Ini bolehlah dikatakan cuti bajet sebab penginapan percuma heheh...dah rezeki agaknya, ada slot kosong pula untuk kemudahan penginapan di Genting Highlands, satu kemudahan syarikat yang dinikmati oleh Encik Suami. Sebelum ini kami pernah dapat beberapa slot untuk penginapan di Bukit Fraser dan dua kali di Pulau Pinang. Alhamdulillah. Syarikat saya pun ada kemudahan yang serupa tetapi tidaklah 100% 'per'. Itupun jenuh nak bertumbuk, bertarik rambut baru dapat...hahaha...so far kalah je, tak pernah dapat lagi huhuhu...bayangkanlah staff seluruh negara puluhan ribu...haiyoooo....
Terus-terang cakap, memang saya tak pernah menjejakkan kaki di Genting Highlands. Kalau tak kerana dapat lokasi penginapan di sini, belum tentu sampai sebab tak pernah ada dalam radar. Tarikan kawasan tanah tinggi ini lain macam sikit. Lagipun saya bukanlah jenis yang adventurous, jadi tak ada idea apa agaknya aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan seumpama ini. Masa kat Fraser dulupun lebih banyak lepak di tempat penginapan...err...tapi tak adil hendak buat perbandingan begitu kerana Fraser sangat kecil tempatnya dan lagi pula masa saya pergi dulu memanjang hujan, jadi, memang tak ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika itu.
Genting Highlands terlihat dari kejauhan. Yang dipuncak inilah dinamakan 'Kota Keriangan' itu. Sebelum pergi, sempat saya bertanyakan En. Google tentang tempat-tempat yang menarik yang boleh kami kunjungi. Kebanyakannya mengarahkan saya ke Taman Tema Genting. Tak akanlah sepanjang masa nak berlegar kat situ saja...saya ni pencinta alam, tak kuasalah nak admire benda-benda mesin berputar bagai tu...haish!!!
Kami menginap di Awana Golf & Country Resort. Unit yang disediakan berhadapan dengan padang golf dan agak besar untuk kami berempat. Ada dua buah bilik dengan bilik tidur utama boleh disambung dengan ruang tamu yang luas. Sebuah jakuzi yang menjadi kesukaan budak-budak dan yang paling best ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Masak? Ya, saya memasak juga untuk sarapan pagi dan malam. Kalau hari-hari nak kena makan di luar, memang naik kos. Keropok ikan cap adik tu pun harganya dua hengget lebih ok? Memang sudah tahu apa yang disediakan di sana, jadi kami membawa serba-sikit bahan mentah seperti beras, telur, minuman 2-in-1, bahan tumisan dan roti. Terdapat sebuah mini mart di dalam kawasan Awana, jadi, bila-bila perlukan apa-apa, boleh beli di sana saja...cuma harganya memang lebih mahal.
Hari pertama, kami check-in agak lewat iaitu sekitar jam 4. Bertolak keluar pun sudah hampir jam 3. Tak sangka pula yang Genting Highlands ini tidaklah sejauh yang saya sangka. Patutlah pun Sirapmadu kata, bila-bila boring, dia naik ke sana...macam tak ada apa-apa berulang-alik begitu. Rupanya memang dekat. Bila dah sampai, kami malas nak keluar. Seronok menyelongkar apa yang ada...lagipun dah petang. Tunggu esok sahajalah barulah puas hati meneroka.
Oklah...orang kata kalau dah datang Genting ni, rugi kalau tak tengok apa yang ada kat puncak tu. Hemmm...orait. Jomlah. Mula-mula risau juga nak park kereta kat mana dan entah berapa bayarannya. Nak naik kereta kabel, tak ada pula. Bermula Mei ini, perkhidmatan hanya dibuka pada sebelah malam bermula jam 12.00 mlm sampai pukul 7.00 pagi. Bagaimanapun, ternyata kegusaran tentang parking itu langsung tidak berasas kerana parking melambak dalam mana-mana hotel pun ada dan percuma pula. Kami meletak kereta di dalam Hotel First World. Dari situ, kami turun ke lobi. Kemudian ambil lif ke tingkat 2 nak pergi ke Indoor Park. Kat situ nampak la ruang masuk ke Casino...tetiba terlintas dalam kepala, kalaulah Allah gegarkan bumi Genting Highlands ni....
Kami memilih Indoor park sahaja kerana sedar diri yang kebanyakannya jenis pengerun dan gayat kecuali Encik Suami. Saya memang insaf lah...mahunya tak, naik karpet terbang kat Sunway dulu pun dah terpekik terlolong suruh berhenti. Hahaha...so, tak nak cari pasal lagi. Baiklah, untuk masuk ke taman tema ini bagi sekeluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (bawah 12 tahun) ialah RM109. Dah bayar tu...mainlah apa jenis ride yang korang suka dan berapa kali pun lantaklah. Bunyi macam best ajer kan...cuma masalah datang di musim cuti sekolah ini ialah pengunjung yang ramai...jadi kenalah sabar berbaris menunggu giliran. Satu-satu kiosk paling cepat pun 15 minit menunggu...masuk kiosk ke-4 mahu ada yang lemau...lagipun kita tahu kita menunggu benda-benda yang 'lagha' aje ni kan...mulalah gelisah nak balik...
| Ini gambar masa mula-mula sampai. Nampak macam lengang la kunun...tak sampai berapa minit lepas tu, melaut... |
| Karousel untuk pengunjung kecil. |
Kalau datang dengan anak-anak remaja, mungkin lebih seronok kot berada di taman tema di luar sana. Itupun kalau diaorang suka dengan rasa terlantun dan jatuh dari ketinggian secara mendadak...kalau sayalah, konfem muntah ijau!
Kiosk pertama kami ialah tayangan 4D 'The Little Prince'...nasib baik budak-budak suka walaupun Aiman mula-mula rasa 'gayat' di bawa masuk ke dalam tayangan tersebut . Sekejap-sekejap dia buka cermin mata. Sebelum dapat masuk, menunggu lebih 30 minit tu...aduyaiii...
Lepas tu, kami naik 'float' ala-ala perarakan Rio pulak. Barisan yang ini tak panjang sangat, banyak budak-budak kecik je...heheh...kami join jugaklah pasal yang ini yang paling 'available' dan kiosk yang berdekatan. Maleh nak mengukur jalan di celah-celah manusia yang ramai.
Seronok jugaklah nampak pemandangan dalam dari atas. Nak kata kagum sangat tu tak adalah, nak kagum apanya...duniawi semata-mata. Hanya meraikan anak-anak jer lah. Ini memang pengalaman baru bagi anak-anak saya, nasib baik diaorang tak adalah nampak teruja sangat nak mencuba semua. Diaorang ikut jer mana-mana yang kami cadangkan naik...kalau jenis yang nak memaksa cuba semua...nayalah juga nak cope up.
Sempat mencuba keretapi reindeer ini dan juga kereta kuda (tiada dalam gambar).
Bila tengok jam sudah pukul 2, kami pun merayau mencari surau. Alhamdulillah, ada surau yang selesa disediakan walaupun kecil. Tempat wuduk pun ada di dalam. Sejak menngunakan telekung yang Mek Da jual, memang mudah sangat ke mana-mana bawa. Gulung-gulungkan dan simpan dalam beg tangan pun muat. Lepas tu guna stokin solat yang beli dari Kak Mai. Di mana-mana perlu berhenti solat, boleh sarung je. Teringat UKE kata, gulung badan dengan langsir pun okay juga...tak semestinya bertelekung lengkap...janji tutup aurat.
Lepas solat, perut pun makin berkeroncong. Makan time! Teringat pesanan seorang blogger yang kata lebih baik makan fast food...sebab dah tahu berapa harga dia caj untuk satu pakej hidangan. Kalau makan nasi berlauk, silap haribulan cajnya melambung-lambung. Teh tarik pun katanya RM5 segelas. Haish...
Jadi, kebetulan nampak ada MarryBrown....dan dah lama teringin nak ke situ, singgah la makan di sana. KFC pun ada. McD. Pizza Hut. Kenny Rogers. Semua ada belaka. Dan ada food court juga. Saya makan hidangan nasi MarryBrown...heheh...teringat masa muda-muda dulu makan kat MB area Petaling Street tu...sekarang dah tutup. Saya tahu ada satu cawangan baru buka di Pudu Sentral tapi tak pernah ke sana. Pernah juga cuba makan sekali kat level G , Bangunan Mariamman dekat tapak Bus Stand Klang tu...tapi itulah sekali pergi, tak tahanlah bau setanggi kuat sangat...nak makan pun mati selera!
Lepas makan, kami nampak kiosk 'Flying Dragon'. Wah...merah dan gleaming jer bila lalu meluncur atas kepala. Kebetulan kiosknya taklah padat sesak...so, kami fikir, jomlah cuba. Tunggu punya tunggu giliran pun sampai. Naik dengan jangkaan seumpama naik keretapi reindeer dan kereta kudalah agaknya. Sekali bila dah berlepas dan melalui selekoh pertama...hati mula tertanya-tanya...apakah telah tersilap tanggap? Rupa-rupanya nampak jer ride ini comel dengan hiasan naganya...rupa-rupanya memang 'ganas' macam naga. Memang gerun untuk kami...Hisham dan Aiman pun dah takut semacam, mak diaorang terpaksalah 'cover' padahal rasa nak pengsan jugak...coz kalau Mak diaorang pun tak leh control, confem diaorang ni melalak nak turun. Lepas selesai kena 'putar'...diaorang menggumam jer..."kenapalah ibu pilih mainan macam tu..."...
Terus tak ada siapa nak main lagi...hahaha...jomlah balik kalau dah 'hilang selera'. Happy semua dapat lepas keluar dari situ. Aiman cakap..."Ibu, kita tak payahlah datang sini lagi"...so, slogan 'Kota Keriangan' tu tak kenalah untuk kami nampaknya.
Jom kita buat aktiviti yang semua suka. Jalan-jalan tengok alam. Bunga ni ada banyak di puncak sana. Saya snap masa dalam perjalanan turun.
Keesokan harinya, kami memutuskan untuk meronda ke Gohtong Jaya, sebuah bandar kecil cuma sepelaung dari Awana. Awana ini letaknya di pertengahan, dalam 8 km sesudah memasuki pos kawalan Genting Highlands dan sekitar 8 km juga ke kota permainan di atas sana. Ada beberapa buah kedai makan yang boleh dijadikan alternatif di sana. Kedai runcit pun ada.
Kami singgah di Strawberry Park yang diusahakan oleh Kea Farm yang berpangkalan di Cameron Highlands. Inilah masanya bergambar...heheh...gambar ini kami ambil di tangga bangunan pejabat yang ala-ala rumah lama ni. Tengoklah bunga kat bawah rumah tu...best sangat!
Deretan pokok-pokok strawberry yang ditanam dalam beg-beg semaian. Di sini, anda boleh juga membayar untuk pengalaman memetik buah strawberry. Tak silap harga yang dikenakan ialah RM8 untuk setiap 100g .
Gambar 'close-up'. Jangan haraplah boleh pergi dekat...tengok dari luar aje ni. Kalau nak dekat, bolehlah pergi petik dan bayar. Hahaha...meniaga maaa...Orang kata, strawberry kat Malaysia ni taklah semanis mana sebab cuaca pun bukan yang 4 musim tu...tapi bolehlah nak makan. Orang kata na, bukan saya kata...heheh...kami pi tengok saja, tak beli pun.
Yang best tu, sekali anda sudah masuk ke sini...tak ada jalan pintas untuk keluar...hahaha...macam masuk dalam labyrinth. Ada taman lavender juga, jadi, saya yang teruja nak tengok sebab teringat ladang Farm Ville saya dulu terus buat keputusan nak masuk.
Ada bayaran masuk dikenakan iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Haaa...tu dia lavender nya berbatas-batas.
Juga terdapat banyak pohon-pohon mawar di tanam sebaris memagari kebun ini.
Bunga-bungaan spesis 'morning glory' yang ditanam menjalar di dinding taman. Cantik sangat dengan aneka warna. Bolehlah buat pengambaran filem ala Bollywood kat sini.
Macam saya katakan, mencari jalan keluar tidak semudah yang disangka kerana walaupun ada tanda 'exit', ada sebenarnya perlu melepasi segmen demi segmen keseluruhan taman ini, diselang-seli dengan gerai-gerai jualan berupa cenderamata, kedai menjual coklat, juga sayur-sayuran.
So, kalau jenis yang hati cepat cair dengan pujukan penjual...ucapkan selamat tinggal pada wang di dalam dompet anda hahaha...beli jangan tak beli...
Sayur-mayur. Nyum...nyum...cenggini rupanya dema tanam. Boleh tanam belakang rumah nih hehehe....
Kaktus comel RM2 sepasu. Teringat cupcakes war....comel kan?
Kena lalu segmen cendawan juga. Sebenarnya ada sebuah lagi taman cendawan tidak jauh daripada jalan keluar sesudah turun dari puncak. Tapi rasanya, tak lalulah saya nak tengok cendawan. saya bukan makan cendawan pun. Bau ajer dah cukup untuk saya membayangkan betapa banyak spora-spora yang mungkin sudah masuk dalam rongga hidung...euuukkk...
Yessss....! Untuk lunch hari tu, tak masak! Kami singgah makan di hotel sahaja iaitu Rajawali Coffee House. Duduk di anjung sambil nampak orang main golf...tengah-tengah rembang buta tu...
Untuk hari-hari seterusnya, kami cuma merayau-rayau jer. Naik atas sekali lagi...(Aiman cakap...tak nakkk!!!)...tapi tak masuk taman tema dah. Singgah ambil gambar kat Cradle Rock ni.
Pos kawalan polis yang sungguh comel ala castle lama.
Dah tahu macam tu punya dekat, bila-bila pun boleh naik Genting lagi. Mungkin lambat lagilah kot...maklumlah, been there...done that...settled!
