Friday, May 30, 2008

Pantai Dalam

I did'nt plan to blog tonight but there's nothing else to do. The boys are already sleeping, and hubby not yet home. He's been coming home late nowadays...since the promotion...I guess that's part of the package. You get some, you lose some. I am listening to The LightHouse Family's "High" at the moment...I like this song. It reminds me of the days before marriage. One of my ex-housemate at that time was in the process of getting engaged, and this was her "theme" song...he..he...

Back in 1999 (for me it was up to early 2001),we rented an apartment in Pantai Dalam, it's a perfect location. Closed to the office and nearby KTM Komuter Station. The latter was pretty significant because we could reach all the important location conveniently...easy to go to SOGO, Jalan TAR...Subang Parade/Carrefour...hemmmm...
There's many stall/restaurants too...(dapur pun x berasappppp)...aiyoh, that remind me to the famous nasi lemak warung perindu??? Nyum...nyum...and there's one stall just at the commuter's entrance where I often buy sup sayur . Every Wednesday, sometimes we went to the pasar malam...the nasi lemak kukus was a must...makan malam pulak tu!!!

Pantai Dalam is pretty different now. Have not been there for years. But on my way to Cyberjaya today, I took the NPE and can't help glancing at the orange coloured apartment. One of my ex-housemate still live there. She's coming to the wedding this Sunday, so, will definitely catch up on lots of stories when we meet again, insyaallah. On the same day, another ex-housemate is getting married too. I got the invitation, but Kuching, Sarawak is too far...he..he...sorry, Aishah...may be we can have a reunion somewhere in the future - in KL.

Office ku dilanggar Geruda

Sunyinya office hari ini. Ramai yang ambil cuti sebab esok kan weekend, lagi pulak sekarang ni cuti sekolah. SirapMadu tak der, Kak Rosebud pun tak der, Kak Zaini cuti gak...47600USJ lagi la kan...the whole week tak ada....tinggallah bunga Telipuk terapung-apung bertemankan beberapa flora dan fauna lain yang ada...he...he...

Actually, I'm waiting for a submission from Group Finance. Today's the deadline. Memandangkan para utusan pun pakat bercuti belaka...nampaknya gue kena drive pi Cyberjaya lagi in order to meet the deadline , otherwise kena penalti akak jugak le nak kena menjawab nie...

Esok pagi bertolak balik kampung...yahuu...yahuu...esok hari merebus telur, hari pasang khemah, hari bungkus-bungkus kuih-muih tu semua...bestnyaaa. Mak cakap nak buat laksa esok, wallaweeehhhh...naik la beberapa kilo ni he...he...will try to get something for you all nanti ye...(yang kat Kelompo jer la...yang jauh-jauh seberang laut dapat cerita jer laaa...). My parent in law will be attending the kenduri as well...but they'll only start the journey after Nana's UITM convocation day on Saturday (her's morning session).

Wednesday, May 28, 2008

Sunyi

Mak dan ayah bawak Aiman dan Hisham balik Melaka kelmarin. Insyaallah, hari ini balik KL semula. Jadi, semalam kami berdua terkulat-kulat la sebab tetiba rasa rumah sunyi sangat. Macam tak der aktiviti jer...tak ceria lah pendek kata tu. Memanglah tak rasa penat, kalau tak kejap-kejap kena kutip barang yang bersepah, belum campur makan minum yang tumpah, lepas tu yang terpekik terlolong sebab bergaduh sesama diaorang...maka mak dia pun mula lah pot-pet-pot-pet...he..he..he..

So, hari ni tak sabar lah tunggu petang nak jemput diaorang balik. Tak per lah rumah jadi tongkang pecah sekali pun...

Sunday, May 25, 2008

Catatan Majlis Persandingan Khairi-Syafikah @ Klang (25. 5. 2008)

Waaahhhh...orang lain kawin, orang lain pulak seronok....seronok pasal Toi dan Nubhan tak menang AF. Walaupun Riz cuma dapat nombor dua (weiii...senegeri tu Yob!), I think Stacy deserved to be the winner...so, oke la tuuuu...

Hari ni, kitaorang bertolak daripada Bandar Baru Sentul dalam pukul 12 tengahari. Mak naik keta aku, mak dan bapa mertua aku pun naik keta aku. So, seronok jugak la dengar besan-besan ni bercerita. Ayah naik keta akak. Kitaorang sampai lebih kurang jam 1...elok-elok sampai tengok-tengok pengantin lelaki dah elok berdiri tepi jalan dengan payung bagai...humaang aiii...ngam-ngam la kitaorang sampai kompang pun dipalu. Awal gak ehhh...nasib baik tak tersesat ker hapa...kot tak, Khairi kena berarak sorang la...ha..ha...ha...



Tu dia pengantin pompuan dah datang menjemput kedatangan si teruna...ewahhhh...



Pengantin melangkah gerbang perkahwinan. Semoga bahagia dan sentosa ke akhir waktu.



Sebelum naik ke pelamin di dalam rumah, kedua mempelai disandingkan di hadapan tetamu yang sedang menjamu selera di halaman rumah.



Amacam...secocok tak? Sesweeiiii sangat





Dapat snap gambar emak (duduk) dan besan dia (mak Abang). Mak mertua aku ni kecil jer orangnya...



Dan juga gambar ayah (berbaju biru berkopiah putih) dan ayah mertua den (berkopiah hitam tu).



Eh...eh...Aiman nak pegi mana tu? Suka hati dia jer tinggalkan kitaorang.



Laaaa...dia pun nak bersanding jugak...sorang-sorang kat tangga...jiwang!



Sebelum makan, aku naik kat atas ikut pengantin. Diaorang bersanding atas pelamin pulak.



Ni pulak gambar kat pelamin bersama emak dan ayah



Hisham sempat snap gambar ibu dia...bak sini kamera ibu!!!



Bila acah kat dia...terus tayang gigi cam omaknya...cheeeeesss...



Lepas bersanding kat pelamin, kami pun turun menjamu selera. Macam biasa aku tak nak duduk meja pengantin...takut makan tak kenyang lak sebab dok kontrol ayu...ha...ha...anyway, dengan gerabak yang ada ni, tak naklah kecoh kat depan tu pulak. Apa-apa pun tak rugi apa-apa sebab udang besar, ayam golek, ikan sweet sour, buah buahan dan segala mak nenek tu pandai jer berjalan menyeberangi sempadan sebab kat meja utama tu semua kan kroni-kroni belaka.

Dah kenyang makan...dibekalkan pulak makanan..ishh...tak yah ler susah-susah (tapi tangan ambil jugak kan...he..he...). Syukurlah majlis berjalan lancar dalam suasana sederhana tetapi meriah. Paling seronok sebab anak-anak pun tak meragam, sebab tak payah tunggu apa-apa...lepas makan dah boleh bersiap balik.

So, Khairi kami tinggalkan kat Klang nie. Dia akan balik kampung dua-tiga hari sebelum majlis kat Perak pulak. He...he...tak sabar aku nak balik kampung nih...

Kepada pasangan pengantin baru Mohd Khairi-Siti Syafikah, selamat menempuh fasa baru kehidupan anda berdua. Semoga pandai mengemudi bahtera rumahtangga kamu berdua, tak perlu fikir apa kata orang...fikirkan apa yang terbaik untuk keluarga sendiri sebab masing-masing lebih tahu situasi sendiri. Kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik...jumpa di Perak pulakkkkk....

Catatan Majlis Akad Nikah Khairi

Pagi Sabtu 24hb May 2008, Aku dan Hubby meredah pasar Chow Kit dalam misi membeli gubahan sirih junjung. Sementara menunggu order kami siap, kami pun melepak la kat area situ. Hubby baca suratkhabar, pasal keputusan Mahkamah Antarabangsa mengesahkan hak milik Singapura ke atas Pulau Batu Putih manakala Middle Rocks diserahkan kepada Malaysia. Aku lak, cam biasa mata melingas sana-sini...almaklumlah itulah pertama kali rasa ada ruang untuk melihat suasana Chow Kit dengan lebih dekat. Di depan kami ada gerai jual jamu. Seorang pelanggan memesan sesuatu dan si penjual membuat satu bancuhan dalam kole...for sure aku nampak dia masukkan telur ayam kampung dan blend guna hand mixer...Keseluruhannya terasa macam berada kat Jakarta pulak...he...he...he...

Anyway, inilah rupanya sirih junjung yang kami minta tu.



Masa bertolak jam 12 tengahari, kereta aku juga membawa kek ini. Aku tak suka...cantik jer nampak...baik ler kek biasa tu.



Dalam perjalanan, kami berkonvoi dalam 4 biji kereta, lepas tu lagi 2 yang dah pandai jalan sendiri menunggu di perkarangan Masjid Batu 4, Jalan Kapar, Kelang. Bila sampai kat sana , hujan turun...memula lebat gak, tapi sekejap jer...lepas tu yang tinggal hanyalah gerimis...berkat pasangan baru nak memulakan kehidupan berumahtangga tu...



Acara akad nikah berlangsung sejurus selesai solat zohor. Pasangan pengantin berbaju sedondon warna putih.

Detik menunggu Khairi...tak tahulah apa yang bermain di kepalanya...tapi dia nampak cool saja. Ish...ish...tak sangka, dah nak kawin adik aku yang sorang ni...



Ni pulak pengantin perempuan. Cuma senyum saja dan tak cakap banyak.



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Siti Syafikah Binti Alwaluddin sah menjadi milik Mohd Khairi Bin Che Ani. Kami sekeluarga yang menyaksikan detik bersejarah ini berasa lega dan gembira. Lebih-lebih lagi mak yang tak tidur malam memikirkan anaknya yang dah nak jadi suami orang ni...he..he..



Selesai akad nikah, kami terus ke rumah Syafikah di Batu 6, Kg Sementa, Jalan Kapar, Kelang itu untuk satu lagi acara penting...makan tengahari daaa...perut pun sudah lapar...Makanan dihidang adalah masakan Jawa...banyak menggunakan kacang soya...ini kalau hari-hari makan tempe...boleh jadi cam muka Khir Toyo ni...he..he..he...ala-ala botox gitu! Masakan sedap, alhamdulillah!

Balik umah ikut NKVE. Saspens gak memula tu...coz ingat salah masuk jalan, datang jalan lain kuar jalan lain. Keta Citra akak aku lak terpisah, ingatkan depa tau cari jalan balik KL. Sekali tunggu punya tunggu tak sampai-sampai jugak.Masa aku call akak aku pun tak sure depa ada kat area mana. Then, bila dia call balik, dia bagitau dia ada kat Jalan Maarof...laaaa...depa masuk Bangsar. Dia pun dah nak hangin dah..almaklum dah extra 2 jam lebih berputar-putar cari jalan. So, I stay on the phone giving direction until they safely arrived at the parking bay. He..he...nasib baik la kat Bangsar, kalau Ampang ke..Puchong ke...hisshhh!

Friday, May 23, 2008

Menjelang Hari...

Baru jer balik Giant, Batu Caves, shopping bahan-bahan untuk memasak hari ni. So, Bagan Tiang delegates will be arriving today in the evening. Dinner is on me la...walaupun hari ni Jumaat kat sebelah umah ni ada pasar malam...isshhh...sekali-sekala kenalah tunjuk skill he...he...Pegi tadi bawak Aiman sekali sebab mertua hari ni tak de, depa balik Melaka. Dia okay bila abang dia tak de, baik jer...cuma minta ais krim kon coklat...meleleh tengok kusyen keta ku...huhuhuuu...

I'll be on leave till Monday for this upcoming kenduri at the bride's. As I mentioned previously, my house will be the one stop centre. My parent and siblings will be based here...but some of my cousins will be staying at the nearby Legend Hotel.

Tomorrow morning I'll be going to Chow Kit to buy the ready made 'sirih junjung'. Tried earlier for his engagement last December, it was okay...and cheap...that's the best part. I don't know what would be the theme for his hantaran...but, I prefer the sirih junjung to be kind of nice, but simple.

This was the picture of the 'sirih junjung' for his engagement ceremony last year.



Kali ni tak nak rendang sangat la kot...hari tu sebab dia nak sangat kaler kekwa biru. Memandai lak aku kali ni he..he...tak per, dia sure kena ikut cakap penaja .kan...he...he...

Thursday, May 22, 2008

Pusing-Pusing Cari Jalan

This morning I attended a meeting at SKMM, Cyberjaya. Actually, I was a bit worried because it has been months since I last came to this part of the world. Worried that I might took the wrong turning. I thought I could depend on the signage. On my last trip there were few signages, albeit small. But this time, I found none. So, I just depend on my guts. Lucky, I got it right and reached the place 20 minutes early.

But the journey back to the office was the opposite. It was a bit confusing at first, but I managed to find my way up to Sg. Besi Toll. Based on my familiarity with Putrajaya-Menara TM shortest route (thanks to the numbers of meeting I have so far in Putrajaya)...I sort of predicted that I would definitely be in the office before 12.15 in the noon...he...he....berlagak yeeee....!!! Then I started taking the wrong lanes...he..he...paaaddddaaann muka! I was supposed to take the NPE, it's the shortest route to the office. Alamak...somehow the exit to NPE looks different, may be the previous detour has been fully completed..I was not sure, so I keep on driving. Once I read the signage ahead...duhhh...I knew I've passed it already, so what to do...I keep on driving thinking that I would now took Jln Tun Razak route to reach Lebuhraya Mahameru. However, after the second tunnel towards Jln Tun Razak, the traffic started to crawl...man! this is not good, so being someone who knows this area err...quite well...I turned towards Jln Semarak, Jln Yap Kwan Seng and Jln Pahang route...just to end up being caught in the traffic again. Okay...this time I turned towards Kampung Baru/Chow Kit...hoping that I can get to office through Jln TAR /Dataran Merdeka...another traffic jam...wallaaawehhhh...ape ke hei ni Yobbb!!!

I am not easily defeated with this hurdles now...he...he...so as calm as possible I manage to slip pass the big buses and lorries , find my way toward Bulatan Pahang...thanks to the size of my car! Although still crawling, but manage to break free once I reached the path which intersect with Mahameru near Pekeliling bus station. Once on Mahameru, nothing can stop me...he...he...

Moral of the story....aiyah, ada jugak ke??? Mesti ada punya! Plan your way and stick to it if you're not sure about any other route's condition. Listen to radio for traffic updates! And one more, sudah lama memandu mesti jangan lupa diri laaaaa...he...he...aduihhh! kena sejibik!!!

Wednesday, May 21, 2008

David Archuleta

Betullah kata seorang pemilik blog, perkara yang paling sukar ialah membuat entry sehari-hari dengan konsisten. Kadang-kadang rasa idea datang mencurah-curah...tapi selalunya kena jadi pemberita jugaklah nak cari bahan ni. Kadang-kadang topik perbualan dengan kawan-kawan jadi sumber inspirasi, ataupun perkara-perkara yang berlaku disekeliling yang boleh dihubungkaitkan dengan pengalaman peribadi. Oh ya...berita politik tanahair terkini ialah pengumuman bekas PM bahawa beliau kini sudah keluar UMNO. Maka banyaklah reaksi-reaksi pro dan kontra. Tapi malas la pulak nak amik pot.

Tunggu malam ni la nak tengok final American Idol...he..he...( ke situ la pulakkk!!!). Nak tengok my fav David Archuleta menang kali nie...so talented but need to polish on his singing/stage appearance skills.

Monday, May 19, 2008

Insignificant Bloom

We was at our Bandar Tasik Puteri house yesterday. Long grass, faded paint of the outer wall and gate...we know the house is now in a sorry state. We agree that we will spend time together to give it a facelift sometime after the wedding is over.

Among the grass, I found this flower, one small group in my own compound and many more outside the gate...particularly in front of the vacant corner lot which is our immediate neighboring house. Here's some pic and a poem to describe the plant.

I called it, "Insignificant Bloom"...which was based on my first observation.



At first glance
You're insignificant
At first sight
You're irrelevant
At first thought
You're fast forgotten



At closer look
You're tough than I thought
At closer look
You're far from shy



I've taken a closer look at you
I've come near to touch your fragile petals
And though I smell nothing
You bloom like you never care

Forgive me
For the shallow assessment
For you're far significant
To take this very place
Where nobody else care to look

Telipuk Kuala
Bandar Tasik Puteri, Rawang
18 May 2008

Just before we leave, I noticed this poor fellow on the tarred surface in front of our gate. Is'nt it amazing that it can still survive under this harsh condition? Oh my, does'nt it feel good when we look down at the unfortunate than always look up to something far from our reach...I did learn something from this trip!

Sunday, May 18, 2008

Salam Sang Suria

Alangkah indahnya menjengah dari luar anjung dapur dan terpandang akan kemilau suria yang mendaki usia pagi....hemmm...ini bukan fenomena baru atau apa, tapi pagi tadi terlalu sunyi buatku. Agaknya ramai penghuni yang merebut peluang cuti tambahan esok hari, maka beramai-ramai mereka tinggalkan kota ini...sebab itu dari jendela ini...tampak petak-petak parking tak berpenghuni.

Lalu segera suria ini menangkap anak mata. Lama termenung, terus aku capai camera...he...he...hasilnya macam inilah...kalau dapat panjat pokok kat luar ni lagi bagus kot...ha...ha...ha...



Bangunan tu ialah kondominium Heritage kat Jalan Pahang tu...ini pandangan dari sisi dapur aku ler.

Friday, May 16, 2008

Aku Sebagai Seorang Murid

Sempena Hari Guru ini...tercuit jugak ingatan pada alam persekolahan. Apatah pagi ini berlumba-lumba bekas anak murid memberi ucapan kepada guru-guru mereka di corong radio ERA. Mana mungkin aku melupakan zaman persekolahan? Memang zaman yang menyeronokkan.

Sebagai seorang pelajar, aku bolehlah dikategorikan sebagai pelajar yang pendiam dan memang tak pernah menimbulkan masalah. Tapi, sikap begini mungkin menyebabkan aku nie payahlah cigu-cikgu nak ingat. Kalau ada murid-murid yang tak segan silu menegur dan berbual dengan cikgu...aku pulak sekadar tersenyum sengih jer la...paling best pun ucap salam dan kalau sepatah cikgu tanya, sepatah la aku jawab. Dalam hati cemburu gila tengok sapa-sapa yang jadi kesayangan cikgu tu. Kalau cikgu ingat pun mungkin ketinggian aku jer la. Masa kat sekolah rendah darjah enam tu...aku among kumpulan zirafah la...tapi zirafah yang tak kuat lari. Macam kawan sekelas Cheah Beow Kim, dia ni siap jadi wakil peringkat sekolah dan daerah lagi...memang menggunakan kepanjangan kaki dia...he...he...

Masih ingat masa kelas Darjah 4 Biru. Cikgu kelas nama Cikgu Mazlan...garang ya rabbi!!! Ajar Math pulak tu. Everytime kelas dia , aku mesti rasa senak perut punya. Nak-nak kalau Math tu matapelajaran akhir.Sebelum boleh balik, walaupun loceng dah bunyi...kitaorang kena dera dulu la. Dia akan suruh berdiri jawab soalan yang dia tanya. Kalau tak dapat naik atas kerusi. Tak dapat lagi naik atas meja. Tak dapat lagi tak tahu lak buat apa sebab selalunya aku tak la sampai peringkat naik meja. Dia akan lalu baris demi baris dengan muka selamba dek...lepas tu tanpa sebarang amaran tuju jer kat sapa-sapa dia berkenan...soalan sifir tu...cam 8 kali 7 ? kena jawap cepat dan pantas. lambat jer kena...kena apa tu...cubit kat perut!!! Kadang-kadang bukan tak leh jawab, tapi sebab terkejut dek sergahan dia. So, terus blank la...

Kelas agama pun aku ingat sangat-sangat. ustazah yang terlibat sejak darjah 1 sampai enam nie nama dia Ustazah Salmiah. Masa darjah satu...aku tak pandai lagi baca muqaddam. So, masa time kelas dia selalunya akan ajar surah-surah (Juz Amma) lepas tu the next kelas akan panggil one by one baca kat depan dia. Muka dia memang garang dan bengis la. Suara pun jenis lantang jer...memang menakutkan untuk orang yang timid cam aku ni (pada masa tu la). Nak-nak tahu aku tak reti baca kan...mestilah tak sanggup malu depan kawan-kawan. Selalunya apa yang aku buat ialah menghafal la. Kalau yang pendek tu oraitla kan. Then, satu hari tu camana tah aku terlupa langsung pasal kelas agama. Kes silap jadual kot. So, bila dia masuk biasalah sorang-sorang dia panggil. Masa tu berpeluh-peluhla aku dok dengar orang baca sambil menghafal time tu jugak. Tetiba..."Onera!!!". Yang nie memang aku tak paham....tapi apa pun aku cakap dia tetap panggil aku nama nie...he..he...Pi la aku dengan antara rela dan tak rela. 3 ayat yang pertama laju jer pas tu...errr...err....peluh semua kuar la...malu tok sah cerita la...aku agak dia ada 'basuh' la masa tu tapi aku tak ingat. Cuma lepas tu aku dah gandakan effort aku mengaji sampai khatam Quran 2 x la. Tapi bila aku kenang-kenangkan memang la aku terhutang budi banyak sangat dengan ustazah nie. Kalau dari segi penampilan, memang tak nampak pun macam Ustazah. Muka dia hari-hari ala woody woodpecker...kelopak mata biru, bibir merah berjahang dengan pemerah pipi lagi...tapi pengajaran dan isi kelas dia memang la 'meletop' gitu. Apatah lagi dengan mulut becok dan garang dia tu. Aku belajar sembahyang yang betul pun masa kelas dialah. Kitaorang naik atas meja, dia cek satu persatu pergerakan...kalau duduk tahayat akhir tu salah...kena piap dengan rotan bulu ayam kat kaki...hu..hu...to'makninah kena jaga...pendek kata mak ayah boleh menarik nafas legalah sebab semua dia dah selesaikan. Alhamdulillah, aku rasa sangat berterima kasih walaupun dulu tu berbakul jugaklah aku mengutuk dia...

Lepas darjah 6, aku pindah balik kampung. Sebelum tu aku menumpang rumah mak sedara sebab dekat dengan sekolah. Tapi dah lama dok rumah sedara nie, ada gak la yang terpeleot sana-sini kan...so, aku decide sekolah kampung jer lah walaupun aku suka sekolah menengah Methodist (ACS) yang pada masa tu kira elit jugaklah walaupun sekolah harian. Aku dah masuk pun hari pertama kat situ sebab kitaorang automatik transfer ke sana. Kelas Perdagangan 1...kelas yang terpandai la masa tu. Tapi apa nak buat. Bila pindah sekolah, kat sekolah baru aku aku masuk kelas yang ketiga tercorot sebab last minute entry. So, ikut kekosongan la. Kelas 1R4, Cikgu kelas aku kurus giler...rasa kalau hembus sikit sure jatuh...he...he...Cikgu Ismail nama dia. kat sekolah nie ada 2 aliran, SRT/pertukangan dan pertanian. Dari segi persepsi, aku difahamkan yang pertanian tu lagi rendah la darjat dia...sebab bila tau aku kelas "R"...kakak-kakak aku yang sekolah sama siap congrats lagi. Masih aku ingat first day datang tu aku ikat tocang 2...rambut aku panjang melepasi bahu. Tapi tahu-tahu semua orang jeling aku macam nak terjojol biji mata sebab aku sorang jer tak pakai tudung. Nasib baik aku tak pakai pinafore!Lepas balik rumah aku nangis-nangis suruh mak belikan tudung. That time pakai tudung ikut-ikutan la. Lepas sekolah tudung melayang.

Bila sesi introduction, cikgu-cikgu selalu tanya result Penilaian dan tanya kenapa aku masuk kelas ni? Manalah aku tau! Tapi rasanya kelas aku not bad jugaklah. Tak der la rasa dok kelas tercorot. Elok jer semua orang tu...cuma time BI perasan gak ler Cikgu cina ni (Mr. Tan) lebih-lebihkan aku. Mulalah aku mengundang rasa cemburu ramai orang...lemas dan rimas....Akhir-akhirnya aku selalu bersikap buat-buat tak tahu, macam pasif jer sebab tak nak budak lain sisihkan aku. Tapi terasa tersisih jugaklah sebab aku tak ikut kebiasaan kat sana...time rehat orang makan, aku masuk library. Time orang bising cikgu tak der, aku dok baca buku. Bukanlah dibuat-buat, dah memang kebiasaan macam tu kat sekolah lama. So, puas jugaklah kena perli sampai berdesing telinga. Jadi, kesudahannya aku tak enjoy sangat la sekolah menengah dan tak maintain contact dengan sapa-sapa pun dari sana. Kawan-kawan sekelas lepas SPM ramai yang dah kawin. Masa aku balik cuti matrik, jumpa la sorang dua kat kampung tu...semua dah mengendong anak. Hidup pun dah lain-lain. So, nothing much to share or exchange...kalau jumpa pun tegur gitu-gitu jer la.

Kalau ditanya, memanglah aku rasa sekolah rendahlah yang paling best dah telah membentuk aku sebagaimana aku hari ini. Sekolah menengah dan tertiary dapat aku pada masa aku dah jadi 'manusia'itu...cuma nak bantu mencari ruang penghidupan yang lebih baik melalui kelayakan akademik sahaja. Pun begitu, tidak bermakna aku tidak berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah aku terima selama tempoh tersebut. Kepada semua cikgu-cikgu aku...Puan Raju, Puan Leong, Puan Zanariah, Encik Mazlan, Puan Zainab, Encik Baharudin, Puan Salmiah,Encik Ismail, Mr. Tan, Puan Halimah, Puan Zahratan, Puan Mariam, Encik Latif, Encik Sandrasegaran, Encik Lim, Encik Zakaria, Encik Rashid, Puan Hayati, Puan Aw, Encik Khor,Puan Shahida, Puan Shamshiayati, Encik Asmat dan ramai lagi yang tak disebutkan namanya....Terima kasih , Cikgu!

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Guru

Hari ini hari guru. Selalunya jarang ingat pun tarikh ni tapi yang berbekas sangat dalam kepala ni sebab since Tuesday dah dapat reminder daripada sekolah Hisham. Ibubapa diminta menyediakan sedikit makanan dan lebih afdal lagi hadiah untuk guru-guru mengikut kemampuanlah. So, dua tiga hari ini si ibulah yang sibuk cari hadiah dan fikirkan makanan apa nak disumbangkan. Actually, not that costly lah sebab kebetulannya hadiah dah ada. Nak kata recycle pun boleh jugaklah, tapi not that bad la. 

Sebenarnya ada banyak benda-benda kat rumah tu yang memeningkan kepala, nak buang sayang nak simpan tak der tempat. Frame gambor, mug/kole aneka rupa, key chains, scarfs, etc. Tengok pen Parker Abang mula ingat nak rembat sebab casing dan pen dia lawo...daripada dok berhabuk dalam cabinet tu kan...tapi la, dah engrave nama la pulak...so, Aku gunalah set gelas comel yang kotak pun tak bukak lagi. Ada 2 set lak tu. Kiut jugaklah. Jadi just beli wrappers dan riben. Hadiah disediakan untuk 3 orang guru...Cikgu Irene (yang jugak sediakan daily transport dan provide intensive class), Cikgu Devi dan Cikgu Carmen, guru kelas bahasa Mandarin dia. Lepas tu buat kad sendiri. Mula nak beli, tapi fikirkan balik, kan lebih baik get him involved. Bukan apa, just nak dia appreciate la usaha Cikgu kan. Benda tak semestinya mahal yang penting tanda ingatan dan keiklasan. 

So, semalam rembat kertas manila Abang, pendek kata guna segala apa yang ada kat umah jer lah...suruh dia tempek gambor kat kad dan tulis sikit kat dalam tu. Suka la dia. Si Aiman pun sibuk sama tapi dia ingat hadiah tu untuk hepi besday dia...siap nyanyi lagi...memang kecoh la dalam bilik tu. Inilah lebih kurang hasil kerja kitaorang semalam...sempoi ajer pun...heart shaped card nie tiru idea one of his art class nyer outcome for last year's mother's day. Yang tampal menampal pulak ikut idea kad yang dia buat recently. Kira lebih kurang program pengukuhan la....

   

 Kecik jer la, pasal tak kuasa aku nak beria-ia sangat kan...he...he...

   

 Ni pulak hadiah-hadiah yang telah dibungkus.

 

Untuk makanan pulak, mula ingat nak goreng mihun tak pedas ke sikit...tapi kang susah pulak nak kena sediakan pinggan, sudu/garpu...so, aku minta mak mertua buatkan kek yang macam gula hangus tu...tapi kek yang dia buat nie memang diketahui kesedapannya. Kira nak buat makan tu memang bersesuaian. Lembut jer...so, bebudak suka. Anak2 aku pun memang suka sangat. Bahan-bahan aku sediakan, cuma telur ngan tepung jer aku tak sponsor. Nak bagi upah, dia tak mo...he..he...menantu pun mula la malu-malu alah...he...he....(tapi legalahhhhh...nasib baik ada makkk!) 

Sampai kat office pagi-pagi ni terus aku sms ucapan kat 3 orang guru dalam keluarga aku, 2 orang kakak dan seorang adik. Ikutkan aku pun teringin sangat nak jadi cikgu...hu...hu...Kakak aku reply dan dedicate ucapan kat aku jugak...dia kata, jangan lupa you're basic teacher kat rumah...oh..oh...yer tak yer jugakkan! Jadi kepada semua mama vogue yang terbaca nie...selamat hari guru untuk anda juga. Semoga asuhan dan didikan anda menjadikan anak-anak anda insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insyaallah.

Wednesday, May 14, 2008

Complicated Heart

I am listening to ERA this morning, but only half-way since I only have the radio on once I passed the Jalan Bangsar's traffic light. It was'nt a great topic, but the implications of such topic being openly discussed about on the air gained my attention. The topic was " Cinta Tiga Segi". Ever been caught in the love triangle? asked the deejay. Call us now, we want to hear your story! It's sad that there's more female caller...most sad when it involved a wife who fell for someone else's husband. It's no longer a triangle...call it rectangular or square..hummm...but, it's quite rampant nowadays. I've come across so many of them...be it the counselling columns in papers/magazines or radio/tv talk show...or just heard from friends. Why is this happening???

The pattern for such act normally quite similar. It always begin with sharing problems. Feel of pity and wanting to help. Then it progressed into deeper feeling of like, started to feel attracted and eventually falling in love. A female caller told the deejay about her relationship with a male colleague. Both are married. She said that she just being friendly as she sees nothing wrong about it, but he got the different signal. He thought she liked him. He then confessed that he's falling in love with her. So, she said she's in dilemma. Come to think of the cheerful voice I heard, I really don't understand why a wife could be that excited to share such a story publicly.

Someone I know was in such problem. I last heard about it last month. That time she was on the verge of getting divorce. Problem began when she changed work and that new work turned her into a very busy manager. Often have to work late, even have to come to office on weekends. I don't know how the workload like but I think wathever it is family comes first. But, there's other factors as well, so, I guess the husband has to accept it. Months after months...the gap widen. And the husband started to get jealous...probably because of the lack of attention from wife and also because he knows his beautiful wife gets special treatment from her male boss and colleagues. The boss always wanted to work with her and send her back. It so happen that the wife did not tell the husband about it and on one unfortunate day the husband witnessed the act. She claimed that there was nothing between them and that she did not want to cause him trouble to come all the way to fetch her. Good intention, I supposed. They had a big fight. She said that it's impossible to continue living together as the husband did not trust her anymore and that divorce is best for them. I don't know what's the outcome yet, but, I pray that they'll manage to overcome the problem and be together as long as forever.

I got a good advise from a friend who told me that we should do our best to play our role in marriage. She said, she'll be devoted to her husband as long as he continue to wanting or appreciate her in his life. What if he wanted to marry another one? I teased. Without hesitation, she said, "Then he can get out of my life!". he...he...we both laughed. Polygamy is a no-no to her but yes, I do understand. Although it is permissable in Islam but still we women are just human beings with lots of weaknessess. She admitted, "I'm no angel...and I can't...it's best to just let me go. I won't throw tantrums or what...go ahead, if he so love that woman, I won't be the stumbling block". Hemmmmm....

Okay...back to the radio talk. I feel that there's clear solution for all the so called dilemmas. If he's somebody else's husband...then, just stop giving him hope. Stop the relationship. The problem is...in all situation, people are selfish...greedy..They are not willing to let go whatever they have now, and also not willing to let go the possibility of having that..whatever they wish they have. That's why they said they're in dilemma.Get real!!! You can't have everything for yourself. You have to choose! Allah tests come in various way and forms. Look at it differently. I don't agree if someone said I never give my 100% in loving my husband...I don't want to feel hurt. To me, give your 100%. If he gives you his 100% ...then, it's a bonus...if not, just accept whatever % he gives. I'm sure it's worth to take the risk, think about the reward that we can reap in the afterworld. Look at it as an investment. It's a bridge for us to move to the next stage...particularly when there's no other investment postfolios in our keeping..we are not able to do the fisabilillah, we give too little zakat and sedekah...too many dosa...at least this one we do to the fullest. Insyaallah. Just do our part, and let Allah take care the rest. If its mean to be, then, you have to be redha. Our life is too short to just revolving about love...and that love we all know would'nt last. There's so many other form of love. So, what is it that we want??? That's remind me of Saifulislam's tagline for his blog, "Hidup pada memberi". Yup...let's now give and try not to think much about receiving...

Safety First!

I'm using the middle lane again today...he..he...alhamdulillah, I'm quite happy at my driving skills so far. I think the only principle I have in driving does help at keeping me alert throughout the journey. I always believe that we should respect the other road user, be it motorcyclists, pedestrians or other motorist...I don't try to stick to the fact that I'm right...even if somebody just so rudely enter my lane without giving signal, I'll make it a point to always be ready for such irresponsible acts so that I'll be able to go slow, and let that selfish driver drove away without causing any trouble to me and other road users.

Unlike me, hubby always try his best not to give way (especially when he thought that he was right) ...there's many occasion that he try to be neck in neck with drivers who tried to overtake us...especially when that driver did not give signal to do so. He'll get easily pissed-off. To me, if they want to overtake us, give way...just let them go. Though we have the right to use the lane, just let whoever wants to enter do so if they're so close in doing so...it's not worth to defend our ego when it come to safety. Better late than never. And I don't want to ever be separated again from my car...he...he...(so I'll do my best not to have it towed to any workshop anymore in the future...insyaallah...)

Tuesday, May 13, 2008

Selasa Yang Selesa

Pagi yang indah dan ceria. Tak seperti dua tiga hari sebelumnya, mentari menyinar menyebarkan galur-galur cahaya yang berselerakan. Sekali-sekala menyilau pandangan mata kala kereta comel ku membelah keheningan pagi di Jalan Sentul. Hening??? Oppsss...alamak terlebih sudahhh (curi tagline Stacy AF lagi la pulak)...deskripsi yang salah tentunya tetapi perlu untuk menoktahkan sebaris ayat...he...he...he...

Pagi ini Hisham bangun sekolah dengan sukarela. Selalunya liat betul, kena bergaduh-gaduh dulu...adegan air mata lagi...belum masuk cubit-cubit sayang lagi tu...barulah dapat siapkan dia ke sekolah. Semalam sebelum tidur dia minta baca buku 1,2 dan 3 siri Bacalah Anakku tu. Buku 1 dan 2 dah lancar sangat, buku 3 tersangkut-sangkut. Oleh kerana badan Aku pun dah letih, Aku taklah strict sangat...biar ajer dia habiskan ikut pace dia. Lepas tu Aku cakap la, next week cuti tiga hari, weekend sambung Wesak Day. Dengar jer cuti bukan main suka dia. Sibuk la dok bilang hari entah betul entah tidak. Dan aku cakap, esok bangun pergi sekolah ye. Ada 4 hari lagi. Lepas tu baru boleh cuti. Dia pun angguk-angguk. Agaknya itu ke sebabnya mood dia kekal baik pagi ini...haiii...anak...anak....

Bab pemanduan pulak...alhamdulillah ok. Cuma suasana tenang hari ini menyebabkan Aku terlebih rileks kot. Yelah, selalu jangan harapla Aku maintain lorong tengah. Mesti dok lorong paling kanan, menceriakan suasana perlumbaan ke tempat kerja...he...he...Tapi hari ini Aku bo layan jer dengan kenderaan-kenderaan lain...Aku maintain lorong tengah sampai la sampai office. Sikit pun tak memecut, walaupun ada kereta kat depan yang drive ala-ala bersiar di tepian pantai. Kira baiklah hari ni...he..he...yelah, kalut-kalut pun nak ke mana ya tak. Sampai kat parking, masih ada dalam 897 tempat kosong...dan macam biasa keretaku park kat tempat selalu.

Oh ya, tengahari ini insyaallah ada makan-makan sempena errr...meraikan rasa syukur atas kurniaan Illahi..kitaorang berempat kongsi. Menunya Nasi Bukhara dari Restoran Mahbub yang terkenal kat Bangsar tu...hemmmm...sedap-sedap....yang tak bestnya kul 11 sampai kul 3 nie ada meeting apa ke benda ntah...boleh relate kat my previous entry on unfruitful meetings tu. Akan join, dan akan keluar bila perlu...he...he...nasib la.

Monday, May 12, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Hari Sabtu, kami balik Rawang hantar barang. Ada lima enam biji beg Ram/Huda yang masih ada kat rumah, so, kena angkut masuk stor. Bukan apa, kaum kerabat akan mula berhimpun pada 23 haribulan ni, so, kenalah kemas sikit apa yang patut. Mengikut perancangan terkini, majlis akad nikah akan berlangsung pada hari Sabtu 24 hb, sesudah zohor. Majlis kendurinya seperti yang dijadualkan iaitu 25 hb. Hari 24 tu pulak hari sama sepupu Abang bertunang. Keluarga Abang semua ada kat sana jadi cik Abang pun teringin nak join...tak tahulah, ingat tak nak miss majlis nikah tu tapi kalau Abang dah decide...ikut sajalah.

Hari Ahad pulak kami pergi merayau ke Sg. Pusu, Gombak. Kawan masa belajar kat U dulu baru je pindah ke sebuah kawasan perumahan baru di situ...Taman Desa Gemilang. Sebelum ini dia tinggal dekat rumah keluarga di Gombak Setia. Masa tu senang la pi, dekat pulak tu. Adalah selalu order barang dengan dia. So, this time bila dia pindah, barang yang dipesan tu punyalah lama tak ambik-ambik pasal bertangguh nak pegi rumah baru dia. Ikut direction yang diberi. Senang jugaklah sebab kitaorang terus tuju ke UIA dari MRR2. UIA kitaorang tahulah sebab dulu dah pernah pegi masa interview MBA. Lagi pulak, baru jer tahun lepas sekolah Hisham buat majlis graduation dekat auditorium kat dalam tu, so, tak der hal lah. Anyway, just lalu saja sebab nak ke Taman Desa Gemilang kena lalu main gate kampus tu dan jalan terus jer. Mula-mula cuak jugaklah, memang tak pernah sampai area situ...jalan pun sempit jer dengan hutan belukar, bukit bukau semua tu kan...mulalah tertanya-tanya...eh...betul ke sini...tak nampak pun adanya kawasan perumahan. Lepas tu lalu Kg. Sungai Pusu. Kiri kanan ada rumah-rumah, dekat betul tepi jalan. Immediately lepas deret rumah tu, ada nampak kertas tulis Desa Gemilang.

Pehhh...nasib baik nampak. Terus belok kanan, jalan dia agak meninggi. But once naik bukit dan lepas selekoh tu...tu diaaaaa...barulah nampak bumbung-bumbung merah semua. Uish...not bad la, rasanya belum fully completed coz kerja-kerja masih berjalan di sana-sini. Macam dah ramai jugak la orang kat sana. Pusing-pusing baru la jumpa rumah member nie. Ingatkan nak sekejap jer, kat pagar jer. Tapi dia laki bini suruh gak masuk. Diaorang dua nie kawin sesama rakan sekelas, kiranya aku kenal dua-duanya. Kalau nak ikutkan, kelas aku ajer ada 4 pasangan yang berkahwin sesama mereka. Masuk borak-borak kejap siap dijamu macam-macam lagi. Alhamdulillah. Dekat sejam jugaklah.

Dari situ, kitaorang pergi merayau ke Mydin Sinar Kota. Kalau pegi situ selalunya untuk beli stok ubat gigi, sabun, minyak wangi dan alat tulis. Tapi hari tu memang tak larat betullah rasa, air-cond macam tak function jer....sesak giler! Apa taknya, penuh dengan warga asing...silap jugaklah datang dah tengahari. Kalau pagi sikit rasanya boleh tahan lagi. Hemmmm...negara ku tanah tumpah darah ku....apa la nak jadi??? So, tak der la lama-lama kat situ, dapat barang jer terus blah. Sebelum blah singgah gerai kat luar tu beli air. Colorful la kat situ...Anyway, kalau pi situ aku memang suka beli air jagung...sedap la. Singgit jer. Rasa macam pi pasar malam. Sampai umah terus masuk dapur, masak lebih kurang dan lepas makan semua orang pun melepak depan tv...apa lagi zzzzz lah. Seronoknya kalau esok esok pun cuti lagi....wah...wah...alamak terlebih sudah!!!

Saturday, May 10, 2008

Bunga-Bunga Terumbu

Dipetik daripada sebuah novel oleh Darma Mohamad berjudul "Bunga-bunga Terumbu". Ini adalah novel melayu pertama yang Aku miliki yang merupakan hadiah harijadi bertahun-tahun dahulu...

Bunga-bunga terumbu
Bunga-bunga berkilau
Kau basah dalam kejernihan
Tetapi kau keras kerana garam laut
Menjadi baja menjadi waja

Di balik riak putih di sini
Aku mencari erti kehadiran diri
Aku mencari tamsil dari kuntum-kuntum duri
Yang boleh melukakan itu

Bunga-bunga terumbu
Kau bernafas di sini
Dengan nafas laut
Dengan denyut ombak
Dengan amat sabar kau hidup
Dan memperkayakan pantai

Biarlah aku berkongsi garam di sini
Biarlah aku belajar mengunyah pancaroba
Ingin kucium decit camar
Ingin kuinjak tumit lumut
Bersamamu bunga-bunga terumbu

Aku dan kau adalah makhluk Tuhan
Sama mengharapkan ruang
Sama mentari bumi untuk berdiri
Dan kepingin sekali berkongsi kesabaran

Bunga-bunga terumbu
Kalau ada cinta dalam diriku
Inginku tanam di taman ini
Sejajar dengan tempat kau berdiri
Biar kita sama merasa garam
Biar kita sama dirembas badai

Bunga-bunga terumbu
Dengan diam-diam kau cambah
Dengan diam-diam aku menemui diriku

Friday, May 09, 2008

Happy Mother's Day

Yesterday he gave me this hand-made card he probably made during his art class at school. Since he began attending the kindergarten, this is the second time I received such card for the Mother's Day event. As a mother, of course, I am happy...it's not the card but the delighful smile that he gave, and his affectionate hugs. I'm sure the teacher guided him in the process, including the writing inside. But, my, he's so proud when I took his card and hung it. There's a special place for all the cards he made during his class in my room. That include Eid Mubarak card and some paintings. His all type of ultraman characters/monsters/robots drawings currently occupied the fridge door. He stick them using my fridge magnets.



The inside of the card



Sure, it's not a big deal to celebrate a Mother's Day. I'm sure all Mom loves unconditionally, and that they don't need to be reminded that they're being appreciated on a certain day. It's good for the business though ya...the cards, flowers, Habib Jewels...he...heh...

To all mothers out there who's reading this, "Happy Mother's Day". Don't worry if you can't change the world, just make sure that you've put you child on the right track...that small changes will eventually grow in size. Always gives your doa to them, and forgive them. May Allah bless you.

It's All In The Mind

I am reading Tony Buzan's " The Ultimate Book of Mind Maps" currently. I bought it last week on Friday from Mid Valley's MPH. No, it is not the first time I heard about mind maps but it is the first time I thought I should really learn about it. Tony Buzan and his Mind Maps idea have been around since I was in my teens and somemore was one of the component in one of my degree's core papers - BD1033 Pemikiran. I do know that it helps in my notes takings and other activities but I never thought much beyond that.

Until recently, when my colleague told me about her husband's interest in Tony's work did I made that u-turn. Furthermore, I guess the situation nowadays put a pressure on me to direct my attention and interest into something else. I am into "Bacalah Anakku" the series too and now Hisham already managed to complete book 1 & 2. But he still doesn't fully grasp the concept yet so, I am looking into other means to expedite the reading process. I know that a child develops at his/her own pace but I'll do my best to help wherever possible. I am already constantly feeling guilty at not having enough time to prepare him for his primary school next year. So, I hope my interest in Mind Maps will help me to be more positive and alert in whatever I do. Perhaps open the possibility for me to seek a new route...(hemmm...that thought keep bugging me...arrrggghhhh!!!)

Thursday, May 08, 2008

Nargis (Yang Tragis)

It's a horrible disaster for the Burmese. Never thought that the effect of the Nargis Cyclone could be that bad. According to the news the death poll is about 23,000 while 42,000 more still missing. However, international sources claimed that it could probably reach over 100,000 of peoples. International aid has now started to arrive in Yangon, including Malaysian Mercy team. There's a fund raising campaign launched under the name of Myanmar Relief Fund to help the nation overcome the devastating aftermath.

At lunch yesterday, one of my colleague explained to us the difference between a hurricane, a cyclone and a typhoon. She actually got that info from her son who likes to search for info from the net. Funny we never thought of that...so, this time let us all accept the fact that no matter how far you are in academic, you can never know all...That's true because whatever we have in our storage now is probably less than a drop as compared to the knowledge that Allah has made available for us to learn and acquire throughout our live.

There's detailed explaination on the difference between the hurricane, cyclone and typhoon on the net from various sources. But, I'll just take the simple one. One of the sites says that hurricanes, typhoons, and cyclones are exactly the same-except for where they form. That is, they get the name from where they come from. Hurricanes in the Atlantic and East Pacific, typhoons in the West Pacific, and cyclones in the Indian Ocean and South Pacific. So, the one which caused massive destruction in the region of Irrawady is called a cyclone as it originated from India (Indian Ocean). And the name Nargis is actually an Indian female name.

Back in the office, a similar phenomenal of nature's act could probably in development by now. Thanks to the right ingredients...:) So, yes, I guess I will have to get along with that plan and proposal since I am going to be the main source for the content required for this. And yes, we have to create a name for this project...me and my fellow colleague came out with a good name, subject to his final approval may be....he...he...okay, let's name it " Project Cyclone" or code name Pyscho. I'll be amazed if he accept that. There goes my KPIs!!! Sabauuuu...saaabbbaauuuu!!!

Wednesday, May 07, 2008

Berubah Arah

Musim kini bertukar wajah
Deru angin pun turut berubah
Mengirim gelisah ke ruang resah
Antara prasangka dan pasrah

Langkah jadi berat
Hati makin sarat
Persoalan berputar ligat
Antara lupa dan ingat

Benar segalanya beralih sudah
Antara ancaman dan peluang yang menjengah
Antara berhenti atau terus melangkah
Tak sekali-kali akan mengalah!

Telipuk Kuala
7 May 2008
Menara TM KL

Back From A Short Break

It has been a good break for me. How refreshing! Since TM is now fully demerged, I supposed today is the first day for me coming to work for a new TM.

No, I did'nt plan for the recent 2 days leave. But, hubby did. So, I thought I just went along and did the same. We did'nt even ventured out from KL, be it Malacca or Perak. We just roamed within the city...quite hectic actually on Monday. My boys now have their own passport. I thought Aiman was pretty cool at getting his first photo for the passport. I remember having mine back in late 70s. That time my parents took me to visit my aunt in Singapore. I might have caused a lot of trouble back then judging from the photo. Mak said it was the best of several attempts. Ha...ha...I was pictured with mouth wide open...crying loud!

My driving experience going to office today..smooth as usual. Alhamdulillah. Since last month, hubby took the task sending Aiman to his Mum's house. So, I can go straight to office from home now. Normally I leave house around 7.20 a.m and reach the parking lot of Menara TM around 7.50 a.m. Previously, I only reached the parking lot after 8.15 a.m, just in time for the 8.30 a.m entry time. Instead of Sentul Link, I prefer Jalan Sentul as route of choice, though there's more traffic light...5 of them at every junction, still...it's the shortest route. Anyway, it's quite difficult to reach Sentul Link from Bdr Baru Sentul because the policeman always prefer motorists from Jln Sentul so, there's a bottleneck unless you're there before 7.15 a.m.

Friday, May 02, 2008

Jangan Pandang Belakang

Akhirnya, petang semalam barulah berkesempatan menonton cerita yang diwar-warkan sebagai teramatlah seramnya oleh khalayak media masa kini. Aku pun percaya jugaklah pasal kutipannya pun juta-juta katanya. Before this memang nak tengok, tapi hubby tak suka. Dia cakap cerita karut marut macam nie pun aku nak tengok. So, dah berapa kali ulang kat slot Layaria ASTRO, semalam dapat gak la tengok. Masa hubby dan bebudak kuar pi umah mak. Tengok sengsorang lagi eceh..ceh...ceh....

Tunggu punya tunggu kuar la hantu dia...mak aiii berjurai-jurai ngan rambut serabut giler....tapi tak meremang pun bulu roma. So, tak seram lah bagi aku. Boleh la tengok, tapi macam tak puas la. Macam ada something missing ewah...wah...wah...banyak lak cengkadak dia. By the time Abang balik, ada lagi saki baki citer tu so dia tumpang sekaki. "Ni jer ke pesen hantu dia?" tanya Abang bila tengok hantu tu dok mengesot-ngesot ke arah Darma (pierre andre). Aku cakap.."Yelah, tu jer pun yang kuar". Ceh! Tak seram ahhh...ewah dia pulak mengomen. Tinggal Hisham jer dok nyorok belakang aku. Jadi, kesimpulannya tak der la seram apa sangat pun. Biasa jer citernya...rasa aku cerita Puaka yang watak bomoh Mak Esah penggal kepala untuk pemujaan masa aku kecik-kecik dulu laaaaagggggiiiii serammm. Nak-nak bayangkan dia lalu terhinjut-hinjut celah pokok pisang jinjit kepala tu...hishhhhh...sebulan mengigau dibuatnya. Masa tu Ed Osmera pun hensem lagi....he...he....

Tapi yang tak best tu ada ker tido malam tadi aku mimpi...hish...memang geli pun ada. Konon-konon tu macam aku nie dalam team CSI. Petang tu memang la ada tengok citer CSI almaklumlah cuti sehari pun tak tau nak pi mana. Lepak jer lah. Tapi dalam mimpi aku tu, aku nie konon-konon nyer kena selamatkan sekor menatang...cuba teka...cik bab la...Allah...apsal la mengong nor mimpi tu. Tapi pelik ahhh iya-iya jer aku pegang menatang tu, buat apa ntah tak hingat tapi cam ader singa la, cam ada orang jahat la...caca marba betul. Tapi nak kata bab pun tak berapa ingat la features tu...tak perasan lak ada snout ke tak? tapi badan pink giler gempal-gempal...macam watak Elle, gajah pink yang suka menari ballet dalam citer kartun kegemaran anak aku, Pocoyo pun ada jugak. Huisshhh...tapi tu lah, terkejut sangat aku bangun...tengok jam dah kul 3 pagi.Haiii...mengarut betullah.....memang tak bleh pandang belakang lepas nie...he...he...he....

Love Is CINTA

About 3 weeks ago I bought Hisham a new set of Stabilo's colour pencils. I've been monitoring ever since because previously he did not really take care of his stationary and one by one went missing without fail almost on daily basis. This time, looks like he's been quite careful. Earlier this week, he told me that his yellow pencil was missing. So, I took the set to inspect closely. Actually, I don't really mind...yalah...after a while only 1 gone...it's a record already! When I lift up the internal flip of the set, he proudly announced that he wrote his name beneath it. Yup...I can see that...I patted his back and..ooppss...there's something else scribbled under his name. A red coloured shape of a heart...and a girl name!!!! From an adult perspective, it spells out the very statement of..."Hisham loves Elly'! Whoaaaaaa....!!! I asked him, "Siapa nie? Siapa Elly nie??? And he said, "Bukanlah ibu, abang Hisham nak kawin Sabina." Haaaa...ternganga sekejap. Then he added on something like, "macam ibu kawin babah"...

So, when hubby was having his dinner, I told him about this. He did'nt comment but smiled. Later on, when we sat together late that night, he said, "You know what, at least we should be rest assured that he likes a girl". And I could'nt agree more...yeahhh!

Ahli Mesyuarat Tingkap???

Cuaca baik di hari Jumaat yang baik ini. Alhamdulillah, baru dapat peluang update blog ini. Sepanjang minggu nie, Aku terpaksa menghadiri sekian banyak mesyuarat...boring betul. Ada sekali tu, tengah bermesyuarat...lepas tu terpaksa minta izin pengerusi keluar sebab ada mesyuarat lain. Nasib baik la 30 min jer sebab penting sangat, so, lepas tu join balik mesyuarat asal...he...he...ntah hapa-hapa ntah.

Persoalannya kat sini ialah...apa perlunya mengadakan mesyuarat? Ini timbul dibenakku berikutan banyaknya pengalaman berada dalam mesyuarat yang orang kata tak memberikan apa-apa pekdah, atau dengan bahasa mudahnya tak perlu diadakan pun.Mesyuarat yang produktif ialah apabila ianya dihadiri oleh orang yang benar-benar faham isu dan boleh memberi sumbangan. Sebenarnya tidak perlu saban hari bermesyuarat, ianya tidak menggambarkan kepentingan menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan persoalan...kalau dah sering aje bermesyuarat bila masa pulak kerja-kerja hakiki berjalan???

Kadang-kadang dalam mesyuarat, balik-balik benda yang sama jer yang diutarakan. Kalau boss dah pakai term atau bahasa-bahasa jargon yang agak terkehadapan sikit, makanya dimana-manapun hatta dalam slide presentation sekalipun benda yang sama diadaptasikan dengan jayanya. Dari segi relevan atau tidak atau apakah ianya mampu memberi input kepada masalah pokok...jelas tidak menjadi kudis bagi orang-orang yang gemar sekali duduk berhimpun menyelesaikan masalah ini. Barangkali definisi kejayaan sekarang atau betapa pentingkah seseorang itu kepada organisasi sekarang diukur oleh berapa banyakkah mesyuarat yang dia hadiri...dalam sehari, seminggu, sebulan...??? Tak hairanlah bila kita yang biasa-biasa ini betul-betul perlu kepada suatu mesyuarat panggil tokoh-tokoh penting ini untuk datang mesyuarat...mesti ada yang clash, tak dapat hadir atau hantar wakil. Dan berulanglah masalah mesyuarat yang tidak produktif kerana wakil yang dihantar sekadar hadir untuk mendengar bukan mengambil bahagian. Lalu terpaksalah panggil mesyuarat lagi untuk pastikan perkara yang telah dipersetujui oleh bahagian-bahagian lain dapat diterima sebulat suara dan seterusnya dilaksanakan agar kerja dapat berjalan seperti biasa.

Selesai satu bab. Bab yang seterusnya ialah kaedah-kaedah bermesyuarat. Tolonglah bagi agenda dan tujuan bermesyuarat. Kalau boleh, pengerusi biar ada guide kat tangan, tak payahlah melelong sana-sini. Dan pengerusi kena be in control bukan jadi macam kerusi. Duduk diam dan biar mesyuarat bergerak sendiri sesuka hati. Sebab yang datang bermesyuarat tu kebanyakannya ada benda lain lagi yang mungkin lebih penting untuk dibuat. So, hargailah masa orang lain. Justeru, mesyuarat perlu ringkas tetapi padat! Kalau bendnya senang, kenapa nak susah-susahkan. Benda yang straight forward, penyelesaiannya perlu straight forward juga. Misal kata, masalah hutang lapuk yang semakin meningkat. Aku bagi contoh ajer ni. Jadi, cadangan-cadangan penyelesaian haruslah menjurus kepada...contohnya, perlantikan agensi kutipan hutang, mengetatkan syarat-syarat dan terma perjanjian, kaedah pembayaran fleksibel atau lain-lain yang menumpukan kepada usaha mengatasi hutang lapuk. Bukannya merepek tak tentu pasal sampai keluar segala matriks, SWOT analysis bagai...huh....penatnya!!! Lainlah kalau persoalannya ialah bagaimana syarikat perlu bertindakbalas kepada situasi persaingan masa kini yang semakin keras. Apakah peluang-peluang perniagaan yang boleh diambil dan apakah caranya untuk mewujudkan kumpulan pekerja yang berdaya saing? Amboi!! Macam soalah kes study masa exam Service Marketing je pulak bunyinya...

Tak kisahlah, aku sekadar memberi contoh dan meluahkan rasa tidak puas hati atas pembaziran masa kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kurang produktif nie...so, untuk peringatan diri aku sendiri, klik kat sini untuk tips pengendalian mesyuarat yang berkesan.