Thursday, September 30, 2010

Papan Tanda

Inilah gambarnya yang keluar di The Star semalam. Gembira ria cik abang walaupun cuma menang RM50...teruja sebab terpilih sebagai pemenang.



Kata-kata yang mengiringi gambar ini ialah "A roadsign telling you not to forget to wear sunglasses when driving – how nifty!"

Tukang ambil gambarnya Akulah. Tukang suruh ambil gambar cik Abanglah...hahaha...siap berhenti tepi jalan suruh Aku ambil. Ambil pakai telefon bimbit saja pun...bukan peraduan gambar tercantik, ini peraduan gambar pelik!

Wednesday, September 29, 2010

Insya Allah - Maher Zain

Nice song to listen at in this gloomy weather.
Very calming indeed. Good job, Maher!



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Tuesday, September 28, 2010

Rayalah Lagi@SDCC

Semalam juga Aku meluangkan masa menghadiri majlis rumah terbuka Celcom Axiata di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Pergi bertiga dengan Rosebud dan Baizi. Konvoi tiga biji kereta sebab lepas makan boleh terus balik rumah. Majlis bermula jam 4.30 ptg sehingga 9 malam.



Mula-mula ingat hendak datang tunjuk muka sahaja...tapi bila tuan rumah sudah datang melayan tu, ishh...jamahlah sikit kan...



Sekali hujan turun lebat daaa...hemmm...duduk lagi la bersembang-sembang, buat networking dengan geng-geng yang datang ke meja sahaja hahaha...tak patut betul, patut pergi berkenalan dengan orang yang tidak dikenali tu hahaha...

Akhirnya ambil juga sedikit kuey teow goreng...dah malu alah dengan tuan rumah tu kan...hahaha...



Sebelum balik, sempat minum secawan teh tarik. Sedapppp.



Jumpa rakan ex-TM yang mengajak tunggu tengok persembahan. Ye, mereka ada menyediakan persembahan artis termasuk Aizat. Tapi Aku memang tak boleh duduk lama pun...mesti mau balik jugak hahaha...kalau ada David Archuleta sekali pun, confirmed Aku balik...lainlah kalau buat masa awal, sedang eloklah dengar-dengar sambil makan, kan?

Rayalah Lagi@Regulatory

Semalam, kami mengadakan majlis sambutan aidil fitri peringkat bahagian. Agak cepat jugalah kiranya kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Maklumlah, jawatankuasa baru ni pantas bergerak. Aku tak tolong banyak pun, tolong tiup belon pun 2 biji je dapat...rasa kering air liur dibuatnya.



Deretan biskut-biskut raya...bukan untuk perhiasan tau. Jemput makan semua!



Menu utama ialah nasi tomato yang digandingkan dengan ayam masak merah, dalca sayur dan jelatah. Selain nasi, kami juga menyediakan sate, roti jala, nasi himpit kuah kacang, lemang dan rendang.



Bukan itu sahaja, ada tambahan lagi...haaa...ada lasagna yang disumbangkan oleh big boss. Dimasak khas oleh anaknya.



Laksa Johor pun ada. Nasib baik la laksa Johor...kalau laksa penang, memang sukar Aku nak kata 'tidak'. Hehehe...



Sudah makan, meh kita bergambor pula. Dengan Rosebud.



Kepada semua AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini, diucapkan setinggi penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan. Ikut sumber yang sohih, insyaallah...kita bakal menganjurkan majlis pot luck pula bulan depan...buat pertama kalinya...bolehlah mula panggil meeting bulan depan nooo...hahaha...(mesti cif dah pening kepala nak layan!).

Kenduri@Melawati

Petang Sabtu lalu, kami sekeluarga menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak sulung seorang rakan sepejabat. Puah Faizah seorang otai bidang telekomunikasi yang kami semua hormati. Geng makan. Geng gossip. Hahaha. Bak kata USJ, kalau tak pergi, tak tahu mana hendak sorok muka!

Mula-mula janji hendak pergi sekitar jam dua. Alih-alih kul 3 lebih sikit, baru sampai. Nasib baiklah Taman Melawati tu dekat sahaja. Yang hairan tu boleh pulak sesak teruk MRR2 hari tu...hai...pakat keluar beraya jugak ke? Maklumlah, open house kan banyak hujung-hujung minggu ni.



Bestnya...ada kek lapis! Konon mula tu beranganlah hendak rasa semua perisa. Ceh...ceh...ceh...sekali bila sudah makan nasi...mata dan mulut je kata nak...perut menjerit-jerit tak mau...kaki pun tak bagi sokongan. Jadi, tengok jer la.



Mak ikut sekali. Memang Puan Faizah jemput semua. Tapi ayah standard la jawapan dia, malehhhh! Hisham pun tak nak ikut. Aiman memanggg...cakaplah hendak pergi mana pun, semua dia nak ikut.



Pinggan Aku. Sempoi je...heheh...



Ohw...air bandung! Best...best...dah berkurun rasanya tak pernah jumpa air bandung kat majlis kenduri.



Bergambar dengan pasangan pengantin dua sejoli. Sama cantik sama padan. Majlis hari itu memang majlis untuk orang-orang TM...maunya tak, mak bapak pengantin orang TM...pengantin lelaki pun kerja kat TM...jadi, memang rasa macam rumah sendiri pasal muka semua familiar je...



Akhir kata, selamat menerima menantulah , Puan ye...aaa...dah join kem lain, jangan lupa kat kami pulak. Hehehe.

Friday, September 24, 2010

Jangan Panggil Namaku

Tahu apa topik perbincangan semasa sarapan pagi tadi? Cerita hantu!!! hahaha...dah tak ada topik lain ke? Well...okay apa...cerita hantu senang, kalau cerita pasal orang lagi susah pasal kadang-kadang orang pun macam hantu jugak...menyeramkan! ;)

Cerita bermula apabila seorang ex-student UiTM Arau bertanya tentang kes pemindahan 'hantu' menggunakan bas keluar dari kampus UUM lama dulu...hahaha...kebetulan Aku dan Sirapmadu dua-dua ex-student UUM , jadi rancaklah ceritanya terutama Siraplah, pasal dia lagi senior dan tahu banyak cerita termasuk kisah pesawat ringan yang terhempas kat Kolej Pernas dulu tu...uii...malam-malam ada yang nampak 'orang' berjalan cari apa...mata ke? Huhuhu...

Time Aku dulu yang paling 'keras' adalah Kolej MISC yang terletak tepi tasik tu. Kolej penginapan student lelaki ini pernah diganggu jelmaan yang diberi jolokan "lady in red"...siapa ntah pernah cerita kat Aku yang malam-malam benda ini datang jengok diaorang tidur...

Lepas tu ada cerita dari mulut ke mulut tentang seorang pelajar yang sudah sekian lama tinggal di sebuah bilik di Kolej EON dengan 'roomate'nya ...sehinggalah berlaku suatu peristiwa ...uuu...akhirnya pecah rahsia yang dia sebenarnya tidak pernah ada roomate. Siapa sebenarnya yang dia sangka 'roomate' itu...memanggg seramm!

Pengalaman Aku sendiri...errr...adalah juga tapi tak tahu la seram ke tak. Masa tu Aku dalam darjah 2. Aku bersekolah sebelah pagi. Jarak sekolah dari kampung Aku ialah 12 batu. Memanglah pun sebab Ayah sekolahkan Aku di Parit Buntar, yang lain-lain kat Sungat Megat Aris. Aku ke sekolah menaiki van Pak Mat. Untuk sampai di tempat Pak Mat mengambil dan menurunkan Aku di jalan utama itu, Aku perlu berjalan kaki dalam 500 meter melalui lorong kecil yang di kiri-kanannya adalah bendang, pokok-pokok pisang, kelapa, rumpun gelenggang, pokok gajus,dan segala pohon rimbun serta rumput rampai adanya. Selalunya memang lembab jugalah kasut sekolah Aku gara-gara meredah embun. Aku selalunya pergi beriringan dengan seorang kakak anak jiran yang bila-bila melewati rumah Aku akan melaung namaku dan kami akan sama-sama berjalan.

Malam itu bulan mengambang terang...heheh. Dan pagi itu, cuaca cerah semacam. Jam di dinding pulak kecil je membuatkan emak tergesa-gesa bangun kerana pada pandangan matanya waktu sudah jam 6.30 pagi. Waktu Pak Mat kebiasaannya sudah hampir sampai. Aku segera dikejutkan dan dalam gopoh-gapah bersiap itu terdengar namaku dipanggil sayup-sayup. Menyedari Aku sudah terlewat, Aku pun melaung balas, "Kak, jalan dululah...jangan tunggu saya".

Senyap. Dalam samar pagi, yang kelihatan hanyalah alur cahaya lampu picit yang memang kebiasaannya dibawa oleh kak Timah. Sebak jugak le hatiku masa itu mengenangkan Aku terpaksa berjalan seorang diri...sudahlah terlewat pula.

Sebab sudah lambat, Aku pun bila keluar memang sudah tidak toleh kiri-kanan lagi...sebaliknya membuat larian pecut ala Rabuan Pit. Bila Aku sampai di tepi jalan, bayang kak Timah tidak kelihatan padahal Aku yakin sepanjang jalan itu Aku memang tak jumpa dia. Langsung hilang semangat Aku kerana merasakan Pak Mat sudah pergi meninggalkan Aku. Dalam kehampaan itu, Aku melintas jalan ke seberang, mencuci kaki di kolam madrasah yang entah mengapa sunyi tak ada orang. Ya, Aku berlari keluar tak pakai kasut. Kasut pegang di tangan. Dalam mencuci kaki itu, sempat jugalah mengerling nisan-nisan kaku yang berceracak di kuburan betul-betul di sebelah kolam tu. Sunyi dan sepinya Aku rasa. Takut? Tak pula. Aku memang sudah lali dengan keadaan itu.

Dalam Aku dok berkira-kira hendak balik rumah atau tidak, Aku nampak cahaya lampu picit bergerak-gerak dari arah lorong Aku datang tadi. Bila semakin dekat, ku lihat Kak Timah yang menyingsing kain biru mudanya berjalan sedikit tergesa.
"Tak tunggu akak pun hari ni...kenapa awal sangat ? Ingatkan Akak terlambat hari ni. katanya membuatkan Aku bingung sebentar hendak menjawab.

"Eh...saya ingatkan Akak dah pergi tadi? Bukan Akak ke panggil saya, tapi saya ingat saya yang lewat dan saya suruh akak jalan dulu"

Giliran Kak Timah pula membuat muka 'pelik'. "Eh...mana ada. Akak baru sampai ni haaa...tadi Akak panggil Ya, mak Ya kata Ya dah pergi!" katanya bersungguh-sungguh.

Lepas tu Ayah datang mengayuh basikal. Rupa-rupanya mak salah tengok jam. Masa mak terkocoh-kocoh bangunkan Aku jam baru pukul 5.30 pagi. Ayah datang membawa sarapan kerana Aku tak sempat jamah apa-apa sebab hendak mengejarkan van Pak Mat. Mula-mula ingat hendak gelak...tapi bila mengenangkan 'siapa' pula yang memanggil Aku, siap dengan lampu picit tu...errr...tak jadilah gelak.

Bayangkan kalau Aku kebetulan betul-betul siap pada masa dipanggil itu...dah tentulah Aku akan berjalan beriringan dengan...

Syyyhhhhh...sendiri tahu sudahlah haaaa...

Wednesday, September 22, 2010

Raya @ Perak

Belated entry that summarized my 'balik kampung' trip recently. Actually, I did not even bring our raya clothes as there's no plan at all. Did not have time to visit relatives and friends as we were rushing to prepare my dad's passport (just in case) and other things. Besides, everybody already left the kampung...bad timing!

But Mom did cook for me a fresh 'dodol'...wow...marvellous! There's no more ketupat left...not to worry though, because ketupat/lemang are now available all year round...only that they are best eaten during this festive period. Oh yeah, let's wait for the upcoming hari raya open houses...eemm...nyummy!

We arrived on Thursday afternoon. Spent half day travelling to and from Penang's Immigration office the next day. On Saturday, we packed our stuffs for the journey back to KL.

On Saturday morning, before we left, I went to the Pekan Sabtu...owh...time seemed to stop as I marvelled at the familiar scenes that bring back the memories...oh no!



My late grandpa used to buy these little chicken and duckling when he was still healthy, looking after his small pen in the backyard.



Oh cute! The price is RM1.20 for each. Luckily my hubby was not around, otherwise he might bought some...he used to have a chicken as pet...ewwww...(it's part of my diet, honey!)



I bought cendol...



Owh...what a sin!Too bad there's too many ice cubes inside...



We decided to visit my sister in Lenggong and overnight there. We did not like the idea of travelling in the afternoon and end up caught in the massive traffic jam. What else to be expected as the long break was about to end? Therefore, it was best to only travel back to KL early in the morning on Sunday.

Since we arrived just after 12 noon, there were ample time to relax and enjoy the quiet surrounding. I even followed my sister to few houses nearby for hari raya's visit...wahhh...they still have raya cookies!



...even lemang and rendang tok...lucky!!!



Happily posing somewhere near my sis's house. It's the location I wish to highlight, okay? ;)



And the kids like to play outside at one of the houses.



It was getting late by the time we end our brief visit. I really like it. The local folks were so friendly I really felt at home and welcomed.



It always best to keep thing simple.

Pagi Yang 'Seram'

Memang agak pelik melihat kecenderungan stesen-stesen TV berlumba-lumba menayangkan filem genre seram sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini. Apakah kerana mengikut selera penonton ataukah kerana memang semenjak dua menjak ini penghasilan filem seram sudah terlalu banyak, jadi siarkan ajelah. Bukan Aku seorang sahaja yang perasan akan perkara ini. Buktinya ada beberapa komen yang tersiar di akhbar yang ada antaranya menyatakan "lebih baik tayang sarkas daripada cerita hantu". Lepas tu ada yang jawab balik, "tak apalah cerita hantu, sekurang-kurangnya hantu tu tutup aurat"...hahaha...

Aiii...tak apalah...hantu ka, jin ka (Jin Notti)...siapa suka menonton tonton je lah jangan banyak soal. Tak suka, tutup TV tu. Keluar pergi beraya lagi baik, atau pun kalau dah malam tu, buat jer lah benda-benda lain yang lebih berfaedah, kan?

Oh ya, bercakap pasal cerita hantu, ada beberapa cerita hantu yang memang Aku masih teringat-ingat. Nak kata takut tu idok ler...kira seram jugalah bila-bila teringat.

Antara filem dan adegannya yang paling mengesankan sampai Aku teringat-ingat ialah:

1. Filem "Perjanjian Syaitan" uikksss...tak boleh lupa adegan cari telur penyu kat pantai...pas tu jumpa bebola mata...dan bunyi gemerincing tongkat paruh itik tu...

2. Filem "Puaka"...yang membuatkan Aku resah kalau nampak pokok pisang melambai-lambai dalam kelam malam sebab teringat adegan kubur berasap yang dikelilingi pokok pisang tu...udah le masa kecik-kecik dulu ada banyak pokok pisang...sabau jer la!

3. Filem "Rumah Maut"...cehhh...tak sangka banyak-banyak adegan tu, yang paling terkesan ialah bila anak beranak 'hantu' bertiga itu berjalan perlahan-lahan di tepi jendela.

4. Filem "Dara Kula"...ini filem lama weh...bukanlah takut sangat tapi adegan mengayuh beca sambil membawa dua mayat wanita yang sarat mengandung dalam samar malam tu (mayat tu tersengguk-sengguk layu)...eeeiiii...

5. Filem "Setinggan"...cerita ini memaparkan ragam masyarakat setinggan yang tidaklah termasuk dalam kategori seram...tetapi bab hantu jepun yang merayau dalam kebun pisang tu yang ala-ala menegakkan jugak bulu roma...ishhh...selalu ada elemen kebun pisang ye...

6. Filem "Jangan Pandang Belakang"...ketika watak utama memangku 'nenek'nya yang dijumpai di dapur masuk ke bilik neneknya dan terpandangkan nenek sebenar sedang nyenyak tidur atas katil....uuuuuuuu....(masa nak toleh tengok apa sebenarnya yang dia pangku tu yang Aku tak tahan tu...)

Begitulah antara babak-babak cerita seram yang ada meninggalkan kesan pada Aku. Kalau setakat cerita yang banyak elemen terjerit pekik tu...tak payahlah, buat bingit je...bukan seram jadinya tapi buatkan Aku rasa geram pula.

Monday, September 20, 2010

Lagenda Kuih Lama

Rasa pelik aje masuk kerja hari ini. Rasa semacam. Maklumlah, campur dengan cuti yang dipaksa mahu dua minggu jugak ler bercuti. Hahaha...beraya macam tak pernah raya lagaknya. Hakikatnya Aku beraya ala kadar aje. Memang bersejarah jugaklah tahun ini sebab sudah masuk berbelas Syawal, Aku belum merasa sebiji pun ketupat palas...huhuhu...

Hari Khamis lepas barulah berpeluang balik ke kampung halaman. Ramai yang sudah balik meninggalkan kampung. Jadi, memang putus selera hendak pergi beraya. Apapun seronok dapat balik walaupun sekejap. Dan yang bestnya, walaupun sudah tak nampak bayang kuih-kuih moden...ada lagi kuih raya yang menanti. Yang tradisional inilah yang hendak dicari.

Tengok ni...hahah...Inilah "dodol kutikam jambul" namanya...Yang ini bukan calang-calang dodol tau, pasal yang ini dimasak khas untuk kami yang baru balik. Kira masih hangat lagi fresh gitu...langsung dikaup dari kuali tau...ikutkan Aku, yang panaih-panaih ni kalau calit atas daun pisang, fuhhh...nostalgia habis!



Jom test tengok...amboih...pekat...berkilat...melekat!!! Sedappp! Tapi Aku tak boleh makan banyak, secubit dua sudah cukup untuk ubat rindu setahun sekali.



Kuih-kuih dahulu yang masih menjadi pilihan. Ingat lagi seksanya dikerah tok menyediakan adunan kuih bahulu masa kecil-kecil dulu. Maklumlah, semuanya dilakukan secara tradisi. Bermula daripada proses memukul telur dalam bekas pasu tembikar sampailah kepada kerja-kerja memasak yang menggunakan kepingan tin minyak yang dileperkan dan diletakkan sabut kelapa yang berbara di atasnya...tersedu sedan menahan pedih mata kena asap. Seharian pulak tu. Huhuhu...patutlah bahulu dulu sedap giler...lembut dan tahan lama. Nak buat seksa!



Oh ya, kuih putu kacang tu memanglah favourite Aku. Sekejapan sahaja sudah habis dibelasah secukupnya. Hehehe. Dulu Aku buat juga kerja menggiling kacang hijau tu. Gelek-gelek penggiling atas batu beralaskan guni padi. Heheh...cehhh...bab kenangan lama ni la yang maleh nak ungkit kadang-kadang tu...bukan apa, adakala rasa sebu di dada dibuatnya. Heeemmmmmm....

Sayang Aku tak jumpa agar-agar kering, bakar kacang dan makmur. Tunggu raya haji boleh?

Tuesday, September 14, 2010

Corat-Coret Raya 2010

Tahun ini yang menariknya sikit pun tak teringin hendak buat kuih raya. hahaha...tiada alasan spesifik, yang pastinya kuih tunjuk ada banyak...lagi pun yang menjual pun kawan-kawan belaka...beli ajelahhhh!

Sehari sebelum raya tu, tolong mertua bakar lemang...errr...tolong 'tengok' je...hahaha...hampas nye menantu!



Actually, depa bakar pun tak banyak. Hanya ngam-ngam untuk makan sekeluarga sahaja. Pak mertua Aku seorang ja yang dok jaga api. Aku tukang berlegar-legar ambil gambor, tanya soalan-soalan ala pelancong program homestay (ahaks!) dan bagi sokongan moral la weiii. Cuba buat dodol tengok...sanggup Aku kacau sampai ke petang...almaklumlah, pengacau dodol berpengalaman. Tapi sini tarak dodol lah...so, tak dapatlah menunjukkan kepakaran.



Malam raya tu temankan anak-anak main bunga api. Suka budak-budak tu .



Tak sangka pulak ada tukang sponsor...sabar je lah. "Alaaa...setahun sekali je lah, mummy..." kata seseorang itu sewaktu mummy membeliakkan matanya tidak percaya!



Hisham :"Ibu, Ramadhan sudah habis ke, ibu?"
Ibu : " Ye, sekarang sudah 1 Syawal. Ini hari raya."
Hisham : "yeayyyy...sekarang sudah boleh makan kan?" sambil terloncat-loncat gumbira.
Ibu : (dalam hati). "Alahai...anak omakk!".



Baju biru ni baju tahun lepas. Yang Aku lupa hendak bawa balik kampung tu...kakaka. Pakai ajelah apa yang ada. Lagipun masih muat lagi.



Gambar beramai dengan mertua dan keluarga adik ipar. Kalau adik ipar Aku yang sarat mengandung ni tak balik, alamat mertua beraya dengan kami sahajalah.



Apa-apa pun, selamat hari raya daripada kami sekeluarga. Maaflah kalau ada yang terasa hati di mana-mana.



Maaf zahir batin.

Raya Oh Raya

Hari ini sudah masuk hari kelima bulan Syawal. Seperti pagi semalam, pagi ini juga hujan turun lebat mencurah membasahi bumi Kuala Lumpur. Kami sudah pulang ke ibukota pada hari raya ketiga lagi kerana Abang mula bertugas hari Isnin. Hari ini lebih sunyi lagi. Jiran sebelah belum muncul, jiran-jiran di bawah tu pun tak nampak batang hidung. Aiman pun mula bersekolah pagi ini. Tak dapatlah menangguhkan lagi posting yang sudah lama tertunda. Bukan sebab tak ada masa, tetapi tak ada 'selera'.

Tahun ini sudah dua kali berturut-turut Aku menyambut raya di kampung mertua. Bukan tak hendak mengamalkan sistem giliran, tetapi adakalanya yang dihajati tidak dapat dilaksanakan oleh adanya gendala lain. Raya itu sendiri bukanlah lagi sesuatu yang mengujakan untuk Aku. Bagi Aku, beraya di mana pun tak kisah...malaslah hendak bergaduh-gaduh bermasam muka pasal bab raya ni.

Masalah di Malaysia ini, sambutan raya itu sudah terlebih promosi. Memang komersil habis. Padahal 1 Syawal itu adalah harinya umat Islam sepatutnya bergembira kerana kemenangan 'berjuang' menentang hawa nafsu sepanjang Ramadhan. Pengisiannya sepatutnya berbeza. Berbeza dari segi bentuk 'kegembiraan' yang patut ditunjukkan. Mual sungguh dengan program hiburan di kaca TV. Semuanya gembira tak ingat! Menyanyi menari menghibur hati. Macamlah baru lepas siksaan!

Satu lagi yang membohsankan Aku ialah drama-drama airmata yang entah mengapalah dibuat sebegitu rupa. Sesalan. keinsafan. Hukum karma. Serupa sahaja rencahnya. Sebenarnya meminta maaf sesama manusia itu bukanlah hanya dibuat pada 1 Syawal. Tak ada satu tarikh keramat pun. Yang afdalnya ialah bilamana kita buat salah pada orang, wajib cepat-cepat minta maaf. Tak sepatutnya tunggu masa beraya barulah hendak keluar ayat-ayat sakti yang entahkan dihafal, diciplak, digubah sendiri atau apa untuk mengungkapkan penyesalan dan memohon kemaafan. Okaylah bab minta maaf tu, tak adalah berdosa apa...cumanya jangan kita terlupa pula yang bila-bila masa pun sepatutnya kita kena ringan mulut dan lapang dada mengakui kesilapan dan melupakan kesilapan yang orang buat terhadap kita. Takut kita ini 'gugur' bila-bila masa, selagi tak langsai hutang sesama manusia tu...bimbang nanti tersangkut pulak hisab kita di akhirat nanti.

Balik kampung pun satu hal juga. Berlumba-lumba macamlah dia seorang sahaja ada kampung halaman. Please laaa! Memng seronok dapat pulang beraya dengan sanak saudara. Siapa yang tak hendak...Tapi, kalau kepulangan yang dinanti itu mengundang tragedi dan airmata...buat apa? Oh ya, Aku bercakap tentang kemalangan jalanraya. Macam sudah jadi satu budaya pula. Yelah, budaya balik kampung ini kan besar chain effectnya...dari bengkel-bengkel kereta (kereta kena servis baik-baik untuk berjalan jauh) sampailah ke pengusaha-pengusaha stesen minyak sepanjang lebuhraya (yang menyediakan minuman kopi percuma) dan para pengusaha trak penunda...belum masuk lagi bab rumahtangga...huh...besar sumbangan hari raya ini kepada ekonomi negara. Jangan ada yang muflis lepas raya sudahlah!

Cakap pasal budaya ni...risau Aku tengok anak-anak Aku ni...boleh depa kata "mana duit raya?" pada orang yang belumpun panas punggung datang bertamu. Nak cubit-cubit rasanya!

Thursday, September 02, 2010

Sesak

Ini cerita beberapa hari lepas. Cerita yang jarang-jarang kedengaran heheh...Alkisahnya, emak mengajak Aku ronda-ronda ke Chow Kit. Tujuan utamanya ialah hendak beli tudung. Bukan untuk pakai sendiri tetapi untuk dipakai oleh cucu-cucunya. Memang sudah beberapa kali emak ajak Aku keluar tetapi masa tidak mengizinkan. Jadi, kebetulan cuti hari kemerdekaan itu, Aku pun memberanikan diri keluar juga. hahaha. Betul, Aku sebenarnya 'takut', tahu sajalah minggu-minggu hujung lepas gaji ini, berpusu-pusu kenderaan atas jalan dan manusia di pinggir-pinggir jalan, semuanya berkejar membuat persiapan hari raya. Aku pulak memang dasar tak suka tempat yang ramai orang...makanya, ianya adalah sesuatu yang Aku kalau boleh tak hendak buat.

Lepas sahur Aku beritahu emak yang kami kena keluar awal pagi. Kalau petang, Aku memang tak hendak. Bagi upah pun Aku tak nak keluar...lebih-lebih lagi Khairi yang keluar menemankan emak ke Jalan TAR minggu lepas bagitahu dia sudah angkat tangan surrender...tobat tak mau pergi lagi katanya...manusia punya ramai hendak berjalan pun payah! Dia keluar waktu petang. Jangankan Jalan TAR, hendak ke Carrefour Wangsa Maju pun tergedik-gedik menunggu berjam-jam belum sampai juga. Oh...itu gara-gara cuti Nuzul Quran, masa warga Selangor bercuti memenuhi KL untuk bershopping. Memang luar biasa kesesakannya!

Oleh kerana emak juga berminat hendak ke Mydin...Aku terus memandu ke Mydin, Sinar Kota. Itulah cawangan yang Aku suka sebab besar walaupun kat situlah paling ramai warga asing. Adakalanya rasa macam berada di Kathmandu, sekejap-sekejap pula rasa ada di Dhaka. Sabau ajer le! Di Mydin kami ke bahagian menjual barangan kelengkapan haji. Lepas tu tolong emak pilihkan beberapa jenis kuih raya yang dijual di aras bawah. Ala...kuih-kuih raya ni sama jer rasanya, yang beza cuma bentuk dan warna saja. Masa kami hendak keluar balik itu, tempat letak kereta semakin sesak...manusia semakin ramai. Daripada yang paling tua, sampailah bayi yang masih kemerahan...semuanya bersesak-sesak mahu membuat persiapan raya. Masya Allah...kalau Ustaz nampak ni...huuuuuuiiiiii....

Mujurlah sebab Aku keluar pagi, tak ada masalah sampai Chow Kit jam 10 lebih. Parking pun okay, tapi parking berbayar dekat panggung lama tulah. Kalau hendak yang dekat-dekat kirim salam la beb! Mujurlah Kedai Tudung Borong Sahara itu berada di luar kawasan jalan pasar tu...kalau tidak memang naya. Kat sini memang lebih murah harganya. Tudung Nur Kasih baru RM7.50 hahaha...Aku jumpa tempat ni dulupun secara kebetulan sahaja. Ramai juga para peruncit yang sudah memenuhi kedai ini masa Aku sampai.

Lepas beli tudung, tiba-tiba emak teringin hendak beli buah dokong pula...Maka kenalah berjalan ke kawasan pasar. Tu dia, tempat yang Aku hendak elak kena lalu jugalah. Kiri-kanan jalan dipasang khemah-khemah jualan. Macam-macam barangan. Pening kepala Aku berpusing cari tangga jejantas. Pasal sudah tenggelam dek barang-barang jualan yang menimbun.





Suasana memang caca-marba. Chow Kit bukan gelanggang untuk semua orang. Walaupun ada macam-macam jenis manusia dekat sini. Di sini, seperti berada di Jakarta. Ke mana pun kaki melangkah, perbualan yang ditangkap kuping telinga semuanya sarat mengandungi bahasa tetangga. Jamu-jamu banyak dijual di kaki-kaki lima. Lagu Wali Band 'Cari Jodoh' berkumandang beberapa kali. Semua orang sibuk mencari rezeki, semua orang sibuk dengan agenda sendiri.

Memang betul, teruk terpaksa jalan menyelit-nyelit di celah orang ramai. Aku memang extra berhati-hati bila berada di tempat sebegini. Maklumlah, persekitaran sebegini membentuk seribu satu watak yang sukar dijangkakan. Apapun Aku suka sebenarnya bereksperimentasi dengan suasana begini yang selalu menjelmakan kepelbagaian perspektif hidup dalam kepala...yang membentuk persepsi dan menjadikan diri lebih 'sedar' dan 'hidup'. Opppsss...terlebih sudah!

Oh ya, ada baaannnnnyyyyaaakkkkk kuih-kuih raya. Berlonggok-longgok. Bertimbun-timbun. Pilih saja yang mana suka. harga boleh runding kira. Ini antara longgokan yang Aku jumpa. Masya Allah...ini hendak raya kah hendak gila beraya ni?



Tudung dapat. Dokong pun dapat. Jom mak kita balik. Berpeluh-peluh dua beranak tu menapak mencari jalan ke tempat parking. Rasanya sudah terlalu lama Aku tinggalkan zaman gila-gila hendak beraya sakan itu. Bukanlah kata tidak beraya, raya! Cuma orang kata, persiapan tu ala kadar ajelah. Alhamdulillah. Memang confirm tahun ini Aku tak hendak buat kuih apa pun. Aku sudah sediakan beberapa jenis kuih tunjuk untuk saudara dan handai taulan yang datang bertamu...hahaha. Yang penting, kuih tat nenas Abe Lan mesti ada...hahaha.