Jawatankuasa Pengelola Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan TM dan Unit Hal Ehwal Islam, Employee Engagement, GHCM dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan tengahari tadi menganjurkan satu forum khas yang membincangkan tajuk "Ramadhan Peluang Infaq Terhebat". Ahli panel terdiri daripada
YBhg. Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz (Mantan Pegawai Agama Istana Negara), Al Fadhil Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara Al Kulliyyah TV3) dan Al Fadhil Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman (Pusat Pungutan Zakat WP) yang bertindak sebagai moderator.
Sewaktu ditanya apakah hikmah dan kelebihan Allah mengurniakan Ramadhan kepada manusia, DAH membuka bicara dengan menyebut suatu hadis yang popular tetapi dhaif (lemah)iaitu Rasulullah berkata :“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” . Kata DAH, hadis dhaif tidak boleh digunakan untuk berhujah tetapi tidak mengapa sekiranya sekadar hendar memberitahu.
Dalam ketiga-tiga bulan tersebut, setiap satunya mengandungi satu malam yang istimewa yang menjadikan tiap satunya mempunyai kelebihan iaitu malam Nabi diperjalankan (Israq & Mikraj)bagi bulan Rejab, kemudian ada malas nisfu Syaaban yang mempunyai banyak kelebihan di bulan Syaaban (Nisfu tu maknanya separuh...jadi kalau nama Ahmad Nisfu...makanya, Ahmad Separuh...;)). Manakala dalam bulan Ramadhan, antara 10 hari terakhir, terselit malam penuh kemuliaan yang dinamakan Lailatul Qadr.
Tuan-tuan dan puan-puan (sebelum tu, "eh! apasal puan-puan lebih ramai daripada tuan-tuan? apakah kat TM pun pupus jugak?"hehehehe...), Ramadan sudah semakin hampir. Apakah perasaan anda? Apakah yang bermain-main dalam fikiran anda? Kata DAH, ada tiga jenis kategori manusia dan situasinya.
1. Jenis 'no hal'. Tak ada apa-apa perasaan. Ramadhan datang ke...Ramadhan tak datang ke...saaaaammmmaaaa saja baginya.
2. Jenis yang kedua pula...semakin dekat Ramadhan, semakin resah dan gelisah ia. "Isshh...nak dekat puasa dah, susahlah tak boleh hisap rokok lagi". "Alamak...Ramadhan dah dekatlah...susahlah hendak makan di siang hari ni...". Kiranya Ramadhan adalah satu bulan yang membebankan baginya. Menyusahkan. Kalau tak datang laaaaggiiii baik!
3. Harap-harap tak ada yang masuk kategori 1 dan 2 tu ...jenis yang ketiga ialah hati rasa seronok. Serooonoookkk sangat Ramadhan hendak datang. Ahlan wa sahlan...marhaban ya Ramadhan...ana uhibbu Ramadhan hehehe...pasal apa? Pasal orang-orang ini tahu kelebihan dan keistimewaan Ramadhan. Bulan puasa pahala dilipat gandakan. Mana nak dapat ganjaran 1000 bulan beribadat weiiii....???
Err...ada satu golongan lagi....seronok juga menyambut kedatangan Ramadhan. Siapa? Siapa lagi kalau bukan para usahawan bazaar Ramadhan. hahaha. Ya, memang boleh buat untung berniaga bulan ni. Pendek kata kalau ambil batu , celup tepung dan jual pun...silap haribulan larissss! Maklumlah, yang membeli tu ramai yang membeli dengan nafsu. Apa sahaj yang terpandang dek mata dan terkabul dek poket, gerenti dibeli. Penuh 10 jari sangkut beg plastik.
Seterusnya ada disentuh sikit berhubung kelebihan bulan Ramadhan ini yang mana tidur orang berpuasa di siang hari tu pun dikira ibadah. Tapi jangan la weeiii masuk opis usung bantal pulak. Kang bos tanya, "mana si Mat ni, dari tadi tak nampak batang hidung". Ada plak jawapan, "Ada kat bilik stor tu , boss...tengah beribadat". Diam orang berpuasa itu seumpamanya bertasbih. Kalau yang sekecil itupun diberi pahala, cuba banyakkan kalau kita bersedekah...membaca Al-Quran, mentaddabur Al-Quran, memberi makan orang yang berpuasa dan sebagainya. Berlebih-lebihanlah lagiiiii!
Satu lagi, kena betul-betul faham tujuan berpuasa ini ya. Menahan nafsu! Jadi, kalau sudah sepanjang hari kita menahan nafsu, sekali tiba berbuka kita ikut nafsu...maka tak tercapailah tujuan kita berpuasa. Kena ingat dua perkara ini iaitu berpuasa itu bukan hanya menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi juga menahan diri daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa. Contohnya, kita mengumpat. Puasa kita masih sah...tapi kuranglah pahala. Kalau pagi tu ada 100 markah, kita pi mengumpat sana, mengumpat sini...menjelang petang indeks komposit bursa puasa kita susut 60 mata...adddooooiiiii....kuraaannggg pahala.
Ustaz Fauzi pula memperkatakan tentang semangat perkongsian di bulan Ramadhan yang diterjemahkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya amalan makan bersama-sama keluarga. Bulan apa yang kita dapat tengok seluruh ahli keluarga berhimpun di meja makan? Dalam kehidupan masakini yang serba-serbinya mengejar masa, selalunya anak-anak makan sendiri...tu pun depan tv. Mak makan sendiri di dapur. Pak pun makan sorang-sorang pasal masa dia balik semua orang sudah masuk tidur. Tetapi di bulan Ramadhan ini, semua orang tunggu ahli-ahli keluarga untuk sama-sama berbuka dan bersahur. Semangat perkongsian juga terserlah di masjid-masjid dan di surau-surau. Gotong royong buat bubur lambuk, pakat-pakat menaja makan 'moreh', berkongsi makan semasa iftar dan sahur. Bagi yang mengadakan majlis berbuka puasa, iaitu memberi makan orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa.
Juga jangan jadikan rumah anda seperti kubur. Rumah yang tidak dibacakan Al-Quran di dalamnya seumpama hilang seri, suram dan 'menyedihkan'...lagaknya seperti kuburan. Ada sesiapa yang mahu tinggal di kuburan? Kalau tak mahu, tingkatkan usaha melazimkan membaca Al-Quran di rumah. Amalan memberi duit raya juga ditegur. Bukan tak bagus bersedekah...tapi kalau sedekah selepas habis Ramadhan, balasan pahalanya biasa je berbanding kalau kita bersedekah/beri duit raya semasa masih di dalam bulan Ramadhan kerana pahalanya berlipat ganda. Tapi kalau bersedekah sebab hendak menunjuk-nunjuk...tak dapatlah.
Oh ya, bercakap pasal amalan bersedekah itu...kata Ustaz Fauzi, harta benda kita yang tidak digunakan itu...bila di alam sana nanti, ia akan bertukar menjadi ular yang dahsyat lagi menakutkan yang akan membelit dan mematuk kita sambil berkata, "Akulah hartamu!". Manakala wang ringgit kita itu akan menjadi seterika yang panas yang ditekap-tekapkan ke kulit kita. Harta hanya akan menjadi milik kita apabila ia digunakan dengan bijak. Contoh, dengan mendermakan wang ke rumah anak-anak yatim dan masjid, maka wang itu memberikan pulangan yang sangat menguntungkan iaitu setiap kebaikan yang dijana oleh sumbangan kita itu akan dipulangkan secara berterusan. Juga seperti kita membesarkan anak-anak menjadi soleh dan solehah. Mereka itulah 'harta' kita yang dapat membantu mengirimkan doa dan pahala daripada perbuatan-perbuatan baik mereka yang sampai kepada kita di alam barzakh sana. Itulah harta yang sebenar-benarnya. So, melaburlah dengan bijak.
Begitulah lebih kurang, serba-serbi catatan yang dapat Aku kutip dalam program tersebut. Semoga memberi manfaat.
Thursday, July 29, 2010
Laluan Dibuka
Wah...sampai awal di pejabat pagi ini. Pukul 7.15 sudah ada di persimpangan lampu isyarat Jalan Pantai Baru. Biar betul! Kalau tak 7.15 selalunya baru separuh jalan di Lebuhraya Mahameru tu. Walaupun sememangnya Aku keluar 5 minit awal hari ini, ada perkara lain yang turut membantu kelancaran perjalanan pagi ini.
Laluan flyover di Jalan Travers itu sudah mula beroperasi hari ini...yeahoooo!!! Punyalah best! Selalunya terhegeh-hegeh mengambil giliran hendak masuk lorong sempit di celah-celah pembinaan itu, tetapi hari ini...pergghhh...rasa macam bermimpi pulak. Hahaha...well...bak kata Kristin, peserta dalam siri TBL tu, "I always afraid to say it, eventhough I really want it...coz the moment I say I want it...it'll just slipped away from me"( she got plus 1 pound despite the rigorous exercise regime and was send home this week).
Apa lak kena mengenanya TBL dengan flyover tu Telipuk oiii?
Yelah, dah lama Aku peratikan...dah lama Aku membayangkan ia bakal siap secepat mungkin, kalau boleh sebelum bulan puasa ini. Tapi kemudian sudah lama jugak Aku tak pernah nampak sebarang aktiviti dijalankan di situ. (Depa buat malam la kot!). Jadi, sebab tak mau kecewakan impian tu, Aku pun ikutlah piawaian biasa...bak kata diriku sendiri, kalau siap hujung tahun ini pun sudah cukup baiklah...hahahaha.
Tak sangka, hari ini Atoz menderu laju membelah jalan yang tar hitamnya masih pekat berkilat-kilat. Ambil lane paling kanan pulak tu...nampak benor melepas geram ye, Atoz?
Mungkinkah Aku akan tukar cadangan menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya sepanjang Ramadhan?
Hemmmmm.....

Wednesday, July 28, 2010
Persediaan Ramadhan
Sedikit ilmu yang dikutip menerusi sesi kuliah tengahari hari ini. Masih berkisar tentang Ramadhan dan persiapan menghadapinya bermakna Ustaz telah buat sementara waktu tidak menfokus kepada topik solat Nabi dan tadabbur Al-Quran. Memandangkan Ramadhan itu setahun cuma sekali dan sangat-sangat besar ganjarannya, memang patut pun Ustaz 'drill' kami cukup-cukup. Kalau tak, Ramadhan akan datang ini takut tidak memberi apa-apa kepada diri. Macamana hendak mendapat manfaat, kalau tiada kefahaman dan penghayatan, bukan?
Berikut ialah langkah-langkah untuk berjaya di bulan Ramadhan (bukan berjaya melepasi bulan Ramadhan, ye)
1. Mengetahui sunnah Nabi S.A.W ketika berpuasa Ramadhan dan mengikutinya. Contohnya apa yang Nabi buat lebih, cara makannya ketika berbuka, aktivitinya di 10 hari terakhir dan sebagainya.
2. Memahami hakikat puasa. Maksudnya, kena fahamlah tujuan dan objektif puasa tu. Jangan sebab orang lain berpuasa, kita pun puasa. Jangan orang puasa dapat pahala, kita puasa dapat lapar dan dahaga sahaja. Puasa untuk menundukkan hawa nafsu. Mendekatkan kita kepada Allah. Kalau puasa tapi berbuka makan macam hantu...tak tercapailah perjuangan mengekang nafsu itu.
3. Mengetahui kesan-kesan puasa dalam hati dan pada anggota badan manusia. Bila Ustaz tanya apa sepatutnya kesan yang kita dapat? Semua jawab, "badan jadi kurus". Hahaha...tak semestinya kan. Tapi pokok pangkalnya bukan soal jadi kurus ke tak, kena perhatikan dan nilaikan amalan dan ibadat kita selepas Ramadhan. Apakah latihan yang kita jalani sepanjang Ramadhan itu mampu menjadikan ibadat solat kita lebih tenang dan khusyuk? Ataukah kita merasakan diri seperti dekat dan sentiasa diperhatikan Allah? Semakin rasa gelisah dan benci hendak terlibat dengan dosa? Begitulah yang sepatutnya terjadi kalau betul kita melaksanakan puasa dengan sebaik-baiknya.
4. Bersegera merebut setiap detik-detik Ramadhan dengan beribadat kepada Allah. Janganlah berkira dan suka menangguh. Padahal kita pun tak tahu berapa lama tempoh kita hidup. Entahkan esok, entahkan lusa...siapa tahun kalau ini merupakan Ramadhan yang terakhir. Jadi pergunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya.
5. Elakkan daripada membuang masa yang terbaik di bulan Ramadhan dengan perbuatan sia-sia atau dengan sifat malas dan lalai. Sayang sangatlah kalau kita biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Janganlah Ramadhan ini, kita pulun tidoq sebab penat puasa, cukuplah dah pulun sebelas bulan lepas. Hok sebulan ini kita gunalah untuk perkara-perkara yang dapat meningkatkan kualiti diri sebagai insan muslim yang bertaqwa.
Berikut adalah hadis-hadis sahih berkenaan ibadat puasa. Ustaz suruh hafal dan sentiasa ingatkan diri dengannya.
1. Sabda Rasulullah S.A.W : Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang bohong dan beramal dengannya (perkataan bohong) dan kejahilan (mencela, mengutuk dan bercakap sia-sia), maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minum.
HR Al-Bukhari
Kalau kita buat benda yang sia-sia begini, memang tak ada nilai satu sen pun amalan puasa kita. Tak perlulah puasa sebab Allah tak akan terimapun puasa yang sebegini.
2. Sabda Rasulullah S.A.W : Celakalah bagi seseorang yang sempat berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian Ramadhan berlalu tetapi ia masih belum diampunkan dosanya.
HR Al-Tirmiziy
Perumpamaannya di bulan Ramadhan itu, rahmat Allah turun mencurah bagaikan hujan yang sangat lebat. Seolah-olahnya memang Allah hendak beri pada semua. Bak kata orang, kalaupun tak basah kuyup, koman-koman pun kena tempiasnya. Habis, kalau baju kita elok ja kering kontang...apahal? Haaa...nampak sangatlah langsung dok berkurung dalam rumah sampai langsung tak terkena rahmat Allah tu. Alangkah ruginya!
3. Sabda Rasulullah S.A.W. : Berapa ramai orang yang berpuasa, (tetapi) habuan daripada puasanya hanyalah lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang solat malam, (tetapi) habuan daripada qiamnya hanyalah setakat berjaga malam sahaja.
HR Ahmad
Contohnya, trend kebanyakan orang yang ke masjid untuk sembahyang terawih. Sepuluh malam pertama bersesak-sesak, berduyun-duyun...meriah suasana. Masuk pertengahan, sudah nampak saf berkurang...hujung-hujung lagilah. Hilang terus pun ada. Kenapa? Apakah ibadat yang mereka buat itu untuk Allah atau buat kerana orang? Kalau buat kerana Allah, ramai orang ke, tak da orang ke...buat tetap buat. Konsisten. Nawaitu kena betul. Kalau tidak, alamat sia-sia sahajalah amalan kita.
Ada banyak lagi perkara yang disentuh, termasuk berebut khatam Al-Quran sebanyak mungkin. Tadabbur pun kena buat juga tau. Kemudian, banyakkan solat berjemaah. Menghidupkan amalan beriktikaf di penghujung Ramadhan dan memburu lailatulqadr. Insyaallah, kita cubalah yang terbaik.

Tuesday, July 27, 2010
Mari Berjimat Cermat
Memang elok berjimat
Orang kata biar cermat
Belanja dengan hemat
Tapi kalau cakap saja tanpa dibuat
Sudah tentu rasa meluat
Biarlah berpada dalam berjimat
Jangan yang tidak seberapa itu hendak diikat
Yang tiris keluar berjuta tidak disekat
Sakit di sana mengapa di sini pula diberi ubat?
Harap tercapailah matlamat berjimat
Walau yang disekat refreshment mesyuarat
Mai pakat-pakat berjimat
Puasa pun sudah semakin dekat
Jangan risau karipap yang tak dapat
Janji telus tiada muslihat

Nasi Ambeng
Pernah makan Nasi Ambang? Aku pun baru jer pertama kalinya makan hari Ahad lepas. Apa Nasi Ambang tu ye? Nasi Ambang atau 'Ambeng' (bunyi yang betulnya), adalah suatu hidangan yang terkenal di kalangan masyarakat keturunan Jawa. Emmm...Aku bernasib baik dapat peluang merasanya sebab isteri Khairi memang berketurunan Jawa.

Daun pisang digunakan untuk membungkus nasi ni. Oppss...bukan daun lagi dah...satu pelepah weiii...punyalah banyak, memang untuk makan 4-5 orang. Kalau boleh habis makan sorang...memang dasat!

Haaa...dah nampak nasinya. Mana lauknya? Adalah tu tertanam kat bawah tu...jap yek, nanti nak kuis-kuis sket...

Lauk-pauk yang dibungkus bersama ialah ikan kering, ayam, sedikit sambal, serunding kelapa dan ulam. Sebenarnya tak adalah rasa beza apa sangat. Macam makan nasi putih dengan lauk jer. Cuma konsepnya yang makan beramai-ramai tu aje yang berbeza. Tapi bila sudah berbungkus begini, dah macam nasi berlauk yang terkenal di Pantai Timur sana.
Selalunya hidangan ini disajikan di majlis kenduri kendara. Kami dijemput ke majlis jamuan makan-makan keluarga oleh keluarga mertua Khairi hujung minggu lalu di mana Nasi Ambeng ini merupakan juadah utama. Bagaimanapun kami tak dapat pergi kerana beberapa masalah teknikal eheheh...jadi yang pergi ialah Ramzan sekeluarga dan emak. Majlis tu berlangsung selepas Asar. Aku sudah masuk tidur baru mereka balik sebab lepas kenduri tu Ramzan bawa mak ronda-ronda.
Esok paginya, emak pun tunjukkan kiriman yang diberi keluarga mertua Khairi. Ini Nasi Ambeng yang dibungkus untuk dibawa balik oleh tetamu yang hadir. Bila sudah dibungkus ini namanya 'berkat' . Ambil berkat agaknya. Oh ya, Nasi Ambeng tu, sepatutnya di makan beramai-ramai dalam dulang besar. Begitulah kisahnya.

Besor weiii bungkusan dia.
Daun pisang digunakan untuk membungkus nasi ni. Oppss...bukan daun lagi dah...satu pelepah weiii...punyalah banyak, memang untuk makan 4-5 orang. Kalau boleh habis makan sorang...memang dasat!
Haaa...dah nampak nasinya. Mana lauknya? Adalah tu tertanam kat bawah tu...jap yek, nanti nak kuis-kuis sket...
Lauk-pauk yang dibungkus bersama ialah ikan kering, ayam, sedikit sambal, serunding kelapa dan ulam. Sebenarnya tak adalah rasa beza apa sangat. Macam makan nasi putih dengan lauk jer. Cuma konsepnya yang makan beramai-ramai tu aje yang berbeza. Tapi bila sudah berbungkus begini, dah macam nasi berlauk yang terkenal di Pantai Timur sana.
Saturday, July 24, 2010
Yang Ke-5
Persediaan untuk menunaikan haji perlu dibuat bukan bila nama sudah naik untuk pergi tetapi sepatutnya sudah berjalan lama sebelum 'seru' sampai lagi. Itulah yang Aku rumuskan setelah mengikuti proses-proses yang sedang emak jalani ini. Emak terpilih dalam senarai bakal haji 'standby' tahun ini. Aku tidak pastilah kalau pergi secara pakej itu lebih 'mudah', tetapi Aku rasa pergi cara apapun semuanya akan jadi mudah dengan izin Allah. Insyaallah.
Minggu lepas Aku bercuti dua hari itu kerana meluangkan masa menguruskan penghantaran pergi dan balik emak ke tempat kursus haji intensif di Masjid Saidina Osman di Bandar Tun Razak, Cheras. Itulah pertama kali Aku memandu ke situ. Pergi dan balik memang laluan sesak. Tapi, syukurlah semuanya selesai dan emak pun lulus ujian. Kalau tak dengarnya kena panggil lagi. Hari ini pula Aku menemani emak ke Klinik Kesihatan Tanglin di Jalan Cenderasari untuk pemeriksaan perubatan. Memang agak menuntut kesabaran juga kerana orang ramai. Lepas beratur isi borang, kena beratur ambil tekanan darah. Lepas tu ambil ukuran berat dan tinggi. Lepas tu pulak beratur panjang lagi untuk pemeriksaan kandungan gula dalam darah. Lepas tu tunggu lagi untuk giliran berjumpa doktor pula. Simpati Aku tengok seorang warga emas berusia 80 tahun yang agak keliru dengan sistem yang ada. Tak pula Aku nampak sesiapa menemaninya. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah urusannya.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan jelas menuntut kesabaran yang tinggi. Maklumlah bila ramai-ramai begitu, ada yang kurang dengar arahan, ada yang sengaja buat tak dengar, sampai tak larat petugas yang ada hendak bersuara banyak kali. Malahan tidak mustahil dalam berkata-kata itu ada yang terguris hati dan sebagainya. Pendekata tidak mudah untuk berurusan menangani jumlah yang ramai, susah untuk puaskan hati semua orang. Itu baru di Malaysia. Baru hendak mula buat persiapan. Dekat Mekah yang mana jutaan umat manusia berkumpul itu bagaimana agaknya? Mampukah dibendung tahap kesabaran?
Seorang pak cik tiba-tiba naik angin membebel. Perkara yang dia tidak puas hati ialah kenapa daun pintu hanya dibuka sebelah. Keluar kesat bahasanya. Aku dan emak saling berpandangan. Mujurlah di tengah kesibukan kakitangan melayani giliran orang lain, tiada siapa mengendahkan sungutannya. Lalu dia berlalu keluar dengan muka tidak puas hati. Barulah Aku faham serba sedikit yang dikatakan ujian bermula sedari di tanahair lagi. Apapun bukanlah niat Aku hendak mengatakan yang pak cik itu berkelakuan buruk, hanya maksud Aku agar perlakuan sebegitu dihindarkan kerana kita kena sedia maklum dalam keadaan terhad sebegitu, janganlah hendak berkira sangat benda-benda yang remeh. Lebih baik kalau tutup mulut sahaja. Emak kata, dari sekarang lagi sudah kena jaga perkataan dan perbuatan. Kena biasakan bersabar, jangan ikut hendak menang kita sahaja, takut nanti di tanah suci diduga pula.
Keputusan keadaan kesihatan emak adalah normal, kecuali untuk tekanan darah. Emak ada menghidap penyakit darah tinggi. Doktor minta emak pergi ke Klinik Sentul pula. Harap-harap dalam minggu ini bacaan yang emak perolehi semakin baik seterusnya membolehkan pegawai perubatan memberi taraf 'lulus'. Sebenarnya bukan bakal haji yang berusia sahaja, yang muda-muda pun ramai yang berpenyakit...ada darah tinggi.
Semuanya ini kembali membuatkan Aku menetapkan sasaran untuk cuba menunaikan rukun Islam kelima ini secepat mungkin. Kalau boleh sebelum mencecah umur 40 tahun. Alangkah indahnya kalau dapat mengerjakan ibadat itu dalam keadaan diri masih sihat dan kuat. Dan kalau mahukan yang terbaik, kenalah persiapan dibuat sekarang juga. Jaga pemakanan. Jaga kesihatan. Dapatlah menghindarkan penyakit dan meluaskan peluang untuk memberi yang terbaik untuk ibadat haji. Insyaallah.
Ilmu untuk mengerjakan haji juga kena mantap. Jangan tunggu last minute baru hendak hafal doa itu doa ini...banyak kerja ini sebenarnya kena buat.
Keinginan semakin menggebu. Mudah-mudahan Allah berkenan menerima Aku sebagai tetamuNya nanti dan semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.

Friday, July 23, 2010
Tazkirah Jumaat
Sebelas bulan sudah rupanya, tak lama lagi Ramadhan akan muncul lagi. Serasa bagaikan baru 11 hari. Cepatnya masa berlalu. Apa yang telah dicapai dalam 11 bulan itu ya? Kalau masih di takuk lama, nampaknya masih lagi membenarkan diri terpedaya. Kata Ustaz, kita kena buat persiapan untuk menghadapi Ramadhan. Kena ada strategi. Kalau tunggu 1 Ramadhan baru hendak terhegeh-hegeh pasang niat, alamat berangan ajelah hendak mengaut ganjaran Allah.
Kenapa kita tidak mahu berebut tawaran hebat yang Allah beri? tanya Ustaz lalu menunjukkan muka depan akhbar Utusan pada kelas Rabu lalu. Cerita tentang 15,000 permohonan untuk mendapatkan gerai jualan bazar Ramadhan berbanding hanya 400 tawaran. Begitu sekali manusia sanggup bersusah payah. Beratur panjang. Panas. Buang masa. Masing-masing mengharapkan dan berusaha untuk merebut sesuatu yang ternyata tidak mungkin diperolehi semua. Semua teruja dengan peluang menjana pendapatan luar biasa di bulan Ramadhan.
Tapi berapa ramai pula yang sedar akan kelebihan Ramadhan. Bulan bonanza! Bulan "grand sale" Allah! Okay, sedikit perbandingan yang Ustaz sebut untuk membantu mengingatkan betapa tak cukupnya amalan kita dan semestinya membakar semangat kita untuk berusaha merebut tawaran Allah bagi mengisi kekurangan ibadat kita. Katakan sekarang umur kita ialah 40 tahun. Bilakah agaknya kita mula solat penuh lima waktu? Katalah umur 12 tahun. Tinggallah 28 tahun. Orait! Yang 28 tahun tu...agak-agak bila betul kita tunaikan solat dengan penuh penghayatan serta faham makna perbuatan dengan penuh keikhlasan? Huhuhu...berat sikit ni...maklumlah, yang diri sendiri ni pun adakala sembahyang tu fikiran melayang entah ke mana. Katalah yang betul-betul berkualiti cuma ada 8 tahun. Melayang sia-sia yang 20 tahun tu. Now, dengan 8 tahun itu...tanya Ustaz, siapa yakin cukup amalan 8 tahun itu untuk melayakkan diri masuk syurga Allah? Senyap sunyi. Saya sendiri pun tak rasa layak! kata Ustaz. Jangankan Ustaz, Rasulullah yang maksum itu dan sudah dijanjikan syurga sekalipun masih bengkak-bengkak kaki bangun sembahyang malam...kita? Aku??? Alahaaiii...
Dengan rahmat Allah dan sifat pengasihnya itulah maka dalam Ramadhan itu adanya satu malam yang dinamakan Lailatul Qadr. Itulah sebesar-besar kurnia yang mana sekiranya kita berjaya 'menemui'nya maka ganjarannya adalah ibadat/amalan selama 83 tahun yang diterima Allah. Waduhhh...83 tahun, beb! Nak hidup 60 tahun pun belum tentu. Inikan 83 tahun. Tak mahu ke?
Mahu! Mahu! Kalau mahu, jangan tunggu 1 Ramadhan . Sekarang kena buat. Sekarang kena plan. Jangan dok sibuk dengan perniagaan dunia sahaja, ini perniagaan akhirat yang keuntungannya sangat-sangat lumayan.
Berikut adalah antara cadangan Ustaz sebagai perancangan untuk mendapat kebaikan bulan Ramadhan dan memburu Lailatul Qadr:

- Bertaubat nasuha daripada semua dosa. Dosa adalah penghalang besar kepada rahmat Allah dan menyebabkan manusia malas beribadat.
- Lupakan dunia seketika. Jangan menonton televisyen sepanjang bulan Ramadhan kecuali program yang berfaedah.
- Kurangkan keluar membeli-belah khususnya ke bazaar Ramadhan. Ia banyak membuang masa dan tenaga di samping mengurangkan pahala.
- Kurangkan makan atau makanlah sama seperti bulan-bulan yang lain.
- Kurangkan bercakap kecuali perkara yang baik sahaja.
- Banyakkan masa di masjid atau di tempat ibadah.
- Pastikan dapat membaca al-Quran dua atau satu juzuk setiap hari untuk khatam dua kali atau sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadhan.
- Mulakan tadabbur(penghayatan) al-Quran di hari pertama Ramadhan dengan mula membaca al-Quran terjemahan setiap hari satu muka surat serta istiqamah sehingga selepas Ramadhan. Sekiranya ada ayat yang tidak difahami , bertanyalah pada orang yang tahu.
- Ambil cuti sepuluh akhir Ramadhan untuk i'tikaf di masjid dan memburu Lailatul Qadr.
- Semua langkah-langkah ini sebaiknya dilakukan bersama-sama ahli keluarga, kerana ini kewajipan ibubapa terhadap anak-anak. Setiap ibubapa akan dipersoalkan di akhirat kelak adalah mereka mendidik anak-anak mereka untuk mengenal Allah dan menjadi hambaNya yang sebenar atau menjadi hamba nafsu dan dunia?
Firman Allah Taala:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya)...[Al-Tahrim :6]
Thursday, July 22, 2010
Dua Hari @ PD
Rasa tak cukup nafas minggu ini...hemmm...ingat cuti dua hari itu boleh rehat, tak juga. Sebenarnya, kalau duduk kat rumah tu...laaaagggiii banyak kerja. Dan kerja seorang surirumah memang sampai bila-bila pun tak akan pernah habis. Tabik spring untuk semua surirumah yang berdedikasi kerana memainkan peranan yang sungguh penting dan mulia.
Seperti yang Aku telah sebut sebelum ini, Aku telah menghadiri satu bengkel kerja di Port Dickson pada hari Khamis dan Jumaat lepas. Ya, Aku pergi dengan Atoz. hahaha...Atoz berdezup macam lipas kudung atas highway tu...harap-harap tak dapat 'surat cinta'....mana tau kot ada yang 'meneropong' tapi Aku tak perasan (walaupun liar mataku memerhatikan kelibat mereka...hehehe).

Ini adalah kali pertama Aku sampai ke apartment penginapan milik TM di bawah jenama Sri Intan itu. Aku sudah pernah sampai di Sri Intan, Langkawi dan Sri Intan, Pulau Pinang beberapa kali. Yang di PD ini memang selalu tempahan penuh, maklumlah, ini adalah lokasi hujung minggu yang menjadi rebutan. Berbaloi, cantik dan dekat. Kalau hendak berehat dengan keluarga, sesuai sangat. Macam Aku ni, tak adalah...kalau ke PD, gerenti bermalam di Melaka juga jenguk mertua. Kalau pergi PD, pergi hari je.
Mula-mula sampai, roomate pun Aku tak kenal. Err...Aku sebenarnya tak kenal siapa-siapa pun mula tu...yelah, Aku datang pun sebab last minute jemputan menggantikan boss yang ada urusan lain. Tapi bila tengok muka tu, adalah yang familiar...cuma nama tak tahu. Budak-budak baru pun ramai...itu yang rasa macam out of place aje...hehehe...(ko tu memang Telipuk!).

Bengkel kerja ini diadakan untuk mendapatkan maklumbalas semua LOB dalam merangka rancangan perniagaan tahun depan. Aku okay aje dengan segala analisis SWOT dan strategi TOWS tu...cuma yang menjadi kemusykilan Aku ialah...jeng...jeng...jeng...berapa banyak yang akan diterima pakai? Opppssss...!!!
Walaupun bersendirian (sebab geng tarak!), Aku tetap menjalankan tugas-tugas kewartawanan tanpa tauliah itu...hahaha...
Kalau bawa anak-anak, mesti diaorang suka.

Sri Intan ini letaknya di KM7 setengah, Jalan Pantai Teluk Kemang. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan pantai tumpuan orang awam yang berkunjung ke Teluk Kemang ini. Kiranya kat sebelah pagar sana tu, ada segala kemudahan gerai makan, tempat artis datang buat show, segala aktiviti main laut macam banana boat & jet ski (juga pelampung getah), gerai jual pakaian, tandas dan bilik air...macam-macamlah! Pada masa sekarang inipun, di bahagian pintu belakang yang menghadap ke pantai tu sedang rancak berlangsung kerja-kerja pembinaan...tak tahulah hendak buat apa lagi, mungkin hendak bina lebih banyak wakaf dan gerai. Tak bestlah sebab sudah menghalang pemandangan laut dari Sri Intan.

Ruangan tempat makan. Ini unit penginapan untuk pengurusan. Actually, lebih kurang sahaja dengan unit standard...mungkin yang membezakan cuma jumlah bilik dan susun atur perabut sahaja.

Time makan kami semua makan di cafetaria. Kat bilik tidak dibenarkan memasak. Eh...siapa pulak hendak susah-susah datang sini memasak, kan...hehehe. Yang sebenarnya cuma ada masa balik bilik untuk sembahyang, mandi dan tidur sahaja. Selebihnya terperuk kat dewan utama. Hari pertama tu daripada pagi sampai petang. Petang break sekejap untuk aktiviti reakreasi. Malam sambung balik sampai pukul 11 lebih.

Bercakap pasal aktiviti reakreasi, asalnya tak ada dalam aturcara pun. Last minute baru bagitau...acara yang menjadi pilihan yang semua orang boleh main ialah acara tarik tali. Hahaha...please la oiii...seingat Aku, cuma sekali aje Aku pernah main ni...itupun masa orientasi masuk kerja dulu...kalah pulak tu! Sooo...mula tu macam cuak jugak. Dah le Aku belum cukup 'mesra' dengan peserta-peserta lain tu...nak kena main permainan yang memerlukan kerjasama kumpulan ni pulak kan...ah! redah ajelah! Aku ni betullah bendul! Padahal ramai yang buat dek je tak nak main...siap ada yang tak turun pun. Aku bukan apa, kerjasama yang Aku beri ini sebagai tanda sokongan, lepas tu nak kena jaga juga reputasi bahagian...kang orang cakap orang regulatory sombong pulak kan...dan lagi, kenalah hormat acara penganjur.

Oleh kerana tak semua turun, dapat bentuk 2 kumpulan sahaja. Kumpulan Aku diberi nama 'Sotong' berlawan dengan kumpulan 'Ombak'. Bila semua dah ready dan pengadil cakap tarik...Aku pun tariklah sekuat hati. Kali ini Aku betul-betul main dan berusaha untuk menang. Yessss! 'Sotong' menang!
'Ombak' tak puas hati. Sebelum boleh bergelar juara, kami dicabar untuk berlawan lagi. Kali ini switch tempat pulak. tarik!tarik! Ya Allah! Penatnya, rasa hendak give up. Tapi mana boleh, kan...kalau hendak kalah pun biar kalah dengan bermaruah...memang bergelut dengan sesungguh hati. Terbukti, adegan tarik-menarik itu akhirnya memihak kepada 'Sotong' juga. Heheh...puas hati walaupun merah tapak tangan dan kebas kedua lengan. Ini pun masih terasa bila buat regangan. Aku tak tahu pun apa dalam hamper tu dan tak peduli pun. I've done my part!
Habis acara tarik tali, Aku berjalan menyusur pantai dengan beberapa orang kawan lama...yang pernah berurusan dulu dan kini bertemu dalam bengkel yang sama. Sempatlah Aku ambil gambar lagi.

(Itu Kuhan... berlatarbelakangkan pantai Teluk Kemang...gambar sekadar hiasan...hahaha...)
Pantai ini 'kejap' dan 'padat'. Pasirnya halus. Buat istana pasir bagus jugak ni.

Mungkin sebab hari kerja, pantai ini agak lengang. Khabarnya kalau hujung minggu, hendak berjalan pun susah.

Kata Kuhan, "kalau you sudah sampai Redang sana...you mesti tak mau lagi mari pantai macam ini". Emmm...betullah tu, sekarang tengok pun rasa tak selera. Inilah juga pertama kalinya Aku langsung tak sentuh gigi ombak. Mengikut pengalaman Aku, pantai yang paling best Aku pernah sampai setakat ini ialah Pangkor Laut...memang class...tapi tu pun dah lama...tak tahulah sekarang macamana.
Redang ye....heeemmmm....ada jodoh, kita jumpa ya...

Wednesday, July 14, 2010
Tersendiri
Saya sangat gembira mendengar berita kejayaan kawan-kawan yang sampai ke pengetahuan hasil keberhubungan dengan Facebook. Betul saya tumpang seronok. Ada juga yang tak sangka...yaaaa. Tapi, alhamdulillah, bangga melihat anak-anak kampung yang 'comot' itu sudah menjadi usahawan berjaya, pakar itu ini. Tanjung Piandang nampaknya telah menghasilkan bukan sedikit generasi yang boleh dibanggakan.
Semalam saya sempat 'chat' sekejap dengan seorang senior yang katanya masih ingat saya ketika sama-sama menyertai kuiz Sains di sekolah dulu. Sebenarnya dia kawan kakak saya. Kakak saya memang ramai kawan, berbanding saya yang ala-ala kera sumbang itu. Sekarang, oleh kerana kesempatan dan peluang berinternet lebih memihak kepada saya, maka ramai kawan-kawannya pun muncul menjadi kawan saya.
Lalu saya pun bertanyakan tentang bisnes ikan arowananya yang khabarnya sedang berkembang di Bukit Merah itu.
"Bolehlah, sudah mula merasa hasil pertama...tak banyak, dalam RM100,000 saja..."
What??? Hui yoo...dahsyat tu...Bagus, bagus...semoga terus sukses selalu ya bang.
Sebelum itu saya melihat juga dari jauh menerusi paparan rakan-rakan yang bergaya dengan kereta mewah hasil usaha mereka bergiat dalam bidang perniagaan. Seorang yang seangkatan, tapi sebenarnya saya tidaklah pernah berkawan rapat dengan dia...cuma kenal sebab sekampung...sedang mendaki kejayaan dengan perniagaan Fokus A. Wah! Gambar-gambarnya berceramah di seluruh pelusuk negara membuktikan kesungguhannya dan tahap pencapaian yang bukan calang anak.
Seorang lagi rakan yang juga belajar bertatih dengan program ini pun sudah mula hendak berlari anak nampaknya. Hari demi hari dia mengemaskini status. Sekejap di KL, sekejap di Taiping...esok lusa entah di mana. Hahaha...boleh tahan juga Mat Bunga seorang ini ya...dululah, sekarang ini sungguh berwawasan sekali. Alhamdulillah.
Saya yakin dengan kesungguhan memang boleh berjaya. Jika ada kemahuan, di situlah ada jalan. Suka tengok kereta besar, rumah besar,...tapi bila saya betul-betul hendak terdorong melakukannya ya? Tidakkah saya teringin?
Err...bohonglah kalau kata saya tak mahu. Saya mahu. Tergiur juga dengan kereta BMW 7 series tu kan...tapi tulah saya ni, saya rasa saya tak mampulah hendak ke sana ke mari. Saya faham, saya kena aktif bergerak untuk kelangsungan usaha...hendak dapat lebih, usaha lebih...tapi saya tak sanggup korbankan masa saya. Saya lebih rela dok 'pot,pet,pot,pet' bila tension bekerja dengan orang...daripada berpenat kerja sendiri? Err...susah saya hendak jelaskan.
Memanglah saya tidak mendapat kepuasan yang sebenar. Saya rasa saya hanya puas kalau saya tidak bekerja errr???? hahaha...ya, saya suka duduk rehat-rehat dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Tapi saya tak boleh berhenti kerja kerana tuntutan hidup sekarang tidak memungkinkan saya berbuat demikian. Saya mahukan sesuatu yang boleh memberi saya 'ruang' untuk benda-benda lain.
Kesudahannya saya lebih cemburukan rakan-rakan yang dalam masa senggangnya boleh menghasilkan cupcakes, boleh menjahit dengan baik dan yang mempunyai butik online. Saya cemburu dengan apa yang dicapai oleh orang-orang seperti Wardina. Itu saya memang cemburu. Sayangnya saya rasa saya amat ketandusan bakat. Saya juga sangat bermusim orangnya...hangat-hangat tahi ayam.
Duh! tapi tak apa, alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada. Memanglah kalau hendak lihat kepada senarai perkara-perkara yang saya tiada itu menyesakkan nafas...tapi rasanya saya patut lebih bermuhasabah dan bersyukur dengan apa yang saya ada. Rasanya saya tidak akan tukarkan apa yang saya miliki ini untuk mendapatkan perkara yang tiada. Tidak sama sekali!
Pesanan untuk diri saya, jadilah diri sendiri. Jangan cuba hendak jadi diri orang lain. Tak payahlah membandingkan diri dengan orang lain. Masing-masing melalui pengalaman hidup yang berbeza yang menjadikan kita tak akan pernah sama walau dengan siapa-siapapun. Sungguh istimewa. Satu-satunya. Bersenang dan redhalah dengan 'keunikan' diri sendiri.
Hahaha.

Atoz : The Black Warrior
Laaa...Atoz buat hal pulak pagi ini.
Hai sayang, cek merajuk kaaa??? Ish! Ish! Ish!
Semalam, sesudah berurusan di Tabung Haji, Maju Junction, Aku buat keputusan untuk tinggalkan Atoz di rumah. Maklumlah, kalau drive ke pejabat sekitar jam 9.30 pagi tu...jangan haraplah hendak dapat parking. Kalau dok menunggu dalam kereta, nanti Aku dikenakan dakwaan jenayah produktiviti pula...kalau Aku parking sesuka hati di bahu jalan, nanti Aku dapat 'surat cinta' pula. Hish! Itulah sebabnya Aku memilih pengangkutan awam semalam. Naik lrt senang.
Sekali pagi ini, puas Aku menekan remote, Atoz diam membisu. Nyut tidak, nyet pun tidak. Alahaaaiii...Padahal saban hari Aku cuma trauma satu benda je setiap kali menghampiri kereta itu untuk pergi atau balik dari mana-mana. Satu benda jer yang Aku mesti buat. Cek tayar! Aku selalu risau kalau tayar pancit. Maklumlah sudah 2 kali terkena. Trauma kenangkan paku panjang yang menembusi tayar dulu tu. Tak pulak terfikir pasal bateri. Lagipun tak ada pula simpton-simptom bateri lemah sehari dua ini. Langsung tak ada. Itu yang Aku tak jangka.
Alahai...
Besok pagi-pagi Aku kena drive ke Port Dickson untuk workshop dua hari di sana. Kena pergi menggantikan boss Aku yang sakit mata. Mulanya Aku berat hati juga, sebab Aku rasa banyak benda lain lagi yang Aku hendak buat. Apatah lagi minggu depan Isnin dan Selasa Aku sudah ambil cuti untuk urusan peribadi. Tapi fikir punya fikir, pergi ajelah, harap Aku boleh menambah nilai pada keperluan pihak penganjur. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Harap esok kita boleh travel sama-sama ya Atoz!

Sunday, July 11, 2010
Sepetang di Cyberjaya
Petang Jumaat lalu Aku mengikuti rombongan che' kiah ke Universiti Multimedia bersempena Majlis Minum Petang Amal memperkenalkan penubuhan BAKIT di universiti tersebut. Untuk program ini, satu sesi ceramah juga telah diadakan dengan tetamu jemputan Dato' Dr. Hassan Din Al-Hafiz. Ceramah bertajuk "Penghayatan Israk dan Mikraj dalam konteks masa kini".
Acara berlangsung di Fakulti Multimedia Kreatif (FCM)

Mula-mula ingat tak jadi pergi, sebab 'tak sedap hati' fikirkan assignment yang boss bagi tu. Tapi fikir punya fikir, benda tu tak dapat Aku buat juga petang tu...jadi, tak payahlah susahkan hati sendiri. Aku tak drive pun, sudah submit nama ikut bas MMU bersama Lotuslily.

Orang BAKIT ni kreatif la...ini buah tangan untuk kami yang hadir.

Sedap sangat intipati ceramah yang disampaikan. Tak sedar masa berlalu.

Dihiburkan dengan alunan selawat dan marhaban oleh kumpulan staf MMU. Nampak sangat tak cukup persediaan...hahaha...tapi okaylah.

Persembahan acapella oleh pelajar2 mmu. Mula-mula kata hendak sampaikan 2 buah lagu...tapi rasanya ada 5 termasuk lagu penutup irama Winter Sonata tu...hahaha...gelisah para hadirin yang ada, maklumlah, masa tu jam sudah pukul 5 lebih-lebih dah...solat Asar belum...adik-adik pula nampak 'syok' menyanyi...lain kali kontrol sket yaaaa...

Pesanan paling melekat ialah tentang kesalahan kita memberi salam. Kena dulukan. Jangan letak di belakang. Salah! Biasalah, bila orang beri ucapan...selalu dibuat "Yang Berbahagia Dato'-Dato', Datin-Datin...tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sekelian...Assalamualaikum w.b.k.t..." hehehe...salah wehhhh...
Berkenaan Israk & Mikraj ini, ceramah tidak lagi berlegar sekitar persoalan apakah Nabi diperjalankan cuma roh sahajakah atau dengan badan sekali. Bak kata Ustaz, kalau setakat roh sahaja apa istimewanya? Dia pun setiap malam juga diisrak mikraj entah ke mana hala...hahaha...ya...ya...betul, betul, betul...Aku pun sekali mimpi, lepas mana-mana ntah...sekejap balik kampung, sekejap ada kat pergunungan salji...;). Signifikannya peristiwa ini ialah memberikan kita kesedaran bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Tak usahlah dipersoalkan dengan akal dan pengetahuan kita yang cetek itu.
Yang pastinya peristiwa ini memberi kelebihan yang besar maknanya kepada amalan solat yang difardukan ke atas umat Islam. Betapa pentingnya ia kerana ini adalah satu-satunya amalan yang Nabi Muhammad terima terus daripada Allah. Ibadat-ibadat lain datangnya melalui perantaraan Jibrail, tetapi solat, langsung daripadaNya. Begitu istimewa sekali. Maka kerana itulah, amalan manusia yang pertama akan dihisab di padang Mahsyar adalah solatnya. Cukup ke tak cukup. Sempurna ke tak sempurna. Ingat, neraka Wail untuk orang yang solat!
Lega dapat sedikit ilmu...walaupun kerja ku tak siap...hahaha...
Isnin buat ajerlah presentation menggunakan apa ramuan yang ada...(gelak lagi!)
( Ya, aku mengaku...dalam diam itu, Aku boleh menjadi sangat 'degil')

Thursday, July 08, 2010
GSR Movie Night
I had a really good cry yesterday with fellow colleagues during the first GSR Movie Night. When they first told me that we would be watching a story about a loyal dog, I was not sure whether to join in. And if I was in, probably just because of wanting to show my support, not because of the movie. Oh...and I really don't know much good movie nowadays, so, I could not offer other alternative.
They said, it's a very sad story and that many could not stop from crying.
Really? Huh! I don't remember crying much over sad storyline for many many years. I guess because I normally would avoid selecting such theme in the first place. I always enjoy watching films that could 'tickles' me long after it ended and continue amusing me even after being watched repeatedly. Hence why I really loved P.Ramlee's comedy movies but shun away from his good but sad stories like Ibu Mertuaku and Penarik Beca.
But yesterday, as it was raining heavily, I had no other choice but to stay back. It was a better option than being trapped in the massive traffic jam. So, I watched the movie. It was a very simple story. No fancy clothes. No impressive gadgets. The hero commuted to his workplace by train and there's no special effect whatsoever. Oh, the hero was none other but Richard Gere heheheh...
The story revolved around the relationship between a man and the dog that he found at the train station. The relationship grew stronger and the dog showed its loyalty by sending his master to work and waiting for him everyday at the station. Always there at exact time. However, one day...the master did not turn up as usual. (This was where the sad part began). The loyal dog waited until night. Soon, reality set in...the master died. Despite that, Hachi the dog, continued to be at the station every morning and every evening without fail...for 10 years after the death of his master. The most 'difficult' scene was when the deceased owner's wife returned to the town to visit her husband grave and saw the tired, old dog still waiting at his usual spot. (Actually, Hachi was first taken by his master's daughter to live with her family after his master died...but Hachi refused to be away from the station, left the comfort of the house to live under an old train near the station).
I knew everyone cried during this scene including Dr. Bernard. Hahaha...I knew that as I tried to conceal my tears by bending over to put something on the table...as if I was more concerned with the table arrangement...hahaha...gotcha! That was when I saw him wiping the corner of his eyes. Linda was sitting next to me and she kept taking the tissue paper one after another, so, I didn't have to turn to convince myself that she's too was crying. So, yes, it was an open secret...everybody did cry. And it was a good cry. After the early unfortunate event that we all witnessed in the morning. I guess at certain time, let's not pretend...let's just give in to what we felt. We're human anyway...we're normal!
Hachi kept on waiting for his master at the very same place until the end. And there was a scene where someone came out from the door walking towards Hachi and the last word that Hachi heard before he jumped to greet him enthusiastically was " Hey, Hachi...come on boy!".It was the end of his years of waiting. THE END.
Guys, I want no more sad ending after this...please!
(The story was based on a true story from Japan. An Akita dog named Hachi waited for his deceased master to return home for about 9 years near the Shibuya train station before it finally died in 1935. A bronze statue of Hachi was erected at the place where Hachi used to wait near the station...it is named Hachi guchi which means 'Hachi exit')

Wednesday, July 07, 2010
Mudahnya Melabel
Itulah masalah kita ini, senang sangat memberi orang label. Mengecop orang itu begitu begini, padahal biji butir pun tak tahu. Melompat tak tentu arah. Cetek dan singkat! Setidak-tidak pun pergilah bertanya atau duduk dengar, fahamkan...barulah layak hendak memberi teguran . Barulah dikatakan memberi teguran yang membina. Bukan menghina.
Ada faedahkah menggelar orang itu, orang ini sebagai wahabi? Dapat apa? Dapat jadi juara ke ? Sanggup bergaduh dengan saudara seagama yang sama-sama bertaubat, sama-sama mengerjakan sembahyang, sama-sama mengeluarkan zakat semata-mata kerana berbeza pendapat. Sungguh tidak bijak. Padahal Allah telah menjelaskan dalam firmannya iaitu Surah Fatir, ayat 6 yang bermaksud, "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka".
Janganlah biarkan perselisihan pendapat itu menghilangkan sensitiviti dan fokus kita terhadap musuh yang nyata. Syaitan adalah musuh manusia. Tapi manusia lebih suka bermusuh sesama manusia. Seronoknya syaitan gembira ria bertepuk tangan kerana segala tipu daya dan helahnya menjadi.(Oh ya, hari ini kami belajar untuk lebih mengenali syaitan...hendak berperang, perlu kenal musuh, bukan?).
Berbalik tentang masalah wahabi itu...terus-terang Aku katakan, Aku sudah mual dan bosan dengan tuduhan-tuduhan melulu yang dibuat ikut sedap mulut itu. Gossip-gossip liar yang tidak memberi apa-apa faedah. Nasib baiklah ada ustaz 'wahabi' itu Aku mula 'kalut' hendak faham maksud setiap ayat Al-Quran yang Aku baca berbanding dulu yang agak-agak hendak cepat habis surah. Barulah hendak bertatih faham sikit-sikit makna. Barulah terasa 'pressure'nya hendak membuat yang terbaik untuk persiapan di sana walaupun harus Aku akui adakalanya rasa macam tak terbuat. Merasalah kena batang hidung sendiri bila kena perli, mula faham kenapa buat itu, kenapa buat ini...sudah enggan ikut-ikutan membuta tuli...biarpun masih dikira menjagung, Aku berani mengatakan ini membuahkan hasil untuk Aku. Kalau dulu cuma ada 2-3%, sekarang ini adalah naik 1-2% peratus lagi. Peduli apa dengan wahabi itu!

Hablun min an-nas
Ada riak kesedihan terpancar pada wajah rakan-rakan yang terkejut dengan perkhabaran itu. Ianya tidak dijangka langsung. Mungkin kami tidak menyangka kesudahan dramatik sebegitu. Apapun, perkara sudah berlaku. Jadi , ya, semua yang telah sama-sama terlibat membina 'hubungan', mengenali dan semakin memahami...tidak pelik merasai kedukaan itu.
Apa maknanya? Entahlah, mungkin yang terbaik adalah menyerahkan kepadaNya. Tentu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Mungkin ini adalah caraNya mengubah keadaan, insyaallah, kepada yang lebih baik daripada yang dihajatkan. Siapa tahu?
Satu yang Aku ingat dan akan Aku ingatkan kepada diriku sebanyak mungkin adalah...jangan sesekali buat aniaya pada manusia lain. Jangan! Jangan buat 'tahana' kata orang utagha. Kita buat orang, di lain masa, percayalah kita akan terima balasannya. Kalau tak kena pada kita, mungkin kena pada anak kita...atau cucu-cicit kita. Kalau hendak anak cucu cicit kita selamat, jagalah baik-baik hubungan kita...hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Ingat...orang tu pun macam kita, cari rezeki. Ada keluarga hendak ditanggung. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi orang. Jangan perasanlah kita boleh sekat-sekat rezeki orang dengan pangkat besar kita...rezeki semua Allah yang bagi. Hari ini hari orang, entah esok hari kita. Doa orang yang teraniaya itu, pasti makbul.
Ya Allah, mudah-mudahan janganlah Aku menjadi penyebab kesusahan orang lain sehingga menimbulkan kedukaan dan kerungsingan mereka, semoga dipelihara daripada perbuatan yang menyakitkan hati serta diberi petunjuk untuk menghindari dan mengelakkan diri terjebak dalam perkara seumpamanya. Aminnn.

Tuesday, July 06, 2010
Alkisah Rumah
Entah bilalah rumah ini hendak siap. Tak sudah-sudah diubahsuai. Hari itu kata lantai rendah sangat, maka tiang pun dilapiskanlah supaya naik tinggi. Bila sudah naik tinggi, tangga pula tak sampai ke bendul pintu...ah, sudah! Kenalah ubahsuai tangga pula. Lepas tu ada bilik yang besar, ada bilik yang kecil. Semua berebut-rebut hendak bilik yang besar. Masa buat pelan dulu, tak hendak tanya anak-anak...bilang punya bilang...bilik besar cuma ada empat, anak pulak ada sepuluh. Aisey! Kena rombak lagilah pelan tu yer...
Tengok rumah jiran-jiran tu, biasa aje. Senyap sunyi tak ada ketuk sana, ketuk sini. Mereka bebas hendak buat perkara lain yang lebih penting, macam betulkan jalan supaya senang orang hendak datang. Juga sibuk keluar mencari rezeki, masuk hutan keluar hutan. Cerah ladang, boleh lekas tanam lengkuas, halia, cili...hujung musim terus tuai hasil.
Kita?

Saturday, July 03, 2010
Kasut
Alang-alang ke Pantai Medical Centre, kami singgah sekejap kat PJ. Agenda ini memang sudah ada di kepala sepanjang minggu ini, cuma ragu-ragu 'boss' tak berkenan. Dia mana suka tempat sesak-sesak ni...heheh.

DKSH (M) Sdn Bhd mengadakan jualan gudang...antara barangan stock clearance yang diwar-warkan adalah kasut berjenama Scholl. Aku yang memang sedang berura-ura hendak membeli kasut, rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal. Tepat pada masanya.
Memang sesak teruk jugalah Jalan Universiti menghala ke bangunan DKSH ini gara-gara pengunjung yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan. Syukur alhamdulillah, masa kami sampai kebetulan ada kereta mengundur keluar...perghhh...memang rezeki akak! Pasal cik abang kata, kalau tak dapat parking, dia nak pusing balik...huhuhu...)
Ya...pilih...pilih...beli...beli...

Dalam dok pulun dua tiga kotak tu...sempat lagi jurujual 'tayang' beberapa rekabentuk lagi...oh, tidak...

Hemmm...cukuplah stok setahun dua ini. Err...rasanyalah, pasal Aku memang jenis pakai satu-satu hahahaha...tapi kalau ada sale lagi di kemudian hari...errr...nanti fikir kemudianlah haaaa...:)

Tak jumpa pulak kak Lotuslily yang khabarnya pun hendak 'menyerbu' juga...mestilah, dia tu peminat Scholl...hahaha...

Friday, July 02, 2010
Rimas!
Iklim hawa sederhana di tempat kerja telah terganggu dua tiga hari ini gara-gara kerja membaikpulih sistem pendingin hawa menjadikan semua penghuni merasa sungguh berlengas dan mengundang rimas.Maklumlah, selama ini sudah biasa dengan kedinginan, tak membantah walaupun terpaksa berselimut...sekali panas daaa...aiyooo...nak fokus pada kerja pun susah. Jam-jam tu jugaklah kena buat paper...hohoho...coooobaaaannnn!
Semalam sampai terpaksa batalkan kelas bahasa Arab. Dan Aku juga tergesa-gesa mahu pulang walaupun tahu jalan keluar parking mesti sesak. Asal dapat duduk dalam kereta tu, kira okaylah. Nyaman!
Lepas tu terdengar-dengarlah pulak lirik lagu Herman Tino.
"Oooooo...ini baru cuaca dunia..."
"Oooooo...akan lebih nanti di sana..."
(suara latar...suara latar...)
"Mati adalah pasti, hidup insyaallah..."

Ya Allah, panas sikit ini pun tak boleh tahan dah...apatah lagi...
Aduiii...
Hari ini sudah hari Jumaat. Tabahkanlah hatiku!

Thursday, July 01, 2010
Post TB
It's good to note that the teambuilding that we had last week really 'changed' the usual interaction. I mean, not that we were less friendly before, the whole 2N3D experience somehow make the bonding stronger and less 'cosmetic'. I must admit that I do at times stop myself from doing 'friendly' gestures & stuffs for fear they may not well received by the other parties...perhaps, because I did not know them better. Now, its...different!!! hahaha...
Many has come forward with ideas to foster this enhanced relationship. I am quite surprised at the proposal made by the newcomer, quiet and soft spoken Dr Bernard who team up with our own 'Agnes Monica' Marina (hahaha) to organize GSR Movie Night next week...and the first film is Hachiko. Emmm...I might stay for the first hour...may not be able to join every time though...but hey, you have my support!
Tomorrow, there will be a table tennis match after office hour. Hemmm...I don't think I can stay tomorrow for I need to do something personal. Sorry, guys!
Then, Rosmawati proposed for a dance exercise once a week...only for ladies. I am in! Just a simple gathering, every Friday...Now I can really put to use my new tracksuit...hehehe...
And today, this morning...we managed to collect money and launched our first breakfast together after team building. My, look at the spread...ouch...! Guys...we can't afford to have this frequently...or else...we'll be on our way to 'body' building soon...huhuhu.

Here's the dish to go with the nasi lemak...fried chicken

Sambal kerang

Paru goreng

Sambal sotong

Sambal bilis, telur goreng and sliced cucumber.

Now you see it...(wallawehhhh!)

Now you don't!

Sirapmadu was happy that she finished all! Bravo!!! Hehehe...Err..we're quite hungry actually, having to postpone our usual breakfast time to a later time...right? ;P

Thank you to the organizer. Keep up the good work. Let's now concentrate on work. (until the next team activity...I think the bosses are getting 'nervous' at this sudden change...hahahaha!)

Subscribe to:
Posts (Atom)