Wednesday, December 24, 2014

Air Di Sana-Sini

Pagi tadi, Telipuk tengok kat FB, Hulu Perak pun dah dilanda banjir. Terus telefon kakak kat Lenggong pasal teringat, tebing Sungai Perak dengan rumah dia tu memang dekat sangat. Sohih...kena banjir. Pagi ni dah sampai paras pinggang. Dia anak-beranak dah pindah ke sebuah homestay di Ipoh buat sementara waktu. Tapi, since Telipuk nak gerak balik PB esok, rancangan kami ialah, Telipuk akan singgah masuk Ipoh untuk jemput diaorang...ramai-ramai balik PB. PB alhamdulillah, okay lagi walaupun ada kawan kat Pekan Baru sudah letak gambar air naik. Harap-harap semuanya selamat.

Itu perkembangan banjir di negeri Telipuk. Faktor cuaca.

Di tempat kerja Telipuk pulak, lain kisahnya. Banjir jugak...tapi faktor teknikal. Hellooo...jangan ingat dok tingkat 7, air tak sampai....Kalau sudah ketentuanNya, apapun boleh jadi. Masa tengah sedap-sedap baham durian semalam lah, geng-geng kat pejabat bagitau tempat Telipuk dah basah. Khabarnya ada kebocoran sistem pemadam api (sprinkler) kat tingkat 14. Air meleleh sampai bawah.

Tu yang susah hati sekejap tu (eceh...ceh...ceh...),sambil makan hati terkenang cubicle yang kebasahan. Aduhhhh...sib baik jiran-jiran baik. Sempat depa selamatkan laptop Telipuk dan buku-buku yang Telipuk susun atas rembat sepanjang tingkat di belakang meja kerja Telipuk. Adalah beberapa naskah yang terkena air, tapi syukur, taklah lencun...tepi-tepi saja yang kena. Jiran kiri dan kanan siap tadah baldi lagi...hehehe....memang pemandangan yang anda tak terfikir akan lihat....(menyesal tak snap gambar semalam).


Ini pemandangan biasa since last week. Berkabut bagai. Kat dalam ni tok sah cerita la. Sejuknya menggigit sampai ke tulang. Hari-hari tak sah kalau Telipuk tak sarung jaket...dah macam kat negeri omputih lak. Awatlah sejuk sangat ni weeeiiii...


Mujur esok cuti. Dan lusanya 'kena paksa' ambil cuti. Yes....yes...ku relakan juaaa...

Insya Allah, tunggu tahun depan kalau ada hayat lagi...nak sambung merapu.

Kenduri Durian

Aisey...tak jadilah tutup kedai...;)

Ada cerita best semalam. Kisah yang terjadi di halaman jiran. Lokasinya sahaja yang dipinjamkan. Ingatkan tak sampai nak datang...rupanya, ada rezeki Telipuk. Tu yang buka blog balik ni.


Telipuk menerima jemputan ke majlis Durian Fest 2014 anjuran organisasi subsidiari. Ini pertama kalilah Telipuk hadir. Tak tahupun yang rupa-rupanya ia adalah acara tahunan. Mungkin sebab akhir-akhir ini, Telipuk ada buat kerja dengan subsidiari ini, makanya, Telipuk dah masuk dalam senarai. ;) Alhamdulillah.


Telipuk pergi dengan jiran sebelah cubicle dan Boss. Dalam renyai-renyai hujan tu, menggagahkan diri membawa keluar Snowy dengan mengetahui bakal berdepan dengan masalah mendapatkan semula petak parking apabila balik ke pejabat nanti. Demi durian...


Semasa sampai di Kelab Kilat, masih ada beberapa buah meja yang kosong tapi kami memilih untuk join meja geng Risk. Terima kasih tuan rumah yang rajin menjenguk meja kami dan menambah mana-mana yang kurang...hihihi.


Tu dia aiihhh...fleshy sungguh! Sodappp. Tapi kan, bukan nak cakap la...walaupun rasa suka durian tu masih ada, sebetulnya Telipuk dah tak mampu makan macam dulu-dulu. Semenjak arwah ayah tak ada...hemmm...

Soalan wajib yang paling popular hari itu ialah, "Durian ni ambil dari mana"? Ialah, itu adalah kemusykilan terbesar yang bermain di kepala sebab bukan musim pun ...kalau musim, gerenti dah berlambak kat gerai tepi jalan BBS ataupun kat simpang Jalan Taman Dato' Senu.

Jawapan yang kami terima ialah...durian ini dibawa dari Pahang. Dan jawapan loyar buruk yang jiran Telipuk dapat apabila dia cuba mengusik pelayan meja kami ialah..."dari pokok durian , kak"....hahaha...ada yang nak kena cucuk dengan kulit durian ni ha...




Tuesday, December 23, 2014

Entri Penutup

Seronoknya memandu ke tempat kerja beberapa hari ini. Perjalanan sangat lancar dan mudah. Semakin ramai yang bercuti agaknya, maklumlah, hujung tahun. Boleh habiskan cuti yang masih berbaki dan luangkan masa dengan keluarga sementara sekolah belum buka lagi. Telipuk pun nak mula bercuti panjang juga. Esok hari terakhir kerja untuk tahun ini, lepas tu Telipuk akan muncul balik pertengahan minggu pertama Januari. Itupun Telipuk masih carry forward beberapa hari cuti tahunan 2014 ke tahun depan. Memang Telipuk berjimat cermat untuk keperluan tidak terduga. Ikut perancangan asal, 29 dan 30hb ini Telipuk masuk pejabat, tetapi sebab suami Telipuk dah cuti juga, Telipuk lajaklah cuti...nak balik Perak dan kalau sempat nak meronda sampai Kedah. In sha Allah...

Pagi ini Telipuk sengaja guna Jalan Pahang dan naik sikit portion Jalan Tun Razak sebelum sambung ke Lebuhraya Mahameru atau nama barunya Lebuhraya Sultan Iskandar. Selalunya Telipuk ikut Sentul Link. Saja nak tukar angin. Telipuk keluar jam 7.10 pagi, jam 7.30 dah muncul kat pejabat...tak sangka, Telipuk orang pertama sampai dan kenalah pasang lampu...hahaha...Oleh kerana breakfast buddies Telipuk ada yang cuti, ada yang MC, ada yang keluar lambat...maka, sebagai gantinya Telipuk breakfast dengan boss....;) Sarapan terakhir di gerai Pak Ya untuk tahun ini sebab esok kedai Pak Ya tutup. Bila buka balik Isnin berikutnya, Telipuk dah cuti. In sha Allah, kalau tak ada aral Telipuk akan turun memeriahkan majlis walimah anak Pak Ya bulan Januari nanti...kot ada menu istimewa ayam goreng kampung Pak Ya yang sedap tu...terbaekkkk!!!

Rasanya ini entri terakhir tahun ini. Sangatlah perlahan perjalanan KL Traffic tahun ini...macam-macam perangai pulak tu...nyaris-nyaris dipadamkan. Itu baru perjuangan seorang blogger...perjuangan memanjangkan hayat blog yang tak adalah menjejaskan mana-mana bahagian kehidupan. Bagaimana dengan perjuangan hayat diri sendiri? Bukan perjuangan hendak hidup lama...tapi perjuangan untuk memastikan hari-hari yang dilalui memberikan makna dalam kehidupan abadi nanti, itu yang harus diperhatikan. Semasa makan dengan boss, kami sempat berbual tentang perancangan kelas pengajian di organisasi kami yang mana boss Telipuk adalah orang kuatnya. In sha Allah, perancangan tahun depan sedang berjalan baik. Cuma nak tergelak bila dengar cerita ada juga yang tergamak mempersoalkan yuran ciput yang dikenakan. Kita kalau pergi pasar malam pun habis RM50 dalam sepuluh minit saja...itu untuk nikmat yang sementara sahaja. Kurang pada tu jer pun yuran yang perlu dibayar...bukan untuk diri sendiri sahaja tapi juga untuk kelangsungan aktiviti kerohanian di organisasi ini. Tak payahlah berkira sangat!  Yang ini untuk peringatan diri sendiri juga sebab Telipuk pun manusia yang sering kali alpa dan selalu buat pengiraan yang salah untuk sifir matematik akhirat....diri sendiri pun ada kalanya kedekut bila datang topik-topik tertentu. Banyak lagi permasalahan hati yang perlu diselesaikan. ;)

Jumpa lagi tahun depan!

Thursday, December 18, 2014

Cantikkan Iman, Murnikan Hati, Indahkan Akhlak

Kelmarin, Telipuk sempat mengikuti ceramah oleh Ustazah Dr Nik Salida Suhaila Nik Salleh di TMCC. Beliau mengupas tajuk " Cantikkan Iman, Murnikan Hati, Indahkan Akhlak". Tajuk berat kata Ustazah, untuk disampaikan dalam masa satu jam lebih. Biasalah, tajuk mesti kaw-kaw punya, barulah boleh menarik minat. Tapi seperti biasa, 98% yang hadir adalah kaum Telipuk. Yang best tu . ada penerangan menarik Ustazah tentang fenomena ini yang ternyata bukanlah terjadi di organisasi Telipuk sahaja tetapi juga berlaku di tempat-tempat lain. Ia dikaitkan dengan persekitaran dan kecenderungan gender. Boleh dilihat seawal anak-anak masuk ke alam persekolahan. Sekolah dan persekitaran pendidikan yang ada dalam sistem persekolahan kita sekarang ini rupanya 'gender biased'. Sebabnya, aktiviti menulis, duduk diam dan mendengar penerangan guru, membaca dan tekun menelaah itu adalah dikatakan berada dalam lingkungan 'feminism landscape'. Oleh sebab itu, kebanyakan murid perempuan suka untuk berada di sekolah, di kelas dan mengikuti pembelajaran dengan disiplin-disiplin  tertentu. Bagaimana dengan anak-anak lelaki? Mereka lebih sukakan persekitaran yang 'mencabar'. Kalau di dalam kelas boleh lompat dari satu meja ke satu meja, ada pertandingan berlawan pulak untuk menjawab soalan guru...mesti diaorang suka. Tapi, of course, budak perempuan pulak akan menangis tak mahu ke sekolah. Kata Ustazah lagi, di barat (tempat disebut ialah UK), cara pendidikan mereka tidak meraikan satu gender sahaja tetapi mengambilkira kecenderungan gender lain juga. Contohnya, kalau pelajaran sains, belajar tentang kitaran hidup rama-rama secara teori di dalam kelas. Selesai teori, guru akan bawa pelajar ke taman dalam kawasan sekolah dan minta pelajar tunjukkan rupa telur dan larva rama-rama. Itu bahagian praktisnya yang ternyata menarik minat pelajar lelaki. Justeru, didapati pencapaian pelajar lelaki dan perempuan lebih kurang sahaja...bilangan mereka di pusat pengajian tinggi juga lebih seimbang. Tak adalah macam kita. Di institusi perguruan, lebih 85% adalah penuntut perempuan. Patutlah makin lama makin pupus jadinya...

Amboiii...itu baru pembuka bicara dah panjang melebar. Inipun Telipuk dah ringkas-ringkaskan.

Baiklah, tak pe...Telipuk terus langkau ikut apa yang Telipuk faham ajelah ye sebab Ustazah menyampaikan ceramahnya dengan baik, bahasanya pun lembut, cantik tersusun. Telipuk rasa Telipuk lebih banyak melopong daripada menulis sebab terpegun dengan cara Ustazah bergerak dari satu ayat ke satu ayat dalam mengupas topik yang diberi. Sementelah pulak, Ustazah juga orang kuat program Permata Insan USIM, jadi, banyak contoh-contoh menarik yang diberi. Itu yang lagi 'melekakan' Telipuk daripada mengambil nota.

Ustazah bercerita pengalaman beliau sewaktu menyaring kemasukan pelajar-pelajar cilik yang pintar ke program Permata Insan ini . Ianya tentang rukun Iman yang enam. Ada yang boleh jawab dan ada yang tak boleh. Ada yang boleh tulis empat sahaja. Lagi dua dia tambah...percaya kepada makhluk halus dan percaya kepada 'kodok' dan 'todak'. Bukan sorang dua, quite a few rupanya yang jawab macam itu. Tak apalah, budak-budak. Mungkin belum tercapai dia nak sebut qada' & qadar. Kita mungkin gelak sebab itu budak yang cakap....masih 'comel' . Tapi kalau yang 18 atau 80 tahun jawab macam tu, boleh luruh jantung mendengarnya.

Jadi, untuk cantikkan iman, terutama sekali, kita kena cantikkan dulu rukun Iman kita. Jangan sekadar menyebut sebab rukun Iman bukan untuk dihafalkan tetapi ianya untuk difahamkan. Bagaimana hendak kaitkan kefahaman terhadap rukun Iman dengan rukun Islam? Kita boleh katakan Rukun Iman adalah teori dan Rukun Islam adalah amali kepada Rukun Iman. Apabila kita faham Rukun Iman dan kita percaya kepada adanya hari akhirat misalnya, maka, kita akan berasa takut untuk melalui hisab lalu kita berusaha supaya kita beramal dengan ajaran Islam sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad. Justeru, kita puasa, kita solat, berzakat (misalnya) sebab kita tidak mahu keciciran di akhirat nanti. Cara kita beramal itu tentulah dengan mengikut apa yang Nabi buat sebab secara teorinya (rukun Iman tadi) ada disebutkan yang kita wajib beriman dengan Rasul-rasul Allah dan kitab-kitabNya. Muhammad adalah ikutan kita sebab Baginda merupakan Nabi dan Rasul penutup yang diberikan kepadanya kitab suci Al-Quran, sekaligus menyempurnakan ajaran Islam. Begitulah perkaitannya secara ringkas. Kalau bab rukun Iman dan rukun Islam inipun kita belum selesai, memang payahlah hendak mencantikkan iman kerana selagi rasa kebergantungan kepada Allah dari segi tauhid dan akidah itu belum ditanam, maka selagi itulah iman tidak dapat sampai seterusnya kita tidak merasai kelazatan iman dan kelazatan menjadi hambaNya.

Sedar tidak sedar, apa yang biasa kita lakukan ketika mendidik anak-anak itu rupa-rupanya tidak menjadikan dia dekat dengan Allah. Contohnya, kita menghantar anak ke sekolah. Ketika sampai di pintu pagar, kita tanya pada anak kita, "Kenapa adik pergi sekolah?" Anak ini barangkali akan jawab, "Kalau tak pergi, nanti cikgu marah", atau "Pergi sebab nak periksa" atau dia tanya kita balik, "Boleh ke kalau tak pergi sekolah, ma?". Ada tak anak yang jawab, "Saya pergi sekolah untuk mencari redha Allah supaya dengan redhaNya saya mudah dapat ilmu. Dan ilmu itu akan bantu saya untuk lebih kenal dengan Pencipta". Ada ke? Silalah pengsan jika ada jawapan seumpama itu. Sebetulnya, kita boleh didik anak-anak ini dengan menanamkan ke dalam diri mereka , segala apa yang dilakukan itu haruslah punya perkaitan dengan tujuan mereka hidup di dunia ini sebagai hamba Allah. Maaf, cakap terus terang...saya pun gagal dalam bab ini. Harap Allah beri saya peluang dan kekuatan untuk memperbetulkan keadaan.

Kata Ustazah, untuk mencari kebahagiaan dunia dan akhirat, ada 4 perkara yang boleh dilakukan :


  1. Takut kepada Pencipta. Apa sahaja yang kita lakukan adalah kita buat sebab kita takut kepada Allah. Kita tidak buat maksiat sebab kita takut Allah lihat dan azab kita, misalnya. Jadi, sebab kita takut dengan azab Allah, kita tak buat benda-benda yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Takut kepada Allah boleh menghasilkan ketakwaan. Dalam hal ini, kita kena ada strategi mencari pahala. Kalau diperhatikan, masa kita ini lebih banyak dihabiskan di luar rumah, jadi, jangan tunggu kita ada di rumah baru hendak pulun kumpul pahala sebab kita tak ada cukup masa pun di rumah. Setiap detik dan ketika ada pahala dan dosanya, jadi pastikan kita buat sesuatu perkara kerana mencari redha Allah. Ada orang kerja bersungguh-sungguh, rajin, amanah dan segala macam nilai-nilai murni ada padanya. Sayangnya dia buat begitu untuk mendapat pengiktirafan manusia. Dapat jadi tokoh pekerja cemerlang 5 tahun berturut-turut. Kalau redha manusia yang dia cari, maka perkara-perkara baik yang selama ini dilakukan tidak menjadi amal soleh dan tidaklah ia beroleh pahala. 
  2. Beramal dengan Al-Quran. Pastikan apa yang kita buat itu 'quranic compliance', 
  3. Berasa cukup dengan apa yang kita ada (qana'ah). Qana'ah adalah harta yang tidak akan binasa sampai bila-bila.
  4. Bersedia dengan hari akhirat
Kita ini adalah musafir yang berkelana di dunia ini untuk sementara waktu dalam perjalanan kita menuju tempat yang abadi. Perhatikanlah...bekal kita bagaimana? Cukup atau tidak? Jangan asyik sibuk dengan KPI kerja kita . Adakah KPI hidup kita mengikut kurikulum dan silibus Allah? Adakah kita peduli sedangkan kematian bila-bila masa sahaja boleh datang menjemput.

Renung-renungkanlah wahai diri.

Wednesday, December 17, 2014

Bila Siren Berbunyi

Selepas beberapa ketika meneka dalam kesamaran, akhirnya aktiviti latihan kebakaran itu terjadi juga dengan jayanya pagi Selasa lalu. Biasalah hujung-hujung tahun ini, banyak benda yang hendak dikejar termasuklah bilangan latihan yang perlu dicukupkan. Mujurlah bukan seminggu sekali, kalau tak haru! Jadi bersyukurlah, Telipuk!

Memang Telipuk sangat-sangat bersyukur yang latihan ini diadakan pada hari itu. Khabar-khabar angin dah bertebaran semenjak minggu lepas lagi, kononnya akan berlaku. Hari silih berganti, Telipuk berdebar menanti. Mahunya tak, hari Khamis lepas Telipuk panggil mesyuarat dengan regional planners. Bayangkanlah kalau tengah mesyuarat tu siren berbunyi...Jadi, hari Khamis tu, Telipuk buka mesyuarat dengan memberi amaran kemungkinan berlakunya latihan kebakaran dan apa yang perlu dibuat. Mujurlah tak dengar apa-apa sehingga melepasi jam 10.30 pagi...barulah rasa lega.

Minggu ini, desas-desus mengatakan pasti berlaku. Almaklumlah...ada orang tu, siap tanya abang Bomba yang singgah beli nasi lemak kat tepi jalan tu lagii...ahakss! Dah tak pasal-pasal Telipuk sakit perut balik sebab...kebetulannya hari Khamis ini Telipuk ada meeting juga yang Telipuk terpaksa jadualkan secepat mungkin. Telipuk harap sangatlah benda tu tak jadi hari Khamis....hari lain tak apa. Tapi depa kata , hari Isnin dan Jumaat dah memang out. Tinggal Selasa, Rabu & Khamis saja...Jadi, bila hari Selasa tu siren berbunyi nyaring , Telipuk tak sangka yang Telipuk segembira itu menyambut kedatangan latihan kebakaran. Hahaha...buang tebiat!!! Yesss! Yesss! Tercapai sudah hasrat. Walaupun ketika itu Telipuk sedang bermesyuarat dengan rakan sejawatan, mujurlah ianya cuma mesyuarat dalaman....dan yang pastinya mesyuarat tersingkat. Tak pe, tetap seronok juga.



Jom beramai-ramai kita turun. Sebelum turun, sempat mengomel dengan Lotuslily sebab tak puas hati semua turun pakai tangga tengah. Setahu Telipuk, kena guna tangga hujung. Sekali turun, punyalah ramai orang bersesak sama...lepas tu keluar dekat tempat berhimpun yang salah. Haaa...kan Telipuk dah kata...ini salah!!! Apapun semua orang selamat turun, tak ada yang 'terbakar'. Missing in action adalah...kikiki. Yelah, kekadang tu macam fikir juga, daripada dok melangut berpanas, berpeluh kat sini...macam menarik ideanya kalau menyelinap ke Plaza Pantai. Teduh sikit. Gerai minuman pun banyak...tapi yelah...sekadar terpikir sajalah. Dah beberapa kali latihan diadakan...macam tu juga cakap...tapi tak buat punnn....;)


Tu dia...gigih floor marshall mencatatkan kehadiran. Tengok, orang kuat TM pun ada turun padang sama...heheh....sama-sama merasa. Kepimpinan melalui teladan. Elehhh...ini baru latihan, betul kalu??? Dan...ini baru cuaca dunia....lebih dari ini di sana. Cer muhasabah sikit!


Mari berselfie sebagai bukti dengan floor marshall...hahaha...mungkin penganjur boleh buat pertandingan selfie ketika fire drill sebab Telipuk tengok ramai yang berselfie semasa menunggu kebenaran untuk memasuki bangunan diberi.

Hemmm....macam-macam.

Thursday, December 04, 2014

Bingkisan Hikmah

إنَّما أجْرى الأذى عَلى أيْديهِمْ كَيْ لا تَكونَ ساكنِاً إلَيْهِمْ. أرادَ أنْ يُزْعِجَكَ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ حَتى لا يَشْغَلَكَ عَنْهُ شَيْءٌ.

Sungguh, Allah sengaja menjadikan (menciptakan) gangguan (yang menyebabkan sakit hati) terhadapmu di hadapan mereka, supaya engkau tidak merasa tenang ketika berada di hadapan mereka. Allah S.W.T memang hendak mengujimu dari segala sesuatu, agar engkau tidak disibukkan dengan suatu perkara yang menyebabkan engkau berada jauh dariNya.

(Syarah Al-Hikam, hikmah ke-235)

Alhamdulillah, hari ini saya duduk di baris depan sekali , mengadap Ustaz Dr. Faisal (UM) yang dua minggu sekali berkongsi ilmu dengan kami melalui syarahan Kitab Al-Hikam. Ilmu tasawuf ini memang sangat baru bagi saya. Mungkin disebabkan salah tanggap dan kurang maklumat, maka, tidak pernah terfikir hendak belajar berbanding bidang-bidang lain yang lebih mesra di pendengaran seperti feqah, akidah, sirah dll. Apatah lagi bila membaca satu persatu hikmah oleh tuan guru Ahmad Ibn Ath-Thaillah Assakandari, memang tak paham! Tak faham bahasa Arab satu hal, terjemahannya pun macam tak tercapai dek akalku. Itulah sebabnya kena ada guru. Dan guru/ustaz kami ini memang seorang yang 'cool'. Penjelasan dan contoh-contoh yang diberikan sangat dekat dan mudah difahami. Jadi, hari ini, izinkan saya berkongsi serba-sedikit apa yang diajarkan Ustaz bagi hikmah ke-235 seperti di atas.

Baik, menurut hikmah kali ini, menjadi ketentuan Allah di mana Allah meletakkan kejahatan pada tangan-tangan manusia agar manusia tidak berasa bergantung sesama manusia sehingga melupakan Allah. Manusia adalah makhluk sosial, maknanya, manusia ini tabiat hidupnya berkawan-kawan, tidak menyendiri. Oleh kerana manusia ini dia perlu hidup bergaul sesama manusia, dia tidak ada benda-benda senjata di badannya. Tak ada tanduk, tak ada cakar, tak ada taring. Sebagai gantinya, manusia mempertahankan dirinya secara kolektif. Dengan sifat sedemikian, manusia perlu membina hubungan dengan manusia lain. Dan pada hubungan tersebut, Allah jadikan 'fitnah' atau ujian. Dan bagaimana manusia boleh bertahan dengan hubungan-hubungan yang pada setiap satunya Allah jadikan fitnah ? Inilah hikmah yang pertama - iaitu seseorang yang cerdik, dia akan membina hubungan itu dengan 'waspada'. Ustaz kata, adalah tolol bin tolol jika kita membina hubungan dengan manusia secara percaya 100% . Percaya manusia 100% adalah sumber kebodohan - err, ini ayat saya sendiri. Sebab itu manusia. Tahukan sifat manusia macamana? Bukannya terpelihara selalu. Kadang-kadang orang yang kita percaya itulah yang mengkhianati kita. Justeru, meletakkan kepercayaan 100% dalam hubungan sesama manusia adalah salah. Apatah lagi yang 200% :). Waspada kena ada supaya manusia tidak jadi bergantung sesama manusia (kerana kelemahan manusia) sebaliknya akan selalu ingat kepada Allah (dek adanya ujian itu). Kalau hubungan sesama manusia tidak boleh 100%, hubungan dengan Allah mesti percaya dan yakin 100% (ini akidah) kerana Maha Suci Allah daripada segala sifat yang buruk dan janji Allah adalah benar. Dengan yang demikian, kita akan bergantung 100% hanya kepada Allah, sedangkan dengan sesama manusia, kita berinteraksi pada kadar yang bersebab yakni kita berhubungan kerana dia boleh memberi kita kebahagiaan atau dengan sebab dia boleh memberikan kita kebaikan/manfaat. Akan tetapi interaksi tersebut adalah atas dasar perkongsian kepentingan. Kita berhubungan selama mana perhubungan itu perlu dan memuaskan (manfaat yang diperolehi itu memenuhi keperluan). Timbal balas. Namun, jauh di sudut hati, kita akur  yang manfaat serta kebaikan hubungan tersebut adalah atas pemberian Allah dan bukanlah akan selalu ada, lantas mengelakkan diri daripada menjadi taksub dengan hubungan tersebut. Maka, apabila hubungan itu ditimpa fitnah, kita tidak akan cepat melatah kerana memahami kuasa/hikmah di sebaliknya seterusnya menguatkan pergantungan kita hanyalah kepada Allah semata-mata.

Janganlah ajar diri untuk mencintai sesuatu melebihi cinta kita kepada Allah!

Hikmah kedua yang boleh diperolehi ialah Allah tidak suka menampakkan pemberian (baik mahupun buruk) itu dariNya justeru memang Allah jadikan kebaikan/keburukan yang kita perolehi melalui manusia lain. Jadi, kalau kita bawa balik hikmah ini dengan lebih dekat, kita belajar satu perkara iaitu, apabila kita berurusan dengan orang-orang di bawah kita, jangan terlalu tunjuk apa yang kita beri kepada mereka kerana cara yang paling baik untuk mendidik mereka ialah dengan memberi secara tidak langsung yakni, menyembunyikan kebaikan.

Ustaz beri contoh pengalamannya terlibat dengan NGO membantu orang-orang yang susah. Kata Ustaz, orang yang miskin ini kebanyakannya jadi begitu kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan menguruskan wang. Konsep kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada sekali Ustaz bagi duit dan bila tanya dua tiga hari selepas itu dimaklumkan duit dah habis sebab digunakan untuk membawa keluarga pergi makan di tempat makan yang sedap-sedap. Alasan ialah, nak bagi keluarga gembira, nak merasa nikmat. Begitu juga bila diberi bantuan persekolahan - bagi beg sekolah. Ada yang kata, "Ini beg Mydin ke?". Sedangkan pergi sekolah bukan dengan beg, tetapi pergi dengan ilmu yang ada dalam beg. Begitu juga kasut sekolah. Bagi yang berjenama barulah seronok, janganlah bagi yang cap Giant. Kata Ustaz, cap Giant tu untuk berganti-ganti....anak dia pun pakai cap Giant. Saya pun tergelak sama sebab anak-anak saya pun saya belikan yang murah tu saja sebab senang nak basuh cepat kering. Bila murah, boleh beli banyak-banyak. Agak dah tak cantik, boleh lempar jer. Sekarang ini ja saya tak ada pilihan, sebab kasut-kasut murah ni saiznya terhad dan kaki anak-anak pulak boleh tahan panjang. Hehehe. Jadi, jalan yang terbaik ialah bukan dengan beri wang tetapi bagi cara lain contohnya tolong bayarkan yuran sekolah anak yang tertunggak atau belikan barang-barang keperluan. Ada yang tak suka...tapi begitulah rahsianya, kita tidak menampakkan yang kita membantu. Bayar yuran terus kepada cikgu sekolah atau suruh tok penghulu hantarkan barangan yang dibeli tadi. Membantu pun ya, memberi pendidikan pun ye juga. Nampak macam tak tolong, tapi sebenarnya banyak tolongnya.

Memberi kebaikan secara terus itu kadangkala adalah perbuatan yang buruk!

Kesimpulannya, begitulah kehidupan manusia - ada pasang dan surutnya. Sekali diuji, sekali elok semuanya. Setiap satunya silih berganti. Ujian akan datang daripada manusia-manusia di sekeliling kita. Jadi, berwaspadalah supaya kita tidak terlalu bersedih bila dikhianati. Yang penting ialah menjaga perhubungan mengikut kadar yang perlu dan terlebih penting memelihara hubungan dengan Allah supaya kita akan sentiasa bergantung dan mengharap kepadanya. 

Sangat mencabar untuk mencatatkan pemahaman saya ini. Haraplah mengena. Memang kena tulis terus sebab kalau saya buka buku catatan saya esok...saya tak berani jamin saya paham apa yang saya sendiri tulis. :) 

Mudah-mudahan bermanfaat.


Wednesday, December 03, 2014

Nota Penawar

Di dalam kelas pengajian Hadith (Kitab Riyadhus Shalihin), kami masih berada di bawah tajuk Sabar. Hari ini Ustaz bacakan hadith ke-38, 39 dan 40. Dalam hadis ke-38, disebut tentang kisah Ibnu Mas’ud r.a (Abdullah Bin Mas’ud) yang mengunjungi Rasulullah S.A.W dan mendapati Baginda sedang mengalami demam panas yang kuat. Kata Ustaz, Ibnu Mas’ud antara kelebihannya ialah beliau merupakan antara sahabat Nabi yang sering/kerap masuk menemui Rasulullah di rumah Baginda. Cerita tentang Ibnu Mas’ud ini, kata Ustaz, beliau memiliki sepasang betis yang halus/kecil. Maka pada suatu hari yang kuat anginnya, Ibnu Mas’ud telah terjatuh kerana tidak mampu menahan tolakan angin. Sahabat-sahabat yang melihat telah mengetawakan beliau. Lalu Baginda Rasul menegur perbuatan tersebut dan bertanya, “Apakah kalian mentertawakan betisnya? Demi Allah, sekiranya ditimbang sebelah betis Abdullah dengan Jabal Uhud, nescaya lebih berat betis Abdullah (kerana beratnya kebaikan/pahala beliau). Demikian catatan ala kadar yang terdengar pada pendengaran saya. Ini bukan merujuk bulat-bulat kepada sumber asal cerita ini, ya.

Itu berat betis Abdullah Bin Mas’ud. Di akhirat nanti, ada manusia yang badannya besar dan gemuk, tetapi bila ditimbang ternyata sebelah sayap nyamuk pun lagi berat. Yang besar dan gemuk itu akhirnya hanyalah kosong semata-mata kerana sedikit/tiada amalan yang bermanfaat untuk dijadikan sandaran. Kita bagaimana? Bila kita naik penimbang, sudah tentu kita sangat risau kalau berat badan bertambah. Habis segala ubat herba terlajak laris kita telan untuk ‘menten’ badan. Bagaimana dengan berat iman, yang menyusut dan tidak meningkat? Apakah kita risau? Setelah sekian lama hidup, bila kita perhatikan – rupa, bentuk badan kita sudah berubah. Bukan itu sahaja, kediaman kita berubah, cara pengangkutan kita berubah – segala-galanya berubah. Tapi iman kita? Adakah ada perubahan? Ataukah sama macam dulu-dulu dok solat sehari 5 waktu semenjak zaman akil baligh? Kalau sama, kata Ustaz, alamatnya bahaya. Itu tandanya kita sudah tertipu dengan dunia. Kita hanya sibuk dengan perubahan fizikal dan material tetapi lupa dengan perkembangan iman. Orang yang terbaik, ialah orang yang semakin hari semakin bertambah baik (meningkat) imannya (jadi janganlah risau dengan berat badan…errkkk…). 

Baik, berbalik kepada hadis tadi di mana Ibnu Mas’ud mendapati Rasulullah sedang demam kuat, lalu beliau menegur, mengapakah begitu teruk keadaan Baginda? Baginda memberitahu bahawa begitulah keadaannya untuk Baginda sebagai Rasul Allah, musibah yang Baginda alami bagaikan bebanan yang menimpa dua orang manusia. Sahabat yang cerdik ini merumuskan, kalau begitu tentulah pahala yang Baginda terima juga dua kali ganda? Kalau kita tentulah kita rasakan kasihan atau tak adil Rasul dapat musibah berganda. Itulah nikmatnya bila Allah sayang. Maka, Allah beri musibah. Lagi berganda musibahnya, lagi banyak pahalanya. Bila Nabi sakit, kesakitan itu bukanlah sebagai satu kafarah tetapi ianya adalah pahala kerana status Nabi yang maksum, terpelihara daripada berbuat dosa. 

Pengajaran bagi hadis ini, apa sahaja musibah yang menimpa manusia – kemudian dia sabar dan mengharapkan pahala, maka dia akan mendapatkan dua faedah iaitu : Pertama, musibah itu akan menghapuskan dosa dan keduanya, musibah itu pasti akan menyebabkan pahalanya bertambah sehingga meninggikan darjatnya. Untuk membantu kita bersabar bila ditimpa musibah, kata nasihat daripada para salafussoleh – Apabila ditimpa musibah, tersenyumlah dan ingatilah empat perkara berikut :

1. Musibah yang menimpa itu, adakah yang dialami itu lebih berat daripada musibah yang dialami orang lain? Ada orang rumahnya dimasuki pencuri, lalu dia bersedih. Mujur dia teringat betapa ada orang lain yang lebih malang apabila bukan sahaja disamun, malahan turut dibunuh. Justeru, tidak perlulah bersedih.

2. Yang memberi musibah itu adalah Allah. Bila Allah beri musibah, itulah tanda Allah sayang kepada kita dan mahu menaikkan darjat kita. Bergembiralah!

3. Ingat kepada dosa-dosa yang diampunkan oleh Allah dengan sebab kita bersabar dengan musibah yang menimpa. Bukankah itu sesuatu yang baik? Maka, apa perlunya bersedih?

4. Ingat kepada ganjaran pahala hasil daripada kesabaran. 

Bila mengingati banyaknya faedah yang dinikmati hasil kesabaran atas musibah, jelas, perasaan untuk bersedih dan menangisi kepedihan itu tidak perlu dilayan lagi. 

Yang patut kita risaukan ialah musibah di akhirat. Musibah di dunia ini , sifatnya sementara. Silih berganti. Terkadang kena, terkadang tak kena. Jadi, janganlah risau kepada benda yang sementara tetapi risaulah kepada yang kekal. 

Jangan ‘risau’

Kata Saiyidina Ali Bin Abu Talib tentang risau – al hamu – adalah tentera daripada tentera Allah yang dahsyat. Bagaimana ‘dahsyat’nya risau?

Gunung-ganang yang sebegitu kuat, bisa dipecahkan oleh besi. Maka, besilah yang lebih kuat. Akan tetapi besi yang kuat itu ternyata bisa dileburkan oleh api. Maka, apilah yang lebih kuat. Lalu apabila air disiramkan ke atas api, lalu terpadamlah api. Jadi, air adalah lebih kuat. Sekuat-kuat air tetap sahaja ia dikendung/dibawa oleh awan . Dan awan menyangka ia lebih kuat . Sayangnya, angin boleh menggerakkannya ke mana-mana. Maka, anginlah yang lebih kuat. Akan tetapi, angin boleh ditahan oleh manusia dengan tangan dan kain. Maka, yang demikian itu, manusialah yang lebih kuat. Tidak. Belum lagi. Ada yang lebih kuat daripada manusia. Ia itulah tidur. Tidur? Ya, tidur. Sebab dalam kelas pun boleh tidur (apa? Hahaha…Ustaz buat lawak menyindir). Tidur memang kuat tetapi ada lagi yang lebih kuat. Itulah namanya ‘risau’ sebab apabila risau – tidur pun boleh terjaga. Itulah tentera yang kuat.

Dasyat betul penangan risau ini, kan?

The Rose - Bette Midler

Some say love, it is a river
That drowns the tender reed.
Some say love, it is a razor
That leaves your soul to bleed.
Some say love, it is a hunger,
An endless aching need.
I say love, it is a flower,
And you its only seed.

It's the heart afraid of breaking
That never learns to dance.
It's the dream afraid of waking
That never takes the chance.
It's the one who won't be taken,
Who cannot seem to give,
And the soul afraid of dyin'
That never learns to live.

When the night has been too lonely
And the road has been too long,
And you think that love is only
For the lucky and the strong,
Just remember in the winter
Far beneath the bitter snows
Lies the seed that with the sun's love
In the spring becomes the rose.

Tuesday, December 02, 2014

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Macam-macam ye jadi sekarang.Pelik-pelik. Adanya media sosial, semakin bersemarak tersebar. Betullah kata para ustaz, sekarang semakin mudah hendak menfitnah. Kalau tak fitnah pun, orang senang menyebar cerita...entah betul entah salah...tekan jer butang 'share'. Habis satu dunia tahu. Tak payah jadi artis dah sekarang ni kalau nak popular.

Beberapa minggu lalu saya ada terbaca kisah Mah. Mah tu siapa? Entahlah, Telipuk tak kenal. Tapi cerita Mah dan suaminya satu Malaysia sudah tahu. Orang kata keluar suratkhabar. Biar betul suratkhabar ni? Kot ye pun nak melariskan jualan...tak kanlah cerita macam ini korang keluarkan. Patutlah tak membangun minda bangsaku. Asyik dok sibuk ambil tahu hal dalam kain orang...Yang rajin bercerita itu pun satu hal. Bukankah kita disuruh menutup aib?

Cerita suami Mah buat perangai dan  salahkan Mah yang kononnya tak pandai jaga badan itu pada Telipuk memang merepek sangat. Macam tak ada pegangan. Tak tahulah kalau ada pembaca yang bersimpati. Kalau orang macam Mah wujud, Telipuk nak ucapkan tahniah kerana dia telah menjalankan tugasnya dengan baik. Telipuk harap dia lekas bangkit kerana sayang kalau kebaikan yang selama ini dia lakukan hilang pahala amalan bila sudah dibakar amarah. Pesan Ustaz Telipuk, kalau hidup hendak tenang...jangan difikirkan dosa orang pada kita, tapi fikirkan dosa kita pada orang. Bila buat macam tu, kita akan lebih mudah memaafkan dan kita sendiri tak lekas rasa senang dan syok sendiri dengan amalan.

Orang yang beriman, kata Ustaz, akan sentiasa berasa risau akan amalannya. Risau kalau tidak diterima. Maka, kita akan sentiasa terdorong untuk beri yang lebih baik pada setiap kalinya. Lagi satu, dalam apa jua yang kita lakukan, janganlah harap pada balasan orang. Waima suami sekalipun. Apa saja yang kita lakukan, kita hanya harapkan balasan Allah. Kita buat baik, kita jaga rumahtangga, kita berkorban ke, kita buat 1001 macam benda pun...biarlah semuanya kerana kita mengharapkan balasan di sisi Allah. Kalau kita buat macam itu, maka, kita lebih mudah hendak bersabar kerana kita tahu, yang berkuasa membalas hanyalah Allah. Kalau kita buat kerana manusia, yang kita tahu manusia itu bukan semuanya mengenang budi, yang banyak ketidaksempurnaan...maka, mudahlah hati kita tercalar. Mudah rasa nak marah. Mudah pula mengungkit-ungkit pemberian sehingga akhirnya segala yang kita buat itu nilainya jadi kosong...kosong...kosongggg!!!

Telipuk tak kata ianya senang dilakukan...Telipuk cuma sarankan kita cuba buat. Yang Allah nilai ialah usaha kita, berapa kuat kita cuba. Maklumlah, manusia pun namanya. Yang penting jangan berputus asa dari rahmat Allah. Macam dakwah juga...memanglah kita rasa tak mampu nak buatkan orang yang tidak percayakan Allah itu kembali kepada fitrahnya , yakni kembali menjadi hamba Allah. Rasa Telipuk susah...(mungkin kepala Telipuk saja kot). Dah umur nak masuk 4 series ni, rasanya belumlah berjaya Telipuk islamkan sesiapa...tapi...masalahnya, apa yang dah Telipuk usahakan untuk berdakwah...haaaa...yang tu Telipuk payah nak jawab. Ada satu mesej Telipuk terima yang kata, jangan panggil seseorang itu kafir selagi kamu belum ajar dan beri peringatan baik-baik kepadanya. Kalau memang ternyata ditolak, barulah dia boleh dikatakan kafir. Selagi itu, dia adalah jahil kerana tidak tahu. Dan tugas siapa nak bagitau??? Kita semualah...alamakkk...Jangankan yang non-Muslim...kawan-kawan sendiri yang tersasar pun Telipuk tak berani nak tegur. Ustaz tanya, kamu nak jaga hati manusia kah atau kamu nak jaga Allah? Kalau kamu jaga Allah, Allah nanti jaga kamu. Manakah yang lebih baik penjagaannya? Manusia jaga atau Allah jaga?

Berbalik kepada cerita Mah...Telipuk difahamkan dia baik-baik sahaja. Khabarnya dah jadi pengedar Shaklee pun...ko bior botul Mah!!! Mah kata dia buat macam tu untuk menyahut cabaran suaminya supaya kembali menjadi anggun. Amik padan muka suami Mah...hahaha...betul ke ni? Ke memang orang Shaklee ni kreatif-kreatif belaka. Boleh pulak dia tolong buatkan surat jawapan Mah. Kaler pink lagi. Sabor jer lah.

Ada kawan menyuarakan keresahannya. Telipuk bagi jer lah surat jawapan Mah tu...ketawa suka semuanya.

Suka-suka juga. Kalau Telipuk macamana ye?

Bukankah kita semua kena berbalik ikut apa yang Al-Quran dan Nabi ajarkan? Semua solusi sudah ada. Telipuk rasa, benda-benda macam ini kalau hendak dibaca dengan perspektif emosi memang tak selesai masalah. Islam kan adil...janganlah ikut logik kepala kita...setiap sesuatu yang Allah gariskan untuk kita, itulah menjadi ubat kepada permasaalahan kita. Kalau boleh mencegah kemudaratan itu dan memberi perlindungan kepada wanita yang lemah...sekiranya perkahwinan itu adalah jalan yang terbaik, insya Allah, Telipuk tidak ada masaalah untuk menerima poligami. Mungkin itu bukan jawapan yang ingin diterima ramai. Maaflah, Telipuk malas nak berpolemik perkara-perkara yang sudah jelas...kalau Allah benarkan, siapalah kita untuk menentang. Telipuk bosan nak baca kisah-kisah meleweh tentang rumahtangga yang saban minggu disajikan...nak capai apa tu? 

Adukan pada Allah sudahlah. Allah kan ada untuk membalasnya...apa susah? Tak lama mana pun nak hidup kat dunia ini. Tak lama mana pun nak seronok. Akhirnya, tetap pasti kita akan berdiri untuk dihisab segala amalan. Itu yang terlebih patut kita gusarkan. 

Selama beberapa tahun ini, Telipuk telah diajar supaya memandang jauh ke hadapan. Selalu ingat, bila bertemu masalah...pernah sekali Ustaz nasihatkan...mana yang lebih baik, "hilang benda yang kita sayang, atau hilang iman?". Ini memang statement pukul mati...! Tak bagi can punya. Pendekatan telus lagi lurus. Betul kata betul, salah kata salah. Tak payah pakai bahasa berbunga-bunga. Tak payah ambil jalan jauh...terus straight to the point. Kalau dah ditanya begitu, nak jawab apa lagi? Hemmmm...best kan pendekatan macam itu. Jadi, bila-bila Telipuk 'tersangkut', Telipuk guna pendekatan soalan maut Ustaz tu...memang menjadi. Bila kebenaran itu sudah jelas, walaupun pahit...percayalah, kita tidak akan sanggup mencari yang 'manis' kerana sedar itu bukan kebenaran. Kita akan telan jugak yang pahit itu kerana itulah penawarnya.

Heheh...jauh mengarut hari ini setelah beberapa ketika idea tersekat...terima kasih Kak Mah, bagi Telipuk idea menulis...;)

Monday, December 01, 2014

Belum Cukup Kuat

Kekuatan yang sebenar bukanlah terletak kepada kegagahan fizikal, keupayaan membuatkan orang lain menikus atau kemampuan untuk menang dalam segala hal.

Kekuatan yang sebenar ialah kemampuan menahan diri daripada ...
...mengulas atau membalas walaupun berhak untuk menjawab
...marah sungguhpun kita punya seribu satu sebab untuk marah
...membalas perbuatan yang menyakiti hati sedangkan kita mampu melakukannya
...mengungkit kebaikan yang pernah kita lakukan
...berubah sikap bila teguran diterima itu menyinggung rasa

Kekuatan yang sebenar juga terserlah apabila kita...
...mampu tersenyum walaupun hati berduka
...mampu meneruskan hidup seperti biasa walaupun 'sakit'
...mampu bersikap positif dan mengambil pendekatan bermuhasabah
...mampu bangkit kembali walaupun tetap saja berkali-kali rebah
...mampu terus mencuba walaupun berkali-kali buat silap
...mampu mengaku salah dan membetulkan keadaan
...mampu mengalah walaupun ada peluang untuk menang (demi kebaikan jangka panjang)
...tidak berputus asa, biarpun perit diasak ujian

Bila kita buat semua yang di atas kerana Allah dan sabar kerana mengharapkan balasan Allah, di situlah letaknya kekuatan kita.

Monday, November 24, 2014

Kira-kira

Kalaulah dosa-dosa itu dapat dilihat dan ditatap...datang sebulan sekali macam bil telefon...Aku yakin, semua manusia tidak berani membuat dosa. Bayangkan...

Senarai dosa-dosa dan markahnya...
  1. Dosa menghadiri pesta-pesta remaja liar - 1000 markah
  2. Dosa berzina - 5000 markah
  3. Dosa menipu mak ayah - 3000 markah
  4. Dosa membunuh bayi hasil hubungan luar nikah - 8000 markah
....dan lagi, dan lagi...lagi...

Jumlahkan semuanya.

Bandingkan jumlah terkumpul pahala sebelum ini, ditolak dengan markah-markah dosa...berapakah yang tinggal?

Semak kelayakan minima...

Perlu berapa markah terkumpul untuk layak masuk syurga...
Atau...sekian-sekian markah, layak untuk sekian-sekian jenis neraka...

Masyaallah, astaghfirullah...

Namun kita tidak ada sebarang rekod untuk membuatkan kita rasa gusar atau lega dengan pencapaian sekarang. Kita tidak tahu di mana duduk kedudukan kita. Ramai juga yang bersikap tangguh-tangguh.

"Tunggu dululah, hidup hanya sekali...mesti mau enjoy!"

Tapi tahukah kita lama mana hayat kita? Kalau tahu okaylah, boleh merancang bila hendak buat larian pecut...

Kita tak tahu. Ajal maut macam jodoh pertemuan juga, kita tidak tahu.

Adapun seluruh bumi dan isinya hanyalah semata-mata tipu daya.

Beruntunglah mereka yang tidak tertipu. Mereka yang faham jelas matlamat hidup di dunia ini dan yang berpegang teguh dengan panduan yang Allah berikan. Manual kehidupan sudah ada (Al-Quran) dan perincian serta kaedah ibadah juga ada (Hadis dan sunah Rasulullah S.A.W). Tinggal nak buat atau tidak.

Setiap masa dan ketika kena mohon perlindunganNya untuk sebuah husnul khatimah. Takut sekarang ikut jalan lurus...hujung-hujung terbabas. Sebab itu kena beringat dan bermuhasabah selalu. Juga kena ingatkan diri supaya selalu bersangka baik dengan orang lain. Hari ini nampak dia macam sangat 'tertinggal' dengan agama...tapi jangan lupa, hidayah itu milik Allah. Yang penting ialah kesudahannya. Benda ini kadang-kadang terlupa, sebab selalu dok ikut fikir kepala . Tu yang dok kena peringat selalu.

Thursday, November 20, 2014

KL-JB-KL

Seronok dapat jumpa kawan-kawan di Johor minggu lepas. Rasa seronok itu mengatasi keletihan memandu pergi balik beratus-ratus kilometer KL-JB. Juga mengubati kecalaran hati dek kehadiran yang agak mengecewakan. Mungkin juga hidangan kacang phool yang pertama kali Telipuk cuba turut menjadi penawar. Apatah lagi, kuantiti yang biasanya kami kejar kerana ianya lebih mudah diketengahkan telah digantikan dengan hadirnya peserta program yang berkualiti. Ada kalanya rasa hendak menyorok belakang kerusi kerana tahap soalan yang dikemukakan itu sedikit menggugat keyakinan pembentang. Namun, alhamdulillah, segalanya dapat diatasi dan sesi pencerahan di wilayah selatan telah sempurna sudah. Telipuk buat-buat tak berapa dengar dengan usul pihak atasan yang mahu topik kendalian Telipuk itu diperluaskan sasarannya walaupun Telipuk akur ianya telah menjadi sebahagian rancangan jangka panjang yang dicadangkan dalam menangani risiko seumpamanya yang boleh mengganggu kelancaran perniagaan syarikat. Apapun Telipuk tidak suka cepat-cepat melatah sebelum waktunya, bukan senang hendak turun padang dengan rotan di tangan, walaupun bukan untuk digunakan, masih ia sudah tentu bukan sesuatu yang mengujakan kebanyakan orang.  Kadang-kadang benda macam ini sifatnya bermusim...bila keadaan sudah tenang balik, tentu ramai yang lupa. Tunggu dan lihat sahaja.

Berbalik kepada pertemuan dengan kawan-kawan Johor, Telipuk dapat jumpa dengan kawan yang sudah 20 tahun tidak jumpa...giler lamaaa!!! Yang best tu Telipuk masih ingat nama dia bila belek senarai peserta. Sudahlah dia juga orang pertama yang Telipuk salam, cuma masa bersalam tu dia senyum-senyum biasa saja. Alamak...Telipuk pun segan-segan juga nak tanya...manalah tahu, buatnya dia betul-betul tak ingat Telipuk...habislah hilang keanggunan Telipuk. Malu weiiii!!! Jadi, Telipuk ambil masa dulu sebelum terjah...pertama Telipuk sendiri kena pastikan Telipuk tak salah orang...manalah tahu ada pelanduk dua serupa. Maklumlah, 20 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Masa jumpa dulu, kawan Telipuk ni gemuk sikit saja daripada batang pokok pinang...errr...Telipuk masa tu kecik sikit ja daripada batang pokok jambu susu...(jambu susu? pandai hang bagi pokok yang dah pupus...;)). Betui ka orangnya ni? Isshhh...rasanya tak salah lagi dah.

Sebelum rehat tengahari, Telipuk menebalkan muka menyapa dan bertanya terus. Perghhh...sekali sebut jer batch Marang, terus dia ingat Telipuk yang sekarang lebih besar daripada batang pokok jambu susu tadi...huhuhu...Apalagi, happy giler la...terus sambung sesi reunion kat kafetaria. Sebut satu nama kawan yang lain batch tapi sudah balik Johor, langkah kanan pula sebab kawan yang itu kebetulan ada di kafe untuk makan tengahari. Ahhh...sudahhh!!! Teruslah berborak-borak lagi. Boleh jugalah cover Telipuk yang serba-salah nak makan sebab tengahari tu depa sediakan masak pedas ikan apa ntah...sambal tempoyak , yang sah-sah Telipuk tak makan. Berani letak kobis goreng jer dalam pinggan untuk coverline. Kawan janji akan bawa seorang lagi kawan yang Telipuk nak jumpa. Elok-elok je dapat jumpa sebab dia pun luang masa hadir mendengar pembentangan kami untuk sesi petang. Sempatlah dia tunggu Telipuk selesai buat taklimat sebelum minta diri kerana ada mesyuarat dengan vendor. Member ni Telipuk kenal sebab kami dari satu universiti, berlainan course, tetapi rapat bila sama-sama dapat biasiswa dan ikuti beberapa siri program anjuran syarikat sebelum diserap masuk sebagai pelatih pengurusan. Terkejut tengok dia dah sangat-sangat kurus melidi...anak empat tu...anak sulung sedang ambil SPM...waaaaaaa....sangat jelesss!!!

Sebelum balik kawan-kawan semua jadi batu api, bukan main hasut suruh singgah JPO...iya tak ya jugak, dekat dah tu kan. Tapi nasib baiklah, Telipuk ni bukan peminat branded items...walaupun ada rasa macam rugi tak singgah sebab dah sampai tu. Perasaan been here, done that! itu terpaksa ditolak ke tepi. Masa bertolak keluar hari gelap nak hujan dan lebuhraya Tebrau sesak teruk. Mujur Telipuk dapat cari jalan berpatah balik ikut jalan lain...tu pun dah pukul 6 lebih baru dapat keluar. Cuma berhenti solat di hentian Air Keroh pukul 8 lebih. Singgah pejabat dulu turunkan kawan dan akhirnya sampai rumah pukul 11 malam. Esok pagi-paginya masuk kerja macam biasa. Alhamdulillah...boleh lagi. Cuma menjelang petang tu jer ada sikit rasa lain macam...malamnya tumbang terus.

Perjalanan jauh yang menyeronokkan!

Saturday, November 15, 2014

Jalan-jalan Cari Ikan

Lepas zohor tadi, buat projek ke Kuala Selangor. Projek terkejut namanya, sebab tidak plan beria-ia, tahu-tahu dah jadi.

Ajak encik suami ke Pasir Penambang mencari ikan segar sebab dah beberapa kali emak cakap tak sedap makan ikan di pasar. Tak tahu le apa rasa ikan di pasar heheh sebab kita tak makan ikan. Bab ke sana tu kita suka sebab boleh menyinggah ke gerai karipap gergasi...muehehe...


Lala sekilo RM2. Hidup-hidup lagi. Ni kalau buat masak tumis air taruk serai dengan cili merah pun dah cukup menyelerakan. Tapi tak beli pun sebab mak takut tak termakan.

Hasil tangkapan kami agak mengagumkan juga untuk keluarga kecil kami yang rata-rata boleh berpuas hati dengan telur goreng dan kicap saja...hahaha...apatah tak lama lagi cuti sekolah dan mak akan balik kampung untuk sebulan. Tak apalah, cukuplah keperluan lauk untuk seminggu lebih yang berbaki ini sebelum emak balik. Kami beli udang, ketam, sotong dan beberapa jenis ikan serta telur ikan err...tak tahu ikan jenis apa.


Yang ini memang tak boleh miss punya...empat batang dijual pada harga RM6. Gerainya tidak jauh daripada bangunan pasar. Sedap jagung ni...manis dan lembut jer. Makan sebatang pasti nak lagi...nasib baik beli 8 hahaha...puas hati makan jagung.


Alhamdulillah, karipap pun dapat. Cuma angan-angan nak singgah Gerai Cendul Bakar jer yang masih kekal menjadi angan-angan. Sempat juga mencuba nak berbaris beli cendul gaya drive thru...malangnya queue tak gerak-gerak. Ramai betul ye pengunjung hujung minggu ni. Patut datang awal sikit kot...Disebabkan cuaca pun mendung semacam, kami ambil keputusan beredar sahaja. Nantilah lain kali datang cari stok ikan lagi, saya akan cuba singgah.

Tak nampak lagi bayang projek menyambungkan LATAR dengan Bandar Tasik Puteri berjalan. Khabarnya tahun depan siap...wehuuu...tak sabar nih. Bolehlah cari alasan selalu untuk ke Kuala Selangor.

Wednesday, November 12, 2014

Rama-rama

Tahukah kamu yang rama-rama yang cantik itu berasal daripada ulat beluncas yang menggelikan yang kemudiannya bertukar menjadi kepompong yang hodoh sebelum berhasil menjelma menjadi serangga berkepak menawan?

Tahukah kamu kenapa bayi yang dibiarkan bereksperimentasi dalam mengkoordinasi pergerakan badan dan anggotanya akan lebih cepat menguasai kemahiran berbanding bayi yang sentiasa dilindungi dan didukung setiap masa?

Betul kata pepatah orang dulu-dulu, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dan, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Orang yang biasa menempuh kesusahan, yang tidak mendapat sesuatu dengan jalan mudah...memiliki daya tahan yang lebih baik dalam mendepani cabaran kehidupan.

Ramai ibu bapa cenderung untuk memastikan anak-anaknya hidup senang. Tak kira apa latar belakang sekalipun. Baik yang hidup mewah mahupun yang hidup susah. Masing-masing berusaha dalam ruang lingkup yang ada untuk membahagiakan anak.

Kalau yang berduit, anak-anak ke sekolah dihantar dengan kereta...siap dengan pemandu. Pulang berjemput. Tak merasa pun hendak berpeluh. Kalau yang kurang sikit, ada cara lain memanjakan anak-anak. Anak-anak mungkin tidak disuruh membuat kerja rumah kerana hendak memberi mereka ruang berehat dan konon tidak mahu membebankan mereka dengan tanggungjawab.

Malangnya, dalam proses tersebut, anak-anak memang hidup gembira ditatang seperti minyak yang penuh tetapi mereka menjadi 'gagal' apabila berdepan dengan situasi yang sukar kerana merasakan, mereka akan dapat apa yang mereka mahu tak kira dalam apa keadaan sekalipun. Kerana akan sentiasa ada emak dan ayah, adik-beradik atau saudara mara lain yang pasti akan bantu mereka.

Hasilnya, anak-anak membesar dengan corak pemikiran yang kurang mantap - tidak berdisiplin, kurang rasa hormat kepada orang lain, tidak peka, kurang kritis,sambil lewa, asal ada cukup, tidak berorientasikan pencapaian kerana tak tahu apa misi hidup...hemmmm...

Mungkin kena kurang sikit letak tilam lembut di keliling anak-anak. Bukan apa, nanti kalau selalu ada kusyen...mereka fikir, ala jatuh pun tak apa-apa. Tak sakit pun. Realitinya jatuh itu menyakitkan. Tapi kalau ada campurtangan, jatuh hilang sakitnya. Lalu bila-bilapun jatuh, pengalaman sakit itu jadi tiada. Hilanglah bahagian iktibar dan pengajarannya.

Biarlah anak-anak ambil bahagian dalam tumbesaran mereka. Biarlah mereka melaluinya, walaupun pahit...walaupun pedih. Kalau dia hendak ke sekolah naik basikal, biarkanlah. Jangan takut dengan panas. Jangan bimbang dengan hujan. Jangan fikir pasal "kalau tayar basikal pancit?" atau "kalau kemalangan macamana?". Jangan menimbang-nimbang kemungkinan yang belum berlaku. Kebanyakan perkara yang kita bimbangkan, tidak berlaku satu pun di akhirnya. Jangan sampai kerungsingan itu mengganggu kehidupan sehingga kalau boleh kita mahu 'mengawal' semua benda. Mana tahu esok lusa kita meninggal, anak-anak pula baru le terkial-kial mahu berdikari. Entahkan stress pula sebab gagal menyesuaikan diri atau jadi 'lembik' bila diuji seperti menyatakan apa pendiriannya kerana tidak pernah ditanya pendapat dan diberi ruang membuat keputusan.

Menterjemahkan situasi tersebut ke dalam diri sendiri, saya rasa adalah merugikan kerana anak-anak tidak melalui sepertimana pengalaman yang saya lalui dulu. Dan saya pula kerana sibuk dengan hal-hal lain, tidak pula menyediakan kepelbagaian pengalaman kepada mereka. Kerana saya selalu fikir, ah, kalau saya boleh buat...tak perlulah libatkan mereka. Atau, tak apalah, yang ini biar saya handle...nanti entah apa-apa jadi, satu hal pula hendak betulkan. Sekarang, bila tengok anak-anak yang macam 'lack of certain 'survival' skills' errr...mengikut tanggapan sayalah, saya pun mulalah cuak. Risau pula kalau-kalau saya telah bersikap terlalu 'protective'. Saya risau mereka akan berada lama dalam 'kepompong' dan tidak keluar-keluar...takut saya pula yang terpaksa koyakkan kepompong itu sedikit-sedikit supaya mereka lepas keluar. Saya risau berbuat begitu kerana nanti akan menjejaskan kestabilan 'kepak' mereka.

Jangkaan saya untuk mereka? Saya tidak mengharapkan mereka terbang tinggi di dunia ini...saya cuma mengharapkan mereka dapat mendarat di landasan yang betul kerana saya betul-betul mengharapkan kepada amalan mereka untuk memastikan kelangsungan kehidupan saya di dunia yang satu lagi seandainya saya dipanggil pulang nanti.

Saya takut saya tidak mampu menjadikan mereka hamba Allah yang betul-betul bersikap seperti hamba. Betul, saya rungsing dengan amanah yang ada ini kerana sikap saya yang sering culas dalam melunaskan tanggungjawab itu. Ada seribu satu kesilapan yang saya buat. Saya berdoa mudah-mudahan saya diberi kekuatan untuk 'menjaga' Allah...moga-moga Allah akan menjaga mereka untuk saya...memberi mereka ilham untuk selalu tunduk sebagai hamba.

Semoga saya boleh menumpang 'kepak' indah mereka nanti untuk saya lepas (walaupun sekadar pinggiran), di dunia sana nanti.


Tuesday, November 11, 2014

Bukan Sebarang Balang

Nah...amik ngkau! Menggelabah pagi-pagi ini mencari balang.

Excuse me! Balang???

Yeah, balang. Balang as in b.a.l.a.n.g. Menate balang tu? Hok buak simpe budu ko...hok buak simpe garam? Dokkkk...bale kosonggg...hok wat simpe muruku deepavali. Hihihi...

Ada apa dengan balang plastik yang simpan muruku tu ye? Saya selalu bagi dekat seorang bekas rakan sepejabat ni kuih-muih hari raya bila hari raya. Kalau saya terlupa pun, dek kerana dah biasa, dia akan ingatkan..."kuih raya mana?" Hahah....memang kena ada peruntukan khas untuk dia. Dia seorang yang baik orangnya. Dan saya berbesar hati bila dia selalu tak segan nak minta kuih raya walaupun kami sudah berlainan pejabat.

Tahun ini dia membalas dengan satu balang berisi muruku. Tapi bukan untuk saya seorang la deyyy...Balang itu saya letak di sudut 'harta' wakaf. Selagi stok masih ada. Pat pat nya, sapa dapat dia punya. Dipendekkan cerita pendek yang sengaja dipanjangkan, habislah laku muruku sempena deepavali itu.

Apa jadi dengan balangnya?

Seperti biasa, ambil tak endah dengan balang kuih itu. Selalunya begitulah, siapa-siapa bawa makanan letak dalam balang atau bekas plastik lutsinar biasa tu...pada anggapan kita (dan saya ), tidak berhajat untuk mendapatkan semula bekas tersebut. Lainlah kalau kita isi dalam bekas jenama Tupperware tu kan....mesti tunggu jer nak ambil balik! Jadi itulah yang terjadi, tidak ada siapa pedulikan balang kosong itu dan masa berlalu pergi.

Sehinggalah pagi ini, tiba-tiba kawan itu menelefon memaklumkan dia nak datang ambil balang. Aikkk? Tokojut den! Balang??? Sat...sat...you nak balang tu balik ke? Tak nampak lagi dah kelibatnya ni. Sat I pi cari. Cari la punya cari....tiba-tiba tak pulak jumpa balang hari ni...selalu asal jalan jer tersepak balang...asal tersepak jer balang...ehhh! (terlebih sudahhh). Sampai nak cilok balang jiran depan. Jiran kata, boleh...as long as ko gantikan dengan sesuatu yang boleh dijadikan penongkat...la...dia guna balang kosong untuk tongkatkan panel penutup suis-suis di tempatnya.

Akhir sekali Lotuslily bagi balang kosong dia. Lepas basuh cuci semua, telefon semula kawan suruh ambil. Bagitau dia, balang asal tak jumpa tapi ada balang lain. You can come and get it now. Hahah...kawan gelak-gelak. Kawan kata, tak jumpa tak apalah. Dia ingat ada. Kalau ada dia nak. Saya pun tanya, apa istimewanya balang tu? (Hishhh...ko ni...balang ka, suratkhabar ka...lain kali jangan nak assume jer boleh buang suka hati...ko ingat murah tak berharga, senang-senang jer lempor). Dia kata, dia memang selalu isi benda dalam balang tu. Dia ingat kalau ada lagi, dia nak ambillah. Boleh buat isi benda lain. Tapi kalau tak ada, tak apalah...tak payah berganti pun.

Ishh...issshhh...issshhh...

Ada orang tu, dia punyalah payah nak tanya 'direct' dengan orang. Dia punya tahap nak jaga hati orang tu...kadang-kadang dah berlebihan. Kalau cakap awal-awal kan senanggg...

Siapa? Siapa orang tu???

; )

Thursday, November 06, 2014

Rebung Sudah Jadi Buluh...Bisakah dilentur lagi???

Saya tumpang berduka dengan kejadian buli di sebuah sekolah menengah baru-baru ini. Saya memilih untuk tidak menonton klip video kejadian tersebut yang dihantar kawan-kawan. Tak sampai hati rasanya. Cukuplah saya terlihat klip video buli pelajar perempuan di Sarawak beberapa ketika dulu. Itupun sudah trauma terigau-igau mengenangkan betapa 'tergamaknya' si pelaku buli ini. Kalaupun yang dibuli ada melakukan kesalahan, tak perlulah mendera sampai begitu sekali. Nak memberi pengajaran apa namanya.

Yang membuli ini pada pandangan saya adalah manusia yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Dia perlu menutupi kelemahan dirinya dengan menjadikan orang lain berada pada kedudukan yang lebih 'rendah' daripadanya. Dengan membuli dia rasa ditakuti dan digeruni. Mungkin itu satu penghormatan atau pencapaian buat dirinya apabila melihat mangsa dalam keadaan takut dan merayu-rayu minta dikasihani.

Yang membuli juga pastinya datang daripada persekitaran pembesaran yang bermasalah. Perlakuan seperti itu tidak datang secara semulajadi. Tak ada anak yang tiba-tiba jadi pembuli. Dia tentunya adalah produk daripada kepincangan dalam asuhan ibubapa. Saya setuju dengan pendapat kawan-kawan saya yang mengatakan "segalanya bermula dari rumah". Anak-anak bak kain putih, bagaimana ibubapa mencoraknya...begitulah keadaan warna - pembentukan sikap apabila dewasa nanti. Seberapa tinggi kemahuan kita untuk meletakkan beban kesalahan di atas bahu guru-guru sekolah, masih tidak dapat memberikan justifikasi yang boleh melepaskan ibubapa daripada dikaitkan dengan masalah kelakuan anak-anak kerana mendidik anak-anak adalah tugas ibubapa. Bukan kerja sekolah untuk memastikan anak-anak kita jadi pelajar yang beradap dan berpekerti mulia. Banyak manalah yang sekolah boleh lakukan dalam masa beberapa jam pelajar-pelajar ini di sekolah. Kalaupun boleh, setiap satunya sudah pun ada 'microchip' masing-masing yang dibentuk hasil asuhan keluarga. Nasiblah kalau cip-cip tersebut masih boleh dipertingkatkan atau dibaiki. Kalau yang rosak bagaimana?

Kata Ustaz saya, masalah paling besar dalam pendidikan anak-anak ini ialah sikap ibubapa dan masyarakat umumnya yang enggan mengikuti format asuhan sebagaimana yang dibawa oleh Islam. Bila agaknya kita betul mula-mula kenal Allah? Kebanyakan daripada kita hanya tahu kita beragama Islam dan Tuhan kita adalah Allah. Dan sebagai tanda kita ini orang Islam , kita pun pastikan kita solat 5 waktu, bila bulan Ramadan - maka kita pun berpuasa , kemudian ada lebihan harta kita pun berzakat dan bila ada peluang kita pergi tunai haji. Itupun nasib baiklah buat. Ada yang culas. Maka, agama dalam hidup kita dia jadi seperti terpisah-pisah. Kita hanya guna agama untuk saat-saat tertentu. Saat-saat pakai telekung. Saat-saat pakai ihram. Saat-saat menjalani Ramadhan. Tapi untuk kebanyakan waktu lain, saat kita berurusan dengan manusia dalam pelbagai perkara - jarang kita terfikir untuk ikut acuan Islam. Sebab itu kita boleh tak sedar yang bila bercakap atau bertindak, ada perbuatan kita yang melukakan hati orang dan menyusahkan orang. Bagaimana hendak letakkan asas yang betul dalam hidup anak-anak? Untuk letakkan mereka di atas jalan yang benar, pertama kena pastikan Allah dan Rasul ada dalam hati anak-anak. Sedari kecil. Mahu tidak mahu kita kena ambil tanggungjawab ini kerana yang akan kena soal siasat esok di padang Mahsyar adalah kita juga. Apa yang sudah kita lakukan untuk pastikan anak-anak kita membesar sebagai manusia yang mencintai Allah dan Rasul.

Hemm...kita (saya sebenarnya) ini dah masuk angka 4 series baru berhasil hendak faham maksud ayat-ayat lazim, baru rajin hendak menapak ke kelas pengajian...Apakah kita mahu perkara yang sama terjadi kepada anak-anak kita? Sekarang dalam hati mereka ada apa? Ada kartun. Ada video games. Di mana Allah dan Rasul dalam hidup mereka? Pedih kena bahasa dek Ustaz. Nak kata apa...memang betullah tu...sebijik kena atas kepala!

Kalaulah saya boleh mengundurkan masa...saya pasti ada banyak perkara yang saya kena betulkan. Tapi saya tidak mampu. Apa yang ada sekarang ini adalah hasil perbuatan saya sendiri dan saya bertanggungjawab sepenuhnya. Bila Ustaz membaca hadis di bawah tajuk Sabar, perihal anak kecil yang berdakwah meski mengorbankan nyawanya (namun berjaya membawa ramai orang beriman dengan Allah), rasanya seperti saya sudah sampai di penghujung jalan mati. Terkulat-kulatlah saya di situ memikirkan nasib. Bolehkah saya menjawab soalan-soalan yang Allah akan tanyakan nanti ? Dan yang menjawab itu adalah anggota badan sendiri, yang tiada ruang untuk memanipulasi.

Memang perjuangan untuk sampai ke sana sangatlah jauh sedang ajal semakin mendekat. Ubati hati dan keresahan dengan kalimah-kalimah suci dalam Surah Az Zumar bermula ayat 53 sehingga 59. Yang penting jangan berputus asa. Buat saja apa yang mampu. Berusaha itu jugakan tetap sahaja ada ganjarannya, bukan?

Tuesday, November 04, 2014

Kembali

Tergelak saya bila rupa-rupanya kawan-kawan baru perasan yang ketiadaan KL Traffic beberapa ketika ini adalah kerana saya telah me'madam' blog ini. Diaorang ingat saya 'block' access diaorang. Hahaha...adoiii...idok la saya sekejam itu kawan-kawan. Ada pula kata saya 'selfish' pasal tak nak kongsi blog ini...eh...eh...pulak? Ada peminat rupanya...hahahaha...korang baca eh?

Saya sebenarnya sayang blog ini...bukan mudah hendak me'madam'kannya. Cumanya saya rasa semakin lama saya semakin kurang 'berinteraksi' dengannya. Saya fikir biarlah hayat KL Traffic ditamatkan, senang cerita. Masalahnya KL Traffic begitu banyak menyimpan 'cerita' yang saya sendiri berulang kali baca dan menginsafi diri. Jadi, untuk memadamkan KL Traffic adalah satu perkara yang sukar. Akhirnya saya mengambil jalan memindahkan/menyalin entri bermula yang pertama sehingga yang terakhir supaya saya masih ada tempat untuk merujuk. KL Traffic mungkin hilang di alam maya, tetapi masih ada dalam fail komputer saya.

Puas hati?

Hemmm...tidak juga. Selepas saya memadam KL Traffic, perasaan rindu untuk men'catat'kan sesuatu pemerhatian sesekali datang. Namun, kesibukan kerja menyebabkan saya terlupa dan kurang melayan desakan ini. Hanya sehari dua ini, saya berkira-kira hendak mencipta satu blog baru yang lebih lain konsepnya...barangkali lebih kurang sisi peribadinya berbanding KL Traffic. Terfikir hendak meletakkan status public untuk Lotus's Labyrinth namun tak jadi, kerana blog itu sangat terhad liputannya...hahaha...entah apa-apalah saya ni...

Jadi bila pagi ini peminat-peminat mendesak...saya rasa mungkin elok saya biarkan saja KL Traffic ada. Walaupun pengisiannya caca-marba...hemmm...nak kata apa,  itulah saya seadanya. Kalau saya tak mencatat pun, tak mengapa agaknya...lagipun senang hati bila ada yang kata, dia baca dan sentiasa ada sesuatu untuk diambil. Harapnya itu sesuatu yang baik...Kalaulah ada hati-hati yang terjentik dan terkesan oleh apa-apa yang berada dalam paparan KL Traffic, saya berharap ia membawa si pembaca ke arah kebaikan. Yang mana-mana buruk itu, saya minta maaf kerana itu adalah kelemahan diri saya sendiri.

Dan maafkan saya juga kerana ketika memulakan langkah me'madam'kan KL Traffic, saya telah memadamkan entri 2014 satu persatu setelah selesai menyalinnya. Dan rupanya itu adalah kehilangan 'kekal'. Saya akan semak semula kandungan 2014 yang ada dalam simpanan saya dan akan memuatkan semula hanya entri yang bersesuaian untuk perkongsian sedikit masa lagi.

Oh ya, dan bila saya mengambil langkah memadamkan inilah, maka , saya baru tahu bahawa Blogger memberikan anda masa 90 hari bermula tarikh pemadaman untuk mengubah keputusan. Bererti, sekiranya ada memadamkan blog anda secara sengaja atau tidak sengaja, anda boleh mendapatkannya semula asalkan anda 'hidup'kannya semula dalam tempoh 90 hari. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, maka blog anda akan hilang buat selama-lamanya.

Selamat muncul kembali KL TRAFFIC!!!