Assalamualaikum...salam pagi Isnin yang indah. Siapa kata hari Isnin hari untuk bermurung? It's the beginning of the week...hello...smile to the world please! Yeah...yeah...I know...The worst kind of pain is when you're smiling just to stop the tears from falling. Tak pe...tak pe...biarkanlah. Dunia akan terus berputar. Tak payah sesakkan fikiran yang telah sedia sesak. Memang tak ada orang akan pedulikan kita pun...jadi stick to the plan saja...Tuhankan ada. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dan peneman tika seisi dunia tidak mampu membantu.
Okay...so what's up?
Currently Telipuk sedang membaca dua buah buku...satu ialah buku, "Don't be Sad Muslimah" dan satu lagi buku kat atas tu, "Move On"...eh...eh...nampak mainannya tu kan? Hahaha...well...jangan tengok yang tersirat, fokus pada yang tersurat sudahlah. Buku jer pun kannn...kita boleh baca apa-apa genre pun...baik yang motivational, yang fictional...apa-apalah. Untuk Telipuk yang masih 'mencari-cari' rentak, memang buku-buku macam inilah yang Telipuk suka sekarang.
Last weekend Telipuk pergi makan pagi di NZ Wangsa Maju. Selain mamat penghibur yang menyanyi kat depan tu, Telipuk tertarik melihat dari jauh deretan buku di hadapan kaunter bayaran. Nampak promosi kat situ beli satu dapat satu pada harga RM10. Wahhh...apakah itu??? Sekali pergi dekat nak tengok...aiyakkk...novel-novelan yang tajuknya saja sudah buatkan Telipuk kembang tekak...so hihihihi...memang tak masyukkkk!!! Jadi, kalau korang nak bagi hadiah buku kat Telipuk...eh...eh...(contohlahhhh)...jangan sesekali...diulang...jangan sesekali hadiahkan Telipuk dengan novel yang tajuknya macam Sebenarnya Dia tu Jiran Saya atau Rindu Awak Beratus-beratus % Sampai Tak Terkira...sebab ia akan mencetuskan satu perasaan jengkel dalam hati Telipuk. Aduhhh...maaflah, jangan terasa...Telipuk bukan saja-saja buat macam tu, tapi memang Telipuk tak minat. Mungkin sebab Telipuk dah tua pun...tak minat dah bahan-bahan macam ni...(tapi dulu-dulu masa muda pun macam tu juga...tak minat).
Berbalik kepada buku-buku yang sedang Telipuk baca tadi, seperti biasa memang slow jer baca. Iyalah, kadang-kadang baca sekali lalu tak faham...baca sekali lagi barulah menjelma maknanya. Itu belum masuk bab relate atau tidak dengan diri sendiri. Yang interaksi sebegitulah yang memperlahankan pembacaan...lainlah kalau nak speed reading. Kejap jer habis.
Cuma satu Telipuk nak katakan...yang Telipuk kadang-kadang rasa terkilan dengan diri sendiri...kata-kata yang manusia karang jugaklah kau nak baca kan...padahal point-point yang diberikan tu semuanya dah lama ada dalam Al-Quran. Dah lama Nabi kongsikan. Itu adalah kelemahan diri Telipuk sendiri. Sesungguhnya ilmu Allah itu luas...cari dan ambillah. Asalkan ia tidak bercanggah dengan rujukan utama dan membawa kita semakin hampir dengan Allah.
Monday, March 27, 2017
Friday, March 24, 2017
RECHARGE!
TADABBUR SEHARI 1 AYAT.
DIBAWAKAN OLEH : USTAZ ASRAFF AYOB AL-HAFIZ
🌺SURAH AL-AHZAB, AYAT 56🌺
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
---------------------------------
Manusia & imannya jika dianologikan, ia seumpama Handphone canggih & bateri. Handphone mewakili kita manakala bateri mewakili iman.
Handphone canggih beribu ringgit itu tidak berguna jika baterinya selalu 'weak', apatah lagi cepat 'kong'.
Tanda-tanda bateri iman kita mulai lemah adalah, kita sering lalai, malas beribadah, hidup rasa kosong, tidak tahu nak buat apa, mudah berselisih faham dengan keluarga/rakan, sering hilang punca dalam hidup dan sering rasa 'LOST'.
Kata ulama, antara ubat atau 'charger' bagus untuk bateri iman adalah dengan mengunjungi taman syurga. Ia bermaksud, kita mengunjungi majlis ilmu mendengar kalam ulama. Tempatkan diri dalam majlis yang banyak barokah serta makhluk yang Allah redhoi (malaikat).
Antara majlis yang sering saya kunjungi adalah majlis yang membicarakan sosok manusia mulia, Rasulullah s.a.w.
Selama 2 ke 3 jam, kita akan difokuskan untuk berfikir, berzikir, memuji dan mengingati manusia paling mulia, Rasulullah s.a.w.
- memuji manusia yang Allah lantik untuk menyebarkan rahmat kepada semua,
- mengingati manusia yang menjadi ketua para anbiya',
- mengenali lebih mendalam manusia yang hidupnya didambakan untuk menyelamatkan kita, umatnya.
Harapan saya kepada anda hanyalah satu, perbanyakkanlah berselawat kepada Rasulullah s.a.w kerana Allah s.w.t & malaikat pun tidak pernah putus berselawat ke atas baginda.
Ini kerana selawat merupakan antara pemudah-cara untuk ke syurga. Ia adalah amalan paling mudah tapi bermanfaat besar untuk kita amalkan agar lebih mudah di dunia lagi satu. Rasulullah s.a.w mengingatkan,
“Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkan sepertimana azan itu diucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian berdoalah kepada Allah bagiku “wasilah”, kerana “wasilah” itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu. Barangsiapa memohon “wasilah” untukku, wajib baginya syafaat.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)
Jom, perbanyakkan selawat.

Wednesday, March 22, 2017
Mawar Terpinggir ~ Francisca Peter
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu didalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar menghilang
Siapa sebenarnya aku padamu
Aku sendiri terkeliru
Kau mengharapkan aku sentiasa mengerti
Terima saja
Apa yang terjadi
Diri mawar yang terpinggir
Terkadang dipuja
Terkadang tersingkir
Hati disebalik tenangku
Bagai kaca musnah
Terhempas ke batu
Perasaan dan hatimu
Mengikut musim
Bertukar ganti hangat dingin
Kehadiranmu didalam hidupku
Bak bayang
Sebentar ada sebentar menghilang
Thursday, March 16, 2017
Doa Taubat Nabi Adam
Telipuk nak berkongsi sedikit ilmu yang menjadi lebih mudah diperolehi dengan adanya teknologi. Begitu kita harus memanfaatkan teknologi, bukan membiarkan kita semakin hanyut dan lagha. Ini perkongsian daripada Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz. Telipuk akan buat entri untuk setiap perkongsian supaya mudah nak rujuk nanti. Kalau Telipuk simpan merata-rata, takut tak jumpa pula...maklumlahhh...;).
Semoga memberi manfaat juga kepada sesiapa jua yang membaca.
-------------------------------------------------------------------------------
TADABBUR SEHARI 1 AYAT.
DIBAWAKAN OLEH : USTAZ ASRAFF AYOB AL-HAFIZ
SURAH AL-A'RAF, AYAT 23
قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
'Mereka berdua merayu : Ya Allah, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak ampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami orang-orang paling rugi'.
--------------------------------------------------------------------------------
Selaku manusia biasa kita sedar, diri ini diselubungi salah dan silap. Kita hamba penuh dosa tetapi punya impian meraih syurga. Sebab itu, kita tidak jemu beristighfar dan solat taubat. Cuma kadangkala terdetik dalam hati, adakah Tuhan sudi menerima hamba yang banyak khilaf ini?
Kita tertanya, jika doa taubat terbaik itu wujud, apakah doanya?
Mari belajar dari 'moyang' kita, Nabiyyuna Adam a.s. Moyang yang dahulunya pernah melakukan kesilapan. Ditempatkan di tempat sejuta nikmat, syurga tertinggi ditemani isteri penyejuk hati. Bergembiralah di dalamnya, kata Tuhan. Cuma jangan langgar satu syarat sahaja : jangan dekati pokok durjana. Kelak anda bakal disingkirkan dari syurga.
Anda tahu apa terjadi selepasnya. Nabi Adam melanggar 'pantang' yang membuatkan Tuhan murka. Baginda bertaubat sesungguh hati. Cuma bukan mudah untuk taubatnya terus diterima.
Akhirnya, seperti dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 37, selepas baginda menyampaikan satu doa penuh luarbiasa, Tuhan sudi menerima taubatnya.
Doa luarbiasa : Robbana Zolamna anfusana...., dalam Surah Al-A'raf, ayat 23. Saya yakin anda menghafalnya.
Doa ini sengaja Tuhan share dalam Al-Quran agar kita, anak-cucu Nabi Adam yang melakukan kesalahan, kita tahu cara memohon ampun dengan adab & pertuturan yang betul.
Bacalah doa itu sepenuh hati dengan menghadirkan intisari maknanya : sebuah penyesalan terbesar dari lubuk hati terdalam. Dan jangan lupa, 'top-up' doa anda dengan menyertakan sekali 'istighfar kabir' yang diajarkan Rasulullah s.a.w.
Ia adalah penghulu istighfar. Doa penyesalan yang bermula dengan kata, 'Allahumma anta robbi.....'
Jika anda tidak mengetahuinya, google sahaja 'penghulu istighfar'. Pasti hasil cariannya keluar serta-merta.
Sekian, 'Wassalamu ala manit taba'al huda'
Dan selamat & amanlahlah kehidupan mereka yang sentiasa suka menuruti petunjuk Al-Quran - Surah Toha, ayat 47

Monday, March 13, 2017
Lain Padang...
Mengikut maklumbalas yang diterima, antara komen mengenai perkara yang Telipuk boleh perbaiki ialah berusaha supaya menjadi lebih "outspoken". Uuuuuu...
Terfikir juga apa kena mengenanya character Telipuk dengan mutu kerja...outspoken pada Telipuk ialah sesuatu yang tak semua orang ada. Mengikut definisi Merriam-Webster, outspoken bermaksud"talking in a free and honest way about your opinions"...diterjemahkan kepada "cara seseorang menyatakan pendapatnya dengan bebas dan jujur", bererti, bila kita nak memberi pendapat, kita bebas meluahkannya , tak ada sorok-sorok, tak ada rasa takut kalau orang tak suka dengar dan tak kisah pun dengan pandangan orang lain. Hahh...macam tu le.
Dalam urusan kerja Telipuk ni, kalau memerlukan kepada pendapat...memang tak ada banyak masalah sebab Telipuk lazimnya berpandukan kepada polisi/panduan mengikut mana-mana topik berkaitan pada masa perbincangan. Memang tak ada keperluan mengeluarkan pendapat sendiri sebab ini bukan mesyuarat PIBG, boleh suka-suka nak cadangkan itu ini...apa-apa masalah dan jalan penyelesaian, harus bersandarkan kepada polisi sedia ada yang akan disuai padankan dengan kepentingan syarikat...so , dari situ, Telipuk akan menimbangkan pilihan yang sedia ada , melihat kepada risiko dan akhirnya membuat keputusan menyatakan pandangan yang paling terbaik untuk keadaan tersebut.
Tapi Telipuk faham, kadang-kadang, untuk menjaga hati orang lain...Telipuk terpaksa berselindung atau tidak berterus-terang tentang sesuatu perkara. Telipuk suka ambil pendekatan PM tepi sebab adakalanya perkara tu tak libatkan semua orang dan kita boleh selesaikan di luar mesyuarat. Memang betul, Telipuk ni jenis yang tak pandai nak highlight sesuatu kesalahan/kesilapan openly. Bukan tak nampak...nampak...tapi Telipuk biasanya akan weigh dulu option yang ada...as much as possible, kalau damage tak besar, Telipuk tegur kemudian. Biasalah Libra, menimbang...menimbang...menimbang...Itupun bukan tegur sebarang la...so, rasanya mungkin orang salah faham dengan pendekatan Telipuk ni...nampak 'lembik' jer kann...hahaha...tapi kerja jalan kan? Ada tak apa-apa yang korang nak Telipuk tak mampu tolong selesaikan? Ada tak apa-apa yang pending disebabkan kegagalan Telipuk bertindak?
Tak ada kannn???
So, okay whattt....;)

Thursday, March 09, 2017
Hebatnya Di Mana?
Kelmarin adalah Hari Wanita Sedunia...katanya. Maka banyaklah mesej yang bertemakan wanita serta keistimewaannya itu berterbangan masuk. Bacalah satu persatu...tapi satu pun Telipuk tak forward . Tak teringin nak share pun...hahaha. Kau ni kenapa , Telipuk?
Ada satu mesej tu mengandungi kata-kata berikut :
Eh...eh...macam something is wrong somewhere jer...
So...atas sebab-sebab ni wanita jadi hebatlah ek? Ditekan, dibuli...tapi sabar...hebat la ye? Eh dah kenapa ye macam tu? Kenapa wanita jer? Lelaki dah perlu lalui semua ni ke? Lelaki tak mampu membalut luka hati dengan sabar ke? Lelaki tak mampu meredam amarah dengan istighfar ke? Pelik aku...
So, you means its ok to hurt a woman ke coz she's strong and she'll be ok soon. Otherwise, she is not great?? Derrrr...
Eh hellooo...I tak rasa ter'motivate' langsung dengan kata-kata macam ini. Rasa macam nak geram lagi adalah. Kita bukan 2nd class ok...kita makhluk yang hebat ciptaanNya. Cuma bab peranan sahaja kena faham sebab ramai wanita melihat kepada kesamarataan sedangkan we are not competing with the men, we are complementing them. So, play our role well.
Untuk Telipuk, wanita tak hebat kerana perkara-perkara di atas. Tetapi wanita menjadi hebat bilamana di dalam hatinya ada Allah dan Rasul. Apabila di dalam hati wanita ada Allah dan Rasul, tujuan hidupnya jelas, tindakannya juga terbimbing, hidupnya bahagia dan terhindar jauh daripada takut dan khuatir. Maka itulah dia jadi hebat. Hebat sebagai ibu, hebat sebagai isteri, hebat sebagai saudara dan segala macam peranan lagi.
Let us all strive to be His servant, both man dan woman...let us be great together and work together .
Let's strive to be in Jannah.
In shaa Allah.

Monday, March 06, 2017
Syurga Yang Kita Rindukan
Dua tiga hari kebelakangan ni balik-balik orang cakap pasal berpoligami. Memang topik hot, apatah lagi dengan kemunculan filem "Syurga Yang Tak Dirindukan"...what's wrong with you people? Macamana korang boleh tak merindukan syurga?? Kalau tak rindu syurga, korang rindu apa? Tak pasal-pasal Telipuk yang sentap...sebab Telipuk sangat-sangat merindukan syurga, justeru apa jua pun Telipuk telan dan redah jua...sebab Telipuk sedar amalan Telipuk tak seberapa, hanya mengharapkan belas dan rahmat Tuhan.
Tahun lepas ketika Telipuk mengikuti Seminar Tajwid Luar Biasa di Shah Alam, Allah telah mempertemukan Telipuk dengan seorang rakan baru yang mempersona akhlaknya. Meski cuma bertemu sebentar, terasa seolah-olah telah menjalin ukhwah sedari dulu lagi. Terasa serasi dan mesra, Tak ada rasa kekok berbual. Macam-macam kami perbualkan ketika Telipuk membantu menghantarnya pulang untuk menaiki bas ekspres ke utara. Masya Allah, jauhnya berkelana bersendirian demi untuk mendapatkan ilmu. Syukur Alhamdulillah, setakat Shah Alam ini Telipuk mampu redah bersendirian sebab tak jauh.
Ketika berbual itu, tahulah Telipuk yang sahabat ini masih single. Mencari, ya...tetapi dia tidak mahu terburu-buru. Bukan memilih. Tetapi dengan ilmu yang dia ada, dengan matlamat yang jelas...mengapa tidak betul-betul memilih seorang Nakhoda yang terbaik. Tak sedar, Telipuk sokong pendiriannya. Kata Telipuk, jangan hanya kerana tertekan dengan expectation orang, maka awak terburu-buru memasuki alam rumahtangga, sedangkan awak telah tahu lelaki yang bagaimana awak mahu untuk memimpin awak...lelaki yang awak mahu bersama-samanya berjalan menuju ke syurga Allah. Saling sokong menyokong dan bantu membantu, bukan lelaki yang hanya mengharapkan awak jadi isteri yang baik dan dia hanya sekadarnya berperanan. Tak padan dengan gelaran khalifah.
Lalu Telipuk menebak pandangannya jika lelaki yang sesuai itu adalah seseorang yang telah beristeri? Dengan sopan dia memberikan jawapan. Saya bukanlah mahu menentang poligami, apatah lagi ianya hukum Allah tetapi saya sentiasa berdoa semoga saya tidak diuji sedemikian dan semoga Allah pertemukan saya dengan lelaki yang bukan telah memiliki isteri. Telipuk tersenyum sebab kelakar dengan gayanya yang panik menjustifikasikan antara hukum Allah dengan kehendak sendiri...ya, siapalah kita manusia nak mengutamakan kemahuan sendiri mengatasi kehendak Allah. Telipuk faham kerana hal hati dan perasaan ini bukanlah mudah. Dalam masa yang sama Telipuk gembira dengan pendiriannya, bukan pendirian menolak poligami kerana sebagai hamba Allah, yang Allah syariatkan dalam agamanya kita kena ambil seluruhnya, tak boleh pilih-pilih tetapi pendiriannya yang mahu menjaga keharmonian hati sendiri dan hati wanita lain. Itu Telipuk hormat. Bukan macam sesetengah orang tu, tahu pandai petik ayat Al-Quran dan pandai jatuhkan hukum sahaja. Kenapa? Kalau wanita tu tak sudi dimadukan, masuk neraka ke dia?
Untuk sahabat Telipuk yang manis orangnya ini, Telipuk doakan semoga awak bertemu dengan lelaki yang bujang lagi soleh sebagaimana yang awak impikan. Bagi Telipuk, awak berhak menentukan pilihan awak. Sangat-sangat berhak dan tak ada sesiapapun yang berhak mempertikaikannya. Allah ada dan Allah Maha Mendengar. Mintalah . Teruskan meminta demi syurga yang kita sama-sama rindukan. Semoga Syurga menjadi milik kita...

Subscribe to:
Posts (Atom)