Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, May 05, 2015

Dari Kerana Mata...

Sejajar dengan peningkatan usia, saya mula cenderung memikirkan kesihatan diri. Maklumlah, dulu-dulu pergerakan lancar ala kitty cat. Naik turun tangga tak ada masalah. Cuba sekarang...dah mula berkeriut macam engsel tak bergris. Salah bergerak boleh sakit otot...lenguh sana sengal sini. Hemmm...begitulah lumrah alam.

Justeru, saya pun mula mencari-cari formula kesihatan. Tujuan bukan nak menghalang penuaan...langsung tak minat dengan benda-benda mengarut kat iklan tu. Bab nak putih, nak gebu, nak jadi awet muda tu ...saya tak minat. Yang nak kurangkan berat tu saya suka...tapi bila tengok iklan dan testimoni yang melampau ( ada ke suami/isteri jalan tutup muka sebab malu pasangannya gemuk?)...terus tak selera. Tasteless betullah!

Saya sangat berminat dengan pengubatan Islam...dari segi pemakanan terutamanya dan tertarik dengan amalan Rasulullah. Misalnya makan madu dan berubat dengan habatus sauda. Jadi, bila nampak buku ini di kedai tahun lepas....saya terus beli.


Lembaran demi lembaran saya baca, saya yakin dengan kaedah alami ini. Bab perlaksanaan mungkin payah sikit sebab saya ni selalunya hangat-hangat taik ayam. Jadi, saya pilih apa yang saya paling idamkan dan mampu dilaksanakan.


Bab mata. Perghhh...tak pernah pulak saya tahu yang ada jalannya untuk memperbaiki tahap penglihatan selain menjalani pembedahan mata. Of course, saya tak akan baring dan benarkan mata saya disiat-siat...hahaha...gambaran melampau seorang yang penakut. Jadi, bila baca bab mata ni...rasa sangat teruja dan hati pun berbunga-bunga sakura. Munasabah!

Lalu langkah awal saya ialah mendapatkan cermin mata plastik berlubang-lubang kaedah Bates ini. Penulis beli yang berjenama natural eye vision...saya beli dari lelong.com saja pasal hati masih meragui tahap disiplin diri...maklumlah, hanya jauhari mengenal maknikam. Saya cuba dulu beberapa ketika sampai jemu. Macam tak ada perubahan. Yelah...ko pakai ni jer ko ingat boleh baik terus ke? Kirim salammm...ooooo...banyak lagi nak kena buat ye...hihihi. Kesibukan kerja melekakan saya. Saya mula melupakan buku ini dan tip-tip terapi pemulihan penglihatan. Saya terlupa dengan impian untuk menanggalkan kacamata yang saya mula pakai semenjak tahun 1995 dulu.


Namun, perjalanan yang terasa panjang ini kembali saya teruskan apabila bermula April saya mula berdepan dengan masalah tekanan di bahagian mata. Mulanya saya tak endahkan kerana beranggapan ianya dek kepenatan. Lagi pula semenjak pencetak di tempat kerja mula dikawal penggunaannya, saya tidak lagi mencetak dokumen dan lebih suka menatap skrin komputer sahaja. Hanya dokumen yang perlu sahaja dicetak. Saya fikir mungkin disebabkan itu mata menjadi tegang dan letih.

Hari berlalu...dan saya dapati keadaan lebih teruk apabila saya mengenakan kacamata. Terasa lebih selesa bila ditanggalkan. Bila saya pakai kacamata seperti biasa, kepala akan mula berdenyut. Kesudahannya saya cari panadol untuk kelegaan segera. Sampai satu tahap, saya rasa trauma nak pakai kacamata. Masalahnya, kalau tak pakai...rabun pulak ni...saya rabun jauh. Saya terfikir juga mungkin sebab tahun ni dah masuk 4 series...agaknya power mata dah berubah, barangkali ini petanda saya akan dapat rabun dekat pula...

Seperti biasa, saya tidak sukakan idea berjumpa doktor sepertimana saya lupa di mana saya letakkan voucher kesihatan Perkeso saya itu. Saya mencari alternatif dan kembali meneliti tip-tip dalam buku Jerry D. Gray. Seterusnya saya merujuk kepada Google untuk mendapatkan maklumat tentang apa yang dikatakan ubat titis mata itu...bukan eyemo hokeyyy...

Jeng...jeng...saya jumpa produk Qurrotaaini. Testimoninya juga sangat mengujakan. Lantas bunga-bunga sakura dihati saya pun kembali mekar. Hooraayyy...


Best sangat ke weiii produk ni? Hemmm...bersusah payah saya mencarinya tau...sampai ke Medan Mara. Hahaha...dokek jer! Caittt....ingatkan kat mana. Suatu pagi hari pekerja yang shahdu itu saya membulatkan tekad mengunjungi outlet Qurrotaaini dan bertemu dengan pengurusnya. Saya juga sempat mencuba produk tersebut dan diajar cara mengamalkannya. Yang lawak tu...kedai tu sedang dalam pengubahsuaian...dan beroperasi di tapak sementara belakang gerai Ani Sup Utara. So, saya jadi bahan tontonan orang yang lalu-lalang kat situ la...hihihi...ada aku kesahhh??? Tapi sungguh, kalau nak pakai produk macam ini, disarankan buat temujanji dan cuba dulu. Tanya macamana nak guna...jangan semberono beli ok. Dan pastikan yang ori....kita nak mata pulih, bukan nak menjahanamkan lagi ye...

Yang saya guna ni level Q4. Mula ingat nak Q3 saja pasal power mata saya ni taklah lebih 200 pun...tapi saya difahamkan kalau nak better result...koman-koman mesti mula dengan Q4. Sebelum dan sesudah guna Q4 ada produk iringan iaitu toner cuci. Masa titis Q4 dalam mata...perghhh...rasa macam nak buat somersault jer...pedihhh wooo...nasib baik orang ada dok lalu lalang...ahkak terpaksa kontrol ayu....dia titis dua kali lak tu...huhuhu...nasib baik tak nyanyi lagu Bahagiamu Deritaku kat situ...kalau tak, mesti masuk youtube dah....hahaha...

Hari ni baru hari kedua pakai...masa lepas beli itu hari, saya balik Perak...ingat nak enjoy dulu dan kasi hilang trauma kepedihan tu...rasa tak percaya, aku beli juga sebotol Q4 dan 10 botol toner cuci mata. Pedih memang pedih...tapi tak lama...lepas pakai toner semua, mata rasa fresh sangat. Hari ni saya cuba buat senaman mata dan cuba nak tingkatkan jarak fokus. Saya nak buat slow and steady ikut pace saya. In sha Allah, saya sekadar berikhtiar, dengan izinNya semuanya bisa terjadi. 

Saya dah mula berani menanggalkan kacamata. Saya simpan dalam beg untuk saat perlu sahaja. Alhamdulillah...tak sakit kepala lagi. Semoga Allah mudahkan perjalanan ini.

Friday, May 02, 2008

Ahli Mesyuarat Tingkap???

Cuaca baik di hari Jumaat yang baik ini. Alhamdulillah, baru dapat peluang update blog ini. Sepanjang minggu nie, Aku terpaksa menghadiri sekian banyak mesyuarat...boring betul. Ada sekali tu, tengah bermesyuarat...lepas tu terpaksa minta izin pengerusi keluar sebab ada mesyuarat lain. Nasib baik la 30 min jer sebab penting sangat, so, lepas tu join balik mesyuarat asal...he...he...ntah hapa-hapa ntah.

Persoalannya kat sini ialah...apa perlunya mengadakan mesyuarat? Ini timbul dibenakku berikutan banyaknya pengalaman berada dalam mesyuarat yang orang kata tak memberikan apa-apa pekdah, atau dengan bahasa mudahnya tak perlu diadakan pun.Mesyuarat yang produktif ialah apabila ianya dihadiri oleh orang yang benar-benar faham isu dan boleh memberi sumbangan. Sebenarnya tidak perlu saban hari bermesyuarat, ianya tidak menggambarkan kepentingan menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan persoalan...kalau dah sering aje bermesyuarat bila masa pulak kerja-kerja hakiki berjalan???

Kadang-kadang dalam mesyuarat, balik-balik benda yang sama jer yang diutarakan. Kalau boss dah pakai term atau bahasa-bahasa jargon yang agak terkehadapan sikit, makanya dimana-manapun hatta dalam slide presentation sekalipun benda yang sama diadaptasikan dengan jayanya. Dari segi relevan atau tidak atau apakah ianya mampu memberi input kepada masalah pokok...jelas tidak menjadi kudis bagi orang-orang yang gemar sekali duduk berhimpun menyelesaikan masalah ini. Barangkali definisi kejayaan sekarang atau betapa pentingkah seseorang itu kepada organisasi sekarang diukur oleh berapa banyakkah mesyuarat yang dia hadiri...dalam sehari, seminggu, sebulan...??? Tak hairanlah bila kita yang biasa-biasa ini betul-betul perlu kepada suatu mesyuarat panggil tokoh-tokoh penting ini untuk datang mesyuarat...mesti ada yang clash, tak dapat hadir atau hantar wakil. Dan berulanglah masalah mesyuarat yang tidak produktif kerana wakil yang dihantar sekadar hadir untuk mendengar bukan mengambil bahagian. Lalu terpaksalah panggil mesyuarat lagi untuk pastikan perkara yang telah dipersetujui oleh bahagian-bahagian lain dapat diterima sebulat suara dan seterusnya dilaksanakan agar kerja dapat berjalan seperti biasa.

Selesai satu bab. Bab yang seterusnya ialah kaedah-kaedah bermesyuarat. Tolonglah bagi agenda dan tujuan bermesyuarat. Kalau boleh, pengerusi biar ada guide kat tangan, tak payahlah melelong sana-sini. Dan pengerusi kena be in control bukan jadi macam kerusi. Duduk diam dan biar mesyuarat bergerak sendiri sesuka hati. Sebab yang datang bermesyuarat tu kebanyakannya ada benda lain lagi yang mungkin lebih penting untuk dibuat. So, hargailah masa orang lain. Justeru, mesyuarat perlu ringkas tetapi padat! Kalau bendnya senang, kenapa nak susah-susahkan. Benda yang straight forward, penyelesaiannya perlu straight forward juga. Misal kata, masalah hutang lapuk yang semakin meningkat. Aku bagi contoh ajer ni. Jadi, cadangan-cadangan penyelesaian haruslah menjurus kepada...contohnya, perlantikan agensi kutipan hutang, mengetatkan syarat-syarat dan terma perjanjian, kaedah pembayaran fleksibel atau lain-lain yang menumpukan kepada usaha mengatasi hutang lapuk. Bukannya merepek tak tentu pasal sampai keluar segala matriks, SWOT analysis bagai...huh....penatnya!!! Lainlah kalau persoalannya ialah bagaimana syarikat perlu bertindakbalas kepada situasi persaingan masa kini yang semakin keras. Apakah peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil dan apakah caranya untuk mewujudkan kumpulan pekerja yang berdaya saing? Amboi!! Macam soalah kes study masa exam Service Marketing je pulak bunyinya...

Tak kisahlah, aku sekadar memberi contoh dan meluahkan rasa tidak puas hati atas pembaziran masa kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang produktif nie...so, untuk peringatan diri aku sendiri, klik kat sini untuk tips pengendalian mesyuarat yang berkesan.

Thursday, November 09, 2006

Tips On Dealing With Road Accident

Some tips for unexperienced driver (like me!) on dealing with road accident. Especially for first timer.

Traffic Accident - What to do next?
  • Be calm and do not panic
  • If there are injuries to any persons, call 999 for assistance
  • If there are no injuries, move your vehicle to a safe area away from traffic, where possible.
  • Note the names and addresses of the other driver(s) involved
  • Note the model and vehicle registration number of the vehicle(s) involved
  • Note names and addresses of witnesses, if any
  • Sketch a simple diagram of the accident scene and the position of each vehicle right before and after the accident (Photos of the accident scene, if available, can be very helpful)
  • Exchange information on the names of your respective insurance companies/takaful operators
  • Do not discuss on whose fault it was. This may complicate handling of your claims
  • If your vehicle needs to be towed, ensure that the vehicle will be sent to the correct workshop. Call your insurance company/takaful operator or its accident hotline number for the appropriate workshop
  • Report the accident to the police promptly
  • Inform your insurance company/takaful operator promptly even if you do not intend to make a claim. The third party involved in the accident may make a claim against your insurance company/takaful operator which would cause you to lose your NCD
  • Complete the claims form in full and include any additional relevant information. If in doubt, ask your insurance company/takaful operator for advice

Tuesday, November 07, 2006

Pemanduan Berhemah

Tertarik dengan catatan seorang pengirim di ruangan pendapat Forum Utusan Malaysia hari ini. Bayangkan pengalaman memandu 35 tahun dan belum pernah terbabit dalam kemalangan (mungkin sipi-sipi tu adalah kot...tapi x melibatkan kematian laaa...nauzubillah!), memang mengagumkan. Boleh panggil bagi ceramah keselamatan jalan raya dan cara-cara menjadi pemandu yang berhemah. Rasanya ini bukan kes masuk bakul angkat sendiri tapi ini kisah benar dan patut diberi penghargaan. Sokong sangat dengan pendapatnya, selalu yang laju nie keta kecil. Keta ATOS saya tak laju encik...pasal 1.1 jer pun...nak bawak laju pun gegar(tapi ter'kemalangan' jugak...uwaaaaaa.....)

Kereta Kancil jangan berlagak macam BMW

IZINKAN saya menambah kepada tulisan Pakcik MMA Junior, Banting mengenai pemanduan lambat penyebab kemalangan. Bagi saya, laju atau lambat bukan penyebab kemalangan.
Salahkan diri sendiri. Saya memiliki lesen memandu sejak 35 tahun yang lalu. Bukannya saya mendabik dada tetapi saya bersyukur kerana saya tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan nyawa.

Saya bukannya ‘pemandu gila’, tetapi pada awal 90-an saya pernah memandu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dalam masa 5 1/2 jam sahaja. Saya berhenti di Lipis sekitar 15 minit untuk mengisi minyak.

Bagaimana saya memandu. Saya berikan petua untuk memandu.
* Kenali kereta anda, maksudnya ketahuilah kereta anda. Kalau kereta besar mungkin lebarnya sekitar 4 1/2 kaki. Kalau kereta kecil mungkin lebarnya 3 1/2 atau 4 kaki. (kalau besor tu...bertimbang rasa sket kat keta kecik tu...jangan nak berlagak)

* Kenali kemampuannya. Kancil jangan berlagak macam BMW. (yang kecik pulak...bak kata orang tu, cermin diri dulu...macam keta aku gak laaaa)

* Kenali jalan yang dilalui. Jalan kampung atau jalan besar? Jalan 12 kaki atau jalan 16 kaki atau lebuh raya?(kalau jalan kampung, janganlah bawak cam highway...kang terlanggor kobau...nayooo)

* Kenali diri anda. Pastikan anda sihat, segar dan sempurna sewaktu memandu. Jangan mengantuk atau di bawah kawalan bahan terlarang.( kalau mengantuk...berhenti kat tempat yang sesuai dan tido...tak pun rancangkan pemanduan di masa lain)

* Yakin. Yakin pada diri sendiri. Jangan teragak-agak atau mamai.(fokus...fokus...jangan tak fokus!!!)

–MOHD OLWI MISPARI,
Kuala Lumpur.

(Yang kaler ungu tu...sajalah...ulasan selari Aku, buat nasi tambah kepada tulisan Encik Olwi yang sangat ringkas dan padat tu)