Monday, February 29, 2016

Mendaki Broga

Tanggal 27/2/2016, Telipuk menguatkan azam dan tekad untuk mencatatkan pengalaman baru berbekalkan semangat JK1M yang berkobar-kobar...chewahhhh....maklumlah, orang jenis hangat-hangat taik ayam macam Telipuk ni, kebiasaannya merancang bukan main lagi tapi bila mai bab melaksanakan mulalah....Tapi kan...semenjak dua menjak ini Telipuk dapat rasakan yang Telipuk hari ini bukanlah Telipuk yang dulu...pergghhh...win betullah ayat tu!

"Aku yang dulu bukanlah yang sekarang..." ewah...nyanyi sikit lagu Tegar...tapi tang tu saja yang sesuai. In shaa Allah, Telipuk merasakan perubahan dalam diri yang positif. Betullah, manusia ini bila ditimpa musibah dia selalu ingat yang negatif saja padahal rupa-rupanya apa yang Allah beri itu terkandung kebaikan yang besar. Sangat banyak hikmahnya. Yang penting, apa yang Allah beri itu adalah yang TERBAIK. Percayalah! Telipuk sangat percaya sebab ini pengalaman Telipuk sendiri. Rasanya sudah tertebus kesakitan yang Telipuk rasa....huhuhu...macam tragis saja bunyinya kan...biarlah rahsia...syyyhhhh...


Berbalik kepada cerita Broga kita...hissshh...sempat buat iklan lagi tu. 

Ekspedisi ini sebenarnya bukanlah anjuran team JK1M yang Telipuk sertai tu tetapi dalam ramai-ramai tu...ada geng yang pakat-pakat, ajak naik bukit Broga. Ada 10 orang yang berminat , termasuklah Telipuk. Telipuk memang dah syok naik bukit ni semenjak mencuba buat pertama kalinya mendaki Bukit Terisek tahun lepas. Bila coach Fzanne bawa team naik Bukit Saga, Telipuk memang kecewa tak dapat ikut sebab masa tu Telipuk mengalami kecederaan otot. Jadi, bila dapat tawaran naik Bukit Broga...eh..eh..eh...dah tentulah Telipuk tak sanggup nak lepaskan!

Bangun pukul 3 pagi semata-mata nak naik Broga. Pukul 3.30 siap berkumpul kat Petronas Taman Melati tunggu geng nak konvoi sama-sama. Tapi biasalah perancangan manusia, ada yang terlewat bangun dan sebagainya...tunggu pi tunggu mai, pukul 4 lebih baru boleh bergerak menuju ke Semenyih. Uishhh...pertama kalilah Telipuk cecah Semenyih nih...jangan main-main, ada kampus Nottingham University kat sini tau...kerlasssss...!!! Cantik bangunan residensi dia. Pemandangan lain, memang tak nampak sangatlah pasal awal pagi sangat...gelap wehhh!

Sampai kat kawasan parkir, umang aiiii...ramainya manusia!!! Dengan basnya, dengan vannya...kereta jangan ceritalah. Parking kat celah-celah pokok kelapa sawit . Ada caj tu...berapa ntah tak ingat...RM4 kot per entry. Kat depan toilet lagilah...seringgit...seringgit...huish...baguih no bisnes toilet ni. RM1 sekali masuk ngkau!! Ko hado???



Berbekalkan suluhan lampu picit...ada yang pakai yang jenis lekat kat kepala tu...perghhh...canggih korang! Telipuk tak berani nak invest lebih-lebih lagi pasal Telipuk tak berapa percaya dengan diri sendiri (hahaha!)...jadi pakai lampu picit biasa sahaja. Bateri jer baru. Pendakian dimulakan tanpa banyak soal. Sebab suasana gelap, perasaan tu taklah macam mendaki Terisek di waktu siang benderang dan nampak anak tangga yang tinggi saujana mata memandang tu...sebab tu bila mendaki Broga tak terasa 'stress'. Tapi memula tu Telipuk cuak jugalah sebab takut jadi apa-apa kat kaki yang baru pulih ini. Mak Telipuk dah membebel berbakul-bakul dah pasal dia tak galakkan Telipuk berlasak balik. Telipuk pergi training JK1M pun dia dah merungut...ala mak...bolehlahhhh.

Telipuk berjalan dengan kawan, budak Setiawangsa bernama Azrin. Kami ingat kami yang paling last sebab bila orang dah ramai tu, kami terpisah dari geng lain. Rupa-rupanya bila dah naik puncak pertama selepas baris panjang nak naik tu...kami yang paling di hadapan. Hemmppphh...apa lagi, bentang tikar makan bekallah jawabnya sebab perut dah lapar. Masuk subuh, solat kat atas tu dan tunggu tengok matahari naik.

Dok roger-roger member lain, sampai cerah tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya depa dok galak bergambar. Hahaha...janji nak turun pukul 8.30 konon...pukul 8.30 baru nak terhegeh-hegeh complete kan puncak. Tapi kan, serius cakap, memang terbaiklah bukit ni...cantiknya permandangan...Subhanallah. Hilang rasa penat mendaki.


Kami menghabiskan masa yang agak lama di atas. Bila naik ramai-ramai tu, kami buka bekal masing-masing untuk makan bersama. Semua bawak makanan sihat jer...huhuhu...memang tak ada la yang bawa bekal nasi lemak, mee goreng ke...hahaha sadisss...Telipuk konon nak buat sandwich tuna bagai...tapi sebab bangun pun dah pukul 3, tak sompek! Cuma rebus telur 2 biji dan rembat roti bijirin penuh 2 keping. Bawak air masal 1 lier dan 2 botol minuman isotonik. Sebab syok sangat, tak terasa lapar. Makan telur sebiji dengan roti sekeping. Turun bukit kepala pusing, angin dah masuk! Huhuhu...


Pasal apa ambil masa nak turun? Mahunya tak, asyik nak berposing saja. Hahaha...penuh grup whatsapp JK1M kami muatkan gambar-gambar Broga. Saja bagi jaki member yang tak dapat join. Untuk Telipuk, rasanya tak susah mendaki Broga. Betul, Terisek lagi susah. Dan bagi yang dah pergi Bukit Saga...bak kata mereka, kalau dah naik Saga tu, Broga ni kira celah gigi saja...amboooiiiii!!!

Akan tetapi, Telipuk rasa bab nak turun tu agak susah. Sebab apa...jenis permukaan Broga ni dia nak kata berbatu ye jugak, lepas tu tanah dia berpasir, jadi memang agak licin dan mudah menggelunsur. Bila angin bertiup, debu-debu pasir dan tanah habis berterbangan. Mungkin juga sebab dah ramai sangat orang naik Broga setiap hari, sampai lunyai macam tu trail dia. Apatah lagi untuk Telipuk yang baru pulih ni, memang teragak-agak juga nak menuruni bukit tu sebab semua berat bebanan badan dah bertumpu ke kaki. Cuak la jugak!



Cuak tak cuak, posing tetap kena posing. Lagipun dengan geng-geng gila macam ni memang seronok. Rasa Telipuk, Telipuklah yang paling warga emas dalam group ni...hahaha...terasa sungguh antik sekali. Tapi tak apalah, zaman muda-muda Telipuk dah rasa...now Telipuk nak enjoy zaman nak tua ni...umur tetap akan naik kan, biarlah...yang penting, belum terlambat untuk mencari pengalaman baru. Hidup menjanjikan peluang yang banyak untuk semua, pandai-pandailah memanfaatkan untuk kesejahteraan diri.



Satu...dua...tiga...lompattt!!! Baik-baik, jangan jatuh weiii. Punyalah lambat turun sampai orang lain yang naik tadi ramai-ramai tu pun dah pakat-pakat balik...hahahaha...


Owhhh....what a feeling!!! Rasa macam bebas...macam terlepas dari kesakitan yang membelenggu jiwa. Lupa segala masalah. Indahnya panorama. Indahnya alam ciptaan Tuhan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"



Hoi hoi ya hoi...kita semua gembira
Hoi hoi o ya...berjaya naik Broga
Hati gembira
Semua ceria

Ai ai cippp...ekspedisi telah berjaya!


Lepas ni kalau ada program lain lagi...jangan tak ajak pulak ye...

Ada orang tu siap beli tongkat hiking kat bawah...mesti ralat la kalau tak boleh digunakan, ye tak? Hihihi. Tu kalau dah beli tongkat, koman-koman Bukit Gasing kena pi panjat tu...kalau tak sampai Bukit Gasing, Bukit Nenas pun jadilah. ;)


Hemmm...Alhamdulillah. Happy. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka dapat naik Bukit Broga. Lepas ini kalau boleh nak repeat lagi. Memang nak teruskan hobi baru ini, in shaa Allah, tu yang kena stick juga dengan kawan-kawan JK1M walaupun selepas program dah berakhir. Kena ada kawan-kawan yang sama minat untuk berkongsi, barulah menjadi. Nak buat sorang-sorang, alamat tak ke manalah.

Semoga dapat jumpa kamu lagi, Bukit Broga!

2 comments:

Anonymous said...

Let panjat bukit sentul la plak:-)

Telipuk Kuala said...

Kalau ada for sure dah panjat dah awai-awai. Hihihi.