita berada. Dan kita pun nampak lawa jugak kat situ...sooo...kita rasa rugi tak beli...haisshhhh!!! Harganya bukan RM15 yer...so, siap-sedialah untuk beli. Kui...kui...kui...

 Selesai di pelantar pemandangan, kami turun ke Mini Zoo. Sebenarnya ada lagi tarikan-tarikan lain, tetapi rasanya yang zoo jugalah paling sesuai. Yang bestnya semasa kami masuk, pengunjung sangat tak ramai. Cuma ada satu keluarga di hadapan kami. Dan yang bestnya lagi, penjaga zoo juga baik...siap tunggu dan bagi penerangan apa saja kita tanya. Melayan kita bergambar juga.

Bergambar dengan burung-burung yang jinak.


Hairanlah burung ni, asal letak kat bahu jer...dia mesti panjat nak naik ke kepala juga...aduhhh...dah macam dok dalam sarkas rasa.



Walaupun kecil, susunan haiwan nampak teratur dan haiwan juga nampak sihat.

Burung-burung ini bersedia untuk sesi fotografi dengan anda. Tak payah bayar pun. 

"Now you see it, now you don't"

"Apo kono eh Jang?" ;)

Ayam serama pun ada juga. Comel kan?

Ally! Ally who? Alligator!

Apahal le si Jalak kerdil ni? Panggil pun tak nak angkat muka. Macam sedang frust menonggeng jer..

Ular-ular sedang "melepak" di atas cermin kaca yang diletakkan di ruang atas menuju ke pintu keluar. Euuwwww...geliii!!!

Nak makan pun tak senang weiii...:P

Pengunjung belum ramai, bolehlah melepak dulu. Kalau tak, jenuh nak lari.

Ayam piru eh? 

"Ibu, boleh tak kalau kita beli burung ini? Saya nak bela"

Lepas makan, jom tido ramai-ramai

Smile!!! Aiman with Adam the Tortoise

Best kan...boleh pegang-pegang arnab, burung, hamster & the gang, kura-kura...jadi kepada pengemar haiwan, bolehlah mempertimbangkan untuk mengunjungi zoo kecil di kaki Menara KL ini. Telipuk bercadang hendak datang lagi sebab misi belum selesai. Teringin nak masuk hutan di sekitar menara ini, tetapi belum berkesempatan. In shaa Allah.