Showing posts with label Nation. Show all posts
Showing posts with label Nation. Show all posts

Wednesday, January 13, 2016

Baru dan Lama

Ada dua peristiwa yang menarik perhatian saya baru-baru ini iaitu :

1. Pengistiharan Daerah Baru di Negeri Perak

Daerah Muallim telah diisytihar secara rasmi sebagai daerah baharu yang ke-11 bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Pengisytiharan penuh bersejarah itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tanggal 11 Januari 2016 di Dewan Seri Tanjung, Bandar Behrang 2020.

Daerah Muallim merupakan pecahan kepada Daerah Batang Padang yang meliputi kawasan Tanjung Malim, Behrang dan Slim River. Pentadbiran daerah baharu ini diketuai Nor Sham Rahman selaku Pegawai Daerah Muallim.

Untuk makluman, Perak sebelum ini mempunyai 10 daerah iaitu Kinta, Kerian, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Hulu Perak, Batang Padang, Larut Matang dan Selama, Perak Tengah, Manjung dan Kampar.



2. Pertukaran Nama Bandar Baharu, Kedah

Baru-baru ini Menteri Besar Kedah telah mengumumkan penukaran nama baru bagi daerah Bandar Baharu, Kedah iaitu Bandar Crustacea. Hal ini telah mengundang pelbagai komen di media sosial. Agak pelik sebenarnya nama baru Bandar Baharu. Saya setuju kalau nak tukar nama tetapi rasanya ada lagi nama yang lebih baik walaupun sememangnya Bandar Baharu terkenal dengan tangkapan udang galahnya. Kalau kat Melaka ada tempat nama Sungai Udang...mungkin boleh letak nama Bandar Baharu Sungai Udang. Alah...bukan tiru...sebelum ini pun sudah ada Serdang. Satu di Kedah dan satu di Selangor. Air Hitam kat Pulau Pinang ada, kat Johor pun ada.


Saya tak setuju juga guna nama Crustacea. Pelik ooo...rasa dah macam tiru ensaiklopedia pulak no...awat jadi lagu tu???...jom buat pertandingan bagi nama baru...boleh Telipuk masuk. Namakan jer Bandar Baharu Seri Telipuk...kan sedap tu...hahahaha...

Thursday, September 17, 2015

Sehati Sejiwa

Saya orang Malaysia. Saya anggap inilah negara saya, bukan sahaja kerana nenek moyang saya memang berasal dari sini (tidak menyusur jauh semestinya), tapi kerana saya memang dilahirkan di sini. Inilah tanah tumpah darah saya. Saya rasa sesiapa sahaja yang dilahirkan di negara ini berhak untuk memanggil tanah bertuah ini sebagai negara. Mungkin dalam sesetengah keadaan ada masalah dari segi perundangan dan sebagainya di mana terdapat syarat-syarat dan kelayakan tertentu yang perlu dipenuhi, namun saya pasti adalah mudah untuk seseorang yang membesar di sini jatuh cinta dengan negara ini dan berbangga untuk menjadi warganya.

Saya percaya perasaan ini adalah sama dirasai oleh anak-anak Malaysia lainnya. Tidak kira apa bangsa dan kepercayaannya. Justeru, saya tertanya-tanya kenapa dan mengapa perasaan ini seperti cuba dinafikan. Sebaliknya perasaan curiga mencurigai semakin galak disemai sedangkan perasaan cintakan negara inilah tonggak dan kekuatan utama negara Malaysia yang berbilang bangsa. Warganya atau apa yang boleh digelar sebagai bangsa Malaysia. Mungkin kerana ingin mencapai agenda politik tertentu maka ada yang lebih gemar memfokus kepada perbezaan dan licik menimbulkan persoalan dan kesangsian akan apa yang dimiliki atau tidak dimiliki oleh sesuatu bangsa.

Sepertimana kaum-kaum lain, sebagai anak Melayu, adalah normal untuk saya berasa bangga menjadi Melayu sepertimana rakan-rakan lain berbangga menjadi bangsa Cina atau India (sekadar menyebut kaum-kaum utama sebagai contoh). Perasaan bangga itu tentulah tidak sampai ke tahap saya tergamak memperlekehkan bangsa lain. Masing-masing kaum punya keistimewaan dan kelebihan tersendiri, maka yang sepatutnya ialah kita bersatu hati memaksimumkan kekuatan bangsa Malaysia untuk mencorakkan masa depan negara yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Saya teringat kisah di zaman persekolahan dulu di mana saya berpeluang bergaul dengan rakan-rakan berlainan bangsa. Saya tidak pernah terfikir pun tentang bangsa dan kepercayaan rakan-rakan saya. Tidak kra apa pun mereka, mereka adalah kawan-kawan saya dan tidak semestinya kami bersetuju dalam segala hal. Misalnya, kami suka membuli Agnes. Entah kenapa dia merupakan sasaran terpilih untuk diperlakukan begitu. Ada kalanya sengaja kami memijak kasutnya padahal kasutnya tidaklah seputih mana. Jika berbaris di luar kelas, tak ada sesiapa yang hendak berpasangan dengannya. Saya sedar itu adalah satu perlakuan yang teruk, Namun oleh kerana saya sendiri hanyalah budak kampung yang baru sedang cuba mengumpulkan kawan dan mengembangkan pengaruh, saya percaya saya perlu ikut perbuatan majoriti demi untuk memastikan kelangsungan sesi persekolahan yang menyeronokkan menjadi milik saya. Saya enggan dipinggirkan seperti Agnes. Walaupun ibu Agnes kerap datang memarahi kami dan Agnes dilindungi oleh cikgu-cikgu, tetap sahaja kami memboikotnya. Kami yang ramai ini terdiri daripada berbilang bangsa pulak tu...langsung tak kena mengena dengan isu perkauman. Itu cerita darjah satu.

Oh ya, cikgu Matematik saya yang berbangsa cina sangat garang dan menakutkan orangnya. Ketika dia mendenda saya (sebab saya suka meniru ketika ujian congak) dan memaksa saya melakukan latihan demi latihan di papan hitam, saya langsung tak fikir kalau-kalau dia berbuat begitu kerana bencikan bangsa saya. Yang pastinya saya beruntung kerana hasil ketegasannyalah saya mampu melonjakkan kebolehan untuk bersaing dengan rakan-rakan lain. Di dalam kelas kami juga ada seorang budak lelaki cina yang sangat suka membuat lawak dan mempermainkan guru-guru terutamanya guru muzik kami yang cantik manis itu. Kalau lirik lagu berbunyi "I am coming" maka dia akan menukarkan liriknya menjadi "ayam kambing" dan menyanyikannya kuat-kuat. Setiap kali idea kreatifnya timbul, satu kelas akan riuh rendah dengan gelak ketawa dan cikgu muzik hanya mampu menahan geram. Saya pula setiap kali ada kelas seni, akan selalu menempel dan berkongsi perkakasan dengan Shanti. Misalnya kalau perlukan gam atau kentang bercorak yang saya terlupa bawa. Shanti sekarang adalah guru bahasa Melayu yang berdedikasi di sekolahnya. Kadang-kadang saya rasa dia lebih Melayu daripada saya. Saya juga ingat lagi betapa geramnya selalu menjadi mangsa usikan Raja Gopal dan Aik Sun yang duduk di belakang saya. Mereka memang selalu sahaja ada idea untuk mengusik.

Justeru hari ini, saya tidak dapat tidak berasa terganggu dengan apa yang terjadi sepertimana yang kedapatan di media-media sosial. Saya selalu berasa terkejut membaca komentar-komentar yang mengguris hati. Hati saya tertanya-tanya apakah realitinya benar-benar begitu? Namun saya bersyukur kerana masih ada mereka-mereka yang sayang kepada negara seperti saya. Yang tidak melihat kepada warna kulit dan agama. Mereka inilah yang memberikan harapan. Harapan untuk bangsa Malaysia yang maju dan sejahtera. Berdaya saing di mata dunia.

Lihatlah di sekeliling kita dan cubalah untuk mengenali satu sama lain sebagai manusia yang memiliki keperluan yang sama. Fokus kepada persamaan dan lihat perbezaan itu secara positif. Ada banyak yang kita boleh pelajari daripada mereka dan mereka juga boleh mempelajari sesuatu daripada kita. Semoga bangsa Malaysia yang datuk dan nenek moyang kita dulu idamkan tidak kekal menjadi angan-angan. Pastikan ia menjadi kenyataan.

Selamat hari ulangtahun, Malaysia!

Tuesday, June 09, 2015

Kenanganku Kinabalu

Saya bersimpati dengan kejadian gempa bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa. Walaupun negara kita bukanlah berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, kejadian yang berlaku ini memberi petanda bahawa apa-apa sahaja boleh berlaku. Jangankan Gunung Kinabalu, kalau Allah berkehendak, Bukit Batu Caves pun tak selamat.

Saya pernah merasai pengalaman berada hampir dengan Gunung Kinabalu, tinggal dan bermalam di kaki gunung tersebut suatu ketika di awal tahun 90an. Ia sememangnya sebuah gunung yang indah, tentulah saya tak dapat melupakan pengalaman bergambar di zaman semuanya menggunakan filem Kodak, berlatar belakangkan gunung tersebut. Baik ketika matahari baru menyapa hari mahupun ketika senja melabuhkan tirainya...permandangannya sangat awesome!

Gambar ihsan Wikipedia

Peluang itu saya perolehi ketika menjayakan program anjuran Jabatan Perpaduan Negara iaitu program pertukaran pelajar Semenanjung - Sabah & Sarawak yang dipanggil "Titian Emas". Bagi saya ianya satu peluang keemasan di saat saya sendiri menyimpan semangat perpaduan yang sangat kuat dengan minat untuk mengenali kebudayaan dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Saya baru selesai menghabiskan sebuah novel bertajuk Duta Utusan Ayah, iaitu kisah tentang seorang remaja  dari Semenanjung menimba pengalaman baru di Sarawak, ketika guru kelas memaklumkan yang beliau akan mencalonkan saya bagi mewakili sekolah untuk program tersebut. Saya tidak menaruh sebarang harapan sebenarnya kerana dimaklumkan persaingan adalah sengit. Saya maklum peluang untuk pelajar sekolah luar bandar seperti saya, justeru saya lupa terus tentangnya sehinggalah dimaklumkan yang saya dipilih mewakili Daerah Kerian. Wow!

Dari negeri Perak, empat orang wakil dipilih iaitu saya, Punita, Harris dan Teik Seong. Seminggu sebelum program berlangsung, saya sibuk menelefon Teik Seong bertanyakan tentang persiapannya. Hahaha...kelam kabut saya bila dia kata dia bawa 2 beg besar. Saya ingat nak pergi sempoi sahaja maklumlah orang tak pernah keluar daerah selama itu. Teik Seong dan Punita ditempatkan di Sabah, Harris di Sarawak manakala saya pula ke Labuan. Oleh kerana Labuan dan Kota Kinabalu itu dekat, maka pada kebanyakan masa saya menyertai aktiviti di Sabah bersama Punita dan Teik Seong. Dan itulah antara pengalaman manis kami, tinggal di resort Taman Negara Kinabalu dan berpeluang menatap puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan lebih dekat. Malahan, saya masih menyimpan impian hendak mendaki Gunung Kinabalu...itu angan yang saya kongsikan bersama rakan saya, Masitah, ketika kami sama-sama berehat selepas penat mengharungi ujian demi ujian di Kem Desa Pahlawan (juga antara kenangan terindah dalam hidup saya).

Sebetulnya saya ada melobi cik Abang untuk ke KK ketika kami merangka pelan percutian keluarga (sepatutnya dalam masa cuti sekolah inilah). Masa tu ada promosi tambang murah dan saya bercadang hendak meluangkan masa di Kundasang (tak adalah sampai nak mendaki gunung...nak naik tangga dua tingkat pun dah mengah!) dan mengambil peluang berada di negeri di Bawah Bayu ini untuk singgah berjumpa keluarga angkat dan rakan-rakan di sana. Namun, cadangan saya itu tidak menjadi kerana bertembung dengan urusan keluarga. Jadilah ia suatu impian yang saya harapkan akan menjadi nyata suatu hari nanti, in sha Allah.

Ternyata nama Kinabalu itu bukanlah asing dalam hidup saya dan disebabkan itu perasaan saya ketika membaca berita tentang gempa di sana juga bercampur-baur mengenangkan tragedi yang tidak diduga itu serta kenangan yang terpahat dalam ingatan saya. Ketua Pegawai Eksekutif kami dalam ucapan pembentangan prestasi syarikat pagi semalam juga mengingatkan agar kami semua bersatu hati dalam detik yang sukar ini dan memberi bantuan meringankan bebanan mangsa, terutamanya yang melibatkan anggota-anggota syarikat di Sabah sepertimana semangat 1TM yang ditunjukkan semasa menghadapi bencana banjir di Kelantan lalu.

Semoga kita redha dengan ujian dari Allah ini dan semoga juga beroleh pahala yang besar atas kesabaran menghadapinya.

Thursday, April 02, 2015

Lubang

Masalah jalan berlubang bukanlah perkara baru di negara kita. Kalau yang berlubang tu jalan tanah merah atau jalan laluan 4X4 tu kita faham, tapi jalanraya di bandar-bandar termasuk ibukota, tu yang kita musykil. Perkara ini telah saban kali diperkatakan dan menjadi antara rungutan popular warga kota Kuala Lumpur selain masalah kesesakan lalulintas dan banjir kilat.


Mungkin pada sesetengah pihak perkara ini remeh. Namun, kalau nak tunggu berlaku kemalangan baru sibuk nak buka mata kita tak akan sampai ke mana. Rasa cemuih juga dengan pendekatan reaktif sebegini. Bila orang komplen baru nak baiki...kalau tak komplen, semua buat dunno saja.


Kita memerlukan penyelesaian yang konkrit untuk jangka masa panjang. Kalau ikut resam sekarang, untuk kes jalan berlubang ni...selalunya ia memerlukan kerja-kerja menampal yang berulang kali. Hari ini tampal, esok mendap dan berlubang balik. Kalau tak berlubang dek bebanan kenderaan yang bertali arus dan faktor tampalan yang tidak berkualiti, jalan boleh saja berlubang disebabkan kerja-kerja bawah tanah (pemasangan utiliti).



Mungkin kita boleh tengok praktis di negara-negara lain dalam mencari penyelesaian masalah jalan berlubang. Perkara ini pernah menjadi topik yang diketengahkan dalam rancangan Al-Khawater di TV Al-Hijrah (juga saluran 114 di HyppTV). Rupa-rupanya masalah jalan berlubang ini bukan sahaja kena kat kita...kat negara-negara lain juga ada. Yang berbeza cuma cara mereka menanganinya. Sebagai contoh, kalau di US , pengguna jalanraya boleh menghantar aduan mereka kepada pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan tersebut akan mengambil tindakan secepat mungkin.  Cuma ianya masih dalam kategori reaktif iaitu bertindak hanya apabila aduan dibuat.

Ini sangat berbeza dengan negara Jepun. Di Jepun, mereka tidak duduk menunggu aduan. Sebaliknya mereka ada sejenis kenderaan yang digunakan untuk meronda jalan-jalan dan mencari/mengesan kalau-kalau ada lubang. Dan yang bestnya, hatta kalau yang ditemui itu hanya sekadar mendapan atau jalan terlihat tidak rata (walaupun sedikit), mereka akan segera bertindak membaikinya jam-jam tu jugak! Beza memang berbeza. Mungkin itu hasil daripada program kaizen mereka sehingga mereka tidak boleh duduk diam dari memikirkan entah apa lagi aspek yang boleh mereka perbaiki dan pertingkatkan. Perghh...tabikkkk! NY Daily News ketika memperkatakan tentang masalah jalan berlubang di New York  menyebut tentang semangat 'kejepunan' ini (walaupun bukan dalam konteks yang sama) iaitu " In Japanese management terms, it’s not how well you fill potholes, it’s about figuring out how not to have them in the first place". Justeru, apa yang dilakukan oleh Jepun memang sangat-sangat bertepatan. Kena dengan budayanya yang boleh kita contohi. Bukankah kita sendiri bersetuju yang mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat?

Telipuk pernah terlanggar/termasuk lubang yang agak dalam di Jalan Bangsar...sampai mekanik yang servis kereta perasan dan tanya. Kalau Jalan Bagan Tiang tu Telipuk boleh terima lagi...hahaha...tertunggu-tunggu pendekatan proaktif yang mengujakan untuk perkara-perkara seperti ini. Almaklumlah, GST telah pun dilaksanakan, harap-harap ia benar-benar membawa kesejahteraan seperti yang dicanang-canangkan.

Friday, February 13, 2015

Kepulangan

Dialah penghancur segala kenikmatan duniawi, dan penghapus segala kepedihannya. Andai saja mati adalah akhir dari segalanya, niscaya ia menjadi primadona bagi setiap jiwa yang merana. Akan tetapi, tak lain ia merupakan pintu pertama dari kehidupan selanjutnya… kesenangan tanpa batas, atau azab yang tak kunjung lepas.



Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama para solehin

Grafik dari ohmedia.my.

Tuesday, July 30, 2013

Jangan Dibakar Sumbunya

Berhentilah bermain dengan api. Kita semua tahu, api semasa kecil ia menjadi kawan...tetapi bila sudah besar ia menjadi lawan. Kesannya sangat teruk. Boleh hilang harta benda dan nyawa. Ini bukan mesej khidmat masyarakat daripada KL Traffic sempena musim perayaan ini ye...sebab Telipuk tak kuasa nak menasihat budak-budak (atau bapak budak sekalipun) yang tak serik-serik main mercun sehingga berjaya mencacatkan anggota badan sendiri. Kalau Telipuk disuruh menasihat pun...Telipuk hanya setakat nak kata, "Lu pikir la sendiri!"...sebab Telipuk memang tak berminat nak beri pandangan kepada manusia yang tak berapa berminat nak berfikir.

Telipuk nak sentuh tentang 'api' yang lain. Betullah orang kata, hujung pen/pena atau sekarang papan kekunci adalah lebih tajam daripada mata pedang. Salah tulis buruk padahnya. Sengaja salah lapor lagi sengaja menempa bala. Di manakah etika kewartawanan sekarang? Nasib baik Telipuk tak jadi nak jadi wartawan....dulu-dulu Telipuk ada jugaklah teringin...masa tu zaman Wan Zaleha mengendalikan Majalah 3. Best sangat! Rasa nak jadi wartawan yang macam itu. Wartawan yang menulis artikel pun seronok juga...nanti boleh letak nama bawah tajuk artikel kita tu dan semua orang baca. Hahaha...best nyer berangan. Telipuk janji akan tulis yang elok sahaja...alamak...belum jauh berangan Telipuk kena undur diri sebab Telipuk tak rasa ada syarikat suratkhabar yang akan ambil Telipuk bekerja kerana tulisan Telipuk tak cukup kontroversi untuk berada di muka depan akhbar.

Telipuk kesal dengan insiden tempat makan di bilik persalinan itu. Telipuk kesal kerana nampak ianya sengaja diketengahkan dengan niat-niat yang tidak baik, padahal sekiranya wartawan yang melaporkan itu mendapatkan fakta sebenar, keadaan tidaklah seteruk yang digambarkan. Tak adakah wartawan yang hendak semak fakta sebelum menulis? Keluar muka depan pulak tu...! Berita yang tak betul keluar muka depan....kau biar betulll...ini bukan akhbar picisan tapi akhbar orang bijak pandai. Apa agendanya? Dan yang best tu...para pemimpin yang senyap sunyi tak uk, tak ek...buat pejam mata...ini bukan remeh , ok? Telipuk kata ianya tidak remeh kerana untuk muka depan hari berikutnya tajuk yang menjadi pilihan ialah tentang kes mahkamah berhubung tuntutan membatalkan pertukaran agama. Telipuk peliklah tak ada sesiapa pun yang perasan!

Cerita tentang tempat makan itu, Telipuk teringat kisah masa di sekolah rendah dulu. Sekolah Telipuk, walaupun sekolah bandar, pada masa itu kami masih menghuni bangunan-bangunan lama. Keadaannya boleh dikatakan agak dhaif juga. Kelas tempat Telipuk belajar tidak mempunyai tingkap kaca pun...hanya ada lubang-lubang sebesar bola baling di dinding bawah dan bahagian dinding atas dipasang dengan jaring-jaring besi. Macam penjara pun ye rasanya. Tandas terletak dihujung bangunan. Tempatnya sunyi dan gelap. Telipuk tak pernah ke sana sendirian sebab semua orang kata ada hantu. Tempat makan pun giler 'horror'. Kalau ibubapa yang komplen pasal kes makan di bilik persalinan tu tengok situasi kantin sekolah Telipuk masa tu...Telipuk rasa diaorang akan sangat-sangat bersyukur. Sebab apa? Sebab kantin kami rupanya macam reban ayam. Sesak dan sendat. Lantainya selalu lecak. Bau...jangan cakaplah sebab terletak bersebelahan dengan longkang besar...eh...macam ayaq acaq...hampa tau ka ayaq acaq??? Air yang hitam, berminyak yang serangga-serangga kecil dok terapung atasnya....hish...nak termuntah bila diingatkan! Itu belum cerita bila banjir....haaahhh...kalau hujan lebat sikit je, pasti air naik. Bukan setakat penuh longkang tapi masuk ke kelas. Dan bila air naik, cacing-cacing dalam longkang tu pun naik sama...berlengkar-lengkar di sana-sini. Geli??? Dak aihhh...kami siap bukak kasut dan main ayaq dengan gumbiranya. Tak ada isu langsung...semua orang redha jer. Ohw...bukan sebab sekolah tu sekolah satu kaum, so, tak kisah jadi apa pun. Sekolah saya sesungguhnya adalah sebuah sekolah berbilang kaum. Semua kaum ada. Kawan-kawan saya lebih banyak kaum lain daripada kaum sendiri. Tak ada pegang skrip atau perlu angkat jari telunjuk untuk selari dengan tema apapun. Kalau bergaduh sekalipun, tak ada sesiapa nak bangkitkan isu-isu perkauman. Siapa yang salah, dia yang kena.

Tapi yelah....zaman tu mak bapak tak campur tangan hal sekolah. Facebook pun tak ada! Tak ada sesiapa nak menfitnah. Kalaupun betul benda yang patut dikomplenkan itu ada...tak ada siapa yang nak dengan sengaja menjatuhkan maruah sesiapa. Tegur di belakang sudah. Kritik dengan berhemah.

Kesian kan....

Sekarang ni buat apa pun, orang akan tengok guna kanta perkauman. Semakin menjadi-jadi pula. Dulu tak ada pula macam ini. Kenapa ya? Berani-beranikanlah diri membuat keputusan...walaupun tak popular. Jangan asyik nak buat benda yang nak sedapkan hati semua orang...atau mengatakan yang semua itu tak apa. Remeh saja. Rumah yang besar boleh musnah oleh anai-anai yang kecil.

Jangan tunggu terantuk, baru nak tengadah.

Wednesday, July 24, 2013

'Cool It'

Imam Suhaib Webb dalam rancangan Reflections pagi ini memperkatakan tentang perintah menutup aurat yang pada saya sangat kena dibicarakan. Lebih-lebih lagi berikutan larangan menyertai pertandingan ratu cantik bagi wanita Islam yang menjadi isu semasa. Tak patut menjadi isu sebenarnya kerana suruhan Allah sangat jelas. Tak kiralah walau tak pakai bikini sekali pun, tetap sahaja haram kerana masih mempertontonkan aurat kepada sekalian yang bukan muhrim. Satu lagi, tak ada faedah pun...

Ramai lagi wanita Islam yang tak faham maksud suruhan menutup aurat ini. Dia ingat tutup aurat tu ialah tutup kepala. Itu yang berjambul rambut terkeluar. Ada juga yang ingat tutup aurat tu ialah tutup rambut. Maka, tertutup rapilah rambutnya hatta seurat pun terlindung, padahal lehernya terdedah dan boleh selamba pakai t-shirt lengan pendek. Dan yang best lagi, menutup aurat ialah menutup sekelian kulit. Baguslah bertutup habis cuma masalahnya kulit memang dia tutup...tapi kain yang membalut tu...masyaallah, sangat-sangatlah melekap, sendat dan ketat. Saya yang perempuan ni tengok pun terseksa...yalah, sungguh menjolok mata!

Dalam Surah An.Nur ayat 31, Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Apabila kita sudah mengaku yang kita ini Islam, jadilah hambaNya jangan jadi hamba nafsu. Ambillah semuanya, bukan pilih-pilih ambil yang kita suka sahaja. Bab sembahyang, ok, kita ikut. Lima waktu tak pernah tinggal. Tapi bab tutup aurat kita tolak tepi dengan alasan tak boleh memaksa, kita kena ikut step by step...tak mahu mengejut, nanti tak jadi malu pula....apa orang kata? So, kita nak tunggu biar hati kita betul-betul terbuka dan ikhlas nak buat. Hemmm...rezeki yang Allah beri sedap je kita sapu, tapi tak malu pula yang kita ingkar dengan suruhan Dia yang menjamin rezeki itu sampai kepada kita. Jangan bagi alasan...betul yang bertudung sempurna ada yang lagi hitam hatinya. Tapi tak akan nak pakai alasan itu sebagai jawapan mengapa kita memilih untuk tidak menutup aurat. Lantaklah perangai dia teruk pun, sekurang-kurangnya bila Allah suruh ,dia buat...! Kita kata hati kita baik, kita lagi mulia dan kita tak buat benda-benda yang tak senonoh...tapi the most basic thing yang Allah suruh kita buat....kita berani ingkar pula. 

Lama manalah kita larat nak hidup di dunia ini? Kulit kalau dah kendur tu...tak larat nak berbotox collagen bagai...sure nampak juga! Nyawa nak dipanjang-panjangkan macamana? Buah yang muda lagi kan gugur....

Sedih bila orang Islam sendiri mempertikaikan suruhan Allah. Rasa rugi sangat tak mengembangkan potensi diri, yang pada pendapatnya patutlah sekelian bangsanya berasa bangga kerana ada anak bangsa yang kononnya telah maju lagi berdaya saing mewakili bangsanya di pentas dunia. Kita sibuk bercakap dan mahu bertegas dengan orang lain yang sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan agama kita...alih-alih depa nanti tengok, aikkk....orang Islam pun sama maaaa...dia sendiri menghina agamanya. Kalau kita sendiri tak boleh rasa sayang, rasa bangga dan menghargai agama mulia yang kita anuti ini....jangan haraplah orang lain akan buat perkara yang sama. 

Ingat kesementaraan dunia ini...semuanya tak kekal. Semuanya milik Allah.
Kepada Allah kita semua akan kembali.

Monday, March 25, 2013

Demam PRU

Sebenarnya saya tak kisahpun kalau ustaz-ustaz yang menyampaikan ceramah itu hendak menyentuh soal politik. Rasanya saya tak ada masalah bilamana isu-isu politik dikupas panjang lebar dalam masjid sekalipun kerana saya berpendapat bidang politik juga antara cabang-cabang yang ada dalam Islam memandangkan sifat Islam yang syumul. Islam mengajar cara berpolitik yang betul.

Sekali dengar saya buat bodo je...
Dua kali dengar buat tak faham jer la...
Tiga kali dengar...aiii...
Empat kali dengar...mulalah nak mual...

Tak payahlah nak hukum orang itu fasik, orang itu kafir...kita sendiri pun belum tentu hujungnya bagaimana. Saya setuju dengan UKE, kita patut bercakap dan bekerjasama mencari jalan bagaimana mahu menyatukan saudara kita yang bertelagah. Begitu banyak persamaan yang kita ada, mengapa yang berbeza itu juga hendak kita canangkan? Mengapa yang perbezaannya tak sebanyak mana itu kita jadikan alasan untuk tidak bersatu?

Saya simple aje orangnya, ok? Tak payah nak bercakap berdegar-degar tentang isu ini, isu itu...jangan fikir kalau saya diam begitu...maknanya saya tak faham apa-apa, tak ada pendirian dan boleh dimanipulasi. Saya kalau nak bagi sokongan pun tengok orang jugaklah...tak kiralah parti belah mana pun. Kita patut tengok kredibiliti calon. Kalau yang jenis asal buka mulut aje mencerca orang...sorry la, bro! Udah...kalau semua orang tak betul...siapa yang betul? Kamu sorang jer la betul!

Pada saya, di mana-mana pihak pun ada kesilapannya, ada kelemahannya. Kelemahan itu hanya dapat kita perbaiki kalau kuasa masih ada dikalangan kita. Sekurang-kurangnya kita masih bersaudara dalam bab agama, saya tak fikir tak ada jalan untuk kita sama-sama duduk berbincang dari hati ke hati, menegur dan memperbaiki. Hemmm...maaflah saya mula berlagak seperti seorang pejuang sejati...terbawa-bawa pula. Lagipun dah lama saya menahan diri daripada mengupas perkara-perkara seperti ini. Tak tahan sangatlah tu rasanya kena keluarkan sikit!

Saya rasa Ustaz-ustaz patut lebih mengupas tanggungjawab pemimpin. Beratnya tanggungjawab yang dipikul, bukan sekadar di dunia tapi di akhirat sana. Jenuh nak berdiri menjawab bagaimana amanah yang diberi dilaksanakan. Kalau pemimpin yang telus dan ikut macam Rasulullah buat, alhamdulillah, kalau yang menyeleweng dan kerjanya hanya nak pastikan keselesaan dalam pemerintahan...siaplah kau labu...Tapi adakah yang rasa gerun hendak berhadapan dengan mahkamah akhirat ini?

Kata seseorang kepada saya beberapa lama dahulu, orang-orang ini...kalaulah mereka tahu apa yang menanti mereka di hari kemudian, pastilah mereka bertolak-tolak tak mahu ambil sebarang jawatan. Sedangkan kita yang kuli ini pun masih perlu berdiri lama di depan Allah hendak menjawab soalan tentang bagaimana kehidupan dunia ini kita habiskan dan kita usahakan...inikan pula para pemimpin yang mana setiap tindakan mereka boleh memberi impak yang besar ke atas kehidupan manusia lain....kau sanggup???

Bias tak saya? Rasanya entri ini terpakai untuk semua pihak yang tak sabar-sabar nak mengundi termasuk yang tak kisah apapun , janji menang!

Rasanya la...:)

Wednesday, January 30, 2013

Listen!Listen!Listen!

Here's how some creative people responded to the video footage that sparks controversial comments  recently.  I noticed that Boboi also creatively played this issue in their performance during the Maharaja Lawak Mega final...unfortunately, they did not win...

I am sure DiGi got nothing to do with these...



Heheh...



Ikan flower horn also have problem...

???

Well...they don't have flower...and they also don't have horn...but still, people call them 'flower horn fish'...ish...ish...ish...

Monday, August 06, 2012

Belum Masanya

Saya dah kata, jangan tengok siaran langsung tu...haaa...kan dah kalah! Saya selalu merasakan, bila ada sesuatu yang kita sangat harapkan, biarlah tak ketara sangat harapan tu. Rileks. Cool. Buat tak tahu je...kalau boleh, berlakon seolah-olah benda tu tak penting pun. Apa daaa punya petua...heheh...




Apapun tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah memberikan yang terbaik. Pujian harus diberikan kepadanya yang sebelum ini terpaksa direhatkan kerana kecederaan hanya beberapa bulan sebelum Olimpik. What a come back! Kira dahsyat la tu! Kau ada?

Hek elek...yang beriye-iye memberikan komen tak semenggah tu, berhentilah. Ingat senang ke nak main di final macam tu...dengan membawa harapan negara lagi. PM siap telefon lagi cakap mesti menang...puhhh...tekanan tuuu!!! Senang cakap, siapa tak mahu memang kan? Dalam keadaan ini merupakan penyertaan Olimpik yang terakhir dan berpeluang berjumpa dengan musuh ketat yang berlagak tu kan...siapa tak hendak? Mesti sangat-sangat mahu menang! Apakan daya...yang penting mencuba. Ada beza antara mencuba tetapi gagal berbanding tak mahu mencuba yang sudah sepastinya gagal. Beza antara kedua pemain ini tak banyak...cuma mungkin Lin Dan lebih berketahanan dari segi mental. 


Saya memang mengharapkan LCW menang...mestilah kecewa...apa taknya....Bukan apa, saya sudah membayangkan yang kita bakal dapat cuti hari esoknya (hari ini la) kalau LCW menang. Sangat-sangat hendak cuti, aiskrim B&R tak pe lagi....cuti lagi best! huahuahua....

Monday, April 30, 2012

Mengimpikan Perubahan


Saya kongsikan di sini sebuah catatan oleh seseorang yang saya baca di mukabuku saya. Satu pandangan yang baik untuk terus muhasabah diri sebelum sibuk menyalahkan orang lain atas setiap ketidakpuasan hati. 

Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adal
ah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).


Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?
 

Thursday, November 10, 2011

Bual Bicara

Menarik sungguh program Salam Baitullah semalam. Sayangnya saya cuma sempat tengok sebahagian, alhamdulillah, bahagian yang menarik bilamana tetamu jemputan tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak, menyeru kepada penyatuan ummah. Kita harus bersatu. Dan tunjang penyatuan itu mestilah Islam. Bukan atas tiket kebangsaan. Tidak mengapa kalau ada perbezaan di mana-mana, pokoknya, kita menyembah Allah yang Satu. Kita berpegang kepada kitab Al-Quran yang sama dan kita mengikuti,mencontohi dan mencintai pemimpin yang sama Muhammad Rasulullah S.A.W.

"Unity in Diversity"...sebagaimana yang ditunjukkan dalam perlaksanaan ibadat Haji. Betapa hebatnya. Bayangkan kalau umat Islam mempraktikkan apa yang dilakukan sepanjang mengerjakan ibadah haji dalam kehidupan sehari-harian. Di sana, tanpa mengira warna kulit, rupa paras dan darjat, masing-masing tunduk patuh kepada Rabbul Alamin. Semuanya sama rata. Pengalaman di sana mengajar bahawa majoriti yang bersatu akan menjadikan kelompok itu kuat. Selama 40 hari itu diajar untuk bertoleransi. Untuk menerima satu sama lain dan belajar menghormati perbezaan yang wujud. Ianya bukan suatu kelemahan, bolehjadi ia akan memberikan banyak kelebihan. Bila sudah ramai-ramai begitu berkolaborasi menjayakan ibadah menyembah Yang Satu, maka terlihatlah kesepakatan dan perpaduan. Yang tak rajin sembahyang sunat, tiba-tiba jadi rajin. Hatta jadi hairan kalau tak nampak muka di masjid. Masing-masing berlumba-lumba melipat gandakan amalan. Yang tak bertudung pun jadi bertudung sempurna. Sebab, rasa janggal kalau tak tutup aurat sedangkan yang lain semua menutupnya. Begitulah keadaannya. Orang akan rasa janggal, pelik dan tidak kena untuk mempersoalkan kumpulan majoriti yang seia-sekata.Mereka tak berani hendak kata yang bukan-bukan kalau semuanya bersatu. Tapi kalau kita terpecah, serpih sana, serpih sini...memang senang sangat dibuli. Dan malangnya, sesudah diasuh dan dilatih bersatu di bumi suci sana, bila pulang...kita kembali kepada tabiat lama. Kalau di Mekah boleh sembahyang di awal waktu, pulang ke sini dilengah-lengahkan waktu. Bertangguh-tangguh. Kalau di Mekah, bersemangat sembahyang berjemaah tak tinggal, balik sini masjid yang sekangkang kera itupun jarang dijengah. Maka malanglah, kerana masing-masing buat hal. Buat hal sendiri-sendiri. Macam yang selalu orang dok kata, I punya kubur...I punya pasallah! Amboi...suka-suka je sebut kubur macam tempat melepak jer bunyinya.

Dan di Salam Baitullah semalam itulah saya tertarik dengan perbincangan konsep perpaduan ini yang seharusnya diterapkan kerana umat Islam sekarang hidup berpecah-belah. Sedangkan Islam mengajar sebaliknya, harus bersatu. Sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Imran, ayat 103 yang bermaksud, " Berpeganglah kamu sekalian kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikanNya) kepadamu, ketika kamu dahulu telah bermusuh-musuhan lalu dipersatukanNya hati-hati kamu sehingga kamu menjadi bersaudara di atas nikmatNya. Dan adalah kamu di atas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk".

Itulah kunci kemenangan umat Islam. BERSATU & BERPEGANG TEGUH DENGAN AGAMA ALLAH. Kalau bersatu atas sebab-sebab lain, bersatu atas dasar kaum dan kepentingan politik, percayalah , ia tidak akan berhasil.

Betul seperti kata ahli panel Salam Baitullah itu semalam, kita tidak punya banyak masa. Dan kita tidak punya alasan untuk tidak mahu bersatu. Kita sudah mula dikeronyok dari segenap penjuru. Kalau kita masih dengan sikap tak apa dan biarlah, janji tak kena kepada kita...tidak mustahil dan memang sudah terjadipun, Islam akan kembali menjadi dagang, sama seperti saat ia mula datang dulu.

Tahniah kepada penaja program dan tenaga produksi Salam Baitullah di atas perbincangan yang menarik seperti itu. Kebetulan saya sempat juga tengok program bual bicara TV Al-Hijrah berkenaan agenda di sebalik penganjuran Seksualiti Merdeka. Perghh...perbincangan yang sangat mantap! Sangat-sangat suka dengan ketelusan perdebatan. Sesuatu yang saya tak pernah terfikir akan lihat di kaca TV. Tahniah juga kepada Al-Hijrah.

Mudah-mudahan akan tiba masa dan ketikanya yang kita semua sama-sama nantikan. Insyaallah.

Wednesday, November 09, 2011

Dipenjara Nafsu

Betullah tu...mana ada kebebasan yang betul-betul lepas bebas. Tak ada. Hatta alam pun ada peraturannya, inikan pula kita manusia. Tak payahlah hendak dipersoalkan lagi. Terpulang kepada Maha Pencipta. Begitu diciptakanNya. Siapa kita untuk bersikap kurang ajar? Bercakap macam kitalah pemilik jiwa raga dan kitalah yang menentukan segalanya. Bercakap macam tak pernah tahu wujudnya Tuhan.

Semuanya berbalik kepada tujuan asal penciptaan manusia. Mengapa Allah menciptakan manusia? Untuk apa? Untuk dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang tanggungjawab? Terbang bebas macam layang-layang terputus talinya? Kehidupan yang tanpa pedoman. Tanpa peraturan. Tanpa batasan. Itukah yang dinamakan kebebasan? Kalau begitulah kebebasan yang diburu, apa bezanya kita dengan haiwan? Haiwan begitulah...buat apa sahaja kerana ia tidak punya akal. Ia bebas berbuat apa sahaja. Harimau boleh membunuh rusa bila-bila masa tanpa perlu risau akan dosanya. Anak kucing jantan boleh sahaja membesar dan kemudian menjadikan ibunya sebagai 'bini' tanpa perlu berhadapan dengan tentangan daripada masyarakat kucing. Tak ada masalah. Haiwan tidak perlu bertanggungjawab dengan perlakuannya jadi buatlah apa sahaja, tidak ada istilah dosa dan pahala padanya.

Jadi, kita yang konon bertamadun dan maju serba serbi ini sedang menuju era kebinatanganlah nampaknya...

Hawa diciptakan untuk menjadi pasangan kepada Adam. Lalu untuk kesejahteraan hidup manusia dan tanda kebesaranNya diturunkan Al-Quran sebagai pedoman menerusi RasulNya yang menerangkan dengan lebih jelas peraturanNya. Dijelaskan peranan lelaki sebagai pemimpin (ketua keluarga). Dan wanita sebagai isteri yang melahirkan zuriat keturunan. Kemuliaan wanita terjaga dan terpelihara oleh Islam. Lalu diperkukuhkan institusi asas ini dengan peraturan-peraturanNya. Dan nikmat yang mana satukah hendak kita dustakan?

Tetapi entah macam mana...di zaman serba moden ini ada pula yang merasakan peraturan ini sesuatu yang mengongkong lagi menindas. Kelompok-kelompok aneh ini telah semakin berkembang biak, menagih pengiktirafan. Atas nama kebebasan. Mereka rasa tertindas dengan persepsi masyarakat dan tindak balas masyarakat. Mereka mahukan ruang untuk hidup aman damai macam manusia lain. Jadi, tak mengapa kalau Ali tidak mahu berkahwin dengan Gayah kerana Ali tidak ada perasaan kepada Gayah. Cinta Ali hanya kepada Abu dan masyarakat harus faham situasi Ali. Kesian sebab jiwanya yang terbelenggu. Kerana hakikatnya, dia perempuan yang terperangkap dalam badan lelaki...euwww...kamu fikir Allah itu apa? Apakah Dia bisa membuat kesilapan seperti kita? Hakikatnya, Ali dan Abu tak mahu fikir tentang peraturan-peraturan yang sudah Allah tetapkan. Kerna menuruti hawa nafsu itukan lebih enak? Ali dan Abu hanyalah satu contoh penyatuan yang terlarang dan gambaran betapa seriusnya kegagalan akidah dan iman berfungsi dalam diri umat masa kini. Apabila hanya akal digunakan untuk membuat pertimbangan, maka semakin membuak nafsu bermaharajalela kerana iman semakin terpinggir. Sedangkan iman sepatutnya memandu akal agar jelas terlihat yang benar dan salah.

Mungkin mereka terlupa dahsyatnya azab yang menimpa kaum Nabi Lut.

Ingatlah betapa pedihnya balasanNya. Janganlah terlalu menurutkan kemahuan diri kerana ianya hanya valid di dunia yang sementara ini. Kepuasan yang diperolehi hanya sebentar sedangkan azab menentangNya kekal selama-lamaNya , nauzubillah.

Mungkin definisi 'merdeka' itu patut diubah. Merdeka yang bagaimana? Kalaulah diri masih saja terpenjara oleh kemahuan nafsu semata...dan diri tidak berupaya menentangnya, sebaliknya tunduk kepada kemahuan serakah sedangkan tahu bagaimana pincang dan haru birunya masa depan...ternyata kamu pejuang yang tewas dan tidak mungkin 'merdeka'!

Wednesday, July 20, 2011

Aduhai Ashraf Aleesha!

Permohonan Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, untuk menukarkan namanya kepada Aleesha Farhana telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.



Ashraf kata :

"Suka atau tidak, saya akan tetap teruskan perjuangan ini(tuntutan pertukaran nama) sampai dah tak ada lagi kaedah perundangan yang boleh saya gunakan. Orang boleh kata apa sahaja, mungkin mereka mengharapkan saya tutup mulut atau mati sahaja, tetapi saya hanya mahukan ketenangan dalam hidup". (Muka depan NST - terjemahan oleh Telipuk)

Sedapnya nama baru yang Ashraf hendak itu ye...
Kalaulah dapat nama tu, apakah Ashraf rasa tenang dalam hidup?
Sedangkan jauh di sudut hati Ashraf, rasanya Telipuk pasti dia tahu perbuatannya itu salah. Bolehkah Ashraf memperolehi ketenangan yang dicari?

Masaalah...masaalah...
Ashraf dilahirkan sebagai lelaki. Walaupun Ashraf sudah menjalani pembedahan, ia tetap tidak mengubah kenyataan. Telipuk risau dan kesian pada Ashraf. Bagaimana Ashraf hendak menunaikan kewajipan dan mengerjakan ibadah sepanjang usia yang bersisa di dunia ini?

1. Kalau sembahyang, Ashraf tak boleh duduk dalam saf perempuan. Ashraf kena sembahyang di saf depan sana sebab Ashraf lelaki.Belum cerita masaalah aurat lagi.
2. Kalau pergi mengerjakan haji, macamana Ashraf hendak pakai ihram? Masaalah hukum lagi.

Itu belum masuk soal pembahagian harta, munakahat, segalanya jadi bercelaru. Ashraf tak fikirkan semua itu ke?



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Telipuk pun tak sesempurna mana untuk mengkritik tindakan Ashraf dan Telipuk bersimpati dengan apa yang sedang dirasai oleh ibu dan bapa Ashraf.

"Turutkan hati, mati...
Turutkan rasa, binasa..."

Kalau kita selalu ikut apa yang kita hendak, padahal ianya berlawanan dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita, apakah kita rasa kita masih ada ruang dan peluang untuk berhujah dengan Allah?

Apakah kita hendak kata yang apa yang kita buat itu lebih baik daripada ketetapan Allah?

Apakah kita hendak kata yang Allah salah dalam membuat ketetapannya?

Nauzubillah.

Monday, July 11, 2011

Belum Cukup Bersih

Saya tak kata apa-apa pun. Entah apalah yang membuatkan dia berfikir begitu. Begitulah saya, memang tidak suka mencipta kontroversi.

"Saya gembira awak suka BERSIH" katanya bersungguh.

Sebelum itu, ayat terakhir saya ialah, " Tak payah minta restu pun, memang sudah BERSIH". Sebagai menjawab pertanyaannya, "Balik kampung minta restu untuk BERSIH ke?" apabila mengetahui saya balik kampung baru-baru ini.

Apa-apalah...

Saya suka BERSIH ke?

Saya suka kalau tak ada ahli-ahli politik yang mengambil kesempatan. Saya suka kalau BERSIH berdiri di atas kaki sendiri dan tidak dikaitkan dengan siapa-siapa. Tapi mustahillah, kerana mereka perlukan suara. Perlukan sokongan untuk menjayakan misi yang besar.

Kemunculan BERSIH pada saya adalah sesuatu yang 'normal' untuk sebuah negara yang semakin matang. Ia menunjukkan rakyat kini semakin gemar berfikir dan mereka berani untuk meluahkannya. Cumanya, perkara-perkara seperti ini perlu ditangani dengan baik dan berhemah. Sebagai rakyat biasa, apabila sesuatu itu semakin digembar-gembur dan amaran demi amaran dikeluarkan saya terfikir...kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Mujurlah pergerakan saya hujung minggu lalu adalah menghala keluar ke selatan, bayangkan kalau sayalah orangnya yang terpaksa beratur panjang untuk memasuki Kuala Lumpur pada masa dan ketika itu...duhhh...tak sanggup mengenangkannya.

Ianya menyusahkan!

Dan menyedihkan juga.

Entah kenapa...

Bersihkan hati dan fikiran sendiri dululah rasanya...;)

Wednesday, May 18, 2011

I Followwww...

Kisah yang paling 'hot' sepanjang minggu lalu sudah tentulah cerita SY hendak mencukupkan kuotanya. Lebih 'hot' daripada cerita video panas ahli politik negara.

Pelik betullah, amende le yang heboh sangat. Nampak sangatlah tahap kecemburuan insan sekaum SY tu...ada yang telan liur, ada yang dok gigit kuku, ada yang dok berkobar-kobar nak "I follow..." juga serta tak kurang juga yang mengeluarkan pendapat-pendapat yang agak tak berapa setuju kononnya.

Kalau tanya Telipuk, Telipuk kata...ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Aaaa...satu lagi, kalau tak sanggup dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Soal poligami, walaupun dibolehkan di dalam Islam...bukanlah maknanya ianya sesuatu yang automatik boleh untuk semua orang (lelaki). Tengok-tengok jugalah lelaki tu spesis apa.

Dan kena tengok juga la spesis perempuan yang hendak dimadukan tu. Tak semua perempuan boleh buat macam yang isteri-isteri SY buat. Tapi sebetulnya, semuanya berbalik kepada pucuk pimpinan juga. Kalau pemimpin tidak menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dengan baik, tak bolehlah hendak meletakkan kesalahan kepada pengikut. Betul tak?

Telipuk rasa tak ada yang luar biasa dengan kisah SY dan isteri-isterinya. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang sukar dicapai. Betul...Dan Telipuk percaya SY tak mengamalkan apa-apa tangkal dan jampi pun...hatta kekelakaran dan kelawakannya pun Telipuk rasa tidaklah menyumbangkan apa-apa yang signifikan kepada kebolehannya melengkapkan kuota.

Cuma yang Telipuk pasti, daripada beberapa maklumat yang SY beri, antara perkara-perkara yang diamalkannya jelas membantu SY menjadi pemimpin yang baik dan dihormati dalam keluarga besarnya.

1. SY tidak menghimpunkan semua isteri dalam satu rumah...bahkan SY kata ia adalah mustahil. Padahal ramai lelaki kalau boleh nak jimat kos nak achieve KPI yang ini...giler ke apa? Ayam dalam reban bolehlah buat macam ni.

2. SY tak main sembunyi-sembunyi. Agak-agak rasa nak bercinta, dia bagitau isteri-isterinya dulu. Siap kenalkan lagi. Kebanyakan lelaki buat, sorok dulu...tunggu sampai pecah. Mahu tak hancur lebur kota Melaka dikerjakan!

3. Adil dan saksama. Telipuk rasa lah, kalau setiap isteripun disediakan tempat kediaman yang selesa, bagi kereta seorang sebiji, siap bagi duit belanja secukupnya...tak payah terjerit-jerit minta sampai keluar anak tekak...bagus sangatlah tu. Lepas tu SY lawat setiap rumah setiap hari, walaupun sekejap-sekejap. Sebab tulah rumah isteri-isterinya dalam satu kawasan yang berdekatan...di Cheras ke rasanya...kena penat sikitlah. Tapi kalau kebanyakan lelaki lain, tang penat dia la yang dia nak berkira sangat...diaorang kawin lebih untuk senangkan diri...setiap isteri pulak kena bagi 'derma' seorang sikit...macamanalah nak hidup tenang dan selamat kalau nawaitu tak betul?

4. Peranan sebagai pemimpin. Mesti digerakkan. Suami sebagai ketua keluarga mesti tegas dan berani menegur dan mentarbiah isteri. Nak buat tu, diri sendiri kena betul dulu. Itu yang SY kata ilmu agama kena ada. Jangan sebab isteri-isteri tu dah tahu hukum hakam, ente lepas tangan buat tak tahu...konon ingat tanggungjawab ente dah selesai. Jangan buat naya na...

Kalau boleh buat benda 1 hingga 4 tu, insyaallah, rasanya tak jadi masalah hendak kahwin lebih pun. Tapi tujuan nak tambah tu...biarlah selaras dengan tuntutan agama. Kalau saja suka-suka nak tunjuk kuat...atau konon perasan yang anda tu hebat...tak payahlah. Berat tanggungjawabnya. Melainkan anda rasa berani nak berdiri depan Allah menjelaskan apa yang anda dah buat sepanjang menggalas tugas sebagai pemimpin...silakanlah.

Pandai buat, pandailah tanggung.

Wednesday, May 04, 2011

Nasi Lemak Buah Bidara

Aku bukanlah tak ada hati dan perasaan, tapi entah kenapa bila masuk bab Lombok ni, rasa nak kesian tu kurang je. Bukan sekarang je, dulu-dulu pun macam tu. Bukan setakat Lombok je, tapi yang sekadar lari ke sempadan daerah pun Aku rasa nak kata, "bior le".

Kan sudah besar, pandai buat keputusan sendiri...kan tak perlu dengar cakap mak bapak, janji bahagia...kan bila tegur sokmonya menjawab, "saya tahulah apa yang saya buat. mak ayah jangan nak masuk campur urusan hidup saya.jangan cari saya. biarkan saya hidup bahagia dengan cara saya sendiri"...wah...wah...wah...berdegar-degar bunyinya.

Tapi kan, lama mana le nak hidup bersandarkan cinta aje ye...sebulan dua boleh lah, makan sepinggan kongsi...lepas-lepas tu, hari-hari mesti mau soru...kalau miss soru, cinta pun tak boleh buat apa-apa lagi dah. Cinta tak boleh mengenyangkan perut. Masa itu barulah realiti kehidupan meresap masuk dalam kepala yang mula hendak berfungsi.

Aiii...kata sanggup sehidup semati susah senang bersama. Tujuh lautan sanggup diharungi. Berjalan kaki meredah hutan, paya bakau hendak cari tempat menyeberang merentas kepulauan nusantara. Pacat, lintah, nyamuk tiada kau hirau...alih-alih menangis suruh mak bapak datang ambik? Apa cer???

Aku bukan tak ada hati perut tapi kalau alasan nak balik hanya sebab tak tahan hidup susah...memang Aku payah nak kesian. Pasal, tak ada siapa yang paksa kau hidup susah, kau sendiri yang berusaha untuk mendapatkannya. Kau yang mahu. Kenapa pula bila ianya tidak menjadi seperti yang kau inginkan, Aku pula yang terpaksa belajar memahami. Maaflah, Aku tak berapa faham sebab Aku dulupun pernah hidup susah juga.

Biasalah tu pergi sawah dari pagi sampai petang...
Biasalah tu makan nasi dengan ulam dan ikan kering...
Lainlah kalau kau berhijrah ke London, memang sengsara bunyinya.

Memang kita kesian dengan anak-anak. Betul. Kita bela dia sedari kecil sampai besar, menatang bagai minyak yang penuh...lembut tapak tangan dia sebab penyapu pun dia tak pandai pegang. Tapi bila dia sudah dibutakan dek cinta, nasihat segunung pun tak guna. Kita pula yang nampak jelek di matanya. Tak apalah, doakanlah dia...biarlah kalau dia berkahwin, sekurang-kurangnya dah selamat tak buat maksiat. Biarlah dia belajar makna hidup. Kita patut beri dia dorongan untuk mengubah situasi kehidupannya. Jangan beri dia ikan, tapi ajarlah dia memancing ikan. Jangan pulak disuruh berpisah dan takut-takutkan dia dengan kehidupan yang susah...memang dunia bukan tempatnya untuk bersenang lenang pun...Tak akanlah hidup susah dia di dunia sahaja yang kita beri tumpuan, kalau dia 'susah' di hayat sana macamana pula? Dengan kita-kita tersangkut sama.

Mungkin masalahnya bukan Lombok, tapi pemikiran kita yang masih lagi terkepung dalam tembok.

Monday, March 07, 2011

Bila Pokok Menangis

Kesian pun ada. Nak tergelak pun ada. Minggu lepas ada satu cerita tentang pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas. Pelik ka? Dak...tak pelik pun. Tapi orang-orang kita kata pelik bin ajaib dah. Depa pun pakat-pakat kerumun, pakat mai tengok. Ish...ish...ish. Tang tu tak pa lagi. Kot la boleh ambik pengajaran , menambah keinsafan mengagungkan kebesaran Allah ke...Yang best tu depa pakat tadah air 'mata' pokok tu...pakat-pakat minum la pulak. Buat ubat katanya. Ni...mai jauh-jauh pun ada, punyalah nak minum air tu...tak tau la apa khasiatnya.

Sekali Jabatan Pertanian mai buat siasatan. Hang pa tau apa depa punya teori? Haaa....jeng...jeng...jeng...kata depa, berkemungkinan besar ayaq mata tu berpunca daripada air kencing riang-riang. Apa tu? Riang-riang ni adalah sejenis serangga yang gemar hinggap pada pokok secara berkumpulan dan mengeluarkan bunyi bingit pada waktu siang. Kata depa lagi, riang-riang terutamanya yang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat sekali ketika dalam proses mengawan. Kemungkinan air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai berkenaan ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah besar. Ia mengandungi sperma riang-riang jantan untuk proses persenyawaan dengan benih betina, katanya.

Nah ngkau...tak pasal-pasal yang dok pi minum ayaq kencing riang-riang tu apa ke hal?
Dah tak de air lain nak minum ke? Tu la kalau dah cerdik sangat.Tapi depa tak percaya...depa kata, mana ada ayaq kencing? Tu ayaq penawar tu...air hikmat...hehehe...pasai apa, ayaq tu dah turun tak henti-henti sejak tujuh hari lalu, malahan makin banyak pada waktu malam.

Kata seorang penduduk, jika air itu berpunca daripada kencing riang-riang, kenapa rasanya payau dan adakah serangga berkenaan kencing 24 jam. Lagipun ramai yang minum kerana beranggapan ia mempunyai nilai perubatan, katanya. Hek eleh...pok cik, air kencing riang-riang tu rasa dia cam no? Sodap ko? Ada rasa strawberry ka? Apa lak peliknya kalau riang-riang tu nak kencing non-stop 24 jam , suka ati dia la...

Tak de la, Aku bukan apa...cuma kepantangan sikit dengan ketaksuban membabi buta ni. Yang pokok menangis tu kita nak hairan...yang Allah jadikan langit terhampar tak bertiang ni, tak ada pulak siapa-siapa hendak rasa pelik. Yang Allah jadikan siang berganti malam dengan segala macam perubahan dan hikmatNya, tak ada pulak hendak persoalkan...Maksud Aku, punyalah banyak kejadian Allah yang 'pelik lagi ajaib' ada, tapi tak pula diperhatikan. Bab rasa pelik ke pokok tu, Aku boleh terima lagi. Tapi, bab membabi buta minum air pokok tu lagilah rasa 'terhina'nya. Jaga-jaga na...takut kalau-kalau tergelincir akidah. Takut kita jadi percaya yang sesuatu itu ada kuasa-kuasa tertentu...Jangan main-main!

Sanggupnya menadah air supaya penuh besen. Sanggupnya minum padahal kesan dan khasiatnya kita tak tahu pun. Yang Allah janjikan ganjaran yang memang sah-sah dok tunggu kita dan gerenti dapat (kalau kita buat ikut apa yang Dia suruh), tak pula terbuat ye.

Tak payahlah percaya pada benda-benda yang Dia jadikan. Mereka semua pun sama ja makhluk macam kita. Tiba-tiba teringat kata-kata seseorang yang mahu mendapatkan sesuatu. Dia kata, "Susahlah kalau tak ada kenal siapa-siapa...maklumlah, kalau ada 'kabel' kuat sikit". Lalu dijawab oleh kawannya dengan selamba, "Eh...buat apa nak pakai kabel tu...kita guna kabel teruslah dengan Allah". Oh, I like!!!

Thursday, March 03, 2011

Tak Menjadi

Kecewa! Kecewa!Kecewa!

Memang kecewa dengan keputusan kabinet melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50% bagi saman lalulintas yang sepatutnya tamat pada 28 Februari lalu. Sebelum ini mereka sudah diberi masa selama 6 bulan untuk membuat pembayaran. Tapi seperti biasa, semua menunggu untuk membuat pembayaran di saat-saat terakhir sehingga menyebabkan sistem komputer tergendala lalu menyulitkan urusan pembayaran. Sudahnya mereka merungut-rungut. Menyalahkan ketidakcekapan sistem, pegawai bertugas dan macam-macam lagi yang menyebabkan mereka gagal menyelesaikan saman dalam tempoh ditetapkan.

Itulah masalahnya kita ini. Terlalu berlembut sangat. Bila sudah selalu macam ini, lama-lama orang akan terus kekal dengan persepsi...alah, tak apa...tak buat sekarang pun tak ada hal, gerenti akan ada lanjutan masa. Bukan dalam hal saman ini sahaja, tapi dalam banyak hal. Misalnya bila sampai masa menyiapkan penilaian prestasi tahunan. Awal-awal lagi sudah diberitahu tarikh akhirnya bila. Tapi macam biasa juga, semua orang buat endah tak endah....hinggalah sampai saat-saat kecederaan barulah semuapun terhegeh-hegeh hendak masuk sistem. Lepas tu, sistem kaput! Pasal bandwidth tak cukup nak tampung semua, mulalah hendak download page tergedik-gedik makan masa satu page sejam. Dah berpeluh ketiak sebab panik campur gabra tengok markah boss, baru hendak lega sebab finally berjaya meet the deadline, tiba-tiba sejam sebelum tarikh tutup keluar pengumuman mengatakan tempoh akhir kini dilanjutkan sehingga sebulan lagi...aaaarrrggghhhh....!!!

Kesian orang-orang yang buat kerja awal. Depa ini sungguh komited dan berdedikasi, ikut dan patuh pada peraturan. Berdisiplin lagi. Dah siap awal. Dah bayar saman awal. Tengok-tengok kawan yang minggu lepas dia sampai habis seliter air liur bagi nasihat, "Kau ni Man, suka sangat buat kerja last minute. Janganlah macam tu, time sekarang ni kau lapang...pi la settle kan saman tu. Nanti tak adalah kena beratur panjang-panjang. Tak pasal2 kau yang susah" telah datang tersengih-sengih macam kerang busuk menayangkan resit pembayaran sampbil berkata, "Tengokkk...kan aku dah kata, buat apalah sampai susah-susah apply cuti nak jelaskan saman...Aku boleh bayar pun tak ada masalah. Masih dapat 50% diskaun jugak apa...hahaha". Cissss...buat sakit hati aje!

Walaupun Aku tak ada kena mengena dengan hal-hal saman ni (alhamdulillahhhh!), Aku tumpang geram dengan keputusan yang dibuat. Padahal tak silap Aku baru semalam Aku terbaca kenyataan seorang menteri ini yang kata, "Kita sudah beri masa 6 bulan untuk mereka menjelaskan saman. Kita tidak akan melanjutkannya lagi kerana kita juga kena berlaku adil pada golongan yang sudah membayar awal mengikut masa diberikan". Punya la suka aku. Teringin nak tengok kita bertegas sikit dalam membuat keputusan.

Alih-alih cakap tak serupa bikin.
Kalau macam tu, hemmm...pi mai pi mai tang tu jugaklah.

Wednesday, February 16, 2011

Post Valentine

Walaupun kempen-kempen anti-zina digerakkan beserta nasihat-nasihat para ilmuan Islam yang berbuih-buih mulut menerangkan mengapa umat Islam tidak sepatutnya terikut-ikut dengan budaya sambutan Hari Valentine, ternyata berita-berita penangkapan khalwat pasangan Islam tetap sahaja keluar menghiasi dada-dada akhbar di haru umat Islam menyambut 12 Rabiul Awal, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ianya suatu gambaran yang sungguh menyedihkan. Ibaratnya sebatang pokok yang pada hari ini tegak kukuh merendang dengan daun-daun hijau yang segar, tetapi didalamnya sedang membarah virus-virus jangkitan yang menyerang sel-sel pokok. Tanpa kemampuan menilai kerosakan yang sedang berlaku di dalam diam, lama mana pokok itu mampu berlakon berdiri teguh seolah-olah tak ada apa-apa berlaku...meminjamkan keyakinan yang akan sentiasa ada dahannya yang kukuh untuk berpaut dan teduh di sebalik rimbunan daun-daunnya...entah sampai bila? Jangan nanti bila sudah tersungkur rebah mencium bumi, barulah terhegeh-hegeh hendak cari ubat tahan jangkitan penyakit, segala anti-fungus, segala baja bagai kerana "sayang, semuanya sudah terlambat" (bak kata lagu penyanyi Shidee).

* Pelaku-pelaku maksiat sanggup mencari hotel-hotel budget/rumah-rumah tumpangan di luar kawasan sehingga sampai ke Balakong dan Dengkil untuk melampiaskan nafsu. Agaknya mereka fikir tak akan tertangkap di kawasan yang kurang 'panas'. Masalahnya, penduduk setempat pun tahu bila ramai 'bukan tempatan' tiba-tiba datang ke situ...bau bangkai bukan susah hendak dihidu...

* Siswi-siswi IPTA yang terpelajar juga antara yang tertangkap. Seorang siswi sebuah IPTA di Serdang (bukan Serdang, Kedah no...), bersembunyi di belakang pintu bilik air sebuah hotel murah dalam keadaan tanpa pakaian. Alasan yang diberi oleh pasangannya ialah mereka sudah bertunang. Manakala gadis itu mengaku mereka cuma kawan sahaja dan belum bertunang.

* Di suatu tempat, seorang duda sanggup menggunakan anaknya yang berusia 18 bulan sebagai 'perisai' untuk melindungi kemungkarannya masuk ke bilik hotel dengan pasangan bukan muhrim. Taktik membawa anak ini sebenarnya dah ketinggalan zaman la bro...dah banyak kes, penguatkuasa pun dah pandai...takat bawak anak kecik tu, tak yah la...lakonan tak menjadi. Kalau bawak anak belasan tahun...haaaaa....barulah agak-agak nak percaya la korang tu suami-isteri.

* Yang tak berapa ada duit...menyumbang kepada banyaknya tangkapan-tangkapan di sekitar kawasan-kawasan rekreasi dan beriadah. Tak tahulah, mungkin dapat cekup yang dok balik semak-samun dan wakaf-wakaf terpencil. hairan...hairan...tak takut ular ke? kena gigit lipan ke? kena gigit nyamuk dah sudah satu pasal...sanggup menderita sebab semangatnya hendak buat dosa dan lawan perintah Allah. Kalaulah dengan semangat seperti itu di salurkan untuk berjihad melawan nafsu...alangkah...

* Sepasang suami isteri yang membuat spot check di bilik tidur anak gadis mereka terkejut apabila mendapati anak-anak mereka yang berusia 13 dan 15 tahun sedang nyenyak tidur berpelukan dengan pasangan masing-masing seperti suami-isteri. Umang aiii...mau gugur jantung di buatnya! Sungguh muda...sungguh sia-sia...sungguh malang sekali...

Apa hendak jadi dengan generasi muda kita? (Actually, bukan yg muda baru hendak belajar hidup saja...tetapi semua peringkat umur...tak terkecuali yang pangkat datuk, berusia 89 tahun...yang sanggup rogol cucu dalam kandang lembu). Apa hendak jadi dengan orang kita? (Sudahlah berpecah belah, bermasalah luar dan dalam...hemmm...kena ratah la beb...)

Munasabah tak kalau kita berasa sangggattt bimbang dan risau??? Aku rasa bukan munasabah lagi dah...tapi wajar! Sangat-sangat wajar!

Lalu gesaan supaya para penguatkuasa meluaskan perkhidmatan (amboi...tahulah ayat telekomunikasi...) merangkumi hotel-hotel bertaraf 5 bintang membuatkan Aku bertanya balik...hang pa tahu ke masalah umbi dia apa? Bukan soal tempat mana yang patut kita ambush dulu...tempat mana yang kita patut letak dalam top list...ini soal menghentikan maksiat. Jangan tunggu sudah hendak berlaku/dah berlaku baru nak serbu. Pencegahan kena bermula dari awal. Kalau nak bincang pasal tempat...nayalah orang-orang jabatan agama ini tak cukup kaki tangan hendak buat penguatkuasaan...yelah, berapa orang nak pi hantar ke taman-taman rekreasi, berapa orang nak kena pi pantau rumah-rumah kosong, hotel-hotel murah (kat KL ni je beribu-raban, belum masuk rumah-rumah tumpangan atas kedai-kedai kopi di seluruh negara), pejabat-pejabat yang senyap sunyi tapi ada aktiviti lewat malam, kereta-kereta dan lori-lori...amboi...banyak tu....

Yang kena tangkap tu bukan ramai yang jahil...semuanya tahu soal dosa, soal pahala. Bukan tak reti. Reti. Tapi buat jugak. Kenapa? Sebab, ilmu agama yang kebanyakan orang ada cukup untuk dia buat solat, puasa, berzakat, pergi haji...tapi tak cukup untuk buat dia yakin ada Tuhan yang melihat, ada dosa dan pahala yang bersukat, adanya hari akhirat dan neraka yang mengerikan...ketahanan iman itu belum tembus ke dalam. Cuma bab-bab teori amali sahaja yang lepas. Tapi penghayatan entah ke mana.

Yang itulah yang kena address dulu. Macamana hendak kembalikan manusia kepada tujuan asal penciptaannya dan bagaimana hendak memberitahu tentang kehidupan sesudah dunia supaya kita semua sedar dalam meletakkan fokus dan prioriti kehidupan di tempat yang sepatutnya.