Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Menjenguk Kampung

Sempat balik kampung untuk sehari dua menunaikan hajat emak yang hendak menghadiri majlis kenduri kahwin kaum kerabat di kampung. Bukan tak teringin nak lanjutkan tempoh, tapi emak ada temujanji di KKBBS esok.


Langkah kanan pula...ada ayaq asam peberet saya yang dah lama tak jumpa. Perghhh...sodappp. Duduk meja depan pulak tu...tapi makan tak mandang kiri kanan dah...hahaha...lama betul tak makan kenduri kat kampung ni. Selalu terlepas. Alhamdulillah, ada rezeki kali ini.

Ikutkan tengahari ini ada kenduri lagi. Rumah guru mengaji quran saya tapi sayangnya tak sempat nak pergi. Hantar wakil saja sebab saya ada urusan di pejabat tanah PB dan lepas tu nak terus balik KL.

Sempat emak menuai hasil tanaman pokok kantannya. Amik ngkau...nak makan laksa sebulan penuh pun boleh ni...


Saya pernah beli sekuntum bunga ni yang kurus keding pada harga RM4.90 . Terpaksa beli juga sebab dah terdesak nak buat laksa. Bahan lain semua ada, bunga kantan jer tak de. Satu Melaka cari tak jumpa...rupa-rupanya ada kat kedai Big 5 saja...tapi harga premium la beb!


Cer teka amende yang bersesungut celah daun pokok mak tu?


Belalangggg!!!

Tapi bukan belalang kunyit ni...adik sepupu dia. 

Memang musim panas betul sekarang. Tanah bendang pun siap merekah lagi. Setiap hari mesti ada minuman berais satu jag besar. Dahaga sungguh. Semoga dipermudahkan urusan penanaman padi kali ini.


Tuesday, September 06, 2011

Siaran Tertunda

Sebelum Ramadhan tempohari, memang seronoklah makan durian. Aku lupa nak letak gambar durian yang sudah masak ranum tu...ketika posting terdahulu masih cuma putik. Jom tengok...haish...puasa-puasa ni lah nak buat hal ye...hehehe...
Tahun ini, boleh tahan juga jumlah buahnya. Cuma pokok dekat belakang nun saja yang kureng mengancam isinya.
Geram tengok buah di atas sana. Yang tepi pagar lagilah, asal orang lalu je, tengok atas...asal lalu je, tengok...tapi kira merasa jugaklah semua jiran tetangga yang berdekatan, walaupun tak banyak...sebiji dua tu tetap dihulurkan.
Seronok dapat kutip durian yang gugur. Asal gedebuk je...pakat berlumba-lumba nak ambil. Teruja!
Mangsa yang terpilih...heheh...ya, betul, saya budak bendang...tapi jangan tak tau, saya juga berkemampuan kopek durian tanpa bantuan...hehehe....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan.
Dah selesai dengan durian, cari subjek lain pulak...(tak de keroje, cari keroje!)
Tak tahu apa nama pokok ini. Tapi comey jugak!
Jambu yang belum masak di hujung julai...tapi yang tak best tu, bila besar tak boleh makan. Kena sebat dek ulat dulu.
Purple lagi!
Teringat cerita Selendang Delima
Hemmm...
Selesai sudah acara siaran tertunda ini... (Sukalah guna dashboard blogspot yang baru ni...)

Wednesday, December 09, 2009

Biarkan Gambar Bercerita

Kunjungan ke Melbourne baru-baru ini menambah lagi koleksi gambar-gambar kenangan. Betul seperti kata Rosebud, semenjak berleluasanya kamera digital, rakaman yang dibuat, paling baik pun simpan dalam folder komputer sahaja. Kalau hendak sangat cetak, hanya beberapa kerat sahaja. Almaklumlah, bila-bila pun kita tahu kita sentiasa boleh tengok semula dengan hanya beberapa kali 'klik'. Kalau dulu boleh tayang-tayang album gambar, sekarang kalau ada yang hendak tengok, kenalah buka laptop...heheh...sudahnya malas langsung hendak memenuhi permintaan sebegitu.

Berbeza dengan kunjungan ke Canberra dulu yang lebih banyak unsur-unsur alami, kali ini rakaman kenangan banyak berlegar sekitar binaan-binaan manusia. Interaksi dengan alam sangat terhad memandangkan kami cuma mampu berlegar di dalam kawasan pusat bandar Melbourne sahaja. Lagipun jangka masa yang singkat di samping banyaknya masa yang dihabiskan dengan menjengok-jengok ruang pameran kedai...ini sahajalah yang ada.

Gambar ini Aku ambil di siarkaki berhadapan State Library. Konon-konon macam 'terbit' dari bawah bumi atau dalam keadaan tertimbus.



Ini pula beberapa rakaman yang diambil semasa lawatan sekejap di Harbour Town, Docklands. Masa sampai tu, cuaca sangat mendung dan gelap.



Bandar ini masih belum siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembinaan masih rancak dijalankan di sekitar kawasan itu secara berperingkat-peringkat. Ia dijangkakan siap sepenuhnya menjelang 2012. Di dermaga yang sunyi sepi, ada beberapa buah kapal berlabuh.



Aku dan Rosebud menghabiskan beberapa minit di sini membiarkan angin sejuk dari muara sungai Yarra mengigit kulit. Sejukkkkk!



Terdapat juga paparan mural yang diperbuat daripada cantuman mozek berwarna yang memaparkan wajah-wajah insan seni ternama berasal dari negara ini.



Dari Harbour Town, kami singgah bergambar di kawasan taman sekitar bangunan pentadbiran dan parlimen Victoria.



Bangunan Parlimen, Victoria.



Rosebud singgah di tandas awam bawah tanah. Semasa naik ke permukaan, rasanya macam keluar dari penjara pula...heheh...



Ini pula patung siapa ntah tak belek pun...saja je...



Kami juga tidak melepaskan peluang melawat Jalan Flinders yang sibuk itu.



Pergerakan ke mana-mana mudah dengan ketahanan berjalan kaki serta tram City Circle yang walaupun berbunyi dan bergegar bagai nak rak, tapi sungguh efisien sekali.



Alangkah baiknya kalau pengangkutan awam di Malaysia dirancang sebegini. Tak perlu canggih manggih...yang penting praktikal dan boleh diharapkan.



Selain City Circle yang percuma itu, banyak lagi terdapat tram-tram yang bergerak masuk dan keluar CBD Melbourne dengan kekerapan yang tinggi. City Circle ini sangat membantu pergerakan para pelancong dan juga warga kota yang ingin ke hentian-hentian tertentu sebelum bertukar menaiki tram, bas atau keretapi bawah tanah yang lain.

Jalinan wayar yang menyalurkan elektrik bagi menggerakkan tram boleh dilihat di laluan-laluan pengangkutan tersebut.



Kami kagum dan seriau dalam masa yang sama melihat bagaimana pemandu-pemandu di Melbourne ini menggunakan jalan raya mereka. Sungguh berdisiplin. "Turn right from left only" menyebabkan mereka terkedek-kedek menunggu hampir dengan lampu isyarat dan perlahan-lahan membelok, mahu makan masa menunggu giliran. Kalau kat Malaysia...mahu ada yang berlanggar...hehehe..

Terletak tidak jauh dari Flinders Station ialah Federation Square. Memang ramai manusia dekat sini. Tempat mereka duduk melepak-lepak dan berjemur. Tak buat apa-apa pun, duduk bersembang, baca buku, dengar lagu dan macam-macam peel lah...yang bercinta pun ramai juga.



Kami tak lama dekat sini, saja je nak tahu apa ada dan pastikan sudah sampai ke mari.



Hari pun sudah semakin petang.



Puas sudah berjalan, kaki pun penat. Perut pun sudah berdendang riang. Rosebud ajak singgah Es Teller...ke Aku yang ajak dia singgah Es Teller lagi? Hahaha...tak kisahlah, pendekata malam itu kami makan di sana lagi. Sepinggan kueyteow goreng menjadi pilihan Aku sementara Rosebud memilih bakso super. Tak ada gambar sebab dah lupa pun hendak ambil fotonya dulu. Hemmm...nyummy!

Tuesday, August 04, 2009

Warna-warni Titiwangsa

Sekadar hendak memaparkan gambar-gambar bunga raya atau nama saintifiknya "hibiscus rosa-sinensis". Tak ada kena mengena dengan Rossa mahupun Terra Rossa...ha..ha...buat lawak lagi tu!



Teringat satu petua orang tua yang masa kecil dulu ada ikut juga. Iaitu petua melebat dan menghitamkan rambut. Caranya ialah dengan mengambil helaian daun bunga rasa dan ramas dengan air biar keluar lendirnya. Lepas tu lumur pada rambut dan kulit kepala. Rasanya dingin dan menyegarkan. Bagus petua ini. Kelemumur semua tak pernah menjadi masalah. Sekarang ni, pakailah syampu apapun...lagu tu jugaklah.



Gambar-gambar ini Aku ambil semasa berjalan pulang menuju ke tempat kereta berhadapan Restoran Nelayan Titiwangsa.



Tak tahulah ada tidak bunga kebangsaan ini dekat flora fest di Putrajaya nun. Ada hajat hendak pergi. Tapi kena tunggu clearance dari boss dululah he...he...he...



Oh...agak-agak kalau si Jemain tu hendak mencari tujuh jenis bunga, dekat Titiwangsa ni pun senang nak penuhkan kuota. Setakat ini yang Aku jumpa...ada bunga telipuk, bunga raya, bunga tanjung, bunga kemboja, bunga rhododendron, bunga jenjarum, bunga anggerik liar, err...bunga ntah nama apa ntah Aku pun tak berapa tau...dan juga bunga err...kelapa??? Heheh...

Thursday, June 18, 2009

Masjid Jamek @ Lebuh Ampang

Dah lama tak melewati kawasan ini. Kebetulan lalu bukan waktu puncak, jadi tak adalah ramai sangat orang. Tak pernah pun ambil gambar masjid ni, jadi teringin pulak mengabadikannya dalam blog ini.

Pandangan dari platform lrt STAR



Sempat ambil masa tengah naik escalator ni.



Gambar di ambil dari tepi pengadang batu yang mendinding Sg. Gombak.



Kawasan tengah bandar yang paling banyak pokok kelapa...he..he...he...

Sunday, May 18, 2008

Salam Sang Suria

Alangkah indahnya menjengah dari luar anjung dapur dan terpandang akan kemilau suria yang mendaki usia pagi....hemmm...ini bukan fenomena baru atau apa, tapi pagi tadi terlalu sunyi buatku. Agaknya ramai penghuni yang merebut peluang cuti tambahan esok hari, maka beramai-ramai mereka tinggalkan kota ini...sebab itu dari jendela ini...tampak petak-petak parking tak berpenghuni.

Lalu segera suria ini menangkap anak mata. Lama termenung, terus aku capai camera...he...he...hasilnya macam inilah...kalau dapat panjat pokok kat luar ni lagi bagus kot...ha...ha...ha...



Bangunan tu ialah kondominium Heritage kat Jalan Pahang tu...ini pandangan dari sisi dapur aku ler.