Monday, June 28, 2010

GSR TB2010 @ Puteri Resort, Melaka

Masih terasa sengal-sengal badan ini...almaklumlah, lama tak berlasak. Apapun, program teambuilding yang dirancangkan itu telah berjalan lancar dalam suasana yang harmoni. Ini adalah program pertama seumpamanya diadakan semenjak bahagian kawalselia digabungkan dengan Strategi. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Puteri Resort, Melaka yang letaknya tidak jauh dari exit tol Air Keroh.

Inilah bilik penginapan yang disediakan bersekali dengan roomate...heheh...roomate sampai malam...selamatlah dia tak buat aktiviti Mini Amazing Race.





Pemandangan arah kolam. Ada kolam besar, kolam kecil, jakuzi dan kolam selut hahaha...



Makan tengahari yang menunggu sebaik kami tiba. Sebat jangan tak sebat. Alhamdulillah. Best sangatlah tu ye Kak Ana, sampai terpejam mata gitu...hahaha...



Ceria semasa makan. Haaa...lepas ni tahulah nasib kome...hihihi...



Antara ikon negeri Melaka Bandar Bersejarah...beca. Satu jer Aku terlupa nak buat, beli fridge magnet...



Sempat bergambar di lobby sebelum balik bilik dan berkumpul untuk acara Mini Amazing Race.



Peserta seramai lebih kurang 36 orang itu dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta memberi nama kumpulan dan mencipta 'war cry' kumpulan. Kumpulan Aku yang mendapat inspirasi daripada kehangatan World Cup 2010 telah menamakan kumpulan kami, "Bafana Bafana"...hahaha...lepas tu jadi "Bafana, banana, papaya dan buah kana"...gara-gara daya kreativiti pihak 'musuh' . Kumpulan-kumpulan lain ialah Heroes (ala...sivik sangatlah weiii), Megatron (wuiyooo...) dan Dolphin Tsunami (tak tau lah dari mana asal usul nama ni ).

Kumpulan-kumpulan sedang bersedia untuk bermula di perkarangan lobi hotel.



Bafana Bafana bergerak menuju ke check point pertama.



Halangan pertama berupa permainan jigsaw. Hanya 4 peserta diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Wakil-wakil bagi kumpulan kami ialah USJ, Sabri, Ghani dan Sirapmadu. Walaupun Aku diluar, tetap bersemangat membantu memberikan idea dan petunjuk heheh.



Kami berjaya mengatasi kumpulan Heroes yang terlebih dahulu berlepas pada mulanya. Cabaran kedua ialah melepasi halangan berupa sebuah tayar. Waaa...Sirap macam peluru jer keluar tu ekkk...heheh



Dan diikuti dengan meniti tunggul-tunggul kayu.



Walaupun nampak mudah, sebenarnya payah juga untuk stabilkan diri di atas tunggul ni. Hendak pula kena melangkah pada jarak yang agak jauh. Yang kaki panjang macam Aku pun terkial-kial juga...nasiblah rakan-rakan yang lepas dibenarkan meminjam bahu buat sokongan yang memerlukan.



Cabaran seterusnya ialah berjalan itik melepasi laluan dengan dawai kawat di atasnya. Okaylah, nasiblah tinggi juga...kalau tak mahu menyulur dibuatnya.



Masa meniti antara dua pokok inilah baru terasa perit pangkal paha sebab terlebih melangkau ketika hendak memanjat naik. Meniti tu tak jadi masalah, laju jer...heheh...balancing orait lagi...



Ha..tang sini mula terasa sengal di bahu dan lengan sebab kena kuat memaut. Mujurlah lepas elok jer, bab perit tu...cover!



Cabaran memanah...sambil duduk di atas kerusi plastik yang diangkat oleh ahli kumpulan. USJ cuba memanah tepat...sayangnya tersasar...payah wehhh. Nampak jer senang.



Mengerah tenaga memastikan kumpulan dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.



Seterusnya aktiviti lanun darat. Dengan mata sebelah ditutup, kami dikehendaki duduk di atas sekeping papan besar dan bergerak di atas roda-roda pvc seolah-olah mendayung di air. Fuh! Giler penat...lenguh tangan dibuatnya.



Segmen 'orang kampung'. Kami dikehendaki mengupas dua biji kelapa. Nasib baik ada abang Ramli, cekap guna 'cop'. Aku kalau guna kapak tu konfiden la...tapi tu pun mau makan masa nak siap.



Lepas tu ada pula segmen kukur kelapa. Tepi...tepi...meh tunjuk bakat. Hahaha...tak sia-sia dok berlatih naik 'kuda' sejak dulu lagi...skill ada lagi..:)



Geng "Dolphin Tsunami" sempat bergaya lagi tu...



Selesai segmen tu, kami ke kolam renang untuk acara memindahkan ahli kumpulan ke seberang. Hanya dua orang kena buat kerja pemindahan menggunakan tayar. Walaupun penat, Aku menawarkan diri sebab Aku dan Sabri paling sesuai untuk meredah kolam yang paras dada itu...sebab kami tinggi.



Macam-macam gaya ada..weeiiii. Kak Lela bergaya kiut atas pelampung getah untuk dipindahkan ke seberang oleh ahli-ahli kumpulannya, Megatron.



Halangan terakhir adalah melastik. Rashid, AJK Logistik yang bekerja keras itu sedang menunjukkan bakat.



Megatron menunjukkan aksi 'macho'.



Ek eleh...Rosebud cuba melastik...kena ke? Tak kena!!! Tu la tulah sebab tak start dari mula weiii...mana aci last-last baru join heheh. Rosebud terlambat sampai sebab ada kerja di pejabat.



Habis acara dan sempat berehat sekejap di bilik, kami semua turun semula untuk bersembahyang jemaah diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil.



Acara pada sebelah malam ialah ucapan pembukaan oleh Naib Presiden, GSR yang tidak dapat mengikuti banyak acara kerana terikat dengan jadual ketat NKEA Lab sektor telekomunikasi.



Kami juga bergambar ramai pada sesi ini . Ini gambar formal.



Yang ini pula gambar sedikit tidak normal. Hahaha...



Kami juga membuat sedikit sesi perbincangan mengikut struktur organisasi dengan membincangkan hal-hal berkaitan komunikasi, pembuatan keputusan, kepercayaan dan sebagainya dengan membandingkan ciri-ciri ideal yang patut dicapai berbanding keadaan semasa. Hasilnya? Untuk unit Aku, RD, gap yang ada adalah pada tahap minimal...dipersetujui oleh semua dan boss juga...hahaha...alhamdulillah!



Selesai acara sekitar jam 11 malam, terus Aku masuk tidur. Syukur tak perlu lama menunggu, mata pun sudah tak boleh hendak buka. Mungkin sebab penat kot. Kalau tidak jangan haraplah sebab lazimnya Aku akan payah hendak tidur pada malam pertama di tempat baru.

Keesokan harinya, selepas subuh, kami berkumpul di dewan untuk acara senaman pagi. Sepatutnya dibuat diluar, tetapi memandangkan hujan turun pagi itu...cooobaaann...kami terpaksa mengambil alternatif lain. Lega sikit dapat gerakkan bahagian-bahagian yang sengal dek acara Amazing Race semalam.



Pada sebelah pagi, kami melakukan aktiviti indoor termasuklah menghasilkan poster berdasarkan tema Teaming with Passion.



Sebelum jemaah lelaki beredar untuk solat Jumaat, kami sempat melakukan aktiviti kumpulan di mana kumpulan-kumpulan baru telah dibentuk. Mula-mula kami diberi nama ikut nama haiwan...masa cari ahli kumpulan, tak boleh buat bunyi...hanya beraksi. Puaslah Aku mengepak, sekali nampak sekumpulan orang pun mengepak juga...hahaha...itulah dia geng 'Ayam'. Selain ayam, ada kumpulan Singa, Serigala, Kuda dan Katak (kodok-kodok). Selepas itu kami dinamakan mengikut kumpulan negara yang masih (pada masa itu) bersaing dalam World Cup 2010...jadilah kami kumpulan Ayam Korea, Singa Brazil, Serigala Argentina, Kuda Portugal dan Katak Germany.

Pada sebelah petangnya kami menjalankan aktiviti Jungle Trekking.



Memandangkan hujan turun pada sebelah paginya, keadaan agak basah dan lembab. Hemmm...kesian orang tu, dia sangat takut dengan 'pak chat' heheh...terpaksalah Aku jadi tukang 'jaga' kaki dia...hahaha...sekali bos sebut 'pacat!"...huhuhu...berhamburan ayor mata keluar...sabau jerlah Rosebud!



Aku...alhamdulillah, Aku tak takut pacat. Aku boleh kutip dan pegang pacat. Cuma bab-bab melintas air ni...kalau ikutkan persekitaran yang ada...satu jer lah yang Aku cuak...lintah! Bukan sebab gelikan lintah tu...sebab payah nak tahu kehadiran dia, pacat lain...once kenyang, dia akan gugur sendiri...tapi lintah...eeeiiii...ngeri nak Aku bayangkan.



Semasa merentas hutan ini, kami diberi tugasan mengumpulkan prop yang bersesuaian untuk acara persembahan berkumpulan pada sebelah malam nanti. Oh ya, sepanjang berjalan dalam hutan itu, kami diminta masing-masing membawa secawan air...kejayaan kumpulan bergantung kepada banyaknya baki air yang tinggal sebaik acara tamat. Air Aku penuh lagi sampai saat akhir...bilamana terpaksa mendaki ke atas, tiba-tiba tanah yang dipijak mengelungsur. Walaupun berjaya menstabilkan badan daripada jatuh, separuh air yang kubawa tumpah. Huhuhu...

Kami makan malam dengan tema 'santai-santai tropika' malam itu. Banyak hidangan barbeque yang disediakan. Cuma makan dua ekor ketam. Sebelum tu semua orang balun durian kampung yang bos beli kat tempat letak kereta...durian mana boleh bawa masuk hotel, kan?



Ayam Korea diundi untuk membuat persembahan mula. Hahaha...sempat praktis beberapa kali...memang enjoy lah...gila-gila semuanya. Yang tak gila pun boleh jadi 'gila' malam tu. Sporting sungguh!

Persembahan tarian plus sedikit sketsa oleh Ayam Korea...dengan lagu yang diberi...terimalah Elvis & Friends dengan lagunya Jail Rock House!!!



Lodeh hei Mak Lodeh...Lodeh anak Pak Salleh...cucu Osman Janggut...heheh...tak sangka, bos yang 'kayu' tu pun boleh joget rupanya...hahaha...Persembahan yang sungguh 'kiut' daripada Singa Brazil.



Wuhoooo...Hips Don't Lie...bukan main lagi geng Serigala Argentina ini.



Persembahan yang tidak kurang menghiburkan daripada Kuda Portugal dengan diiringi lagu...Nobody.



Katak Germany mengegarkan pentas dengan persembahan Bhangra yang sungguh 'riuh'...hahaha...cayalah Akak Lotuslily!



Selesai acara berkumpulan,persembahan karaoke pula diadakan. Mungkin sebab sudah naik pentas buat perkara 'gila-gila' maka bila dipanggil sekali lagi...akak pun tak kisah dah lah dik non!

Telipuk dengan penuh emosi men'sumbang'kan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Siti Norhaliza..."Jerat Percintaan"...piu weeettttt!!! (sabor ajelah...pasal Telipuk tampil lengkap dengan aksesori...komeeee!!!!)



Encik KB kita telah bertukar menjadi 'Hazami' dengan lagu sentimental yang menusuk jiwa, "Sonata Musim Salju". Cayalah!



Penyokong-penyokong Encik KB...hahaha...saja bikin havoc...ya...hahaha...



Girl Power! Lagu Rossa, "Pudar" disampaikan beramai-ramai.



Seterusnya acara bertukar-tukar hadiah. Kak Ana menerima hadiah yang kubeli. Yeahaw!



Dan inilah hadiah hasil cabutan bertuah no. 15...jeng...jeng...jeng...siapalah si pemberinya ya...



Rupa hadiah itu dari dekat...atas pemintaan ramai, semua orang kena buka hadiah jam-jam tu jugak...



Weee...cantik! Boleh letak atas meja. Musical hour glass nih...heheh...rupanya ini hadiah roomate. Thanks, Linda!



Acara habis awal jugalah pasal jam 10.30 malam ramai yang sudah beredar. Apa tidaknya, semua sudah separuh hati...lagi separuh hati meronta-ronta hendak tengok Brazil lawan Portugal...hehehe dok gitu akak Lotuslily? Nasib baik seri ye...

Esok harinya kami berhimpun di kawasan kolam renang untuk program terakhir iaitu berakit-rakit ke hulu, bersakit-sakit lah lu...hehehe...Sebelum tu sempat join syarikat mana ntah yang kebetulan ada buat aktiviti semanrobik di situ.

Ini gambaran awal, aktiviti pemasangan rakit. 4 batang PVC diikatkan pada 4 biji pelampung getah.



Ini pula kolamnya...hang pa ingat kolam mandi tu ka? Mimpi ngeri la oiii...



Semua sedia...???



Yeah laju Ayam Korea...laju lagi...kayuh jangan tak kayuh. Ya tuan-tuan dan puan-puan, nampaknya ayam Korea telah berjaya memintas pesaing terdekatnya iaitu katak Germany..ong...kedek...kedek...



Dua orang lelaki dalam kumpulan Aku tu terpaksa buat dua kali mendayung, pasal setiap round perlu 4 pemain dan setiap kumpulan kena buat 2 round. Kami pula cuma ada 6 orang, 4 perempuan dan 2 lelaki. Jadi, untuk pusingan kedua...jadi tukang soraklah!



Permainan hanya tamat selepas rakit dinaikkan ke darat dan dirungkai ikatannya.



Yeayyy...ayam Korea dapat nombor 3...okaylah...penat wooo...



Habis berakit, cepat-cepat lari balik bilik. Nak cek lintah uuuu...takutttt!!! Berkemas terus dan check out. Pukul 11 masuk balik ke dewan utama untuk acara penutupan.

Wajah-wajah ceria menunggu saat habis aktiviti teambuilding.



Team Ayam Korea muncul pemenang ke-3 keseluruhan. Tahniah! Good work, teammates! Yang penting happy. Seronok sebab sudah buat banyak perkara yang tidak pernah terfikir akan buat. Puas hati sudah memberikan yang terbaik. Menang kalah bukan ukuran, yang penting matlamat tercapai...



Tahniah kepada jawatankuasa yang telah menjalankan tugas dengan baik. Tahun depan, Aku hendak jadi penasihat, boleh? kakakaka...tahun depan kita pi tempat yang jauh daripada kewujudan lintah dan pacat, okay? Aku yakin Rosebud dengan gembira rianya akan menyokong usul ini. Tak perlulah dia bawa botol Ridsect saiz besar tu lagi...hihihihi....