Tuesday, June 12, 2012

Saatnya Berubah

Manusia ini tidak sama. Ada yang boleh melentur-lentur bila diasak tekanan. Dia boleh bounce back! Hari itu masam mencuka wajahnya, hari ini sudah tersenyum manis galak berbicara.

Ada orang dia tak kacau hal orang. Dia buat hal sendiri, ikut pace sendiri. Namun bila tiba saat dihadapkan dengan sesuatu yang berbeza, dia akan jadi panik dan susah nak cope up dengan keperluan baru. Mungkin dia akan ambil masa yang sedikit lama untuk memahami perubahan sebelum berjaya menguasainya. Dia mungkin tudak terfikir untuk mengalah kerana dia sendiri tidak mempunyai banyak pilihan. Jadi, fokusnya hanyalah kepada bagaimana mahu mengatasi dugaan itu dan menerima sahaja kesengsaraan yang datang bersama ujian itu.

Ada orang dia bukan tidak boleh menerima tekanan atau bebanan lebih. Dia cuma benci dengan ketidakpastian. Dia jemu menghadap masalah yang sama bilamana masalah seumpamanya sudah berjaya diatasi pada awalnya. Dia bosan dengan situasi yang berulang-ulang. Lebih malang lagi tiada siapa yang boleh memberitahunya bila semua ini akan berakhir, mungkin kerana hanya dia sahaja yang tidak menolak kerja dan orang terlupa yang dia juga hanyalah manusia biasa. Dia juga terperangkap dengan sifat kesempurnaannya. Apabila sesuatu yang pada hematnya sudah cukup sempurna masih tidak memberi kepuasan kepada pihak yang masih mencari-cari apa lagi yang boleh dihumban kepadanya, maka dia memberontak dalam diam. Bila menyempurnakan sesuatu itu bukan lagi menjadi penyelesaian maka jalan penyelesaian yang lain harus dicari.

Setiap sesuatu itu pasti terkandung hikmahnya. Tiada apa yang harus dikhuatirkan kerana kehidupan ini hanya ada 2 kebarangkalian, berjaya ataupun gagal. Walaupun gagal, peluang untuk berjaya pasti tetap ada kerana hidup ini bak putaran roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Yang penting, percaya pada diri sendiri.

Kalau memang benih yang baik, campak ke laut menjadi pulau!

2 comments:

wotervang said...

benar..hikmahnya telat datang ke bandara gara-gara ban belakang kendaraanku meletus,aku selamat dari kecelakaan pesawat jatuh ke puncak gunung

Telipuk Kuala said...

wahhhh...benar ya pak? syukur, alhamdulillah atas perlindunganNya.