Hari Khamis lepas barulah berpeluang balik ke kampung halaman. Ramai yang sudah balik meninggalkan kampung. Jadi, memang putus selera hendak pergi beraya. Apapun seronok dapat balik walaupun sekejap. Dan yang bestnya, walaupun sudah tak nampak bayang kuih-kuih moden...ada lagi kuih raya yang menanti. Yang tradisional inilah yang hendak dicari.
Tengok ni...hahah...Inilah "dodol kutikam jambul" namanya...Yang ini bukan calang-calang dodol tau, pasal yang ini dimasak khas untuk kami yang baru balik. Kira masih hangat lagi fresh gitu...langsung dikaup dari kuali tau...ikutkan Aku, yang panaih-panaih ni kalau calit atas daun pisang, fuhhh...nostalgia habis!
Jom test tengok...amboih...pekat...berkilat...melekat!!! Sedappp! Tapi Aku tak boleh makan banyak, secubit dua sudah cukup untuk ubat rindu setahun sekali.
Kuih-kuih dahulu yang masih menjadi pilihan. Ingat lagi seksanya dikerah tok menyediakan adunan kuih bahulu masa kecil-kecil dulu. Maklumlah, semuanya dilakukan secara tradisi. Bermula daripada proses memukul telur dalam bekas pasu tembikar sampailah kepada kerja-kerja memasak yang menggunakan kepingan tin minyak yang dileperkan dan diletakkan sabut kelapa yang berbara di atasnya...tersedu sedan menahan pedih mata kena asap. Seharian pulak tu. Huhuhu...patutlah bahulu dulu sedap giler...lembut dan tahan lama. Nak buat seksa!
Oh ya, kuih putu kacang tu memanglah favourite Aku. Sekejapan sahaja sudah habis dibelasah secukupnya. Hehehe. Dulu Aku buat juga kerja menggiling kacang hijau tu. Gelek-gelek penggiling atas batu beralaskan guni padi. Heheh...cehhh...bab kenangan lama ni la yang maleh nak ungkit kadang-kadang tu...bukan apa, adakala rasa sebu di dada dibuatnya. Heeemmmmmm....
Sayang Aku tak jumpa agar-agar kering, bakar kacang dan makmur. Tunggu raya haji boleh?