Friday, October 09, 2020

BBS-KK-PB-KK-BBS

Bermula bulan Julai yang lalu, saat negara sudah hampir berjaya menangani COVID-19, anak sulung Telipuk mengorak langkah mencorak masa depannya di negeri kelahiran mak dia. Punyalah seronok mak dia, sebab boleh cari alasan selalu balik negeri. Hahaha...awal-awal bolehlah seminggu sekali membelah lebuhraya, lama-lama nak muntah jugak weyy...dah macam boleh hafal setiap pemandangan di kiri-kanan lebuhraya.  


Ya, alhamdulillah, adalah tempat untuk dia mengutip sedikit ilmu, mencari diri dalam perjalanan pulang ke negeri abadi nanti. Untuk Telipuk tak ada apa-apa yang Telipuk harapkan melainkan keinginan melihat dia menjadi manusia yang memberi manfaat walau di mana jua dia berada. Semoga Allah menjaga dan memelihara kamu.

Tak sempat pun menjelajah kampus comel ni. Just got the feeling that this is the best place for him. Sangat suka dengan persekitaran. Teringat zaman di Sintok dulu, suasana macam ini juga cuma di sana lagilahhhh hujung dunia (masa tu lahhh). At least USAS ni just few km je from KK town. Bila-bila masa boleh je datang. Kakak Telipuk pun boleh singgah jengok. Nak balik kampung pun, dah dekat. Bandar KK pun alhamdulillah sejuk perut tengok, tak de la nak risau sesat-sesat ke apa...pi mai pi mai tang situ jugak hahaha...just a perfect place!


Asrama penginapan terletak tidak jauh dari kampus. Kena menapak sikitlah. Kemainlah Telipuk cerita kisah Telipuk menapak sepanjang di kampus dulu, bagi motivasi lah konon. Hahaha...pandai-pandailah kamu anak. Ibu mendoakan semoga ini semua akan menjadi kenangan yang manis di hari depan nanti. Sangat syukur kerana bilik penginapan lengkap dengan kemudahan tandas di dalam. Cerewet sikit anak bujang Telipuk ni. Kedai makan pun ada je kat bawah tu...mak aiii, senang banyak ni. Alhamdulillah.




Sekarang dah bulan 10 pun. Sudah masuk semester kedua dah di USAS. Setakat ni alhamdulillah, pembelajaran berjalan lancar walaupun mutakhir ini gara-gara COVID banyak institusi pengajian tinggi menangguhkan kemasukan pelajar. Syukurlah walaupun ada juga beberapa kelas yang diadakan secara online. Telipuk pun dah banyak kali ke sana, adakala melepak rumah kakak, adakala ambil homestay, adakala ambil anak dan lajak terus balik kampung. Pendek kata KK dah jadi kampung kedua Telipuk sekarang.


Ini tempat makan feveret Telipuk kat KK. Rambai Classic Cafe yang menyajikan hidangan western. Lambat datang alamat penuh tempat ni. Harga munasabah dan portion pun berbaloi. Memang syok melepak kat sini sambil menjamu selera.


Ini pun best jugak, Cendol Lempor. Sebelah Pizza Hut KK kedainya. First time datang, lama jugak berbaris. Ada perasan juga satu gerai cendol tak jauh dari Mr. DIY. Masa tu Telipuk park kereta kat area situ dan berjalan ke The Store nak cari barang. Panjangnya baris. Sedaplah agaknya, tapi Telipuk memang tak suka menunggu lama-lama ni. So, tengok sajalah hahaha. 

Laksa pun antara makanan yang Telipuk akan cari tanpa segan silu kalau pergi KK. So far Telipuk hanya beli dari sebuah gerai je. Apa ke namanya tak ingatlah pulak. Lokasi tepi jalan je, sederet dengan stesen minyak Shell menghala ke tol KK. Selalu beli yang sekilo tu, RM8 . Sebab yang makannya seorang, boleh pulun banyak kali hahahaha...hantuuuu!

Nanti boleh la lepak kat McD pulak sebab dengarnya dah beroperasi. Last Telipuk singgah KK, belum buka lagi...dok touch up, touch up lagi.