Berapa lama tertangguh daaaaa...
Masa agak mencemburui kebelakangan ini maka aktiviti blogging terpaksa dihadkan. Nak kata banyak kerja pun tidak juga, cumanya sesetengah tugasan itu memerlukan ketelitian dan kajian mendalam sebelum boleh diserahkan untuk tujuan-tujuan seterusnya. Itu yang mengambil banyak masa kerana harus dilakukan dengan berhati-hati. Kalau sekadar respon biasa, pejam sebelah mata pun boleh buat...hehehekelehhhh...
Antara yang tertangguh ialah laporan siri jelajah utara yang berlangsung baru-baru ini. Program impromtu yang mempunyai matlamat serampang dua mata. Berehat melegakan tekanan minda dan mengeratkan silaturrahim. Oleh kerana tak ada perancangan pada awalnya, maka, kami hanya menggerakkan 'sumber-sumber' sedia ada. Heheh. Destinasi pertama ialah Lenggong. Penginapan percuma 2 hari 1 malam di rumah kakak di Kg. Luat.
Semasa dalam perjalanan, sempat merakamkan gambar sekitar R&R Tapah yang cantik dihiasi bunga-bunga berwarna merah jambu yang bertaburan sepanjang susur masuk. Rasa macam dalam filem hindustan pula. Sampai di Luat sekitar 12 tengahari. Sempatlah rehat-rehat dan makan tengahari sebelum memulakan aktiviti pertama iaitu melawat Muzium Arkeologi Lenggong pada sebelah petang.
Muzium ini mengkhusus kepada pameran aktiviti-aktiviti arkeologi dan bahan-bahan yang diperolehi. Keseluruhannya didapati di tapak-tapak arkeologi sekitar Lenggong, sebab itu Lenggong juga digelar Kota Warisan. Tarikan utama muzium ini ialah kisah rangka manusia yang ditemui yang telah membuktikan kewujudan awal tamadun manusia di Malaysia. Bagaimanapun rangka manusia digelar "Perak Man" ini tidak terdapat dalam pameran kali ini, khabarnya dipinjamkan ke muzium lain.
Selesai acara lawatan muzium, kami terus balik ke rumah. Sempat juga jenguk Sungai Perak yang terletak hanya sepelaung di bahagian belakang rumah. Ada beberapa buah sampan tertambat di pelantar kayu di tebing sungai. Sungai ini menjadi antara sumber rezeki penting masyarakat nelayan di sini.
Kami memang sengaja tidak buat aktiviti lain petang itu kerana sedia maklum hari itu hari Rabu, iaitu hari adanya pasar malam. Heheh...nak tumpukan kepada aktiviti gastroenterology pula...hua hua hua...alamat liat la nak naik penimbang bulan ni. :)
Best tau...rambang mata memilih aneka jualan. Semuanya murah-murah. Sayur mayur dan ubi sebakul baru seringgit dua...arghhh...rasa nak beli angkut balik KL.
Yang ini, apam manis...kami ingat dimakan dengan kelapa...tapi pak cik penjual tu kata, makan terus begitu sahaja pun sedap. Tak mahu banyak, tapi udah dijual sepasang macam ini...beli jugaklah.
Yang bawah ini ialah laksa gandum yang biasa didapati di kawasan sekitar sini. Kalau ke mari, memang ini menjadi antara menu wajib yang saya tak akan 'miss' cari. Tapi secara peribadi, saya masih berpendapat yang laksa paling sedap ialah laksa penang.
Cheezy wedges pasar malam style...
Sekarang ni kalau pergi mana-mana pasar malam pun mesti ada jumpa kuih peneram. Yang goreng panas-panas tu memang sedap je makan. Sekadar gambar hiasan, tak beli pun.
Balik rumah makan dan rehat. Tidur yang paling nyenyak rasanya malam tu. Keesokan harinya, pada sebelah pagi kami keluar makan angin ke Bandar Diraja, Kuala Kangsar.
Destinasi pertama dituju ialah Masjid Ubudiah. Puas le merayau dan bergambar. Sunyi dan sepi je suasananya. Tak padan dengan kehadirannya yang 'gah' begitu.
Dari situ, kami singgah ke Istana Kenangan yang juga merupakan sebuah muzium. Senibinanya memang cantik. Sayang seribu kali sayang, buat masa ini ia ditutup sementara waktu kerana kerja-kerja penyelenggaran.
Yang kecewa dengan penutupan ini ialah Hisham sebab dia memang 'kaki' muzium. Tanya pengawal yang bertugas, "Bila nak buka?". Aisey, pengawal tu pun tak pasti bila. Khabarnya dah agak lama juga kawasan ini ditutup. Tidak pula nampak sebarang aktiviti penyelenggaraan mahupun pemuliharaan sedang berjalan. Senyap sunyi je.
Dalam perjalanan keluar, kami sempat singgah bergambar di depan pintu masuk Istana Iskandariah.
Lepas tu, buat keputusan nak balik je. Sebelum tu singgah di kawasan 'lembah'.
Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan kemudahan playground, wakaf dan gerai-gerai penjaja.
Tebing berhadapan dengan kawasan 'lembah' ini terlihat dari jauh.
Hish...tak sah kalau tak singgah minum-minum dulu ka...jom...jom...jom...
Pekena laksa lagi...haish...tapi kali ni kongsi-kongsi dengan mak aje. Laksa kuala ni kuahnya cair semacam. Aku suka kalau kuahnya pekat...emmm...nyummy...tapi tang isi laksa tu ok dah. Ada kelainan sebab selalu dah makan laksa beras. Dok fikir, kalau buat kuah laksa penang dan gabung guna isi laksa gandum...amacam? Hish...terlioq la pulakkkk!
Pekena cendol semangkuk. Cuaca di luar pula memang panas lit lit...hemmmm...sangat nyamannnnn. Teringat pula cendol mamak yang jual depan sekolah Hisham tu...terbaekkk!!!
Petang itu kami buat keputusan untuk 'melencong' ke Alor Setar. Bayangan memang ada sebelum ini cuma masih teragak-agak. Sekali sepupu den kata, mai jangan tak mai...heheh...dah jadi wajibul ngunnah ni. So, pukul 4.30 tu kami pun bertolak ke Kedah menggunakan (buat pertama kalinya) laluan alternatif, Gerik.
Duhhh...gila jauh. Rasa macam tak sampai-sampai. Sebelum sampai Baling, memang menempuh jalan yang kiri kanannya gunung-ganang je...nasib baik pemandangan cantik dan keadaan jalan pun elok. Singgah solat di Masjid Al-Muthmainah, Kampung Mengkuang.
Merasalah lalu Sik, Jeniang, yang kemudiannnya membawa kami ke Gurun. Dari situ, kami terus cari highway sebab dah nak dekat Maghrib. Sampai Alor Setar sekitar jam 8.00. Wehuuu...akhirnya! Tobat lepas ni den nak guna highway utara selatan jer la.
Teringat dialog cerita "Masam-masam Manis"...
"Hang kalau mai Aloq Setaq...kepala hang Aku putaq-putaq...." heheh...
Bangun pagi-pagi dah nampak Menara Alor Setar terpacak tegak mengamit pandangan. Hek eleh...dekat je rupanya dengan kediaman sepupu Aku ini. Masa datang untuk program dengan UUM dulu, dah naik dah makan kat restoren di atas menara tu.
Hari pertama di Kedah, kami ke pasar nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah. Kalau hendak ke Langkawi, kat area-area sinilah korang boleh parking kereta.
Perahu-perahu semuanya sudah masuk berlabuh.
Hah...hasil tangkapan sedang dibawa naik. Boleh buat dek je terpijak ikan. Kucing-kucing yang ada pun buat tak hairan je walau ikan dah tergolek depan mata. Dah tak larat nak telan agaknya.
Salah satu sudut pandangan dari atas jeti.
Mengabdikan kenangan di pelantar ikan sebelum acara beli membeli.
Sepesen jer design bot dema ni ye...
Antara hasilan laut yang dijual segar di sepanjang jalan. Sotong katak pun ada.
My favourite...ketam bunga!
Selepas beli bahan-bahan memasak semua, kami bertolak ke rumah adik bongsu. Buat aktiviti masak-masak dan makan beramai-ramai. Syokkkk! Kat belakang tu bendang menghijau saujana mata memandang.
Ini kucing jantan tuan rumah. Bukan main sombong dengan saya, mentang-mentanglah dia 'lawa'. Cute, kan? Tapi dia ni berlagak macho...tak mahu orang usik-usik & agah dia...hempphh...meh sini kau!
Petang tu, on the way balik, ada special request untuk cari ABC la pulak. Ya Allah, memang la panaih sungguh hari ni...dahaga lain macam. Makanya, kami pun singgah le kat gerai area Stadium tu...nengok le ABCnya...nyummy!
Cerita makan minum je yang banyak kan dalam siri jelajah ni. Hehehe...itukan common interest, so, senang sikit nak cerita. Yang bawah ini ialah pesanan saya semasa bersarapan pagi di hari di Kopitiam yang sangat best di Alor Setar.
Macam-macam boleh order daripada sekian banyak gerai-gerai yang ada di kawasan seumpama medan selera ini. Yang ini roti john...pesan satu je...sekali yang datang dua. Aduyai...tapau bawak baliklah coz dah penuh perut.
Lepas sarapan, kami ke Pasar 'Souq' Al Bukhary pula. Saja ronda-ronda. Memang meriahlah. Apom Lenggang pun ada jual...macam orang jual apom balik la pulak. Cuma ia menggunakan kuali kecil. Emak mencari asam jawa Alor Setar. Jauhnya mencari...katanya hok asam jawa sinilah yang paling best. Yang bawah ni ialah 'jajan' tradisional. Sagun jugak menjadi pilihan.
Oh ya, jualan tudung dan baju kurung pun berlambak. Macam jualan pra-raya la pulak. Siap diskaun 50% tu...tudung deSalma yg RM60 satu dah tinggal RM30. Ala...saya dah beli satu masa kat pasar malam Luat. Yang kat sini boleh dapat pada harga RM20 jerk...hua..hua...hua...
Seronok juga ya, bercuti main redah je ni. Mula ingat nak singgah Langkawi, tapi, hish...tak bestlah setakat hendak balik hari. Jadi, bila dah atas highway menuju selatan, nampak jer persimpangan Bandar Baharu terus tukar fikiran hendak jenguk kampung. Singgah Parit Buntar pulak...lengkap la tu satu pusingan, Kuala Kangsar...Alor Setar...Parit Buntar....ar...ar...ar...
