Wednesday, June 29, 2011

Israk & Mikraj (Kuliah Rabu)

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Hari ini umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama Surah Al-Israk pada 27 Rejab InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan Hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan.

1. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada keNabian Nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan Nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.

2. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum Nabi dinaikkan ke Sidratul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 Surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

3. Sejarah Perjalanan Israk Mikraj - Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang-orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari Neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pada suatu ketika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan Nabi-Nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh: Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda:

“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umat mu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umat mu. Suruhlah umat mu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul - Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasulullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT :
Aku ambil mu sebagai kekasih.
Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umat mu. Aku buka dada mu dan buangkan dosa mu.
Aku jadikan umat mu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al Fatihah) yang tidak Aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu.
Aku berikan mu ayat-ayat di akhir Surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi mungkar.
Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu.
Dan Aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj. Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama Surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid alHaram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.

Wallahua’lam.

Jalan-Jalan Cari Pasal

"My Car My Rules"

Begitu bunyi tulisan pada pelekat comel di belakang sebuah kereta Kelisa yang berada di hadapanku di Jalan Pantai Baru pagi tadi.

Boleh...boleh...pergi bikin jalan sendirilah kan kalau nak ikut peraturan sendiri. Kalau setakat dok menumpang jalan yang dibina dengan wang pembayar cukai termasuk Aku, tak usah nak berlagaklah!

Sebenarnya dah tak terhitung perangai-perangai buruk di jalan yang Aku jumpa. Setakat ini alhamdulillah, boleh sabar. Minggu lepas, ada sebuah kereta kat depan Aku ni, tak tentu arah nak masuk jalan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Nyaris nak langgar seorang mamat motor ni. Hemp...mamat tu bengang, terus bagi 'isyarat tangan'. Aiyoooo...

Semalam balik daripada mesyuarat di Phileo Damansara, mengekor belakang sebuah kereta mahal. Punyalah lembab yang amat. Aku tak tahu apa masalah dia. Ayah Aku kayuh basikal pun lagi laju daaaa. Last-last dengan Aku sekali kena hon dek kereta-kereta kat belakang. Hampesssss!!!

Hari tu pun jumpa kereta lembab juga. Macamanalah tak lembab, dok sibuk belai-membelai. Dah satu hal pulak Aku nak tengok. Bukan Aku nak tengok, udah kereta tu kat depan. Terpandanglah. Kang Aku pandang ke lain, bam ke pulak! Naya je. Nasiblah line clear, potong terus je. Korang ni...tengok-tengoklah tempat kot nak bermesra pun...menyusahkan orang je!

Tapi yang best tu, bila angin satu badan kat jalan dalam kawasan kediaman sendiri. Pagi-pagi ni bila kereta bergerak keluar, mestilah nak pergi kerja, hantar anak sekolah dan sebagainya. Aku sangka, mestilah kereta tu akan bergerak. Kalau dalam mode 'menunggu' pun, lazimnya, kereta tu duduk di tepi. Ini satu kereta ni, sudahlah nak keluar pun teragak-agak lagaknya, lepas tu tak sampai 50 meter berhenti cokoh tengah-tengah jalan....aiii...Mentanglah kereta Aku kecik, dia ingat kiri kanan pun Aku boleh celah tak ada masalah. Tak mainlah! Engkau kalau nak jalan keluar, buat cara nak keluar. Kalau tak nak keluar, pi duduk tepi sana. Aku drive ala-ala nak gigit belakang dia...lepas tu berhenti betul-betul belakang dia. Hahah...gabra...gabra...lepas tu barulah tergedik-gedik nak ke tepi. Apppaaaarraaaaa!!!

Itulah, kalau masing-masing suka hati ikut kepala sendiri macam tu lah. Tak langsung nak fikir tentang orang lain. Agak-agak kalau susah sangat, pindah masuk hutan jer lah wehhhh...

Thursday, June 23, 2011

Terbako'

Berminggu-minggu yang lalu, saya menerima panggilan untuk mengikuti satu kursus wajib yang ditetapkan bagi perkembangan kerjaya saya. Saya mencatat butiran yang diberi dan mengingatkan diri saya untuk mengesahkan penerimaan sebelum tarikh mati, kalau tidak, kos akan dicaj kepada pejabat saya.

Tiba-tiba 'dejavu'.

Entah macamana, saya terasa-rasa macam sudah pernah menghadiri kursus ini.

Mujurlah, saya ada menyimpan sijil-sijil kursus yang saya telah hadiri. Betul telahan saya, saya memang telahpun selesai kursus yang itu.

[ Pelik, saya pulak kena cek rekod sendiri...nasib saya simpan, kalau tidak...]

Lalu saya menghubungi penyelaras kursus untuk memaklumkan perkara itu. Saya fikir, tentulah mereka yang bertanggungjawab itu patut berasa gembira kerana saya memudahkan kerja mereka dan membantu perbelanjaan berhemah dengan menggugurkan kos yang tidak perlu.

Bagaimanapun, hati kecil saya telah tergerak untuk tidak mendiamkan perkara ini begitu sahaja kerana penyelaras kursus tersebut tidak pula memberi pengesahan bertulis yang saya tidak perlu hadir lagi. Saya memaklumkan bahagian pentadbiran sokongan agar berjaga-jaga jangan sampai menerima invois yang bukan-bukan pula.

[ Nampak benar saya tak berkeyakinan dengan kerja orang-orang ini...heheheh ]

Saya tahu minggu ini adalah minggunya untuk saya mengesahkan kehadiran sekiranya saya tak pernah ikuti kursus ini. Saya boleh buat bodoh saja dengan menghadiri kursus ini buat kali kedua. Saya boleh saja bersikap tidak peduli...eh...eh...bukan saya yang hendak pergi, orang latihan yang suruh. Mereka lebih patut mengetahui rekod saya kerana mereka yang sepatutnya merancang dan melaksanakan program pembangunan kerjaya yang diatur untuk saya. Tempat latihan pula memang dekat dengan rumah. Boleh keluar berdondang sayang pukul 8 pagi dari rumah. Balik pulak, sebelum pukul 5.45 dah boleh sampai. Yahuuuu...Dua hari tak masuk pejabat...yahuuuu lagi sekali...Tapiiii...tak bolehlah buat macam tu!!! Menangguk di air yang keruh namanya! Tak sesweeiiii ok...!

Tak sangka betul. Setelah mengambil inisiatif dan langkah memaklumkan kesilapan yang berlaku...pagi-pagi tadi saya masih dihubungi seseorang menanyakan jadi atau tidak saya hadir pada tarikh-tarikh tersebut. Nasib baik saya tak menjerit balik, "You tell me lahhhh!!!".

[ Saya mana berani marah orang kan, kan, kan...huhuhu....]

Kenalah terangkan balik. Sempat lagi, "Nak salinan sijil saya ke...saya boleh fax kan kalau perlu...". Hahaha...

Aku pikir dah selesailah tu.

Ek eleh...korang ni, saya tak tahu nak cakap apa lagi dah...petang ni saya tengok kat inbox Outlook saya, mereka masih tergamak menghantar email lagi kat saya memaklumkan perubahan tempat kursus...

Patut ke tak patut saya marah???

Wednesday, June 22, 2011

Menanti Di Alam Barzakh - Far East



Ku merintih... aku menangis...
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali roh kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

Ajal yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.

Tuesday, June 21, 2011

Ronda-ronda Masjid Negara

Dua hari lepas Aku asyik berulang-alik ke Masjid Negara. Alhamdulillah, bos okay, jadi untuk dua-dua hari itu Aku ambil cuti half-day. Emak menghadiri Kursus Intensif Haji yang di adakan di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Mujurlah, sebab tahun lepas semasa emak dalam senarai stand-by, kursus yang sama di buat di Masjid Saiyidina Uthman Bin Affan, Bandar Tun Razak. Lagilah jauh.

   

Masjid Negara ini bukanlah ikon yang asing. Malahan memang senang dikunjungi. Pengalaman Aku sebelum ini cuma singgah untuk menunaikan sembahyang sahaja. Tak pernah pulak terfikir hendak menjelajah tengok apa yang ada. Jadi, bila kali ini dapat peluang...hemmm, ambil kesempatanlah. Masa tunggu emak habis kursus tu, Aku berpeluang mengunjungi Makam Pahlawan yang menempatkan makam pemimpin-pemimpin negara yang telah banyak menabur jasa.

   

 Di dalam bangunan berbumbung bintang pecah tujuh ini menempatkan makam-makam bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu : ~Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973) ~Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976) ~Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990) ~Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)


 

Menariknya, beberapa buah liang lahad juga telah siap sedia dibuat menunggu penghuni baru. Maklumlah, lantai marmar sebegini, tak akanlah setiap kali ada pengkebumian, setiap kali kena dipecahkan. Kalau Akulah tahu kat mana kuburan untuk Aku, sudah siap sedia tunggu hendak timbus tanah sahaja...heeeemmmmmm... 

Di bahagian luar juga ada terdapat beberapa buah makam lagi milik tokoh-tokoh negara yang memberikan sumbangan besar kepada negara.


   

 Mengikut senarai dalam wikipedia.org, mereka yang diberi penghormatan dikebumikan di sini ialah : 1) Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977) 2) Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982) 3) Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985) 4) Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991) 5) Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992) 6) Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006) 7) Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010) 8) Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010) 9) Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010) 10)Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail - Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia 
 (meninggal23 Disember 2010)


 


Suasana sunyi dan sepi. Mudah-mudahan damai di sana. Dari Makam Pahlawan, Aku membawa anak-anak ronda ambil gambar sekitar kawasan perkarangan masjid. Tertarik pula dengan dinding mozek di bahagian bawah Dewan Syarahan.


   

 Kawasan masjid agak lengang. Masa ini belum masuk waktu Asar lagi.


Menara yang cantik berlatarbelakangkan cahaya mentari yang menyinar. Memang panas lit lit jugalah hari itu.

  

 Sukalah garisan-garisan tangga dan menara ini.

   

 Lagi sudut pandangan hadapan masjid. Kiranya Aku berdiri antara Masjid Negara dan Pusat Islam yang menempatkan JAKIM dan TV Al-Hijrah.

   

Teringat masa melawat Masjid Negara pada tahun 1995 dulu dengan rombongan AJK Pengurusan Kolej TNB. Sekarang Masjid Negara lebih cantik perkarangannya sebab dah dibuat facelift beberapa tahun lalu.

 

 Budak-budak seronok bergambar.

   

 Bergambar lagi dengan fesyen yang sama. Berlatarbelakangkan bangunan KTMB.
   

 Aiyoh...awak berdua ni, tak ada gaya lain ke? Aiman cakap, "Ibu, kapal terbang saya (kapal terbang kertas yang sanggup diangkut ke sana ke mari) pun nak bergambar jugak". Hence, the 'standard' pose.

   

 Alamak...sah! Nampaknya lepas ini ibu kena bagi idea barulah macamana hendak mempelbagaikan posing depan kamera nih! Hehehe...

   

 Hisham cakap, "Ibu, bangunan itu cantik, kan? Ibu tangkaplah gambar". Memang pun, dalam cuaca cerah begini, hilang kesuramannya. Nampak menyerlah pulak.

   

 Di sinilah stesen TV Al-Hijrah beroperasi. Pernah teringin nak uji bakat jadi pengacara...hahaha...tapi semuapun nak 30 tahun ke bawah...aiyoooo...

   

Oh ya, dah kebetulan kat Masjid Negara, Aku singgah tengok barangan cenderamata yang dijual. Objektif utama dah tentulah mendapatkan fridge-magnet. Yeayyyy...dah jumpa yang berkenan di hati. Harganya RM4.40. Dah lekat kat peti ais semalam. Dan yang best lagi, gerai tu pun ada jual setem-setem lama yang dipek dalm jumlah yang agak banyak. Tak sempat belek lama sebab budak-budak ni pantang lepa berlari entah ke mana...rasanya RM18 setiap satu. Tak boleh jadi ni, kena pi lagi.
 Hehehe...

 

Seronok juga dapat selitkan program outing walaupun impromtu dan tak menyeluruh sangat. Yang penting, masa bersama anak-anak telah diisi dengan sebaiknya dan dalam masa yang sama dapat peluang berbakti pada emak juga...Dengar cerita kursus perdana nanti dekat Putrajaya bulan September. Huh, ke Putrajaya le pulak lepas ni...

Anak Ayah

Macam terpukul pula membaca catatan terbaru Seripagi tentang Babahnya. Dedikasi ikhlas yang sungguh mengharukan. Hari Bapa pun baru sahaja berlalu. Tidak seperti Hari Ibu, terus-terang cakap saya tak buat apa-apa pun untuk Ayah. Not even a wish!

Sebenarnya, saya tidak mahu terikat meraikan jasa-jasa emak dan ayah pada hari-hari tertentu. Setiap hari bersama mereka adalah istimewa. Mereka wajar diraikan setiap hari. Tetapi dengan pemilihan hari-hari tertentu yang sudah dikomersialkan dengan hebatnya, kadang-kadang kita akur juga...maklumlah, kalau sudah menatap akhbar disuapkan kisah dan promosi, pun sama di saluran televisyen...tentu tercuit juga keinginan.

Macam hari Ibu dulu, memang ya, saya ada belikan emak sebiji kek dan sekuntum bunga carnation merah. Saja hendak hiburkan hatinya. Apatah lagi adik beradik lain semenjak pagi lagi sudah menghantar ucapan. Dan saya seperti biasa, adalah jenis yang sukar meluahkan walaupun saya mempunyai sensitiviti yang tinggi.

Saya selalu ketawakan ayah bila tengok gambar muda-muda dia. Bukan apa, yang dalam gambar itu sungguh tegap dan tampan sekali. Bergaya dengan spek mata hitam zaman a-go-go. Berbaju belang, berseluar yengki...opppsss...terlebih sudah! Jauh benar bezanya dengan fizikal ayah sekarang. Badannya susut dah nampak tulang sahaja. Cengkung serba serbi. Semangat sahaja yang kuat dan...degil! Walaupun dia tak larat, tetap nak tunjuk kuat juga.

Masa kecil-kecil dulu, saya memang rapat dengan ayah. Maklumlah, 5 tahun lamanya menjadi anak bongsu dalam keluarga. Bila ayah balik dari sawah, dan sesudah membersihkan diri dan mula berehat, sayalah yang akan datang dengan sikat ditangan. Saya bertugas menggaru belakang dan memicit badan ayah. Saya akan pijak dan meniti badan ayah daripada belakang badan hingga ke kaki. Ayah akan pura-pura yang kononnya saya ini sangat 'berat'...dan saya akan pijak lagi lebih kuat!

Malam-malam hari, saya akan intai tengok ayah keluar atau tidak. Kadang-kadang selang beberapa hari, ayah suka keluar ke kedai makan berhampiran untuk minum secawan teh. Dan semestinya saya akan pastikan ayah bawa saya bersama. Saya akan pesan laksa dan air botol. Air botol masa tu kira 'cool' lah. Best masa pilih apa yang berkenan daripada deretan botol yang dipamerkan. Yang mahal F&N lah...kalau botol legap tu...murah jer. Tapi selalu, yang botol legap tu ler yang saya dapat. Kalau emak hendak tidur di rumah tok, saya akan ikut ayah balik ke rumah kami sebab saya kesian ayah tinggal seorang. Saya suka duduk di pelantar basikal sambil ayah mengayuh dan bersiul lagu kegemarannya. Saya suka tengok kelip-kelip berterbangan di kiri-kanan lorong dan rumpun gelenggang yang rimbun. Masa titi panjang masih ada, adakalanya ayah akan turun dan tolak basikal sebab ada renggang. Saya pula dah semestinya tak mahu turun.

Bagi saya, ayah adalah seorang 'superhero'. Hendak apa-apa minta aje. Dapat belum tentu. Tapi ayah tak akan marah pun walau saya meminta itu ini. Kalau boleh ditunaikan, dia akan segera bagi jawapan. Kalau tak dapat, dia diam saja. Nasib baiklah saya tak mendesak dan cepat lupa apa yang saya hendak.

Saya ingat lagi masa saya berkursus di Marang, Terengganu di penghujung zaman universiti dulu. Kursus motivasi yang dianjurkan oleh bakal majikan saya. Dalam satu sesi, kami diminta memberitahu ayah masing-masing yang kami sayangkan mereka. Kami diminta memaklumkan reaksi yang diterima. Semalaman saya berfikir hendak buat macamana. Ketika masa semakin suntuk, saya bercadang hendak mereka-reka sahaja. Tetapi saya terfikir, mengapa tak buat? Apa yang menghalang saya daripada melakukannya? Memang saya sukar meluahkan...tetapi rasa ingin tahu saya juga tinggi.

Saya telefon ayah.

Saya merepek-repek cerita itu ini. Saya rasa ayah mesti ingat saya demam sebab saya tak pernah ajak dia bercakap panjang begitu...ayah seorang yang pendiam juga dan dia memang tak banyak cakap dengan anak-anak.

Tiba-tiba, "Ayah, Ya sayang ayah". Terkeluar juga. Saya rasa macam terkeluar intan sebesar penumbuk daripada mulut saya. Susahnya...

Reaksi? Tak ada reaksi.

Ayah diam.

Dan saya cepat-cepat menamatkan perbualan.

Saya tak perlu mendengarnya. Saya tahu ayah sayangkan saya. Tak perlu cakap pun tak apa. Saya selalu percaya, kasih sayang itu lahirnya daripada hati yang tulus dan dizahirkan dengan perbuatan.

Sebenarnya ayah diam sebab...
1) Anak aku ni sihat ke tak?
2) Betul ke apa yang Aku dengar?
3) Tergamam...tak tahu nak jawab apa.

Saya tetap sayang ayah saya...dengan cara saya yang tersendiri. Saya tahu mulut saya sudah lama terkunci semenjak itu tetapi saya yakin ayah faham.

Kalaulah ayah membaca blog ini...heheheh...

Perhentian - Wings



Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri Oh.. Oh..
Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan peganganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri

Monday, June 20, 2011

Ronda-ronda Kebun

Hari Sabtu lepas Aku sempat berkunjung ke rumah sahabat lama yang baru menimang cahayamata. Sebetulnya itu adalah perjumpaan setelah 20 tahun lamanya tak jumpa. Mungkin tak jumpa secara fizikal, secara virtualnya masih ada berhubung juga melalui blog dan FB. Sebab itu bila jumpa, rasa macam biasa kenal ja...hahaha...anyway, tahniah sekali lagi kepada Harris dan Faridah di atas kelahiran Adam Sulaiman.

Dan seperti yang dirancangkan, kami bertolak balik ke Melaka sesudah zohor. Tujuan balik memang sebab nak menjemput 'Tabu' . Mahunya tak, rasa nak koyak gegendang telinga bila hari-hari diasak dengan soalan, "Ibu, bila kita nak ambil Tabu?". Atau, "Kita pergi ambil Tabu hari Sabtu ke Ahad?"...tak sudah-sudah bertanya. Lepas tu siap buat mogok la kononnya rindu kat Tabu tu...haissshhhh!



Nasib kau la Tabu...lepas ni kena 'gomol' selalu dengan budak-budak tu. Kat Melaka, hidup dia aman damai je...mak mertua aku kata...sehari sebatang lobak merah tu dia sebat...wah...wah...wah...Petang pulak, sesekali pak mertua lepaskan dia bagi enjoy lompat-lompat kat halaman rumah...hemmmm...kat sini dok terperuk memanjang la nooo.

Masa balik tu, amboi...rasa berbunga hati tengok pokok-pokok durian yang dihiasi buah-buah berduri yang semakin membesar. Rasanya masa balik baru-baru ni, taklah berapa obvious sangat.



Gambar dekat yang lebih mengancam...hish...tak sabaq dah ni...



Ini bukan isyarat 1Malaysia okey...ini isyarat, saya satu orang boleh makan semua ini...hahaha...



Habis kami jelajah dari satu pokok ke satu pokok...padahal sama jer ek rupa dia. Siap dok membayangkan banyak mana le rezeki yang bakal dinikmati nanti sampai tak sedar nyamuk dok seronok menerima 'rezeki' juga...

Pokok tebu. Time bulan puasa nanti pak mertua den akan tebang dan angkut pergi mesin. Air tebu yang ditanam sendiri menjadi minuman penghilang dahaga ketika berbuka nanti.



Rupanya ada sepokok dua rambutan kahwin yang baru pertama kali berbuah. Uihhh...best ni.



Dan kat dalam reban ini sudah ada 10 ekor ayam daging yang akan sedang elok matang menjelang 1 Syawal....kok...kok...kok...kiok...



Dapat inspirasi nak berkebun juga untuk tanah kami yang sekarang ini masih kosong tak buat apa-apa. Tanam gaharu nak?

Teringat kat Farmville...

Friday, June 17, 2011

Hashim The Carpenter

Once upon a time...in a land far far away...

There was an excellent carpenter who work for a company that involved in house construction business. Of all the carpenters that the company hired, Hashim was the most sought after due to his excellent workmanship. If Hashim was not available, many potential customers would rather wait months to get him to build the house than settled for a replacement to do the job. Hence, it is understandable that Hashim became the most valuable asset to the company.

After years of great diligence in his work, Hashim reached his retirement age. Finally, he would be able to rest and enjoy peaceful life with his family. He was really looking forward to that day. As the day came nearer, the Boss called him and gave him one last assignment. The Boss talked him into agreeing to complete one final project.

Because he was beginning to lose his passion for carpentry, he decided that he would just built the house to meet the given specification and no more than that. He started to work but with his mind continuously thinking about retiring. Upon completion, it was obvious that the house was shoddily made.

Hashim was happy that he completed his last assignment and eagerly handed over the house's key to his Boss. The Boss took the key and smiled at him. Suddenly, the Boss grabbed Hashim's hand and put the key back in his palm.

"Hashim, you've always been the best worker ever and we could not thank you enough for your contribution to this company. As a token of appreciation, please accept this newly built house that you've for these past few months work hard on it, as a gift from us all".

Hashim was shocked. The house that he shoddily made was his.

Moral of the story?

YOU GET WHAT YOU GIVE

(this story was related by my boss during a Leader's Dialogue session today)

Thursday, June 16, 2011

Yang Kita Rasa, Yang Orang Lain Rasa

Betullah, bila ditimpa masalah, jangan ingat kitalah paling malang. Tahu-tahu bila tengok sekeliling, ada lagi yang lebih parah. Itulah orang kata, cubalah masing-masing kita ni longgokkan masalah kita yang terasa berat tu di satu tempat. Lepas tu dalam banyak-banyak masalah yang berlonggok tu, pilihlah ikut suka...masalah mana yang rasanya kita rela nak tanggung. Yang rasanya lebih ringan. Hahah...jangan terkejut kalau akhirnya kita pungut balik masalah kita sebab kita tengok masalah orang lain jauh lebih hebat. Barulah sedar diri.

Sepertimana yang tercatat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya". Tapi kita susah betul hendak percaya, kan? Rasa macam tak mampu je. Rupa-rupanya memang kita mampu memikulnya, kalau tidak tak adalah diuji sebegitu.

Dan lagi selalu ingat rupa wajah yang 'cool' dan nampak rileks tu mesti hidup tenang...tak ada masalah...happily ever after. Hahaha...jangan terpedaya. Rupa-rupanya mereka ini adalah insan-insan yang kuat. Bila tahu apa yang mereka telah dan sedang lalui, terkejut beruk kita! Bulat mata memandang rasa tak percaya. Betul, kadang-kadang tak tercapai akal kita...ada juga manusia yang sanggup buat perkara-perkara yang rasa macam tak logik orang tergamak buat. Hemmmm...sabar jelah ye.

Kepada pejuang-pejuang kuat di luar sana, percayalah anda tidak berseorangan. Tiap-tiap sesuatu itu ada tempoh masanya. Tiap-tiap kesusahan itu pasti ada jalan keluarnya. Semoga terus sabar dan tabah menunggu saat segalanya berakhir. Ganjaran yang besar untuk kamu.

Aku tabik spring!

Wednesday, June 15, 2011

Bertukar Wajah

Ku lihat hijau...
Nyamannya suasana, kan?

Lama juga menimbang hendak ubah template...sebab ikan tu comel! Dan dia berjaya melepaskan diri daripada kelompok yang ramai, ke balang yang lebih luas dan selesa. Ikan pemenang namanya! Tapi...bila tengok ikan, teringat pula puyu tiga ekor yang dulunya menghuni dalam akuarium kat rumah tu. Bermula cuti sekolah...satu demi satu mati huhuhu...salah saya juga...saya tak sangka niat hendak betulkan akuarium dengan memindahkan mereka ke dalam baldi telah mengundang kecelakaan. Apa pun benda sudah terjadi.

Jadi, hari ini terdetik lagi rasa hendak tukar rupa paras KLTraffic untuk kali yang ke-4. Tak pandailah hendak cipta rupa sendiri, jadi, guna ajelah template yang sudah siap sedia. Ok jugalah, kan?

Tapi kalau kemudian tukar lagi rupa paras, obsolete la entri ini...heheh. Mungkin tak lagi hijau, tapi insyaallah...semoga kekal 'menyamankan suasana'.

Tuesday, June 14, 2011

Gerak Gempa

Satu gempa sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 11.01 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.7 Utara longitud 98.4 Timur. 367 km dari baratdaya Pulau Pangkor, Malaysia.

Kami yang bertugas di Menara tak sedar pun. Tapi ada kawan yang bermesyuarat di bangunan bersebelahan telefon, bagitahu. Malahan rakan-rakan di sana semuanya sudah diarah mengosongkan bangunan.

Alamak...mula la rasa cuak...nak turun ke tak ni? Tak ada pengumuman pun. Tengok kat bawah sana, sudah ramai yang berhimpun di bawah. Tak pe, standby telefon dengan purse ajelah dulu. Agak-agak dipanggil turun, cepat-cepatlah blah.

*****************************************************************

Selang beberapa ketika kemudian...

Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang serius. Kami masih di Menara menjalankan tugas seperti biasa.

Mohon doa agar semuanya selamat, untuk kawasan sini dan kawasan-kawasan yang terlibat juga.

Monday, June 13, 2011

Apokalips - M.Nasir

Teringat masa sibuk berteater di Matrikulasi dulu...pertama kali membuat kemunculan dengan memegang watak Nurul Malini. Masa ni lagu-lagu M.Nasir tengah top balik, selain Apokalips...kami juga menyelitkan lagu Mantera Semerah Padi untuk melatari adegan bersilat.

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka

Tanpa Tabu

Keadaan kembali seperti biasa.

Ada-ada sahaja hendak dijadikan isu. Hilang guli sebiji pun masalah. Bising.
Tapi tak ada siapa hendak marah-marah. Hehehe. Cukuplah dua minggu yang sunyi sepi itu sebagai hukuman. Dan balik ke asal ini, rasa lega pun ada juga. Alhamdulillah...

Pagi-pagi ini bermulalah adegan yang tak ingin anda lihat...hahaha...tak cukup rupanya cuti 2 minggu.

"Saya mengantuklah, ibu..."
"Saya tak mau pergi sekolah..."
"Hari ini bukan hari Isnin..."
"Jangan buka lampu..." dan lain-lain karenah.

Sabor ajelah...

"Cepat bangun...boleh cepat makan. Ibu dah sediakan cornflakes atas meja". Oppsss...alamak, ibu dia pun masih dalam sindrom bermalas-malasan. Heheh...ibu dan tok puasa hari ini. Lepas tu ibu kena keluar awal pagi ini sebab takut kerja-kerja pemasangan kabel optik di sepanjang jalan akan menyebabkan kesesakan teruk bila kenderaan menghantar anak-anak ke sekolah mula bertali arus.

Cuma Tabu aje yang masih di kampung. Kesian, Tabu...budak-budak dah mula tunjuk perasaan sebab kami tak bawa dia balik. Bukan apa...kelmarin pergi kenduri di Jasin. Lepas makan tentulah hendak borak-borak dulukan. Macamana nak bawa Tabu? Kang tinggal dalam kereta mati kepanasan pulak. Pulak tu bila keluar kami terus keluar ikut tol Ayer Keroh...tak de nye nak singgah kampung lagi. Makanya...tinggal jer la dulu arnab nan seekor tu.

Dah satu hal pula kena balik lagi hujung minggu ini semata-mata nak jemput Tabu...

Thursday, June 09, 2011

Tempias

Kalau rasa tidak bersalah, tak perlulah minta maaf. Kalau rasa diri betul, buat-buat pejam mata dan pekakkan telinga sudahlah. Biasalah kontroversi ni. Lama-lama reda la. Lagipun, sasaran pasaran bukanlah di negara sendiri. Ini untuk pasaran negara Mat Saleh, tahu? Tak kelaslah menyanyi tegak macam tiang. Nanti susah hendak tembus pasaran. Kenalah gunakan kreativiti yang Allah kurniakan. Apa...itu pun salah ke?

Kita ni kalau bab menegakkan benang yang basah, cukup hebat! Alasan demi alasan. Tapi yang hairan tu, semuanya bila sudah 'terlanjur' barula kelam-kabut. Nak mereka alasan ni, kena pandai. Kena putar. Kalau tak kena gaya, nanti terjerat diri sendiri. Pendek kata, hendak meneruskan kelangsungan dalam industri sebegini sememangnya memerlukan kepada skil dan kemahiran yang tinggi juga adanya.

Tapi, tak apalah...orang dah minta maaf pun. Maafkan ajelah. Malu tau you all...apa ni, kutuk-kutuk, maki-maki...jatuh maruah, okay! Malulah kat keluarga. Macamlah tak ada pendidikan pulak...malu tau!!!

Tak kesahlah...(apasal hari ni Aku ter'kesah' pulak...???)

Ni Telipuk nak cakap ni...bukan pasal kes macam ini sahaja, tapi untuk kes-kes lain juga. Bukan apa, bila jadi benda-benda macam ini dan Telipuk cerita balik, orang semua senang nak faham. Tak payah Telipuk susah-susah hendak cipta senario. Jadi, itulah Telipuk suka ambil contoh apa yang ada sahaja. Tak lebih, tak kurang. Apa yang korang baca dan tahu, itulah apa yang Telipuk baca dan tahu juga.

Cuma yang Telipuk nak sentuh ialah bab 'sudah terhantuk baru hendak terngadah'. Kita kan belajar tentang 'do the right thing not doing things right'. Betullah, kalau you buat cerita 'kedahsyatan' moral anak-anak remaja...kena patut padanlah dengan adegan-adegan 'busuk' yang ada...sikit punya real ke...tapiii...is it the right thing to do? Boleh terimakah alasan 'saya cuma hendak memaparkan realiti yang dihadapi masa kini'. Tak fikirkah natijah kemudiannya? Dalam keghairahan kita 'menelanjangkan' masalah sosial masyarakat, tak sedar kita menjadi agen yang menyemaikan benih-benih negatif dalam kepala anak-anak muda kita. Kerana keberkesanan lakonan yang kita buat itulah. Tak cukup kalau dihujung cerita barulah datang watak tok imam pegang tasbih, mak bapak meraung-raung dengar syarahan sikit...lepas tu usung keranda anak masuk kubur...dan terdengarlah siksa kubur. Cukup kah untuk mendatangkan keinsafan? Adegan keinsafan yang sepincing itukah yang orang teruja tengok...atau adegan mabuk-mabuk dan mengarut dalam bilik yang panjang lebar lagi terperinci?

Maaflah Telipuk berlebih-lebih pulak...bukan apa, kebelakangan ini banyak pulak berita-berita pelik yang Telipuk terbaca sampai tertanya-tanya apa sudah jadi dengan kita? Cerita bayi kena campak (bukan demam campak...), cerita-cerita penipuan di sana-sini dan seperti biasa kat Metro , kisah maksiat yang tak kunjung padam.Kisah isteri kena tendang lagi. Hari ini pun Ustaz kat surau tu cerita tentang kegawatan masalah sosial yang semakin mencengkam di kalangan anak bangsa kita. Senak perut mendengarnya. Apa nak jadi???

Yang sudah tersalah dan mula rasa bersalah tu, insyaallah, belum jauh hanyut lagi...minta maaflah. Minta maaflah dengan rasa sungguh-sungguh, jangan buat macam tu untuk tutup cakap-cakap orang. Tak guna buat kerana manusia kerana sepatutnya kita malu dengan Allah. Tapi itulah pun yang selalu kita buat, kita buat kerana manusia. Kita malu, kita segan sesama manusia. Padahal manusia tu tak boleh buat apa-apa pun pada kita. Yang kita berharap pada siapa? Pada Allah sahaja. Sebab kalau Allah tak endorse kita...kita nak pergi mana???

Fikir-fikirkan dan kita jawablah sendiri...

Alahai Gigi

Cuak juga le rasanya.

Bukan apa, sehari dua ini terasa tak selesa gigi pula. Nak kata sakit, tak berapa sakit. Nak kata tak sakit, sakit juga. Dan tak tahu yang mana lebih sakitnya, dekat gigi kah? dekat gusi kah? Masalahnya tak tahu apa itu sakit gigi. Itu pasallah susah hendak menjelaskan.

Alhamdulillah, semenjak kecil dulu memang tak pernah ada masalah. Paling seriau pun bila gigi-gigi susu mula longgar satu persatu. Sebab nak kena tarik keluar sebelum gigi baru keluar. Kalau tak, bertokak jadinya. Kalau tak cabut, ada orang yang akan cabutkan. Itu yang den tak hendak. Jadi, sebelum orang lain tolong cabutkan, sangguplah berusaha pastikan gigi tu keluar dulu.

Masalah paling serius berlaku masa sekolah rendah. Masa tu kan ada lawatan doktor gigi. Siap naik land rover dihantar ke klinik gigi tak jauh dari sekolah. Ada sekali tu doktor buat tampalan. Gigi berlubang. Itu ajerlah. Dah kerja dan kahwin ni, ada la sekali-sekala singgah periksa gigi. Selalunya buat rawatan cuci gigi (scaling) aje. Ini pun dah bertahun tak pergi ni...aiii...janganlah ko tiba-tiba buat hal pulak hai gigi...

Setakat ini tak ada masalah makan, walaupun sudah sendiri terasa tak yakin hendak mengunyah makanan yang pejal-pejal. Automatik je aktiviti kunyahan dipindahkan untuk tindakan geraham sebelah kanan sebab yang sakit tu tang hujung belah kiri.

Orang kata, kalau sakit gigi rasa macam nak 'telan' orang...(kira pantang cuit la kan...).

Tapiiiii...kalau masih mampu berangan hendak buka puasa hari ini dengan mee rebus mamak...errr...belum sakit gigi lah kan namanya?

Wednesday, June 08, 2011

Bukan Berat Mulut

Ada sesetengah perkara, memang malas betul hendak bagi ulasan. Hendak bagi pandangan.

Ada kalanya kita pun tak kisah lagi. Dan malas hendak memanjangkan cerita. Sudahnya kita diam. Tadah telinga ajelah. Pasal apa, sayang nak bazir air liur. Buat kering tekak aje.

Rasa patah hati hendak ajak berdebat kalau yang lawan debat itu hanya berminat untuk memperkatakan tentang satu aspek sahaja darihal perkara yang diperkatakan. Dia enggan melihat kepada aspek-aspek lain, justeru membuatkan kesimpulannya menjurus kepada pandangan yang kurang mantap. Tak cukup perisa. Pulak tu tak mahu langsung menginput maklumat-maklumat lain kerana enggan menukar posisi. Membuta tuli je ikut apa orang kata.

Kadang-kadang bila sesuatu pendapat dikeluarkan, kalau boleh kita mahukan yang 'asli'. Yang dicerna daripada kebolehan memanipulasi maklumat dan mempersembahkannya dengan gaya tersendiri. Sentuhan yang menggambarkan individu itu ada membuat kerja-kerja berfikir. Barulah terasa tidak diluah bulat-bulat idea orang lain. Barulah rasa sedap hendak berdebat dengan rasional. Dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta kecenderungan memihak kepada sesiapa.

Itu yang kadang-kadang rasa malas hendak ikut topik-topik yang boleh membawa kepada rasa 'patah hati' itu. Baik cakap pasal benda-benda remeh yang tak ada sesiapa hendak meninggi suara...sudahnya kita kembali kepada bentuk perbualan yang 'selamat' tetapi tidak berkualiti.

Lalu sampai bila-bila pun susah untuk kita saling mengenali dan menghormati.
Betul, kan?

Tuesday, June 07, 2011

Menoleh Ke Belakang

Aku menggunakan pengangkutan awam semalam untuk balik ke rumah. Yang seronoknya bila naik pengangkutan awam ini, kita boleh tengok-tengok sekeliling, lihat gelagat orang dan tak perlu risaukan kesesakan. Cuma takut lrt terhenti sahajalah. Alhamdulillah, setakat pengalaman yang ada, belumlah lagi terkena. Yang tak best menggunakan kenderaan awam, orang boleh tengok kita balik...ek eleh...tengok gelagat kita...heheh...

Dari Masjid Jamek ke Sentul Timur, perjalanan cuma memakan masa dalam 10 minit je. Tapi sempat juga memerhatikan gelagat sekumpulan aweks. Mereka semuanya muka 'hijau'. Berbaju kurung. Bertudung sopan. Menjinjing beg dan mengelek buku-buku. Yang kasut bertumit 2 inci nampak kekok melangkah. Aku senyum mendengar mereka berbalah hendak turun samada di Sentul atau Sentul Timur.

"Sentul ke? " tanya salah seorang daripada mereka, cuak membelek rajah aliran Ampang Line itu.

"Aku rasa Sentul Timur la". Seorang kawannya bertegas tak mahu turun ketika tren menghampiri stesen Sentul.

Kesemua mereka mula duduk di hujung-hujung bangku. Ada bayangan resah menyapa air muka yang tadinya ceria.

Begitulah , bila kita mula melangkah ke alam pekerjaan dan mula belajar mahu hidup sendiri. Kita bermula dengan tidak pasti akan banyak perkara. Aku pun pernah sesat barat juga masa mula-mula datang KL. Maklumlah, budak kampung. Nak keluar mana-mana pun kalau tak dengan kawan-kawan, sanggup Aku bertapa dalam rumah. Pasal takut giler nak keluar seorang. Mujurlah memang dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik, alhamdulillah. Teringat masa masih dalam latihan di TTC Jalan Gurney. Ada sekali tu Ziha dan kawan-kawan lain ajak pergi Semua House. Pergilah kami berderet-deret keluar tunggu bas no. 20 rasanya. Naik bas pun nak duduk dekat-dekat sambil mata tak lepas pandang kawan-kawan. Mana tahu diaorang turun Aku tak perasan...naya...naya...Lepas tu turun kat mana ntah kena berjalan kaki ikut jalan short cut...ada seorang budak ni yang tahu jalan. Aku memang la hampeh tak tahu...main ikut je. Lepas tu yang kelakar, orang bila sampai sana sibuk la pergi cari barang, beli itu ini...Aku tak berani pun hendak pergi jauh-jauh, takut hilang kawan. Sudahnya temankan diaorang shopping sahajalah. Hahaha.

Itu dululah. La ni, insyaallah, sudah boleh sampai dah mana-mana...dari Chow Kit sampai ke Sg. Wang, patah balik Pavillion ke Sogo, menyusur Jalan TAR hingga ke Sultan Ismail...tembus pula ke KLCC...pas tu balik Ong Tai Kim hahahaha...insyaallah, lepaslah.

Bila tengok budak-budak muda ni, Aku senyum bukan apa...teringatlah zaman-zaman remaja dulukan. Terasa dah tua pula.(Memanglah pun dah tua!). Tak, tak jeles pun. Ini hari hari diaorang, hari Aku dah lepas. Tak ada sebarang kekesalan. Pengalaman-pengalaman yang telah ditempuh menjadikan diri lebih matang dan 'wise'...chewah...chewah...rasanya tiada galang gantinya untuk itu. Walaupun kena trade-in umur muda...mahal harganya apa yang Aku nikmati sekarang. Berbaloi-baloi.

Cuma kadang-kadang terlupa yang usia ni makin beransur-ansur naik...yelah, dapat member-member jenis 'gila'. Kalau buat lawak tak ingat dunia. Sampai risau juga, aiii...bior bebenor Aku ni, umur dah meningkat...kekadang perangai mengalahkan budak!

Hemmm...tak apalah kan, janji tak kacau orang!

Monday, June 06, 2011

Ke-5

"Oh....awak ada blog??? Banyak masa awak ? Sempat berblog-blog lagi.

Begitulah antara reaksi beberapa orang kawan lama bila mengetahui kewujudan KLTraffic. Mula-mula rasa defensive jugaklah...maklumlah, bila orang semacam mengatakan wujudnya korelasi antara pemilikan blog dengan sibuk/tak sibuk kerja...hemmmmmm. Lagipun kita ni orang kebanyakan aje, menulis pun benda-benda picisan saja...sooo...apasal nak ada blog kan? Ada menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara ke? Welllll...

Ketika saya memulakan blog KLTraffic, tujuan asalnya hanyalah hendak mencari platform untuk mencatatkan sesuatu berkenaan pengalaman pemanduan saya. Saya baru beberapa hari memegang stereng kereta masa tu. Sebelum-sebelum itu saya ada diari sebagai wadah. Tetapi, di zaman ICT dan teknologi ini...ishhh...saya cuba untuk beralih arah. Masa itu, tak pandai pun tulis blog...tapi bila baca kawan-kawan punya...eh...eh...teringin pula hendak ada satu.

Begitulah segalanya bermula. Bila sudah agak senior hal memandu ini, mulalah beralih topik...kalau yang betul-betul mengikuti mungkin ada yang perasan, ada beberapa perubahan yang boleh dikesan...hehehehe...

Memang saya tidak mewar-warkan kewujudan KLTraffic. Saya tidak ada niat hendak monetize blog ini atau menghimpun pengikut...blog ini harus berjalan mengikut selera saya, pemiliknya. Lagi pun saya jenis 'sensitif'...mungkin tak berapa cukup kuat untuk menerima ulasan-ulasan orang2 yang mungkin saya tidak begitu kenal, atau tak kenal langsung...

Menulis blog tak semestinya menunjukkan si pemiliknya tak ada kerja lain hendak buat...banyak masa senggang...ish! Mantan PM tu sikit punya sibuk ke dengan segala macam aktiviti...tapi elok je up to date blog dia...Yang penting, pandai curi masa dan tahu hendak catat apa pada masa yang sesuai menulis itu. Tak susah membuat sesuatu yang kita suka.

Kenapa tak guna nama betul?

Ianya berkait rapat dengan keinginan saya untuk bergerak 'senyap-senyap'. Kalau guna nama betul, senang sangat orang nak cari...heheh...

Kenapa Telipuk Kuala?

Saya suka mengenang masa silam saya. Ada beberapa perkara yang bila diingat terus mempunyai perkaitan dengan kehidupan lalu. Telipuk adalah sejenis tumbuhan air yang banyak terdapat di sawah keluarga saya suatu ketika dulu...boleh dikatakan saya lebih kenal bunga Telipuk daripada bunga mawar. Ada banyak kenangan saya dengan Telipuk, jadi , saya abadikan nama itu di sini.

Dulu saya mengenali seorang teman yang menggunakan nama pena Melati Kuala dalam karya-karyanya. Dia seorang yang kreatif dalam bidang penulisan. Bila bercakap ala-ala Rahim Razali juga adanya...hehehe...tapi tak tahulah sejauh mana dia telah mengembangkan bakatnya. Apa yang pasti, dia seorang pelakon yang berkarisma. Kami sama-sama menganggotai TEMA ketika di matrikulasi dulu dan meneruskan mengikuti kelas seni lakon kemudiannya. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Dari situlah datangnya Kuala. Saya adalah budak kampung (Telipuk) dan sudah berbelas tahun meneruskan kehidupan di bandaraya metropolitan ini (Kuala Lumpur)...begitulah datangnya kombinasi Telipuk Kuala.

Semalam genap 5 tahun usia blog saya. Pantas masa berlalu. Saya masih mengulang baca apa yang saya tulis pada hari-hari awal KL Traffic bertapak dan saya senyum mengenangkan insiden-insiden 'bengong' yang pernah berlaku.



Ada juga tulisan-tulisan yang kalau boleh saya hendak tarik balik...tetapi mengenangkan itulah saya dan apa yang saya lakukankan ketika perkara-perkara itu terjadi...saya fikir biarlah begitu...tak perlulah menjadi hipokrit. Memang saya boleh saja padamkan apa-apa yang saya tak suka, tetapi tentu sahaja ia tetap kekal dalam ingatan saya. Jadi, biarlah saja di situ. Sekurang-kurangnya saya belajar beberapa perkara.

Saya pernah risau takut KL Traffic hanyalah satu lagi bukti kecenderungan 'hangat-hangat' tahi ayam ...nampaknya tidak, errr...5 tahun sudah agak sejuk gedi, bukan? hahaha...

Harap-harap kita boleh bertahan untuk beberapa tahun lagi...insyaallah...

Friday, June 03, 2011

Tanah Kubur

Pernah tengok drama "Tanah Kubur" di saluran Astro Oasis? Aku pun tak pernah tengok sampailah minggu lepas rasanya. Itu pun tak sengaja. Masa dok tukar-tukar saluran, terberhenti pula dekat adegan ni...adegan dekat tanah perkuburan untuk pengebumian. Ada satu jenazah terbujur di tepi liang lahad. Dan jenazah tu pula kelihatan berasap-asap...tak boleh diangkat untuk dikebumikan sebab terlalu panas.

Apalagi, Aku pun mulalah concentrate tengok. Nasir Bilal Khan pun ada. Dia pergi dekat seorang lelaki berbaju melayu warna biru. Dia cakap, "Maafkanlah, dia". Tapi lelaki ini cakap, "Saya tak boleh nak maafkan dia. Dia langsung tak hormat pada saya". Lepas tu ada adegan flashback , seorang wanita memaki hamun suaminya. Siap tendang-tendang lagi.

Kemudian, pujuk punya pujuk, akhir sekali...lelaki ini pun sanggup maafkan sebab orang kampung yang nak buat kerja sudah gelisah menunggu, maklumlah...jenazah tak dapat hendak dikebumikan. Apabila si suami bersetuju memaafkan, barulah jenazah itu boleh dipegang dan diangkat masuk untuk dikebumikan. Talkin pun dibaca. Sesudah selesai, para penziarah pun mula beredar seorang demi seorang. Pak Adi (Nasir) dan suami arwah merupakan yang terakhir meninggalkan kuburan itu.

Kamera fokus pada derap langkah mereka.

Satu, dua, tiga, empat, lima, enam...

...tujuh. Tepat.

Tiba-tiba terdengar pekikan dan jeritan yang nyaring. Disusuli dengan nisan di kuburan yang baru ditegakkan tadi tumbang...asap tipis kelihatan keluar berbayang-bayang.

Meremang bulu tengkuk Aku...eeeiii...nauzubillah.

Itu baru cerita...cerita yang diadaptasikan daripada kisah-kisah benar yang pernah dialami oleh mereka yang terlibat dalam urusan pengebumian mayat. Siapa kita, bagaimana keadaan dan nasib kita, bayangan amalan kita...dapat dilihat untuk iktibar yang masih tinggal.

Rasanya ada cerita Tanah Kubur hari ini jam 7.30 malam. Waktunya kurang sesuai. Siaran ulangan Aku tak pasti bila. Tapi kata penerbit, mereka pilih waktu itu supaya orang-orang yang tak sembahyang pada waktu tu dapat tengok...semoga terbit keinsafan di hati mereka. Iyakah???

Kisah yang dipaparkan adalah pelbagai. Kisah balasan untuk mereka yang suka makan harta anak yatim, orang yang suka ambil rasuah dan sebagainya.

Kalau ada kematian dan ada kesempatan, pergilah berziarah. Mengingati mati akan mengurangkan dan membendung nafsu kita yang cintakan dunia. Memang besar faedahnya ingat akan mati. Teringat poster kubur yang Aku lekat di dinding bilik masa belajar dulu...ada yang tanya, "tak takut ke malam-malam celik mata nampak kubur?"...hahaha...kubur tu Aku tak takut, hok apa yang berlaku kat dalam tu yang Aku takut...

Sama-samalah kita ye...

Thursday, June 02, 2011

Ingat-ingat!

Pagi tadi, di penghujung kelas Arab kami, Ustaz sempat buat sesi tadabbur ringkas. Ayat-ayat Allah yang insyaallah, boleh menjadi motivasi memacu kita agar terus gigih berusaha memperbaiki amalan demi kehidupan di dunia yang satu lagi nanti.

Ayat 30 dan 31 : Surah Al-Fussilat (Yang Menjelaskan)

(30) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

(31)Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

Mari kita perhatikan dan sama-sama renungkan.

Orang-orang yang berteguh hati dan bulat keyakinan mereka yang menyatakan Allahlah Tuhan mereka , lalu mereka ini beristiqamah (beramal yang berterusan), maka kepada mereka ini Allah akan turunkan malaikat-malaikat sebagai pelindung dan pembantu dalam setiap hal.

Malaikat-malaikat inilah yang akan mendorong kita untuk tetap dalam ketaqwaan. Misal kata, kalau orang lain barangkali liat hendak datang dengar ceramah agama...kita pula, alhamdulillah, macam mudah saja. Tahu-tahu dah sampai. Ada sahaja ruang kesempatan dan kelapangan untuk terpilih berada dalam majlis ilmu. Ketahuilah bahawa itu juga salah satu tanda yang kita beroleh bantuan dan bimbingan Allah dalam mencari jalan yang diredhaiNya.

Ayat 30, dalam konteks kematian yang menghampiri - pada ketika manusia itu sedang nazak, maka diperlihatkan kepadanya keadaan tempat dimana dia akan pergi. Sekiranya dia seorang hamba yang bertaqwa, nescaya dia akan dihiburkan dengan berita gembira bilamana para malaikat yang mendampinginya akan memberitahu, "jangan bimbang" - iaitu jangan risaulah hendak pergi tinggal keluarga, tinggal harta benda - kamilah yang akan menjaga mereka untuk kamu. Juga "jangan takut" - tak perlu takut dengan apa yang menanti bila roh ditarik keluar kerana kamu sudah melakukan apa yang perlu. Kerana itulah nanti malaikat-malaikat ini akan membawa berita gembira yang kamu sememangnya berhak untuk mendapat syurga Allah yang indah dan penuh kenikmatan sepertimana yang Dia telah janjikan, sebagai balasan atas ketaqwaan kamu.

Adapun apabila sudah mendiami syurga Allah...bukan sahaja apa yang kamu minta akan dapat, malahan yang terlintas dalam fikiran juga akan kamu perolehi. Begitu seronok dan bahagia sekali kehidupan yang Allah janjikan andai sahaja manusia bersungguh-sungguh mendapatkannya.

Malangnya manusia hanya terpikat dengan keseronokan sementara yang ditawarkan dunia. Manusia suka dengan apa yang mereka nampak. Yang mereka boleh dapat. Yang boleh dipegang. Yang terasa serasi dengan logik akal. Yang memuaskan hati mereka. Lalu manusia keberatan untuk berjerih perih kerana terasa lelah dan payah. Padahal yang payah itu cuma sebentar dibandingkan dengan kesenangan akhirat yang abadi.Nafsu manusia ternyata tidak menyukai peraturan-peraturan Allah. Dia akan mencari jalan untuk memberontak. Tak boleh buka aurat, dia akan pakai baju ketat. Helah demi helah, sampai boleh. Dalih demi dalih sampai berhasil. Tapi apa faedah yang dapat? Habuk pun tarak!

Semoga Allah permudahkan usaha dan amal kita dalam mencari bekalan buat menghadapi akhirat yang kekal.

1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi Dia Yang Satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

The 'IF' Situation

Are you going to be present at his wedding?

This is just an 'IF' situation. IF it happen to you. Will you DO it?
What a question! Thinking about the probability is already scary, let alone providing an answer to that. What would be the most 'reasonable' answer to such a heartbreaking situation?

Okay, let me explain how this came about before you start assuming. Remember the huhuhaha that the famous DJ created when he announced that he was about to complete his marriage quota? Well...he officially married his fourth wife last Monday, a 25 year old from Johor. She's young and pretty. He is going to bring all his four wives and 11 children for a holiday in China this coming Sunday. Wow! Impressive!!! Eat your heart out la guys...!!!

The day after the wedding news, we had quite an interesting discussion over the breakfast. What with the inclusion of the one and only male officer with legal background...a lively discussion indeed! It was a panel discussion of sort. The pros and cons were heavily debated. I could not help but being neutral all the way. Just typical Libran trait. I can understand each side's arguments and that make it difficult for me to take side.

It's Thursday already and I feel like posting some thoughts about it. Oh, apparently the three wives could not attend the wedding because the 'eldest' one had to send her child to a PLKN course. Thus, the rest decided not to be there to avoid possible misunderstanding, you know la, people looovvvvveeee to speculate! They like to make a mountain out of a molehill. Hemmm...I think that was a wise decision.

But, honestly...if I were to be in similar situation...I would not attend. Not that I disapproved...but, because of the awkward situation that I may created by being present. I have no issue if my hubby were to take another wife. I am not against what is allowed by the religion...but, yes, I may have ton of issues with the implementation...errr...that's outside the topic already....hahaha...

The best way is not to attend. Why? Because it is HER big day...especially for a first timer, she needs all the attention to herself. IF me ,the first wife, were to be there, I am pretty sure everybody will start steal a glance at me, the sshhh...sshhh...here and there...the "oh, poor lady..." low tone remarks etc...etc...etc...I don't want to receive pitying looks. To avoid any of these...and to spare these people from unwanted/unnecessary sin, it will be in the best interest of everybody that I just stay away from that event. Or, I could go have some fun playing beach volleyball somewhere in Bali...hehehe....

To all fan and members of the SYC...THE SALIH YAACOB CLUB...Let good luck and understanding stay with you forever!

PEACE!!!