Showing posts with label Attitude. Show all posts
Showing posts with label Attitude. Show all posts

Sunday, March 08, 2026

Finding The Balance

This week, my thoughts have been hovering between two worlds. The science of our potential and the peace of our surrender. We often think of "growth" as something that happens when things go right. But if we look closer at both our biology and our spirituality, growth actually happens in the "gap". The space between what we want and what we actually get.

I’ve been fascinated by Neuroplasticity lately. Our brains aren't fixed, they are dynamic. But here’s the catch. Your brain only "grows" when it is challenged. When we stay in our comfort zones or run on auto-pilot, our neural pathways begin to shrink.

The "struggle" you feel when learning something new, whether it's a complex work regulation or a tricky Ramadan recipe, is actually the sound of your brain building new highways. The secret? Just show up. Don’t overthink the failure. Just embrace the "chaos" of learning. Your brain doesn't need perfection to grow. It just needs you to try.

While we push our brains to expand, we must also train our hearts to be still. It is human nature to hope for fairness and recognition from others. But humans are flawed, and their version of "fair" may never align with ours. This is where Redha (contentment) comes in. If we understand that absolute justice belongs only to Allah, we stop being frustrated by human decisions. If a door stays closed despite your best efforts, it is because Allah The All-Knowing allowed it.

"What is meant for you will never miss you, and what misses you was never meant for you."

This week, I invite you to join me in this dual mindset:

  • In Effort: Be relentless. Challenge your brain. Learn the new thing. Just show up.

  • In Outcome: Be at peace. If the result isn't what you expected, trust that Allah’s plan is better than your own.

When we combine the striving of the mind with the surrender of the heart, we find a level of tranquility that no worldly "chaos" can disturb.

Moving forward, let’s be kind, stay open, and be happy with His decree.

Wednesday, February 24, 2021

Kembali

 Amboi tajuk!

Biasalah, tajuk kena gempak. Apa yang kembalinya tu pun tak tahu la ye...yang pasti, tak pernah pergi pun. Hehehe. Sebenarnya kembali di sini merujuk kepada kembali menulis (dengan cara menaip) di blog. Memang setakat ini, kalau betul-betul nak menulis tentang sesuatu, di sinilah tempatnya. Rasa lebih selesa. Macam bercakap dengan diri sendiri. Sebetulnya pun memang menulis untuk diri sendiri, iye tak? Iye iye kan aje...

Memang nak tulis semula ni tapi asyik tertangguh-tangguh, tak sedar sudah di penghujung Februari. Pagi ini bila baca posting FB Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid, terus bersemangat nak buat posting pertama tahun ini. Kata Ustaz, menulislah sebab ia adalah satu bentuk terapi yang baik. Ya, betul. Dulu masa muda belia setiap tahun ada diperuntukkan sebuah diari. Dapat konsisten menulis satu muka surat satu hari adalah pencapaian yang memuaskan. Lebih membanggakan apabila dapat membelek isi diari yang penuh di hujung tahun. Rasa amazing sangat sebab boleh menyelami semula detik-detik yang pernah dilewati dan situasi serta pengalaman pada ketika itu. Boleh senyum, boleh ketawa dan mengalirkan airmata membacanya. So, ya, betul...menulis memang menyeronokkan. How could I forget?

Buat masa sekarang Telipuk masih bekerja dari rumah. Aturan kerja ni sudah bermula semenjak bulan Ogos tahun lepas, kemudian bila keadaan dah reda, sempat kembali ke pejabat buat beberapa ketika sebelum diarahkan kembali bekerja dari rumah berikutan situasi COVID-19 yang semakin buruk. Untungnya bekerja dari rumah ini ialah tak perlu buang masa atas jalan dan tak payah sibuk gosok baju hahaha...gincu pun dah lupa letak kat mana. Cuma yang jadi masalah ialah kadang-kadang sampai ke malam buat kerja, hari minggu suka je buat kerja hahaha...ye la, tetiba dapat idea kan, maklumlah dah tak pergi ke mana-mana. Benda boleh disiapkan terus, terus buat je la. Dan meeting sentiasa ada menggunakan wadah online. Tapi kan, mana sama dengan bersemuka ya tak...nak argue rasa macam tak puas kan? Kena pula kita ni nak kena siapkan submission inquiry paper...adoiii, rasa serba tak kena. 

Rindu nak borak dengan kawan-kawan. Nak menyakat kawan-kawan. Dan makan nasi goreng dengan lauk hati dan perasaan di kedai Pak Ya. Baru sikit nikmat Allah tarik, dah macam-macam kamu ni ya? Apa pun, bertabah je la dan kita doakan semoga keadaan akan menjadi semakin baik tak lama lagi...in shaa Allah. 

Alhamdulillahi'ala kulli hal.



Monday, April 27, 2020

Kita Jaga Kita

Oh dear...I missed my day 3 entry. Konon-konon bulan puasa ni pulak nak rajin update blog ya...hahaha...ada ada je.  Tengoklah, nak mengaktifkan blog sendiri pun tersangkut-sangkut inikan pula nak mengekalkan tahap iman hatta di bulan puasa. Istiqamah itu sememangnya berat. Jadi, janganlah tiba-tiba nak terus melompat, luruskan lunjur dulu baru bangun berjalan. Kalau tak, buatnya tersadung ke, terkehel ke...awok jugak yang susah kannn...

Antara cabaran di bulan puasa dalam keadaan PKP ini ialah bekerja dan dalam masa yang sama mengelolakan hal ehwal rumah. Macamana tak tengok, kita ni tercokok kat dining table. Macam-macam kita nampak. Tengok baju kotor dah menimbun, kita sauk terus penuhkan dalam mesin basuh. Sambil-sambil jawab email, dengar mesin baju dah berbunyi riang...teruslah bangun betul-betulkan lenguh duduk tu untuk pergi ke balkoni menyidai pakaian. Lepas tu duduk balik, agak sejam lepas tu...teringat pulak lantai belum sapu. Dah bangun pulak cari penyapu. Lepas tengahari curi-curi masuk dapur untuk sediakan bahan...at least pukul 5 tu dah boleh terus masak. Haaa...so, jangan cakap surirumah dudok umah rileks...kesian depa weyyy banyak kerja. Yang berkerjaya ni pun kena bahagi jiwaraga separuh-separuh...mana nak teruskan buat kerja, mana nak make sure urusan domestik tak terjejas...fuhhh sebab tu lagi seronok kot masuk pejabat (sebab fokus kita tak banyak lari). Tak ada la nak teringat lap kabinet ke, nak mop lantai ke, nak buang sawang ke...hahaha...

Kata Ustaz, kita kena redha dalam apa jua keadaan pun. Redha kala ditimpa musibah dan redha jua kala dalam nikmat. Allah beri kita kesihatan yang baik, kita redha. Mestilah seronok kan sebab tak perlu jumpa doktor, tak payah makan ubat, aktif ke sana ke mari. Mungkin tak susah untuk redha dalam keadaan begini. Bagaimana pula bila Allah beri kita sakit, kita redha tak? Adakah keadaan kita sama seperti ketika kita sihat yakni kita masih tetap menguntum senyum dan sabar. Kena yakin yang sakit itu baik untuk kita, mustahil Allah zalim. Dia beri sihat, dia beri sakit. Tujuannya sama, iaitu untuk menguji. Bila Allah beri sakit, boleh gugur dosa-dosa kita yang lalu dan boleh naik darjat...maka kenapa tak mampu senyum?  Bukankah baik sakit itu untuk kita? Kalau untuk semua keadaan kita redha dan berlapang dada, maka mudah untuk kita menjalani kehidupan, mudah menggapai bahagia dan yang pentingnya beroleh ganjaran pahala yang besar. Begitulah istimewanya orang muslim dalam apa jua urusan. Kemuncak tertinggi atas kesabaran itu kelak Allah anugerahkan dengan syurga yang kekal abadi.

Jadi dalam keadaan PKP ini, kita kena banyak-banyak sabar dan muhasabah diri. Walaupun cuak juga memikirkan entahkan dapat balik beraya ke atau kena beraya dalam rumah sahaja tahun ini, silalah tetap bersangka baik dengan apa jua kesudahanNya. Yang penting tahun ini tak perlu pening nak decide warna tema baju raya, tak payah sibuk nak buat kuih raya atau nak sibuk shopping kuih raya...just duduk diam-diam kat rumah. Boleh guna masa yang terluang untuk sediakan juadah berbuka puasa yang lebih berkualiti untuk keluarga. Selalu gigih je menapak dan menapau kat bazar Ramadhan, sekali ini kau sendiri kena masakkan...ahahaha...penat sikit la tapi okay jugakkan...masuk hari kedua dah buat bubur kacang, hari ni buat karipap kentang pulak...eh eh...rajin pulak kau mak Jemah yeee....! (Teringin nak makan la cik Nab oiiii...).

Tak kisahlah nak buat apa kat rumah tu ye, yang penting fikirkan kebajikan (at least untuk diri sendiri) bukan setakat di dunia dan di akhirat. Covid-19 ni bila sampai masa yang Allah tetapkan dia akan hilang lenyap. Kita pun sama...walau sihat elok berkurung mematuhi arahan, belum tentu bila ajal datang menjemputkan? Jadi, isunya bukan masa, bukan tempat ...isunya ialah apa persediaan kita? Sudahkah kita bersedia? Cukuplah renungkan satu perkara ini sahaja pasti tak payah dah nak fikir perkara lain.

Tak caya? Cubalah.

Monday, February 29, 2016

Mendaki Broga

Tanggal 27/2/2016, Telipuk menguatkan azam dan tekad untuk mencatatkan pengalaman baru berbekalkan semangat JK1M yang berkobar-kobar...chewahhhh....maklumlah, orang jenis hangat-hangat taik ayam macam Telipuk ni, kebiasaannya merancang bukan main lagi tapi bila mai bab melaksanakan mulalah....Tapi kan...semenjak dua menjak ini Telipuk dapat rasakan yang Telipuk hari ini bukanlah Telipuk yang dulu...pergghhh...win betullah ayat tu!

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..." ewah...nyanyi sikit lagu Tegar...tapi tang tu saja yang sesuai. In shaa Allah, Telipuk merasakan perubahan dalam diri yang positif. Betullah, manusia ini bila ditimpa musibah dia selalu ingat yang negatif saja padahal rupa-rupanya apa yang Allah beri itu terkandung kebaikan yang besar. Sangat banyak hikmahnya. Yang penting, apa yang Allah beri itu adalah yang TERBAIK. Percayalah! Telipuk sangat percaya sebab ini pengalaman Telipuk sendiri. Rasanya sudah tertebus kesakitan yang Telipuk rasa....huhuhu...macam tragis saja bunyinya kan...biarlah rahsia...syyyhhhh...


Berbalik kepada cerita Broga kita...hissshh...sempat buat iklan lagi tu. 

Ekspedisi ini sebenarnya bukanlah anjuran team JK1M yang Telipuk sertai tu tetapi dalam ramai-ramai tu...ada geng yang pakat-pakat, ajak naik bukit Broga. Ada 10 orang yang berminat , termasuklah Telipuk. Telipuk memang dah syok naik bukit ni semenjak mencuba buat pertama kalinya mendaki Bukit Terisek tahun lepas. Bila coach Fzanne bawa team naik Bukit Saga, Telipuk memang kecewa tak dapat ikut sebab masa tu Telipuk mengalami kecederaan otot. Jadi, bila dapat tawaran naik Bukit Broga...eh..eh..eh...dah tentulah Telipuk tak sanggup nak lepaskan!

Bangun pukul 3 pagi semata-mata nak naik Broga. Pukul 3.30 siap berkumpul kat Petronas Taman Melati tunggu geng nak konvoi sama-sama. Tapi biasalah perancangan manusia, ada yang terlewat bangun dan sebagainya...tunggu pi tunggu mai, pukul 4 lebih baru boleh bergerak menuju ke Semenyih. Uishhh...pertama kalilah Telipuk cecah Semenyih nih...jangan main-main, ada kampus Nottingham University kat sini tau...kerlasssss...!!! Cantik bangunan residensi dia. Pemandangan lain, memang tak nampak sangatlah pasal awal pagi sangat...gelap wehhh!

Sampai kat kawasan parkir, umang aiiii...ramainya manusia!!! Dengan basnya, dengan vannya...kereta jangan ceritalah. Parking kat celah-celah pokok kelapa sawit . Ada caj tu...berapa ntah tak ingat...RM4 kot per entry. Kat depan toilet lagilah...seringgit...seringgit...huish...baguih no bisnes toilet ni. RM1 sekali masuk ngkau!! Ko hado???



Berbekalkan suluhan lampu picit...ada yang pakai yang jenis lekat kat kepala tu...perghhh...canggih korang! Telipuk tak berani nak invest lebih-lebih lagi pasal Telipuk tak berapa percaya dengan diri sendiri (hahaha!)...jadi pakai lampu picit biasa sahaja. Bateri jer baru. Pendakian dimulakan tanpa banyak soal. Sebab suasana gelap, perasaan tu taklah macam mendaki Terisek di waktu siang benderang dan nampak anak tangga yang tinggi saujana mata memandang tu...sebab tu bila mendaki Broga tak terasa 'stress'. Tapi memula tu Telipuk cuak jugalah sebab takut jadi apa-apa kat kaki yang baru pulih ini. Mak Telipuk dah membebel berbakul-bakul dah pasal dia tak galakkan Telipuk berlasak balik. Telipuk pergi training JK1M pun dia dah merungut...ala mak...bolehlahhhh.

Telipuk berjalan dengan kawan, budak Setiawangsa bernama Azrin. Kami ingat kami yang paling last sebab bila orang dah ramai tu, kami terpisah dari geng lain. Rupa-rupanya bila dah naik puncak pertama selepas baris panjang nak naik tu...kami yang paling di hadapan. Hemmppphh...apa lagi, bentang tikar makan bekallah jawabnya sebab perut dah lapar. Masuk subuh, solat kat atas tu dan tunggu tengok matahari naik.

Dok roger-roger member lain, sampai cerah tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya depa dok galak bergambar. Hahaha...janji nak turun pukul 8.30 konon...pukul 8.30 baru nak terhegeh-hegeh complete kan puncak. Tapi kan, serius cakap, memang terbaiklah bukit ni...cantiknya permandangan...Subhanallah. Hilang rasa penat mendaki.


Kami menghabiskan masa yang agak lama di atas. Bila naik ramai-ramai tu, kami buka bekal masing-masing untuk makan bersama. Semua bawak makanan sihat jer...huhuhu...memang tak ada la yang bawa bekal nasi lemak, mee goreng ke...hahaha sadisss...Telipuk konon nak buat sandwich tuna bagai...tapi sebab bangun pun dah pukul 3, tak sompek! Cuma rebus telur 2 biji dan rembat roti bijirin penuh 2 keping. Bawak air masal 1 lier dan 2 botol minuman isotonik. Sebab syok sangat, tak terasa lapar. Makan telur sebiji dengan roti sekeping. Turun bukit kepala pusing, angin dah masuk! Huhuhu...


Pasal apa ambil masa nak turun? Mahunya tak, asyik nak berposing saja. Hahaha...penuh grup whatsapp JK1M kami muatkan gambar-gambar Broga. Saja bagi jaki member yang tak dapat join. Untuk Telipuk, rasanya tak susah mendaki Broga. Betul, Terisek lagi susah. Dan bagi yang dah pergi Bukit Saga...bak kata mereka, kalau dah naik Saga tu, Broga ni kira celah gigi saja...amboooiiiii!!!

Akan tetapi, Telipuk rasa bab nak turun tu agak susah. Sebab apa...jenis permukaan Broga ni dia nak kata berbatu ye jugak, lepas tu tanah dia berpasir, jadi memang agak licin dan mudah menggelunsur. Bila angin bertiup, debu-debu pasir dan tanah habis berterbangan. Mungkin juga sebab dah ramai sangat orang naik Broga setiap hari, sampai lunyai macam tu trail dia. Apatah lagi untuk Telipuk yang baru pulih ni, memang teragak-agak juga nak menuruni bukit tu sebab semua berat bebanan badan dah bertumpu ke kaki. Cuak la jugak!



Cuak tak cuak, posing tetap kena posing. Lagipun dengan geng-geng gila macam ni memang seronok. Rasa Telipuk, Telipuklah yang paling warga emas dalam group ni...hahaha...terasa sungguh antik sekali. Tapi tak apalah, zaman muda-muda Telipuk dah rasa...now Telipuk nak enjoy zaman nak tua ni...umur tetap akan naik kan, biarlah...yang penting, belum terlambat untuk mencari pengalaman baru. Hidup menjanjikan peluang yang banyak untuk semua, pandai-pandailah memanfaatkan untuk kesejahteraan diri.



Satu...dua...tiga...lompattt!!! Baik-baik, jangan jatuh weiii. Punyalah lambat turun sampai orang lain yang naik tadi ramai-ramai tu pun dah pakat-pakat balik...hahahaha...


Owhhh....what a feeling!!! Rasa macam bebas...macam terlepas dari kesakitan yang membelenggu jiwa. Lupa segala masalah. Indahnya panorama. Indahnya alam ciptaan Tuhan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Hoi hoi ya hoi...kita semua gembira
Hoi hoi o ya...berjaya naik Broga
Hati gembira
Semua ceria

Ai ai cippp...ekspedisi telah berjaya!


Lepas ni kalau ada program lain lagi...jangan tak ajak pulak ye...

Ada orang tu siap beli tongkat hiking kat bawah...mesti ralat la kalau tak boleh digunakan, ye tak? Hihihi. Tu kalau dah beli tongkat, koman-koman Bukit Gasing kena pi panjat tu...kalau tak sampai Bukit Gasing, Bukit Nenas pun jadilah. ;)


Hemmm...Alhamdulillah. Happy. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka dapat naik Bukit Broga. Lepas ini kalau boleh nak repeat lagi. Memang nak teruskan hobi baru ini, in shaa Allah, tu yang kena stick juga dengan kawan-kawan JK1M walaupun selepas program dah berakhir. Kena ada kawan-kawan yang sama minat untuk berkongsi, barulah menjadi. Nak buat sorang-sorang, alamat tak ke manalah.

Semoga dapat jumpa kamu lagi, Bukit Broga!

Friday, June 26, 2015

Babak2 Jumaat

Seperti tahun-tahun kebelakangan ini, perjalanan puasa kali ini juga semakin terasa pantas berjalan. Macam tak percaya hari ini sudahpun 9 hari kita berpuasa. Kalau dulu minggu pertama ini baru nak 'panaskan' badan, sekarang entah mengapa rasa macam dah penghujung puasa. Kalau dulu minggu pertama rasa nak atur juadah berbuka dan bersahur dengan sempurna, sekarang tak kisahpun apa yang tersedia.

Masuk hari kedua lagi dah pening kepala nak bagi makan apa. Bukanlah puasa tu kita nak membesarkan bab makan, tapi nak kata...betapa terasa bezanya Ramadhan dulu dan Ramadhan sekarang. Budak-budak kat rumah ni tak macam saya dan adik-beradik dulu-dulu. Siap ada request! Hisham asal ada telur saja dah cukup. Telur goreng dengan kicap. Aiman asal ada ayam goreng. Aku pula lebih suka makan kuih muih dan mee dan cik abang pun sempoi. Tak adalah nak request kurma ke, percik ke, talam dua muka ke...pendek kata, sama jer! Jadi yang kesian ialah mak. Hahaha...maunya tak kesian, dia kan semangat bab-bab memasak ni. Tapi skil dan kemahiran dia tu tidak digunakan sepenuhnya. Itu yang dia semakin tak sabar nak balik Perak ni...biasalah, nak bagi makan anak-cucu. Kadang rasa nak berleter jer sebab dia pun bukannya kuat macam dulu, tapi dah kalau itu yang dia really look forward to dan menggembirakan hati...diam aje lah! Sabar mak ye, lepas appointment dengan doktor awal bulan Julai nanti orang hantar mak balik.

Hari ni terpaksa ambil cuti sempena hari report card sedunia...hahaha...ramai mak bapak kena jumpa cikgu sekolah anak untuk ambil keputusan peperiksaan dan berbincang perkembangan anak-anak. Pagi ke sekolah rendah, petang ke sekolah menengah. Kelas masing-masing kat aras atas sekali. Nasib baik tak mengah teruk naik tangga. Siap naik turun balik rumah sebab tak bawa dompet. Cikgu nak kutip yuran sekali. Nasib baiklah rumah dekat tapi berlari-lari anak jugalah mengejarkan giliran yang nombor 5 tu. Mujur orang yang nombor 2 tersangat kiasu berbincang isu anak dia yang memang dalam kategori pelajar harapan sekolah tu...masa sampai balik just nice orang nombor 3 nak keluar dan orang nombor 4 pula menghilang tak dapat dikesan...rezeki!

Sempat juga bawa mak pi Jakel Mall. Ini antara wish list dia menjelang persiapan raya ini. Ingatkan nak pergi weekend tapi dah cuti ni, baik pergi terus. Pergi bawa kereta , katanya parking banyak...tu yang konfiden jer. Memang pun, siap dapat petak depan pintu lagi. Meriah betul Jakel ni....aku sebenarnya kurang selesa diekori sales girl...rasa tertekan nak memilih dan tertekan juga nak buat pembelian. Aku baru nak ronda-ronda, dia dah push suruh beli itu ini. Rimas!!! Sekali supervisor diaorang siap marah sapa-sapa yang lepak tak layan pelanggan...pergh...patutlah mencicit diaorang ni kejar pelanggan untuk pastikan tak kena marah dengan boss. Hish...kesian pulak aku rasa. Maka, kitaorang pun sambarlah seorang sepasang baju baju kurung untuk mak dan aku beli jubah.

Petang semalam tiba-tiba terasa 'syahdu'...mula-mula teringatkan ayah. Tu yang beli kuih buah melaka tu. Lepas tu teringat suasana di kampung dulu-dulu. Zaman suka bertukar-tukar juadah dengan jiran. Terus Aku ambil piring, isikan dengan kuih yang mak buat - kuih badak dan keria dan suruh Aiman hantar ke rumah sebelah. Harap jiran Aku tak pengsan pula dapat kuih sebab dah lama Aku tak buat dek boring dengan corak komunikasi 'satu hala' jer...memanglah, kalau nak sempurna sokmonya kita nak hubungan yang ada timbal balas, ada reaksi, ada respon...tapi fikir punya fikir, ah, lantaklah...dia pun bukannya buat khianat apa pun...cuma pendiam saja. Jadi, mengambil semangat Ramadhan ni, Aku ambil jer lah langkah ala perigi cari timba ni. Lupa pulak nak pesan kat Aiman kata tak payah balas. Yelah, tak nak lah kalau dia susah hati pulak nak membalas. Apa-apalah kan...kalau pinggan tak balik, akak redhakan sajalah.

Teringat kata Ustaz Harun Din. Jangan cepat perasan yang kita ni puasa. Puasa yang bagaimana? Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Menahan diri dari melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa. Setakat tak makan dan tak minum pagi sampai senja tu ramai yang tak ada masalah nak buat. Nak tahan mulut dari bercakap benda yang tak perlu lagilah susah. Tapi kena usahakan juga. Kita tak ada banyak masa/kesempatan untuk membuat bekalan yang boleh kita banggakan di akhirat nanti. Justeru jom kita cuba rebut apa yang Allah tawarkan. Mudahan-mudahan dapat mendisiplinkan kita untuk terus beristiqamah bila ramadan berlalu pergi.

Wednesday, February 11, 2015

Ingat-ingat Lupa

Ada sekali tu, semasa saya sedang bermain dengan Moyen (Moyen adalah kucing peliharaan saya) ketika TV sedang bersiaran suatu program agama, terdengar komen Ustaz..."Perempuan macam itulah, bab nak memaafkan ini mungkin mereka boleh maafkan tetapi mereka susah nak lupakan". Dengan erti kata lain, forgive but not forget.

Iya ke? Eh...macamana nak lupa benda yang kita ingat? Benda yang dah terpateri dalam rakaman sejarah hidup. Pada sayalah, bukan soal perkara-perkara berkaitan kemaafan itu yang kita payah nak lupa tapi benda-benda lain pun bila dah masuk dalam ingatan, susah nak buang. Ke ada orang yang fikiran dia macam fail dalam komputer. Agak nak space lebih, delete jer mana yang berkenaan. Hemmm...

Misalnya, saya masih ingat peristiwa pinafore saya yang terkoyak dek tersangkut pada tali beg seorang budak lelaki yang pada ketika itu hendak bergegas turun bas sekolah. Walaupun ianya sudah lebih 30 tahun berlalu , saya masih tak mampu nak lupakan sebab giler malu besar pada hari itu. Hello...bas penuh okay masa tu...Tapi sudah tentulah saya dah lama maafkan dia kerana itu bukannya sengaja. Nak buat macamana. benda dah nak jadi. 

Saya juga percaya yang arwah tok saya sudah lama memaafkan kesilapan saya yang suka mengutip duitnya yang dia suka simpan merata-rata bawah tikar mengkuang untuk dibuat belanja beli aiskrim. Bukan sebarang aiskrim tau, tak mainlah aiskrim potong...ini branded punya, Cornetto pada tahun-tahun 80an adalah dianggap premium. Saya tahu dia maafkan sebab walaupun dia marah atau ada isu dengan saya pada satu-satu ketika, dia tidak akan ungkit pasal kes aiskrim itu walaupun saya pasti dia tidak lupa akan perbuatan durjana saya itu.

Jadi, saya fikir kenyataan seperti memaafkan tetapi tak boleh lupa itu masih ada bahagian yang tertinggal. Bukan nak kata itu silap, tapi cuma nak beri penambahan rasa sahaja iaitu ada bezanya antara memaafkan tetapi tak boleh lupa dengan memaafkan tetapi masih nak mengungkit. Bahagian kedua ini yang selalunya berlaku dan mungkin kena dengan kenyataan diberi itu. Kalau seseorang itu sudah memaafkan tetapi dia ingat peristiwa lalu, saya fikir itu adalah lumrah. Asalkan dia tidak mengungkit lagi barang yang dah lepas. Lainlah kalau dia kata maaf, tapi acapkali jumpa dia dok kenen-kenen, sindir-sindir dan sebut-sebut lagi....makanya itu barulah namanya kemaafan yang tak lepas. Tak ikhlas. 

Rasanya untuk saya yang dah masuk 4 series ni...benda yang patut ingat pun dah habis lupa...hahaha...benda yang baru cerita kelmarin, hari ini bila orang tanya, boleh buat muka blur. Haa..yang tu apa cer???

Thursday, January 15, 2015

Mengejar Masa

Bermula awal tahun ini memanglah rasa sibuk. Lepas satu, satu perkara lagi. Tapi rasanya, tak perlulah nak mengeluh bagai atau nak bagi alasan atas 'kelengangan' lalulintas di blog ini sebab adapun yang demikian itu adalah kerana kegagalan pengurusan diri.

Kata Ustaz saya, manusia ini dijadikan Allah berbeza-beza dari segi - rezeki (harta benda : ada yang kaya, ada yang miskin), rupa paras (ada yang cun melecun, ada yang biasa-biasa, ada yang lawa tiada manis ada), berbeza dari segi umur (ada yang tua, ada yang muda), berbeza juga dari segi pangkat dan darjat (ada yang CEO, ada yang peon, ada keturunan bangsawan, ada keturunan imigran) dan sebagainya. Namun itu tidak bermakna berlaku ketidakadilan di situ kerana Allah Maha Suci daripada sifat sebegitu. Justeru, ukuran kita tidak seharusnya berdasarkan parameter yang tidak sama ini...kena cari satu titik persamaan. Di mana persamaan itu???

Jawapannya ialah...tet...tet...tet..."Masa"! Ya, betul!!!

Masa adalah titik persamaan kita. Sekaya mana pun seseorang itu, seberkuasa mana pun dia, setua mana pun dia, sehina mana pun dia, sepandai mana pun dia...masing-masing tetap beroleh 24 jam masa sehari untuk digunakan. Masa yang saya ada ini sama saja dengan masa yang Tun Dr. Mahathir ada...tapi masa saya ini terasa tak cukup aje padahal entah apalah yang saya sibuk perbuatkan. Kalau mantan PM pulak, dengan jumlah masa yang sama...boleh aje dia tulis buku, bagi syarahan, berjumpa dan berdiskusi , memberi nasihat dan pandangan, membaca buku yang banyak, ditemuramah lagi, dan seribu macam perkara lagi.

Itu belum lagi kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah (S.A.W)....betapalah laihnya umat iniiii...

Jadi sebetulnya saya belum lagi mencapai tahap penggunaan masa yang optimum...huh...;)

Justeru, bila-bila saya berasa lelah dan dikalahkan oleh keperluan untuk berbuat sesuatu yang tak pernahnya habis, saya cepat-cepat 'reset' minda balik...susah macam manapun, satu - nak tak nak kena harungi juga, kedua - Rasulullah laaaagggiiii susah nak berdakwah selamatkan umat, ketiga - aku belum mati lagi. Yang ketiga tu adalah ubat yang mujarab , pasal apa...pasal...kalau nak rehat dan tak buat apa-apa....memanglah jawabnya kena jadi mayat. Masa tu memang rehat habis!

Sebab belum jadi mayat lagi inilah maka mengagahkan diri memenuhi permintaan calon PhD yang mahu menemubual untuk tujuan menyiapkan tesisnya berkaitan bidang tugas kawalselia kandungan dan penapisan internet (yang sudah berkali-kali ditangguhkan). Di tengah-tengah masa kecederaan pula tu sebab saya perlu menyiapkan satu submission kepada Suruhanjaya yang deadline adalah hari ini. Sepatutnya ada satu lagi tugasan yang tarikh matinya juga hari ini tapi mujur dapat melobi bos untuk penangguhan. Tengahari pulak ada ceramah Ustaz Anzaruddin yang best yang semestinya saya tidak mampu tolak. Hahaha...belasah sajalah labuuuu

Tapi akhirnya, saat saya membuat entri ini...masa tetap saja berjalan, yang terjadi tetap saja terjadi, I am still very much alive...see....life goes on!

Ohw...ini buah tangan dari pensyarah muda tadi. Best kan....hahahah....kalau macam ni, boleh mai temuramah lagi lah.


Monday, August 13, 2012

Bukan Kerana Soya

Patutlah orang kita payah hendak berjaya dalam perniagaan macam orang lain. Nak berjaya macamana...belum apa-apa sudah berdengki sana, berdengki sini. Tak puas hati tengok orang senang. Kalau nak berjaya, dia hendak berjaya seorang. Orang lain biar susah belaka. Kalau dia susah, dia nak orang lain pun susah juga. Caittt!!!

Mungkin saya tak patut mengulas sampai begitu sekali hanya kerana tersinggung dengan sikap seorang peniaga sahaja. Apapun saya percaya, apa yang keluar dari mulut, itulah yang mencerminkan hati dan bagaimana hati, begitulah peribadi.

Alkisahnya saya ke bazar Ramadhan oppss...bazar makanan jer lah...buat apa nak kaitkan bazar dengan Ramadhan , kan? Macam buffet Ramadhan...tersangatlah mengelirukan seolah-olahnya bila berpuasa, itu ajelah yang orang Islam utamakan...makan!...makan!...makan! Selalunya saya ke sana sebab anak-anak suka ayam goreng RFC (Razlan Fried Chicken). Dan kalau nak ayam percik dan apa-apa jenis lauk yang tak kuasalah nak buang tenaga masak kalau cuma hendak makan sepiring. Jadi, hari itu Encik Suami teringin pula tengok ayam bakar...kami pun berhentilah singgah di gerai tersebut dan menunggu giliran bersama-sama beberapa orang pengunjung lain. Bersebelahan gerai ayam bakar ialah gerai menjual air soya panas. Kedengaran si penjual melaung-laung mempromosi produk jualannya. Rasanya dari jauh pun boleh dengar, tak payah guna pembesar suara. Encik Suami berdiri betul-betul di pinggir gerai ayam bakar, saya pula berdiri betul-betul di belakang Encik Suami...nak berdiri di depan gerai tu...tak boleh sebab asapnya berkepul-kepul...pedih mata nanti. Saya tak sangka pula perkara seperti itu boleh mengundang ketidakpuasan hati si penjual air soya kerana tiba-tiba dia menegur saya dan meminta saya berdiri di tempat lain kerana nanti orang tak nampak pula jualan air soyanya.

Bulat mata saya memandangnya. Sumpah dia tak hensem langsung! Er...actually, saya terkejut. Terkejut sebab tak sangka begitu tahap pemikiran dia sampai boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu. Saya pun pusing tengok keliling...manalah tahu kalau sungguh benar terlindung gerai soya tu. Ternyata tidak benar sebab hanya saya seorang berdiri...itupun memang sudah di hujung-hujung sebab saya pun tak akanlah hendak tercokoh depan gerai dia sebab saya tidak mahu beli air soya pun...normal lah tu.

Saya tidak terkata apa-apa melainkan terus beredar. Ikutkan hati saya hendak je jawab, "Bang, kalau Allah dah tetapkan rezeki tu ada, tak payah risaulah kalau kena hadang dengan saya atau kena serkup dengan kelambu sekalipun...pasti ada rezeki . Tapi kalau bukan rezeki , gerai ni terbuka terang trang tang tang pun jangan harap boleh jual secawan soya pun!" Tapi saya tak kata. Saya diam sahaja sebab saya tahu tak guna bercakap dengan orang yang mentalitinya begitu. Selepas saya beredar, dari kejauhan saya dengar dia masih melaung-laung nyaring tapi gerainya masih kosong, pembeli hanya lalu lalang tanpa berhenti. Bukan hendak kata saya dah beri sumpahan ke apa...pada saya, dia sendiri yang menghalau 'rezeki'.

Bayangkanlah...kalaulah dia jenis peniaga yang bermuka manis dan berbaik sangka, dia tentu akan gembira yang gerai di sebelahnya itu mendapat sambutan. Biarlah kalaupun pelanggan gerai itu beratur sampai ke depan gerainya. Bukankah dia boleh menyapa mereka dengan kata-kata, "Alang-alang menunggu ayam bakar siap, apa kata beli soya panas saya ini? Memang sedap dan sesuai makan dengan ayam bakar. Silalah beli". Haaa...kan bagus tu? Tak logiklah dia nak hangin dengan gerai ayam tu sebab persaingan kerana ayam dan soya adalah dua produk yang bukan pengganti sempurna. Malahan, bolehlah dikatakan kedua-duanya saling lengkap-melengkapi. Bila anda makan, anda perlu juga minum. Soooo...tak bolehkah bekerjasama ? Kalau saya jadi pelanggan yang terpaksa berdiri depan gerai soya dek ramainya orang di gerai ayam...adalah tidak mustahil saya akan turut membeli soya sebab rasa 'guilty' mengganggu urusan jual beli penjual soya atau boleh jadi juga bila dah lama menunggu tiba-tiba terkecur pula air liur melihat soya. Itulah namanya rezeki orang, boleh jadi rezeki kita juga.

Haishhh...tu la...masa Dr. Azizan Osman panggil pergi seminar percuma tak nak pula. Cubalah pergi tinjau tengok apa yang tak kena dengan perniagaan kita? Kadang-kadang perniagaan tu dah ok...tapi masalah besar ialah diri sendiri. Tingkah laku yang tak sesuai. Asal tengok orang lebih sikit, mulalah nak bengang tak tentu pasal.

Dan oh ya, saya juga jumpa situasi gerai-gerai yang duduk bersebelahan, mereka saling promosi-mempromosi. Bergurau senda lagi. Kelakar pun ada. Pengunjung yang terhibur pun singgah tengok apa yang ada...bila dah singgah, peluang untuk menjual dah terbuka. Tak payahlah hendak bengis-bengis...semuapun nak cari rezeki. Nanti muka masam macam tu...jangankan rezeki, hantu nampak pun lari!

Sorrylah Encik Soya...bukan niat saya hendak balas dendam atau apa...Memang saya bukan pelanggan awak, tapi itu tidak bererti saya tidak berpotensi menjadi pelanggan awak. Terus terang cakap, kalau lain kali saya nak merasa air soya panas...saya tak akan beli dari gerai awak Encik Soya. Well...tak mengapalah, kan...bukannya rugi banyak sen sangat, kan...kan masih ada pelanggan lain. Ya, teruskanlah bersikap macam itu Encik Soya. Teruskan dengan sikap, "Saya apa peduli. Tak nak beli, sudah!".

All the best, Encik Soya...

Monday, May 21, 2012

Angin Perubahan

Bukan selalu idea-idea seperti itu melintas dalam kepala dan bukan selalu juga Aku memberi pertimbangan sebegitu. Kebiasaannya kena caras kerana selalu merasakan ianya terlalu 'mengarut' untuk dilaksanakan. Kali ini, siap disenaraikan, siap diperhalusi, siap dikaji siasat. Namun, sering bila sesuatu itu mula menerbitkan rasa 'suka', mulalah langkah-langkah seterusnya menemui jalan buntu. Ada sedikit rasa kecewa kerana perancangan yang mula mahu terbina itu harus segera dinokhtahkan. Tak apalah, kena akur bahawa perancangan seumpama itu bergantung kepada banyak faktor dan tidak boleh semberono menurut kata hati. Pun begitu, Aku tidak ingin mengklasifikasikannya sebagai sesuatu kegagalan. Sebaliknya, Aku melihatnya sebagai satu perkembangan yang baik ke arah usaha menambahbaik yang positif.

Jom lihat apa lagi yang boleh kita jayakan. Teruskan memberi peluang kepada diri sendiri.

Ayuh...gambatte kudasai!

Friday, April 06, 2012

Melentur Ego

Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang tidak akan berjalan seperti yang kita impikan. Seseorang menulis di halaman mukabukunya, katanya, kehidupan itu sering saja tiada keadilan. Saya senyum sahaja. Kehidupan yang terlalu lancar dan sempurna serba-serbinya hanyalah kisah dongeng semata. Apapun tidak perlu berfalsafah panjang tentang kehidupan, cukuplah sekadar kita mengerti tujuan hidup di bumi ini pasti kita tidak temui isu tentang apa yang adil dan apa yang tidak.

Bercakap tentang kehidupan, pernahkah anda alami suatu fasa di mana anda perlu berhadapan dengan individu yang baru dikenali dan cuba bekerja dengannya. Tetapi pada peringkat awalnya seperti ada tembok penghadang yang besar di hadapan. Segalanya terasa seperti tidak kena. Malahan tegurannya juga sepertinya menghiris tangkai hati. Senang sangat rasa tersentap. Rasa seperti apa yang dilakukan tidak cukup bagus. Sudahnya diri seperti ingin berkata, ah, lantaklah...

Memanglah kalau hendak diikutkan, apatah lagi dengan kematangan yang ada, lazimnya kita buat biasa sahaja dan cuba bersikap profesional. Malangnya, apabila sesuatu itu menyentuh hati dan perasaan, ianya bukanlah semudah A,B, C untuk menangkis pergolakan emosi.

Jadi, apabila tersepit dalam keadaan sebegitu, apa yang saya lakukan ialah merenung ke dalam diri dan menerima dengan sedar segala kelemahan yang ada. Itu petuanya. Kita tidak boleh terus menyalahkan situasi yang tidak menyenangkan itu disebabkan orang lain atau mengatakan kita hanyalah mangsa semata-mata. Yang penting, ingatkan diri yang kita ini sebenarnya bertugas dengan 'Allah'. Penilaian kita nanti Allah yang buat. Dia yang akan tentukan. Jadi, kalau manusia lain merasakan kita ini tidak layak atau tidak cukup bagus, biarkanlah. Tak usah hendak melawan dengan hujah-hujah yang sebaliknya kerana ia tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Apabila kita meletakkan diri sebagai 'saya budak baru belajar' ianya lebih mudah untuk mengelakkan daripada merasa berkecil hati. Kalau kita rasa bagus, secara otomatik kita ada dalam diri kita rasa besar kepala, rasa kita tahu segala...itu yang bila berlaku pertembungan dengan individu lain yang mungkin jenis cari pasal, kita akan cepat melatah. Tetapi bila kita bersikap seperti padi, dengan sendirinya kita tidak akan ambil pusing dengan sikap orang lain sebab kita terbuka kepada apa-apa jua pandangan dan teguran. Baik dari yang muda mahupun yang tua. Dan lagi, ilmu itu boleh sahaja datang dari mana-mana . Yang terutama, kikiskan rasa diri hebat. Itu akan membuatkan kita tidak kisah dan tidak mengharapkan sekian-sekian bentuk layanan dan kelakuan. Kita juga bebas untuk menjadi diri sendiri, tak terikat untuk mempamerkan sisi-sisi plastik dan lakonan-lakonan yang tidak berapa menjadi. Kesudahannya hidup akan lebih tenang dan tenteram. Terhindar rasa sakit dan iri hati. Segala-galanya ada hikmahnya...kita menjadi lebih positif dengan apa jua yang sedang, telah dan bakal berlaku.

Permudahkanlah untukku urusan apa yang masih tinggal untuk kujalani sepanjang hayat yang masih ada ini wahai Tuhan.

Tuesday, March 29, 2011

Jengkel

Memulakan hari dengan menempuh perkara-perkara yang menjengkelkan memang boleh menggarap warna kusam di kanvas pengalaman. Boleh mencatat di sini sahajalah. Agak-agaknya, pernah jumpa tak perkara-perkara seperti ini :

1. Pemandu lain enggan memberi jalan. Tak 'bui' jalan satu hal...merbahayakan diri pun satu hal. Ada sekali tu, Aku siang-siang lagi dah bagitau nak ke kiri dengan lampu isyarat klip-klap-klip-klap...yang dia tu pulak nak ke kanan. Oleh kerana masih ada jarak selamat, bukankah logik Aku masuk je ke kiri , then, dia menyelit la ambil tempat Aku. Tapi si pemandu ni tidak, dia punyalah memecut nak make sure dia masuk kanan depan Aku....hish...gila ke apa? Kalau Aku pun keteqaq sama...sure 'bammm' laaa...

2. Ini mungkin hal kecik je. Tapi tetap menjengkelkan Aku. Selalunya bila Aku park kat level -2 tu, untuk naik level -1, Aku guna tangga je. Maleh la nak naik lif, sekejap sangat...buat marah je orang yang nak naik ke lobi. Laluan tangga ni ada 3 pintu...pintu pertama memang sudah siap disendal. Pintu kedua dan ketiga, bertutup. Kena tolak la. Aku kalau lalu dan tahu ada orang belakang Aku...Aku akan tahan dengan tangan supaya by the time orang belakang tu sampai, dia sempat sambut la. Kira tak de la pintu tu terhempas depan muka dia. Lain la kalau orang belakang tu jauh lagi...tak payah la dok pegang. Ada satu hari ni, seorang mamat macho berjalan depan Aku...agak-agak selang 5-6 tapak la. Aku kenal dia. Tapi mungkin dia tak kenal Aku kot pasal dia kan selalu ingat dia fofular...hahaha. Orang depan mamat tu kuak pintu memang lepas la untuk mamat ni masuk...yang bestnya si mamat ni tak nak guna tangan langsung, dia plak menyelinap ikut bukaan pintu tu walaupun dia tahu bunyi kasut Aku yang mengekor di belakang dia. Padahal 2 tangan dia lenggang je tak pegang apa-apa. Bukat setakat pintu ke-2, pintu ke-3 pun sama. Yang pintu ketiga tu memang terhempas depan muka Aku la pasal tak sempat nak jangkau...kalau mamat tu just tolak sikit, tentu Aku boleh sambut. Huh...tak gentleman langsung! Bukan Aku nak dia bukakan pintu pun...pintu tu tak tutup laju, sempat la Aku kuis sikit...bukan apa, pintu tu berat jugak...yang satu tu, bila dah 'bam' (banyak kali 'bam'), nak bukak balik tu sedikit ketat. Tu yang Aku rasa bengkek sket...

3. Jengkel yang ketiga ialah 'adab' naik lif. Hahaha...ada adab jugak ke? Well...kalau ko hidup di kalangan orang, Aku rasa baiklah ko peka dan sensitif sikit. Tapi kalau ko duduk di kalangan orang-orang...tak pe la kot! Suatu hari tu, Aku naik lif cam biasa. Ramai gak la dalam lif tu...semua muncung-muncung je...maklumlah, pagi Senin. Sekali, aikkk...lif tu tak berhenti kat tingkat Aku...aiyohhh...tapi button level 7 masih menyala...huh...sah! rosak la tu. Sampai level 9, Aku kuar...Aku tekan la butang ke bawah. Mana Aku tau lif yang tadi tu tetiba lak terbuka. Ada sorang minah ni menghantar jelingan yang tajam. Amboiii...terbunuh akak dik non oiii...Aku bagitau la, lif tu rosak agaknya. Dia buat derk je. Lantak ko la labu...By the time, Aku dapat lif lain untuk ke bawah, lif dia dok terbuka lagi. Hemmm...buat lagi bodoh sombong dengan Aku...kan dah ketulahan tu...hehehehe

Adab naik lif yang lain ialah...

Kalau tekan tingkat 3, tak payahlah dok berundur duduk belakang sekali dengan orang-orang yang turun tingkat 15 ke atas...pasal kalau lif tu penuh, tak pasal-pasal engkau jugak yang susah hendak keluar pasal ko kena keluar dulu...dan untuk bolehkan engkau keluar orang-orang lain pun kena keluar juga. Ianya menganggu kelancaran perjalanan lif.

Perhatikan butang-butang lif tu. Jangan asal masuk lif je, sibuk tekan butang Blackberry...pasal apa, dengan sengajanya engkau akan hilang fokus dan mulalah orang lain yang kena ingatkan kau supaya keluar bila sudah sampai ke tingkat yang engkau hendak pergi. Itupun kalau orang lain sempat perhati butang apa yang kau tekanlah...kalau tak mulalah engkau buat muka gelabah. Relaks la brother...lif tu kalau tak naik ...dia turun, kalau tak turun...dia naik. Tak mungkin kau akan sampai ke tempat-tempat selain yang ditunjukkan oleh butang-butang yang ada.

Berilah laluan kepada orang yang hendak keluar dulu...macam naik lrt jugaklah. Janganlah asal aje pintu lif terbuka, kau terus lompat masuk. Bagi canlah orang kat dalam tu keluar, kalau ada yang nak keluar di tingkat tu. Kalau lif tu sendat, cam no? Naya je orang yang nak keluar tu, silap haribulan tak lepas, lif dah tutup dek lewat keluar (kerana kau sibuk nak masuk dulu).

Kiranya banyak jugak pantang larang lif ini kan...(ke Aku yang tak pasal cerewet lebih...)

Begitulah, kadang-kadang benda macam ini kita terlepas pandang. Sebab tak pernah fikir pun. Maklumlah, benda remeh. Tapi walaupun remeh, sedikit-sebanyak menyerlahkan sikap dan kelakuan sebenar kita juga adanya.

Wednesday, January 05, 2011

Lembaran Baru

Seseorang menelefon petang semalam. Ajak datang mesyuarat. Heheh...tunggu hari Rabu boleh? Sebabnya saya masih bercuti . Cuti yang panjang bermula 25 Dis sampai 3 Jan. Seronok!!! (Tetapi letih + penat + sentiasa rasa tak cukup masa).

Bila muncul di pejabat, terasa macam berada di planet asing sekejap. Bos pulak bagi kerja berbentuk write-up yang kena siap dan-dan tu jugak. Amboihhhh...Mengagau jugak le nak ciptakan situasi yang kondusif untuk merangka perenggan demi perenggan ayat-ayat yang padat dan tepat (setelah lama ketinggalan keretapi). Seksa juga!

Apapun perjuangan harus diteruskan. Tiba-tiba datang pulak semangat baru walaupun tak ada azam baru yang dibuat (azam lepas2 pun tak tercapai!). Masalah, dugaan, ujian dan apa-apa jua halangan tidak seharusnya membantutkan minat, keinginan, cita-cita dan harapan yang ada...samada kita berhasil memperolehi apa-apa yang kita ingini atau tidak, adalah tidak penting. Yang penting ialah proses yang dilalui. Pengalaman yang diperolehi. Dan kematangan fikiran yang tiada galang gantinya. Atas semua itu, syukur alhamdulillah kupanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Dan satu lagi, jangan komplen!!! Merungut. Mengomel. Mengkritik. Tak akan dapat menyelesaikan masalah. Kalau masih ada tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tak berfaedah itu, bermakna tentulah ada tenaga dan ikhtiar juga untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan solusi. Tumpu kepada perkara yang betul dengan membetulkan diri dan nawaitu terlebih dahulu. Barulah rasa walaupun buat benda yang kecil, tetap besar maknanya.

Tiba-tiba kalendar sudah menunjukkan angka 5...bulan yang pertama...pejam celik, pejam celik, cepatnya masa berlalu...tak ada azam bukan bererti tak ada pengisian. Tak perlu berazam untuk mengisi suatu kehidupan. Cukup dengan kesedaran yang nyawa masih ada dalam badan, masih diberi peluang dan ruang untuk mencari bekalan...tak usah disia-siakan hayat yang tak pasti bila bakal berakhir.

"Usia hamba itu sangat singkat, akan segera berakhir dan berlalu dengan sangat cepat. Justeru itu, jangan sekali-kali usia itu dipendekkan dengan dosa-dosa, kesedihan, kebimbangan dan kegelisahan" ~ La Tahzan

Tuesday, April 27, 2010

Not My Problem...???

Good lesson from this simple story...read on...

A mouse looked through the crack in the wall to see the farmer and his wife open a package.
"What food might this contain?" The mouse wondered. He was devastated to discover it was a mousetrap.



Retreating to the farmyard, the mouse proclaimed this warning :
"There is a mousetrap in the house!There is a mousetrap in the house!"



The chicken clucked and scratched, raised her head and said, "Mr. Mouse,
I can tell this is a grave concern to you, but it is of no consequence to me.
I cannot be bothered by it."

The mouse turned to the sheep and told him,
"There is a mousetrap in the house! There is a mousetrap in the house!"



The sheep sympathized, but said, "I am so very sorry, Mr. Mouse, but there is nothing I can do about it but pray.Be assured you are in my prayers."

The mouse turned to the cow and said, "There is a mousetrap in the house!
There is a mousetrap in the house!"



The cow said, "Wow, Mr. Mouse. I'm sorry for you, but it's no skin off my nose."

So, the mouse returned to the house, head down and dejected, to face the farmer's mousetrap . . . Alone. . .

That very night a sound was heard throughout the house
-- the sound Of a mousetrap catching its prey.



The farmer's wife rushed to see what was caught.In the darkness, she did no see it.
It was a venomous snake whose tail was caught in the trap. The snake bit the farmer's wife. The farmer rushed her to the hospital.

When she returned home she still had a fever. Everyone knows you treat a fever
with fresh chicken soup. So the farmer took his hatchet to the farmyard for the soup's main ingredient:

But his wife's sickness continued. Friends and neighbors came to sit with her
around the clock. To feed them, the farmer butchered the sheep.

But, alas, the farmer's wife did not get well...she died.



So many people came for her funeral that the farmer had the cow slaughtered
to provide enough meat for all of them for the funeral luncheon.

And the mouse looked upon it all from his crack in the wall with great sadness.

So, the next time you hear someone is facing a problem and you think it doesn't concern you,
remember ---

When one of us is threatened, we are all at risk.
We are all involved in this journey called life.
We must keep an eye out for one another and make an extra effort
to encourage one another.

THE END

Saturday, June 20, 2009

Mari Bersenam

Ya...mari keluarkan peluh dan sihatkan badan. Badan sihat, otak cergas. Minda yang kuat datangnya dari badan yang sihat...boleh jadi pengerusi kempen galakan senaman seMalaysia nih...har...har...har...

Ini semua gara-gara Rosebudlah! Dia sudah beli satu cross trainer. First time guna sudah burn 60 kalori. Hish! Dengki lak rasanya. Aku rasa kalau nak beli benda-benda alah yang sewaktu dengannya kat rumah ni, memanglah tak sesuai. Pertama, dah tak banyak space yang tinggal. Meja komputer baru dan meja kerja ala pejabat kat bilik tu aje dah penuh ruang. Lagipun kang bukan maknya dapat guna, mesti berebut dengan budak-budak pasal diaorang ingat mainan diaorang. Last-last jadi tukun aje.Jadi....tak payahlah beli!

Dengan semangat tidak mahu mengalah cewah! (A.Z.pun dah dok sibuk ke gym!), pagi-pagi buta tadi Aku ajak mak ke Taman Tasik Titiwangsa. Ala! Dekat pun! Seronok jugaklah. Dapat regang-regangkan otot dan buat lenturan sket. Lari-lari anak itik jer pun. Tak berani nak go extreme, lama tak buat mende ni, kang lain yang dicari lain pulak yang dapat.

Yang bestnya, sambil menyelam minum air la pulak...panorama pagi walaupun agak berjerubu, tetap membuka ruang untuk si blogger ini.

Bulan dan bintang yang masih bersisa



Matahari yang baru hendak menjengah warga kota



Dan Aku yang tak sudah mengintai matahari...ha...ha..ha...



Semuanya memberikan inspirasi pada sebuah kehidupan



Hemmm...harumnya bau tanjung! Ku kutip dan ku genggam. Semuanya renyuk terlerai. Baunya melekat di tapak tangan.



Jangan hangat-hangat taik ayam sudah!

Monday, April 21, 2008

Meeting or Exceeding...the expectation

Yesterday when we visited our Tasik Puteri's house, there's a notice from Pos (Laju) Malaysia addressed to me. It was dated on 16 April and I have 15 days from the notice's date to collect whatever that is from the collection centre, Rawang branch. Since we are'nt sure when we will be in Rawang again next time, hubby suggested that I call the branch and request that the parcel/registered letter be transferred to nearest collection centre say, Brickfields.

I am not sure whether there's such practice in place, but I don't think it is unreasonable. Furthermore, is'nt it the most convenient way of serving your customer better? With that, I positively dialled the number stated on the card. On my first attempt, the line was engaged, I waited for about 30 minutes before I tried again. This time the ringing tone was clearly heard, I thought it will go on forever but luckily, someone finally answered.

The image of a servant 'kowtow" in front of her Master flooded my thinking screen. Without hesitation, I explained my situation and ask whether it is possible for them to re-route the delivery to Brickfields. I got the affirmative NO. Excuse given, "Tak ada. Tak ada. Kita simpan kat sini, kalau tak ambil, kita akan pulangkan pada pengirim". It seems that the delivery was meant for the given address only, within the paid charge. So, no re-routing whatsoever. When I asked if she could check the detail of the consignment, she said she could'nt as it is keep by other department and it is not computerized. Fine. Looks like I have to travel to Rawang again, probably next week on Saturday.

Well...the whole thing prompted me to think further. I mean, I don't think my request was absurd or beyond possible means. In fact, there should be similar service for needy customer like me. I'm sure there's many cases where the consignment cannot be delivered because the addressee cannot travel to the designated centre for collection. Instead of returning the consignment to the sender, Pos Malaysia can take proactive action to offer value-add service by meeting the customer where he/she most preferred. And for that convenience, I'm sure the customer would not mind paying for that service. Pos Malaysia, furthermore, is fast losing its relevancy in this era of ICT, may be it's time for it to reassess and improve its core reason for existance...and may be becoming more competitive.

This whole thinking session reminded me of the posting I've read from Ustaz Hasrizal's blog. It's about hardwork and dedication in whatever we do. Optimize our brain and capability to the fullest. Challenge ourselves often so that we know our limits and boundary. Knows our weaknesses. And using our brain and knowledge to overcome it...and ultimately be more learned human being...All this will eventually lead us to the only path, the true path..Allah the AlMighty.

Just my two cents.

Tuesday, October 17, 2006

It's All About Attitude

Ops Sikap sempena sambutan dwi-perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini. Makanya, hari demi hari sepanjang tempoh kempen nie, kita akan dihadapkan dengan berita-berita tragedi di jalan raya dan statistik kemalangan. Poll Berita Harian yang membuat statement lebih kurang begini bunyinya : "setuju/tak setuju yang sikap pemandu Malaysia di jalan raya akan menggagalkan Ops Sikap kali ini"...jawapannya...100% setuju.

Tengok tu...semua orang tahu betapa pemandu kat Malaysia nie berdepan dengan masalah sikap...pentingkan diri sendiri, tak nak ikut peraturan, memandu dengan emosi, bla..bla...bla...Apa yang perlu kita lakukan untuk mengubahnya? Aku rasa, sikap dan tabiat nie...sedikit sebanyak adalah hasil pembentukan peribadi kat rumah jugak...kalau yang terbentuk tu baik budi pekertinya, insyaallah, akan lahirlah pemandu yang lebih berhemah dan punya kesedaran sivik yang tinggi. Sekolah memandu tu untuk refresh bolehlah, kalau nak suruh sekolah memandu ajar bakal pemandu supaya memandu dengan penuh berhemah, susah sikit la...semua dah tahap buluh betong! Nak lentur payah!

Harap-harap tak ramai yang jadi korban jalan raya tahun nie, kalau langsung tak ada lagi baik...tapi kalau ikut trend...huhuh...nak cakap pun tak gamak. Kepada yang bakal memandu balik kampung nanti, pandulah dengan cermat. Pilihlah masa perjalanan yang sesuai, janganlah time yang nak tidur tu baru nak jalan...kalau boleh biarlah memandu dalam keadaan yang segar dan sihat. Kalau perlu berhentilah kat mana2 perhentian untuk recharge tenaga. Biar lambat sampai, asalkan selamat. Fikirkanlah keselamatan anak2 dan isteri serta perasaan sanak saudara yang menanti kepulangan anda. Berilah peluang mereka berhari raya bersama anda dalam suasana yang meriah, bukannya suasana muram dan kesedihan dek kerana menangisi pemergian anda.