Wednesday, June 07, 2006

Saya Budak Baru Belajar...

Good news first! Starting yesterday morning, until now...I managed to successfully swipe my access card without having to rely on the guard on duty to do so for me...yes!yes!yes! Satu pencapaian yang luar biasa. Kiranya, berhasil sebelum masuk hari kelima memandu heh..heh..heh. Ok...now, the bad news...I misplaced my handphone...probably lost it by now since I could not find it anywhere. I was still using it to report my driving progress to my husband yesterday evening...I thought it was in the car. But now, come to think of it...I think I might have dropped it while coming out from the car. I remember hearing something drop, but, I thought it was the house's key. I was then busy picking up things - all sort of things, plus the kids...so, I don't pay attention to that. Also, when I glanced at my seat and below...I saw nothing. Probably the phone already rolled under the car! Ok...I'm going to have Celcom block that sim card.  

Berkenaan skil pemanduan setakat ini, Aku masih tak berapa cekap di jalan...dan satu lagi, aku suka mengelak halangan kat depan. Tadi ada satu van tu masuk jalan aku...instead of tekan brek, aku ke kiri sikit, tak perasan ada motor. Kena hon laaaa...nasib baik ler aku tak immediately masuk jalan motor tu...kalau idak sure bammm...keta aku tak kisah sangat la, aku cuma tak nak ler menyebabkan kecederaan atau paling teruk kematian kat jalan raya. Cukup-cukup la ada ramai bakal 'pembunuh' kat atas jalan nie, Aku tak nak jadi seorang daripadanya. Aku angkat tangan kat mamat tu...sorry sangat-sangat, it is my mistake! Nasib baik la dia okay...mungkin sebab tanda 'P' tu...dia pun paham la agaknya.

Tuesday, June 06, 2006

Cabaran 'Parking'

Salah satu benda paling mencabar dalam bab-bab pemanduan ini ialah...meletakkan kereta atau bahasa biasanya 'parking'....huhuhu....Menilai pengalaman memandu Aku yang baru sekitar 4 hari usianya, parking memanglah satu masalah besar buat masa ini...lebih besar dari masalah persengketaan penduduk Dili....sabor ajer laaaaa!!! Parking kat office Aku tu...agak limited, almaklumlah, ada banyak petak yang outside tenants dah ambil. So, kalau nak space yang best-best lokasinya dan besar saiznya, kenalah datang awal sikit...kalau tak ambil aje lah apa yang tinggal. Masalahnya, yang baki-baki tu semuanya mencabar jiwa dan raga.

Alkisah pagi ini pukul 7.45 pagi aku masuk ke basement parking. Tempat yang best memang dah tak der kat depan, kat belakang may be ada...tapi kononnya, aku maleh nak gi belakang. Kira, padan muka aku jugaklah. So, aku decide nak park kat tepi corner ni. Petak dia kira patut padanlah dengan saiz kereta Aku. Nak masuk muncung dulu, tak lepas coz aku dah terkehadapan, nak undur dah ada keta kat belakang. Actually, kalau pikir-pikir balik dengan tenang (tarik nafas dalam-dalam ke...), rasanya I could have better option, tapi masa tu dah gabra, risau orang marah kelembapan bertindak, rasa rendah diri dan pelbagai halangan emosi menyebabkan aku tak boleh berfikir dengan baik. So, aku main belasah jer ambil another spot kosong kat depan...but that one, ada gelongsor...I don't know what they call it...(don't care either)....malangnya tak lepas, dan penanda that particular box dah sangkut kat sebelah belakang keta. Keta pun tak leh undur. Nak ke depan pun, roda dah sangkut plak. Aduhhhh!!! Nak pitam pun ada jugak. Tak sangka memandu nie boleh buat aku rasa nak 'blackout", ingatkan masa jawab final exam paper ekonomi kat universiti tu jer yang mampu buat aku hilang ingatan sekejap...he...he...he...

Pada masa aku ber'tarung' dalam situasi tu (hek eleh....!!!) ada sebuah kelisa kat sebelah...siap dengan pemandu lagi, rasanya keta tu dah parking elok dah. Cuma pemilik dia tu mungkin nak rehat sekejap kot. So, dia pun pandang-pandang. Tak sangguplah aku nak bayangkan apa yang mungkin terlintas kat fikiran dia...nasibla tanda P yang terpampang kat keta aku tu boleh bagi jawapan kepada persoalan yang bermain kat kepala dia...agaknya lahhhh...entahkan dia guling-guling ketawakan kebengongan aku tu...tak tahulah kan....Seperti biasa, aku kontrol macho. Konon-konon situasi under kontrol lah, padahal dalam hati....rasa cam nak jerit jer..."tolong...tolong...tolonglah ajarkan saya cam ner nak buat nie"! Ntah camana ntah, aku press minyak kuat sket, terlompat ke belakang keta tu...lepasss!!! Gilaaaa...nasib baik tak der keta lalu kat belakang...kalau tak, opocot kau....habislah aku kena marahhh!!! Sebaik keluar, aku melawan arus cari petak lain, yang tak der gelongsor tu lagi...tobat tak nak dah! Yang ada cuma satu petak yang kecik. Ngam-ngam saja. Aku masuk muncung dulu. Dan memang rapat ke dinding. Dan cuba betulkan...tapi still cenggitu...nak ubah lebih-lebih rasa takut gak, coz, dah gesel side mirror...pueh aku membelek keta tu...nasib baik ler, tak calar. kalau tak, tak berani aku nak balik umah nie...sure kena sound dengan hubby.

Monday, June 05, 2006

Pertama Kali...Untuk Selamanya...

Sebenarnya lesen memandu sudah lama ada. Tahun 2000 lagi. Yang sebetulnya, sejak dapat lesen memandu sehinggalah tarikh 28 Mei 2006, langsung tak pernah pegang stereng, memandu apatah lagi. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tersebut yang membawa kepada kesudahan ini. Apa-apa pun, bermula 28 Mei 2006, Aku telah memulakan fasa kehidupan yang kira mencabar jugaklah....(at least at this very moment). 

Pengalaman memandu yang zero menyumbang kepada tahap "gabra" yang bukan sedikit. Kereta baru turut menambah resah...apa taknya, kalau calar balar kat mana-mana....hemmm...takut 'lesen' kena tarik pulak. Terus kena banned seumur hidup. :) .

Orang kata, memulakan sesuatu buat pertama kali memang menakutkan...ada rasa bimbang, resah dan sebagainya. Begitulah Aku dalam hal ini. Jadi, di halaman maya ini Aku teringin hendak mengongsi suka-duka bergelar wanita yang baru memandu...(hari ini masuk hari ke 2 memandu ke tempat kerja!). Dan kemudiannya tika pemanduan sudah mendarah daging, berkisah pula tentang lalu lintas kehidupan.