Thursday, October 29, 2009

Topik Pagi Khamis

Hari ini Aku nak menyeleweng sikit daripada permasaalahan semasa. Boringlah, difikir-fikirkan pun buat menyemak kepala aje. Masa untuk 'melarikan' diri sekejap. Heheh...

Jom buat topik ala Sinar FM.

Kartun apa yang korang suka tengok masa zaman budak-budak? Tak terbandinglah dengan Ben 10 zaman sekarang ini atau siri-siri animasi Jepun yang orang tua pun sama naik juga mengikutinya.

Dulu-dulu, jalan cerita mudah aje, tak adalah rumit sangat.

Ingat lagi cerita budak yang tinggal kat laut tu...cerita kartun Toriton. Siap boleh nyanyi lagu tema dia.



Kebanyakan kartun yang Aku suka datangnya dari negara matahari terbit. Tosho Daimos adalah antaranya yang Aku tak miss tengok. Tak silap Aku masa nak hujung-hujung tu tayangannya dihentikan, frust giler Aku pasal tak tahu samada heroin tu dapat jumpa balik dengan hero dia...eceh...ceh...ceh...



Mospeada pun best juga. Lebih ganas sikitlah dari segi corak pertempuran dengan makhluk asing yang cuba menakluk bumi tu. Biasalah, tu jer la pun tema utama siri-siri kartun Jepun ni.



Oh ya! Thundercats pun best jugak!



Selain tu Voltron pun Aku layan jeeee...



Dan yang paling tak bleh lupa sampai dah jadi sebahagian dari ayat-ayat biasa ialah...cerita bukan kartun tapi jalan cerita macam kartun iaitu "Space Cop Gaban". Ini adik beradik siri Ultraman, Masked Rider dan yang lebih baru Power Rangers.



Gambar-gambar tu semua Aku cari kat Internet ni la...best kan, teknologi menemukan Aku dengan kenangan-kenangan lama. Tak sangka ada banyak rupanya. (Ramai yang sehati-sejiwa rupanya...kekekek)

Okayyyy...back to work!!!

Wednesday, October 28, 2009

Hujan

Memang menjadi-jadi sejuk pejabat ini. Melampau-lampau. Tak hairanlah tiap kali bersalaman dengan kawan-kawan bila jumpa kat kafetaria tu asyik le diaorang kata, "sejuknya tangan kau".

Memang sejuk giler! Itu dah tutup lubang angin kat belakang kerusi Aku ni. Kalau tak lagilah membeku dibuatnya.

Tadi turun minum-minum kat San Francisco kat lobi tu...fuhhhh...lega dapat minum secawan teh panas. Aku dah mula hendak kena selsema ni. Tekak pun terasa perit je. Dapat turun tadi barulah rasa selesa.

Kat luar pula rupanya hujan sedang turun. Nak kata lebat tak juga, nak kata gerimis tak juga. Jenis hujan yang turun berlarutan susah hendak berhenti tu.

Tiba-tiba terkenangkan zaman dulu. Suka dengar bunyi rintik hujan menimpa atap nipah dan suka tengok air hujan bercucuran di hujung-hujung atap tu. Merintik satu-persatu, dalam irama tersendiri.

Kalau nak lagi feeling...biarkan lagu kegemaranku ini berkumandang.

Perggghhhhh! Syahduuuu.

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Bakat Berkemban (bukan 'berkembang"!)

Tahniah! Tahniah! Baguslah, awak dah semakin berani mengembangkan bakat. Dulu masa belum kahwin, awak tak hendak seksi-seksi ini...tapi selepas kahwin, awak rasa kenalah ada peningkatan. Barulah boleh orang gelarkan awak, pelakon yang serba boleh!

Ya tak ya jugak, apa salahnya awak terima watak berkemban. Bukan banyak mana pun, bincang punya bincang dengan pengarah...setuju dia kurangkan sehingga 70%...huiii...banyak tu pengorbanan semata-mata nak jaga maruah awak, kan? Ala...6 babak saja pun. Lagipun berkemban atas sebab mengikut jalan cerita, bukannya awak dieksploitasikan. Betul, tak?

Yang bestnya, suami awak pun memang menyokong penuh karier lakonan awak. Awak berdua dah pun berbincang tentang batasan-batasan yang perlu dijaga dan suami awak telahpun memberikan keizinan untuk awak lebih menyerlah dan menonjol dalam lakonan. Harap-harap keberanian awak menerima cabaran berkemban itu dapat melayakkan awak digelar pelakon berbakatlah hendaknya.

Awak tahu, nyaris saya tergelak berguling-guling sebab awak dicabar pelakon veteran itu. Yelah, dia kata, kalau tak sanggup...jangan jadi pelakon. Dan sebab itu awak rasa tercabar untuk membuktikan keberanian awak? Awak ni...agaknya kalau orang mengatakan awak ni sebenarnya lelaki dan bukan perempuan..."cuba tunjukkan bukti?"...huiii...takut saya membayangkan awak menyambut cabaran itu!

Apa-apa pun, ikut awaklah. Saya cuma terkilan dengan ketewasan awak dengan 'cabaran' dan alasan 'mengembangkan bakat' itu. Eh...lupa pula, saya pun bukanlah rajin sangat tengok drama tu...hihihi...jadi tak kisahlah, awak nak berkemban ke, nak bukak semua sekalipun pasal dah sah-sah saya tak tengok juga. Saya tunggu majlis anugerah ajelah kot, mana tahu...tahun ini awak boleh pegang trofi tu...ye...?

Tuesday, October 27, 2009

Sejadah Berdiri?

Pelik sangat ke? Heboh kes sejadah berdiri ini di media kebelakangan ini. Lepas satu kes, satu kes lagi. Terbaru dekat sebuah kampung di negeri Darul Naim. Kita ni cepat sangat teruja dengan benda-benda pelik yang belum tentu sahih. Yang sampai sanggup memandu jauh semata-mata nak tengok 'gubahan' sejadah tu apahal? Surau yang dulunya sunyi sepi kini riuh-rendah dek ramainya pengunjung, bukan datang hendak bersembahyang tapi datang hendak tengok sejadah berdiri.

Kalau masa tengok tu sejadah tu betul-betul berdiri dan bergerak membuat gerakan solat, tak pe lah jugak. Ini dok pegun, cokoh gitu...hanya semata-mata terlipat dalam keadaan sedikit meninggi...dah kita buat spekulasi bagai! Entah masa bilanya berdiri wallahualam. Entahkan kerja orang, pun kita tak tahu. Tapi yang kita berlebih-lebih taksub bagai tu, kenapa?

Kalau pun betul berlaku...hairan sangat kah? Apa-apa pun yang terjadi, bukankah dengan kuasa Allah? Dalam satu temubual di TV, seorang imam masjid melontarkan pandangannya. Katanya, kenapalah hal sejadah ini yang kita ambil peduli sangat. Padahal banyak lagi kejadian-kejadian Allah yang lebih 'hairan bin ajaib' tak kita hiraukan. Tengoklah langit yang terbentang di atas kepala kita. Mana tiang yang menyokongnya? Tak ada, kan? Pelik ke tak? Patutnya itu lagilah pelik!

Sejadah tu sindir kita sebenarnya. Yelah, tunggu punya tunggu...tak ada pun orang datang nak bersembahyang.

"Baiklah Aku sembahyang sendiri!" kata sejadah itu. :)

Allah menyuruh kita memerhatikan segala kejadian di muka bumi ini, supaya kita berfikir, mengingati dan mengagungkan kebesaranNya. Mudah-mudahan bertambah keimanan. Darihal sejadah itu, biarlah, kalaupun ia benar berdiri sendiri...ucapkanlah Subhanallah. Lepas tu ambil, lipat dan simpan. Jangan sampai jadi tontonan yang membawa kepada perkara-perkara khurafat pula.

Monday, October 26, 2009

Ku Lihat Hijau

Petang Ahad tadi memang sangat-sangat memenatkan. Ada projek mengecat rumah. Orang dah beraya bagai, kami baru sibuk mengecat. Hahaha...bukan mengecat untuk orang. Mengecat untuk keselesaan sendiri. Sebetulnya dah lama buat perancangan. Tapi tak tercapai. Entah apa yang sibuknya.

Lama berangan, akhirnya pagi Sabtu lalu kami berkunjung ke kedai cat Nippon dekat Gombak Setia. Betul-betul depan balai polis tu. Itu pun kebetulan lalu nampak. Kat situlah kami buat keputusan untuk merealisasikan projek mengecat rumah tu. Abang benarkan Aku buat pilihan hendak warna apa. Aku pilih kaler julat hijau..."spiney green" namanya.



Kami pilih yang jenis "Spotless". Senang sikitlah nanti, kalau ada lagi tangan-tangan gatal yang suka sapukan coklat, kek atau apa-apa kotoran ke dinding tu, boleh main lap-lap saja. Tapi kalau digores dalam...tak dapatlah nak menolong!

First timelah Aku buat kerja-kerja DIY ini...hehehe...first time juga pegang berus cat...walaupun lenguh-lenguh seluruh anggota, tapi puas hati laaaa. Kami mula mengecat jam 4 petang dan berakhir sekitar jam 6 petang. All out. Tunggang terbalik rumah tu. Penatnya!



Hilanglah sudah segala lakaran-lakaran kreatif yang mencacatkan pandangan mata sebelum ini...tiada lagi gambor ultraman kosmos menentang raksaksa. Gambor jet pejuang dan kesan tayar kereta di dinding.



"Siapa conteng dinding lagiiii...siap korang!"

Musim Peperiksaan

Sepanjang minggu ini, Hisham akan menjalani peperiksaan tahunan...yang akhir la kot. Zaman Aku dulu senang je...peperiksaan penggal awal, pertengahan dan terakhir. Sekarang macam-macam... peringkat sekolah la, selaras la...apa la...

Aku lebih menjurus kepada kecenderungan beranggapan sekolah sebagai tempat untuk meningkatkan pengetahuan akademik dan pengalaman/perkembangan sahsiah diri. Mendapat kedudukan terbaik dalam kelas pada setiap peperiksaan bukanlah satu keutamaan. Aku rasa Aku sangat enjoy zaman persekolahan dulu. Mungkin sebab mak dan ayah pun bukan memaksa, cuma marah kalau malas ke sekolah atau buat sesuatu yang cikgu marah. Bab dapat nombor ni, kalau baik...alhamdulillah. Kalau tak pun tak ada yang kena sebat sampai birat badan atau kena ligan keliling rumah. Semua nombor pun Aku pernah dapat. Termasuklah nombor-nombor corot, beberapa je sebelum sampai pemegang nombor terakhir dalam kelas. Hehehe. Cumanya bila masa mendewasakan, dan bila meresap ke dalam mengapa dan kenapa kena belajar, ditambah pula dengan rakan-rakan dan guru-guru yang membina...barulah ada motivasi sendiri dan kesedaran dalaman. Itu yang lebih penting. Bila ada teras yang itu, insyaallah, semuanya jadi mudah.

Tapi susah hendak cakaplah zaman sekarang. Aku dan Abang datang daripada latarbelakang yang berbeza. Lain 'falsafah'nya. Apatah lagi sekarang ni punyalah terdesak mak bapak hendak yang terbaik sahaja. Sudahnya kesian tengok anak-anak. Dalam usia yang muda ini, Aku dapat rasakan cabarannya begitu berat. Mak bapak pulak sibuk. Bila masa hendak kawal selia kerja sekolah dan pembelajaran anak-anak. Aku mengaku, Aku banyak lepas tangan juga. Aku mahu Hisham terima persekolahan sebagai sesuatu yang menyeronokkan untuk dilalui. Itu susah juga sebab bergantung kepada banyak faktor. Minggu-minggu sudah dia asyik balik dengan muka monyok.

"Kawan-kawan jahat, ibu. Mereka suka kacau saya". Puas Aku pujuk dia supaya tidak hiraukan sangat hal itu. Nak cakap macamana ya dengan budak umur 7 tahun ni?

Kemudian satu hari tu dia bertanya Aku dengan nada sayu.

"Ibu, kenapa awak tak masukkan buku teks yang ada tulis itu (buku kerja)?"

"Beg awak berat sangatlah, Abang".

(Nampaknya Aku terkeluarkan buku yang salah pada masa yang salah. Satu subjek dah beberapa buah buku. Dulu jadualnya agak detail. Senang nak ikut. Lepas pertengahan tahun, dah bagi senarai subjek saja).

"Tadi cikgu marahkan saya". Katanya perlahan. Monyok aje.

"Ye ke? Kenapa awak tak beritahu awak lupa bawa, minta maaf dengan Cikgu". (Kesian juga, camno ye...salah aku, suruh dia pula minta maaf...nak ajar diplomasi ke ni?)

"Macamana saya nak cakap? Saya tak boleh cakaplah ibu. Cikgu tu garang sangat. Dia garang macam lembu!" (Nah kau! Sekejapan juga tergeletek hatiku, nak ketawa tapi ku tahan jua!)

Sejak awal tahun juga Aku dah masukkan dia untuk kelas taekwondo. Kelas setiap selasa malam dan pagi Sabtu. Anak Aku ni sensitif sikit. Bukan boleh kena marah-marah sangat, cepat meresap masuk dalam hati...cepatlah tersentap. Tapi nak buat macamana? Kehidupan sebenar memang banyak yang melukakan. Baru minggu tadi dia merayu-rayu tak mahu pergi. Terngiang-ngiang lagi. Tapi Aku keraskan hati, Aku hantar juga. Bila dia masuk dengan muka yang sayu, Aku pulak rasa semacam. Mulalah sensitif tak pasal. Sudahnya Aku berdiri kat luar sekolah tu tunggu dia habis kelas. Tiba-tiba rasa tak sampai hati nak tinggalkan. Aduhhh! Itulah, mak bapa sama aje...mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh kita nak jadi tilam untuk dia sepanjang masa...lindungi dia sepanjang masa...tapi kalau turutkan hati buat begitu, takut tanpa disengaja 'memusnahkan' dia pula. Dunia ini penuh sepak dan terajang. Mahu tak mahu, dia kena belajar cara untuk 'hidup' tapi insyaallah, dengan acuan yang sedang Aku cuba terapkan.

Berbalik tentang peperiksaan tadi, makanya Aku telah cuba melakukan apa yang boleh untuk mempersiapkan dia. Bukanlah latih tubi teruk sangat, banyak ikut 'mood' dia aje. Alhamdulillah, setakat ini dia seronok aje nak belajar dengan "Cikgu Ibu". Semalam bila lambat sikit aje, dia kata, "Ibu, awak janji nak ajar saya". Amboi!

Aku adalah suruh dia beli beberapa buku kerja latihan yang selalu dijual masa pameran buku kat sekolah. Buku-buku itulah pun yang Aku gunakan untuk mengajar. Selebihnya Aku tengok trend pengajaran cikgu subjek tertentu. Macam BM, Aku dapat rasakan cikgu tersebut membuat ulangkaji dan nampak le penekanan kat topik-topik tertentu. (Mulalah Aku buat soalan spot...hehehe...). Tapi macam muzik tu...Aku buat sendiri ajelah...siap buat kertas soalan sendiri...



Sebenarnya sekolah rendah agama pun ada exam juga. Tetapi tak tersempat Aku nak kejar semua. Aku doakan yang terbaik untuk dia. Akidah dan amalan ibadat ini bukan boleh diukur dengan tempat pertama atau kedua, ye dak? Yang penting beramal dengannya. Bukanlah kata Aku tak beri penekanan, itu dah memang kena jadi darah dan daging. Wajib. Yang susah tu sebab dia belum pandai baca jawi ni, rumi pun tunggang-langgang lagi...soalan SRA pulak semua tulisan jawi...kecil-kecil cinonet pulak tu.

Peringatan untuk Aku yang ada banyak lagi Aku kena tengok. Hantar tuisyen? Tak apalah, Aku tak sampai hati. Biarlah dia ada masa sedikit untuk nikmati masa kecilnya.

Petang Sabtu di Jalan TAR

Hari Sabtu lalu, Mak ajak Aku ke Jalan TAR. Selalu masa petang Sabtu, ada pasar malam kat situ. Yang sebenarnya, rasa Aku last Aku pergi sana time pasar malam begini ialah bertahun-tahun dulu dengan Aisyah, housemate zaman bujang dulu. Uiii...lama nian!

Petang tu juga ada jemputan majlis 'restoran' terbuka member UUM yang mengusahakan restoran nasi beriani di Jalan Medan Tuanku. Kira meletop jugalah bisnes dia. Mula-mula cadang hendak pergi, tapi sebab ada urusan itu, ini...sampai ke petang tak dapat decide...tak apalah, melencong ke jalan TAR ajelah!

Syarat utama nak pergi tempat begini ialah pertamanya tidak boleh bawa anak-anak...ha...ha...ha...keduanya, kena naik pengangkutan awam. Dan syarat ketiga...balik sebelum Maghrib...hihihi...okayyy, jommmm!

Sampai-sampai aje terus tuju gerai yang ini...



Rambang mata sekejap dengan aneka corak dan warna perhiasan manik ni...tak ingat dah berapa banyak Mak beli. Cucu ramai laa...Tempohari Aku bawa Mak ke Plaza GM kat area Chow Kit tu. Situ ada banyak tempat untuk belian borong. Ikut jenis jugalah. Yang biasanya, belian 6 utas gelang ni...harga boleh dapat dalam RM5-RM6 satu. Tapi kat sini harga yang ditawarkan memang dah RM5 satu...eh! okay gak la...Gelang budak perempuan...alahai cute nyeee yang kaler pink tu...RM10 untuk 3. Tapi Mak aku yang suka tawar-menawar tu...dapat best offer lagi...:)



Gerai seterusnya dan seterusnya adalah gerai-gerai tudung...umang aiii...banyaknya pilihan dengan harga yang berpatutan...



Aku banyak beli yang jenis tudung sarung segera tu la...Aku rasa itulah ciptaan yang paling best sekali. Senang sangat. Kalau orang datang rumah, tak payah kelam-kabut cari tudung, sarungkan aje dah siap! Ada macam-macam jenis la, yang berjahit penuh...yang terbelah di depan...yang adjustable...yang berbutang..huh...macam-macam ada. Harga mostly RM10 satu...yang RM15 dapat 2 pun ada juga...errr yang RM5 satu pun ada. Yang jenis versatile tu pun banyak, ikut budget masing-masing la. Mahal pun ada. Ikut jenis rekaan dan kualiti kain.



Lepas beli tudung, singgah beli kain pasang la pulak...ha...ha...ha...pendekata, hajat nak membeli kain kat Nagoya tu dah terlaksana kat sini. Ate...dah jumpa yang berkenan, harga pun menawan...kira jadi le! Memang tak boleh dipadankan kombinasi mak dan anak ni...merbahaya...ha...ha...ha...Yang anak tu, macam lalang...okay ke, Mak? Nak beli ke?...Yang mak pulak pandai memilih dan pandai tawar-menawar sampai anak tu merayu-rayu le..."udah le tu, mak...kesian kat dia!".

Masa azan Maghrib berkumandang, kami dah dalam tren LRT baru sampai stesen Sentul Timur. Okaylah tu. Tapi sempat singgah beli laksa dalam perjalanan balik. Dah 3 hari berturut-turut Aku beli laksa tu. Laksa Pak Ngah Kuala Kangsor katanye...belasah jer la pasal lama tak makan laksa beras buatan tangan ni...sedappp!

"Lain kali boleh pi lagi" kata Mak.

Hehehe...

Friday, October 23, 2009

Cuti, Coklat & CD

Seronoknya hari ini tak payah pi kerja. Suka! suka! Suka! Tak ada apa-apa plan pun sebenarnya, cuma tak tahu nak taruk mana cuti ganti Deepavali itu hari. Jadi, terus ambil saja hari ini. Kalau tidak, hangus macam tu saja...rugi woooo!

Harap-harap tak ada masalahlah kat ofis tu. Ada 2 lagi kerja Aku yang Aku dah buat tapi takut 'melantun' balik je. Kalau boleh tunggu hari Isnin, okaylah. Tolong cover aaa...akak Lotuslily...tak kan tak biasa??? Ngeh...ngeh...ngeh...

Semalam Aku ikut boss jumpa wakil Regulator dari Austria. Aku maleh nak join sebenornya, tapi join jugaklah...:). Cerita sebenor hanya kawan-kawan yang tahu...hua...hua...hua...tapi tak kisahlah.

Anyway, lepas discussion tu Aku dapat ini.



Coklat tu Aku buleh makan...bahan-bahannya tiada yang meragukan. Tapi yang CD tu Aku ragu sikit la...bila masa nak dengor??? Kang dengor pun tak pahammm...hantam sajalahhhh!

Thursday, October 22, 2009

Susut Usia

Aku nyaris merajuk dengan Abang sebab dia macam lupa semalam hari apa. Terlupa, buat-buat lupa atau sengaja nak menyakat? Heheh...banyak cengkadak la orang perempuan ini, ya...semua tarikh nak paksa lelaki ingat. Kalau tak ingat mulalah buat mulut tikus cencorot ya...hahaha...

Tak adalahhh. Aku tak kisah pun. In fact, Aku sendiri pun terlupa juga sampailah pagi-pagi tu mesej Jiha masuk. "Anira, happy birthday.May all d happiness n blessings b with u". Begitu bunyi sms nya. Heheh...appaarraaaa Aku...sendiri pun tak ingat!

Aku berada di bilik bila Abang balik kerja jam 9.30 malam dan budak-budak memekik kat luar tu. Riuh rendah. Hisham datang dan ajak Aku keluar. "Ibu, ibu...ada surprise untuk awak! Ibu, close your eyes!". Hek elek...dari jauh dah tahu. Tapi memenuhi permintaan dia, Aku pun buat-buatlah pejam mata sambil gelak-gelak suka. Konon-konon surprise la tu!

Anyway, thanks sayang for the lovely cake! Ada ke patut dia taruk 'pet' name Aku kat situ...terkial-kial Mak mengeja dengan muka konfius. Heheh...



Dan terima kasih juga kepada teman-teman yang mengutuskan ucapan selamat hari lahir itu, baik yang berhadapan mahupun yang berhadapan dengan komputer. Heheh...I love you all!

Wednesday, October 21, 2009

Tersasul

Banyak betul tersasul kebelakangan ini. Laju je mulut berbunyi sedang kat kepala belum habis cerna. Itu pasal le dok tersasul.

Aku nak kata 'Khalid Ramli" (bakal pengerusi baru SKMM) tapi yang keluar "Khalid Ibrahim" (MB Selangor sekarang).

Lepas tu masa member tanya dekat mana dia nak cari bengkel penulisan, Aku cadangkan dia goggle nama "Zaharah". Member tanya lagi, "Zaharah apa?". Aku cakap.."Ala...Zaharah Khir Toyo tu..."...Ek eleh...tu bini ex-MB Selangor daaa! Sorry...sorry...Zaharah Nawawi leee! (giler jauh lajakkk!)

Teringat le pula nak tanya apa perkembangan minat tiba-tiba dia dengan penulisan ini. Sebelum tu Aku suruh juga dia jengok laman web DBP. Kat situ selalu ada jadual setahun aktiviti-aktiviti seperti bimbingan penulisan skrip, novel dan sebagainya. Dengan yakinnya Aku tanya member tu, "Ko dah masuk laman web DBKL belum?". Cehhh...tergelincir lagi!

Masa tengah sedap ketawakan gelagat Lotuslily yang tumpang sekaki tunjuk 'samseng' tu, Aku tersasul lagi. Lotuslily buat ulangtayang aksinya, siap terangkat kaki...fuyoooo...ala-ala "Karate Kid"...sekali yang terkeluar, "Dahsyat tu akak, cam kung fu kid"...La elehhh...mesti dok ingat citer kung fu panda sama.

Tersasul pun tersasullah. Jangan tersasul cari pasal sudah!

Nasib Kiambang

Biduk lalu kiambang bertaut.

Tapi kalau dah asyik biduk dok lalu berderet-deret...sampai ke sudahlah tak tertaut kiambang-kiambang tu. Ada yang dah tersangkut kat biduk. Yang tersangkut di tebing, ranting, dayung, batang pokok yang hanyut dan sebagainya telah menyebabkan populasi kiambang, terutamanya yang berkualiti, semakin menurun dan seterusnya menjejaskan produktiviti.

Kasihan kiambang-kiambang itu. Terumbang-ambing mengikut olakan air.

Ada biduk peduli???

Jangan harap!!!

Monday, October 19, 2009

Tak Pandai Tengok

Seperti yang telah dijanjikan, petang Sabtu tu Ana muncul bersama teman istimewanya. Juadah dah lama terhidang, dekat pukul 5 baru nampak batang hidung. Alkisahnya, diaorang sudah salah masuk jalan. Cuti Deepavali lagi...kesesakan lalu lintas adalah lumrah. Nasib baiklah dapat juga cari jalan.

Ram awal-awal lagi dah pesan, tengok baik-baik.

Hemmm...

Aku tak pandai 'tengok'lah.

Dalam jangkamasa yang sekejap itu, secara mata kasarnya...Aku rasa okaylah, ada budi-bahasa juga. Datang bawa buah tangan. Makan pun tahu nak pelawa orang sekeliling. Kiranya adalah BB101 Pengantar Budi Bahasa. Rupa paras tu tak pandai Aku nak komen. Kata Ana, "Biar sakit di mata, jangan sakit di hati"...hehehe...

Kami belum beri kata putus.

Kata Mak, kalau sungguh hajat di hati...bawalah keluarga dia datang bertamu ke rumah kampung kami dalam minggu Raya Aidiladha nanti. Senang cerita. Kat situ nanti boleh bincang panjang lebar. Kita pun nak kenallah keluarga sebelah sana, hal-hal macam ini keluarga kenalah terlibat sama. Lagipun, kami pihak perempuan...tak eloklah lebih sudu dari kuah.

Jadi...kita tunggulah lepas raya haji pula.

"Bang, nanti pergi Nagoya, boleh?"

"Nak beli apa?"

"Nak beli kainlah, nak buat baju..."

Ehh...ada yang dah terlebih sudah!

Sudah 4 tahun lebih...

Semalam kami ke Klang lagi. Masuk ni dah 3 kalilah. Kali pertama jumpa biras aje kat hospital. Kali kedua ke rumah diaorang kat Banting tapi biras dengan baby dia ada kat hospital (baby kena jaundice), dapat jumpa mertua Aku je. Jadi semalam tu pergi lagi sebab hari ni dapatlah jumpa adik ipar, biras & baby Aliff. Kecil aje saiznya. Tido aje, kena kejut dia untuk beri susu kalau tak langsung tido aje tak makan.

Lepas tu Abang buat muka boring...amende???

"Semua orang tayang baby..."

Yelah, Azian dengan baby Khaira yang dah 3 bulan lebih...dan terbaru ni Nuar dengan baby boy Aliff. Kalau side Aku pula...Khairi sokmo teruja dengan anak sulungnya Dhiya...Ram nyer Zahra pun tengah kiut dok berjalan jatuh...

Tak pasal-pasal ada yang terasa la pulak...:)

Sabor je la, bang...ada rezeki nanti, ada lah.

Saturday, October 17, 2009

Tetamu Istimewa

Raya tahun ini memang banyak maknanya. Kunjungan dari sahabat-sahabat yang dekat di hati ternyata memberi impak yang lebih. Apatah lagi yang jenis tidak ramai kawan macam Aku. Kawan-kawan sekadar kenal biasa tu ramailah, tapi yang betul-betul kenal hati budi tu cuma boleh dibilang dengan jari.

Terima kasih, Im...sudi datang. Seronok sangat dapat jumpa!

Macam Rozi, Im pun kawan semenjak zaman matrik lagi. 2 tahun dalam kelas, kami duduk bersebelahan. Entah apa yang berlaku kat belakang tu, kami tak kisah...selalu aje ketinggalan keretapi pasal kami duduk paling hadapan sekali. Im macam Aku juga, sampai grad maintain rekod 4-0...ha...ha...gelaran untuk siswi yang cipta rekod tak pernah ada boipren. Haku pedulik hapa!

Yang istimewanya Im ini, dia tak pernah 'memaksa'. Maksudnya, dia memang faham benar dengan perangai Aku yang banyak pasang surut. Ada masa Aku very hepi go lucky...ada masa Aku suka menyendiri. Dia sikit pun tak pernah tanya. Selalu dia buat derk aje kalau datang mood mendung Aku. Tu yang paling best tu...sebab Aku tak perlu jelaskan apa-apa, dan dia masih ada di situ bila Aku memerlukan. Dan dia antara yang sangat-sangat banyak membantu dalam segala hal. Sebab itu dia istimewa!

Dan paling Aku ingat ialah tegurannya dalam buku autograph masa kami berpecah mengikut aliran masing-masing bila masuk degree..."jangan sampai mood kita mengganggu orang lain"...masa tu baru Aku terfikir beratnya beban dia masa bersabar dengan kerenah tak menentu Aku tu. Thanks,Im...Aku ingat sangat-sangat dan dah berubah banyak ever since! :)

Im memang ada sekitar-sekitar sini tapi tuntutan kerja dan keluarga membataskan kami. Tapi itu bukan masalah. Ada masa dia akan call Aku. Ada masa Aku akan call dia. Memang jarang-jarang sangat. Masing-masing tak pernah mempertikai kenapa baru sekarang kau call Aku, kenapa kau dah lama tak call Aku...atau apa-apa...ianya automatik, satu persahabatan yang tiada tekanan dan sangat menyenangkan. Jadi, bila tahu dia free hari ni, teruslah Aku jemput datang rumah. Alhamdulillah, sampai akhirnya beserta 3 daripada 4 anaknya. Memang seronok berborak.

Semoga persahabatan kita terus berkekalan sampai bila-bila.

Friday, October 16, 2009

Menunggu Kompang Berbunyi

Kenangan itu datang lagi...silih berganti. Tindih menindih. Mencipta seribu warna-warni rasa di kanvas ingatan.

Akhir-akhir ini bayangan mimpi yang baru mula itu seakan menjadi nyata. Gila! Itulah, kalau sudah kerap berangan. Yang teruknya hadir dengan bau-bauan sekali. Eeeiiii...dah menghantui cam citer Keliwon la pulak...ha...ha...ha...

Sabor! Sabor! Harap-harap jadilah. Aku bukan apa, kalau dah jumpa yang sekufu, eloklah disegerakan. Bertangguh buat apa, susah hati dibuatnya. Tapi, bak kata Mak, kita tak memaksa. Elok pada dia, eloklah pada kita. Kalau tanyakan pada Aku, Aku setuju aje. Tapi nak kata lebih-lebih Aku malaslah. Nanti cakap Aku memandai-mandai pulak. Aku boleh bagi pandangan sahaja, dia nak ikut atau tidak hal kedua. Apapun kami sekeluarga mengharapkan yang terbaik untuk dia.

Lalu Aku berangan akan berlangsung satu majlis kenduri hujung tahun ini. Aku fikirkan tak ada lagi, tapi nampak macam ada ruang. Insyaallah, kalau jadi. Kebetulan tak berapa lama dulu ada keluar artikel di suratkhabar tentang keenakan menjamu selera di majlis kenduri di kawasan Parit Buntar. Itu pandangan orang luar. Tapi sebagai warga asal, Aku pun rasa dekat sini je paling sedap air asamnya, antara menu kenduri yang tak boleh tidak mesti ada. Dah lama betul tak makan kenduri kat kampung tu. Memang nostalgia kalau dikenangkan...dengan makan berhidang dalam talamnya, dengan kurma daging dan air asamnya...woooo...tak boleh lupa sampai bila-bila!

Masa dulu, mana aje ada kenduri, Aku mesti ikut mak punya. Masa tu, mana ada khemah-khemah, kanopi ni semua...perkhidmatan katering jauh sekalilah. Kalau adapun balai di dirikan...(huuu...masa tu yang best, siap jer balai...budak-budak seronok main ligan-ligan dan melompat kat situ)...khususnya digunakan oleh orang lelaki untuk bermarhaban dan juga menjamu selera di situ. Orang perempuan duduk dalam rumah, berkumpul bersempit-sempit makan hidang...satu talam 4-5 orang...makan cubit-cubit gitu...tapi ya Allah, sedapppnyyyyaaaa!!! Masa tu la berkenal mesra dan bertanya khabar. Erat silaturrahim. Sekarang mana ada...tak kenal dah sapa-sapa. Hummmm....

Oh ya, tunggulah ketetapan yang itu. Hari Sabtu baru hendak bersua muka. Kalau berkenan di hati, dan kalau tak ada aral, insyaallah, hujung tahun ni kita langsungkan...yeayyyy!!!

Thursday, October 15, 2009

Raya@Royale Chulan

Aku tahu apa ada pada hari ini tanggal 15 Oktober. Cuma tidak langsung terlintas dalam kepala Aku. Sebelum ini kami dimaklumkan tidak perlu hadir. Maklumlah, pertama kali dibuat bukan di HQ. Jadi, memang Aku tidak mengenakan baju kurung hari ini. Kalau tahu, barangkali Aku pakai aje kebaya tahun lepas...nampaklah macam hendak beraya, kan? Ha..ha..ha...iyolah tu!

Begitulah, kalau sudah tertulis...tak rancang pun sampai juga kat situ...berada di kalangan pengunjung yang ramai di Royale Chulan. Itulah tempat rumah terbuka syarikat bagi tahun ini khusus untuk pelanggan korporat diadakan.



Kami pergi berempat. Geng hawa sepakat masing-masing tidak mahu memandu, jadi kenalah boss bawa keretanya. Kalau tidak kami tak mau pergi! Ha...ha...ha...sebab boss yang ajak, kan? Jadi, kenalah ikut aje syarat kami. :)

Asalnya memanglah cuma boss yang patut pergi. Tapi sebab ada kehadiran dari pihak yang berkepentingan, yang sangat perlu dalam urusan kerja kami...maka tidak patutlah kalau tidak hadir. Masa sampai orang tengah ramai...nak jalan pun payah.



Selesai berkenalan lebih kurang, Aku bawa dirilah dengan Rosebud. Tapi sempat jugalah menyapa boss lama dan beberapa orang kenalan dari syarikat pesaing. Muka-muka familiar dari ibu pejabat pun ramai juga, tapi tahulah bila dah masing-masing berpangkat ni, kadang-kadang pun buat macam tak kenal sahaja. Suka hati koranglah!



Nasiblah ada teman borak, Rosebud. Aku memang sokmonya janggal kalau aktiviti 'beramah mesra' ni...terasa 'kesumbangannya'...:). Terhibur juga hati bila kitaorang dua buat permainan 'observe' orang keliling tu...ha...ha...macam-macam perangai ada! Masa Norman Kru masuk, Rosebud sibuk tunjuk..."eh! itu sapa tu...adik-beradik Kru tu...apa nama..." Sekali, Norman pusing dan siap angkat tangan senyum...kitaorang pun sengih ajerlah. Lepas tu nampak kelibat Atai tertinjau-tinjau kat meja buffet tu. Adalah seorang dua lagi muka yang macam kenal. Yang lain tu blur ajerlah.



Makanan banyakkkk! Sate ada, lemang & ketupat palas ada, laksa asam ada, rojak buah ada, aneka jenis kuih-muih, mee goreng mamak, ...banyaklah tak dapat sebut...cuma dua gambor ni je Aku sempat snap...bila dah ramai macam ni, susah blogger nak buat kerja...nak pulak berbekalkan telefon bimbit je.

Nasi briyani.



Dan ayam masak merah.



Aku sempat merasa sate dan mee goreng mamak. Teringin nak makan laksa asam tapi queue panjang. Sementara menunggu boss ajak balik, melepak kat dalam dan sempat lagi sepiring briyani...huhuhu...



Kalau tanyakan pendapat Aku, Aku lebih suka kalau majlis seumpama ini diadakan di HQ seperti tahun-tahun sudah. Dan kalau boleh tak perlulah kuat sangat bunyi alat muzik dan nyanyiannya walau pun lagu-lagu tradisi...susahlah hendak bercakap, terpaksa tinggikan suara nak lawan bunyi tu. Anyway, harap semua yang hadir berpuas hati dengan apa yang ada.

Wednesday, October 14, 2009

Ragam Raya

Alkisah jemputan raya
Bila sudah banyak tak terkira
Ada yang terlupa
Yang tak terima tak apa
Cuma takut ada salah-sangka

Tak pergi nanti kata tak hendak
Yang sebenarnya bukan tak nak
Kad jemputannya tak dak

Nak tanya segan
Tak ditanya dikata penyegan

Bukan tinggi maruah diri
Cuma takut dilihat tiada berbudi

Itulah secebis kisah
Darihal hari raya yang belum sudah
Tak pasal-pasal berkeluh-kesah
Hal kecil yang bukan masalah

Nak jaga hati punya pasal
Bukan sengaja mencari hal
Undangan lambat hamba tak kisah
Asalkan ikhlas, insyaallah.

Aku & Ikan Puyu

Setiap kali masuk ke blog sendiri, setiap kali juga suka tengok ikan dalam balang tu. Rasa seronok pula. Dan bila tengok, teringat pula dekat ikan puyu kat rumah tu. Sebelum ini tak pernah terfikir akan ada perasaan dekat 'ikan'. Nak tengok sebagai 'makanan' pun tak dapat sebab Aku tak makan ikan.

Ikan puyu 4 ekor tu datangnya daripada sawah depan rumah kampung Aku. Awai (Khairul Abrar), anak kakak Aku tu yang tangkap. Konon nak bela la binatang yang senang dijaga, tidak berbulu dan tahan lama...ha...ha...ha...Memang la pun, senang sangat. Sampai kadang terlupa kewujudan ikan tu. Tapi rupanya ikan tu tak lupa dekat Aku. Tersentuh juga hati sebab bila Aku datang dekat, diaorang pun terhegeh-hegeh mendekat ke cermin, macamlah Aku boleh usap diaorang! Dan sebenarnya rasa pelik, Aku sikit pun tak ada bercakap-cakap dengan diaorang...melainkan hanya tahu beri makan saja. Mesti ikan tu rasa 'sunyi' kan...kesian la pulak! Aku telah mengabaikan keperluan 'kasih-sayang' ikan tu...hihihi...

Dua minggu lepas, Aku dan Abang belikan bekas baru untuk ikan tu...balang kaca yang lebih selesa. Kira upgrade sikit la, dari flat kos rendah ke pangsapuri...heheh...suka je diaorang. Nampak cerdas. Berenang pun laju jer. Semalam masa nak bagi makan, Aku cuba main-main dengan diaorang. Acah-acah nak bagi makan...uiii...ada reaksi! Seronok juga! Macam main cak-cak la pulak! Okaylah, nanti kalau Aku berkesempatan, Aku nak tambah aksesori sket untuk pangsapuri tu. Mesti diaorang suka ek...

Tuesday, October 13, 2009

Pantun Menduga

Bunga selasih dalam jambangan
Jadi hiasan istana kayangan
Jika kasih ada timbangan
Berapa berat rasanya sayang?

Merah delima di hujung julai
Jadi santapan muda jauhari
Jika cinta boleh dinilai
Apakah boleh dijual beli?

Terbang merpati di dinihari
Terbang membawa khabar berita
Jikalau rindu boleh diuji
Apa bukti tandanya setia?

Jangan dibuang penyapu lidi
Biarkan saja di atas titi
Jikalau sayang ukurannya budi
Apakah boleh ditukar ganti?

Cinta bukan sebarang cinta
Kasihnya hamba sampai ke mati
Jika nyawa galang gantinya
Bulatkah sudah tekad di hati?

Monday, October 12, 2009

Lelaki vs Perempuan

Anak-anak kecil ini banyak belajar daripada persekitaran dan pengalaman mereka. Sebab itu penting ibu bapa dan keluarga terdekat mendedahkan mereka dengan perkara-perkara yang positif, berfaedah dan membina minda. Begitu juga kalau hendak menerapkan perkara-perkara yang perlu untuk masa depan mereka seperti adab pergaulan, budi bahasa dan sebagainya pun lebih senang pada masa ini. Bak kata orang, kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, nak lenturkan boleh patah...buek'an lomang lagi sodap!

Jadi itulah, kadang-kadang tu rasa nak tergelak dengan kenaifan budak-budak ini.

Ada suatu hari tu, Aiman nakal sangat. Angin Aku pun tak berapa baik. Jadi, cara Aku tegur dia tu nampak berubah sangat agaknya sampai dia tarik muka. Dengan tak senang hatinya dia berkata, "Ibu, ibu mana boleh marah saya..." sambil buat gaya memprotes.

"Kenapa pula ibu tak boleh marah Aiman?" Ye tak ya juga, apasal tak boleh plak?

Jawapan dia yang lurus bendul tu buat Aku ketawa mengalir air mata. Terus tak jadi marah lagi. Begini jawapannya...

"Ibu kan perempuan! Orang perempuan mana boleh marah. Orang lelaki boleh marah."

Betullah. Dia cuma nampak apa yang berlaku di sekelilingnya. Kebetulan pula, memanglah Aku ni jenis yang tak reti nak marah-marah...bukan tak marah, marah juga...cuma cara keluar marah tu berbeza. Yang garang cam rimau kat rumah tu bapak dia aje. Tu pasallah ada pula idea dia nak kaitkan ciri tu dengan jantina...ha...ha...ha...

Lepas tu ada lagi idea bertemakan jantina ni...bab pemilihan warna. Katalah tiba-tiba Aku pegang sesuatu atau pilih sesuatu yang berwarna selain merah jambu...Aiman akan cakap, "Ibu, ibu perempuan...mana boleh warna hijau (atau hitam, biru etc...). Warna pink untuk perempuan!". Ha...ha...ha...

Yang tak tahan tu...semua dua raya diaorang adik beradik tak bagi dekat Aku. Asal dapat jer...berlari-lari kat babah diaorang. "Babah...duit raya!". Memang diskriminasi jantina betullah!

Cari Pasal

Ada satu perkara yang selalu menyakitkan mata dan menyakitkan hati bila berada di jalanraya. Tak bagi isyarat satu hal, terlebih bagi isyarat pun satu hal juga. Apa tu? Iaitu pemandu yang menghidupkan lampu isyarat untuk membelok (ke kiri, misalnya) dan 10 kilometer selepas itu masih membiarkan lampu isyarat kirinya itu berkelip-kelip. Memang sakit mata tengok! Hendak pula kita yang berada di belakang ini. Pulak tu punyalah banyak simpang belah kiri tu..."eh! mamat ni nak belok masuk ke...". Tak juga. Lepas tu jumpa lagi simpang lain. Tak belok-belok jugak! Eiii...Aku sumpah jadi cakcibor kang!

Tolonglah kesian kat Aku ni...pagi-pagi ni tak kuasa den nak main teka-teki teka tekuk tau! Ianya seumpama pergi keluar dating dengan calon bukan pilihan kali pertama dekat medan selera yang jual beraneka jenis makanan dan si pasangan dengan selambanya menduga..."Cuba you teka, I suka makan apa?".

Eiii...rasa nak cepuk jer!

Friday, October 09, 2009

Rayalah Lagi@Pejabat

Waduh...waduh...waduh...rosak ana punya program. Sebulan dua ni sanggup bertohor la menjaga diet...sekali hari ni makan tak hingat!

Hari ini, jiran sebelah (kat pejabat le) buat 'rumah terbuka'. Pagi-pagi buta sampai opis tu, persiapan rapi jelas terserlah...siap dengan dekorasi bagai...



Memang beraya betullah...Masa time kitaorang menyerbu dengan diketuai boss di hadapan, memanglah takut tengok hidangannya. Kambing golek pun ada! Tapi tak ada maknanya pun pasal Aku tak makan kambing. Masa Aku kecik-kecik dulu, keluarga Aku ada juga bela kambing seekor dua. Tapi kitaorang buat pet...ka...ka...ka...(serius, kambing sangat comel sebenarnya!)

Ramai yang datang. Dan yang datang pun glamer juga sebab banyak pengurusan atasan turun. So, tahu sajalah kan, kalau dah begitu keadaannya, makan pun ala malu-malu kucing sket. Tapi sebab Aku dah agak terbiasa tak ambil lunch, dah tu baru je habis puasa beberapa hari ni maka perut tu jadi macam terkejut jugalah. Makan sikit dah rasa senak. ( Cheesecake dia...emmmpppppp....marvellous!)

Itu undangan pertama. Ada satu lagi undangan yang diterima daripada bahagian network. Khusus dijemput anak-anak murid Ustaz Muien...hihihi...sebab geng network tu pun anak murid ustaz jugak...tu la pasal! Kitaorang dengan berbesar hatinya pergi.



Kali ini terasa sungguh keramahtamahannya. Rasa santai. Rasa seronok hendak duduk lama. Biasalah, geng-geng network ni memang mesra alam selalu...hehehe. Lokasi dipilih di belakang bangunan UOA. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Betul-betul bersebelahan Federal Highway.

Makan sikit lagi...satay & nasi beriani.



Tuan rumah suruh makan lagi. Tapi ya...ampun, tak boleh lagi dah. Minta maaf aje la.

Detik-detik santai Sirapmadu & akak Lotuslily...



Lagi wajah-wajah ceria beraya. Cuma Rosebud je tak sempat masuk gambar. Ate...setiap kali kita nak ambil gambor, setiap kali tu le dia bangun pi round meja hahaha...(fitnah!)



Nasib baik la ada gak peluang berjalan-jalan walaupun tak jauh mana. Kira bakar sikit le kalori tu...hehehe. Kot nak jalan round satu bangunan, melampau la pulak tengahari buta ni kan?

Biasalah, pemandangan masa nak berjalan balik ke Menara TM.



Sirapmadu tengah menunjukkan kejaguhannya melepasi tali "no parking". Almaklumlah, juara lompat getah negeri Perlis 1985-1989 ye, dak? Rosebud sedang menimbang dengan serius untuk melakukan perkara yang sama. Berlatar belakangkan TM Annexe 1.



Opis kami tahun ni tak buat majlis rumah terbuka. Yang ada ini pun dah cukup-cukuplah tu, kan? Minggu depan ada rumah terbuka lagi...kali ini seluruh warga Lembah Kelang dan tentunya berlangsung kat perkarangan bangunan ini.

Cukup-cukup lah makan ni...bila dah rasa penuh macam ni, mula la rasa 'guilty' semacam menyerang jiwa! Huhuhu...

Thursday, October 08, 2009

Kala Terasa Nak Luruh Jantung...

Hampeh betul lah!

Berdegup kencang jantung Aku dibuatnya. Bila realiti meresap masuk, bukan semakin perlahan...rasa nak gugur pula! Banyok no adrenalin yang dipam masuk. Hish! Hish! Nasib baik lah, mulut Aku bukan jenis 'laser'...kalau tidak mesti dah berbakul-bakul Aku menyumpah.

Ada ke patut?

Tak patut! Memang tak patut!

Eiiii...geramnya Aku!

Masih jelas di mataku kelibat kereta chevrolet aveo hitam WMJ itu. Tak semena-mena memintas masuk ke jalan Aku. Aku langsung tidak menjangka tindakan drastik pemandu itu. Macamana nak jangka??? Masa kami sama-sama berpapasan melepasi simpang trafik Jalan Travers seterusnya melalui depan lrt Bangsar, dia kekal elok je di lorong kanan. Seperti kereta yang banyak-banyak itu juga.

Bagi Aku, pemandu di lorong kanan, adalah pemandu yang sewajarnya tahu sebab musabab mengapa mereka berada di lorong yang kanan. Samada mereka lebih cekap mengawal kereta dengan kelajuan yang lebih, lebih ahli dalam hal pemanduan, atau mereka seorang yang strategis sebab mereka pasti tahu bila dan ketikanya untuk mencelah masuk apabila hampir sampai ke destinasi...dengan syarat, mereka perlu memastikan laluan untuk berpindah bebas dari kenderaan lain..dan menyalakan lampu isyarat.

Aku faham la kalau ko, WMJ, nak tukar lorong...Aku tak kisah...Aku bukan jenis pemandu yang akan tekan minyak bila nampak kereta lain nak pintas di depan...atau jenis yang tak bagi ruang untuk pemandu lain...tolonglah jangan buruk sangka dengan Aku. Yang kau tetiba masuk 'coih' sampai Aku "opocot mak engkau tayar meletup!" tu apasal? Dah le langsung tak ada ruang yang cukup kat depan tu...hanya sekadar bernasib baik otak Aku sempat berfungsi mengarahkan kaki menekan pedel brek...kalau Aku buat kesilapan 3 tahun yang lalu, amacam? Kau dan Aku silap-silap dah berada kat bilik mayat sekarang ni menunggu untuk bedah siasat, tahu? Ce le guna otak tu pikior...menyusahkan betul!

Tu la...la ni malas Aku nak cakap apa...orang cakap driver perempuan ni selalu buat hal kat jalan...Aku tak ambil pusing sangat. Aku rasa itu persepsi kaum lelaki sahaja. Tapi semenjak dua menjak banyak pengalaman menyusuri jalan ini, walaupun sama kaum, hendak tak hendak Aku terpaksa akui ada satu elemen yang menyumbang kepada kenaikan 'markah' untuk pemandu wanita ini. Bagi aku, pemandu wanita sukar diramal tindakannya. Banyak mengikut gerak hati dan kurang peka dengan persekitaran.

Pengalaman-pengalaman lepas adalah guru Aku...dan sehingga sekarang Aku masih mengutip ilmu untuk tidak menjadi pemandu yang merbahaya di jalanraya. Keazaman Aku kuat untuk mengekalkan rekod yang bersih. Tetapi Aku tidak boleh buat apa-apa kalau pemandu yang lain tidak melakukan perkara yang sama. Aku cuma boleh berhati-hati, cuba menjangkakan tindakan orang lain. Mudah-mudahan semua pengguna jalan raya selamat dalam perjalanan pergi dan kembali ke mana jua destinasi.

Wednesday, October 07, 2009

Pandangan Hisham

Semenjak sekolah rendah agamanya bercuti seminggu bersempena UPSRA, semakin banyaklah aktiviti-aktiviti tak berkenan di hati dilakukan oleh budak-budak di rumah itu. Almaklumlah, tukang perancang utama ada...yang lain tu ikut aje. Bilik bersepah macam tongkang pecah jangan cakaplah. Laci meja study kena selongkar berkali-kali. Yang mencari gunting, gam dan kertas warnanya...belum masuk lukisan-lukisan kreatif di dinding. Lantai tu pun tak tahulah berapa kali kena mop. Hemmm, lambat lagilah nak berangan nak buat deko macam Eric Leong...tunggu masuk sekolah menengah dululah kot...he...he...he...

Oh ya, agaknya dek kerap sangat memunggah barang tu, Hisham jumpalah gambar-gambar lama. Jadi berlakulah perbualan pada malam semalam.

"Ibu...ibu...kenapa babah kawin dengan ibu?

Aku termangu sekejap. Pasal tak duga kena jawab soalan macam tu.

"Err...babah kawin dengan ibu sebab babah suka dekat ibu"

Lepas tu dia kata..."Tapi...kenapa babah suka dekat ibu..."

Aku belum sempat jawab, dia buat teori dia sendiri yang buatkan Aku tak tahan sakit perut ketawa.

"Ibu...saya tau la ibu...tadi saya tengok gambar ibu kawin dengan babah. Babah datang dekat ibu. Lepas tu babah tengok ibu cantik. Lepas tu babah kawinla dengan ibu"

Adooiii...senak perut Aku. Lepas tu dia sambung lagi.

"Ibu, kenapa saya tak nampak ibu kawin dengan babah. Kenapa saya tak pergi? (kenapa dia tak ada masa tu...)

Err...err...memanjang je Aku. Tapi Aku cakapla, "sebab awak belum ada lagi masa tu.." Dia diam aje. Faham ke tak tu? Alamat tak lama lagi kena sediakan jawapan betul-betullah.

"Ibu, ibu tak malulah" tiba-tiba dia buat muka tersipu-sipu.

"Malu apa nya?" tanya Aku.

"Yelah, ibu pegang tangan babah...eee...ibu tak malu yeee???"

Wah! Patut pun ada satu hari tu Aku tengok dia senyum-senyum tengok cerita kartun. Adegan Tom berusaha bersungguh-sungguh cuba memikat seekor kucing betina manakala Jerry cuba menggagalkannya.

Nampaknya anak sulung Aku ni dah ada 'perasaan' dah...:)

Tuesday, October 06, 2009

Dan Sebenarnya...

...Aku rasa blank je hari ni. Entahlah kenapa.

Semalam tidur pun tak berapa nyenyak. Berkali-kali terjaga. Rasa macam bermimpi tapi tak tahu apa.

Tekak pun makin rasa pahit (wei...posa la wei...)...dan makin perit. (Nak sakit tekak sama kot...). Hidung pun rasa cam nak tersumbat aje. Pendek kata serba-serbi tidak kena. Kesudahannya Aku telan paracetamol time sahur pagi tadi.

Harap-harap okaylah.

Monday, October 05, 2009

Rayalah Lagi @ Klang

Ini aktiviti kunjungan balas kami ke rumah Khairi di Klang.



Masa duduk lepak-lepak depan PC Khairi, terdengar bunyi anak kucing. Toleh sana, toleh sini...la...rupa-rupanya kat belakang meja komputer tu ibu kucing dah jadikan port dia.



Ada tiga ekor anak kucing kat situ. Teruja Aiman dibuatnya, kenalah Aku pesan banyak kali...tak bagi dia ambil, tahulah budak kecil ni, kang dihempuknya anak kucing tu...naya jer!



Ada 2 ekor ibu yang 'bersalin'. Satu 'sarang' lagi kat rumah atas...huhuhu...meriah dengan kucing la nampaknya...Sirapmadu sure tak boleh datang beraya kat rumah macam ni, kan? keh...keh...keh...



Dah jadi mak-mak ni sibuk pula Aku mengawal tak bagi budak-budak main kucing. Ceh! Depa tak tau, time Aku dulu...kucing pun Aku angkut masuk tiduk sekali dalam kelambu. :)



Seperti biasa, Aku tak akan melepaskan peluang bermain dengan baby Dhiya...dah besor pun...dia ni murah dengan senyuman.



Kuih raya pun banyak lagi. Nasi pun ada. Mee sup pun ada. Nasib tak tergoda sangat...(itupun dengan kecekalan dan kegigihan menahan...)

Lepas zohor, kami bertolak ke Puncak Alam pula. Inilah pertama kali sampai ke sini. Melangsaikan hajat emak dan memenuhi undangan yang dah banyak kali dibuat oleh si pemilik rumah yang pernah tinggal berjiran sebelah rumah di kampung dulu. Ada sangkut paut sebelah datuk juga. Jauhnya rasa!

Mula sampai tu kesesatan juga kami di buatnya. Tapi, alhamdulillah, selamat sampai akhirnya.



Alpinia Abadi Residensi. Jalan Warnasari. Fasa 3. Puas mencuba, tak jumpa dalam GPS abang.



Lift tak ada. Rumahnya pulak di tingkat 4. Maka bermulalah acara marathon menaiki tangga. Lapar balik dibuatnya. Jadi, bila tuan rumah menghidang mee kari...emppphhh...tak boleh tidak kena makan juga...hi...hi...hi...bukan apa, suami tuan rumah ni chef. Dah sampai dah, tak tahu le bila akan sampai lagi. Rumah Rozi pun dekat-dekat sini juga. Tapi hari ini Rozi memang dah bagitau dia tak free tu yang tak teringat nak mencari.

Weekend ni tak tahu ada plan ke tak...macam ada saja...kalau tak ada ingat nak balik Rawang sekejap tengok rumah.

Sebuah Pertemuan

(Malam sebelum pertemuan itu berlangsung).

Aku menghadap laptop, leka memuat turunkan beberapa gambar. Tiba-tiba tergerak hati menyemak email di email peribadi. Beberapa mesej Facebook tertera. Mula-mula Aku bosan. Bosan seperti selalunya bila entah siapa-siapa yang Aku tidak kenal mahu masuk senarai rakan. Seperti biasa juga mesej-mesej itu Aku biarkan sehingga cukup tempoh untuk dipadamkan. Sehinggalah mataku menangkap pada sebaris nama yang sudah lama tidak terlihat dimana-mana walaupun Aku tidak jemu cuba mencari semenjak dua menjak dulu.

Terus Aku menukar haluan masuk ke Facebook. Menggigil jari sebenarnya memasukkan kata laluan. Tak sabar nak terus sahkan kenalan itu adalah seorang sahabat baik. Dan tidak sangka juga, rupanya Rozi masih di dalam talian. Buktinya, dia terus membalas mesej yang Aku hantar. Ya Allah! Tak dapat dibayangkan gembiranya Aku. Apa lagi, tidak bertangguh terus Aku 'chat' dengan dia. Dia di Shah Alam rupanya. Sudah berkahwin dan punya seorang cahaya mata.

"Kita mesti jumpa...esok Aku datang. Bagi alamat rumah" begitu gesanya.

Kami mula berkawan semasa zaman matrikulasi. Kami satu blok. Bilik kami berdekatan. Roomate dia orang Perlis yang saban hujung minggu mesti balik rumah. Saban minggu juga dia akan pujuk Aku bermalam di bilik dia. Walaupun bukan satu kelas, Aku lebih rapat dengan dia berbanding kawan-kawan sekelas. Cuma bila sudah masuk degree, kami dah tidak sekamcing dulu. Aku budak BBA, dia pulak budak BAcct. Jarang sama dewan kuliah. Pulak tu kami berlainan kolej kediaman juga. Jadi, memang jarang bersua. Tapi masih juga berhubung bila-bila berpeluang. Kali terakhir jumpa ialah semasa majlis kenduri kahwin Aku, 8 tahun yang lalu. Dia bermalam di rumah Aku tetapi tidak dapat tunggu lama. Esoknya, sebelum tengahari lagi dia sudah terpaksa minta diri. Dan Aku pula semasa dok sibuk dengan alam baru tu, berpindah ke sana ke mari ( 2 kali pindah rumah), entah macam mana keciciran alamatnya. Langsung terputus hubungan.

Tak apalah. Itu cerita lama. Sekarang, alhamdulillah...dah dapat jumpa semula.

(Hari pertemuan)

Aku baru hendak sampai ke Tesco Selayang bila Aku dapat call dia.
"Aku dah sampai la..." katanya. Alamak! Rupa-rupanya dia dan suaminya agak biasa dengan kawasan Sentul ni, jadi senang je dapat cari rumah. Dan salah Aku juga, Aku suruh dia datang awal sikit memandangkan pukul 2 petang, Aku dan suami hendak keluar melawat biras di Klang. Tapi tidak sangka seawal itu. Apalagi, terus kami berpatah-balik. Nasib baik, sebelum keluar tu, Aku dah siapkan kuih dan air. Dan nasib baik juga, mak dan ayah ada, jadi mereka boleh terus naik tunggu kat rumah.

Bayangkan betapa kecohnya bila berjumpa. Rasa macam nak bercakap aje...he...he...he...



Rozi dan anaknya Shifaa Rania yang baru berusia 10 bulan. Rozi dan suaminya, Shah mendirikan rumahtangga pada Dec 2007. Sempat juga Aku soal siasat dia masa kami bersendirian kat dapur..."Macam mana hang kenai dia? Bukan dulu hang dengan orang lain ka?"...ngeh...ngeh...ngeh...menyibuk aje! Itukan jodoh namanya...

Hemmm...seronok juga update hal diri masing-masing, lepas tu tanya kawan itu, kawan ini dekat mana...si anu tu jadi ke kawin dengan si polan tu...dan berapa anak orang itu, orang ini...kira riuh kami jer la yang bersembang. Dua cik abang tu terpaksalah bukak topik sendiri pasal susah nak mencelah...ka...ka...ka...

Nasib baik jumpa. Bulan November ni dia akan mengikut suaminya yang bakal melanjutkan pelajaran di Australia. Jadi sekarang dia sudah jadi suri rumah sepenuh masa. Sementara itu, mungkin kalau sempat jumpa lagilah. Kalau tidak pun, boleh buat online chatting jer pun tak apa, kan?

Friday, October 02, 2009

Kuih Raya 2009

Walaupun Syawal sudah tinggal suam-suam kuku dan dentuman mercun pun sudahlah semakin sayup kedengaran, rasanya masih ada ruang bercerita tentang kuih raya. Rasanya cerita bab makan ini sentiasanya ada ruang errr...selagi masih ada ruang perut tu ler gamaknya! Tapi yang sebenarnya bukan apa, nak update perkara yang tak dapat diperikan sepanjang penutupan blog ini sebulan lalu.

Tahun ini memang langsung tidak terlintas di batu jemala hendak membuat kuih raya. Awal-awal lagi sudah menempah dari pembekal-pembekal tahunan yang sudah diketahui kelazatannya. Akan tetapi tidak pula terfikir hendak tanya pendapat emak. Rupa-rupanya emak memang ada rancangan hendak buat kuih serba-sedikit sementara menunggu masa balik ke kampung. Tahu sahajalah emak tu, dia mana boleh skip bahagian membuat kuih raya ni...jadi, tak dapat tidak mesti buat juga walaupun sedikit. Kalau tak bukan raya namanya...hehehe...

Sikit-sikit pun bersusun juga la balang kuih kat dapur tu. Antara jenis yang mudah disiapkan yang menjadi pilihan emak ialah...

Semperit...oh! my all-time favourite ! Semperit ini kami dapat hasilkan dalam 2 balang. Almaklumlah, produksi cukup-cukup makan sahaja.



Biskut Mazola pun menjadi pilihan juga. Sebab senang hendak disediakan. Hemmm...memanglah sodap bila makan tu tapi memandangkan masa awal puasa tu tetiba la pulak ada jerawat hinggap di pipi...adoiii...langsung tawar hati, tawar lidah nak menjamah.



Makmur...(memang sungguh 'makmur' intinya...mewahhhh!!!). Rosebud sibuk 'mengecek' hendak sebalang. Alah...kesiannya. Kami buat cukup untuk 3 bekas saja. Satu mak bawa balik kampung...satu lagi untuk mertua Aku dan satu lagi untuk Aku ngap sayotkan...hehehe...insyaallah, kang gue bagilah rasa...kalau nak tunggu, lepas lapang sikit nanti diusahakan, ye?



Bangkit kelapa ini memang mengundang nostalgia. Entah kenapa...Teringat zaman beraya masa budak-budak dulu. Memang saban tahu tak lupa buat kuih ini. Antara kuih moden seangkatan semperitlah kiranya masa tu. Yang lain-lain tu memang dah kelompok tradisi. Memang antara biskut kegemaran Aku jugalah. Kami masukkan lebih kelapa parut kering...memang crunchy abis! Tak tahulah berapa kali Aiman dok berulang-alik masuk dapur, "Ibu, nak biskut 'moon'" (sebab ada juga campur-campur pakai acuan bulan sabit).



Mak juga selalu tak miss buat kuih 'peneram'. Tapi sebenarnya kan, memang mudah aje nak buat adunan kuih ini. Yang susahnya ialah mendapatkan rasa dan rupa yang 'sedang-sedang elok, sesedap rasa dan cantik dipandang'...tu yang pernah arwah nenek Aku campak keluar adunannya sebab tak puas hati bila menggoreng, kulit kuih tu nampak berkerutu.



Nasiblah 5 aje kuih yang emak buat. Semalam dok belek inventori...ada lagi 2 jenis yang belum berusik pun. Tat nenas sedap Cik Lan pun banyak lagi. Biskut coklat hazelnut dan semperit strawberry pun belum luak. Belum campur kuih-muih yang Mak angkut dari kampung dan segala kerepek. Cadang tu nak berpuasa sunat & ganti sepanjang 2 minggu ini. Mungkin kena tunggu hujung-hujung baru semangat nak membaham kuih raya tu ada. Time tinggal serdak kuih tu lah yang best! Alamak...terkenang-kenanglah lagi...

Bila Nafsu Menjadi Raja

Seorang hakim bertanya kepada pesalah warga emas yang baru sahaja dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan kerana merogol anak kandungnya sehingga hamil.

(bukan diceduk bulat-bulat, sekadar ingat-ingat lupa)

"Mu tak fikir ke bila wat benda gini"

Lalu dijawab selamba oleh bapa berusia 58 tahun itu.

"Nak fikir gapo lagi dah...benda dah jadi dah..."

Geram betul si hakim dengan gaya tak insaf pesalah itu.

"Nanti mu duduk dale penjara tu, mu fikir la baik-baik, deh!". Seterusnya hakim itu mengingatkan bahawa hukuman yang diberi hanyalah hukuman dunia semata yang bertujuan mengajar dan diharapkan menjadi iktibar kepada semua. Ada hukuman lagi menanti di akhirat sana.

Aku pun geleng kepala. Apalah hendak jadi dengan orang kita ini? Masyaallah!

Ingat masa kecil dulu, Aku selalu marahkan anak-anak jantan "Mak Landur" sebab...ade ke pegi mengorat emak sendiri! Syoh! Syoh! Pegi sana! Aku siap sepak-sepak lagi jenis yang degil tu. Siap cakap.."Eiii...ini mak engkau la! Pegi la mengorat betina yang lain". Tapi...itu kan binatang. Memanglah binatang ni macam tu...Tuhan tidak beri dia akal. Habis yang kita pergi turun taraf sampai sama dengan binatang tu apahal???

Rasa macam nak sula beramai-ramai je! Cis! Bedebah! Jantan tak tahu malu! Pengkhianat!!!

Dalam dok membebel tu Kak Nor memberikan pandangannya. Pernah dulu dia buat kajian mengapa kejadian sumbang mahram ini nampak seperti banyak terjadi di sebelah pantai timur sana. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Mungkin sekadar tinjuan rambang. Apapun macam logik juga.

Kebanyakan ibu selalunya keluar rumah mencari rezeki. Bukankah ramai yang menjadi peniaga? Memang ramai yang terlibat dalam aktiviti penjanaan ekonomi ini. Teringat silau kemilau gelang emas berurat-urat di tangan tu. Manakala golongan lelaki pula dok rumah. Mungkin kerja kampung, jadi nelayan. Nelayan kan keluar malam balik subuh? Jadi, bila waktu siang, sebahagian besar masa kaum lelaki ini adalah di rumah. Manakala orang rumah pula, time siang inilah dia keluar mencari rezeki. Yang ada kat rumah hanyalah anak-anak. Bila ada demand...tapi supply nya tak ada...maka...hemmmm...rembat aje apa yang ada. Cis! Kughang hajor!!!

Itulah jadinya kalau bertuankan nafsu. Tak kiralah di mana sudut dunia sekalipun, gejala dan perbuatan jijik seperti ini berlaku bila manusia tak ingat kepada balasan azab Tuhan. Ingat boleh lepas segala perbuatan di dunia. Tidak menjauhi larangannya. Tidak patuh pada perintahnya.

Kalau hujung jari tersentuh api lilin lagikan kulitmu melecur (dan sepantas kilat kau tarik tanganmu)...betapalah keadaannya nyalaan neraka? Nauzubillah!

Ragam Pemandu II

Ada satu elemen yang Aku yakin kalau diperkasakan akan menjadikan jalan-jalan raya di Malaysia lebih selamat. Kursus berjam-jam pun tiada gunanya kalau tidak ada subjek teras ini. BB 101. Pengantar Budi Bahasa. Hanya ditawarkan oleh institusi-institusi yang terlibat dengan pembangunan sahsiah individu itu sendiri, yakni, ibubapa, keluarga, rakan-rakan sebaya, dan masyarakat amnya.

Pagi ini Aku memandu keluar seperti biasa sekitar jam 7.05 pagi. Sebaik palang terangkat, dari jarak 100 meter, Aku nampak kelibat 'seekor' Myvi kuning yang agak laju. Jadi, secara automatik, kakiku menekan brek...menunggu si Myvi ini berlalu sebelum Aku dapat keluar dari kawasan kediamanku. Dan mengekori di belakang Myvi adalah sebuah teksi juga berwarna kuning. Dengan sabarnya Aku menunggu. Tiba-tiba si Myvi ini memberikan signal masuk ke kiri, iaitu pintu masuk ke Anjung Villa. Laaa...sakit hatilah juga, kalaulah dari tadi dia dah beri signal nak masuk, maka tak pasallah Aku duduk tercongok menunggu. Maka, tunggulah lagi Aku sebab teksi kat belakang tu berjalan terus.

Benda ini tidak salah dari segi undang-undang jalanraya. Tetapi Aku andaikan adanya masalah kurang budi bahasa. Tidak peka dengan keperluan pengguna lain. Tidak hormat dengan pengguna lain. Pentingkan diri sendiri! Kalau tak ada teksi di belakangnya, Aku yakin Myvi tu tak teringin pun hendak memberikan isyarat membelok. Memanglah tidak terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini. Akan tetapi perkara-perkara kecil inilah yang menyumbangkan kepada berlakunya perkara-perkara lain yang lebih besar. Orang lain mungkin menganggapnya remeh. Pada Aku ini mencerminkan sikap seseorang dan gaya pemanduannya.

Begitu juga sikap pentingkan diri sendiri ibu bapa dan keluarga yang menurunkan anak-anak mereka di pinggir jalan dekat sangat dengan simpang lampu isyarat di depan itu. Ianya sangat-sangat menganggu kelancaran lalulintas. Sesuka hati berhenti. Kena pula yang tidak beri signal. Kita ingatkan dia nak berjalan terus. Alih-alih berhenti. Bila lampu hijau aliran trafik dari Taman Dato' Senu, Kg. Puah dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya berwarna hijau, maka kenderaan-kenderaan ini yang sebelumnya menunggu untuk lepas dengan sabar terpaksa pula bergerak merangkak-rangkak sebab memberi laluan untuk pengguna-pengguna yang pentingkan diri sendiri ini. Anak-anak yang melintas jalan tu pulak, boleh melintas selamba tak perlu menoleh pun kiri atau kanan sebab dia fikir kenderaan lain akan berhenti untuk menjaga keselamatan dirinya. Mereka ini adalah pelajar-pelajar sekolah menengah. Kalau sekolah rendah tu, kita pun maklumlah tahap kesedaran jalanraya mereka. Itupun sekolah rendah pun dah ada subjek pendidikan jalanraya ini. Apa hendak dikatakan, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke roti canai...kalau sudah bapaknya borek, anak dah tentulah rintik.

Kemudian baru lepas kawasan sesak itu, mataku mengesan kehadiran sebuah motosikal di hadapan. Sudahlah tidak memakai topi keledar, dengan tiada apa-apa isyarat membelok untuk jalan pintas. Almaklumlah, nak cepat agaknya. Duduk di hadapan dengan kaki dimasukkan dalam bakul ialah seorang anak yang masih kecil. Nasiblah Aku bukan sekali dua terserempak keadaan ini. Jadi, Aku telah menjangkakan risiko ini dan telah mula menjaga jarak dan memperlahankan kenderaan. Sedih betul mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab begini. Kalaulah ada pemandu yang lain di tempat Aku yang barangkali tidak menjangka berlakunya keadaan seperti ini...bayangkan apa akan terjadi? Motosikal itu akan dirempuh dari belakang. Penunggang dan anak kecil itu akan tercampak di atas jalan. Nauzubillah!

Dan bayangkan jugalah saban hari berada di atas jalanraya dengan dikelilingi pemandu-pemandu yang hanya memikirkan kepentingan dan hak mereka sahaja. Yang tidak ada budi bahasa. Yang tidak menghormati pengguna lain. Dan yang tidak mahu bertolak ansur. Juga untuk yang merasakan mereka di pihak yang benar dan langsung tidak mahu mengalah. Dia laju di lorong kanan. Tapi si siput di depan tu masyaallah perlahannya. Biasalah, mungkin dia ada masalah 'mental' sikit...tapi kenapa hendak merendahkan diri kita sama taraf dengannya. Sampai mengekor dekat macam hendak sodok belakangnya. Nyalakan lampu kelip...kelip...kita pula yang berlagak macam samseng. Sabar! Biarkan sekejap, bagi masa pemandu itu tukar lorong. Berbaloikah mempertaruhkan nyawa kita dan orang tersayang hanya kerana rasa kita betul dan berhak?

Yang perlahan tu pulak...kalau ada pemandu di belakang yang agresif macam tu...mengalahlah...buat apalah hendak mencari pasal. Buat apa hendak diturutkan hati yang kononnya geram dan naik baran tu. Dia laju, bagi dia lalu. Biarlah dia dengan sikapnya. Jangan kita pun sama masuk bakul sekali. Lagipun kita bergerak perlahan, tak akanlah kerana tak puas hati kita nekad tahan dia di lorong kanan tu tak bagi laluan? Kesianlah dengan penumpang kita dan pengguna-pengguna lain. Orang kata, gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah...

Pasal itulah buatlah berapa banyak Ops Sikap sekalipun, kalau pengguna-pengguna tiada elemen budi bahasa ini, Aku rasa sia-sialah sahaja segala inisiatif yang ada.

Thursday, October 01, 2009

Terima Kasih Bintang

Cuma ada satu bintang
Yang pernah bersinar terang
Di langit mimpi

Puas cuba memetik
Yang gugur hanyalah angan
Berselerakan
Di alam nyata

Cuba pula ku usir
Yang berlalu cuma bayangan
Kala jaga menyentak lena
Dan terbuka mata fikir

Bila-bilapun cuma ada satu
Setia menemani mimpi sepiku

Terima kasih bintang
Menunjukkan Aku jalan
Meminjamkan Aku kekuatan
Memberikan Aku ilham

Edisi Ke-8

Selamat untuk kelahiran seorang lagi umat , mudah-mudahan menjadi anak yang soleh.

Alhamdulillah, setelah berjam-jam mempertaruhkan nyawa, biras Aku telahpun selamat melahirkan bayi sulungnya. Sebelum itu beberapa kali keluar masuk hospital. Sampai kemuncaknya semalam dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Klang. Kalau ikut perkiraan, sepatutnya hujung bulan ini baru cukup tempoh.

Tak pasti pula jantina bayinya. Masa ayah mertua telefon tadipun Aku tak bercadang banyak bertanya. Almaklumlah, dah berhari-hari keletihan berulang-alik ke sana ke mari. Semalam cuma sempat 2 jam tidur di rumah Aku. Jam 2.40 pagi mak mertua kejutkan Aku bagitahu hendak ke hospital. Biras Aku dah siap minta maaf dengan semua orang dan adir ipar Aku pun dah menangis tak keruan. Rumit juga situasinya kerana beberapa masalah kesihatan dan Aku dimaklumkan pembedahan tidak dapat dijalankan.

Pada saat-saat begitu kita hanya mampu menyerahkan kepada Dia.

Jadi bila ayah mertua bagitahu bayi sudah selamat dilahirkan jam 4 pagi dan kedua-dua ibu dan anak okay, barulah terasa lega hendak melangkah ke tempat kerja. Sebab Aku berkira-kira samada hendak mengambil cuti kecemasan sehari atau tidak untuk menjenguk biras. Memandangkan semua dah selamat, insyaallah, mungkin hujung minggu ini kami akan singgah melawat.

Maka dah masuk 8 cucu mertua Aku. Mungkin tak dapat 'celen' cucu mak ayah Aku yang sudah berjumlah 20 orang :)