Thank you for being around when I need you the most
Friday, September 30, 2016
Anti-Fanatik
Saya rasa saya dah penat dengan isu wahabi tak wahabi ni. Boleh tak kalau kita tak payah pun label melabel. Tak payah cop orang tu wahabi. Ustaz tu wahabi.
Dah kalau dia wahabi kenapa?
Yang ko alergik sangat tu kenapa?
Ko paham ke ko tak paham wahabi tu apa? Jangan ko ingat wahabi tu sama macam wasabi sudah.
Ye lah, marah jugak ni kalau dah sampai pulau-pulau majlis. Asal ustaz yang kononnya wahabi tak nak datang. Boleh tak buka minda dan buka fikiran tu sikit...janganlah fanatik sangat dengan ajaran guru. Tahulah guru awak ajar macam tu...tapi tak bolehlah awak cakap orang yang belajar macam ni salah. Awak dan guru awak saja yang betul.
Kita ni tidak hidup di zaman Nabi. Kita juga tak hidup di zaman para sahabat. Zaman tabiin pun kita tak...boleh kata zaman tabeeq tabiin sajalah yang kita mampu...tu pun dah jadi pengikut atas pengikut...atas pengikut. Jadi, dah tentu tentu lama masa ilmu tu berjalan dan dah tentu tentu akan ada perbezaan pendapat dek kefahaman dan penelitian yang tak sama.
Kita ada imam-imam besar mazhab berempat yang semuanya tergolong dalam Ahlus sunnah wal jamaah. Mereka ini berpegang kepada Al-Quran dan Hadis dalam menyatakan pandangan dan pendapat mereka berhubung permasalahan ibadat dan perkara-perkara berkaitan. Yang pentingnya untuk kita yang mengikut ini, ikut dengan kesedaran. Jangan ikut membabi buta. Jangan semberono.
Memanglah sebagai orang awam, untuk menjaga kemaslahatan ummah serta mengelak daripada berlakunya fitnah, kita lazimnya akan ikut pegangan mazhab. Di Malaysia ini, kita berpegang dengan Mazhab Imam Shafie. Ok fine. Settle. Tapi kan...sebenarnya kita tahu ke apa dia yang dikatakan mazhab Imam Shafie tu? Kita memang betul-betul ikut ke? Yang kita mati-matian mempertahankan...heiii..saya ni mazhab Imam Shafie tauuuu...awak memang buat seperti yang Imam Shafie sarankan ke? Jangan pandai sebut nama saja...Imam Shafie pun awak tak kenal? Bila lahirnya? Kat mana dia lahir? Apa kitab-kitab tulisannya? Dia berguru dengan siapa? Tak boleh jawab??? Haaaa...tu la kata...kalau tak, awak belum boleh mengaku jadi pengikut ok.
Awak tahu tak, kita ni sebenarnya lebih banyak tak ikut daripada ikut Imam Shafie. Contoh? Apa kata Imam Shafie berhubung orang yang meninggalkan solat? Menurut Imam Shafie (dan Imam Maliki & Imam Hambali), barangsiapa yang meninggalkan solat tanpa sebarang keuzuran, walau tinggal satu waktu solat - diberi tempoh 3 hari untuk bertaubat seperti orang yang murtad. Jika dia tidak mahu bertaubat, maka dipukul (dipenggal?) lehernya dengan pedang. Tu diaaa...Ni hangpa yang ramai-ramai mengaku ikut Imam Shafie ni jangan nak buat-buat mata terbeliak pulak naaaa....ni hangpa patut dah tau dah ni.
Makanya, sebenarnya kita ni belajar pun tak tera mana...banyak yang tak tahu dari yang kita tahu. Oleh sebab itu, bawak-bawaklah bertenang. Jangan nak meroyan menyerang orang tak tentu pasal kalau tak tahu hujung pangkal. Bila kita buat lagu tu, dah tak pasal-pasal komuniti Islam kita ni terpecah-pecah. Dan mulalah ada kelompok yang kat masjid tu tak mahu bersolat di belakang Imam yang menyebut 'basmallah' dengan perlahan sebab..."wahabi la tuuuu...". Sanggup dia buat geng solat lain. Apa nak jadi tu?
Masalah masyarakat Melayu kita ni, dia kurang memberatkan hal-hal yang melibatkan pembatalan akidah. Dia dok sibuk dengan benda-benda yang membatalkan puasa...membatalkan solat. Padahal perkara yang membatalkan syahadah yang boleh menyebabkan kita terkeluar dari Islam, dia boleh rileks. Pembatalan akidah ni dia jarang nak perasan padahal akidah boleh saja terbatal dengan kata-kata, perbuatan dan iktiqad. Tak payah pergi jauh, tengok bab berbomoh saja cukup. Issshhh...ikhtiar...walaupun yang tu pakai kopiah...berhati-hatilah. Mungkin dia ubatkan kita tu ok. Tapi kita pulak dengan bersungguh-sungguh ucap kata-kata seperti , " I kalau kena sakit-sakit lagu ni, memang tak cari sapa dah...I mesti cari Ustaz Halim ni. Dia baguih...jumpa sekali dah lega. Kalau dia tak dak, tak tau lah aiiiii....". Awas ya...awak terlupa dengan Allah yang berkuasa mendatangkan kemudaratan dan kesembuhan dari penyakit. Tolong hati-hati bab akidah...jangan dok sibuk orang tu
baca qunut atau tak semasa solat Subuh...yang penting dia solat.
Agama ini agama Allah. Cara bagaimana ia disyariatkan adalah sebagaimana yang Allah kehendaki, bukan ikut suka hati kita. Panduan untuk kita ikuti sudah tentulah Al-Quran dan utusanNya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Berpeganglah kepada dua perkara yang Nabi tinggalkan untuk kita, Al-Quran dan Hadis. Buat apa yang Nabi buat. Agama ini sudah sempurna, jangan nak memandai-mandai menokok tambah sebab kalau kita rasa yang kita buat itu baik, apakah maknanya kita ni lebih baik dari Nabi? Sebab Nabi tak buat perkara itu.
Jadi, nak ikut siapa sekarang? Oh...saya ikut apa yang kebanyakan orang biasa buatlah. Nenek saya pun buat macam tu...mak saya pun buat benda yang sama...hatta Ustaz kat sekolah pun kata buat macam tu. Tak kan kita nak sama jadi macam musyrikin Quraisy sebagaimana Allah sebut dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 170 yang bermaksud : "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah. Mereka menjawab, "(Tidak). tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".
Atau kita masih yakin majoriti itu benar sedangkan ia tidak semestinya begitu kerana Allah telah katakan dalam surah Al-An'aam ayat 116 yang bermaksud, "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ".
Sesungguhnya kebenaran itu jelas, namun ternyata benarlah sebagaimana yang sering Allah ulangkan dalam Al-Quran iaitu sesungguhnya manusia itu adalah makhluk yang paling banyak membantah.
Semoga kita semua dapat benar-benar menjadi hamba yang faham maksud hamba itu, sampai ke peringkat kami dengar dan kami patuh. Bukan kami dengar, kami tahu tapi kami rasa yang ini betul...agama bukan ikut rasa-rasa, ikut selera kita...
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. In shaa Allah.

Wednesday, September 28, 2016
Bila Bertembung
Saya nampak dia ketika menunggu giliran untuk menaiki lif di lobi aras bawah. Seperti kebanyakan orang, dia pun sama, sibuk menatap skrin telefon pintar. Khusyuk sangat, tak menghiraukan orang di sekeliling. Hemmm...sekarang ini macam itulah, masuk meeting tak tegur orang...terus belek telefon pintar. Bila kita tengok orang sibuk dengan telefon pintar, kita yang ramah ini pun dah malas nak tegur. Maklumlah, orang tu ada urusan lain. Tapi untuk kes hari ini, saya sengaja mengawangkan tangan depan muka dia. Hahaha...terkejut dia.
"Eh..eh..kauuu" . Tu la...baru nak perasan orang.
Bila saya tak terus tegur tapi gelak saja, dia menggeleng sedikit, memandang saya, tersenyum sumbing dan berkata, "Kau ni memang tak berubah ye..."
Saya tak beri komen tentang pendapat dia tu sebab ya betul, saya masih seperti dulu-dulu juga. Jadi saya lanjutkan dengan pertanyaan "Apa khabar wak?".
"Baik" balasnya sepatah sebelum pintu lif mula terbuka dan kami melangkah masuk.
"Kau masih kat tempat dulu ke Wak?" sibuk jer saya bertanya sedangkan sebenarnya saya pun tak ingat dah nama divisyen tempat dia bekerja. Hanya serkap jarang saja. Dan mesti lawak kalau dia tanya saya soalan yang sama sebab ironinya, jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, barangkali saya adalah satu-satunya yang masih bertugas di bahagian yang sama saya melaporkan diri pada hari pertama mula masuk kerja di TM ini.
"Ye ...kat situ lagi." Dia buat muka boring. Alamat tak payah tanyalah. Tiba-tiba mukanya ceria balik sebelum bertanya nakal, "Kau ingat tak bekas girlfriend aku dulu?". Mulalah giliran saya buat muka. "Eh...yang mana satu? Kau kan girlfriend banyak sangat!". Hahaha...Wak...wak...sebenarnya tak sempat mengusik dia sangat sebab destinasi saya dah sampai pun.
Memang kami semua panggil dia Wak. Budak Jawa. Tak bagitau pun sudah terserlah kejawaannya. Hahaha. Dia budak yang sibuk tanya soalan ketika saya berdiri di hadapan memperkenalkan diri. Ingat lagi antara soalannya ketika saya mengaku mempunyai hobi mengumpul setem.
"Kalau saya curi koleksi setem awak, apa awak nak buat?". Apppaaaa daaaa punya soalan.
Saya pun jawab tanpa berfikir panjang..."Saya bakar rambut awak".
Satu dewan ketawa. Terus tangannya mencapai rambut di kepalanya yang lebat ikal. Hahaha...takut kauuu...sayang rambut oooo.
Begitulah kami mula berkenalan. Kemudian dapat group yang sama pula. Ingat betapa saya selalu menjeling marah dekat dia sebab memang dia tak ada kerja lain, asyik dok usha budak-budak pompuan kat tempat kami dihantar untuk in-house training. Ada sekali tu, lain yang saya suruh buat...lain pulak yang dia buat. Arggghh. Tapi bab makan bestttt...untuk jadi geng makan memang no problem. Time tu siap beriaya-iya nak belanja makan Pizza Hut kan...maklumlah, baru masuk kerja gaji kecik aje...mana nak bayar duit sewa rumah....duit tambang dan makan. Kira kalau nak makan pizza tu dah premium sangat dah masa tu.
Oklah jumpa kawan-kawan sekali sekala kita masih mampu menyapa. Saya macam biasa sahaja, maksudnya kalau jumpa saya tegur. Tapi tak semua saya mampu tegur. Tengok keadaan lah. Kalau belum sampai dekat dia dah kona ke lain atau buat-buat tak nampak...ahahaha...tak payah tegurlah. Ehhhh adaaa...bukan tak ada yang macam tu. Tapi tak apalah, saya okay saja. Yang buat macam tu pun tak ramai....so, tak adalah rugi pun.
Apapun tak kisah, yang penting kita jangan sombong ek...

Monday, September 26, 2016
Dah ke Belum
Lepas jauh berkelana (chewahh) ke selatan, Telipuk membawa diri nun jauh ke utara pula. Whoaaa...jauhhh terbawa lukisan hatiku...hilanggg eh...eh...melalut ke situ pulak. Memang tahun ini tahun banyak berjalan. Seorang. Huhuhu...
Destinasi dituju ialah Belum Rainforest Resort. Apa yang belumnya? Dah ke Belum. Hahaha...jadi, atas urusan kerja, sampailah Telipuk ke sudut dunia yang satu ini. Terpencil giler rasanya.
Kebetulan tarikh berlangsung acara ialah 5 - 7 September. (Yer...belated entry sebab tak tak ada ruang nak celah) Ada pulak kenduri sedara kat Penang pada 3 haribulan. Mak Telipuk dah lama menimang nak pergi sebab tu ler anak buahnya yang cuma ada anak seorang. Tunggal. The one and only kenduri untuk keluarga tu...jadi wajibulngunnah dia kena pergi juga.
Dek kerana itu, senang cerita Telipuk terus jer la bawak mak balik. Gi kenduri kat Penang. Tidur semalam dua kat kampung dan bertolak ke Belum pagi Isnin tu dari kampung. Sebab berhari-hari jadinya, anak-anak pulak ada exam, maka terpaksalah Encik Suami berkorban menjaga urusan di Sentul dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. As for Telipuk...hemmm...memang ambik kesempatan betullah ko ni kan...hahahaha...alaaa...bukannya selalu...kan...kan...kan...
Ini team Telipuk. Kitaorang team no.2. Ada yang dari Media Prima, ada yang dari Astro, ada dari Al-Hijrah dan ada juga dari Bernama. Telipuk? Ehhh...opkos lah dari penyiar IPTV terkemuka negara iaitu HyppTV....ahahaha...promote jangan tak promote!!!
Perasan jer Telipuk ni kan....haaa...biasa niii. Telipuk bukanlah team core...supporting role jer. Kita kan central function...memang selalu mengekor. Dah kalau berlaku apa-apa perlanggaran polisi...ahkakkkk juga yang susah!!! Jadi sebelum apa-apa, baik kita ikut dema training sekali, bolehlah upgrade knowledge untuk bidang penyiaran yang Telipuk tak berapa arif ni.
Sudut ni paling jelas nampak. Tapi latar depan entah apa-apa...hahaha...tu bumbung Hornbill Restaurant, tempat kami menikmati buffet sarapan pagi setiap hari. Yang kayu bercacak-cacak tu ialah pelantar untuk naik ke bilik-bilik penginapan. Ni kira bilik yang paling affordable kat situ...kalau tak dapat yang ni, menangislah koranggg...hahahaha...
Sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Yelah...tempat eco-tourism la katakan. Boleh naik boathouse menyusuri persekitaran tasik. Boleh juga ambil pakej yang berjam-jam meliputi jungle-trekking sehingga korang boleh sampai ke tempat bunga Rafflesia...Telipuk difahamkan masa time Telipuk ada kat sana ni bunga tu belum bukak lagi...belum mekar. Korang juga boleh berakit dan berkelah di kawasan air terjun. Boleh juga meninjau perkampungan orang asli di sana. Tapi dengan sedihnya semua ini hanya mampu Telipuk baca sahaja...(ruginya dah sampai Belum tapi belum buat aktiviti-aktiviti yang sesuai huhuhu).
Untuk sampai ke Belum ni, Telipuk menggunakan laluan bermula tol Alor Pongsu, kemudian Telipuk memandu melalui jalan-jalan nak ke Selama, Ijok, Batu Kurau...hemmm....tempat apa ni??? Yang tak berapa nak best tu ialah jalan tu memang sangat sunyi. Most of the time hanya kereta Telipuk jer yang ada atas jalan tu...gilerrr cuaakkk. Tak kan nak patah balik kot. Ikut waze la katakan. Rasa macam driving into twilight zone pun yer dah. Dengan hujan gerimis. Dengan hutan-hutan dan bukit-bukau di sekeliling. Huahuahua...hampir nak menangis sorang-sorang dalam kereta...sebab suspen sangat.
Kalau tahulah baik jer Telipuk exit tol Kuala Kangsar...then terus head to Grik guna jalan Lenggong tu. Tu laaaa...nak explore konon...sib baik la semua ok, buatnya kereta meragam kat jalan sunyi tu sorang-sorang...eeeeeee.....sereemmmm maaakkk.
Hemmm apapun semuanya telah berakhir dengan selamat. Masa balik tu senang lah sebab Telipuk terus jer balik menghala ke Lenggong. Singgah rumah kakak Telipuk dulu. Siap makan dan solat asar dulu kat sana sebelum menyambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur.
Memang satu pengalaman yang menarik duduk dengan kawan-kawan industri penyiaran, banyak benda yang Telipuk belajar. Cuma satu yang pasti, Telipuk tak boleh duduk buat kerja menapis filem...banyak sangat adegan yang Telipuk tak mampu nak tengok. Kita mana boleh buat tapisan dalam keadaan tutup mata kan...hahaha...oklah...oklah...cukuplah sekadar untuk Telipuk tahu ruang dan batasan.
So, now kalau orang tanya "Dah ke Belum?".
Bolehlah Telipuk jawab "Dah!".
;)
Thursday, September 22, 2016
Monday, September 19, 2016
Membuang Rasa
Ianya seperti Aku berdiri di tengah-tengah dunia menyaksikan segala-gala yang berlaku berputar ligat silih berganti di sekelilingku. Peristiwa demi peristiwa. Segala-galanya yang pernah Aku rasa. Berdiri di situ menyaksikan bagaimana ianya terjadi berdasarkan pengalaman. Ada yang manis. Ada yang pahit. Setiap satunya tercatat pada kanvas ingatan. Ada yang dengan mudahnya Aku lupakan. Ada yang masih membekas enggan hilang. Kalau ada yang boleh Aku padamkan, pastinya ada beberapa peristiwa yang ingin Aku lupakan. Sayangnya, kuasa bukan di tanganku. Mungkin masa bisa membantu. Kapan bila tentunya Aku tak tahu.
Ketika Aku berada di situ, memerhati dan cuba untuk memahami, Aku telah menemukan rasa belas dalam hatiku. Ada beberapa rasa yang ku buka untuk penilaian semula kerana Aku enggan terbeban dengan emosi-emosi negatif. Bila ku buka satu persatu...Aku berasa lega kerana tiada rasa dendam di situ. Mungkin ia pernah ku kategorikan sebagai rasa yang enggan Aku iktiraf, namun hari ini setelah ku perhalusi, ternyata ianya hanyalah sesuatu yang mengelirukan, namun jauh sekali untuk ku namakan ia sebagai dendam. Pergilah wahai rasa...Aku bebaskan engkau jauh dari lubuk hatiku kerana Aku tidak mahu membuang masa berhitung denganmu. Tentunya tidak di dunia ini, apatah lagi di akhirat sana. Aku tidak mahu kita bertemu di mahkamah Allah, cukup-cukuplah lamanya masa yang perlu Aku harungi untuk diadiliNya, tak perlulah Aku memanjangkan lagi tempoh masa yang menyeksakan itu.
Belas kah itu? Aku terkedu menatap rasa yang menjelmakan simpati membuak dalam dadaku. Lalu perlahan-lahan ada air jernih yang menitis membasahi pipi. Mengapa tiap kali perasaan itu menjentik, jiwa ini terlalu sensitif bergetar. Maaf, Aku tidak menangisi kamu apatah lagi menangisi diri sendiri. Tidak, Aku terlalu gah untuk merasa simpati terhadap diri sendiri. Air mata itu adalah rasa sayu seorang hamba yang merasa terlalu kerdil dan hina untuk menerima perhatian daripada Tuannya. Apabila merasakan diri ini dipimpin dan dibimbing untuk mengasihani dan memaafkan mereka yang menzalimi, perasaan sayu itu timbul kerana hanya atas bantuan Dialah segalanya bisa terbit. Kalau atas dasar manusiawi ku sendiri...mustahil ini terjadi. Wajib untuk ku mensyukuri anugerah ini kerana ianya sangat mahal untuk dikecapi insan hina seperti Aku. Justeru, dengan ikhlasnya Aku hadiahkan kamu sebuah kemaafan. Jangan risau kerana hadiah ini kekal buatmu walau mungkin saja kemudian nanti kamu ulangi kesilapanmu. Kitakan manusia, selamanya tak mungkin lepas dari lalai dan alpa dalam berbuat dosa.
Ku percaya dan ku yakin bahawa hidup ini selamanya adalah bahagia selagi diaturkan mengikut kehendakNya. Benarlah kata-kata sang guru...agama itu bukan tentang kemahuanmu tetapi agama dan segala peraturannya adalah mengikut kehendakNya. Selagi kamu ikut segala peraturanNya, maka berbahagialah hidupmu, meski dalam situasi apapun.
Semoga Aku jua dapat menyemat kukuh hadis di bawah ini, harap-harap sentiasa berhasil menepis segala kekeliruan dan selalu positif :
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim).
La tahzan

Thursday, September 01, 2016
Aktiviti Hari Merdeka
Rambu ba rambu ramba...
Camno nak tukar jadi rambutan?
Sobut ja la...rambutan
Hahaha...
Telipuk balik kampung Melaka sekejap sempena cuti kelmarin. Yang dokek buleh yo...nak balik Perak jauh bebenor kalau setakat sehari tu kann...
Memang balik nak angkut rambutan. Rambutan mertuo eden ni memang sodap. Dah la manih...isi lokang lak tu...memang terbaiklah. Tapi yang Telipuk ambik ni bukan kat kobun...ini pokok sebolah rumah jer ni. Rendah pulak tu...wahhh...memang seronok memenuhkan beg plastik. Hihihi.
Kat sebolah pokok rambutan ni, ado pokok mata kucing. Asalnya Telipuk tak adolah minat sangat buah mata kucing, tapi semonjak meraso buah mata kucing dari pokok mertuo den ni...memang teruja giler nak makan. Buahnya besar-besar dan manih leting sungguh. Aduhh...kojap negori, kojap kelate ni...hahaha,,,belasoh yo laaaa...
Ni ler ruponyo...tapi time Telipuk balik ni memang tak der lagi dah yang tinggal. Habis dah ler...tinggal gambar-gambar kenangan jer.

Tengok rupa pun dah tahu sedap kann...hahaha
Dah lama durian mertua tak menjadi. Kalau tidak memang boleh angkut durian juga. Telipuk ingat masa durian menjadi-jadi, sampai penuh bangsal kat dalam kebun tu...masa tu arwah ayah Telipuk ada dan dialah yang paling makan banyak masa tu. Teringat lagi arwah melepak sorang-sorang kat pangkin tepi kebun tu, dok membuka buah durian satu demi satu...dia pilih yang kecil-kecil punya dan buka. Lagi sedap katanya. Bila mak tegur kenapa makan banyak sangat, arwah jawab..."Alaaa...lepas ni tak makan lagi dah".
Lepas ayah tak ada, semenjak tu jugalah setiap tahun pokok durian mak mertua ni tak berapa menjadi. Bukanlah ada apa-apa yang menghairankan pun...cumanya cara itu jer senang Telipuk ingat bila last kitaorang dapat berpesta durian...tahun lepas ada jugaklah merasa 4-5 biji. Tahun ni tak rasa langsung. Nak makan punya pasal, kami beli jer lah...selalu beli kat gerai area Dato Senu tu. Semalam pun singgah juga , beli durian kampung...3 biji RM25. Okay la kot sebab masa kat Melaka, yang ada semua pesen timbang. Dah kalau menimbang tu berapa nak bayar...berat buat tu weyyhh! Yang kami beli tu RM50 boleh 6 biji. Dan alhamdulillah, tak adalah yang rosak...paling tak best pun ada sebiji isinya sedikit keras...tapi rasanya masih okay.
Apapun buah-buahan tempatan memang terbaiklah.
Belilah buah-buahan tempatan.
Merdeka!Merdeka!Merdeka
(janji boleh relate...;))
Subscribe to:
Posts (Atom)