Kami berdua bercuti hari ini. Aku mengambil cuti gantian sempena dirgahayu Ke bawah Duli Tuanku Mizan yang belum ku gunakan lagi. Manakala Abang mengambil cuti untuk cover penat menjadi urusetia program banknya di PD hujung minggu tadi.
Semenjak Ahad lagi aku menghabiskan masa membaca buku memoir politik Said Zahari berjudul Meniti Lautan Gelora. Banyak juga perkara-perkara yang aku tidak tahu rupanya...hemmm...misalnya , Utusan Melayu rupanya pernah menjadi sebuah akhbar yang bebas merdeka sebelum dimanipulasi menjadi lidah kerajaan sebagaimana tradisi sekarang...ulasan selanjutnya aku belum tergerak hati nak buat, setakat hari ini aku nak simpan aje...:)
Pagi tadi kami pergi shopping kat Wangsa Maju...lepas tu singgah ambil Hisham kat sekolah dia. Suka la dia mak ayah datang jemput hari ini. Siap eksyen kat kawan-kawan lagi. Sudah tu langsung ke rumah mak menjengoknya. Banyak lah buah durian kampung menanti hantu durian ni. Apa lagi siap bersila kat situ jugaklah. lepas makan durian, makan rambutan pulak...huhuhu...lepas tu makan durian lagi...alamat malam ni kena buka aircond sampai pagilah kot...he..he..he...
Dalam pada tu, kata Ram, insyaallah,petang ni dah boleh bawa baby balik umah. Syukurlah.
No comments:
Post a Comment