Wednesday, July 23, 2008

1001 Cinta

Cinta. Ini topik panas. Tak percaya??? Selaklah di mana-mana lembaran akhbar atau majalah. Mesti ada terselit ruangan-ruangan meluah perasaan yang terhimpit oleh cinta. Cinta sejatilah. Cinta palsulah. Cinta slapstik pun ada (ingat lawak slapstik jer ke ada?)...iyee, betul...kalau tak tak adalah cerita-cerita drama cinta yang terencat kat TV tu...putus selera dibuatnya.

Teringat kisah Liza dan Rosli (kalau tak silap) , dua watak kartun karya Zunar yang dulunya menghiasi Majalah Humor Nasional, Gila-Gila. Tajuk kartun tu.."Cinta Tak Semestinya Bersatu". Memang kelakar kaw-kaw...simple tapi mengena. Pada aku, ianya sangat brilliant! Orang suka bercakap pasal cinta...tapi diaorang tahu ke apa makna cinta yang sebenarnya? Pernah dengar dialog-dialog di bawah?

A : I sanggup berkorban untuk U. Percayalah! (uweekkk)
B : Walaupun 1000 yang datang, U tetap menjadi pujaan hati I (masa belum dapat bolehlahh..)
C : Biar apa pun yang terjadi, I sama sekali tak akan tinggalkan U (huhuhu...tapi kalau Along datang cari, I la yang akan lari dulu)
D : Antara kami dah lama berakhir, I tak bahagia bersama dia. I hanya sayangkan U seorang (la..la..la..la.macam pernah ku dengar, tapi di mana ya???)
E : Walaupun kita tak dapat bersama, I akan tetap mengingati cinta kita hingga ke nafas yang terakhir ( dah nak mati boleh ingat lagi ke?)

Kat atas tu semua cinta palsu belaka. Cinta konon. Buat malu saja. Cinta murahan. Cinta picisan.

Sebenarnya cinta adalah....(waaaaa....dah jadi sang pujangga cinta pulak daahhhh!)...
Ini my opinion sahajalah. Kalau kita cintakan seseorang, pertamanya kita kena mampu untuk berasa bahagia untuknya. Kat sini aku nak kaitkan dengan kartun Zunar, "Cinta Tak Semestinya Bersatu" itu. Kadang-kadang dalam hidup kita, kita tak mampu dapat semua benda. Kalau dalam keadaan yang tak termampu kita halang, maka dia terpaksa berlalu pergi...lepaskanlah dia pergi. Walaupun hati kita menangis..huhuhu...Dan walaupun terseksa, kita mesti teruskan hidup ini memandang ke depan. Dan kalau kita sayangkan dia, doakanlah yang terbaik untuknya. Mana tahu itu yang terbaik untuk semua orang.

Jangan jadi macam sesetengah orang yang tak dapat terima hakikat lalu jadi benci-membenci dan bermusuh-musuhan. Itu namanya cinta nafsu, cinta yang pentingkan diri sendiri! Jadilah pencinta yang ada maruah dan harga diri. Bukankah ianya lebih bermakna untuk mengingati bahawa kita pernah menyayangi seseorang dengan setulus hati tapi akhirnya melepaskan dia pergi demi kebahagiaannya. Dan anggaplah yang dia itu sebenarnya 'tak ada rezeki' nak dapat awak! He..he..he...reverse psychology nih!

Apapun cinta itu berbagai warna. Cinta paling suci tentulah cinta untuk Nya. Tahap yang ini yang ramai tak mampu gapai. Jadi kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah.
Bila dah kita miliki cinta itu, hargailah. Apatah lagi akad dilafaz atas namaNya yang suci. Bersyukurlah dengan RahmatNya. Jangan sambil lewa dan anggap mudah...cinta yang ada pupuklah sampai ke hujung. Senang untuk mencari alasan, payah untuk mempertahankan. Sebab itu mesti selalu akal merajai cinta, jangan sebaliknya...takut bahagia jadi derita.

Hemmm...( ni kes terkenang-kenang peranan jadi kaunselor tak bertauliah lah tu...he..he...he...tuan penasihatttt...20%!!!!!).

7 comments:

Anonymous said...

Cinta tak semesti bersatu... teringat kat filem Hum Dil De Chuke Sanam.
kat majalah Gila2, tak ingat pulak kartun romantik Zunar. Tapi teringat pasangan romantik yg selalu dating kat Taman Tasik Taiping ... aisey... lupa pulak nama depa

Telipuk Kuala said...

Kartun Zunar tu tak romantik...tapi kelakar giler sebab si Rosli yang tak reti2 dok ngorat Liza yang tak mo layan dia...pasangan Taiping tu kalau tak silap nama dia Mon (sihatnya dia!) dengan Mat (alahai...kurus macam lidi).

R n H said...

From Taiping with love tajuk dia...

Telipuk Kuala said...

Ram, ko kat Edward VII dulu tu tak pernah dengar pasal kueyteow Dolly ke? Orang cakap sedap! Kat belah mana ye??

R n H said...

Ada...dia punya gerai kat bawah bangunan Aked Mara Taiping kalu x salah aku..betul2 tengah town centre sebaris ngan bangunan shopping complex 'The Store' tu...

Anonymous said...

cinta pelbagai ragam..susah nak ditafsirkan..hanya mereka-mereka yang terlibat sahaja yang faham..ada cinta memendam..mungkin sukar hendak diluahkan..ada cinta MOU...hai..dunia dunia..apapun semua ini walaupun kekadang nampak bodoh tetapi ia boleh mematangkan seseorang...

Telipuk Kuala said...

Cinta MOU??? Ewwwuuukkk...menatang jenis reptilia ker aperrr??? Hihihi...well, kalau dah ada MOU lagi la senang ekk. But as you said, we sometimes did some stupid things and have to live with the facts that the damage is permanent, irreversible...will forever remain unforgotten. That's cruel, huh?