Entry kali ini adalah atas permintaan USJ. Amboi...sejak bila ada ruangan permintaan ni...he..he...sajalah, kadang-kadang dapat feedback pembaca kan, you all lah pencetus kelangsungan blog ini maka adakalanya kalau berpatutan dengan keadaan lagi tidak mendatangkan kemudaratan, tak adalah masalah untuk ditunaikan.
Kata USJ ketika kami ramai-ramai duduk berborak semasa majlis jamuan pejabat tempohari, "You tulislah macamana you kenal dengan husband you".
"Ok, boleh jugak jadi next bahan KL Traffic" kataku tergelak-gelak. Boleh jugaklah, memang aku suka teknik-teknik imbas kembali ni.
Sebenarnya kalau ikutkan kenal, aku dah kenal Abang masa zaman Matrikulasi dulu. Tapi nak kata kenal sangat pun tak juga sebabnya Abang ni merupakan sahabat pena pada masa tu. Kami berkenalan pun gara-gara sajaknya yang tersiar di akhbar. Aku cakap dia plagiat, dia tak ngaku...he..he...dejavu konon!!! So, dari situ kami selalulah berutus-utus surat. Zaman tu kan manalah ada email canggih nie, yang adapun Eudora yang lembap bangat dan lagi PC sangatlah mahal lagi terhad. Apapun segalanya berlangsung baik meskipun kami tak mengenal rupa, aku tak main la kirim-kirim gambor (pasal aku pun jarang bergambor).
Dipendekkan cerita sampailah masanya aku melaporkan diri untuk bertugas di ibupejabat TM, KL. Sebelum tu aku dah pun 6 bulan join Management Trainee kat Jalan Semarak. Tapi selama tempoh itu, aku langsung tak contact penpal aku yang tinggal kat KL ni. Entahlah, rasa tak perlupun bagitau. Sebulan lepas bertugas secara rasmi, aku pun menerima surat konvokesyen UUM. Entah macamana sehari sebelum balik tu aku tergerak cuba menghubungi kawan ini melalui telefon. First time la. Sebaik dia tahu, kemain marah dia sebab tak cakap aku ada kat KL ni. He...he..Dia nak jumpa! Hah..problem ni, pasal aku memang la seumur hidup tak pernah la keluar berdua-berdua dengan makhluk lain jantina ni, kalau kerja berkumpulan macam kat U tu lain cerita lah.
Mula-mula aku tak mo. Pasal nanti aku tak tau nak cakap apa bila berdepan. Aku nie kalau bercakap melalui pena, typewriter atau yang sewaktu dengannya memang laju (terutama dgn kaum ni la), tapi kalau jumpa...aiyohhh...Tapi cik Abang ni tak nak mengalah. Siap ugut lagi. "kalau awak tak nak jumpa saya, lepas ni tak payahlah kita berkawan lagi". Alamak...masa tu kan dah bertahun berkawan. Takkanlah sebab ni ajer tak mo kawan lagi...macam childish la pulak. Tapi tak perrr...aku pun buat plan.
"Macam ni lah Nizam, saya nak balik kampung esok pagi. kalau awak nak jumpa saya, kita jumpa kat Puduraya sajalah. Bas saya jam 8.30 pagi. Saya tunggu kat area kaunter Transnasional. Kalau jumpa, jumpalah". Okey set!
Alamak...gabrala pulak, dah 5 tahun bersahabat pena, tetiba nak bersua muka. Pulak tu tak kenal muka. Memang kerja gila. Apapun mungkin dah rezeki nak jumpa. kalau ikutkan keadaan, tak dapat jumpa patutnya sebab dah 8.30 pagi kelibat pun tak nampak, ehh...yer la, mana kenal orangnya...kelibat apa! Tapiiii...tetiba la pulak bas aku delay sejam lamanya. Huisshhh...penat menunggu aku pun beranikan diri scan around...kot-kot la...masa aku menoleh ke belakang, seorang mamat yang duduk membelakangi aku pun tetiba menoleh. Oppsss...mata bertentang mata masa tu...dan tetiba la pulak masing-masing macam..."err..awak ke...". memang kelakar siot la masa tu. Memang dialah orangnya. Kitaorang pun sekadar hi hi gitu jer la. Dia cakap, "Amboi...tingginya awak ni". Aku sengih-sengih dan dalam hati cakap, "Dah agak, sure rendah punya!". Tak ingat la cakap apa, tapi perkara-perkara basic ajer lah...bila bas dah ready, dia pun iring aku turun dan tolong bawakkan beg aku. Masa tu baru perasan dia membawa bersama sejambak bungaa...auwww...giler romantikk!!!! Katanya untuk konvokesyen. Bayangkan lah betapa huru-haranya aku mengusung jambak bunga tu dalam bas dan all the way balik kampung...ni kalau David Teo baca ni sure dapat idea produce satu lagi filem komedi romantik...wakakakaka....
So, tak pe. Habislah sudah satu pertemuan yang singkat. Bila sampai rumah family tanya gak sapa bagi bunga tu. Aku cakap kawan bagi. Tengah malam tu telefon rumah berdering-dering. Aku masa tu dah tidur-tidur ayam dalam kelambu. Kakak aku cakap panggilan untuk aku. Ish...sapa plak tu...jarang sangat la ada kawan call kat umah, nak-nak tengah malam. Rupanya Nizam. Biasalah tanya bila sampai, sihat tak, dah makan lum? He..he...lepas tu tetiba jerk serius..."Anira, saya nak serius dengan awak".
Aku terkedu. Ingatkan salah dengar ke hapa.
"Cakaplah awak terima saya atau tidak?"
Aku diam ajer sebab aku tak tahu nak cakap apa. Aku belumpun menilai apa-apa. Semuanya terlalu baru dan asing bagi aku. Dalam pada aku diam tu, dia teruskan dengan segala perancangan seakan-akannya aku bersetuju. Dia nak merisik aku. Kawan setahun, lepas tu masuk meminag. Bertunang setahun, lepas tu kawin. Ha..aku pun terlopong jer dengar, biar betul mamat ni. Ke aku yang dah tak berapa betul dengar ni? Yelah, macamana pulak dengan sekali jumpa tu dia boleh decide nak kat aku. Tak masuk akal!
"Sebenarnya saya dah lama sukakan awak. Tapi saya perlu jumpa awak untuk pastikan perasaan saya. Dan saya suka apa yang saya lihat."
Perasaan aku? Errr...entahlah aku pun tak ingat. Rasa flattered jugaklah, tapi tak pasti...Pendekata, malam tu aku cuma jadi pendengar aje...ya pun tidak, tidak pun tidak...huhu..susah juga jadi 'dacing' ni...50-50 belaka.
Ini cerita 1001 malam pun tak habis...he..he...Apapun balik konvo, aku kuar dating first time...pakai baju kurung warna hijau...giler jambu!!! Makan kat KFC, pas tu jalan-jalan kat Tasik Shah Alam...arrr..ar...arr...dekat situ aku dapat surprise...sebentuk cincin risik katanya. Mak dia dah call mak aku minta izin bagi macam tu ajer, pasal jauh kan kalau nak ikut adat tu. Macam koboi jer. Lepas tu barulah aku belajar untuk mengenal dan menyemai perasaan cinta...ha..ha..bila aku fikir-fikirkan, lebih baik terima orang yang betul-betul sayang dan cintakan kita. Yang mahukan kita dalam hidupnya. Dan mungkin sebab 'kelurusan, ketelusan...dan kesungguhan' dia yang membuatkan aku 'cair'. Yelah, tak pandai aku nak bercinta-cinta, berkias bagai...lebih senang bagi tau straight to the point. Dan bila orang dah suka, kita pun nak tunggu apa lagi. Aku tengok Nizam ni okay ajer, lagipun keluarga dia juga terima aku dengan baik. Keluarga aku pun tak ada bantahan. So, okay loorrrr.
Jadi, USJ, itulah asalnya camana Aku berkenal, berjumpa dan berkahwin dengan suamiku. Tak der la karatzzz stail filem Hindustan tu. Tersangatlah practical nya. Insyaallah, bulan 8 ni, genaplah 10 tahun pertemuan kat Puduraya tu...cehhh..bila aku ungkit balik, dia buat derk ajer...dia cakap aku yang ngorat dia...ecehhh..ceh...ceh...Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku ada...alhamdulillah. Mudah-mudahan diberkati Allah hingga ke akhir hayat.
So, lepas ni sapa-sapa yang ada request lagi, bolehlah bagi untuk pertimbangan siaran kat KL Traffic ni...tapi biorlah yang munasarawak sket he...he...he...bab yang ni kira selesai dan dah tutup buku yer.